Selasa, 29 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pengeluar alat muzik warisan silam

Posted:

Pengeluar alat muzik warisan silam

Pengeluar alat muzik warisan silam

ALUNAN merdu yang terhasil daripada tiupan serunai yang dimainkan Muhammad Zulhalmizan Mustafa, 18, menjadi halwa telinga yang amat mengasyikkan.

Diiringi ketukan gendang ibu dan anak serta paluan gong oleh tiga individu berbeza menjadikan ia satu persembahan yang cukup harmoni.

Pada awalnya, minda meneka-neka, apakah lagu yang dimainkan oleh kumpulan pemuzik tersebut kerana iramanya seakan-akan pernah didengar sebelum ini?

Sebaik diamati dengan penuh rasa minat, persoalan itu akhirnya terjawab jua. Irama tersebut merupakan lagu Penawar Rindu ciptaan Atan Ahmad yang didendangkan oleh penyanyi Orchid Abdullah.

Ia sebuah lagu berentak ghazal yang dirakam pada tahun 1970 dengan iringan kumpulan Orkes Sri Kenangan Batu Pahat dan menjadi antara lagu ghazal paling popular dalam sejarah muzik Melayu.

Ironinya, semua peralatan muzik tradisional yang dimainkan tersebut dihasilkan sendiri oleh pengusaha kraf rimba, Hamid Abdullah atau lebih mesra disapa Pak Teh.

Lelaki berusia 52 tahun itu mula berkecimpung dalam dunia pembuatan gendang sejak empat dekad lalu sekali gus boleh dianggap sifu dalam bidangnya.

Menurut beliau, kemahiran tersebut diwarisi daripada bapanya, Abdullah Saad yang merupakan pembuat gendang tersohor di negeri Jelapang Padi itu.

"Saya mula belajar membuat gendang pada usia 11 tahun. Sebelum itu, pada usia tujuh tahun, saya sudah berminat dengan muzik yang terhasil daripada gendang buatan ayah. Sebab itulah, saya bersemangat untuk membuat gendang sendiri," terang Hamid ketika ditemui di rumahnya di Pendang, Kedah baru-baru ini.

Pasangan

Beliau memberitahu gendang yang dimainkan apabila menyambut rombongan media bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) itu adalah gendang silat.

SELAIN pandai bermain gendang, Hamid juga mempunyai kemahiran meniup serunai.


"Secara umum, terdapat pelbagai jenis gendang yang dihasilkan. Antaranya gendang kompang, gendang joget, gendang dikir, gendang peribumi, gendang panjang Siam, gendang Cina dan gendang India.

"Setiap gendang pasti ada pasangannya atau dipanggil gendang ibu dan anak. Ia dibuat menggunakan kayu nangka, merbau ataupun sertang. Tetapi, ada juga gendang yang dibuat daripada kayu jelutong kerana teksturnya yang lembut dan senang diukir," ujar Hamid yang mewarisi sebuah gendang India yang berbentuk seperti tanduk sejak lahir daripada arwah bapanya.

Untuk membuat gendang, selain memerlukan kayu sebagai bahan utama, ia turut menggunakan kulit haiwan sama ada lembu, kambing atau kerbau.

Rotan pula berfungsi untuk mengikat kulit haiwan dengan kayu yang sudah ditebuk di bahagian dalamnya menggunakan mesin khas. Ia juga akan dililit dalam gendang bagi tujuan menyekang gendang tersebut.

Tambah Hamid, gendang dibuat dalam saiz yang berbeza bagi tujuan menghasilkan bunyi yang harmoni dan pelbagai untuk didengari.


KULIT haiwan seperti kambing, lembu atau kerbau perlu dibersihkan dan dijemur terlebih dahulu dalam satu tempoh yang lama untuk mendapatkan bunyi gendang terbaik.


"Jika gendang tidak berbunyi apabila diketuk, ini bermakna ada kesilapan ketika proses penghasilannya. Sebagai contoh, mungkin ikatan rotan yang tidak ketat atau dibuat secara sambil lewa.

"Dulu, masa mula-mula belajar, tiga bulan gendang yang dibuat tidak siap-siap. Kalau siap pun pasti tidak mengeluarkan bunyi yang bagus. Sekarang, saya hanya ambil masa dua minggu untuk siapkan sepasang gendang. Memang ia agak lambat tetapi kualiti gendang yang dihasilkan adalah yang terbaik," kata Hamid yang mempunyai enam pekerja di bengkelnya.

Pantang larang

Tambah Hamid, dalam membuat gendang ia turut mempunyai pantang larang selain memerlukan penghayatan dan lemah-lembut.

"Paling utama, gendang yang telah siap tidak boleh dilangkah. Petua orang lama ini mungkin diambil kerana adab orang Melayu, sesuatu barang yang digunakan tidak manis sekiranya dilangkah.

"Apatah lagi, gendang merupakan salah satu alat muzik warisan yang perlu dipertahankan oleh generasi masa kini," terang Hamid yang mempunyai 13 orang anak termasuk anak tiri dan anak angkat.

Dalam pada itu, kemahiran Hamid membuat gendang turut diwarisi tiga orang anak lelakinya. Salah seorang daripada mereka ialah Mohd. Sobri, 30.

Merupakan anak kedua dalam keluarga, Mohd. Sobri mengakui mahu meneruskan legasi membuat gendang yang diwarisi daripada datuk dan ayahnya.

"Sewaktu kecil saya pernah duduk dengan Tokwan dan sering melihatnya membuat gendang. Selepas Tokwan meninggal dunia, saya sedar menjadi tanggungjawab saya pula untuk membantu ayah," ujar Mohd. Sobri.

Kawalan nafas

Sementara itu, anak angkat Hamid, Zulhalmizan memberitahu, dia seronok apabila dipelawa untuk bekerja dengan ayah angkatnya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia.

"Sebenarnya, saya mula belajar meniup serunai dengan ayah angkat pada usia 13 tahun. Ia mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk menguasainya. Paling penting, kita perlu mempunyai kawalan nafas yang baik untuk menjadi seorang peniup serunai yang hebat.


BATANG pokok nangka dikikis menggunakan mesin untuk dibentuk menjadi gendang.


"Sekarang, saya sudah pandai membuat serunai yang boleh disiapkan dalam tempoh hanya sehari," ujar Zulhalmizan yang turut membuat persembahan bersama kumpulan muzik Hamid yang dinamakan Sri Pusaka Pak Teh.

Perkara itu diakui bapa kandung Zulhalmizan, Mustafa Abdullah, 50. Sebagai jiran sekampung juga, Mustafa tidak melepaskan peluang belajar membuat alat muzik dengan Hamid di samping mempelajari cara bermain gong.

Ini kerana, bagi setiap set alatan muzik yang dibuat Hamid, ia terdiri daripada dua gendang (ibu dan anak), gong dan serunai.

"Selain bermain lagu atau irama tradisional, kami juga boleh memainkan lagu-lagu bersifat ketuhanan atau nasyid. Namun, untuk mahir memainkan alat muzik tradisional ini, kita perlu belajar tiun atau irama pada awalnya," ungkap Mustafa yang berharap lebih ramai anak muda mendalami bidang muzik tradisional agar ia tidak hilang ditelan zaman.

Untuk maklumat lanjut mengenai kraf gendang atau ingin menjemput kumpulan Sri Pusaka Pak Teh membuat persembahan, hubungi Hamid di talian 012-461 0785.

Magis pameran seni ganjil

Posted:

Magis pameran seni ganjil

Magis pameran seni ganjil


PERSEMBAHAN akrobatik turut menyerikan suasana pameran WOW.


PADA 25 tahun lalu, usaha Suzie Moncrieff menganjurkan pameran yang menghimpunkan pakaian aneh telah ditertawakan kelompok fashionista. Situasi itu, kini berubah apabila pameran World of Wearable Art (WOW) cetusan Moncrieff itu menjadi slot rebutan pereka-pereka antarabangsa.

Bertempat di Wellington, New Zealand, acara yang dipelopori Moncrieff pada lewat 1980-an itu bertujuan memaparkan kostum-kostum pelik yang menggunakan pelbagai material, daripada sutera sifon mewah kepada perkakas dapur yang sudah berkarat.

Suasana di WOW sangat meriah. Model-model yang dibaluti baju perisai berpaku yang diperbuat daripada keluli tahan karat memukau hadirin ketika berjalan penuh energetik di atas pentas.

Persembahan turut digamatkan dengan aksi terjun lelabah para akrobat yang melantun-lantun dari bumbung. Secara keseluruhannya, ia umpama menyaksikan pertunjukan fesyen bak Cirque du Soleil.

"Ia sebuah acara yang bertunjangkan seni, bukan peragaan biasa. Kami ciptakan suasana teater yang mengagumkan bagi memaparkan karya-karya seni agung," ujar Moncrieff.

Tahun ini, sebanyak 158 kostum dipersembahkan pada pertunjukan pentas selama dua jam yang melibatkan set-set kompleks, animasi rekaan khas dan 2,000 peserta persembahan.

Terpegun

Ekstravaganza tersebut berlangsung selama dua minggu di sebuah arena yang terletak di kawasan dermaga Wellington sebelum kesemua kostum dikembalikan ke muzium WOW di South Island.

"Seni yang boleh disarungkan sukar untuk dijelaskan. Ia seperti mengambilnya dari dinding dan diletakkan pada tubuh manusia. Ramai orang tidak sedar yang ia boleh menjadi sebuah pertunjukan teater mega.

"Di negara ini sendiri (New Zealand), kadang-kadang orang awam masih menganggap pertunjukan fesyen memerlukan pentas peragaan dan bertujuan untuk menarik perhatian golongan lelaki.

"Namun apabila mereka datang menonton pertunjukan kami, mereka terpegun dan mengesyorkan rakan-rakan mereka untuk pergi," kongsi Moncrieff.


COLI landak ini dihasilkan oleh peserta yang pertama kali menyertai WOW.


Di belakang pentas pula, keadaan hingar-bingar ketika pereka solekan, Michele Perry memeriksa sentuhan terakhir yang dilakukan pasukannya ke atas sebilangan penari dan ahli sarkas. Proses tersebut kebiasaannya memakan masa sehingga tiga jam pada setiap malam.

"Glamorkan penampilan dan apabila anda siap dirias, taburkan hiasan berkilat pada wajah, itu moto kita," jerit Perry dalam gurauan.

Persembahan dimulakan oleh seorang model yang dilingkari arca krom gergasi. Ia diteruskan dengan model yang menggayakan aksesori ganjil berupa kepala moose bertatahkan berlian dan tanduk rusa merah besar bersalut filigri (corak barang kemas yang dibentuk daripada dawai emas atau perak yang halus) emas.

Pengurus belakang pentas, Leonie Trathen menjelaskan, kebanyakan kostum yang dipersembahkan tidak dihasilkan pereka profesional. Sebahagian daripadanya, seperti Gillian Saunders, telah bekerja keras selama dua tahun untuk mempertontonkan rekaannya pada tahun ini.

Saunders mengumpulkan penanda plastik daripada pembungkus roti bagi menghasilkan skirt mini dengan tiga lapisan warna yang dipaparkan pada seksyen inspirasi 1960-an.

"Kami bergantung sepenuhnya kepada para pereka dan apa yang kami pamerkan merupakan 100 peratus usaha mereka. Kami juga bergembira sepanjang acara ini dan melihat banyak wajah yang sama setiap tahun. Kami bagai sebuah keluarga besar," kongsi Trathen.


WOW merupakan sebuah acara bertunjangkan seni dan bukannya pameran biasa.


Asah kemahiran

Nilai kreativiti luar biasa dapat dilihat pada seksyen baju dalam yang janggal rekaannya. Pameran tersebut menjadi kemestian pada setiap tahun. Biarpun tidak diberi keutamaan pada tahun ini, penyertaan terdahulu seperti bra yang diperbuat daripada landak kecil, labah-labah robot dan topeng gas masih dipertontonkan.

"Ia merupakan seksyen yang digalakkan kepada mereka yang pertama kali menyertai WOW dan bertujuan mengasah kemahiran mereka. Menghasilkan rekaan kecil dapat meniup keberanian pereka-pereka muda sebelum menghasilkan pakaian berskala penuh," jelas Moncrieff.

Sebahagian bekas peserta WOW kini mempunyai karier bersama rumah fesyen yang gah dan di dalam industri filem, khususnya di studio Weta Wellington.

Studio rekaan yang pernah memenangi anugerah Oscar itu telah menghasilkan kerja-kerja hebat untuk filem Lord of the Rings dan Avatar. Kini mereka menaja kategori tersendiri dalam pertunjukan anjuran Moncrieff itu.

Permulaan kecil WOW di bawah sebuah khemah di bandar Nelson, South Island dulu bertujuan untuk meraih dana bagi membuka galeri bagi mempamerkan arca-arca rekaan Moncrieff. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Isnin, 28 Oktober 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Baitulmal Sarawak terima zakat RM55,544

Posted:

Baitulmal Sarawak terima zakat RM55,544

Baitulmal Sarawak terima zakat RM55,544


ABANG MUHAMMAD SALAHUDDIN (empat dari kanan) menerima replika cek zakat perniagaan Angkasa bernilai RM55,544 daripada Alimuddin Mohd (lima dari kiri) di Kuching, Sarawak baru-baru ini.


ZAKAT. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) telah menyerahkan cek zakat perniagaan bernilai RM55,544.26 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di Kuching baru-baru ini.

Cek itu disampaikan oleh Naib Presiden Angkasa, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang mewakili TBS.

Alimuddin berkata, koperasi boleh membuat bayaran zakat perniagaan melalui Angkasa dan boleh mendapatkan perkhidmatan pengiraan zakat perniagaan daripada Unit Skim Perlindungan & Khidmat Sosial.

20 warga emas serta kursus komputer, internet

Posted:

20 warga emas serta kursus komputer, internet

20 warga emas serta kursus komputer, internet


MOHD. ISKANDAR (berdiri kanan) bergambar dengan sebahagian warga emas yang menyertai kursus komputer dan internet di Taman Seri Pulai 3, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.


BERILMU. Seramai 20 warga emas menyertai kursus komputer dan internet anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Kaum India Seremban di Pusat Komputer TCabletronic di Taman Seri Pulai 3, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Pengarah TCabletronic, Mohd. Iskandar Patrick berkata, program itu yang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Penyayang Warga Emas Daerah Petaling, Selangor bertujuan mendedahkan peserta cara-cara menggunakan komputer dan internet.

Katanya, semua peserta diberi pendedahan tentang bagaimana untuk menggunakan komputer dan cara untuk berhubung serta mendapatkan informasi terkini melalui internet.

"Selain cara menggunakan komputer, para peserta juga diajar bagaimana untuk membuat dan mengendalikan e-mel, laman sosial serta mencari maklumat dengan selamat di internet," katanya.

Murid, guru sertai program pengurusan alam sekitar

Posted:

Murid, guru sertai program pengurusan alam sekitar

Murid, guru sertai program pengurusan alam sekitar


GURU dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pulau Aur, Mersing, Johor yang menyertai program Pengurusan Alam Sekitar di USM Pulau Pinang baru-baru ini.


CINTAI ALAM. Seramai lapan murid bersama 11 guru dari Sekolah Kebangsaan Pulau Aur, Mersing, Johor menyertai program Pengurusan Alam Sekitar anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang baru-baru ini.

Penyelaras projek, Izam Fairus Kamaruddin berkata, program yang diadakan di kampus universiti itu mempunyai dua objektif iaitu penilaian ekosistem marin dan pantai serta pendedahan kepada kehidupan di kampus.

"Kita mahu lihat komuniti Pulau Aur memahami kepentingan ekosistem dan melatih golongan muda sebagai pemantau keseimbangan alam sekitar," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tabiat makan tidak sihat

Posted:

Tabiat makan tidak sihat

Tabiat makan tidak sihat

ORANG ramai perlu mengawal tabiat makan untuk mengelak penyakit. – Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengambil makanan secara berlebihan sehingga ia mengakibatkan mereka mempunyai lebihan 500 hingga 700 kalori sehari, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata, purata rakyat Malaysia dewasa mengambil 2,500 kalori sehari, berbanding 1,500 kalori disarankan bagi wanita dan 2,000 kalori bagi lelaki.

Katanya, jumlah kalori berlebihan pastinya membawa pelbagai masalah dan penyakit kronik, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia kurang mengamalkan aktiviti senaman rutin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Teroka hutan punca Cameron Highlands banjir

Posted:

Teroka hutan punca Cameron Highlands banjir

Teroka hutan punca Cameron Highlands banjir

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


EMPANGAN Sultan Abu Bakar di Cameron Highlands menjadi cetek akibat penerokaan hutan secara berleluasa.


KUANTAN – Bencana banjir lumpur yang meragut empat nyawa di Lembah Bertam, Cameron Highlands dekat sini pada Selasa lalu dipercayai berlaku akibat penerokaan hutan secara berleluasa di kawasan terbabit.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penerokaan itu secara tidak langsung telah mengakibatkan Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet menjadi cetek.

"Penebangan hutan yang berleluasa di sekitar kawasan sungai dan empangan terbabit menyebabkan berlakunya hakisan yang membawa lumpur ke dalam kawasan empangan.

"Ini menyebabkan lumpur tersebut mendap ke dalam empangan sehingga menjadikannya cetek. Contohnya kalau di dalam empangan tersebut air boleh masuk sehingga 30 meter tetapi disebabkan lumpur, air hanya boleh masuk enam meter sahaja.

"Justeru, apabila hujan lebat, ia menyebabkan empangan tidak dapat menampung air dan akhirnya akan berlaku banjir," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Datuk Rahim Razali dikejarkan ke ICU

Posted:

Datuk Rahim Razali dikejarkan ke ICU

Datuk Rahim Razali dikejarkan ke ICU


RAHIM RAZALI


KUALA LUMPUR – Seniman negara, Datuk Rahim Razali, 74, dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Sunway dekat sini pada pukul 1 tengah hari semalam akibat pendarahan otak selepas dia jatuh dan pengsan ketika sedang menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang.

Anak perempuan pengarah dan pelakon tersohor negara itu, Nadia Abdul Rahim, 41, ketika dihubungi berkata, pemeriksaan doktor kemudian mendapati pembuluh darah pada bahagian kepala bapanya itu telah pecah sehingga mengakibatkan berlaku pendarahan di dalam otak.

"Bapa saya tidak cukup rehat sehingga menyebabkan timbul tekanan. Dia sebenarnya telah mengadu sakit kepala seminggu yang lalu ketika menjalani penggambaran drama tersebut.

"Sampai satu tahap, bapa mengalami sakit kepala yang teruk sehingga tidak boleh berjalan dan menyebabkan tekanan darahnya meningkat ke tahap merbahaya," jelas Nadia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan 'Tiada maaf bagimu'http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm DI SEBALIK kemeriahan perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam Ahad ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ada agenda lebih penting untuk diselesaikan.AFANDI mengingatkan para penonton agar tidak menggunakan tiket palsu untuk menyaksikan final Piala Malaysia 2013 antara Pahang dengan Kelantan di Stadium Shah Alam Ahad ini.http://www.kosmo.com.my/pix/2013/1029/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Kelantan tanpa kelibat Nwanerihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm KEJAYAAN Kelantan melangkah ke final buat kali keempat dalam tempoh lima tahun merupakan sesuatu yang harus dibanggakan oleh para penyokong The Red Warriors.Oleh KHAIRI MOHAMAD<br>khairi.mohamad@kosmo.com.my NWANERI (tengah) terpaksa melupakan aksi final menentang Pahang Ahad ini ekoran penggantungan satu perlawanan. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/1029/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Conti disahkan cergashttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm PAHANG menerima berita gembira menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 menentang Kelantan di Stadium Shah Alam, Ahad ini.Oleh SHAHRULANOOR ISHAK<br>sukan@kosmo.com.myCONTI (dua dari kanan) disahkan cergas dan sedia diturunkan pada final menentang Kelantan Ahad ini.http://www.kosmo.com.my/pix/2013/1029/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Mourinho puji keazaman Torreshttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm LONDON - Pengurus Chelsea, Jose Mourinho memberikan kredit kepada Fernando Torres yang bekerja keras untuk meningkatkan kecemerlangannya.TORRES (kiri) meledakkan gol kemenangan 2-1 Chelsea ke atas City di Stamford Bridge kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/1029/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Vettel hilang kata-katahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm LONDON – Sebastian Vettel seolah-olah tidak mempercayai dia mampu mencipta rekod selaku pemandu termuda memenangi gelaran juara dunia Formula Satu (F1) sebanyak empat kali berturut-turut.VETTEL sukar menggambarkan kejayaannya kelmarin dengan kata-kata sebaliknya mengharapkan dia mampu mencatat sejarah lebih besar daripada hanya sekadar muncul juara dunia buat kali keempat berturut-turut.http://www.kosmo.com.my/pix/2013/1029/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Nikmat kepingan piza berkualiti

Posted:

Nikmat kepingan piza berkualiti

Nikmat kepingan piza berkualiti

ERIC (tiga dari kiri) bergambar pada majlis perasmian cawangan Papa John's Pizza ke-23 di Jalil Link, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


RAKYAT Malaysia kini disajikan dengan pelbagai pilihan piza daripada seleksi jenama terkenal. Antaranya, Papa John's Pizza yang mula bertapak di negara ini sejak tahun 2008.

Prinsip perniagaan yang dibawa masuk Berjaya Corporation melalui perjanjian pembangunan francais bersama Papa John's Pizza International Inc. iaitu, Better Ingredients, Better Pizza jelas menggambarkan kualiti terbaik yang ditawarkan variasi piza tersebut.

Diperbuat daripada adunan tepung (doh) asli tanpa melibatkan proses pembekuan, piza-piza Papa John's ditabur sekata dengan sos tomato dan dilengkapi 100 peratus daging tulen serta hirisan sayur-sayuran segar.

"Keistimewaan Papa John's terletak pada pemilihan dan penggunaan ramuannya. Kami menggunakan bahan yang bermutu tinggi dan formula ini menjadi keutamaan di Papa John's.

"Setiap bahan yang digunakan bagi menghasilkan sekeping piza Papa John's mesti dibasuh sebanyak dua kali dengan penuh teliti. Bagi kami, kualiti mesti ditekankan bagi memberikan produk yang terbaik kepada pelanggan," jelas Ketua Pembangunan Perniagaan Papa John's dan Wendy's Berjaya, Eric Leong.

Selain menghidangkan piza-piza istimewa, berteraskan kulit yang lembut dan ringan, Papa John's turut mengubah perisa pada piza signatur mereka menerusi penambahan bahan-bahan baharu.

Antara pilihan baharu di Papa John's ialah piza spicy Italian yang menggabungkan peperoni dan sosej pedas Itali bagi memberikan kepedasan berganda kepada tunas rasa. Hawai bbq beef pula dihasilkan dengan campuran ayam panggang, hirisan daging lembu, bawang, nenas dan disempurnakan dengan sos barbeku istimewa.

Kombinasi unik ketulan tuna, bawang, sos thousand island dan keju mozarela dalam adunan tepung segar menjanjikan nikmat keenakan tidak terhingga pada tuna meltz roll.

Lengkapi pengalaman gastronomi anda di Papa John's dengan merasai menu wajib untuk dicuba iaitu piza super papa's. Sajian signatur klasik tersebut mengadunkan peperoni, sosej Itali, gulungan ayam, cendawan, bawang, lada benggala hijau dan buah zaitun hitam.

"Tujuan kami membawa masuk Papa John's ke Malaysia adalah kerana kami tahu bahawa rakyat Malaysia mudah mengadaptasi makanan sebegini dan sangat bijak dalam menilai kualiti pada sejenis makanan," tambah Eric pada majlis perasmian cawangan Papa John's Pizza ke-23 di Jalil Link, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Rekaan terkini buatan Itali di Habib

Posted:

Rekaan terkini buatan Itali di Habib

Rekaan terkini buatan Itali di Habib

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my


KILAUAN emas daripada koleksi Oro Italia Deepavali dengan rekaan terkini kelihatan persis kerdipan berlian.


EMAS bukan lagi dilihat sebagai aksesori perhiasan wanita semata-mata. Hari ini semakin ramai golongan lelaki turut menggilai emas untuk dijadikan pelaburan.

Tiada istilah rugi dalam konteks urusan jual beli emas biarpun harganya jatuh bergantung pada faktor harga pasaran semasa. Ini kerana, pelanggan yang bijak pasti cepat merebut peluang untuk membeli seberapa banyak emas yang mampu ketika harganya turun.

Apabila harganya meningkat, pemiliknya boleh mengaut keuntungan dengan menjualnya kembali.

Syarikat barangan kemas tempatan terulung, Habib kembali dengan rekaan terkini daripada koleksi Oro Italia yang mendapat sentuhan tukang emas berkemahiran tinggi dari negara tersebut.

Pengurus Perhubungan Awam Habib, Yasheedah Yashaiya berkata, permintaan pelanggan yang tinggi terhadap koleksi tersebut membuatkan pihaknya tampil dengan pelbagai rekaan terkini yang berbeza daripada rekaan yang ada di pasaran.

"Rekaan planet manik (beads planet) merupakan koleksi yang paling popular dalam kalangan pelanggan setia Habib.

"Mereka amat menyukai kehalusan pada setiap rekaan yang dihasilkan mengikut nama-nama planet. Setiap planet mewakili rekaan signaturnya yang tersendiri," katanya ketika ditemui di bilik pameran Habib di Ampang, Selangor.


SAMBUTAN Deepavali lebih meriah dengan padanan barangan kemas Habib.


Tambahnya, koleksi Oro Italia Deepavali pula direka khas sempena perayaan berganda iaitu Deepavali dan Pesta Emas Habib yang berlangsung sejak 11 Oktober lalu hingga 3 November ini.

Terdapat kira-kira 200 rekaan unik Oro Italia antaranya, gelang tangan, bangle dan rantai leher menanti para pelanggan pada harga istimewa.

Koleksi yang laris bak pisang goreng panas itu dijual pada harga permulaan RM2,500 hingga RM18,000. Biarpun harga setiap rekaan Oro Italia adalah 12 peratus lebih tinggi daripada koleksi lain, ia tetap menjadi pilihan utama penggemar barangan emas kerana keunikan kilauan yang ada pada kalungan berkenaan.

Sebanyak 5,000 unit rekaan Oro Italia berjaya dijual pada musim perayaan lalu berbanding 2,000 unit pada bulan lain.

Koleksi terhad

Dalam pada itu, pelanggan di sekitar Lembah Klang bolehlah berkunjung ke bilik pameran dan jualan Habib yang terletak di The Curve, Damansara bagi mendapatkan koleksi terhad barangan kemas sempena sambutan praulang tahun Habib yang ke-55.

Promosi tersebut berlangsung selama 11 hari dan bakal berakhir pada 3 November ini. Pelanggan berpeluang menikmati potongan harga emas sehingga RM20 segram manakala potongan sehingga 80 peratus ke atas barangan berlian dan permata.

Difahamkan, Habib turut mengeksport rekaan eksklusifnya ke luar negara seperti ke Amerika Syarikat, Dubai, Korea dan beberapa negara Asia Barat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiada warga Malaysia terjejas dalam ribut di barat daya England, Wales

Posted:

Tiada warga Malaysia terjejas dalam ribut di barat daya England, Wales

Tiada warga Malaysia terjejas dalam ribut di barat daya England, Wales

28/10/2013 10:06pm

LONDON - Kira-kira 1,000 pelajar Malaysia yang menuntut di daerah-daerah terjejas di United Kingdom berikutan ribut St. Jude yang melanda Barat Daya England dan Wales selamat pada masa ini, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Isnin, beliau berkata, banyak kerosakan dilaporkan di sekitar kawasan berkenaan terutama di Cardiff, Swansea and Bristol.

"Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan akibat ribut itu yang melibatkan pelajar kita atau masyarakat Malaysia yang tinggal di kawasan ini," kata beliau.

Terdapat 488 pelajar Malaysia ketika ini di Cardiff, 234 di Bristol dan selebihnya di Swansea.

Zakaria berkata kira-kira 70,000 rakyat Malaysia dianggarkan tinggal di United Kingdom termasuk 14,500 pelajar. - Bernama

Prolintas tawar diskaun tol 20 peratus sempena Deepavali

Posted:

Prolintas tawar diskaun tol 20 peratus sempena Deepavali

Prolintas tawar diskaun tol 20 peratus sempena Deepavali

28/10/2013 9:27pm

KUALA LUMPUR - Prolintas akan menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada semua pengguna lebuh raya kendaliannya sempena sambutan Hari Deepavali bermula 6 pagi 2 November hingga 6 pagi keesokannya (3 November).

Menurut kenyataan syarikat itu hari ini, diskaun berkenaan ditawar di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

"Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter - AKLEHtrafik, GCEtrafik dan LKSAtrafik atau layari laman sesawang www.prolintas.com.my untuk maklumat lanjut mengenai lebuh raya Prolintas," katanya. - Bernama

Moyes intai gelaran Piala Liga buat The Red Devils

Posted:

Moyes intai gelaran Piala Liga buat The Red Devils

Moyes intai gelaran Piala Liga buat The Red Devils

28/10/2013 8:48pm

MANCHESTER - Manchester United kembali mengalihkan tumpuan kepada kempen Piala Liga apabila melayan kunjungan Norwich City pada aksi pusingan keempat di Old Trafford awal pagi Rabu.

Sabtu lalu, skuad kendalian David Moyes nyaris dimalukan Stoke City sebelum meraih kemenangan 3-2 pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford.

Tekanan jelas dirasai skuad The Red Devils pada permulaan musim ini apabila sekadar menduduki tangga ke lapan liga domestik.

Justeru, kejayaan dalam saingan Piala Liga pastinya meredakan tekanan buat Moyes dan barisan pemain Uni ted.

Tanpa berselindung, Moyes mengakui, beliau tidak memandang mudah pertemuan menentang Norwich dalam usaha memburu sekurang-kurangnya satu trofi musim ini.

"Jika boleh, saya mahu memenangi kesemua trofi bersama United.

"Sejak hari pertama datang ke sini, saya mahu memenangi sebanyak mungkin perlawanan yang dilalui mahupun trofi dan itulah yang akan saya lakukan," kata Moyes.

Moyes juga mengakui kejayaan mendakap sekurang-kurangnya satu trofi ini cukup penting bagi meraih semula keyakinan peminat fanatik United yang sering membandingkan beliau dengan pengendali terdahulu, Alex Ferguson.

"Ferguson mengambil masa empat tahun untuk mendakap trofi pertama bersama United, jadi satu piala musim ini sudah mencukupi.

"Jika saya berjaya melakukannya pada musim pertama, sudah tentu ia sesuatu yang cukup membanggakan," kata Moyes.

Dalam pada itu, Moyes juga tidak menolak kemungkinan menaruh kepercayaan kepada Javier Hernandez yang mencetak gol kemenangan United ketika berdepan Stoke tempoh hari.

"Saya harap Hernandez dapat beraksi sejak minit pertama.

"Kami memiliki barisan pemain yang berkualiti, jadi kesemua pemain mampu beraksi dalam kesebelasan utama," jelas beliau. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


16 wanita Arab Saudi didenda kerana pandu kereta

Posted:

16 wanita Arab Saudi didenda kerana pandu kereta

16 wanita Arab Saudi didenda kerana pandu kereta

SEORANG wanita memandu kereta bersendirian di Arab Saudi pada 22 Oktober lalu.


RIYADH - Seramai 16 wanita Arab Saudi didenda kerana memandu pada hari kempen menentang larangan memandu terhadap wanita di negara berkenaan, kata polis semalam.

Hanya segelintir wanita yang memberanikan diri untuk memandu kelmarin sebagai menyahut kempen menentang larangan memandu yang disebar secara dalam talian.

Ia ekoran kerajaan Arab Saudi memberi amaran akan menghukum mereka yang terlibat dalam kempen tersebut.

"Pihak polis menahan enam wanita di sini dengan setiap seorang didenda sebanyak 300 Riyal (RM252)," kata jurucakap polis di sini, Kolonel Fawaz Al-Miman.

Sementara itu, di Jeddah, polis telah mengenakan denda terhadap dua wanita kerana memandu kereta, menurut jurucakap polis bandar berkenaan, Nawaf Al-Bouq.

Akhbar Arab Saudi melaporkan bahawa enam lagi wanita ditahan di wilayah timur manakala dua wanita lain ditangkap di beberapa tempat lain di negara berkenaan.

Terdahulu, seramai 12 wanita Arab Saudi memuat naik klip video di laman sosial Twitter yang menunjukkan mereka memandu kereta.

Para aktivis wanita pada asalnya meminta wanita di Arab Saudi memandu kereta mereka kelmarin untuk mencabar larangan tersebut.

Permintaan tersebut disiarkan di beberapa laman sosial termasuk Twitter.

Wanita Arab Saudi dilarang memandu kenderaan atau keluar rumah tanpa ditemani oleh seorang mahram. - AFP

Lelaki mengamuk tikam mati lima orang di New York

Posted:

Lelaki mengamuk tikam mati lima orang di New York

Lelaki mengamuk tikam mati lima orang di New York


SEBUAH kenderaan Jabatan Polis New York dilihat berhampiran lokasi tragedi lima orang ditikam mati di sebuah apartmen di Brooklyn semalam.


NEW YORK - Seorang wanita dan empat kanak-kanak termasuk bayi berusia 18 bulan dijumpai mati ditikam dalam satu kejadian amuk di sebuah pangsapuri di Brooklyn di sini kelmarin.

Susulan tragedi berdarah itu, polis telah menahan seorang lelaki untuk disoal siasat awal semalam.

Bayi tersebut dan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia sembilan dan enam tahun dipercayai mati akibat ditikam apabila pasukan paramedik tiba menjelang pukul 11 malam kelmarin.

Pihak kecemasan bergegas membawa dua lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 37 tahun dan kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun ke hospital tetapi mereka tidak berjaya diselamatkan, ujar seorang pegawai polis.

Setakat ini, identiti semua mangsa yang maut dalam insiden berdarah tersebut tidak didedahkan.

Suspek yang juga tidak didedahkan namanya dilaporkan ditemui di dalam apartmen berkenaan ketika polis menyerbu masuk ke dalam bangunan tersebut selepas menerima aduan orang ramai.

Beberapa sumber memberitahu, suspek dipercayai mempunyai pertalian saudara dengan mangsa-mangsa tersebut.

"Ia kelihatan seperti kes keganasan do- mestik," kata seorang pegawai polis berpangkat tinggi.

Bapa mangsa yang tiada di rumah apabila penghuni pangsapuri berkenaan diserang sekitar pukul 10.45 malam kelmarin, trauma dengan pembunuhan tersebut.

"Dia baru pulang dari tempat kerja dan menjadi histeria selepas dimaklumkan tentang kejadian amuk itu oleh seorang anggota polis," kata seorang penghuni blok apartmen berkenaan, May Chan.

Menurutnya, dia kerap melihat kumpulan kanak-kanak itu bermain di kejira- nan tersebut.

"Mereka cuma anak-anak kecil. Insi- den ini sungguh memilukan. Mereka tidak berdosa," katanya. - Agensi

BBC diminta mohon maaf hina Putera Harry

Posted:

BBC diminta mohon maaf hina Putera Harry

BBC diminta mohon maaf hina Putera Harry


PUTERA Harry merupakan kapten dalam Tentera Udara Diraja Britain, Air Corps.


LONDON - Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) diberi tekanan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas seorang pengacara program Have I Got News For You (HIGNFY) menyindir Putera Harry kerana mengambil dadah jenis kokain," lapor akhbar The Telegraph semalam.

Program tersebut diterbitkan oleh BBC.

Penyampainya, Jo Brand turut membuat jenaka tentang nama-nama keluarga angkat anak sulung Putera William, Putera George.

Bekas Ketua Angkatan Tentera Britain yang mempengerusikan tugasan pertama Harry di Afghanistan, Lord Dannatt berkata, jenaka Brand adalah keterlaluan.

"Ia jenaka yang amat dikesali dan paling tidak senonoh. Pihak tentera menjalankan ujian dadah secara rawak," katanya.

"Seseorang yang menjadi juruterbang helikopter tempur tidak boleh berada di bawah pengaruh dadah," tegas Dannatt.

Komen serupa diutarakan oleh ahli Parlimen Britain, Anna Soubry yang menyatakan, Brand tidak sepatutnya merendahkan martabat putera tersebut.

"Dia dan BBC perlu memohon maaf. Program ini bukannya diadakan secara siaran langsung. Ia sepatutnya disunting," jelas Soubry.

Putera Harry pernah mengaku bahawa dia menghisap ganja di rumah bapanya di Highgrove, Gloucestershire ketika berusia 16 tahun. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved