Ahad, 2 Februari 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Mydin sumbang bantuan kepada 40 ibu tunggal

Posted:

Mydin sumbang bantuan kepada 40 ibu tunggal

Mydin sumbang bantuan kepada 40 ibu tunggal

SITI HAWA menyampaikan sumbangan kepada sebahagian daripada 40 orang ibu tunggal di Surau Al-Falahiyah, Kampung Pasir, Ampang, Selangor baru-baru ini.


SUMBANGAN. Seramai 40 orang ibu tunggal sekitar Kampung Pasir, Ampang, Selangor menerima sumbangan daripada Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin) sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Menurut Presiden Kelab Rekreasi Sukan Mydin, Reza Murad Ali, sumbangan itu merupakan salah satu pendekatan untuk menceriakan golongan yang kurang bernasib baik itu.

"Barangan hamper yang diberikan ini sebenarnya hasil derma daripada para pekerja kami sendiri. Inisiatif mereka itu sangat kami hargai," katanya ketika ditemui di Surau Al-Falahiyah, Kampung Pasir baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Sumber Manusia Mydin, Datin Wira Dr. Siti Hawa Mohd.

Ujar Reza, sumbangan yang sama akan diteruskan di beberapa hospital sekitar Kuala Lumpur.

Kem Inspirasi Minda motivasi diri pelajar KVBP

Posted:

Kem Inspirasi Minda motivasi diri pelajar KVBP

Kem Inspirasi Minda motivasi diri pelajar KVBP


SERAMAI 160 pelajar Kolej Vokasional Batu Pahat menyertai Kem Inspirasi Minda 2014 di kolej itu di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.


INSPIRASI. Seramai 160 pelajar Kolej Vokasional Batu Pahat (KVBP), Johor menyertai Kem Inspirasi Minda 2014 yang dianjurkan oleh pihak kolej berkenaan baru-baru ini.

Kem yang bermula 23 hingga 25 Januari lalu itu bertujuan memberi inspirasi dan motivasi kepada semua penuntut tahun dua KVBP.

Pengarah KVBP, Maimunah Mohd. Sidin berkata, program itu sebagai satu batu loncatan kepada pelajar memulakan pembelajaran di kampus.

"Saya percaya para pelajar dapat memanfaatkan input dari kem ini dalam kehidupan seharian," katanya.

Seramai 15 fasilitator terlibat dalam menjayakan Kem Inspirasi Minda itu yang terdiri daripada individu dengan latar belakang pendidikan pelbagai bidang termasuk guru, jurutera, peguam dan usahawan.

Teater Ratu Laut Merah pukau penonton Pulau Mutiara

Posted:

Teater Ratu Laut Merah pukau penonton Pulau Mutiara

Teater Ratu Laut Merah pukau penonton Pulau Mutiara


PELAKON dan tenaga kerja teater bangsawan Ratu Laut Merah bergambar kenangan selepas pementasan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang baru-baru ini.


TONTON. Pementasan teater bangsawan bertajuk Ratu Laut Merah berjaya menarik penonton di Pulau Mutiara untuk memenuhi Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang baru-baru ini.

Pengarah yang juga penulis skrip teater berkenaan, Zack Zaideen berkata, teater yang dipersembahkan selama tiga jam itu merupakan tayangan kedua selepas di Kuala Lumpur sebelum ini.

"Ia dibintangi oleh pelakon bangsawan terkenal iaitu Wan Hanna Su, Asrulfaizal dan Tengku Nooasyikim.

"Saya harap pementasan dapat meningkatkan semangat golongan belia dan anak muda untuk memahami erti sebenar persembahan bangsawan," katanya ketika ditemui selepas persembahan selesai.

Ujar Zack, selepas kejayaan Ratu Laut Merah, pihak produksi bakal mempersembahkan satu lagi teater bangsawan bertajuk Kemala Sakti Kesuma Ningrat yang dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 16 Mac ini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Jangan terbeli kereta 'piang'

Posted:

Jangan terbeli kereta 'piang'

Jangan terbeli kereta 'piang'

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
dan MOHD. IZUAN ROSELI
berita@kosmo.com.my

KERETA Mercedes-Benz terpakai berharga RM150,000 ini lazimnya dijual oleh sindiket kereta piang pada harga serendah RM40,000. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Satu sindiket dipercayai didalangi penarik kereta kini aktif menjual semula kereta-kereta mewah yang mahu ditarik oleh bank kepada pelanggan berminat dengan harga serendah RM20,000.

Dikenali sebagai kereta 'piang' atau kereta sakit, ia mempunyai permintaan tinggi disebabkan harga yang murah berbanding harga pasaran.

Kereta tersebut juga selamat digunakan tanpa sebarang masalah diganggu oleh pihak berkuasa walaupun menjadi buruan pihak bank.

Presiden Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia (MATE), Datuk Dr. Munsyi Muslim Yacob (gambar kecil) berkata, modus operandi sindiket tersebut adalah dengan memujuk pemilik asal kereta yang gagal melunaskan bayaran bulanan supaya menjual kenderaan tersebut kepada mereka.

Jelas beliau, pemilik kereta yang tidak mempunyai pilihan terpaksa bersetuju menjual kereta itu bagi mengurangkan kerugian yang dialami walaupun mengetahui bakal berhadapan risiko disenarai hitam oleh pihak bank.

"Apabila pemilik kereta bersetuju untuk menjualkan kereta itu, satu surat perjanjian dibuat oleh penarik kereta supaya pemilik kereta tidak membuat laporan kepada pihak polis dan bank mengenai urusan jual beli tersebut.

"Dianggarkan hampir 1,000 kes seperti ini berlaku setiap tahun dan ia amat sukar diselesaikan," katanya kepada Kosmo!.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Cuaca sejuk sepanjang Februari

Posted:

Cuaca sejuk sepanjang Februari

Cuaca sejuk sepanjang Februari


SYAKIR IRFAN AZMAN, 8, dan kakaknya, Sofea Hanim, 9, memakai baju sejuk ketika berbasikal di Kampung Bedal, Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Fenomena cuaca sejuk yang dialami kebanyakan tempat terutamanya di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia akan berlanjutan sepanjang Februari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia, suhu pada bulan Januari dan Februari agak rendah berbanding bulan-bulan lain di mana tiupan angin timur laut mempengaruhi fenomena cuaca sejuk tersebut.

"Keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini juga membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi," ujarnya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, fenomena cuaca sejuk yang dialami di Kuala Krai, Kelantan akan berterusan sehingga akhir bulan ini di mana purata suhu minimum adalah 21.7 darjah Celcius berbanding pada Januari 21.8 darjah Celcius.

"Pada hari ini (semalam), suhu di Kuala Krai mencatatkan bacaan serendah 18 darjah Celcius dan suhu maksimum 30.4 darjah Celcius. Kawasan ini agak sejuk berbanding kawasan sekitarnya," jelasnya.

31,671 premis diperiksa

Posted:

31,671 premis diperiksa

31,671 premis diperiksa

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my


HASAN (dua dari kanan) dan Shahiruddin (kanan) mendengar penerangan seorang peniaga ketika meninjau Pasar Bentong di Bentong kelmarin.


KUANTAN – Sebanyak 31,671 premis borong dan runcit diperiksa menerusi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, sepanjang tempoh tujuh hari pelaksanaan skim bermula 26 Januari hingga 1 Februari lalu, 160 kes direkodkan iaitu 154 kes kesalahan tidak meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu untuk barang harga terkawal dan enam kes tidak meletakkan tanda harga.

"Kes ini melibatkan rampasan bernilai RM6,824 dan kompaun berjumlah RM16,650," katanya dalam satu kenyataan selepas lawatan mengejut di premis perniagaan sempena Ops Harga 2014 di sekitar Bentong dekat sini kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Kami berhak tarik diri’

Posted:

'Kami berhak tarik diri'

'Kami berhak tarik diri'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SUASANA yang berlaku di dalam terowong menuju ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam kelmarin seperti yang paparkan menerusi berita sukan RTM malam tadi.


"BOLEH tahan (kecederaan) hidung yang dialami pemain saya." Demikian respons pengurus T-Team, Rozi Mamat ketika ditanya mengenai keadaan pemain import Brazil, Elvado Rodrigues yang didakwa dikasari dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain pada aksi pusingan kedua Piala FA menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, The Titans mengambil keputusan untuk tidak meneruskan aksi separuh masa kedua ketika menentang JDT yang menyaksikan tuan rumah mendahului 2-1.

Keputusan tersebut dibuat atas faktor keselamatan kerana T-Team menganggap kawalan keselamatan mula tergugat selepas Rodrigues dan jurulatih kecergasan pasukan, Stefano Impagliazzo dikasari ketika menuju ke bilik persalinan.

Mengulas lanjut, Rozi yang juga Exco Belia dan Sukan Terengganu memberitahu, pihaknya berhak untuk tidak meneruskan perlawanan tersebut atas faktor keselamatan.

"Sejujurnya, saya tidak berada di Larkin pada aksi semalam (kelmarin). Saya hanya dimaklumkan oleh pegawai T-Team bahawa berlaku kekecohan di sana (Larkin).

"Saya berpendapat, kami berhak untuk tidak meneruskan perlawanan separuh masa kedua itu atas faktor keselamatan pemain. Adalah wajar kami tidak menyambung aksi separuh masa kedua itu.

"Mengenai laporan polis, saya rasa tidak perlu kerana kami akan menyerahkan perkara ini kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Cuma, saya sedikit kesal kerana kami sentiasa memberikan layanan dan keselamatan yang terbaik kepada pasukan pelawat ketika bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

"Selain FAM, kami turut menyerahkan perkara ini kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu memandangkan T-Team adalah di bawah naungan persatuan negeri.

"Sama ada ada tindakan susulan akan berlaku nanti, saya rasa adalah lebih baik soalan ini diajukan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said selaku penasihat kedua-dua pasukan ini sebaik pulang dari Antartika pada Selasa ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan, mana-mana pegawai yang didapati bersalah dalam insiden tersebut bakal berdepan dengan tindakan tegas.

"Jika ada pegawai atau pemain yang melanggari peraturan pertandingan akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tindakan lanjut," katanya.

Calon asing kekal pilihan FAM?

Posted:

Calon asing kekal pilihan FAM?

Calon asing kekal pilihan FAM?

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

MISTERI mengenai calon sebenar jurulatih baharu Harimau Malaya masih belum terungkai.

Tatkala perbincangan bersama calon pilihan, Phillippe Troussier dilaporkan menemui jalan buntu baru-baru ini, timbul persoalan sama ada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) enggan berganjak dengan keputusan memburu khidmat jurulatih asing bagi mengendalikan Harimau Malaya ataupun tidak selepas ini.

Sumber memberitahu Kosmo!, FAM masih belum membuat keputusan berhubung perkara itu selepas dikatakan tidak lagi berminat mendapatkan khidmat Troussier baru-baru ini.

"Buat masa ini, tugas mengendalikan Harimau Malaya kekal dikendalikan pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee menjelang aksi persahabatan berdepan Filipina (1 Mac) dan juga Yemen (aksi kelayakan Piala Asia) pada 5 Mac depan.

"Justeru, FAM tidak terburu-buru mendapatkan jurulatih lain dalam masa terdekat hanya semata-mata jika gagal mendapatkan khidmat Troussier sebelum berdepan Yemen Mac nanti.

"Namun, persoalan mengenai siapa calon lain (sama ada jurulatih asing ataupun tempatan) terletak kepada budi bicara FAM selepas ini," kata sumber itu yang enggan dikenali kepada Kosmo! semalam.

Terdahulu, FAM dikatakan tidak lagi berminat meneruskan perbincangan dengan Troussier bagi menyandang 'kerusi panas' itu selepas kontrak Datuk K. Rajagobal tidak lagi disambung pada 31 Disember tahun lalu.

Ia ekoran Troussier, 58, yang ditawarkan kontrak selama tiga tahun dikatakan banyak 'songeh' ketika mengadakan rundingan bersama FAM baru-baru ini.

Selain tidak mahu FAM meletakkan sebarang KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) terhadap beliau, Troussier juga dikatakan mahu kontrak tersebut ditamatkan dengan segera jika beliau tidak berpuas hati dengan permukaan padang, prestasi pemain mahupun pasukan atau mana-mana perkara berbangkit.

Lebih memeranjatkan, Troussier juga menuntut FAM supaya tetap membayar gaji untuk baki kontrak biarpun beliau sendiri yang menamatkan kontrak tersebut lebih awal.

Selain Troussier, jurulatih AS Roma, Zdenek Zeman; bekas jurulatih Liverpool, Alex Miller; bekas pemain Perancis, Marcel Desailly dan bekas jurulatih China dan Uzbekistan, Bob Houghton juga dikatakan berada dalam radar FAM.

Untuk rekod, mendiang Bertalan Bicskei dari Hungary merupakan warga asing terakhir yang dilantik FAM untuk mengendalikan skuad Malaysia dari 2004 hingga 2005.

Antara jurulatih asing yang pernah membimbing skuad Harimau Malaya sebelum ini termasuklah Alan John Harris (England), Hatem Souissi (Tunisia) dan seorang lagi warga Perancis, Claude Le Roy.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini juga enggan masuk campur dengan keputusan FAM memburu jurulatih asing bagi mengendalikan skuad kebangsaan biarpun secara peribadinya menganggap ia bukan satu keutamaan buat masa ini berbanding pelaburan mengenal pasti bakat muda.

Kim Swee pula enggan berterusan dikaitkan dengan 'kerusi panas itu' namun tetap memberi jaminan bakal memberikan yang terbaik menjelang aksi berdepan Filipina dan Yemen kelak.

Dalam pada itu itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberi jaminan bahawa segala-gala persoalan bakal terlerai menerusi satu sidang akhbar khas di Wisma FAM, Kelana Jaya petang ini.

"Kesemua persoalan mengenai perkara ini akan terjawab esok (petang ini), jadi saya harap kesemua pihak boleh bersabar," katanya ringkas kepada Kosmo! semalam.

Siasat tanpa berat sebelah - Khairy

Posted:

Siasat tanpa berat sebelah - Khairy

Siasat tanpa berat sebelah - Khairy


SEBAHAGIAN pemain JDT sabar menunggu pasukan T-Team keluar daripada bilik persalinan untuk memulakan aksi separuh masa kedua tetapi pasukan lawan bertindak tidak mahu meneruskan permainan pada kempen Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam kelmarin.


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar kecil) mahu insiden kekecohan yang berlaku dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru malam kelmarin disiasat tanpa berat sebelah.

"Isu ini sangat serius malah ramai yang menyaksikan kejadian itu berlaku. Ia akan disiasat sepenuhnya dengan telus," respons Khairy menerusi laman Twitternya semalam.

Perlawanan berkenaan terpaksa ditangguhkan selepas pemain import kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dilaporkan dikasari ketika menuju ke bilik persalinan.

Menerusi laman Facebook T-Team, kekecohan tersebut didakwa bermula apabila Goncalves ditumbuk pada hidung manakala Stefano ditendang.

Keadaan bertambah buruk apabila perlawanan pada babak kedua terpaksa ditangguhkan selepas pemain dan pegawai T-Team mengambil keputusan untuk tidak meneruskan aksi separuh masa kedua dan terus pulang ke Kuala Terengganu kerana didakwa keselamatan diri mereka terancam.

Sebelum insiden, JDT sedang mendahului 2-1 hasil jaringan Luciano Figueroa pada minit ke-16 dan 21 sementara jaringan The Titans pula dihadiahkan oleh kapten pasukan, Mohd. Marzuki Yusof pada minit ke-27.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Memartabat lantunan gamelan

Posted:

Memartabat lantunan gamelan

Memartabat lantunan gamelan

Oleh HAFIZ AHMAD
mohammadhafiz.ahmad@kosmo.com.my

Gamelan Salukat mendendangkan lagu-lagu gamelan ciptaan baharu.


RITMA gamelan mengisi ruang Panggung Sari, Kompleks Kraf Malaysia, Kuala Lumpur, hasil lantunan gemalai pemain dari tiga negara nusantara. Berpaksi pada cinta yang sama iaitu mengangkat keindahan budaya alat tradisi tinggalan nenek moyang, sebanyak sembilan kumpulan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura bersatu dalam persembahan Festival Gamelan Antarabangsa 2014 baru-baru ini.

Walau mempunyai gemersik mengikut serapan kepercayaan tersendiri, asasnya tetap sama melantun bonang, gong, gendang dan berkaitan.

Seperti alunan muzik tradisi gamelan Bali dimainkan oleh Kumpulan Gamelan Salukat, pengekalan setiap satu alat tradisi menjadikan alunannya lebih asli dan mencipta signatur bunyian yang kekal mengikut aturan warisan dari zaman ke zaman.

Pengasas Kumpulan Gamelan Salukat, I Dewa Ketut Alit tetap menghembus kesegaran melalui penciptaan nota-nota muzik baharu bagi melestari jangka hayat gamelan di bumi kelahirannya di Bali, Indonesia.

"Tradisi dan gamelan memang tidak dapat dipisahkan tetapi setiap pencintanya perlu mengambil langkah berani bagi membolehkannya mendapat perhatian sama ada dari pendengar lama dan baharu.

"Tidak menjadi kesalahan besar untuk memodenkan muzik gamelan, kerana ia dilakukan bukan sebagai pencemaran budaya tetapi lebih kepada penerus dan penggalak kepada jangka hayat tradisi nusantara itu," ujar Alit usai mempersembahkan seleksi tiga lagu bersama 30 pemain muda dibawah bimbingannya.

Eksperimentasi itu juga dipegang oleh Laras Nusa pimpinan Drs. Haryanto M.Ed dari Institut Seni Indonesia, Yogyakarta, Indonesia.


FESTIVAL Gamelan Antarabangsa 2014 disertai oleh tiga negara nusantara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia yang membawakan alunan dan gaya tersendiri alat tradisi itu.


Mungkin budayawan yang pertama kali mendengar mainan kumpulan pelajar dan tenaga pengajar di jurusan Ethnomusikologi itu sedikit berasa janggal. Gamelan dimainkan bersama beberapa instrumen dan tambahan genre muzik moden sehingga menghasilkan bunyi-bunyian yang menarik dan menenangkan.

Misalnya, tiupan cebisan-cebisan kertas digabungkan dengan muzik gamelan bersama lontaran irama rancak hip-hop, membuatkan adrenalin mereka yang mendengar melonjak mengikut rentak irama.

Inovasi baharu

"Malah, ada juga instrumen muzik yang baharu dicipta. Dinamakan sebagai sebab, ia merupakan gabungan alat muzik sape dan rebab," kata Drs. Haryanto yang pernah membawa inovasi baharu itu ke beberapa negara seperti Mesir, China dan Portugal.

Komposisi muzik gamelan baharu turut didendangkan oleh Kelab Gamelan dari Fakulti Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor yang juga merupakan penganjur festival.

Himpunan empat lagu gamelan seperti Kunang-Kunang Mabuk/Lantai Lama, Gatra, Senja Di Ufuk Yogya dan Bright World, diselitkan mainan alat muzik moden bagi menghidupkan bunyian kontemporari yang lebih segar dan mengikut arus perdana.

Sebagai Pengarah Muzik, Prof. Madya Dr. Shahanum Md. Shah menjelaskan, percubaan menggabungkan klasik dan moden tetap tidak melanggar integriti muzik dan kekayaan bunyi etnik gamelan.

"Besar harapan saya agar acara sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dengan penyertaan yang lebih besar.

"Ia jelas dapat mengangkat dan memartabatkan gamelan sebagai satu muzik seni yang perlu dipertahankan untuk generasi seterusnya," ujarnya merangkap Pengarah Projek festival.

Enam lagi kumpulan yang turut serta ialah Sanggar Kirana dari Universiti Teknologi Petronas, Gamelan Bayu (Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan UM Gamelan (Universiti Malaya).

Negara jiran, Singapura, diwakili Gamelan Asmaradana manakala dua lagi wakil dari Malaysia ialah Gemawan dari Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Gamelan Gema Gangsa (Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul).

Harapan penduduk Lembah Bertam

Posted:

Harapan penduduk Lembah Bertam

Harapan penduduk Lembah Bertam


PENDUDUK mengalihkan barang-barang yang terjejas teruk akibat banjir lumpur.


TRAGEDI Lembah Bertam, Ringlet, Cameron Highlands, Pahang tahun lalu melakar sejarah hitam bagi masyarakat Cina terutama mereka yang tinggal di kawasan tragedi. Namun, mereka berharap kehadiran Tahun Kuda membuka lembaran baharu dalam hidup mereka.

Memori hitam tragedi banjir kilat yang mengorbankan empat nyawa itu turut merosakkan 80 buah rumah dan 100 buah kenderaan. Insiden yang berlaku pada awal pagi 23 Oktober 2013 itu menjadikan Tahun Ular sebagai tahun malang kepada mereka.

Sehubungan itu, mereka berharap kehadiran Tahun Kuda mengikut kalendar Lunar diharap dapat mengikis kenangan ngeri yang pastinya terlalu sukar untuk dipadamkan dalam memori.

Walaupun ramalan menyatakan Tahun Kuda penuh dengan cabaran, namun penduduk di Lembah Bertam berharap mereka dapat mengumpul semula kekuatan untuk membina kehidupan seperti kekuatan dan kegagahan seekor kuda.

Tinjauan Bernama di Lembah Bertam mendapati, beberapa buah keluarga sibuk memberi tumpuan dalam menyambut sambutan Tahun Baru Cina dengan membersih dan mengecat rumah mereka yang terjejas akibat limpahan banjir lumpur.

Mereka juga membakar kuih raya dan menghias halaman rumah dengan pokok-pokok limau serta menanam pokok bunga.

Buat persiapan

Lim Keow Luan, 44, bersama dua anaknya adalah antara penduduk yang paling sibuk membuat persiapan ketibaan Tahun Kuda.

Suri rumah itu hampir selesai mengecat rumahnya dengan warna merah jambu manakala suaminya, seorang pengusaha ladang sayur membaik pulih bahagian kaki lima rumah mereka yang terjejas akibat tragedi itu. yang berlaku pada pukul 1 pagi itu.

"Rumah saya merupakan antara empat buah rumah yang tidak terjejas teruk dalam tragedi menakutkan itu. Bersempena Tahun Baru Cina, jadi sekarang perlu bersihkan dan cat rumah," kata Keow Luan bahawa tragedi yang berlaku sekitar pukul 1 pagi itu masih kuat dalam ingatannya.


KEOW LUAN bersama keluarganya mengecat semula rumah mereka yang rosak akibat banjir lumpur tahun lalu.


Suri rumah yang telah menyediakan beberapa jenis makanan seperti kerepek ubi ngaku dan kuih moden itu turut meminjamkan ketuhar kepada jirannya yang mahu membuat persiapan sambutan itu.

"Ada antara kami yang meminjamkan peralatan membuat kuih kepada jiran yang rumah mereka ditenggelami banjir lumpur," katanya.

Sementara itu, Chan Choo Yong, 54, pula berkata, dia hanya membuat persiapan ringkas dalam menyambut Tahun Kuda.

Wang bantuan ihsan yang diterima keluarganya sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

"Duit bantuan itu kita beli peralatan rumah bagi menggantikan peralatan yang musnah. Kerja membersihkan rumah pula ambil masa panjang, sebab lumpur tebal melekat di dinding. Kita seperti memulakan hidup baharu," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lembah Bertam, Wong Fook Chai berkata, keadaan penempatan masyarakat di Lembah Bertam yang terjejas teruk semakin pulih dan penduduk masih melaksanakan kerja-kerja pembersihan.

Saling membantu

"Setiap keluarga masih membersihkan kawasan rumah mereka dan mereka saling bantu-membantu. Bagaimanapun semua masalah mengenai penempatan mereka telah diselesaikan," katanya ketika ditemui.

Fook Chai berkata, masyarakat Lembah Bertam yang terdiri hampir 95 peratus daripada kaum Cina telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina pada 31 Januari lalu dengan kerjasama parti MCA dan JKKK Lembah Bertam.

Sambutan itu pastinya amat bermakna kerana masyarakat Lembah Bertam tidak sendirian meraikan Tahun Baru Cina.

Sebelum ini pelbagai pihak menghulurkan sumbangan dan yang terbaharu sebanyak 99 orang yang mewakili keluarga masing-masing menerima wang tunai RM1,700.

Bantuan itu disalurkan Tenaga Nasional Berhad melalui Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang yang dikelolakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri itu.

Sementara itu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lembah Bertam yang turut terjejas dalam tragedi itu beroperasi seperti biasa pada sesi persekolahan tahun ini meskipun dalam keadaan yang serba kekurangan. Meskupun banyak kerusi dan meja rosak, namun ia tidak mematahkan semangat para pelajar untuk terus menimba ilmu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Muara sungai ditimbus pasir, 200 nelayan terjejas

Posted:

Muara sungai ditimbus pasir, 200 nelayan terjejas

Muara sungai ditimbus pasir, 200 nelayan terjejas

02/02/2014 10:42pm

KOTA BHARU - Lebih 200 nelayan dari tujuh kampung terjejas apabila muara sungai di Kampung Kuala Pak Amat di sini, ditimbus pasir sepanjang 100 meter ketika musim tengkujuh baru-baru ini.

Keadaan itu menyebabkan nelayan dari Kampung Baru, Pulau Gorek, Pulau Panjang, Baung, Teluk Luas, Lepan Pari dan Tok Sadang tidak dapat keluar ke laut mencari rezeki.

Seorang nelayan dari Kampung Baru, Abdullah Mohammad, 35, berkata, dia sudah tiga minggu tidak dapat turun ke laut kerana bot mereka tidak dapat melalui muara itu.

"Jadi saya terpaksa mencari ikan di sungai bagi menampung perbelanjaan harian empat anak yang masih bersekolah kerana saya tidak boleh buat kerja lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Jusoh Ismail, 74, pula berharap pihak berwajib dapat menangani masalah itu dengan membina benteng seperti yang dibuat di Tok Bali, Pasir Puteh, untuk mendalamkan muara sungai berkenaan.

"Langkah itu mampu menyelesaikan masalah ini daripada terus berulang pada masa hadapan kerana setiap kali musim tengkujuh kami menghadapi masalah yang sama.

"Kami tidak dapat mencari rezeki menangkap ikan di laut, walaupun cuaca baik disebabkan bot yang digunakan tidak dapat melepasi beting-beting pasir di muara sungai itu," kata Mohd. Jusoh.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman berkata, untuk menyelesaikan masalah berkenaan pihaknya menyewa dua jengkaut untuk mengorek pasir bagi membolehkan nelayan di kawasan itu keluar mencari rezeki.

"Saya akan berusaha dan bertemu dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan masalah tersebut daripada terus berulang di masa hadapan," katanya. - Bernama

Trafik bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya

Posted:

Trafik bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya

Trafik bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya

02/02/2014 10:37pm

KUALA LUMPUR - Trafik dilaporkan masih bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya malam ini berikutan ramai warga kota pulang selepas cuti panjang bersempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Expressways Berhad berkata, di Lebuh Raya Utara-Selatan dari arah utara ke Kuala Lumpur, trafik bergerak agak perlahan di lima laluan setakat pukul 9.30 malam, iaitu dari Hospital Sungai Buloh ke Bukit Lanjan, Simpang Pulai ke Gua Tempurung, Sungkai ke Slim River, Bertam ke Sungai Dua dan Changkat Jering ke Terowong Menora.

Dari arah selatan ke ibu kota pula, trafik dilaporkan sesak dari Pedas ke Linggi, Senawang ke Port Dickson dan Seremban ke Nilai.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata, keadaan trafik sesak sebelum dan selepas plaza tol Bentong ke Bukit Tinggi mulai pukul 4 petang tadi.

"Bagaimanapun, di sekitar plaza tol Gombak dari Genting Sempah pula trafik masih terkawal," katanya.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila hubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM 1800-88-7752 atau layari www.twitter.com/plustrafik atau www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Jenazah ibu tunggal dibakar teman lelaki selamat dikebumi di Batu Caves

Posted:

Jenazah ibu tunggal dibakar teman lelaki selamat dikebumi di Batu Caves

Jenazah ibu tunggal dibakar teman lelaki selamat dikebumi di Batu Caves

02/02/2014 9:29pm

KUALA LUMPUR - Jenazah ibu tunggal yang 85 peratus melecur akibat dibakar hidup-hidup oleh bekas teman lelakinya di Desa Rejang, Setapak, Januari lalu, selamat dikebumikan di sini hari ini.

Suryana Saidin, 34, kakak kepada mangsa ketika dihubungi Bernama berkata, Jenazah Saliza, 29, yang meninggal dunia pukul 5.15 petang semalam dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Batu Muda, Batu Caves, tengah hari tadi.

Beliau berkata, adiknya sebelum itu dirawat 12 hari di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan jenazahnya telah dimandi dan disembahyangkan di HKL sebelum dikebumikan.

Sementara itu, anak bongsu perempuan mangsa berusia setahun lima bulan, yang turut melecur di bahagian muka dan tangan ketika kejadian itu, sudah sihat, bagaimanapun masih belum dibenarkan keluar dari hospital, katanya.

"Kami sudah berbincang; selepas anaknya keluar dari hospital, kakak sulung saya akan menjaga ketiga-tiga anak itu berusia satu hingga lima tahun di rumahnya di Nilai, Seremban," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tujuh cedera akibat ditembak di Bangkok

Posted:

Tujuh cedera akibat ditembak di Bangkok

Tujuh cedera akibat ditembak di Bangkok

BEBERAPA penunjuk perasaan antikerajaan merangkak dan membongkokkan badan semasa berlaku kejadian tembakan.- AP


BANGKOK – Seramai tujuh orang cedera termasuk dua jurugambar media dalam pertempuran melibatkan kumpulan antikerajaan dengan prokerajaan di sini semalam sehari sebelum pilihan raya umum bermula pada hari ini.

Pertempuran itu bermula selepas sekumpulan penyokong prokerajaan berarak ke sebuah pejabat daerah yang menempatkan kotak undi.

Namun, kumpulan tersebut dikepung kumpulan antikerajaan yang cuba menghalang kotak undi tersebut dihantar ke pusat pengundian sebagai usaha untuk menjejaskan pilihan raya tersebut.

Kedua-dua kumpulan itu menggunakan batu dan bunga api semasa mereka saling bertempur sebelum diikuti dengan tembakan pistol serta raifal.

Sekumpulan lelaki turut menggunakan sebatang kayu untuk memecahkan cermin sebuah kereta yang membawa beberapa orang penunjuk perasaan.

Kereta tersebut kemudian beredar meninggalkan tempat kejadian.

Sebilangan orang yang terperangkap dalam kejadian itu turut mendapatkan perlindungan di sebuah pusat beli-belah dan di bawah jejantas. Beberapa orang lagi berlindung di belakang kenderaan.

Seorang jurugambar dan wartawan dari Amerika Syarikat, James Nachtwey cedera ditembak di kaki.

Dalam kejadian itu, seorang jurugambar akhbar Daily News turut mengalami kecederaan.

Ketegangan semakin meningkat di Bangkok ekoran penunjuk perasaan antikerajaan yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban berikrar untuk menghalang pilihan raya umum yang disertai parti Pheu Thai pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra yang berlangsung pada hari ini.

Kumpulan tersebut tidak mahu parti pimpinan Yingluck itu memenangi pilihan raya kerana mereka menganggap beliau menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra.

Thaksin kini hidup dalam buangan selepas digulingkan tentera semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2006.

Beliau digulingkan selepas kerajaannya dituduh terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Yingluck menjadi Perdana Menteri pada 5 Ogos 2011 selepas partinya memenangi pilihan raya parlimen.

Dalam pada itu, beberapa pegawai pelancongan berkata, krisis politik di Thailand yang bermula akhir tahun lalu mungkin menyebabkan sektor pelancongan kehilangan pendapatan sehingga AS$1.2 bilion (RM4.01 bilion) pada tahun ini. – Agensi

14 maut, Gunung Sinabung meletus

Posted:

14 maut, Gunung Sinabung meletus

14 maut, Gunung Sinabung meletus


SEORANG penduduk melarikan diri selepas Gunung Sinabung meletus di daerah Karo, Sumatera semalam.- REUTERS


KARO – Seramai 14 orang terbunuh termasuk empat orang pelajar semalam selepas Gunung Sinabung di sini menghamburkan lahar dan gas panas, kata seorang pekerja bantuan kemanusiaan.

Menurut pekerja itu, Benny Kaban, lebih banyak mangsa yang mati akan ditemui selepas gunung tersebut yang terletak di utara Sumatera meletus.

Gambar-gambar yang dirakamkan seorang jurugambar agensi berita AFP menunjukkan beberapa mayat diselubungi debu ketika beberapa pekerja penyelamat memakai topeng gas tiba untuk menyelamatkan mangsa-mangsa gunung tersebut.

Tiga orang lagi termasuk seorang bapa dan anaknya melecur setelah terkena debu panas dan mereka kini dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital.

Gunung itu menghamburkan debu dan batu setinggi 2,000 meter ke udara.

Kejadian itu berlaku selepas lebih 13,000 penduduk kembali ke rumah masing-masing selepas gunung tersebut yang setinggi 2,460 meter menunjukkan pengurangan aktiviti letusan.

Gunung itu mula meletus sejak November tahun lalu. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pemandu pelancong Tahun Baharu Cina

Posted:

Pemandu pelancong Tahun Baharu Cina

Pemandu pelancong Tahun Baharu Cina

JELITAWAN berketurunan Tionghua, Debbie Goh sedang dalam perjalanan untuk menikmati makan malam bersama teman-temannya semasa dipelawa untuk berkongsi kebahagiaan serta percaturan karier yang sedang dijalaninya di Kuala Lumpur.

Bekas Miss Malaysia Chinese International 1998 itu ternyata menyimpang daripada telahan penulis. Sebelum ini, ada kerisauan dan bimbang bersembunyi di hati.

Manalah tahu kalau-kalau permintaan untuk mencuri masa disebalik kesibukannya membuat persediaan menyambut Tahun Baru Cina membuatkan Debbie terganggu.

Telahan penulis meleset. Tanpa pernah mengenali dirinya secara dekat mahupun bertemu mata, kami berbual bagaikan sudah kenal lama.

Perbualan dari hujung talian itu tambah mengujakan apabila Debbie langsung tidak kekok berbahasa Melayu. Tuturnya lancar penuh keramahan.

Tahun Kuda - rindukan kakak

"Ya, apa yang boleh saya bantu untuk memudahkan temu bual ini. Bagaimana dengan gambar-gambar? Saya boleh kongsikan dengan anda beberapa keping gambar saya yang belum pernah disiarkan," katanya selepas penulis memperkenalkan diri dan menyatakan, hasrat untuk menjadikan kisahnya sebagai penghias muka depan Sensasi Bintang sempena minggu perayaan ini.

Melangsungkan perbualan, Debbie mengakui suasana sambutan Tahun Baru Cina tahun ini terlalu berbeza. Jika sebelum ini dia akan mencuri waktu untuk pulang ke Johor Bahru (JB) bagi meraikannya bersama-sama keluarga, tahun ini pula sebaliknya.


DEBBIE GOH atau nama sebenarnya, Goh Seok Sim pernah membina nama sebagai pelakon yang mengikat kontrak bersama stesen TVB di Hong Kong.


"Saya pulang ke JB seminggu sebelum Tahun Baru Cina kerana urusan kerja. Jadi pulang sahaja dari JB, ibu menelefon saya agar tidak perlu susah-susah balik beraya.

"Mereka sebaliknya mahu sambut tahun baharu di Kuala Lumpur sahaja. Banyak rancangan kami sepanjang cuti ini. Ia lebih seronok kerana saya boleh bawa keluarga makan angin di sini.

"Ramai orang Kuala Lumpur pulang bercuti, jadi saya mahu suasana jalan raya yang lengang ini dapat dinikmati dengan tenang," ujar Debbie yang menjadikan stimbot sebagai menu wajib Tahun Baru Cina.

Setiap kali tahun baharu juga, Debbie pasti merindui kakak dan abangnya yang sudah bertahun-tahun menetap di luar negara.

"Sudah enam tahun saya tidak bertemu dengan kakak yang tinggal di Kanada. Tahun ini, dia ada sedikit masalah kesihatan dan perlu dibedah. Lagipun tarikh cuti di sana tidak sama dengan Malaysia. Lebih-lebih lagi, tahun ini Tahun Kuda iaitu tahun kelahiran kakak saya.

"Jadi bila cakap pasal Tahun Kuda, saya hanya akan ingat kakak saya itu," akui Debbie yang kurang arif untuk menterjemahkan kepercayaan dan metafora mengenai tahun-tahun kelahiran dalam kalendar Cina.

"Saya cuma mengharapkan kebahagiaan, diberikan kesihatan yang baik, keseimbangan dalam apa juga yang dilakukan serta lebih sukses dalam kerjaya. Setiap tahun itulah yang saya harapkan," tambah Debbie.

Tengok wayang agenda wajib

Melenturkan lagi bicaranya, pelakon berusia 36 itu menjelaskan: "Lebih seronok lagi, kawan saya yang juga pelakon di Hong Kong datang bercuti ke Kuala Lumpur kali ini.

"Pendek kata, saya jadi pemandu pelancong yang paling seronok sepanjang cuti ini. Bawa mereka jalan-jalan dan tengok wayang, kebetulan saya ada filem baharu yang akan ditayangkan.

"Jadi, saya akan beli tiket untuk tengok wayang dengan keluarga dan kawan-kawan."

Bercakap tentang Hong Kong, sebelum pulang ke Malaysia beberapa tahun lalu, Debbie pernah menetap sekitar enam tahun di sana.

PADA usia 36 tahun, Debbie tidak merasakan dia harus segera menamatkan zaman solo.


Karier seni lakonannya bermula sebagai pengacara sebelum mendapat tawaran lakonan daripada sebuah stesen televisyen Hong Kong.

"Selepas menang ratu cantik, mula-mula saya jadi pengacara program hiburan di sana. Dari situlah karier lakonan saya bermula.

"Ketika itu saya langsung tiada pendidikan formal dalam lakonan," katanya yang sudah dua kali meraih anugerah Pelakon Wanita Paling Popular Golden Awards terbitan ntv7 iaitu pada tahun 2010 dan 2012.

Masih berlegar dalam likat emosi Tahun Baru Cina, Debbie menyambung cerita. Katanya, suasana Tahun Baru Cina tahun ini bukan sekadar sebuah perayaan untuk diraikan bersama keluarga bahkan bersama semua pihak yang telah banyak berkongsi idea dan kreativiti sepanjang dia terlibat dalam industri hiburan.

"Sebagai ahli keluarga yang belum berkahwin, saya memang boleh kutip angpau daripada orang lain, tetapi sebagai anak saya tetap kena sediakan duit angpau untuk ibu bapa. Saya juga berikan angpau kepada sesiapa sahaja yang pernah bekerja dengan saya termasuk jurusolek atau jurukamera saya.

"Itu satu penghargaan daripada saya buat mereka yang banyak membantu pencapaian saya selama ini," ujar Debbie yang bakal muncul dengan filem Bullet Over Petaling Street minggu depan.

Menyifatkan filem sebagai fokus utama kariernya, Debbie mampu mengukir janji.

Katanya, biarpun industri perfileman, baik Melayu ataupun Cina, penonton mahukan sebuah filem yang bukan sahaja untuk berhibur tetapi kemas penceritaannya.

Sebagai pelakon yang terbabit dalam bisnes filem Cina, sengaja soal penerimaan masyarakat Cina terhadap filem tempatan penulis ajukan.

"Jualan tiket filem sama ada filem Melayu atau Cina semakin tidak menentu, ada yang merudum. Filem berbahasa Cina juga begitu. Bagi saya penonton tidak salah.

"Dalam lima tahun kebelakangan ini, banyak orang buat filem untuk duit semata-mata.


TAYANGAN filem terbaharu lakonannya, Bullet Over Petaling Street semasa Tahun Baru Cina kali ini memberikan kebahagiaan berganda buat Debbie Goh.


"Bagi saya, memang penonton mahukan sebuah filem yang macam filem Hollywood, tapi untuk filem tempatan, tak kiralah bahasa apa, penceritaan harus ada kualiti. Saya cari kualiti itu dalam setiap filem yang saya lakonkan.

"Sebab itu saya terima tawaran untuk filem Claypot Curry Killers, sayangnya filem itu diharamkan tayangan ke pawagam.

"Saya tahu skripnya cukup kejam, bagi saya itu cabaran," jelas Debbie yang akan terbang ke Bali, Indonesia pada 6 Februari ini untuk satu penggambaran kulit majalah di sana.

Membawakan watak bintang filem yang kemudiannya dipilih sebagai ketua kongsi gelap dalam Bullet Over Petaling Street, filem yang bakal ditayangkan pada 13 Februari itu juga satu kegembiraan berganda buatnya.

"Cuti raya Tahun Baru Cina kali ini semuanya mengenai kerja. Tahun ini banyak kebetulan yang menarik. Filem saya ditayangkan bermula 13 Februari iaitu sehari sebelum hari ke-15 iaitu hari terakhir sambutan Tahun Baru Cina.

"Sehari selepas itu ada sambutan Hari Kekasih. Ia semacam sambutan dan kebahagiaan yang berganda buat saya. Walaupun saya kena bekerja semasa perayaan, tapi saya tidak penat.

"Selagi ada banyak kerja yang hendak saya buat, itu bermakna karier saya sedang meningkat," ujar Debbie yang mengharapkan kelak kredibiliti lakonannya berkembang dan memasuki arus perfileman Melayu pula.

Mahar emas Anuar Zain

Posted:

Mahar emas Anuar Zain

Mahar emas Anuar Zain


LEBIH 30 tahun dalam industri muzik tempatan, Anuar Zain kini dengan bergaya mengumumkan persembahan Minggu Setiausaha anjurannya sendiri yang bertemakan Terindah... Anuar Zain.


MELETAKKAN harga tiket serendah bernilai RM480 sementara tiket termahal RM1,380 seorang untuk sebuah persembahan Minggu Setiausaha yang berdurasi 45 minit, ternyata ia percaturan paling bergaya pernah dilakukan Anuar Zain.

Selama ini, penyanyi hanya diundang sebagai pengisi persembahan sempena Minggu Setiausaha yang sering dianjurkan oleh hotel-hotel atau penganjur berpengalaman. Bagaimanapun, untuk tahun 2014, Anuar telah membuka mata banyak pihak.

Penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini itu muncul sebagai satu-satunya artis berkredibiliti yang sanggup mengambil risiko besar apabila memutuskan untuk menganjurkan sendiri persembahan Minggu Setiausahanya.

"Selama ini saya hanya membuat persembahan Minggu Setiausaha anjuran pihak lain. Niat untuk menganjurkan sendiri persembahan sebegitu pernah ada tetapi saya rasa belum mampu melaksanakannya.

"Cuma selepas berjaya mengadakan konsert sendiri, keyakinan saya semakin kuat. Didorong pasukan pengurusan dan publisiti yang berpengalaman, saya mahu melakukannya," jelas penyanyi berusia 44 tahun itu tersenyum bahagia.

Anuar juga tidak gentar saat harga tiket setinggi RM1,380 dikatakan sebagai tiket termahal untuk sebuah persembahan Minggu Setiausaha yang disambut pada April setiap tahun.

Harga tersebut juga dikatakan dua kali ganda nilainya berbanding konsert yang dilakukan pada tahun lalu dengan harga tiket paling tinggi sebanyak RM698 sahaja.

"Saya percaya semua artis bekerja keras untuk meletakkan diri ke tempat yang sepatutnya mereka berada. Saya rasa harga itu berbaloi dengan skala persembahan yang bakal saya adakan.

"Projek ini satu eksperimental dan juga cabaran besar untuk saya sendiri. Berdasarkan pengalaman lepas, peminat sanggup membayar harga tiket untuk artis yang mahu mereka saksikan.

"Untuk konsert ini, saya boleh janjikan kepuasan ekstra dan satu pengalaman yang membahagiakan buat semua. Saya percaya ramai lagi artis Malaysia boleh jual tiket mahal tetapi harus bersandarkan bagaimana mereka mencorakkan karier mereka selama ini," kata Anuar Zain yang menganjurkan konsert berkenaan menerusi syarikatnya, Anuar Zain Network Sdn. Bhd.

Untuk satu-satunya persembahan besar yang dirancangkan pada tahun 2014, Anuar menyifatkan kerja sekali setahun itu tiada misi lain selain mahu melakukan sesuatu yang teristimewa untuk setiap orang yang berkongsi momen itu bersamanya.

"Mungkin persembahan itu akan jadi satu-satunya persembahan besar saya tahun ini. Saya juga terpaksa menolak sehingga lima tawaran besar yang lain kerana mahu memberikan yang terbaik untuk persembahan saya nanti.

"Ia bukan sahaja tentang muzik tetapi jiwa dan rasa itu yang lebih penting. Ia sebuah persembahan yang bukan pertunjukan semata-mata," tambah Anuar.

Ibarat mahar emas yang harus dipersembahkan untuk menonton persembahan eksklusif untuk 1,500 tetamu itu, Anuar tidak mahu bajet besar yang bakal dihabiskan untuk penganjuran Minggu Setiausaha berkenaan dikongsi khalayak.

Di sebalik tema Terindah...Anuar Zain yang dipilih, Anuar juga meluahkan pendiriannya mengapa bajet sedemikian besar tidak dijadikan dana melebarkan pengaruh ke luar negara.

"Biarlah orang kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Saya tidak rasa peribahasa itu relevan dengan industri muzik, saya mahu biarlah hujan emas itu negeri sendiri," tutupnya Anuar.

Selain lagu Terindah dan beberapa lagu popular, Anuar turut menyediakan undian menerusi laman Facebooknya untuk menentukan lagu mana yang peminat mahukan sempena persembahan yang akan berlangsung pada 8 April nanti.

Bakal mengambil tempat di One World Hotel, Petaling Jaya, tiket-tiket Terindah...Anuar Zain akan dijual bermula 7 Februari depan menerusi www.tiketcharge.com.my manakala tiket untuk VIP boleh diperoleh terus dengan menghubungi Anuar Zain Network di talian 019-317 7476 atau 012-464 2030.

Hero epik jadi monyet

Posted:

Hero epik jadi monyet

Hero epik jadi monyet

WAJAH Donnie ketika muncul di Kuala Lumpur, tahun lalu.


OKTOBER tahun lalu, aktor kelahiran Guangzhou, China, Donnie Yen membuang imej klasik lakonannya apabila muncul sebagai perisik polis menerusi filem aksi Special ID. Dalam jelajah promosi filem berkenaan, Donnie pernah singgah di Kuala Lumpur untuk bertemu peminat dan media tempatan.

Special ID juga menjadi satu-satunya filem aksi moden buat Donnie dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini. Dalam filem berkenaan, Donnie memegang watak Zilong Chen, seorang pegawai polis yang menyamar dan menjadi sebahagian daripada sebuah kumpulan gengster paling kejam di China.

Masuk musim perayaan Tahun Baru Cina 2014, hero epik yang unggul dalam filem-filem pertarungan seperti Bodyguards and Assassins, Ip Man, Ip Man 2, Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen dan Dragon itu kembali semula ke liga filem epik.

Kali ini pelakon berusia 51 tahun itu mengubah wajah apabila muncul dalam epik purba berjudul The Monkey King.

Sering ditampilkan dengan imej lelaki yang biasa memakai kostum pahlawan, kali ini dia harus memakai topeng dan menjadi seekor monyet. Donnie akan menerokai dunia pengembaraan sebagai Raja Monyet atau Sun Wukong yang cukup terkenal dalam hikayat klasik orang Cina yang bertajuk Journey to the West.

Kepada peminat filem atau drama dari Hong Kong, kisah Raja Monyet yang menerima hukuman daripada Dewa Syurga itu bukan sesuatu yang asing. Tahun lepas, filem daripada hikayat yang sama juga pernah diarahkan oleh Stephen Chow dengan judul Journey to the West: Conquering the Demons.

EPIK purba The Monkey King.


Teletah anak

Membawa watak Raja Monyet yang memiliki kuasa luar biasa namun dihukum atas kenakalan dan kejahatan yang pernah dilakukan pada masa silam, Donnie yang bermula sebagai pelakon watak ngeri dalam filem Shaolin Drunkard (1983) itu juga tahu bahawa watak itu sudah banyak kali dilakonkan oleh pelakon lain.

Di Hong Kong, filem berkenaan ditayangkan bermula Khamis lalu. Ia dijangka mencapai kejayaan besar gara-gara musim cuti perayaan Tahun Baru Cina yang disambut masyarakat Cina di seluruh dunia.

Seperti dalam hikayat asal, Raja Monyet lakonan Donnie akan mengiringi seorang Sami Buddha ke India untuk menghantar manuskrip suci. Selain menjadikan karya terdahulu sebagai rujukan, Donnie lebih suka menjadikan anak lelakinya yang berusia tiga tahun sebagai inspirasi untuk melakonkan watak Raja Monyet mengikut pemahamannya sendiri.

"Ketika penggambaran belum lagi dijalankan, saya selalu memerhatikan telatah anak lelaki saya yang gemar melompat-lompat di segenap penjuru rumah. Dia juga terloncat-loncat dari sofa ke sofa, dia anak yang sangat aktif.

"Dari situ saya terfikir, itulah inti pati yang harus ada dalam diri seekor Raja Monyet. Sesuatu yang masih terpelihara dan naif. Raja Monyet itu sangat kebudak-budakan," jelas Donnie ketika ditemu ramah media di Hong Kong.

Biarpun mengambil teletah anak sendiri sebagai inspirasi wataknya, membawa karakter Raja Monyet sebenarnya tidaklah seronok sangat sebagaimana yang disangka.

Donnie harus menyarungkan kostum serta topeng muka yang sangat menyukarkan dirinya untuk berekspresi bahkan dia makan makanan yang disukai sepanjang wajahnya masih dalam karakter berkenaan.

"Perkara paling sukar ialah saya tidak boleh makan secara normal. Saya tidak boleh minum jika tidak menggunakan straw," cerita Donnie yang kini bahagia bersama Cecilia Wang serta dua orang anak mereka Jasmine, 10, dan James, 7 tahun.


DONNIE (kiri) bersama pengarah filem, Woo-ping Yuen ketika sidang media pengumuman filem sekuel Crouching Tiger Hidden Dragon II - The Green Destiny pada Festival Filem Antarabangsa Cannes tahun lalu.


The Monkey King

Filem yang diarahkan oleh Soi Cheang itu memulakan penggambaran di Beijing pada 18 Oktober 2010 dan disunting dalam format IMAX 3D.

Filem terbitan bersama beberapa produksi besar seperti Filmko, Mandarin Films dan Global Star Productions itu memang direncanakan sebagai sebuah filem bajet mega untuk tujuan pasaran Amerika Syarikat dan Asia.

Selain Donnie Yen, bintang lain yang terlibat dalam filem berkenaan termasuklah Chow Yun Fat (Kesatria Langit), Aaron Kwok (Raja Iblis Kerbau), Joe Chen (Puteri Kipas Besi), Peter Ho (Erlang Shen), Kelly Chen (Dewi Kwan Im) dan ramai lagi.

Semasa berkongsi pengalamannya memegang watak Zilong Chen dalam filem Special ID, Donnie pernah mengakui bahawa dia lebih gemarkan filem aksi moden berbanding filem aksi sejarah.

"Gaya berlawan filem aksi moden lebih bebas berbanding aksi sejarah. Ia juga tidak menyebabkan saya terikat dengan watak.

"Untuk filem itu, saya sendiri yang mengatur koreografi untuk babak aksi setiap pelakon malah saya melakonkan babak aksi tanpa bantuan pelakon lagak ngeri," memetik ungkapan Donnie semasa mempromosikan Special ID di Kuala Lumpur tidak lama dahulu.

Bakal hero Crouching Tiger

Semasa Festival Filem Antarabangsa Cannes di Perancis pada Mei 2013, Donnie Yen diumumkan sebagai salah seorang pelakon yang memegang watak utama dalam sekuel kedua Crouching Tiger Hidden Dragon berjudul Crouching Tiger Hidden Dragon II - The Green Destiny. Dia bakal bergandingan bersama Michelle Yeoh yang masih membawa watak Yu Shu Lien.

Baru-baru ini, sebuah portal hiburan menyatakan bahawa tempat Donnie dalam filem seni mempertahankan diri itu akan digantikan pelakon lain iaitu Andy Lau.

DONNIE YEN bersama isterinya Cecilia Wang serta dua orang anak mereka, Jasmine dan James.


Perkara itu dikatakan berpunca daripada kegagalan pihak produksi memutuskan soal bayaran tinggi yang diminta oleh Donnie.

Desas-desus itu bagaimananapun dinafikan oleh Donnie Yen. Ditemu bual wartawan semasa tayangan perdana filem The Monkey King di Hong Kong, Donnie memaklumkan bahawa dia masih sebahagian daripada filem berkenaan.

"Filem itu masih dalam proses pembangunan skrip," kata Donnie.

Filem Crouching Tiger Hidden Dragon II - The Green Destiny dijangka memulakan penggambaran Mei nanti. Penafian tentang pengunduran Donnie daripada filem berkenaan juga disokong oleh oleh syarikat produksi, The Weinstein Company yang mengeluarkan satu kenyataan media khas berhubung perkara itu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved