Sabtu, 11 Jun 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


1,000 nelayan laut dalam mogok

Posted:

1,000 nelayan laut dalam mogok

1,000 nelayan laut dalam mogok

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK, NURUL NAJIHA ZAINAL ABIDIN dan AHMAD SYAHIR KASSIM


SEBAHAGIAN daripada nelayan yang mengadakan mogok di jeti Kuala Perlis semalam.


KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 nelayan laut dalam di tiga negeri melancarkan mogok mulai semalam sekali gus bakal menjejaskan bekalan ikan negara jika tindakan tersebut berlarutan.

Mogok diketuai oleh hampir 200 pengusaha bot itu diadakan secara serentak di jeti-jeti nelayan di Kuantan, Pahang; Endau di Mersing, Johor dan Kangar, Perlis.

Mogok berpunca daripada tindakan kerajaan memansuhkan subsidi diesel yang menyebabkan pemilik bot terpaksa membeli bahan api itu pada harga RM1.80 seliter berbanding RM1.25 seliter sebelum ini.

Pemansuhan subsidi itu menyebabkan para pemilik bot terpaksa menanggung kenaikan kos melebihi RM20,000 sebulan berbanding RM7,000 sebulan sebelum ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aziwahiya pendekar bunga silat

Posted:

Aziwahiya pendekar bunga silat

Aziwahiya pendekar bunga silat

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
dan MOHD.AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my


ZAINOL FADZI (belakang tengah) dan Baharom (belakang kanan) bergambar bersama pemenang-pemenang Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru 2011 di Seri Iskandar semalam.


SERI ISKANDAR – Jagoan silat dari Persatuan Gayong Fattani dinobatkan pendekar bagi kategori bunga silat (solo) pada Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini semalam.

Dr. Aziwahiya Yeop, 39, menjadi pilihan selepas mempamerkan persembahan bunga silat penuh seni yang berjaya menarik perhatian barisan juri berpengalaman.


Zainol Fadzi (dua dari kanan) menyampaikan
replika cek kepada Aziwahiya (tengah) yang muncul juara kategori bunga silat pada kejuaraan seni silat warisan mahaguru 2011 di Seri Iskandar semalam.


Beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000 dan piala yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Turut hadir pengarah kejuaraan, Jak Othman, Ketua Pegawai Eksekutif KPerak Implementation & Coordination Corporation, Dr. Ahmad Kamil Mahmood dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin.

Terdahulu penganjuran sulung kejohanan tersebut mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 3,000 orang penonton.

Sementara itu, kategori tempur tanpa senjata diungguli pesilat dari Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Negeri Sembilan dan seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan piala.


PASUKAN antarabangsa beraksi dalam kategori tempur bersenjata.


Pesilat dari Pesaka Perlis pula membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan piala selepas menguasai kategori tempur bersenjata.

Pasangan tunggal bukan Melayu, Ed Chard, 45, dan Scott McQuaid, 35, yang masing-masing dari Australia dan Britain hampir-hampir membuat kejutan apabila dipilih sebagai pemenang tempat kedua kategori tempur bersenjata.

Kelincahan pesilat wanita dari Persatuan Silat Cekak Harimau menjadi pilihan juri untuk dinobatkan sebagai juara kategori serikandi.



Nurul Janatul Atikah Mohd. Azmi, 17, membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala.

Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru dianjurkan oleh Homeland Frontier Sdn. Bhd. dengan kerjasama KPerak manakala Kosmo! menjadi akhbar rasmi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

120 bakal sertai Cabaran Daisy

Posted:

120 bakal sertai Cabaran Daisy

120 bakal sertai Cabaran Daisy

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN dan SUHANA VERU
berita@kosmo.com.my



KUALA LUMPUR – Seramai 120 peserta dari seluruh negara dijangka menyertai Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang akan membuka tirainya di Terengganu pada 18 Jun ini.

Eksekutif Iklan Kosmo!, Nizam Baharuddin berkata, kesemua peserta itu akan dibahagi kepada empat zon yang setiap satu membabitkan 30 peserta.

"Daripada 30 peserta ini, 15 akan bertanding dalam kategori kek dan 15 lagi kategori biskut," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, peringkat Zon Timur di Giant, Kuala Terengganu adalah pada 18 Jun ini manakala Zon Tengah di AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 26 Jun.

Zon Utara pula katanya, di Star Parade Alor Setar pada 2 Julai diikuti Giant, Tampoi, Johor Bahru pada 10 Julai.

Katanya, cabaran peringkat akhir yang menghimpunkan dua peserta terbaik dari setiap zon pula akan berlangsung di Plaza Shah Alam pada 17 Julai.

"Bagaimanapun, orang ramai yang berada di sekitar kawasan negeri-negeri terbabit dialu-alukan menyertai pertandingan ini.

"Mereka boleh datang daftar bagi menyahut cabaran membuat kek dan biskut dengan resipi unik masing-masing," katanya.

Tambah Nizam, pertandingan tersebut akan diserikan dengan persembahan artis tempatan seperti Mila Akademi Fantasia (AF5), Ahmad Nubhan Ahamad (AF6), Adam (AF2), Adira Suhaimi (AF8), Black dan ramai lagi.

"Oleh itu, orang ramai jangan lepaskan peluang berhibur bersama artis di samping menyaksikan gelagat peserta pertandingan.

"Apa yang lebih menarik, hadiah misteri dan istimewa menanti para peserta yang berjaya menyahut cabaran sengit ini," jelasnya lagi.

Juara akan meraih RM5,000 dan barangan Tupperware bernilai RM5,000 manakala tempat kedua menerima wang dan barangan Tupperware bernilai RM3,000. Pemenang tempat ketiga pula akan memenangi barangan Tupperware bernilai RM2,000 dan wang tunai RM2,000.

Dalam pada itu, Nizam mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk menyertai pertandingan itu kerana tarikh tutup pertandingan berbeza mengikut zon.

Katanya, tarikh tutup bagi zon Terengganu adalah pada 16 Jun, Kuala Lumpur 23 Jun, Kedah 30 Jun dan Johor pada 7 Julai.

Syarifah mahu tebus kekecewaan tahun lalu



DUNGUN – Seorang suri rumah, Syarifah Mariam Syed Shafie, 55, (gambar) yang pernah muncul naib juara pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2010 sekali lagi tampil untuk membuktikan kehebatannya pada cabaran tahun ini.

Berbeza tahun lalu yang menyaksikan dia mempertaruhkan resipi biskut, kali ini dia mahu mencuba nasib dalam pembuatan kek.

"Tahun lalu, saya hanya naib juara pada cabaran di Kuala Lumpur tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk beraksi lagi tahun ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Syarifah Mariam, bagi saingan tahun ini, dia belum bersedia untuk mendedahkan bentuk dan resipi yang bakal dipertaruhkan sebaliknya mahu membuat kejutan pada hari pertandingan dan berharap pihak juri akan berpuas hati dengan resipi ciptaannya.

"Memasak adalah hobi saya dan sudah banyak kali saya menyertai pertandingan seperti ini dan telah beberapa kali memenanginya," ujarnya.

Jelas ibu kepada empat anak itu, dia mempunyai kelapangan untuk mengikuti pertandingan anjuran Daisy memandangkan anak-anaknya sudah dewasa.

"Dahulu memang susah kerana saya perlu uruskan anak-anak tetapi sekarang saya mempunyai masa untuk mempersiapkan diri dan mencipta resipi baru untuk ke pertandingan," tambahnya.

Bagaimanapun katanya, pada pertandingan kali ini, dia tidak meletakkan apa-apa harapan besar kerana tujuan utamanya adalah atas dasar minat dan ingin bertukar-tukar pandangan dengan peserta lain.

Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang diadakan di empat buah lokasi akan membuka tirai pada 18 Jun ini di Giant, Kuala Terengganu.

Bekas tentera cuba nasib


MARIAMAZIAH menunjukkan kek yang dibuatnya bagi menghadapi Cabaran Daisy Sehebat Chef tahun ini.


KUALA LUMPUR – Seorang pesara tentera, Mariamaziah Mahmood mahu memanfaatkan pengalaman dalam pelbagai pertandingan memasak sebelum ini untuk bersaing pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011.

Menurut wanita berusia 52 tahun dari Ampang itu, dia memilih untuk menghasilkan kek coklat istimewa ciptaan sendiri dan belum pernah dihasilkannya sebelum ini.

Mariamaziah yang pernah mendapat tempat ketiga pada pertandingan memasak anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat menyifatkan pertandingan Cabaran Daisy Sehebat Chef itu sebagai peluang untuk menguji kemahirannya membuat kek.

"Saya akan menghasilkan kek coklat yang dicampur bahan-bahan penting termasuk menggunakan minyak jagung Daisy. Untuk tujuan dekorasi kek, saya akan fikirkan idea yang kreatif dan menarik," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Katanya, dengan pengalaman yang ada, dia berharap dapat menghasilkan kek yang paling menyelerakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved