Khamis, 19 Mei 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Noor Jan waris palsu

Posted:

Noor Jan waris palsu

Noor Jan waris palsu

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my


RAJA ROZLAN (kiri) dan Raja Omar Ikram (tengah) pada sidang akhbar mengenai jurai keturunan Raja Noor Jan di Ipoh semalam.


IPOH – Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam buat pertama kali meminta Raja Noor Jan Shah Raja Tuah supaya berhenti daripada membuat dakwaan bahawa beliau ialah pewaris Kesultanan Melaka dan Perak kerana dakwaan yang dibuat tidak berasas sama sekali.

Yang Dipertua PWKNP, Raja Rozlan Raja Yaacob berkata, Raja Noor Jan seharusnya menghentikan segera tindakan menjaja cerita kononnya dia mempunyai salasilah Kesultanan Perak dengan mendakwa datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman.

Menurutnya, dakwaan Raja Noor Jan itu tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British jelas menunjukkan Sultan Abdullah Mohammad I tidak mempunyai anakanda bernama Raja Alang Abdul Rahman. Sebaliknya menurut Raja Rozlan, Raja Alang Abdul Rahman tidak wujud kerana anakanda Sultan Perak ke-22 ialah Raja Pandak Abdul Rahman. "Mana mungkin seorang bapa (Sultan Abdullah Mohammad I) akan menamakan dua anak lelakinya menggunakan nama yang sama dan Raja Alang. "Apa yang pasti, Raja Alang Abdul Rahman itu tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Buang masa di talian sejam sehari

Posted:

Buang masa di talian sejam sehari

Buang masa di talian sejam sehari


KAJIAN menunjukkan Facebook dan Twitter bukan masalah besar kepada pekerja pejabat.


KUALA LUMPUR - Secara puratanya seseorang pekerja menggunakan di antara 30 sehingga 60 minit sehari dalam talian untuk tujuan-tujuan peribadi, menurut satu kajian oleh Universiti Teknologi Swinburne di Melbourne dan syarikat keselamatan sesawang Australia MailGuard. Namun yang menarik, Facebook dan Twitter bukanlah gangguan utama dalam kebanyakan kes. Kajian itu menganalisis data tanpa nama dengan kebenaran daripada syarikat-syarikat pelanggan Australia dan mengesan tabiat-tabiat perayauan pekerja, sesetengahnya berpangkalan di luar negara dari Januari sehingga Disember 2009. Walaupun 40 peratus daripada pekerja yang dikaji dalam sampel seramai 50,000 orang telah menggunakan Facebook dalam jangka masa enam bulan kajian tersebut, purata masa yang dihabiskan untuk laman sosial itu hanyalah beberapa minit.

Kajian-kajian lain menganalisis data pengguna dan melakukan kajian kualitatif, tetapi kajian ini adalah yang pertama mengkaji tingkah laku individu dalam satu jangka masa tertentu. "Kegunaan-kegunaan ini adalah kegunaan-kegunaan biasa: mereka membaca berita, ramalan kaji cuaca dan jadual-jadual pengangkutan," kata Dr. Rajesh Vasa dari Fakulti Teknologi Komunikasi dan Maklumat universiti tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Firma AS setuju labur RM6 bilion

Posted:

Firma AS setuju labur RM6 bilion

Firma AS setuju labur RM6 bilion


NAJIB ketika berucap pada satu majlis makan tengah hari bersama anggota Dewan Perniagaan AS di New York semalam.


NEW YORK - Beberapa firma multinasional Amerika Syarikat akan melabur antara RM5 dan RM6 bilion di Malaysia dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pelaburan berkenaan akan melibatkan sektor elektronik lanjutan, tenaga yang boleh diperbaharui, minyak dan gas, teknologi maklumat dan komunikasi, penjagaan kesihatan, farmaseutikal serta perkhidmatan.

Menurut beliau, Motorola yang telah beroperasi di Malaysia sejak 37 tahun lepas dengan 7,000 pekerja, akan melabur kira-kira RM4 bilion bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan Global di kilangnya di Pulau Pinang bagi menyediakan sokongan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Asia Pasifik.

"Ini merupakan suatu pencapaian besar. Mereka berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan kerajaan Persekutuan. Mereka kini terlibat dalam sistem teknikal untuk Polis Diraja Malaysia," kata beliau pada sidang akhbar sempena hari kedua lawatan kerja beliau ke New York semalam.

Najib berpuas hati dengan sambutan dan komitmen yang ditunjukkan oleh beberapa ketua industri dan pengurus dana yang menghadiri 'Invest Malaysia New York 2011' yang berlangsung selama dua hari di sini untuk melabur di Malaysia.

Perdana Menteri yang sebelum itu mengadakan perbincangan meja bulat dan makan tengah hari bersama Dewan Perniagaan AS berkata, beberapa syarikat teknologi tinggi juga membayangkan perancangan untuk melabur kira-kira RM1 bilion terutama di Cyberjaya yang bakal mewujudkan 2,000 pekerjaan berkemahiran tinggi.

"Saya tidak boleh menyatakan syarikat mana kerana mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada lembaga pengarah mereka dan badan kawal atur di Malaysia serta di sini tetapi pelaburan berkenaan pasti berlaku," kata Najib.

Syarikat-syarikat AS telah melabur kira-kira RM120 bilion (AS$40 bilion) dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Malaysia dan AS merupakan negara rakan dagang keempat terbesar negara dengan jumlah perdagangan sebanyak RM117.32 bilion (AS$36.43 bilion). - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved