Ahad, 5 Januari 2014

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Penjenayah cuba bakar pemandu lori hidup-hidup

Posted:

Penjenayah cuba bakar pemandu lori hidup-hidup

Penjenayah cuba bakar pemandu lori hidup-hidup

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

KEADAAN lori yang dibakar oleh penjenayah di Bukit Tambun, Nibong Tebal kelmarin.


SIMPANG AMPAT – Seorang pemandu lori berdepan detik cemas kira-kira sejam apabila dia cuba dibakar hidup-hidup di dalam kenderaannya oleh penjenayah yang menyamunnya di Bukit Tambun, Nibong Tebal dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 2.41 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 40 tahun berhenti di simpang lampu isyarat berdekatan Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan di Bukit Tambun di sini.

"Semasa menunggu lampu isyarat bertukar hijau, dia dihampiri dua lelaki berketurunan India yang menaiki sebuah motosikal," kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kemalangan bertukar rompakan

Posted:

Kemalangan bertukar rompakan

Kemalangan bertukar rompakan


SHUKRI


SERDANG – Hajat seorang pengawai kanan Maritim Malaysia (APMM) yang mahu berbincang dengan pemandu kenderaan yang melanggar keretanya bertukar ngeri apabila mangsa ditembak manakala isteri dan keretanya dilarikan dalam kejadian di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) berhampiran susur keluar ke Puchong dekat sini malam kelmarin.

Satu sumber berkata, sebelum kejadian pukul 11.45 malam itu, mangsa Nazaruddin Mat, 35, yang berjawatan Pengarah Pentadbiran Bahagian Kewangan APMM di Kuantan, Pahang dan isterinya menaiki kereta Honda Accord dalam perjalanan dari Shah Alam menghala ke Semenyih.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Buaya katak 100kg tewas di Sungai Bah

Posted:

Buaya katak 100kg tewas di Sungai Bah

Buaya katak 100kg tewas di Sungai Bah


ORANG ramai mengusung seekor buaya katak yang berjaya ditangkap seorang penternak babi di Sungai Bah, Kabong kelmarin.


KABONG – Seorang penternak babi berjaya menangkap seekor buaya katak sepanjang lima meter di Sungai Bah berhampiran Kampung Emplam dekat sini kelmarin.

Buaya yang dipercayai konco Bujang Sebelak itu tewas di mata kail pancing berumpankan daging babi pada pukul 5 petang.

Lelaki yang ingin dikenali sebagai Mani, 50-an berkata, penangkapan buaya jantan yang diberi jolokan Bujang Bah itu merungkai misteri kehilangan beberapa ekor babi peliharaannya sebelum ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Segera bertindak!

Posted:

Segera bertindak!

Segera bertindak!

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

KIM SWEE (tiga dari kiri) sentiasa komited dengan setiap tanggungjawab yang dipikulnya.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) harus segera menentukan peranan sebenar pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee.

Ini kerana status Kim Swee yang juga pengendali Harimau Muda A mula menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Ini kerana pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal yang juga Naib Presiden FAM minggu lalu mengesahkan bahawa jurulatih baharu skuad Harimau Malaya akan dilantik akhir bulan ini.

Sebelum itu, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah juga mengesahkan jurulatih kelahiran Perancis, Philippe Omar Troussier merupakan antara calon paling hampir dipertimbang untuk membimbing skuad Harimau Malaya secara tetap bagi menggantikan Datuk K. Rajagobal.

Justeru, timbul kebimbangan bahawa Kim Swee bakal 'disambar' Persatuan Bola Sepak Myanmar (MFF) jika FAM lambat membuat keputusan berhubung masa depan jurulatih kelahiran Melaka itu.

Ini kerana, MFF dikatakan cukup berminat melamar Kim Swee bagi menggantikan bekas jurulatih Myanmar, Park Sung Hwa yang dipecat ekoran kegagalan skuad negara itu mara ke separuh akhir temasya Sukan SEA bulan lalu.

MFF juga dikatakan sanggup membayar gaji Kim Swee melebihi apa yang diterima Sung-Hwa sebelum ini iaitu AS$70,000 (RM224,280) sebulan.

Biarpun dikatakan bukan calon popular menyandang 'kerusi panas' sebagai pengendali Harimau Malaya, ramai peminat yang tetap memasang harapan supaya Kim Swee diberikan peranan lebih besar berbanding kekal mengendalikan skuad Harimau Muda A selepas ini asalkan beliau 'tidak terlepas' ke tangan pasukan negara lain.

Terdahulu, Kim Swee berkata, beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam masa terdekat bagi mengetahui hala tujunya.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Hamidin bagaimanapun belum bersedia untuk mengulas lanjut berhubung peranan sebenar Kim Swee selepas ini.

"Saya masih bercuti di luar negara. Hari Selasa (esok) baru saya ada," kata Hamidin menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! semalam.

Atas kertas, skuad Harimau Malaya hanya memiliki baki satu perlawanan berdepan Yemen dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada Mac depan.

Justeru, ada baiknya Kim Swee kekal bersama skuad Harimau Malaya sebagai persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF 2014 di Singapura dan Vietnam (November) sebaik membantu Harimau Muda A mengharungi Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, September depan.

Ini kerana majoriti peminat dan pemerhati bola sepak tempatan masih mempercayai sentuhan yang dimiliki Kim Swee.

Harimau Selatan 'cakap besar'

Posted:

Harimau Selatan 'cakap besar'

Harimau Selatan 'cakap besar'

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


AIMAR (kanan) dibentes pertahanan Melaka United FC pada aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin. Johor DT 1 menang 4-1.


PASUKAN berstatus bintang – Johor Darul Takzim 1 (Johor DT 1) – memburu gelaran trebel pada saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula 17 Januari ini.

Sasaran itu bersandarkan kepada barisan pemain yang dimiliki mereka selain prestasi semasa Johor DT 1 yang dianggap antara pasukan pilihan musim ini.

Bagi penolong jurulatih Johor DT 1, Ismail Ibrahim, beliau yakin anak-anak buahnya mampu merealisasikan misi tersebut, apatah lagi Harimau Selatan kini dibimbing jurulatih berkaliber dari Sepanyol, Cesar Ferrando Jimenez.

Pada masa sama, pertaruhan besar Johor DT 1 membawa bintang Argentina, Pablo Aimar dan Luciano Figueroa dilihat mula membuahkan hasil.

Buktinya, kedua-dua pemain termahal itu masing-masing meledak satu gol ketika membantu Johor DT 1 menang 4-1 ke atas Melaka United FC pada aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.

Dua gol lagi dijaringkan oleh penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali.

"Dengan dibarisi pemain bertaraf dunia seperti Pablo dan Luciano, serta diperkuatkan lagi dengan kehadiran ramai pemain kebangsaan seperti Safee, Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan Safiq (Rahim), saya rasa tidak mustahil kami mampu memenangi gelaran trebel musim ini.

"Pasukan ini dibarisi ramai pemain berkualiti, bermula daripada pemain kesebelasan utama sehingga pemain simpanan.

"Jadi, saya rasa kami memiliki kualiti yang seimbang dalam memberi cabaran pada kempen Liga Super, Piala FA mahupun Piala Malaysia.

"Cuma, apa yang perlu dipastikan ialah semua pemain kami sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal bagi menggalas misi tersebut," ujar Ismail selepas aksi persahabatan tersebut.

Ismail menambah, barisan pemain JDT 1 ketika ini perlu bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Semua pemain harus menunjukkan prestasi yang konsisten dalam setiap latihan atau permainan sekiranya mahu terus kekal dalam skuad utama.

"Saya rasa ini sesuatu yang bagus kerana persaingan sihat ini mampu memberi impak yang positif kepada pasukan ini. Jadi, sebab itu saya yakin kami mampu menggalas misi trebel ini pada musim ini" ujarnya.

PSM harus guna 'talian hayat'

Posted:

PSM harus guna 'talian hayat'

PSM harus guna 'talian hayat'

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


AHMAD menganggap pencapaian skuad sepak takraw negara di Myanmar lebih baik berbanding prestasi pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.


SUDAH tiba masanya buat Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menggunakan 'talian hayat' yang ada.

Pemimpin-pemimpin tertinggi PSM kini perlu berlapang dada untuk menjalin kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

PSM tidak ada pilihan lain selain daripada menggunakan kepakaran yang dimiliki KBS, MSN, ISN dan MOM bagi merangka program jangka pendek dan panjang.

Misi jangka pendek PSM adalah membawa pulang pingat emas pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dari 4 hingga 19 September depan serta mengembalikan semula status Malaysia sebagai satu kuasa besar di rantau Asia Tenggara pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur yang menjadi misi jangka panjang badan induk itu.

Bagaimanapun, PSM semakin kesuntukan masa untuk membentuk skuad yang mantap bagi menghadapi Sukan Asia 2014 yang hanya berbaki sembilan bulan itu.

Satu misi mustahil untuk memenangi pingat emas pada temasya berprestij di Asia itu berdasarkan persembahan skuad elit negara pada Sukan SEA 2013 di Nay Pyi Taw, Myanmar bulan lalu.

Rata-rata pemain yang membarisi skuad elit ketika ini terdiri daripada barisan pemain muda dan cetek berpengalaman.

Satu-satunya cara untuk membentuk skuad yang mantap, PSM perlu mengumpul semula bekas pemain kebangsaan yang dirasakan masih mampu menyumbang tenaga dan bersedia untuk berbakti kepada negara.

Bekas pemain yang selama ini hanya pandai mengkritik dari belakang perlu tampil ke hadapan.

Jika perlu, regu emas Sukan SEA 2005 – Mohd. Futra Abd. Ghani, Mohd. Normanizam Ahmad dan Mohammad Zulkarnain Mohamed Arif – perlu menimbangkan semula persaraan mereka.

Mereka perlu mengetepikan seketika 'ideologi' yang berbeza bagi merealisasikan misi jangka pendek PSM itu.

Di sinilah peranan KBS, MSN dan MOM diperlukan.

Mereka perlu mencari formula terbaik bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit seperti kebajikan pemain termasuk elaun, tempat tinggal dan pemakanan.

Selain itu, masalah utama yang menghantui bekas pemain ini adalah pelepasan daripada majikan masing-masing.

Isu pelepasan majikan yang selama ini menghalang barisan pemain daripada menyertai skuad negara perlu ditangani dengan kadar segera.

Syarikat-syarikat swasta atau kerajaan yang menjadi tempat pemain tersebut bekerja perlu bersikap lebih patriotik dengan memberikan kebenaran kepada mereka untuk mewakili negara.

Isu itu sudah lama 'bersarang' dalam pemikiran pemimpin-pemimpin tertinggi PSM tetapi tidak ada individu yang tampil untuk memberikan bantuan atau menyelesaikan masalah tersebut.

Keengganan majikan melepaskan pemain-pemain berbakat ini telah merencatkan perancangan PSM untuk membentuk skuad yang lebih sempurna.

Situasi itu memaksa PSM beralih kepada pemain-pemain muda yang masih belum bekerja untuk menampung kekosongan tempat yang ditinggalkan pemain berpengalaman.

Hasilnya sudah pasti tidak begitu memuaskan tetapi PSM tidak ada pilihan lain selain membentuk skuad yang dibarisi ramai pemain muda dan kurang berpengalaman.

Kebanyakan daripada bekas pemain itu juga sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri.

Jadi, isu elaun yang berpatutan dan tempat tinggal yang sempurna menjadi faktor utama yang membantutkan impian mereka untuk menyertai semula skuad kebangsaan.

ISN pula perlu bijak berperanan menyediakan program yang sesuai untuk meningkatkan motivasi dan daya tahan pemain-pemain itu.

Sementara itu, program jangka panjang perlu disusun dengan rapi yang membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar.

PSM perlu 'turun padang' ke kampung-kampung, daerah dan negeri bagi menanam budaya sukan sepak takraw dalam kalangan kanak-kanak di seluruh Malaysia.

Selain itu, PSM perlu menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memasukkan sukan sepak takraw itu dalam silibus dan aktiviti kokurikulum di semua sekolah rendah dan menengah.

Menerusi kejohanan-kejohanan yang diadakan di peringkat akar umbi itu, PSM pasti dapat 'menggali' bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk di bawa ke peringkat antarabangsa.

Sekiranya sukan tradisi orang Melayu ini kembali menjadi budaya dalam aktiviti harian rakyat Malaysia, seperti mana suatu ketika dahulu, tidak mustahil skuad negara akan digeruni semula pada Sukan SEA 2017 di Kuala lumpur.

Jadi, pertemuan antara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat itu, akan membincangkan semua isu-isu berbangkit tersebut.

Mengimbas kembali pencapaian skuad negara pada tahun 2013, PSM ditimpa malang berganda.

Selepas dimalukan Korea Selatan pada Kejohanan Sepak Takraw Siri Super 1 Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di New Delhi, India, Ogos lalu, skuad negara diaibkan pula pada Sukan SEA 2013.

Kekalahan itu tidak hanya menyebabkan Malaysia hilang status sebagai satu 'kuasa besar' di rantau Asia Tenggara tetapi kedudukan mereka semakin terhakis di benua Asia.

Suatu masa dahulu, kehebatan Malaysia sebaris dengan musuh tradisi Thailand dan Indonesia tetapi kini semakin ketinggalan di belakang Myanmar, Laos, Vietnam di Asia Tenggara.

Lebih malang, Malaysia semakin tercabar untuk mempertahankan statusnya sebagai satu kuasa besar di Asia selepas diancam hebat pendatang baharu, Korea Selatan, China dan Jepun.

Lantaran itu, memenangi pingat emas pada Sukan Asia 2014 merupakan satu-satunya peluang PSM untuk menebus kekecewaan tersebut.

Selain dianggap sebagai penanda aras terbaik buat PSM, kejayaan membawa pulang sebutir pingat emas itu juga bakal menyelamatkan karier Ahmad.

Ahmad dicabar untuk meletakkan jawatan yang disandang sejak tahun 2003 itu sekiranya gagal merealisasikan sasaran tersebut.

Kekalahan kepada Korea Selatan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat sukan sepak takraw di negara ini termasuk kritikan pedas Khairy.

Menteri Belia dan Sukan itu yang kecewa dengan kekalahan tersebut memberikan reaksi spontan untuk menyekat peruntukan kewangan berjumlah RM1 juta setahun yang diperoleh PSM.

Namun, keputusan Khairy itu tidak disenangi Ahmad, sekali gus mencetuskan 'perang mulut' antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Isu itu tidak ada kesudahannya selepas Khairy dan Ahmad enggan duduk semeja bagi membincangkan masalah tersebut kerana mereka lebih suka mengambil sikap 'tunggu dan lihat'.

Ketika isu tersebut masih hangat, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita yang menyedihkan apabila skuad negara tewas ketiga-tiga perlawanan dalam acara berpasukan pada Sukan SEA 2013.

Selepas skuad wanita dibelasah 0-3 dalam ketiga-tiga perlawanan menentang Thailand, Myanmar dan Indonesia, giliran skuad lelaki pula merekodkan kekalahan ketiga berturut-turut.

Skuad lelaki tewas 0-3 kepada Thailand dan 1-2 di tangan Myanmar dalam dua perlawanan pertama sebelum tumpas 1-2 kepada Indonesia pada perlawanan terakhir di Stadium Tertutup Wunna Theikdi B itu.

Kekalahan itu merupakan yang terburuk dalam sejarah, sekali gus meleburkan impian Malaysia untuk menamatkan kemarau pingat emas dalam acara berpasukan sejak 22 tahun lalu.

Khairy berkata, kekalahan memalukan skuad negara dalam acara berpasukan lelaki dan wanita pada edisi ke-27 temasya dwitahunan itu memang sudah dijangka.

Katanya, sudah tiba masanya beliau dan pemimpin tertinggi PSM duduk semeja bagi mencari formula terbaik bagi menyelesaikan masalah yang sedang melanda skuad negara ketika ini.

Beliau turut menyarankan supaya PSM berbincang dengan MSN dan KBS bagi mencari hala tuju serta perancangan baharu buat skuad sepak takraw negara.

"Kekalahan di Myanmar merupakan sesuatu yang memalukan tetapi sekiranya tidak ada tindakan yang diambil, skuad negara akan 'malu besar' jika kalah pada Sukan SEA 2017," katanya.

Khairy yang tidak bersetuju dengan desakan pengkritik supaya Ahmad meletak jawatan mengakui, kekurangan kejohanan menjadi faktor utama kemerosotan skuad negara.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad elit negara, Jamaluddin Hassan yang turut kecewa dengan keputusan itu mengakui, beliau menyahut cabaran untuk memikul tanggungjawab besar bagi membentuk skuad yang mantap meskipun menyedari barisan pemain sedia ada masih muda dan kurang berpengalaman.

Bagaimanapun, Jamaluddin tidak menafikan bahawa kekalahan skuad negara di Myanmar berpunca daripada persembahan di bawah tahap sebenar yang dipamerkan para pemain ketika berada dalam gelanggang.

"Apa yang saya nampak, pemain-pemain negara tidak beraksi dengan baik. Kami sudah bagi segala ilmu dan mereka gagal menggunakannya," katanya.

Sukan sepak takraw bukan acara tunggal yang gagal memenangi emas kerana beberapa acara 'kelas satu', terutamanya lumba basikal, bola sepak dan memanah (compound) turut dikategorikan sebagai acara yang gagal di Myanmar.

Jadi, sesuatu yang tidak adil sekiranya pegawai dan pemain-pemain sepak takraw negara terus dikecam berdasarkan pencapaian mereka.

Bagaimanapun, para peminat sepak takraw di Malaysia ada sebab untuk marah dan berasa kecewa.

Malaysia mampu menggenggam pingat emas sekiranya pemain-pemain mempunyai kekuatan mental untuk mengatasi perasaan gemuruh dan takut ketika berada di tengah gelanggang.

Kekangan psikologi menyebabkan tahap permainan anak-anak buah Jamaluddin itu tidak meningkat berbanding pencabar lain seperti Kemboja, Laos, Brunei dan Singapura.

Situasi itu menyebabkan mereka gagal untuk bersaing dengan kuasa besar, terutamanya Thailand, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Vietnam.

"Pada pendapat saya, tahap permainan pemain-pemain negara dengan pasukan lain tidak banyak bezanya.

"Namun, pemain-pemain negara banyak 'membuang' bola ketika melakukan servis. Ada kalanya, mereka langsung tidak memperoleh mata. Ini adalah kelemahan utama pemain negara terutama tekong.

"Selain itu, mereka juga gagal mengambil bola pertama yang dilakukan pasukan lawan. Mengangkat servis lawan penting dalam sesuatu perlawanan.

"Kegagalan mengutip mata semasa melakukan servis dan mengambil bola pertama pasukan lawan merupakan dua faktor utama yang mengundang kekalahan kami," kata Jamaluddin.

Katanya, anak-anak buahnya masih menunjukkan kemajuan dalam aspek permainan dan sekiranya diberi lebih banyak masa, mereka mampu meningkat pada masa hadapan.

Bagaimanapun, Ahmad mengakui bahawa pencapaian skuad negara pada Sukan SEA 2013 (satu pingat perak dan dua gangsa) lebih baik berbanding di Palembang, Indonesia dua tahun lalu.

Ahmad Ismail menyambut baik kesediaan Khairy untuk duduk berbincang mengenai isu pembangunan sukan tersebut.

Begitupun, Ahmad mahu pihak kementerian turut 'turun padang' dan melihat sendiri sama ada kebajikan para pemain negara dijaga dengan baik.

"Walaupun para pemain mendapat elaun bulanan, diberikan tempat tinggal dan makanan, kebajikan yang diterima itu harus berada dalam keadaan yang sempurna," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


China iktiraf Kai-Shek

Posted:

China iktiraf Kai-Shek

China iktiraf Kai-Shek

KERETA lama yang digunakan oleh Kai-Shek turut dipamerkan di rumah memorial Kai-Shek di wilayah Zhejiang.


PIHAK berkuasa Komunis China telah menyelenggara rumah berusia 80 tahun yang pernah digunakan oleh pemimpin kebangsaan Chiang Kai-Shek. Ia dilakukan sebagai tanda hubungan baik bersama Taiwan sekali gus mengubah seorang musuh kepada tokoh sejarah yang diiktiraf.

Perbezaan politik telah mengubah bandar Nanjing yang juga dikenali sebagai Kuomintang ketika ibu negara China itu berada di bawah pemerintahan Parti Kebangsaan. Kerja-kerja menyelenggara rumah tiga tingkat di kaki bukit itu menelan belanja hampir AS$ 4.9 juta (RM16.17 juta).

Ia merupakan salah sebuah rumah yang pernah didiami oleh Kai-Shek dan isterinya, Soong May-Ling sebelum mereka melarikan diri ke Taiwan pada tahun 1949. Tahun tersebut merupakan tahun penamat kekejaman perang dunia yang telah mengorbankan berjuta-juta nyawa di kedua-dua buah negara.

Kai-Shek pernah mengetuai Taiwan sebagai presiden sehingga kematiannya 26 tahun kemudian dan turut mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah yang adil di China.

Rumah berkenaan digunakan selama beberapa dekad sebagai rumah tumpangan negeri. Ia ditutup kepada orang ramai tetapi dibuka semula setelah kerja baik pulih selama setahun selesai pada bulan Oktober lalu.

"Pengubahsuaian ini telah dipertimbangkan kerana ia mempunyai kegunaan yang sangat penting iaitu pertukaran budaya merentasi selat.

"Kami merasakan bahawa rumah ini merupakan mercu tanda warisan budaya yang sangat penting," kata Liao Jinhan, timbalan ketua agensi pemerintah yang mentadbir kawasan sekitarnya.


RUMAH berusia 80 tahun yang menjadi penempatan Kai-Shek semasa hayatnya.


Pelan asal

Penemuan pelan seni bina asal di dalam almari di rumah tersebut membuatkan pekerja lebih berkeyakinan meneruskan kerja baik pulih bangunan tersebut. Ia termasuk bilik bawah tanah arang batu dan tempat letak kereta di hadapan rumah.

"Kami mengikut sepenuhnya pelan asal rumah tersebut. Anda boleh lihat gambar tersebut, ia sememangnya sama," kata Zhou Zhongxing, pengurus hartanah.

Pemilihan Ma Ying-Jeou dari Kuomintang sebagai Presiden Taiwan pada tahun 2008 telah mengeratkan lagi hubungan dengan Beijing yang tegang pada pertengahan 1990-an.

"Pengubahsuaian ini penting untuk mengenali budaya merentasi selat dan merupakan usaha untuk memelihara warisan sejarah berkaitan Kuomintang.

"Perkara ini membawa hubungan diplomatik dua negara ke hadapan. Ia bermaksud pertukaran pendapat dalam bidang politik dan itulah masalah yang dihadapi oleh kedua-dua belah pihak," kata Tong Liqun, penyelidik Pengajian Antarabangsa di Institut Shanghai, China.

Tahap kepekaan terhadap sejarah dapat dilihat apabila pegawai-pegawai menggelar rumah tersebut sebagai Istana May-Ling, walaupun kediaman itu adalah milik bekas ketua negara China.

May-Ling merupakan salah seorang daripada tiga orang adik-beradik. May-Ling telah berkahwin dengan dua pemimpin tertinggi China dan seorang ahli perniagaan kaya yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan.


SEORANG pengunjung melintasi gambar biografi isteri Kai-Shek iaitu May-Ling.


Beberapa keping gambar Kai-Shek dan bapa pengasas Republik China, Sun Yat-Sen dapat dilihat di dalam kediaman tersebut. Tokoh tersebut dihormati oleh kedua-dua parti Komunis dan Nasionalis. Yat-Sen dikebumikan di atas bukit yang dapat dilihat dari rumah itu.

Wilayah China

Terdapat sebuah pameran tentang kehidupan pasangan itu di Taiwan yang bertajuk Bertahun di Pulau Taiwan. Pameran itu cuba menekankan bahawa Taiwan bukan sebuah negara asing tetapi merupakan sebahagian daripada wilayah di China.

Kediaman tersebut memiliki ciri-ciri budaya China seperti bumbung melengkung tetapi hiasan dalamannya memiliki ciri-ciri Barat. Konsep tersebut merujuk kepada May-Ling yang mendapat pendidikan di Amerika Syarikat (AS).

Bangunan tersebut turut menggambarkan gaya hidup pasangan itu.

Kai-Shek mempunyai bilik utama berasingan mencerminkan gaya hidup tentera, manakala May-Ling memiliki ketuhar gaya Barat dan menyimpan bekas abu rokok di dalam bilik untuk merokok. Tabiat tersebut diperolehnya ketika menetap di AS.

Pencapaian bekas Wanita Pertama tersebut dipamerkan bagi memberikan pengiktirafan kepadanya yang memangkin sokongan kepada China ketika menentang Jepun pada tahun 1930-an dan 1940-an. Selain itu, pameran tersebut turut mendedahkan tentang kerja-kerja kebajikan beliau. - AFP

Pengalaman menjalani latihan tentera

Posted:

Pengalaman menjalani latihan tentera

Pengalaman menjalani latihan tentera

Oleh ZAMRI RAMBLI dan MOHD. HAFIZI AHMAD
rencana@kosmo.com.my


ANGGOTA Paskau (kanan) memberikan penerangan cara-cara mengendalikan senjata api kepada peserta.


MENJENGAH masuk ke pintu Kem Pasukan Khas Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Bukit Jugra, Selangor kami mempersiapkan diri bak seorang tentera yang bersedia untuk apa juga latihan.

Berada dua hari di kem tersebut sempena penganjuran Lawatan Editor Kanan Media bersama Kementerian Pertahanan dan TUDM baru-baru ini, seramai 67 wakil media tempatan ternyata begitu teruja untuk beraksi.

Apatah lagi pegawai dan anggota-anggota yang bakal memberi latihan kepada kami bukan sembarangan orang. Mereka terdiri daripada skuad elit TUDM atau lebih dikenali dengan Pasukan Khas Udara (Paskau).

Sebaik mendaftar diri dan mendengar taklimat yang diberikan pagi itu, kumpulan pertama media tanpa berlengah masa terus dibawa melakukan aktiviti abseiling dan latihan penerjunan asas payung udara.

Walaupun ketinggian untuk abseiling mencecah 70 kaki (21.3 meter) manakala terjunan asas payung udara setinggi 40 kaki (12.2 meter), ia tidak merendahkan semangat kebanyakan wakil media yang segera memakai pakaian khas tentera dan mendaki anak tangga.

Meletakkan kepercayaan kepada tali dan abah-abah untuk kedua-dua aktiviti tersebut ternyata bukan mudah. Beberapa peserta kelihatan teragak-agak untuk melakukan latihan menara penerjunan asas payung udara kerana gayat.

Setelah tamat melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, kumpulan media dibawa bertempur untuk aktiviti bola cat atau paintball. Wakil Kosmo! berjaya mendapat tempat keempat dalam aktiviti sukan lasak itu.


KUMPULAN media B yang turut disertai wakil Kosmo!, (duduk dari kanan) Nasirruddin Yazid, Mohd. Hafizi dan Zamri menjuarai pertandingan mencari harta karun menggunakan alat NVG.


Peluang menembak

Aktiviti sebelah petang sememangnya dinanti-nantikan ramai peserta kerana diberi peluang menembak di lapang sasar Batu Hampar dan menaiki bot tempur Rigid Hull Inflatable (RHIB).

Peserta diperkenalkan dengan dua jenis senjata pada aktiviti itu iaitu senapang SIG SG553-SB buatan New Zealand dan pistol Glock TB yang hanya digunakan oleh anggota Paskau.

"Pastikan genggaman erat pada pistol dengan menggunakan sokongan tapak tangan. Tetapkan sasaran untuk bidikan tetapi jangan kenyit dengan menutup sebelah mata.

"Lihat bahagian tanda putih di atas pistol, pastikan tidak ada ruang di slot hujung pistol untuk tembakan lebih tepat," terang salah seorang Laskar Udara, Yasrol Mohamad Shah kepada peserta yang tekun mendengar.

Yasrol menambah, kawal pernafasan dan tekan picu dengan hujung jari secara perlahan-lahan.

"Jangan kasar kerana sedikit sentapan akan membuat tembakan anda tersasar," ujarnya.

Yang pasti, saat mengendalikan sendiri senjata-senjata berkenaan menyebabkan jantung berdebar dan adrenalin mengalir laju. Ini mengakibatkan kebanyakan tip yang diberikan oleh Yasrol terlupa begitu sahaja.

Bagaimanapun, apa yang membanggakan pasangan wakil Kosmo!, Mohd. Hafizi dan jurufoto, Nasirruddin Yazid berjaya menjuarai pertandingan menembak itu selepas melakukan tembakan sempurna pada peringkat separuh akhir dan akhir.

Pada sebelah malam, para peserta dibawa ke Bukit Jugra. Aktiviti pada sebelah malam juga sangat mengujakan apabila peserta media diberi peluang menggunakan alat gogal nampak malam atau night vision goggle (NVG).


SKUAD Elit TUDM juga dikenali sebagai Pasukan Khas Udara (Paskau).


Dipecahkan kepada empat kumpulan, setiap peserta diberi peralatan NVG yang khabarnya berharga sekitar RM60,000 seunit untuk digunakan dalam pertandingan mencari harta karun dalam hutan malam itu.

Sambil dipantau anggota Paskau, para peserta dilepaskan dalam hutan Bukit Jugra yang sudah ditanda dengan tali dengan keluasan kira-kira separuh padang bola.

Dalam kepekatan malam, misi mencari kotak yang digantung di pokok serta membaca nota di dalamnya ternyata sungguh mencabar.

Kumpulan media B yang turut disertai Kosmo! berjaya menjuarai pertandingan mencari harta karun menggunakan peralatan NVG itu.

Selesai aktiviti mencari harta karun, peserta berjalan kaki mendaki kira-kira setengah jam ke puncak Bukit Jugra.

Ada di antara peserta memilih untuk tidur di dalam khemah yang disediakan di atas puncak bukit itu, manakala sebahagian lagi pulang untuk bermalam di kem.

Merapatkan hubungan

Majlis perasmian program keesokannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Selepas majlis perasmian, para anggota Paskau menunjukkan kehebatan dan kepakaran mereka melalui demonstrasi serangan ke atas sasaran musuh.

Dalam pada itu, Pengerusi Sekretariat program, Brigadier Jeneral Datuk Azizon Arifin berkata, penganjuran program itu adalah antara inisiatif pihak kementerian dan TUDM untuk mendekatkan lagi hubungan anggota media dengan tugas unit itu.

"Ini merupakan kali kedua program seumpama ini kami anjurkan bersama kumpulan media.

"Hanya kali ini kami memberi fokus kepada kumpulan editor kanan dengan memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri pelbagai aktiviti bersama anggota TUDM," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pegawai kanan Maritim Malaysia cedera ditembak dua lelaki

Posted:

Pegawai kanan Maritim Malaysia cedera ditembak dua lelaki

Pegawai kanan Maritim Malaysia cedera ditembak dua lelaki

05/01/2014 10:37pm

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia cedera di perut selepas ditembak oleh dua lelaki dalam kejadian di lebuh raya berhampiran Puchong, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shukri Dahlan ketika mengesahkan kejadian, berkata dua suspek terbabit turut melarikan kereta bersama-sama isteri mangsa yang kemudian ditinggalkan tanpa sebarang kecederaan di sebuah stesen minyak di Bangi.

Dalam kejadian 11 pagi itu, Nazaruddin Mat Ali, 35, yang bertugas sebagai Pengarah Pentadbiran Bahagian Kewangan Maritim di Kuantan dan isteri Alawiyah Haron, 35, seorang eksekutif syarikat swasta, dalam perjalanan dari Shah Alam ke Semenyih.

Kereta yang dipandu mangsa kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta lain dan ketika mangsa keluar untuk berbincang mengenai kemalangan itu, seorang daripada suspek tiba-tiba melepaskan tembakan yang mengenai bahagian kiri perut mangsa, katanya di sini hari ini.

Menurut Shukri, suspek kemudian melarikan kereta itu bersama-sama Alawiyah yang kemudian ditinggalkan selepas suspek menyamun beg tangan, telefon bimbit, rantai leher dan gelang tangannya.

"Kereta Honda Accord milik mangsa ditemui semula di Jalan Persiaran Bangi di simpang masuk Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi pada petang hari kejadian," katanya.

Shukri berkata, polis percaya kejadian bermotifkan samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Menurutnya mangsa yang dirawat di Hospital Serdang dilapor dalam keadaan stabil.

Sementara itu, keluarga mangsa yang ditemui Bernama di Hospital Serdang enggan ditemu bual. - Bernama

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

Posted:

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

05/01/2014 10:15pm

KUCHING - Beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat hari ini berikutan hujan lebat selama beberapa jam sejak 3 petang.

Keadaan itu menyebabkan kawasan dan jalan raya di Batu Kawa, Matang dan Gita ditenggalami air tetapi masih boleh dilalui kenderaan.

Air banjir itu mulai surut pada kira-kira 6.30 petang dan keadaan reda pada kira-kira 7 malam dan tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Jabatan Meteorologi meramalkan keadaan cuaca lembap dan hujan ini akan berterusan di seluruh Sarawak untuk beberapa hari lagi berikutan kehadiran kelompok awan hampir di semua bahagian di negeri ini. - Bernama

Detektif polis maut, terjerut tali nilon

Posted:

Detektif polis maut, terjerut tali nilon

Detektif polis maut, terjerut tali nilon

05/01/2014 9:55pm

JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis maut selepas tergelincir dan terjerut tali nilon ketika bergurau dengan dua anaknya dalam kejadian di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya yang menerima laporan pada pukul 9.30 malam menemui mayat Koperal Mohammad Hamid@Anthony Abdullah, 45, terbaring di atas lantai di rumah terbabit.

"Dua anak Mohammad Hamid yang berumur 10 dan 14 tahun berada di rumah itu dan polis turut menemui seutas tali nilon berhampiran mayatnya," kata Hasnan dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Hasnan, Allahyarham dipercayai sedang bermain dengan dua anaknya menggunakan tali nilon yang digantung pada jeriji tingkap beranda rumah, sebelum tergelincir dan jatuh ke lantai lalu terjerut.

Keadaan fizikal Mohammad Hamid adalah lemah ketika kejadian kerana beliau menghidap penyakit hati tahap kritikal serta sedang menerima rawatan intensif di Hospital Sultan Ismail di sini, katanya.

Polis mengklasifikasikan kematian Mohammad Hamid yang berasal dari Kanowit, Sarawak sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya menambah Allahyarham meninggalkan empat anak. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Anak Sultan Brunei bayar Mariah Carey hampir £1 juta

Posted:

Anak Sultan Brunei bayar Mariah Carey hampir £1 juta

Anak Sultan Brunei bayar Mariah Carey hampir £1 juta

MARIAH CAREY menerima bayaran hampir £1 juta (RM5.4 juta) untuk menyanyikan tiga buah lagu pada majlis peribadi Putera Azim di London.


LONDON - Bintang antarabangsa, Mariah Carey dibayar hampir £1 juta (RM5.4 juta) oleh anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk mengadakan persembahan pada satu majlis peribadi.

Majlis berkenaan yang bertempat di sini diadakan untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2014.

Carey, 43, berkata, dia dibayar sebanyak £910,000 (RM4.9 juta) oleh Putera Azim, 31, yang mengundangnya untuk menyanyikan tiga buah lagu popular termasuk Always Be My Baby pada acara tersebut baru-baru ini.

Penyanyi seksi itu bersama keluarganya diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS) dengan sebuah jet peribadi dan menginap di hotel mewah milik agensi pelaburan Brunei, Harlequin Suite.

Hotel berkenaan mengenakan caj penginapan sebanyak £5,000 (RM26,954) untuk satu malam. - Agensi

Serangan di penjara Mexico ragut sembilan nyawa

Posted:

Serangan di penjara Mexico ragut sembilan nyawa

Serangan di penjara Mexico ragut sembilan nyawa


POLIS mengawal sejumlah banduan selepas rusuhan di sebuah penjara di Iguala, dalam negeri Guerrero, Mexico kelmarin.


BANDAR RAYA MEXICO - Sembilan orang maut dalam pertempuran senjata api di sebuah penjara di negeri Guerrero kelmarin selepas pusat tahanan itu diceroboh sekumpulan lelaki berpakaian seragam polis.

Pihak pendakwa raya berkata, enam lelaki bersenjata itu dibenarkan masuk selepas pengawal penjara menyangka mereka sedang menghantar seorang banduan baharu.

"Sebaik sahaja berada di dalam penjara, mereka mula menembak ke arah banduan dan pengawal di menara keselamatan," menurut kenyataan pejabat pendakwa raya negeri Guerrero.

"Seramai empat banduan dan lima penyerang mati dalam insiden itu," tambah kenyataan tersebut.

Kenyataan sama menyebut seorang pengawal penjara dan seorang penyerang itu pula dirawat di hospital selepas cedera ditembak.

Kekacauan penjara biasa berlaku di Mexico yang antara lain melibatkan pembunuhan berpuluh-puluh banduan dan pengawal penjara serta percubaan oleh kumpulan penjenayah untuk menguasai fasiliti tersebut.

"Kami tidak pasti sama ada kejadian ini merupakan komplot untuk membebaskan banduan atau persengketaan antara dua kumpulan penjenayah," kata seorang pegawai keselamatan.

Terletak di barat laut negara itu, Guerrero merupakan antara negeri paling ganas di Mexico.

Negeri itu dihuni oleh beberapa kartel dadah termasuk kumpulan Zeta dan Knight Templar yang berperang untuk menguasai laluan-laluan penyeludupan dadah. - Reuters

'Si penyembelih Beirut' nazak

Posted:

'Si penyembelih Beirut' nazak

'Si penyembelih Beirut' nazak

TEL AVIV - Keadaan bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon semakin merosot, lapor media Israel yang memetik kenyataan ketua sebuah hospital kelmarin.

Ketua Hospital Tel Hashomer Sheba, Zeev Rotstein berkata, Sharon, 85, yang koma selama lapan tahun kini semakin tenat.

Ditanya sama ada Sharon di ambang maut, Rotstein dipetik sebagai memberitahu: "Secara peribadi saya bersetuju dengan pendapat tersebut."

Pihak hospital berkenaan menyatakan pada Khamis lalu bahawa Sharon berada dalam keadaan kritikal selepas ginjalnya dan beberapa organ lain semakin tidak berfungsi.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu berada dalam keadaan koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Beliau yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006.

Sharon yang terkenal kerana kekejamannya dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut yang berlaku selama tiga hari.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Murung akibat kurang cahaya

Posted:

Murung akibat kurang cahaya

Murung akibat kurang cahaya

INDIVIDU yang mengalami SAD cenderung untuk memencilkan diri di dalam rumah berbanding terlibat dengan aktiviti luar.


SETIAP kali musim sejuk yang biasanya berlangsung dari bulan Disember hingga Februari, Susan Willis, 33, berasa tidak bermaya. Malah, Willis seperti tiada tenaga untuk pergi ke tempat kerja.

"Pada musim sejuk, saya tidak ada motivasi. Emosi saya juga tidak stabil dan mudah marah dengan rakan sekeliling," ujarnya yang tinggal di Derbyshire, England.

Pada mulanya Willis beranggapan perubahan yang dialaminya itu perkara normal.

Namun, sangkaannya meleset apabila doktor mengesahkan dia terkena penyakit yang digelar sebagai gangguan afektif bermusim (SAD).

SAD merupakan sejenis penyakit kemurungan yang cenderung berlaku ke atas seseorang yang menjalani kehidupan siang yang lebih pendek.

Gejala

Dalam erti kata lain, SAD menyerang individu yang kurang terdedah kepada cahaya matahari terutamanya pada musim sejuk.

Ini kerana pada musim sejuk waktu siang lebih pendek berbanding waktu malam yang panjang.

"Kekurangan cahaya matahari bermaksud otak kita menghasilkan kurang hormon yang merangsang emosi dan perasaan," ujar pakar psikiatri di Hospital Eau Claire, Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), William Weggel.

Individu yang diserang SAD dikatakan mengalami beberapa gejala yang boleh dikesan oleh orang di sekeliling.

Antaranya, keletihan, kemurungan, susah fokus, sakit-sakit badan, kurang keinginan seks, kuat makan, dan kurang beraktiviti.

Bagaimanapun, menurut portal kesihatan MedicineNet.com tanda-tanda tersebut muncul pada awal musim luruh sehingga musim bunga.

Ia sekali gus menyokong kajian sebelum ini yang mendapati individu yang tinggal di negara yang terletak jauh dari garisan khatulistiwa lebih berisiko mendapat SAD.

Bagaimanapun, individu yang terlalu lama bekerja di dalam bangunan yang tertutup tanpa cahaya matahari juga berisiko mendapat sindrom SAD.

Penyelidik mendapati, sinaran matahari mampu mengubah kandungan kimia otak.


ALAT bantuan cahaya elektronik digunakan bagi menggantikan kekurangan cahaya matahari pada musim sejuk.


"Pada musim sejuk, tahap pencahayaan adalah pada kadar yang jauh lebih rendah.

"Keadaan itu menyebabkan sistem badan menghasilkan lebih banyak melatonin (hormon yang merangsang tidur) dan kurang hormon serotonin yang mencetuskan perasaan gembira," ujar penyelidik dari Universiti Surrey di England, Dr. Victoria Revell.

Ujar beliau, salah satu peranan cahaya ialah untuk menyeragamkan kitaran jam tubuh seseorang kepada 24 jam sehari.

Maka, oleh sebab itu pesakit SAD memerlukan jumlah pancaran cahaya lebih tinggi untuk menggerakkan sistem jam tubuh bagi menghasilkan bahan kimia tertentu pada otak.

Namun, pesakit SAD kebiasaannya lebih suka menyendiri di dalam rumah daripada keluar mendedahkan diri kepada cahaya matahari.

Antara cara untuk merawat SAD adalah dengan menggunakan rawatan cahaya yang dipanggil fototerapi.

Fototerapi

Fototerapi didatangkan dalam bentuk kotak cahaya yang mampu mengeluarkan sinaran yang 25 kali lebih cerah berbanding cahaya matahari.

Sungguhpun begitu, seorang saintis Universiti Oulu di Finland, Juuso Nissila menemui kaedah terbaharu untuk merawat pesakit SAD.

"Kami menemui cara terbaharu untuk menyalurkan cahaya ke bahagian otak yang menempatkan kawasan sensitif cahaya dengan lebih banyak iaitu menerusi lubang telinga," katanya.

Dalam ujian klinikal yang dilakukan, sebanyak 92 peratus pesakit SAD didapati sembuh selepas diberikan dos antara lapan hingga 12 minit setiap hari selama sebulan daripada gajet tersebut.

Gajet yang dipanggil Valkee itu digunakan untuk menghalang dan menyembuhkan penyakit kemurungan dan emosi yang tidak stabil," katanya.

Pesakit SAD juga dinasihatkan meluangkan masa yang lebih lama di luar rumah untuk mendapatkan cahaya matahari dan kekal menjalani kehidupan yang lebih aktif.

"Jika kehidupan seharian terganggu untuk ke tempat kerja atau menjadi tidak produktif, maka lebih baik pergi berjumpa dengan doktor," ujar pakar psikologi di Hospital Wanita dan Brigham di Boston, AS, Janis Anderson.

Bau badan busuk cetus sifat positif orang sekeliling

Posted:

Bau badan busuk cetus sifat positif orang sekeliling

Bau badan busuk cetus sifat positif orang sekeliling


BAU busuk seseorang dikatakan mampu mengundang simpati individu lain.


MELUANGKAN masa bersama individu yang mempunyai masalah bau badan sememangnya mahu dielakkan.

Namun, satu kajian membuktikan seseorang yang mengeluarkan bau badan busuk mampu menarik perhatian orang sekeliling untuk mendekati mereka.

Ia bermaksud, orang ramai cenderung untuk memberikan lebih kerjasama ketika berurusan dengan seseorang yang mempunyai bau badan busuk berikutan timbul rasa simpati kepada mereka.

"Biarpun bau busuk selalu mendatangkan pandangan negatif daripada umum, namun, kami berjaya membuktikan aroma busuk mampu menimbulkan perasaan kasihan dalam diri seseorang dan meningkatkan perilaku prososial," ujar ahli psikologi dari Universiti KU Leuven, Belgium, Jeroen Camps.

Dalam satu eksperimen melibatkan 62 orang responden, mereka disuruh duduk bersebelahan individu yang mempunyai bau badan busuk dan neutral.

Responden kemudian diminta untuk memberikan kredit kepada individu yang duduk di sebelahnya bagi diberikan peluang memenangi tiket menonton filem.

Keputusan menunjukkan responden yang duduk di sebelah individu busuk cenderung untuk memberikan lebih kredit kepada individu tersebut berbanding responden yang duduk di sebelah individu yang tidak mengalami masalah bau badan.

Kajian yang melibatkan beberapa eksperimen itu kemudian diterbitkan dalam jurnal Applied Social Psychology.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Picu senjata Rosyam, Adi, Rita

Posted:

Picu senjata Rosyam, Adi, Rita

Picu senjata Rosyam, Adi, Rita

MOMENTUM tidak hadir dalam sekelip mata, tak juga mampu ditimba dari telaga emas. Namun, ia barangkali boleh didulang dengan masa dan tenaga, dengan hati yang kering, teguh dan gagah.

Atas landasan karier mahupun kehidupan, setiap orang mahukan momentum. Buat tiga anak wayang, Datuk Rosyam Nor, Adi Putra dan Rita Rudaini, masing-masing sudahpun memijak momentum kedewasaan atas dua landasan itu. Tidak perlu lagi mereka terkejar-kejar memburu itu dan ini, tapi pada waktu yang sama, apa yang menghambat di belakang tidak menjadikan mereka terleka.

Kalaupun bukan secara nyata, hambatan-hambatan dunia seni itu amat subjektif. Impaknya ada yang jelas menghempap ke bahu namun ada juga yang terlalu halus hingga hanya mampu disedari tanpa boleh dilihat mata kasar. Persediaan berdepan impak buruk atau baik itu, haruslah datang daripada mata hati. Di situ, persoalan jati diri menjadi penegak untuk mereka terus berjuang selagi tidak mati.

Rosyam uji sokongan

Rosyam Nor mungkin penghulu dalam gandingan kali ini. Dia orang paling banyak buah fikiran untuk bercakap tentang Balistik, tentang kelajuan yang sedang ditatang, tentang harapan dan masa depan. Filem sulung yang diterbitkannya atas nama rumah produksi RK Screen Sdn. Bhd. itu sudah ditunggu-tunggu sejak dua tahun lalu.

"Saya ada sebab kenapa filem ini mengambil masa yang lama untuk ditayangkan. Sebenarnya saya mahu tengok impak KL Gangster 2 yang ditayangkan baru-baru ini. Saya tahu, KL Gangster banyak peminat dan saya antara pelakon senior yang melakonkan watak Tailong dalam filem itu. Kalau watak itu menjadi, saya percaya perkara itu dapat mempengaruhi peminat filem untuk lihat lagi lakonan saya. Saya tak malu untuk mengakui hakikat bahawa sebenarnya saya menumpang impak KL Gangster 2," ujar Rosyam mengakui bahawa momentum lakonannya di layar perak ini teralih untuk membawakan watak antagonis.

"Rasanya peminat boleh terima saya jadi jahat. Kalau saya masih bawa watak hero romantis, rasanya ada juga yang akan muntah," ucapnya ketawa memecah suasana.


ROSYAM mengharapkan impak yang diterima menerusi filem KL Gangster 2 akan menularkan keterujaan peminat menyaksikan lakonannya menerusi Balistik.


Dalam filem Balistik, Rosyam juga percaya bahawa gandingan bersama Adi Putra dan Rita Rudaini boleh menarik minat penonton ke panggung.

"Rita ialah pasangan heroin saya dalam banyak drama sebelum ini. Rita dan Adi pula digemari penonton di kaca televisyen. Saya pernah berjanji untuk bawa Rita berlakon filem. Saya juga percaya bahawa pelakon-pelakon Cina popular tempatan seperti Jack Lim, Jason Phang, Gan Mei Yan dan Jeff Chin boleh suntik kelainan dalam filem ini. Mereka itu sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia, ada filem lakonan mereka cecah kutipan box-office. Itu antara harapan yang memberi keyakinan kepada saya," ujar Rosyam penuh harapan.

Dia percaya tajuk filem terbaharunya itu akan membuahkan impak di mata peminat filem aksi tempatan.

"Masa depan saya sebagai penerbit filem disandarkan kepada Balistik. Saya anggap ini sebagai permulaan 2014 yang sangat mencabar. Selepas ini, RK Screen ada beberapa projek lain termasuklah filem Isyarat Cinta arahan Baderuddin Azmi yang telah selesai menjalani penggambaran.

"Risau juga kalau-kalau filem itu tak dapat beri pulangan, tapi (saya tetap) sahut cabaran Datuk Yusof Haslam yang mahu orang-orang lama kembali buat filem. Silver Chung yang bertindak sebagai pengarah pun bukan calang-calang. Idea Balistik sebenarnya sudah terhasil sejak enam tahun lalu, ketika itu dia mengarahkan drama CID3278," jelas Rosyam yang memegang watak Saga, pembunuh upahan yang paling dikehendaki polis dalam filem berkenaan.

Adi tinggalkan kontroversi

Menutup tahun 2013 dengan episod kontroversi yang sedikit memalukan, Adi Putra menganggap hidup tidak lengkap tanpa cabaran. Samalah juga dengan peluru-peluru ujian yang terpaksa ditepis sepanjang tahun lalu.

"Tahun 2013 banyak mematangkan saya. Mujur juga ujian sebegitu datang ketika usia saya masih muda. Saya baru 32 tahun, kalaulah saya berdepan ujian sebegitu ketika berusia 50 tahun ke, lebih teruk rasanya.

RITA RUDAINI anggap kemunculannya menerusi layar perak sebagai usaha untuk terus kekal di mata peminat generasi hari ini.


"Saya cuma boleh bersyukur sebab masih ada yang sanggup menyokong saya. Paling saya terkesan apabila saya menerima sebaris kata-kata sokongan yang berbunyi: 'Allah sangat menyayangi diri anda'. Saya anggap itu kata-kata yang paling bermakna. Ada banyak beza 'sangat menyayangi; berbanding 'menyayangi' sahaja," tutur Adi sambil tidak bersetuju jika kontroversi dikatakan sebagai penyumbang atau punca kegagalan sokongan peminat terhadap sesebuah filem.

"Kontroversi tidak melemahkan atau menaikkan sesebuah filem. Saya tidak percaya kepada kontroversi yang ada hanyalah ujian. Filem tetap filem," katanya ringkas.

Melakonkan watak Nizam, Adi buat pertama kali diberi mandat untuk sepenuhnya menjiwai karakter seorang pegawai polis berpangkat inspektor.

"Bila bawa watak pegawai polis, banyak perkara kena jaga. Cara berjalan, cara pegang pistol pun kena ada skil, cara tembak tak boleh main belasah macam gangster. Mujur juga ada pegawai dari Bukit Aman yang bagi tunjuk ajar dalam bab itu," katanya yang terkenal dengan watak Jai dalam filem KL Gangster.

Membuka tirai 2014 dengan sebuah filem aksi, nama Adi juga tersemat dalam produksi Hanyut, arahan U-Wei Saari yang kini menjelajah festival di luar negara. Filem-filem lain seperti Suami Aku Ustaz dan Isyarat Cinta juga mungkin akan menemui penonton sekitar pertengahan dan hujung tahun nanti.

"Tahun 2014 saya mengurangkan sedikit kerja lakonan, saya mahu fokus kepada bisnes yang bertentangan daripada dunia seni. Itu aset baharu yang akan saya umumkan dalam masa terdekat," tutup Adi.

Rita Rudaini terus berjuang

Berlainan dengan Adi yang sering di layar perak, kali terakhir Rita Rudaini muncul dalam filem ialah pada tahun 2007 menerusi Cinta. Rita cukup arif bahawa jualan bakatnya lebih terarah kepada drama televisyen. Sebelum berkahwin dan mempunya dua orang anak, mungkin ramai yang masih ingat kemunculan Rita membawa watak andartu yang gemar membawa mulut alam filem Mami Jarum dan Mami Jarum Junior.

Ketawa saat diingatkan semula karakter komedi lakonannya dahulu, Rita mengakui, jiwa komedi sudah ditinggalkannya.

"Rasanya saya sudah lupa macam mana hendak buat lakonan komedi. Sudah terbiasa sangat dengan drama cinta dan air mata," katanya yang juga masak soal cinta dan air mata dalam kehidupan realiti itu.

TAHUN 2013 menghadirkan peluru-peluru kontroversi kepada Adi Putra, namun aktor ini menganggap semua itu sekadar ujian daripada Tuhan.


Kisah turun-naik mahkamah, tuntutan hak jagaan anak-anak, bercerai dan kemudiannya bersambung lagi dengan perbicaraan tuntutan nafkah, karier dan kehidupan peribadi Rita melencong daripada mimpi indah ketika mula-mula membina bahagia.

"Selepas ini rasanya banyak lagi nak kena turun-naik mahkamah. Saya tak kisah, janji saya memperjuangkan hak saya," katanya optimis.

Tambah Rita juga, tahun 2013 membawa ke tahun 2014 memberikannya banyak kekuatan yang selama ini tidak disedari olehnya. Selain penerimaan peminat yang tidak pernah pudar, bidang perniagaan yang baru diceburi juga memberikan semangatnya untuk membina kejayaan dalam kehidupan biarpun berstatus ibu tunggal.

"Sekarang saya kena kerja keras untuk anak-anak. Karier lakonan ialah cinta saya. Walaupun saya banyak berlakon drama dan agak mendiam diri selepas ada anak, saya tetap terima cabaran Rosyam untuk muncul dalam Balistik. Saya pun mahu jadi macam Rosyam, mahu terus berada di hati peminat," katanya yang kini muncul dalam drama bertajuk Istidraj Cinta.

Tidak seperti Rosyam dan Adi yang berlawan sepak dan peluru dalam Balistik akan ditayangkan 9 Januari nanti, Rita pula berada di tengah-tengah kehidupan dua lelaki itu.

Indahnya bulan madu Fizo, Mawar

Posted:

Indahnya bulan madu Fizo, Mawar

Indahnya bulan madu Fizo, Mawar

FIZO dan Mawar mendakwa mereka lebih selesa memupuk cinta selepas akad nikah kerana ia halal dan berkat.


MENGHIRUP udara segar luar negara mungkin cita-cita dan impian semua pasangan yang baru berkahwin.

Malah, tempoh berbulan madu merupakan saat paling indah yang akan kekal dalam dakapan kenangan sampai bila-bila. Soal kerja boleh ditinggal-tinggalkan, apa yang lebih penting, kalendar suami isteri harus diisikan dulu dengan agenda berdua.

Itulah rakaman yang dikongsikan pasangan pengantin popular, Wan Hafizol Wan Omar atau Fizo Omar bersama permaisuri hatinya Mawar Abdul Karim. Perkenalan selama setahun membawa mereka ke mahligai perkahwinan pada 10 November lalu.

Pasangan itu baru sahaja menghabiskan masa berbulan di beberapa lokasi di negara Eropah selama 19 hari. Berkongsi kisah bulan madunya, Fizo yang sebelum ini sempat ke Dubai bercuti bersama keluarganya sekali gus bersama isteri tercinta atas cerita istimewa tentang pemilihan Eropah sebagai destinasi pilihan mereka.

"Saya berangkat ke Dubai pada 2 Disember lalu selama dua hari, kemudian kami terus ke Itali, Perancis dan Britain.

"Kami memilih Eropah kerana ada kisah di sebaliknya. Saya pernah menjejakkan kaki ke Paris begitu juga Mawar. Sewaktu di sana saya telah bergambar di Eiffel Tower lalu menghantar gambar tersebut kepada Mawar.

"Begitu juga dengan Mawar ketika di Paris. Kali ini setelah berkahwin akhirnya kami dapat bergambar bersama-sama di Eiffel Tower itu," ujarnya yang begitu teruja menikmati kehidupan berumahtangga.


FIZO dan Mawar menghabiskan masa 19 hari berbulan madu di beberapa destinasi menarik di Eropah termasuk di Rom, Itali.


Berbulan madu

Selepas melayari bahtera perkahwinan dan menikmati keindahan bercinta selepas berkahwin merupakan momen paling indah pasangan itu. Tidak semua pasangan berpeluang untuk menikmati percintaan selepas bernikah.

"Saya rasa berdebar dan sedikit kekok apabila keluar meluangkan masa bersama.

"Kami berdua belajar untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain. Banyak perkara yang kami belajar untuk mengeratkan lagi hubungan agar terus berkekalan.

"Bercinta selepas kahwin dan halal mungkin lebih berkat. Kami berkongsi saat indah bersama kerana segalanya berubah tidak lagi seperti kehidupan saya yang dahulu," ujar Fizo yang sudah lebih sebulan mendirikan masjid.

Segalanya berubah 360 darjah. Jika dahulu bujang, kini sudah bergelar suami. Masa lapang Fizo akan terus dinikmati bersama isteri yang sentiasa mempersiapkan hari-harinya.

Jelas Fizo, Itali merupakan destinasi terbaik untuk berbulan madu dan dikunjungi.

Meskipun, mata wang tinggi tetapi demi kelainan di negara orang tentu tidak mengecewakan. Itali kekal menjadi lokasi percutian dan bulan madu terbaik dalam sejarah buat Fizo.

"Kawasan yang tenang, bersih, dan orang di sana pula semuanya baik-baik. Saya seperti jatuh cinta di sana. Jika berpeluang saya pasti akan ke sana lagi.

Mawar penyeri hidup

"Tidak salah sekiranya kita berhabis banyak demi kebahagiaan pasangan. Ia akan menjadi kenangan yang sangat manis sepanjang melayari bahtera rumah tangga," kata Fizo yang mengimpikan cahaya mata dalam waktu terdekat.

FIZO dan Mawar mengambil kesempatan melancong di Rome, Itali untuk merapatkan hubungan suami isteri.


Jika sebelum ini Fizo bersendirian, kini dia menarik nafas lega dan bersyukur apabila hadirnya Mawar hidupnya.

Anak sulung kepada ahli perniagaan tudung jenama Fareeda, Faridah Zakaria itu merupakan satu permulaan baharu dalam hidup Fizo dan menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan kehidupan mereka berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, kehidupan saya kini lebih teratur. Jika dahulu saya sering pulang lewat tapi sekarang saya tidak sabar hendak pulang ke rumah.

"Meluangkan masa bersama isteri sudah menjadi rutin harian saya sejak bergelar suami. Malah, tidur saya juga sekarang lebih awal berbanding dahulu," seloroh Fizo.

Tunai umrah

Selain berkongsi hobi melancong, pasangan itu bercadang membawa ahli keluarga mengerjakan umrah pada bulan Februari ini.

"Kini, kami sibuk menguruskan kerjaya masing-masing. Insya-Allah, pada bulan Februari nanti kami bercadang untuk menunaikan umrah bersama. Itu pun jika tiada aral melintang.

"Saya dan Mawar gemar bercuti. Kami bercadang untuk menjadikan percutian sebagai aktiviti tahunan.

"Lebih seronok jika dapat pergi bercuti atau berbulan madu sambil membawa anak-anak," kata Fizo.

Tatkala diasak cerita zuriat, Fizo menjelaskan tempoh bulan madu masih belum membuatkan isterinya berbadan dua.

Nazim akui tegas terhadap Bella

Posted:

Nazim akui tegas terhadap Bella

Nazim akui tegas terhadap Bella


BELLA DALLY dan kekasihnya Nazim pertama kali berganding dalam drama sebagai kekasih dan pertama kali merakamkan gambar berdua untuk media.


CUKUP sekadar peminat tahu mereka sedang bercinta, namun untuk bercerita lebih lanjut sejauh mana hubungan yang disemai, itu bukan amalan pelakon Nazim Othman dan kekasihnya, Bella Dally.

Tidak sekadar enggan mencanang soal cinta, Nazim dan Bella juga menolak berlakon bersama sebagai pasangan kekasih malah, tidak mahu bergambar berdua untuk sesi fotografi.

Bagaimanapun, pendirian pasangan itu mula terlerai selepas berlakon bersama sebagai pasangan kekasih dalam drama terbaharu berjudul Kalimah Jiwa, terbitan Rumah Karya Citra milik pengarah popular Erma Fatima.

Tidak kisah diminta bergambar berdua, baik Nazim mahupun Bella masing-masing juga senang berkongsi momen hubungan cinta yang tersemai sejak dua tahun lalu.

Merancang ke fasa lebih jauh bersama Bella, akui Nazim, mereka sudah berbincang mengenai perkahwinan memandangkan usianya juga bakal menginjak 30 tahun.

"Banyak kali sebenarnya saya sudah fikir pasal kahwin. Perbincangan itu memang ada sebab saya pun bukan muda lagi. Bakal memasuki usia 30 tahun. Memang pernah ada perancangan tetapi tidak jadi. Allah yang tentukan sebab kuasa di tangan-Nya," lantun Nazim berbicara mengenai dirinya dan Bella.

Ditemui di set penggambaran drama terbaharu Kalimah Jiwa, Nazim memberitahu, drama tersebut merupakan drama sulung mereka sebagai pasangan kekasih.

"Ini kali ketiga saya berlakon bersama Bella. Kali pertama menerusi drama Inspirasi Varsiti kira-kira tiga tahun lepas. Tiada babak membabitkan kami berdua. Kami juga tidak berbual di set penggambaran kerana ketika itu dia lebih suka menyendiri. Cara dia bawa diri juga agak janggal. Kali kedua pula menerusi drama Kalau Tidak Kerana Tuan dan kali ketiga kami berlakon menerusi drama Kalimah Cinta sebagai pasangan kekasih pula," kata Nazim.

Bercinta dan kemudiannya berlakon bersama sebagai pasangan kekasih, namun begitu Nazim menolak mudah membina keserasian di set penggambaran.

Jujur pada awal penggambaran drama Kalimah Jiwa itu, Nazim akui berasa kekok berlakon bersama Bella.

"Ada yang beranggapan bila sudah bercinta dan kemudiannya berlakon bersama mudah bina keserasian. Tetapi, sejujurnya pada awalnya saya rasa kekok berlakon dengan Bella. Lama kelamaan baru okey," ungkapnya ketika ditemui Sensasi Bintang.

Tegur Bella

Berbicara lanjut mengenai gandingannya dengan Bella, luah pelakon berusia 29 tahun itu, walaupun Bella kekasihnya tetapi wanita itu tidak kebal daripada tegurannya.

Jelas Nazim, dia tidak suka dengan pelakon yang lupa dialog bila datang ke set penggambaran.

"Saya sebenarnya tidak suka dengan orang yang lupa dialog. Kalau lupa sekali tidak apa. Saya akan tegur pelakon tersebut dan Bella juga tidak terkecuali. Dia boleh terima dengan teguran saya.

"Saya dan dia memiliki perbezaan umur yang ketara. Jadi, saya tegur untuk kebaikannya juga," tutur pelakon dan juga model itu.

Bercakap mengenai hubungannya dengan Bella, Nazim mengakui bersikap pelindung terhadap kekasihnya begitu tebal kerana keluarga Bella berada jauh di Sabah.

Disebabkan itu, akui Nazim, dia menegur cara berpakaian Bella supaya tidak terlalu seksi atau mengingatkan dia supaya tidak meletakkan barang-barang berharga di dalam kereta.

Tindakannya itu bukan berniat mengawal kekasihnya, sebaliknya Nazim memberitahu, sekadar memastikan keselamatan Bella terpelihara.

Bella mengaku kaku

Bercerita mengenai watak yang dijayakan dalam drama Kalimah Jiwa bersama kekasihnya, Nazim, kata Bella pula, dia mengakui sukar membawakan watak Aina Sofea, kekasih kepada Aniq (Nazim).

Menurut Bella, kesukaran tersebut disebabkan dia bercuti berlakon agak lama.

"Saya balik ke Sabah selama sebulan. Bila sudah lama bercuti, mula berlakon semula, saya jadi kaku. Momentum lakonan jatuh. Tetapi, Alhamdulillah lama-kelamaan saya dapat rentak dan semakin baik membawakan watak Aina," ulasnya kenapa Nazim banyak menegurnya di set penggambaran drama tersebut.

Biarpun Nazim tegas terhadapnya, Bella akui, tidak pernah berasa rimas dan menganggap perbuatan kekasihnya itu untuk kebaikannya.

Bella juga memberitahu, tiada masalah berlakon di samping Nazim kerana kekasihnya itu banyak memberi nasihat dan dorongan sebagai pelakon yang mempunyai banyak pengalaman berbanding dirinya.

"Alhamdulillah, saya tidak berasa kekok berlakon dan berasa terkilan dengan dia (Nazim). Dia banyak bagi teguran dan nasihat," ulas Bella pula mengenai Nazim.

Disoal sama ada Nazim yang membawanya berlakon dalam drama Kalimah Jiwa milik syarikat Erma Fatima, luah Bella, Erma sendiri yang menawarkan watak tersebut kepadanya.

Sedar, ramai yang sedia maklum Nazim sering menjadi pilihan Erma dalam dramanya, Bella akui, gembira dan berbangga kerana dipilih berlakon di bawah Erma.

"Sebelum ini saya sering bawa watak antagonis. Alhamdulillah, Erma bagi kepercayaan untuk saya bawa watak baik pula," lantun Bella lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved