Sabtu, 4 Jun 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bayi maut tersedak susu soya

Posted:

Bayi maut tersedak susu soya

Bayi maut tersedak susu soya

Oleh ATIKAH DALI
dan NUR AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my


ZULAZMI memangku mayat anaknya keluar dari bilik mayat di PPUM, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu soya pada saluran pernafasan ketika berada di rumah pengasuhnya di Kerinchi di sini kelmarin.

Rania Batrisya Zulazmi disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut laporan bedah siasat yang dikeluarkan hospital berkenaan, kematian Rania adalah disebabkan oleh saluran pernafasannya tersekat dengan susu tersebut.

Rania dibawa ke PPUM oleh pengasuhnya, seorang wanita berusia 60 tahun kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin selepas mendapati bayi itu berada dalam keadaan lemah dengan tangan dan kakinya sejuk.

Bayi malang itu bagaimanapun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian.

Difahamkan, anak tunggal kepada pasangan Radiana Rais, 37, dan Zulazmi Jamaludin, 41, itu diberi sejenis susu soya tetapi makanan itu tersekat pada saluran pernafasannya disyaki semasa bayi itu tidur.

Nenek mangsa, Ramlah Baba, 63, ketika ditemui di rumah mayat PPUM memberitahu, dia terkejut dengan kejadian menimpa cucunya yang sebelum ini disifatkan sebagai penyeri keluarga.

"Walaupun Rania (Batrisya) baru berusia enam bulan, dia nampak pintar dan pandai mengambil hati.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gara-gara elak bangkai kucing

Posted:

Gara-gara elak bangkai kucing

Gara-gara elak bangkai kucing

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com


ANGGOTA polis memeriksa mayat salah seorang mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Seremban kelmarin.


SEREMBAN - Dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang cuba mengelak bangkai seekor kucing di atas jalan di Jalan Lenggeng-Mantin di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 11.40 malam itu, Amran Ahmad, 36, dan rakannya, Zainal Abidin Nordin, 46, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha Ego dan Modenas Kriss dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Lenggeng menghala ke rumah mereka di Mantin.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang dipandu seorang lelaki terbabas dan merempuh kedua-dua mangsa yang menunggang di laluan bertentangan.

"Ekoran rempuhan itu, kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan manakala Mitsubishi Storm tersebut terbalik.

"Kita percaya ketika kejadian, Mitsubishi Storm tersebut terbabas apabila cuba menggelak bangkai seekor kucing di atas jalan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Amran dan Zainal Abidin yang bertugas di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu pacuan empat roda tersebut pula hanya mengalami cedera ringan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Subsidi Malaysia antara terbesar dunia

Posted:

Subsidi Malaysia antara terbesar dunia

Subsidi Malaysia antara terbesar dunia


TUANKU MIZAN (kiri) dan Tuanku Nur Zahirah (kanan) diiringi Najib (belakang, kanan) tiba pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan merasionalisasi subsidi bukanlah langkah menghapuskan subsidi tetapi memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan sasar dan sektor yang benar-benar layak lagi memerlukan.

Perdana Menteri berkata, subsidi di Malaysia adalah antara terbesar di dunia meliputi keperluan seharian rakyat seperti gula dan beras. Ini tidak termasuk subsidi tidak langsung meliputi perkhidmatan kesihatan dan pelajaran.

"Dalam mengurus negara, kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah matlamat tertinggi," katanya dalam ucapannya pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda di Istana Negara semalam.

Najib berkata, suatu keputusan yang tampak popular tidak semestinya menjadi satu tindakan terbaik untuk tempoh yang lebih lama. Untuk itu, dalam mengurus ekonomi negara adalah penting 'kita mengukur baju di badan sendiri'.

Bagi kepentingan ramai dan negara, sebuah kerajaan bertanggungjawab akan mencipta penyelesaian dan membuat pilihan mengutamakan masalah rakyat bukan sahaja untuk jangka masa pendek dan pertengahan tetapi juga untuk jangka masa panjang, katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved