Selasa, 14 Jun 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tiga gempa bumi gegar negara

Posted:

Tiga gempa bumi gegar negara

Tiga gempa bumi gegar negara


ALYA BATRISYA, 5, yang menangis ketakutan kerana merasai gegaran gempa ditenangkan oleh ibunya di Bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya di Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR - Tiga gempa bumi berlaku semalam masing-masing dua di Sumatera Utara, Indonesia dan Sandakan di Sabah menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara, Putrajaya, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran.

Gempa bumi pertama bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.

Pada sebelah petang, satu lagi gempa bumi berukuran 4.0 pada skala Richter menggegarkan daerah Tongod di Sandakan, Sabah pada pukul 5.21 petang.

Antara bangunan di ibu negara yang merasai gegaran pada pukul 11 pagi ialah Wisma Bernama, Menara Kenanga, ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Megan Avenue.

Bagaimanapun, ketiga-tiga kejadian gempa tersebut tidak mengakibatkan tsunami.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Reka cerita untuk kaut untung

Posted:

Reka cerita untuk kaut untung

Reka cerita untuk kaut untung

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB dan NAN HIDAYAT NAN AZMIE
berita@kosmo.com.my


SUASANA lengang di Pasar Besar Kuantan semalam apabila sebahagian besar peniaga ikan tidak menjalankan perniagaan mereka.


KUALA LUMPUR - Para peniaga ikan di pasar basah seluruh negara tidak wajar menjadikan tindakan mogok 200 pengusaha bot laut dalam di tiga negeri ketika ini sebagai alasan untuk menaikkan harga bahan basah tersebut.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Rohani Abd. Karim berkata, pihaknya percaya terdapat segelintir peniaga menjadikan mogok tersebut sebagai alasan untuk menaikkan semula harga ikan selepas berakhirnya musim cuti persekolahan.

Katanya, tindakan mogok ketika ini membabitkan nelayan pukat jerut yang menangkap ikan untuk tujuan eksport dan bukan untuk pasaran tempatan.

"Saya nak ingatkan peniaga jangan cabar kami dengan mengambil kesempatan menaikkan harga ikan sesuka hati kononnya disebabkan tindakan mogok terbabit.

"Kami sedang mengenal pasti kesahihan dakwaan itu ataupun ia sekadar spekulasi pihak peniaga sebagai alasan untuk menaikkan harga ikan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2 peserta lelaki cabar chef wanita

Posted:

2 peserta lelaki cabar chef wanita

2 peserta lelaki cabar chef wanita

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


AIRIE (kiri) dan Nawawi membuat hiasan kek sebagai persediaan menghadapi Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Dua sahabat karib yang baru setahun jagung bergelar chef sedia memberi tentangan kepada peserta wanita pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Timur di Kuala Terengganu Sabtu ini.

Mohd. Nawawi Alias, 24, dan Mohd. Airie Abdullah, 21, kedua-duanya berasal dari Kampung Serada dekat sini, merupakan dua chef muda yang kini berkerja di syarikat pembuat kek Ziq Bakery & Cake di sini.

Menurut Nawawi, dia dan Airie pada mulanya gemuruh untuk menyertai cabaran itu kerana menyedari kelebihan yang dimiliki peserta wanita.

Bagaimanapun, katanya, selepas mendapat kata-kata semangat daripada rakan-rakan, mereka tekad untuk mencuba nasib dan mempertaruhkan bakat yang ada.

"Saya baru tiga tahun bekerja dalam bidang ini dan saya langsung tidak mempunyai sebarang kelulusan berkaitan pembuatan kek.

"Apa yang ada hanyalah pengalaman bekerja di syarikat ini dan saya berharap tuah akan memihak kepada kami," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Airie yang baru setahun menjadi chef mengakui kelebihan yang ada pada dirinya adalah bakat untuk melukis di atas kek.

Ujar beliau, resipi yang disediakan oleh para peserta mungkin hampir sama dan apa yang membezakan adalah dekorasi atau cara menghias.

"Saya harap dapat diberi peluang untuk bersaing dengan chef-chef wanita yang jauh lebih berpengalaman daripada kami.

"Jika tidak menang, sekurang-kurangnya kami mendapat pengalaman berguna yang mungkin boleh dipraktikkan pada pertandingan lain," katanya.

Untuk cabaran Zon Pantai Timur, Nawawi dan Airie menjelaskan, mereka mungkin menggunakan perisa coklat memandangkan perisa itu disukai ramai.

Hanya perlu hias kek, biskut di lokasi cabaran



KUALA LUMPUR – Peserta Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 hanya perlu membawa kek atau biskut yang telah siap dimasak ke lokasi pertandingan untuk dihiaskan sepanjang berlangsungnya cabaran tersebut nanti.

Pengarang Rencana Kosmo!, Najibah Hassan berkata, durasi pertandingan selama 90 minit yang diperuntukkan harus digunakan peserta dengan sebaik-baiknya untuk menghias masakan mereka.

"Kek haruslah dihias mengikut tema dengan cara yang paling kreatif agar ia layak untuk dipilih sebagai juara oleh hakim yang akan menilai masakan peserta kelak.

"Para peserta boleh menggunakan lapik meja atau apa jua cara hiasan yang boleh mengangkat mereka sebagai juara pertandingan itu nanti," katanya di sini semalam.

Peserta pertandingan dikehendaki menghasilkan kek atau biskut berpandukan menu ciptaan sendiri serta menggunakan minyak masak jagung Daisy sepenuhnya tanpa bahan penyedap lain seperti mentega atau majerin.

"Juri yang terdiri daripada pakar kulinari Chef Liza Zainol dan seorang chef pastri terkenal akan dijemput untuk merasa masakan peserta dan mereka akan tahu jika ada peserta yang menggunakan bahan yang tidak dibenarkan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved