Selasa, 21 Januari 2014

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Wanita warga emas disamun lelaki dikenali di Marang

Posted:

Wanita warga emas disamun lelaki dikenali di Marang

Wanita warga emas disamun lelaki dikenali di Marang

21/01/2014 11:15pm

MARANG - Seorang wanita trauma selepas disamun seorang lelaki yang dikenalinya bersenjatakan parang, selepas diperdaya mengikut lelaki itu ke sebuah chalet di sini untuk membantu menyelesaikan masalah rumah tangga suspek.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari, ketika mangsa berusia 66 tahun itu berseorangan di rumahnya di Kampung Seberang Marang di sini, suspek, 27, datang meminta mangsa mengikutnya ke chalet itu untuk menemui isteri suspek.

"Namun ketika tiba di chalet berkenaan, suspek terus membawa mangsa ke kawasan belakang pantai dan mengacukan parang di leher mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner K. Manoharan kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, rantai dan gelang tangan emas mangsa disamun suspek yang berasal dari Marang itu, namun warga emas itu tidak dicederakan dan ditinggalkan di pantai berkenaan.

Beliau berkata, gerakan memburu suspek giat dijalankan kerana dia mempunyai beberapa rekod jenayah dan dikehendaki polis. - Bernama

Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun mati dibunuh

Posted:

Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun mati dibunuh

Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun mati dibunuh

21/01/2014 10:49pm

DUNGUN - Mayat seorang kanak-kanak perempuan dipercayai mati dibunuh ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka di sini petang tadi.

Mangsa yang dianggarkan berusia 2 tahun ditemui di dalam bilik air oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pengawal keselamatan terbabit yang curiga melihat pintu utama rumah berkenaan terbuka membuat pemeriksaan sebelum terhidu bau busuk.

Menurut Manoharan, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang ditemui dengan kesan darah dipercayai mati dibunuh. - KOSMO!

Thailand isytihar perintah darurat

Posted:

Thailand isytihar perintah darurat

Thailand isytihar perintah darurat

21/01/2014 10:19pm

BANGKOK - Kerajaan sementara Thailand mengisytiharkan perintah darurat bagi mengekang demonstrasi oleh kumpulan Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), yang telah menggugat pentadbiran kerajaan serta menjejaskan aktiviti komersil dan kewangan di Bangkok.

Perintah darurat itu akan berkuat kuasa selama 60 hari bermula esok dengan merangkumi kawasan Bangkok, wilayah Nontaburi, daerah Lat Lumkaew di Pratumthani dan daerah Bangphli di Sumutprakarn, kata Surapong Tovijakchaikul, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar kerajaan sementara Thailand, dalam sidang berita di Tentera Udara Diraja Thailand di sini, petang tadi.

Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat dengan agensi-agensi keselamatan.

Beliau berkata para penunjuk perasaan telah mengancam dan mengganggu penjawat awam yang bertugas dan meminta mereka memberi sokongan kepada protes jalanan itu.

Surapong berkata, kerajaan sementara telah menjemput duta-duta asing di Thailand untuk menghadiri satu majlis taklimat bagi menjelaskan mengenai pengumuman dekri darurat itu esok. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bergurau bukan bercumbu

Posted:

Bergurau bukan bercumbu

Bergurau bukan bercumbu

ZIZAN dan Emma realistik terhadap hubungan baik mereka dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah.


IBARAT kata pepatah, tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata. Kisah yang bertebaran lewat hujung minggu lalu membabitkan dua bintang sensasi, Emma Maembong dan Zizan Razak yang didakwa bercumbu di dalam kapal terbang benar-benar mencuri perhatian.

Laporan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar mingguan Ahad lalu menyatakan, dua pelakon popular itu tanpa segan silu bercumbuan di dalam pesawat ketika dalam perjalanan menuju ke Los Angeles, Amerika Syarikat sekitar dua minggu lalu.

Cumbuan yang dimaksudkan merangkumi aksi mesra, intim dan mencium pipi. Lebih memalukan, perilaku itu berlaku di hadapan penumpang lain di dalam penerbangan tersebut.

Kosmo! secara eksklusif kemudiannya mendapatkan respons daripada Emma dan Zizan sendiri berhubung kontroversi tersebut.

Jawab Emma atau nama sebenarnya, Che Fatimah Rohani Ismail, 22, kepulangannya dari Los Angeles disambut dengan khabar yang benar-benar mengaibkan namanya dan keluarga. Terkilan, kecewa dan tertekan, Emma menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

"Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat.

"Selagi tiada sebarang ikatan Emma tidak akan sesekali melakukan perkara itu (bercumbu) walaupun ramai yang membuat spekulasi Emma dan Zizan bercinta, janganlah sampai membuat fitnah sebegini.

"Cerita ini secara tidak langsung memburukkan nama Zizan dan mengaibkan keluarga kami. Pasti ramai yang menganggap kami selalu buat perkara bukan-bukan seperti ini.

"Emma sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenai cerita ini, memang benar orang selalu cari salah kita," katanya kepada Kosmo! petang semalam.

Duduk sebaris

Emma menjelaskan sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih 12 jam dari Kuala Lumpur ke Los Angeles, Amerika Syarikat dua minggu lalu, ada masanya dia tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan.

"Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka (yang mengikuti trip bersama) tapi tidak pula keluar cerita.

"Mungkin kebetulan Emma duduk bersebelahan Zizan dan ada pula spekulasi kami bercinta sebelum ini, maka orang senang menjatuhkan hukuman," jelasnya yang ke Los Angeles untuk projek Jom Upgrade Mamee Chef.

Pelakon drama Projek Memikat Suami itu menerangkan, dia duduk bersebelahan Zizan dan sebaris dengan penyanyi Kaka serta pengurus Wire Frame Entertainment, Marina Juki.

"Emma tidak marahkan penyampai cerita itu sebab semua tahu perkara yang sebenar, malah sampai sekarang Emma tidak pasti siapakah individu yang bertindak menyebarkan cerita itu. Mungkin juga ada peminat yang tersalah anggap.

"Agak sedih sebenarnya apabila cerita itu keluar tanpa bertanyakan dahulu kepada Emma atau Zizan. Kalau betul Emma salah, Emma minta maaf," ujarnya yang menyifatkan Zizan adalah lelaki paling rapat dalam hidupnya.

Impak keluarga

Terbit kisah itu sekali gus mengundang tanda tanya keluarga masing-masing. Terang Emma, dia sudah menjelaskan situasi tersebut kepada keluarganya dan mengharapkan agar tidak timbul sebarang isu berbangkit.

"Keluarga ada bertanya akan hal itu dan Emma sudah jelaskan satu persatu, mereka memahami dan menyokong Emma.

"Begitu juga Zizan, apabila dimaklumkan mengenai perkara itu dia memang terkejut. Tiada apa yang boleh dibuat melainkan menceritakan perkara sebenar," katanya.

UJAR Zizan, dia menghormati jika ada peminatnya atau Emma kurang menyenangi hubungan mereka.


Permainan Zizan

Tenang suaranya menyambut gosip bercumbu dengan Emma yang menjadi santapan umum hujung minggu lalu.

Dalam nada yang emosi dikawal rapi dan waras, Zizan yang sudah terbiasa dengan pelbagai provokasi dan sensasi sepanjang menjadi anak seni mula berbicara.

Satu persatu soalan dijawab rapi dalam balutan isi yang tersirat.

Anak Terengganu ini tidak menafikan kemesraannya di dalam pesawat seperti yang didakwa entah siapa penyampai cerita.

Namun tegasnya, ia jauh sekali mendekati istilah bercumbu seperti yang didakwa.

"Ya, di dalam pesawat kami duduk bersama. Namun harus saya ingatkan bahawa kami bukan duduk berdua, sebaliknya bersama pengurus saya, Marina Juki dan Kaka.

"Di dalam pesawat, dengan banyak orang yang ada di dalamnya, mana mungkin kami bercumbu.

"Jika istilahnya bergurau, ya. Mungkin pada waktu si penyampai cerita mendakwa kami mesra kerana ternampak kami bergurau, itu tidak saya nafikan.

"Kami memang ada bergurau tetapi bukan bercumbu," katanya yang bagaimanapun memaafkan si penyebar cerita kerana jelasnya jika dia mahu memarahi pembawa cerita itu, ia telah pun disiarkan dan diketahui umum.

Zizan yang ditanya bagaimana dia melihat gosip sehingga mampu memberi impak terhadap kehidupan dan kariernya menjelaskan bahawa gosip pada kawalan mindanya tidak ubah seperti sebuah permainan video.

Sebagai seorang pemain, dia perlu mengawal permainan dengan bijak, profesional dan bermain secara serius.

Jelasnya yang mengaku keluarganya memahami perihal gosip: "Jika saya ditimpa gosip, saya kira tidak guna untuk melenting, sebaliknya lebih baik saya bijak mengemudi permainan video yang sedang dimainkan dengan baik.

"Saya fikir bersikap rasional dan profesional itu lebih baik daripada melenting. Sebab itu, sebolehnya saya akan menjawab setiap gosip atau persoalan yang diberikan kepada saya.

"Bagaimanapun, pada hal-hal yang saya kira terlalu peribadi untuk dikongsikan, saya akan simpan untuk diri sendiri."

Dilanjutkan lagi tentang hubungannya dengan Emma. Ada getar suara berlucu di corong telefon, sedikit menyindir dalam bahasa humornya kerana saya tidak lupa soalan sedemikian, Zizan bagaimanapun menjawab cermat persoalan-persoalan yang dilontarkan.

Soalannya, digosip terlalu kerap, jawapan mengenal hati budi menjadi santapan, adakah hanya itu sahaja yang mahu dijawab berulang-ulang oleh Emma dan Zizan.

Tidak adakah satu jawapan yang solid dan mempunyai ketetapan tentang hala tuju hubungan mereka?

Jawab Zizan yang disua tentang jarak usia antaranya dengan Emma sebanyak sembilan tahun dan keperluannya menunggu tempoh matang pelakon lawa itu untuk disunting sebagai suri, katanya, faktor usia bukan penentu.

Sebagai seorang lelaki yang telah mantap dari segi ekonomi dan usia 30 tahun, jujurnya luah Zizan dia memang berniat untuk berkahwin pada tahun ini.

Bagaimanapun sebagai manusia, merencana itu mudah, namun perjalannya ditentukan Allah.

"Ya, sejak berusia 25 tahun, saya memang telah memasang niat untuk berkahwin pada usia 30 tahun. Insya-Allah jika tiada halangan, memang saya ingin menamatkan zaman bujang pada tahun ini," katanya ringkas.

Namun kata Zizan, hal yang barangkali membuat rencana itu sedikit tersekat adalah kerana kesibukannya.

Komitmen bersama filem Cicakman 3 yang masih dalam penggambaran selain kerja-kerja yang perlu dilunaskan sepanjang tahun barangkali menjadi kekangan hasratnya itu.

Ditebak adakah wanita itu hampir pasti Emma, Zizan ketawa dan menjawab: "Doakan kami. Saya hanya perlu doa daripada semua orang buat masa ini."

Apit teman rapat saya - Saida

Posted:

Apit teman rapat saya - Saida

Apit teman rapat saya - Saida

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


SAIDA selesa berkawan dengan duda anak dua yang dipanggil Apit.


SELEPAS sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya pada tahun 2011, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 6, Siti Nursaida Tarudin pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki termasuk yang berpangkat Datuk.

Bagaimanapun, menurut laporan sebuah akhbar mingguan baru-baru ini, kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza itu kini sudah berjumpa pengganti baharu.

Memetik laporan sebagai berkata, ibu kepada empat anak itu (Siti Nurunnyssa, 17, Anas, 15, Khalid, 11, dan Siti Nurul Mashitah, 8) sering memuat naik foto bersama seorang jejaka kacak di laman sosial Instagram dan mendapat respons positif daripada peminat.

Kosmo! berkesempatan bertemu dengan Saida, 38, kelmarin, pada majlis sambutan ke-10 Sitizone dan ulang tahun ke-35 Datuk Siti Nurhaliza di K Klub, Taman Melawati, Kuala Lumpur, berusaha untuk mendapatkan komen lanjut. Ikuti penjelasan Saida.

Kosmo!: Benarkah khabarnya Saida kini sudah bertemu pengganti?

SAIDA: Alhamdulillah, masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing dan saya ikut resmi 'go with the flow' (ikut arus) saja.

Siapakah lelaki itu sebenarnya?

Saya panggil dia Apit dan sejujurnya memang dia lelaki paling rapat dengan saya sekarang. Dia berasal dari Pulau Pinang, bekerja sendiri dan seorang duda anak dua. Walau usianya empat tahun lebih muda daripada saya, rasanya tiada masalah untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Adakah status dan usia penghalang dalam perhubungan?

Saya sudah ada anak dan matang dalam perhubungan yang lebih baik, tidak mustahil untuk pergi lebih jauh.

Berapa lamakah usia perkenalan kalian dan adakah Saida sudah mempunyai perancangan untuk peringkat lebih lanjut dalam hubungan tersebut selepas ini?

Kami berkenalan dua tahun lalu dan insya-Allah kalau sudah serasi akan ada fasa seterusnya. Dia rakan perniagaan saya dan bertemu pun ketika bekerja. Buat masa sekarang kami cuba dulu mengenali satu sama lain.

Apakah kriteria yang ada pada diri Apit yang membuatkan Saida selesa bersamanya?

Dia seorang lelaki yang memahami dan tidak mendesak. Persefahaman itu penting dalam membentuk keharmonian dalam sesebuah perhubungan, jadi dia faham saya dan saya faham dia, maka tiada sebarang masalah.

Bagaimanakah penerimaan anak-anak Saida terhadap Apit?

Mereka secara perlahan-lahan mengenali Apit dan proses perkenalan sudah pastinya mengambil masa. Apabila betul-betul serius barulah boleh bertanyakan kepada anak-anak. Namun biasalah budak-budak, mereka agak lambat untuk menerima individu baharu dalam hidup mereka. Kalau pasangan kita mampu menambat hati anak-anak lebih cepat, itu lebih baik.

Tahun 2014, mungkin Saida mempunyai impian ke arah membina sebuah keluarga baharu atau perancangan kerjaya yang lebih sempurna?

Tahun ini saya lebih utamakan anak saya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jodoh itu kuasa Allah, saya hanya boleh merancang tetapi tidak tahu kesudahannya bagaimana. Ada rezeki, insya-Allah ada jodohnya.

Bakal ada projek terbaharu membabitkan kerjaya nyanyian Saida?

Ya, saya akan berduet dengan seorang penyanyi wanita yang pernah popular suatu ketika dulu menerusi sebuah lagu ciptaan Adi (Sixth Sense) berjudul Setia.

Buah tangan ini untuk peminat saya yang sudah sekian lama menunggu dan saya sendiri mahu memeriahkan industri hiburan dengan produk baharu. Saya juga sedang mencari lagu rancak atau pop rock sebagai permulaan ke arah muzik yang berbeza.

Mesej Ah Beng buat penonton

Posted:

Mesej Ah Beng buat penonton

Mesej Ah Beng buat penonton

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


FILEM francais Ah Beng yang diberi judul Ah Beng: Mission Impossible mempunyai adegan bogel yang diluluskan seratus peratus oleh pihak Finas.


KUTIPAN pecah panggung bagi filem Melayu sudah menjadi kebiasaan dalam industri hiburan Malaysia. Namun, bagi filem Cina Malaysia yang berjaya mendapat kutipan tinggi adalah suatu perkara yang mampu dianggap sebagai kejayaan besar.

Ini kerana bagi filem Cina, masyarakat negara ini lebih gemar memilih filem-filem aksi dari Hong Kong yang dianggap dapat memberi kepuasan kepada mereka.

Bagaimanapun, apa yang menariknya, filem Ah Beng yang bermula dari tahun 2012 yang diberi judul Ah Beng: 3 Wishes itu layak dianggap sebagai satu kejayaan besar buat industri filem Cina Malaysia.

"Memang saya akui, jika filem Cina, penonton lebih suka pilih filem Hong Kong. Namun, kami cukup berbangga kerana filem Ah Beng mampu melawan kutipan filem-filem Hong Kong dan memperoleh kutipan yang sangat memberangsangkan.

"Ini bermakna kami berjaya menarik minat penonton Cina di Malaysia khususnya untuk memilih filem yang memberikan mereka hiburan menjelang perayaan Tahun Baru Cina," jelas penerbit serta pelakon utama, Jack Lim ketika sidang akhbar di TGV Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Selangor.

Tahun ini merupakan tahun ketiga filem Ah Beng akan berada di pawagam.

Filem yang digarap oleh Silver Yee dan diterbitkan oleh The Film Engine yang diberi judul Ah Beng: Mission Impossible dan bakal ditayangkan bermula 23 Januari ini.

Cabaran

Antara cabaran yang perlu ditempuhi oleh penggarapnya, Silver Yee termasuklah kekangan masa yang wujud dalam kalangan pelakonnya.

Ini kerana, kesemua pelakon utama yang terlibat bukanlah pelakon sepenuh masa.

"Kebanyakan pelakon merupakan penyampai radio, pembaca berita serta pengacara televisyen. Jadi, untuk mengumpul kesemua artis tersebut memang bukan perkara mudah.

"Bagaimanapun, kami berjaya juga menyiapkan filem ini dalam masa 29 hari dan harap kami melakukan kerja yang baik," tutur penerbit dan pelakon utama filem ini, Jack Lim.

Cerita Silver pula, sebagai pengarah, dia menganggap kesemua babak yang ada sebagai cabaran buat dirinya. Ini kerana, setiap babak yang ada akan dibuat sebaik mungkin termasuk lakonan dan dialog yang diungkap.

"Bagaimanapun, paling mencabar juga buat saya adalah kekangan masa. Ini kerana ada beberapa pelakon yang terlibat dengan program secara langsung di televisyen.

"Jadi, jadual penggambaran sangat ketat dan perlu dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Ada sesetengah babak yang hanya perlu dilakukan selama 30 minit sahaja kerana mereka punya komitmen lain," katanya.

Filem ini menggunakan seramai 40 orang pelakon.

Adegan bogel dan cium

Walaupun wujud adegan bogel dan bercium dalam Ah Beng: Mission Impossible, jelas Jack, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) tidak memotong atau mengarahkan untuk mengeluarkan mana-mana babak dalam filem tersebut.

Bagaimanapun, mereka berpuas hati walaupun ia termasuk dalam kategori yang boleh ditonton oleh umur 13 tahun dan ke atas sahaja.

"Tiada babak yang dipotong atau diminta untuk dikeluarkan oleh Finas. Ia termasuklah babak cium serta adegan bogel kerana ia bukan bertujuan untuk seks tetapi hanya untuk menyajikan komedi buat penonton. Kami juga diberitahu ia tidak terlalu sensitif.

"Kali ini, dalam Ah Beng: Mission Impossible, selain komedi, kami juga ingin sampaikan mesej buat penonton.

"Antara mesejnya adalah wang bukan segalanya dalam hidup. Jika anda punya banyak wang pun tetapi tidak mendapat kebahagiaan, tiada gunanya juga. Mesej yang lain pula adalah tentang kesetiaan dalam percintaan," jelas Jack tentang babak yang mungkin agak sensitif yang diselitkan dalam filem ini.

Selain itu, filem yang turut dilakonkan oleh Jeff Chin ini juga telah menjalani penggambaran di Korea dan menelan kos sebanyak RM3.5 juta.

Silver dan Jack menyasarkan filem ini mampu memperoleh kutipan sebanyak RM8 juta berbanding filem kedua, Ah Beng: One Upon A Time sebanyak RM7.55 juta pada 2013.

Kredit: www.kosmo.com.my

Isnin, 20 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Peluang anak hidup berdikari

Posted:

Peluang anak hidup berdikari

Peluang anak hidup berdikari

Ibu bapa kini mencari pendekatan baharu dalam mendidik anak-anak dengan menghantar mereka menyertai kem-kem pada musim cuti persekolahan.

PESERTA kem seperti ini lazimnya dilatih untuk survival diri termasuk mencari makanan.


TAIP sahaja aktiviti musim cuti sekolah di internet, tidak kira di laman carian Google, Yahoo atau MSN, pelbagai pilihan program berkenaan dapat kita lihat.

Ibu bapa hanya perlu menilai setiap tawaran mengikut kemampuan, kesesuaian masa dan minat kanak-kanak atau remaja yang akan melibatkan diri kelak. Lazimnya, ibu bapa yang mahu menghantar anak ke aktiviti musim cuti sekolah mengharapkan sesi lebih panjang supaya anak mereka dapat menerap lebih banyak ilmu.

"Saya membuat pencarian di internet tentang kursus musim cuti sekolah yang mampu memberikan pengalaman terbaik tentang kehidupan dan berkonsepkan alam semula jadi," kata Vivian Cheung, 45, dari Puchong, Selangor ketika ditemui di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.

Ketika itu, dia sedang bermesra bersama anak tunggalnya, Calista Cheong, 8, sebelum ditinggalkan di sebuah rumah di perkampungan itu selama tiga hari dua malam.

"Jaga diri baik-baik. Jangan bangun lewat. Sesuaikan diri dengan keadaan di sini. Kalau lapar, beritahu Uncle Nick," katanya sambil melambaikan tangan kepada anaknya yang berada di pintu masuk sebuah bilik.

Calista turut ditemani beberapa rakan lain termasuk sepupunya. Kesemua mereka mendaftarkan diri bagi menyertai Kem Musim Cuti yang juga dikenali sebagai Summer Camp di bawah kelolaan pelatih kem, Nick Tan.

Vivian walaupun pertama kali berpisah dengan anaknya, dia yakin keputusan itu adalah terbaik bagi memberi pendedahan kepada anaknya.

Katanya, kanak-kanak zaman sekarang terlalu manja. Kehidupan mereka terlalu senang dan leka dengan dunia gajet. Justeru itu, Vivian mengambil keputusan menghantar anaknya ke kem cuti sekolah.

"Saya mahu anak saya menjadi lebih matang, hidup dikelilingi hutan, sungai, nyamuk, mandi air sejuk dan tanpa pendingin hawa. Keadaan tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak saya tentang kekurangan orang lain dan kelebihan diri sendiri," jelasnya.

Matlamat

Menurut Nick, kem cuti sekolah yang dianjurkan oleh My Summer Camp Malaysia itu bukan sekadar tinggal di rumah kampung kerana inti pati program tersebut mempunyai matlamat yang lebih tinggi.

"Di Malaysia, kita tidak boleh mengikut perubahan musim seperti di luar negara kerana mereka cenderung melakukan aktiviti ketika cuti musim panas. Kita di sini lebih bertumpu pada cuti sekolah sepanjang bulan Disember, Mei, Jun dan September. Justeru itu, ia bukan sekadar melibatkan permainan pengembaraan atau aktiviti luar sahaja.

"Saya mengendalikan kursus ini buat kali kedua selepas percubaan pertama melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah antarabangsa pada 14 hingga 27 Julai lalu. Program kali ini, membabitkan kanak-kanak tempatan berusia seawal lapan tahun," ujar Nick.

Kem cuti sekolah yang dirancang sejak lebih setahun lalu itu dirangka mengikut keperluan tempatan. Katanya, buat masa ini, dia hanya menjalankan kem buat tempoh singkat walaupun kem seumpama itu di luar negara membabitkan masa berminggu-minggu.

"Sebaik saya merangka program dan mengepos di laman web, saya tidak sangka sambutan menggalakkan daripada ibu bapa. Ibu bapa pada hari ini mahu mendedahkan anak-anak kepada persekitaran luar yang lari daripada rutin harian anak-anak mereka," ujar Nick.


KEM-KEM berkaitan keagamaan banyak dijalankan pada musim cuti sekolah dan mendapat sambutan baik daripada ibu bapa. - Gambar hiasan


Minat

Nick yang merupakan seorang akauntan bertauliah, mula melibatkan diri mengendalikan aktiviti lasak pada usia 25 tahun. Minat yang mendalam dalam bidang tersebut membuatkannya terus berusaha merangka program-program cuti sekolah yang menarik dan sesuai untuk masyarakat tempatan.

"Saya turut menguruskan kem-kem latihan membabitkan kanak-kanak dan dewasa selain syarikat korporat. Ia dilakukan bersama beberapa fasilitator lain," katanya lagi.

Para peserta yang mengikuti program tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM350 seorang termasuk makan, minum, tempat tinggal, aktiviti dan perubatan. Menurut Nick, kadar bayaran tersebut amat berpatutan.

Lazimnya, harga pasaran semasa bagi kem seumpama itu yang berlangsung selama dua minggu melebihi RM4,500 seorang.

"Saya pernah mengendalikan dua kanak-kanak dan seorang remaja dari Arab Saudi secara peribadi untuk kem musim panas pada bulan Julai lalu. Mereka datang sendiri dan tinggal bersama saya selama sebulan. Bapa mereka meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas saya sebagai penjaga dan saya mendedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti termasuk budaya tempatan," katanya.

Manfaat

Dengan bayaran keseluruhan sebanyak RM35,000, Nick memberitahu ketiga-tiga budak yang berusia tujuh, 11 dan 14 tahun itu dilatih membabitkan aspek kemahiran, cara hidup, pengembaraan dan pelancongan domestik, disiplin diri dan sebagainya.

"Ini bukti jelas betapa kem-kem seperti ini mempunyai sambutan termasuk dari luar negara. Mereka memilih Malaysia kerana unsur geografi. Jadi, jika ia dipanjangkan kepada kanak-kanak dan remaja di sini, pasti akan memberi manfaat," katanya.

Malah, pada kem cuti sekolah pertama yang dijalankan melibatkan pelajar sekolah antarabangsa juga membabitkan kebanyakan pelajar luar negara.

Menceritakan lanjut tentang kem tersebut, Nick memberitahu, ia meliputi kegiatan luar dan juga aktiviti akademik seperti kelas bahasa dan kelas-kelas berkaitan pendidikan atau pembelajaran.

Dua fasilitator yang membantu Nick pada hari tersebut ialah Norhafniza Nordin, 29, dan Muhammad Hadzirun Hasmi, 19.

Norhafniza memberitahu, kebanyakan peserta yang mengikuti program berkenaan di Janda Baik adalah dalam kalangan keluarga berada.

Dalam pada itu, seorang peserta, Puvanesan Sandranesan, 10, berkata, dia amat tertarik dengan lokasi kem yang seumpama sebuah kawasan perkampungan.

"Bapa yang mahu saya sertai kem ini. Ia merupakan program pertama saya sertai di luar sekolah dan saya teruja untuk mengikutinya terutama membabitkan aktiviti lasak," katanya yang telah mendapat beberapa kawan baharu.

Bagi Marcus Cheaong, 10, dari Rawang berkata, dia berasa bimbang untuk tinggal bersendirian tanpa ibu bapa, namun pada masa yang sama teruja untuk mengikuti kem berkenaan.

"Walaupun saya selalu lambat bangun tidur, tetapi ketika mengikuti kem ini saya berazam untuk berubah dan mengikuti semua aktiviti yang dirancang," kata Marcus.

Kem galak pemikiran kognitif

Posted:

Kem galak pemikiran kognitif

Kem galak pemikiran kognitif


PESERTA kem dilihat mempamerkan prestasi diri yang menakjubkan khususnya dalam aspek pembangunan pemikiran kognitif. - Gambar hiasan


KEWUJUDAN banyak kem musim cuti sekolah di negara ini mampu menyumbang dalam mewujudkan golongan muda yang berdikari, berdisiplin dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali yang turut menyokong kewujudan kem seumpama itu, namun mengingatkan ibu bapa agar memantau objektif, bentuk aktiviti, peserta dan panel terlibat.

"Dari segi usia penyertaan pula biarlah berusia 10 tahun ke atas kerana kanak-kanak pada usia tersebut lebih mampu menjaga diri sendiri," katanya.

Suzana yang pernah menjadi panel kem seumpama itu berkata, beliau mendapati kanak-kanak lebih teruja untuk belajar mengenai kehidupan kerana proses pembelajaran berlaku secara tidak rasmi tanpa elemen membosankan.

Justeru, katanya, pelbagai manfaat boleh diperoleh antaranya, disiplin diri, pengurusan masa, membentuk sikap dan akhlak baik ketika bergaul sesama rakan sebaya serta meningkatkan keyakinan diri untuk tampil di khalayak ramai.

Bukan itu sahaja, pembabitan kanak-kanak dalam kem tersebut boleh menjadi pemangkin dalam melahirkan masyarakat yang berkualiti pada masa depan.

"Biasanya dalam setiap kem, setiap peserta akan disuruh untuk tampil membentangkan hasil kerja atau memberikan pendapat. Peserta akan diminta berkongsi apa saja berkaitan hidup mereka sendiri sama ada kisah manis atau pahit." ujarnya.

Menurut beliau, di dalam kelas pendekatan seumpama itu jarang dilakukan kerana guru lebih berikan peluang pembentangan secara sukarela. Pengalaman berharga ini akan memberikan keyakinan kepada mereka.

Malah, Suzana juga melihat keberanian untuk bercakap di khalayak adalah tiket untuk memudahkan proses komunikasi yang menjadi faktor penting dalam setiap aspek kehidupan seterusnya membentuk personaliti diri.

Terapi biola untuk anak jalanan

Posted:

Terapi biola untuk anak jalanan

Terapi biola untuk anak jalanan


MICHIELETTO berkongsi bakatnya bersama kanak-kanak kurang bernasib baik di Jakarta, Indonesia.


DEWAN konsert kecil di Tebing Barat, Palestin, penempatan setinggan di India dan kawasan daif di Indonesia diubah menjadi sebuah kelas muzik penuh keceriaan. Isi dewannya dipenuhi hadirin yang terdiri daripada kanak-kanak jalanan yang kurang bernasib baik.

Inisiatif itu disempurnakan seorang pemain biola dari Itali, Sara Michieletto yang telah menjayakan persembahan bersama kumpulan orkestra ternama Eropah sepanjang kegemilangan kariernya. Malah sejak tahun 1998, dia telah terlibat dalam orkestra biola di rumah opera Fenice di Venice.

Namun, sejak kebelakangan ini, wanita berusia 41 tahun itu kerap berkongsi bakatnya bersama kanak-kanak kurang bernasib baik.

Menurut Michieletto, menerusi muziknya, dia dapat membantu menyalurkan amarah dan kecewa yang dialami majoriti kanak-kanak tersebut ke dalam gelombang yang lebih positif. Muzik klasik yang menenangkan mampu menangani trauma dalam sedar kelompok bernasib malang itu.

"Kanak-kanak yang kurang bernasib baik sangat memerlukan sokongan bagi mengatasi trauma yang tercetus daripada kenangan masa lalu.

"Justeru, muzik adalah instrumen yang hebat bagi menterjemahkan emosi mereka," ujar Michieletto.

Bermula tahun 2010, pemain biola itu mencurahkan bakti kepada kanak-kanak jalanan di sekitar Jakarta, sebuah metropolis yang didiami 10 juta orang dengan kebanyakan penduduknya dilanda kemiskinan.

Kehadiran Michieletto bersama biola yang disandang pada bahu di sebuah pusat bantuan kanak-kanak jalanan di pinggir Jakarta disambut dengan teriak gembira penghuni pusat tersebut.

Sekumpulan kecil remaja tampak terpesona asyik tatkala mendengar gesekan biola Michieletto yang memainkan konserto daripada Antonio Vivaldi, The Four Seasons.

Selain melakukan persembahan kepada kanak-kanak tersebut, dia turut menganjurkan bengkel drama, nyanyian, fotografi dan tarian.


MICHIELETTO mencurahkan bakti kepada kanak-kanak gelandangan di Jakarta sejak tahun 2010.


Ketenangan baharu

Salah seorang remaja yang menyertai bengkel itu ialah Suharti, gadis berusia 14 tahun yang banyak menghabiskan masa di jalanan, bermain muzik dari gerabak ke gerabak kereta api dan bas-bas awam.

Suharti bersama adik lelaki dan perempuannya yang diselamatkan kini ditempatkan di Pusat Kampus Diakonia Modern, sebuah kuarters penempatan yang juga bertindak sebagai sekolah kepada kanak-kanak terbiar.

"Segalanya amat tidak menyenangkan ketika anda hidup sebagai gelandangan. Saya selalu berasa malu ketika bermain muzik di jalanan," luah Suharti.

Namun kini dia menerima ketenangan baharu dan merasakan muzik Michieletto sebagai terapi efektif yang banyak membantu dirinya dan kanak-kanak lain.

"Kami sering bergaduh sesama sendiri di dalam kelas tetapi sejak cikgu Sara ke sini, kami lebih tenang dan bersemangat untuk belajar," tambahnya.

Penyembuhan rohani

Sotar Sinaga yang bertanggungjawab mewujudkan program muzik di pusat tersebut berkata, muzik banyak menyumbang kepada penyembuhan rohani Suharti.

"Cara dia mengekspresikan emosinya kini lebih baik. Dia tidak lagi berkelakuan nakal terhadap rakan-rakannya," dedah Sinaga.

Michieletto mula melakukan persembahan biola kepada kanak-kanak kurang bernasib baik pada tahun 2004 ketika dia melakukan lawatan sekolah ke sekolah di sekitar Tebing Barat untuk beberapa minggu. Dalam tempoh 10 tahun, dia telah menghiburkan ribuan kanak-kanak di seluruh dunia.

Di bawah perjanjian khas bersama Yayasan Fenice, dia mampu melaksanakan kerja kebajikannya dan terus bermain bersama orkestra rumah opera untuk jangka pendek setiap tahun.

Walaupun menghiburkan kanak-kanak bernasib malang sangat berbeza dengan persembahan berkelas antarabangsa di dewan-dewan ternama, Michieletto memberitahu, ia jauh lebih memuaskan.

"Apabila saya menggesek biola untuk kanak-kanak ini, saya tetapkan dalam diri bahawa ia merupakan konsert paling penting," jujur pengakuan Michieletto. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pegawai tertinggi PKNS ditukar

Posted:

Pegawai tertinggi PKNS ditukar

Pegawai tertinggi PKNS ditukar

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengarahkan dua pegawai tertinggi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dipindahkan ke ibu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini berkuat kuasa serta-merta.

Pertukaran itu dibuat berikutan kemelut penyingkiran Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali daripada Lembaga Pengarah agensi tersebut baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pertukaran itu melibatkan jawatan Pengurus Besar, Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd. Sidek.

"Saya telah berbincang dengan pegawai kanan kerajaan tentang perkara ini dan menyerahkan surat kuasa kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi bagi melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap kedua-duanya.

"Surat kuasa ini membolehkan Mohamed Khusrin melakukan siasatan dalaman bagi merungkai persoalan melibatkan fakta dan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jepun hambat Anwar Ibrahim

Posted:

Jepun hambat Anwar Ibrahim

Jepun hambat Anwar Ibrahim


INILAH Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo tempat Anwar dihalang pegawai Imigresen Jepun daripada memasuki negara itu kelmarin.


KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Imigresen Jepun mengesahkan tindakan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu kelmarin kerana Ketua Pembangkang Malaysia itu telah melanggar Perkara 5 (4) Akta Kawalan Imigresen dan Pengesahan Pelarian negara berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, bagaimanapun pihak berkuasa Jepun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai alasan tindakan tersebut kepada Wisma Putra.

Perkara 5 (4) akta tersebut menjelaskan, seseorang yang telah disabitkan atas suatu pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan Jepun, atau mana-mana negara lain dan telah dijatuhi hukuman penjara dengan atau tanpa kerja selama satu tahun atau lebih, atau suatu penalti yang setara adalah dilarang memasuki negara itu.

Bagaimanapun, ia tidak terpakai bagi mereka yang disabitkan dengan kesalahan politik.

"Setiap negara mempunyai kedaulatan dalam menafikan sebarang kemasukan seseorang dalam negara jika pihak berkuasa imigresen menganggap orang itu tidak diingini.

"Dalam kes sebegini, tidak ada kewajipan untuk pihak berkuasa imigresen negara itu untuk menjelaskan mengapa mereka berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Pada Ahad lalu, Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo pada pukul 6.46 pagi dari Kuala Lumpur tetapi tidak dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa imigresen negara itu.

Anwar kemudian dimaklumkan supaya menaiki penerbangan pertama untuk pulang ke Kuala Lumpur atau berhadapan tindakan pengusiran.

Beliau bagaimanapun memilih untuk memberikan kerjasama dengan menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi.

Beliau berlepas ke Tokyo selepas menerima jemputan peribadi Pengerusi Yayasan Nippon, Yohei Sasakawa bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam.

Sehubungan itu, Anifah menafikan sebarang penglibatan kerajaan Malaysia berhubung tindakan Jepun ke atas Anwar.

Katanya, Kedutaan Malaysia di Jepun telah membuat pertanyaan kepada pihak berkuasa negara itu berhubung insiden tersebut selepas Anwar menuduh Wisma Putra campur tangan dalam isu berkenaan.

Jelas beliau, berdasarkan penjelasan pihak berkuasa Imigresen Jepun, Anwar dihalang masuk ke negara tersebut kerana Jepun mendapati Ketua Pembangkang itu sebagai 'orang yang tidak diingini'.

"Adalah tidak masuk akal untuk mengaitkan Wisma Putra mahupun saya mempunyai pengaruh terhadap kedaulatan sesebuah negara atau memberi arahan kepada Jepun. Kami tiada kena-mengena," ujarnya.

Beliau juga berkata, Wisma Putra telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Tokyo bagi mendapatkan penjelasan tersebut namun diberitahu ia bukan kerana orang itu adalah Anwar tetapi kerana dia rakyat Malaysia.

"Tidak kisah jika orang itu daripada kerajaan atau pembangkang mahupun apa sahaja parti politik kerana pada kami, Anwar ialah seorang rakyat Malaysia," katanya.

Kerajaan jimat RM400 juta hasil langkah penjimatan

Posted:

Kerajaan jimat RM400 juta hasil langkah penjimatan

Kerajaan jimat RM400 juta hasil langkah penjimatan

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my


ALI (tengah) melancarkan buku kecil Merakyatkan Perkhidmatan Awam sempena Majlis Amanat KSN 2014 di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zainal (kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood.


PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka mampu menjimatkan sebanyak RM400 juta pada tahun ini apabila melaksanakan 11 langkah penjimatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Disember tahun lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata, penjimatan tersebut mencerminkan yang penjawat awam juga berkongsi impak pengurangan perbelanjaan bersama rakyat.

Bagaimanapun, katanya, penjimatan tersebut tidak melibatkan kumpulan pelaksana sebaliknya hanya melibatkan golongan pembuat dasar atau berjawatan gred N41 ke atas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Saya bertarung dengan penyakit'

Posted:

'Saya bertarung dengan penyakit'

'Saya bertarung dengan penyakit'

REVINGTON (tiga dari kiri) berjabat tangan dengan Nur Azmi selepas mengadakan sidang akhbar khas mengenai keputusannya meletakkan jawatan selaku jurulatih skuad senior hoki negara di Bukit Jalil semalam.


'JODOH' Paul Revington bersama Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak bertahan lama selepas pengendali kelahiran Afrika Selatan itu sah melepaskan jawatannya berkuat kuasa semalam.

Biarpun enggan mengulas lanjut punca sebenar beliau meletakkan jawatan, Revington sekadar memberikan penjelasan masalah kesihatan memaksanya berbuat demikian.

Bagaimanapun, pengendali berusia 41 tahun itu tetap meluahkan rasa sedih apabila mengakui terpaksa melepaskan jawatan demi kebaikan semua pihak.

"Saya bertarung dengan penyakit yang berkaitan tekanan tinggi sejak Jun tahun lalu. Ia memberi- kan kesan kepada kesihatan dan emosi saya. Amat sukar untuk saya menerangkan lebih lanjut mengenai masalah ini.

"Tahun ini merupakan tahun yang getir buat Malaysia. Saya akan menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri jika tidak melepaskan jawatan ini kerana dengan keadaan sekarang, saya tidak mampu memberikan seratus peratus yang terbaik kepada pasukan.

"Memang saya akui kecewa kerana terpaksa berundur daripada tugas ini.

"Saya akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada MHC sekiranya diperlukan," kata- nya pada sidang akhbar khas di Pejabat MHC di Stadium Hoki, Bukit Jalil semalam.

Sementara itu, Timbalan Presiden MHC, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pengganti kepada Revington telah diputuskan sele- pas mengadakan perbincangan dengan Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kelmarin.

Jelasnya, penolong jurulatih yang baru dilantik baru-baru ini, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dinaikkan pangkat menggantikan tempat bekas jurulatih Ireland itu dan dibantu oleh Nor Azlan Bakar dan K. Gobinathan.

Jawatan ketua jurulatih skuad Projek 2016 pula akan digalas oleh rakan karib Revington, Arul Selvaraj.

"Ini merupakan langkah terbaik dilakukan Revington. Beliau menyerahkan surat peletakan jawatan lebih awal bagi memboleh- kan kami dapat membuat persia- pan lebih awal terhadap pasukan.

"Situasi ini juga tidak memberikan tekanan kepada pihak MHC dan sasaran kami tetap tidak berubah iaitu kedudukan 10 terbaik pada Piala Dunia 2014 dan pingat emas Sukan Asia September depan," katanya.

Dhaarma terkejut pikul tugas baharu

Posted:

Dhaarma terkejut pikul tugas baharu

Dhaarma terkejut pikul tugas baharu

DHAARMA RAJ


KETUA jurulatih baharu skuad hoki senior negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah tidak sangka mendapat kepercayaan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bagi mengisi tempat Paul Revington.

"Masalah kesihatan dialami Revington sudah lama, sebab itu beliau mengambil lebih ramai penolong jurulatih untuk membantunya.

"Saya juga banyak meluangkan masa bersamanya dan sedar situa- si ini akan berlaku, sama ada saya atau Arul (Selvaraj) akan diberikan tugas menggantikan tempatnya.

"Bagi saya, saya tahu akan menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan suatu hari nanti tetapi bukan pada waktu sekarang kerana tahun ini merupakan tahun yang sangat sukar.

"Saya langsung tidak sangka saya yang akan dilantik," katanya kepada pemberita di pejabat MHC di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Pada 7 Januari lalu, Dhaarma Raj telah dinaikkan pangkat menjadi peno- long jurulatih kepada Revington ekoran kejayaan beliau membimbing skuad remaja menduduki tempat keempat pada Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi, India.

Dalam pada itu, Dhaarma Raj menjelaskan, beliau akan mengurangkan kuota 35 pelatih skuad senior negara sebelum bermulanya Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak pada Mac depan.

"Kuota 35 pemain itu memang terlalu besar tetapi saya akan mengurangkannya. Semua pemain akan diberi peluang membuktikan keupayaan masing-masing sebelum Piala Sultan Azlan Shah berlangsung.

"Saya akan membentuk pasukan yang mantap dan sasaran masih sama iaitu menang pingat emas Sukan Asia bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 di Brazil," katanya.

Sementara itu, Arul Selvaraj yang dilantik menjadi ketua jurulatih baharu skuad remaja negara sudah bersedia menggalas tugas tersebut.

"Saya terima tugas ini kerana saya mempunyai kontrak sehingga 2016. Ini merupakan jawatan baharu buat saya dan saya akan lakukan yang terbaik.

"Minat saya terhadap sukan hoki begitu mendalam. Jadi, saya akan membentuk pasukan remaja yang mantap dalam menyalurkan pemain-pemain berkualiti kepada skuad senior," ujar Arul.

Pahang tidak rela berputih mata

Posted:

Pahang tidak rela berputih mata

Pahang tidak rela berputih mata

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my


BARISAN pemain Pahang meraikan kejayaan muncul sebagai juara Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Jumaat lalu.


PAHANG mahu memastikan momentum kemenangan berterusan apabila turun menentang Perak pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Masih segar dengan kejayaan merangkul Piala Sultan Ahmad Shah ketika menewaskan Lions XII 1-0 di Kuantan (Jumaat lalu), skuad Tok Gajah turut mengimpikan untuk pergi lebih jauh dalam kempen kalah mati itu.

Bagaimanapun, bertandang ke tempat lawan tetap menimbulkan rasa gerun buat Pahang kerana mereka sedar pasukan tuan rumah memiliki kelebihan bermain di gelanggang sendiri.

Lebih-lebih lagi Perak pasti mahu bangkit daripada kekala- han pertama dalam aksi pembukaan Liga Super menentang Johor Darul Takzim di Larkin, Sabtu lalu.

"Kita perlu berhati-hati kerana perlu beraksi di tempat lawan dan hanya bermain sekali dalam pusingan pertama Piala FA ini.

"Jadi, siapa yang menang akan terus melangkah ke pusi- ngan seterusnya, yang kalah akan berputih mata.

"Yang penting, kita dapat bermain dengan rentak yang sebenar, segala kelemahan yang ketara dalam perlawanan sebelum ini harus segera diperbaiki untuk membentuk permainan yang mantap," kata penolong jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan kepada Kosmo! semalam.

Mengenai kesebelasan utama, Zainal memberitahu, beliau mampu menarik nafas lega apabila tonggak pertahanan, Saiful Nizam Miswan sudah kembali cergas selepas mengalami kece- deraan buku lali kanan.

Situasi dua tonggak, R. Suren- dren dan Dickson Nwakaeme yang dilanda kecederaan ketika beraksi menentang Lions XII pula masih lagi menjadi tanda tanya.

"Surendren dan Nwakaeme hanya menjalani latihan ringan dan keputusan sama ada akan bermain masih lagi tidak diketahui, namun saya berharap mereka segera sembuh," jelas beliau.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Klik internet secara bijak

Posted:

Klik internet secara bijak

Klik internet secara bijak

ENENG FARIDAH bimbang dengan trend golongan remaja hari ini yang menyatakan cinta mereka kepada pasangan menerusi laman maya.


KEHIDUPAN masyarakat pada hari ini sinonim dengan penggunaan internet. Tidak dinafikan internet mempunyai banyak manfaat, namun orang ramai perlu menggunakannya dengan baik kerana ia mampu mencipta impak negatif.

Lebih membimbangkan, golongan remaja dan kanak-kanak juga turut bebas mengakses internet.

Justeru, ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak kerana dikhuatiri perbuatan di laman web boleh menjejaskan masa hadapan mereka.

Sebagai contoh, klip-klip yang dimuat naik, gambar-gambar, ungkapan dan ucapan di laman sosial akan kekal sampai bila-bila selagi tidak dikeluarkan.

Menurut Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Eneng Faridah Iskandar, pihaknya ingin mendidik golongan muda supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet.

"Kami akan memperkenalkan submodul baharu dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) iaitu 'Klik Bijak@PLKN kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).


Eneng Faridah berucap di hadapan jurulatih PLKN sempena program Latihan Intensif Jurulatih PLKN di Kem Latihan Cancun Park, Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini.


"Kumpulan sasar utama bagi program ini ialah remaja dan sudah tiba waktunya kami membawa program ini memasuki PLKN yang mempunyai kira-kira 72,000 pelatih bagi sesi tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikan pada program Latihan Intensif Jurulatih PLKN di Kem Latihan Cancun Park, Pasir Mas, Kelantan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Eneng Faridah berkata, golongan remaja kini semakin galak menyatakan cinta kepada pasangan di laman maya untuk tontonan umum sehingga ada yang sanggup memuat naik gambar intim di atas katil.

Katanya lagi, menurut satu kajian, sebanyak 54 peratus pengguna internet merupakan golongan belia dan kebanyakan mereka dilahirkan dalam dunia digital.

"Golongan ibu bapa pula merupakan golongan migrasi digital menjadikan pengetahuan terhadap teknologi tersebut terlalu cetek.

"Oleh itu, bukan sahaja golongan muda harus dididik, ibu bapa juga harus mengambil tahu aktiviti anak-anak mereka di internet agar perkara yang tidak sepatutnya terjadi dapat dielakkan," katanya.

Dengan modul ini, SKMM berharap kumpulan sasar tersebut akan lebih terdidik supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber dengan menerapkan apa yang patut dan tidak patut dilakukan di internet.

"Pendek kata, kami mahu generasi akan datang supaya klik dengan lebih bijak dan memahami isu keselamatan, kewaspadaan dan juga tanggungjawab," katanya.

Tambahnya, objektif utama program 'Klik Dengan Bijak' adalah untuk melahirkan pengguna celik media, mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika, kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk menggunakan internet. - JULIA ISMAIL

Belon udara panas kembali ke Putrajaya

Posted:

Belon udara panas kembali ke Putrajaya

Belon udara panas kembali ke Putrajaya


FIESTA Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-6 ini akan menghimpunkan belon udara panas pelbagai bentuk menarik dari negara luar.


FIESTA Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-6 bakal kembali di Presint 2, Putrajaya menjelang Mac depan. Acara kekeluargaan yang menyeronokkan itu akan mengisi kalendar tarikan Putrajaya selama empat hari bermula 27 hingga 30 Mac tahun ini.

Menerusi fiesta kali ini, enam belon udara panas berwarna-warni dengan bentuk istimewa akan menjadi tarikan utama. Antaranya ialah Buzzy, belon raksasa hijau dan pasangan lebah (Bees) dari Amerika Syarikat, belon berbentuk kon ais krim dari Belgium dan belon bentuk hati yang didatangkan dari Taiwan.

Tidak ketinggalan, belon paling digemari tahun lalu dari Belgium yang menampilkan karakter daripada rantaian filem sains fiksyen popular, Star Wars iaitu Darth Vader.

Seperti tahun yang sebelumnya, fiesta tahun ini juga akan melibatkan pertandingan persahabatan antara pengemudi belon udara panas yang dipanggil Trofi Rudy. Di negara luar, perlawanan itu digelar Hare & Hound.

Pengumuman fiesta itu diadakan bersempena dengan majlis pelancaran Kalendar Acara 2014 oleh Perbadanan Putrajaya. Fiesta belon udara panas adalah salah satu daripada 88 acara yang akan berlangsung di Putrajaya sepanjang tahun ini.

"Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang sekali lagi mengadakan fiesta ini dan secara tidak langsung meletakkan Putrajaya dalam peta antarabangsa sebagai destinasi wajib dikunjungi bagi acara belon udara panas.

"Kami percaya acara tempatan seperti ini mampu meningkatkan prestij negara di mata pelancong asing khususnya di rantau Asia Tenggara," jelas Pengerusi fiesta tersebut, Mohammad Sobri Saad.

Kemasukan ke fiesta itu adalah percuma dan pengunjung dinasihatkan untuk menggunakan KLIA Transit ke Putrajaya. Orang awam yang menaiki pengangkutan awam ini akan menikmati diskaun sehingga 35 peratus bagi tiket pergi balik sepanjang empat hari fiesta tersebut.

Dari stesen Putrajaya, orang awam boleh menaiki bas Nadi Putra yang akan membawa penumpang terus ke tapak fiesta.

Mereka yang menggunakan khidmat MyTeksi pula akan menikmati promosi diskaun tambang sebanyak RM15 apabila menempah teksi ke lokasi fiesta tersebut menerusi aplikasi telefon pintar MyTeksi.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.myballoonfiesta.com.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Motosikal dunia tegar anak Banting

Posted:

Motosikal dunia tegar anak Banting

Motosikal dunia tegar anak Banting

Oleh ALIF ABU BAKAR

ZULFAHMI kini kerap ditaja beberapa jenama terutamanya jaket motosikal.


RIUH celotehnya menggeletek hati, apatah lagi ketika dia mengomel tentang solekan pada wajahnya. Lucu melihat gelagat pelumba Moto3 tanah air, Muhammad Zulfahmi Khairuddin membelek bibirnya yang dicalit gincu nipis di hadapan cermin.

"Tak pernah dalam hidup kena bersolek. Lagi-lagi bila kena pakai lipstik macam ini," cemas kecil terdengar daripada getar suara anak muda berusia 23 tahun itu.

Ketika sesi fotografi Stailo bersama anak kelahiran Banting, Selangor itu, dia sedang menjalani latihan intensif di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebelum pulang ke Sepanyol.

Sejak mencuri tumpuan dengan menduduki tempat kedua pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di SIC pada Oktober 2012, kehidupan Zulfahmi banyak dihabiskan di benua Eropah.

Pencapaian Zulfahmi itu ternyata membuka jalan lebih luas kepadanya malah turut diberi pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) pada Februari tahun lalu kerana menjadi pelumba motosikal pertama negara yang mencatat keputusan podium pada kejohanan antarabangsa.

Dua bulan adalah tempoh maksimum bagi Zulfahmi menetap di Eropah bagi menjayakan perlumbaan. Lelaki yang berasal dari Kampung Bukit Changgang itu hanya berada di Malaysia sebanyak empat kali setahun.

Ekoran kelapangan masa yang terhad, dia memperuntukkan setiap minit waktunya dengan pengisian produktif. Ahad khususnya adalah satu-satunya hari lapang sepenuhnya bagi Zulfahmi, bebas tanpa sebarang latihan.


ZULFAHMI (kanan) mula membawa motosikal pada usia tujuh tahun dan mahir melakukan ubah suai sejak remaja.


Begitupun, tidak bermakna dia memilih untuk bermalas-malasan di rumah kerana darah mudanya masih menderu laju meminta untuk dipergunakan sebaik mungkin. Aktiviti lasak yang juga melibatkan motosikal menjadi keutamaan Zulfahmi pada hari cuti.

"Selalunya saya akan masuk hutan dengan motosikal jenis scrambler bersama lima atau enam orang kawan. Setakat ini, laluan paling mencabar yang pernah saya redah ialah Gerik, Perak," ceritanya teruja.

Hobi lasak

Kecenderungan terhadap hobi lasak seperti motocross dan berbasikal membuatkan kelibat Zulfahmi jarang dilihat di pusat beli-belah mahupun lokasi tumpuan awam yang digemari kebanyakan remaja.

Jika tidak keluar rumah sekalipun, anak sulung daripada empat adik-beradik itu akan menukar landskap kediamannya menjadi sebuah bengkel. Selain hebat mengemudi jentera di litar lumba, Zulfahmi juga mempunyai bakat luar biasa dalam bidang ubah suai motosikal.

Justeru, tidak mustahil dia pernah bergelar pelesit rempit yang menjadi jaguh jalanan di sekitar kampungnya. Pengalaman remaja itu banyak mengajar Zulfahmi untuk terus meraih kejayaan lebih tinggi di peringkat antarabangsa.

Suka mengemas

Bermula umur tujuh tahun, dia sudah berani membawa motosikal ibunya selepas diajar seorang sepupu. Tempoh curi-curi menunggang motosikal berakhir apabila dia benar-benar mahir mengawal kenderaan beroda dua itu secara bersendirian.

NAMA Zulfahmi tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai atlet permotoran pertama negara yang menjejak podium antarabangsa.


"Saya suka mesin rumput di rumah, tapi perkara utama yang ramai orang tidak tahu ialah saya suka mengemas. Saya pantang kalau rumah berselerak," butir katanya matang menjangkaui usia sebenarnya.

Naratif profesion Zulfahmi bermula pada tahun 2008 ketika dia menyertai Kejuaraan Cub Prix Malaysia. Kerjayanya terus mekar apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 pelumba terbaik bagi kelas 125cc selaku finalis wildcard yang membenarkannya beraksi pada Kejuaraan Motosikal Dunia 2010.

Nama yang kian megah bagaimanapun tidak mengubah sedikit perwatakan bersederhana Zulfahmi. Mungkin ramai mengandaikan kemampuan pelumba tempatan itu menawan pentas antarabangsa adalah bersandarkan bakat semula jadi. Namun hakikatnya, disiplin dan keazaman tinggi dijadikan pencetus utama bagi mengiringi setiap pencapaian.

Keinginan menyambung pelajaran memang tertanam dalam diri Zulfahmi. Begitupun fokusnya kepada kerjaya lebih diutamakan malah menyifatkan setiap latihan dan perlumbaan juga adalah satu bentuk pelajaran yang tidak boleh dikutip di dalam kelas.

"Saya akan memilih bidang sukan permotoran kalaulah diberi peluang untuk sambung belajar," luah Zulfahmi jujur yang turut mendedahkan bahawa sekiranya tidak bergelar pelumba, dia mungkin menjadi mekanik, jurutera atau polis trafik.

Fesyen

Masih banyak impian ingin dikecapi pelumba muda negara itu. Antaranya, menyandang posisi juara dunia Moto GP. Bagaimanapun, Zulfahmi enggan meletakkan sebarang jangka masa sasaran bagi melunaskan hasrat tersebut.

Pada sesi fotografi itu juga, penampilan Zulfahmi diubah eksentrik. Menyarungkan persalinan rekaan Kaer Azami menerusi label Kazami Homme, ciri maskulin Zulfahmi diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih menyerlah.

Namun pada dasarnya, dia hanyalah seorang lelaki bercita rasa ringkas. Baju-T kosong bersama jean sudah cukup melengkapi hari Zulfahmi, asalkan pakaian itu bersih.

Dia juga kerap ditaja beberapa jenama terutama jaket motosikal. Antara label tersohor yang membalut tubuh kecil Zulfahmi ialah Jack & Jones. Selain itu, kebanyakan pakaian hariannya dibeli di Eropah.

Hijab sukan kontemporari

Posted:

Hijab sukan kontemporari

Hijab sukan kontemporari

MATERIAL mikro fiber yang digunakan cepat meresap dan menyejat peluh.


SEBAGAI penganut agama Islam, kita wajib menutup aurat. Bagi kaum wanita Islam rambut khususnya, aurat paling dipandang lewa. Tidak terkecuali mereka yang sanggup membuka tudung ketika bersukan bagi mengelakkan rasa tidak selesa.

Namun, sejak atlet-atlet di negara Asia Barat tampil berani bertudung di pentas sukan bertaraf dunia, tempiasnya meresap ke rantau Asia Pasifik terutama dalam kalangan negara yang padat penduduk Islam.

Senario itu dijadikan inspirasi kepada seorang wanita tempatan bagi memperkenalkan hijab khusus untuk aktiviti riadah. Dr. Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan menerusi label Raqtive mahu mengubah konsep pemakaian sukan Muslimah di negara ini agar lebih praktikal.

"Pengalaman peribadi ketika berjoging dan melakukan aerobik turut mendorong saya mewujudkan tudung sukan di bawah jenama Raqtive.

"Sukar untuk menemui tudung yang sesuai. Memandangkan tudung bawal agak tebal, alternatif terbaik adalah tudung sutera yang perlu diikat ke belakang kerana ia ringan. Namun, bila berpeluh memang basah lencun," imbas pengasas Raqtive itu yang turut berharap agar ia dapat meningkatkan minat bersukan dalam kalangan wanita kontemporari.

HIJAB sukan standard didatangkan dengan sembilan warna.


Keselesaan

Menyasarkan kepada wanita bertudung yang aktif, dua produk teras Raqtive iaitu hijab sukan pro dan hijab sukan standard sesuai untuk sebarang jenis sukan. Sama ada maraton, bola jaring, olahraga atau senaman di gim, ia pasti memberikan keselesaan maksimum kepada si pemakai.

Potongan lebih pendek hijab sukan pro menjadikan tudung ini sempurna untuk sukan lasak seperti triatlon kerana ia mudah dimasukkan ke dalam baju. Tudung ini juga direka dengan rongga pada bahagian tepi yang kerap berpeluh termasuk kawasan atas telinga.

Bagi memenuhi cita rasa wanita Malaysia, hijab sukan standard Raqtive pula diberi potongan sedikit panjang berbanding hijab sukan pro. Pelapik keras pada bahagian depan (awning) tudung itu pula lembut agar ia tidak rosak ketika menaiki motosikal.

Material mikro fiber khusus untuk aktiviti bersukan yang diguna Raqtive membuatkan hijab mereka cepat meresap dan menyejat peluh. Ia cepat kering, tidak berbau dan ringan, berbeza dengan fabrik likra yang mudah meregang tetapi lambat menyejat peluh.

"Hijab sukan pro didatangkan dalam enam warna seperti putih dengan tiga jalur berbeza manakala hijab sukan standard mempunyai sembilan warna termasuk ungu, hijau, merah jambu dan merah.

"Ia boleh dipadankan dengan apa jua pakaian dan sesuai untuk gaya kasual. Kami turut mengeluarkan sarung lengan yang mempunyai warna sedondon dengan hijab," tambah Nurul Shahnaz. - ALIF ABU BAKAR

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved