Rabu, 03 September, 2025

Rabu, 13 November 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sukarelawan USM bantu mangsa banjir

Posted:

Sukarelawan USM bantu mangsa banjir

Sukarelawan USM bantu mangsa banjir

SEBAHAGIAN daripada sukarelawan USM yang terlibat membantu mangsa banjir lumpur di Lembah Bertam, Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.


BAKTI. Seramai 521 sukarelawan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang membantu mangsa-mangsa banjir lumpur di Lembah Bertam, Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.

Menurut Ketua Sukarelawan USM, Zulkifli Che' Hussein, mereka yang terdiri daripada lima orang kakitangan dan 45 pelajar berkampung seharian di kawasan itu untuk operasi mencuci rumah mangsa.

"Semua ahli pasukan bersemangat walau pun ada yang cedera terkena paku dan keadaan agak sukar kerana kesan lumpur yang tebal," kata beliau.

Perhimpunan Keluarga Amisah Ngah meriah

Posted:

Perhimpunan Keluarga Amisah Ngah meriah

Perhimpunan Keluarga Amisah Ngah meriah


AHLI keluarga Amisah Ngah dari Ampang, Selangor berkumpul pada program Hari Keluarga 396 di Pantai Cherating, Kuantan, Pahang baru-baru ini.


KIRA-KIRA 40 ahli keluarga Amisah Ngah dari Ampang, Selangor berkumpul bagi menjayakan program Hari Keluarga 396 di Pantai Cherating, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Angka 396 merupakan nombor rumah peninggalan suami Amisah, iaitu Allahyarham Ibrahim Abdullah.

Menurut Pengerusi penganjur program itu, Saiful Akmal Abdul Malik, aktiviti sedemikian kerap diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Majlis makan tengah hari rai Guru SK Kampung Berangan

Posted:

Majlis makan tengah hari rai Guru SK Kampung Berangan

Majlis makan tengah hari rai Guru SK Kampung Berangan


PARA guru SK Kampung Berangan, Pasir Puteh bergambar selepas majlis makan tengah hari di Resort Aman Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.


RAI. Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Berangan, Pasir Puteh telah menganjurkan majlis makan tengah hari di Resort Aman Tok Bali di Pasir Puteh baru-baru ini.

Majlis itu diadakan bagi menghargai khidmat dan pengorbanan guru dalam mendidik murid-murid di sekolah itu.

Seramai 31 orang guru hadir pada majlis itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Petrol, diesel RM1.5 juta dirampas

Posted:

Petrol, diesel RM1.5 juta dirampas

Petrol, diesel RM1.5 juta dirampas

DUA pekerja premis menutup pagar bagi menghalang media merakam gambar operasi mereka di Alor Setar, Kedah semalam.


ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya membongkar aktiviti penyelewengan minyak diesel dan petrol yang dianggarkan mencecah RM1.5 juta dalam Operasi Diesel dan Petrol 1 North (OD1N).

Operasi selama dua hari bermula kelmarin itu melibatkan negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Dalam operasi tersebut, wang tunai RM850,000 turut dirampas dan 30 akaun kepunyaan sindiket berjumlah RM17 juta dibekukan. Ini kerana mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Cukai Pendapatan, Akta Kastam, Akta Perkhidmatan Perniagaan Wang 2011 serta Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, sebanyak enam kes berjaya dibongkar iaitu empat di Kedah dan masing-masing satu di Perlis dan Pulau Pinang.

"Di Kedah, operasi dilakukan di Bukit Kayu Hitam dan Alor Setar manakala Perlis di Padang Besar dan Seberang Perai di Pulau Pinang.

"Operasi dilakukan serentak di kawasan perindustrian dan berhampiran pintu sempadan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Maklumat rahsia cuti mingguan Johor bocor

Posted:

Maklumat rahsia cuti mingguan Johor bocor

Maklumat rahsia cuti mingguan Johor bocor

PASIR GUDANG - Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang membuat laporan polis berikutan kebocoran rahsia rasmi dalam laman sosial bahawa kerajaan Johor mengusulkan supaya cuti mingguan negeri itu kembali kepada Jumaat dan Sabtu.

Ketuanya, Azman Jaafar menjelaskan, hal tersebut sebenarnya masih dalam perbincangan dan tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh kerajaan negeri lagi.

"Kami sangat terkejut dengan kebocoran maklumat ini kerana kami difahamkan perkara tersebut masih dalam penelitian.

"Perkara ini amat serius kerana ia membabitkan maklumat kerajaan negeri dan mereka yang melakukan ini sangat tidak bertanggungjawab," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Gerakan padu buru 'Tuhan Harun'

Posted:

Gerakan padu buru 'Tuhan Harun'

Gerakan padu buru 'Tuhan Harun'

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


HARUN


KUANTAN – Ketua ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat, 47, yang diburu polis dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana gagal hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin atas tuduhan menyebarkan fahaman berkenaan dipercayai telah lesap bersama 29 pengikutnya setianya sejak Mei lalu.

Kali terakhir Harun muncul di khalayak ramai ialah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tuduhan menerima deposit haram RM40 juta pada 29 Mei lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani sehubungan itu menegaskan, polis akan membantu JAIP memberkas lelaki berkenaan selepas mendapat waran tangkap dikeluarkan pihak mahkamah.

"Kita percaya Harun sedang bersembunyi di dalam negara ini bersama pengikut setianya.

"Saya gesa mereka menyerah diri seperti yang ditegaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Azraai pengendali baharu T-Team

Posted:

Azraai pengendali baharu T-Team

Azraai pengendali baharu T-Team

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

AZRAAI


KEDUDUKAN Mohd. Azraai Khor Abdullah akhirnya terjawab apabila bekas pengendali Perak itu menandatangani perjanjian selama dua tahun dengan T-Team musim depan.

Majlis menandatangani kontrak antara jurulatih berusia 61 tahun itu disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd. Syahnizam Mohd. Zain di pejabat PBSNT, Kuala Terengganu semalam.

Azraai dalam sidang akhbarnya di Kuala Terengganu memberitahu, beliau memilih pasukan itu kerana yakin dengan keupayaan pemain-pemain muda kelab itu yang dilihatnya berpotensi untuk pergi lebih jauh.

"Sebenarnya, sejak tahun lepas lagi saya ada menerima tawaran untuk menyertai T-Team serta Terengganu tetapi akhirnya terpaksa memilih Perak kerana enggan berjauhan dengan keluarga," katanya.

Jurulatih yang mempunyai pengalaman kira-kira 15 tahun itu bagaimanapun memberitahu, keputusan itu akhirnya dibuat selepas mengambil kira pandangan isterinya yang sudah memberi lampu hijau untuk dia bersama pasukan dari Pantai Timur itu.

"Anak-anak juga sudah semakin besar. Lagipun, saya lihat T-Team ini walaupun dibarisi ramai pemain muda memiliki komitmen yang menakjubkan," katanya.

Azraai bakal dibantu bekas pengulas sukan Astro Arena, Azlan Johar untuk membimbing pasukan itu bermula musim depan.

Dalam pada itu, mengenai perancangan bersama pasukan itu, jelasnya, dia mahu T-Team menjadi pasukan yang lebih mantap selain menepati sasaran pengurusan yang mahukan pasukan itu menempatkan diri dalam kelompok lima pasukan teratas dalam saingan Liga Super musim depan.

"Saya sendiri pun ketika ini sudah ada barisan bayangan (kesebelasan utama T-Team) untuk musim depan namun ia masih belum dimuktamadkan lagi kerana ada sesetengah pemain masih belum diputuskan lagi kedudukan mereka dalam pasukan," katanya.

Sementara itu, mengenai ura-ura beberapa nama besar termasuk penyerang Kelantan, Norfarhan Mohamad yang disebut-sebut bakal menyarung jersi T-Team, Azraai enggan membuat sebarang pengesahan.

"Sudah tentu kalau Norfarhan menyertai T-Team, ia satu rahmat yang besar dan satu aset kepada pasukan. Tetapi perkara ini masih di peringkat perbincangan lagi, kita tak boleh membuat sebarang keputusan yang muktamad setakat ini," katanya.

Beliau dijangka memulakan sesi latihan pertama bersama pasukan T-Team minggu depan, namun belum dapat mengesahkan pemain import yang akan menandatangani kontrak bersama T-Team musim depan.

Bakal berdepan penggantungan

Posted:

Bakal berdepan penggantungan

Bakal berdepan penggantungan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemain atau pegawai yang didapati melanggar kontrak dengan majikan baharu mereka.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan semalam.

Menurutnya, perkara tersebut sudah termaktub di dalam undang-undang FAM.

"Dalam terma kontrak, ia harus melibatkan tiga unsur. Pertama, pemain itu haruslah menerima tawaran daripada pasukan.

"Kedua, pemain itu menerima tawaran tersebut dan ketiga, balasan pemain kepada pasukan yang mengikat pemain itu dengan sejumlah wang.

"Kepada mana-mana pihak yang didapati melanggar kontrak, pihak satu lagi (pasukan yang awal berjaya mendapatkan tandatangan borang C-03/2) berhak menuntut ganti rugi.

"Untuk pemain pula, dia bakal berdepan hukuman yang sedia ada dalam peraturan FAM iaitu digantung perlawanan berdasarkan kesesuaian kes.

"Pihak ini harus mengemukakan aduan kepada FAM terlebih dahulu sebelum pihak kami menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman terhadap pemain-pemain yang didapati bersalah," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, polemik baharu Felda United apabila mereka tidak berpuas hati dengan tindakan dua pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar dan Nor Fadzly Alias yang membuat 'pusingan U' selepas bersetuju untuk menandatangani surat persetujuan menyertai Felda United.

Biarpun jurulatih The Settlers, Irfan Bakti Abu Salim mendakwa kedua-dua pemain tersebut telah menandatangani borang C-03/2, Hairuddin dan Nor Fadzly masih kekal menjadi milik The Gladiators.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Irfan mengakui kedua-dua pemain tersebut mengambil pendekatan kunci mulut dan beliau mahu menyelesaikan isu tersebut dengan membawa kes berkenaan kepada FAM dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut, Takiyuddin memberitahu, FAM tidak boleh menyatakan bentuk hukuman sebelum meneliti kes tersebut dengan lebih terperinci.

"Seperti yang saya katakan tadi, pihak kami perlu tengok fakta kes terlebih dahulu. Hukuman tetap ada mengikut peringkat tertentu.

"Pasukan itu bolehlah kemukakan aduan kepada FAM. Jika (pasukan yang awal berjaya mendapatkan tandatangan borang C-03/2) didapati benar, mereka boleh menuntut ganti rugi," ujarnya.

MSN bakal melancarkan Liga Layar Malaysia

Posted:

MSN bakal melancarkan Liga Layar Malaysia

MSN bakal melancarkan Liga Layar Malaysia

MAJLIS Sukan Negara (MSN) akan melancarkan program pembangunan Sukan Pelayaran yang lebih komprehensif dengan memperkenalkan Liga Layar Malaysia dan Program Belia Belayar bagi melahirkan atlet-atlet yang dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa pada masa depan.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata program terbaru itu adalah satu inisiatif yang dijalankan seiring penganjuran Kejohanan Piala Monsoon bagi tujuan menyediakan platform kepada pelayar-pelayar tempatan untuk belajar, bersaing dan mempersiapkan diri untuk menjadi juara dunia.

"Liga Layar Malaysia akan dianjurkan secara liga pusingan di setiap negeri dan pelayar yang mengumpul mata tertinggi akan mewakili negara ke Kejohanan Piala Monsoon. Program ini dijangka dapat dijalankan sepenuhnya mulai tahun depan.

"Program Belia Belayar pula dianjurkan bersempena Liga Layar bertujuan memupuk minat dan memberi pendedahan awal kepada anak-anak muda tempatan untuk menceburi sukan ini, seterusnya mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MSN semalam.

Zolkples berkata, sukan pelayaran adalah antara sukan yang sering menyumbangkan pingat di peringkat antarabangsa khususnya di Sukan SEA dan Sukan Asia, manakala atlet-atlet pelayaran juga pernah melayakkan diri ke Sukan Olimpik menerusi Kevin Lim (Sukan Olimpik 1996, 2000, 2004 dan 2008) serta Mohd. Khairulnizam Mohd. Afendy yang layak ke Olimpik London 2012.

Menurutnya, MSN sentiasa memberikan tumpuan terhadap pembangunan sukan pelayaran sebelum ini terutama dengan menyediakan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi yang kini digunakan untuk program latihan atlet elit dan pelapis kebangsaan. Setakat ini, seramai 17 atlet elit dan 20 atlet pelapis sedang menjalani latihan di bawah kendalian lima jurulatih sepenuh masa.

"MSN juga dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Pelayaran Negeri telah menubuhkan 13 pusat latihan di seluruh negara, membabitkan 249 orang atlet. Mereka semua menjalani latihan harian di bawah kendalian 19 orang jurulatih yang telah dikenalpasti.

"Dengan adanya penganjuran Liga Layar Malaysia ini, ia akan memberi peluang dan pendedahan kepada atlet-atlet negeri untuk bersaing secara konsisten, sekali gus dapat meningkatkan prestasi mereka untuk bersaing di kejohanan yang lebih besar.

"Sukan pelayaran perlu mempunyai struktur pertandingan yang tersusun dan kompetitif di semua peringkat. Sehubungan itu penganjuran pertandingan perlu diperbanyakkan bagi membantu atlet-atlet pelapis dan elit negara mematang serta mempersiapkan diri sebelum menghadapi kejohanan yang lebih besar.

"Penganjuran Liga Layar Malaysia itu pula akan menyaksikan sukan ini dapat dipopularkan secara tempatan dan menarik minat anak muda untuk menceburi sukan berkenaan di bawah program Belia Belayar yang dianjurkan secara seiring nanti.

Katanya, penyertaan bagi Program Belia Belayar adalah terbuka kepada kanak-kanak dan remaja tempatan dengan sasaran penyertaan sekurang-kurangnya 2,000 orang di setiap lokasi. Program itu akan diadakan selama empat hari merangkumi gabungan kelas dan sesi di air dengan menekankan aspek-aspek asas pelayaran, demonstrasi pelayaran, latihan dan sesi perlumbaan di kalangan peserta.

Menurut Zolkples, program pembangunan sukan pelayaran terbaru MSN ini juga akhirnya akan dapat mewujud atau menaiktaraf kemudahan sukan pelayaran di seluruh negara, membangunkan saluran bakat sukan ini dengan membuka lebih banyak peluang dan akses kepada generasi muda untuk turut serta selain meningkatkan prestasi atlet sedia ada menerusi liga yang dianjurkan.

Menurutnya, MSN akan bekerjasama erat dengan Persatuan Pelayaran Malaysia untuk menjayakan program berkenaan yang juga bertujuan menambah kemahiran dan pengetahuan jurulatih-jurulatih tempatan agar lebih kompeten di dalam mengendalikan latihan dan persediaan atlet-atlet mereka.

Katanya, Liga Layar Malaysia dan Program Belia Belayar juga akan meningkatkan kualiti dan hasil kerja pegawai-pegawai teknikal sukan berkenaan kerana ia akan membabitkan lebih banyak pertandingan dalam setahun.

Ketua Pengarah MSN itu berkata, Liga Layar Malaysia dan Belia Belayar bagaimanapun tidak dapat diadakan mengikut perancangan awal iaitu di setiap negeri pada tahun ini kerana kesuntukan masa.

Bagaimanapun ia tetap akan diadakan bersempena Kejohanan Piala Monsoon di Kuala Terengganu iaitu pada 15 hingga 18 November ini untuk Liga Layar Malaysia dan penganjuran Belia Belayar pula akan diadakan pada 19 hingga 22 November ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kempen kesedaran kanser serviks

Posted:

Kempen kesedaran kanser serviks

Kempen kesedaran kanser serviks

DARI kiri: Tiz Zaqyah, Francis dan wakil Watson, Stephy Siew menyerahkan replika cek untuk kempen kesedaran kanser kepada Ratnasingham (dua dari kanan).


JENAMA sabun mandi terkenal, MAY baru-baru ini mengadakan kempen kesedaran kanser serviks melalui program MAY Cares For You. Kempen yang dijalankan pada bulan Mei hingga Julai lalu turut dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) dan rangkaian kedai kesihatan dan kecantikan, Watsons.

Kempen yang dimulakan di beberapa institusi pengajian tinggi terpilih di sekitar Lembah Klang itu mendapat sambutan menggalakkan.

Antara pengisian kempen itu ialah sesi ceramah pendidikan kesihatan mengenai kanser serviks kepada pelajar-pelajar.

Pengurus Besar Bahagian Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Francis Ng memberitahu, kerjasama antara MAY dan NCSM merupakan satu langkah tepat sepanjang kempen tersebut dijalankan.

"Melalui siri ceramah pendidikan di universiti terpilih di sekitar Lembah Klang, kami dapat berkongsi dan mewujudkan kesedaran mengenai kanser serviks kepada pelajar-pelajar.

"Dengan kepakaran NCSM dalam hal ehwal penyakit kanser, kami berharap pelajar lebih prihatin terhadap risiko penyakit yang dikategorikan sebagai pembunuh senyap ini," ujarnya.

Turut hadir, Naib Presiden NCSM, Clare Ratnasingham

Antara universiti yang terlibat ialah Universiti Metropolitan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara.

Kehadiran duta produk MAY, Tiz Zaqyah ternyata mencuri tumpuan pelajar-pelajar semasa kempen itu dijalankan.

Sepanjang kempen tersebut, MAY juga berjaya mengutip dana sebanyak RM15,000 yang akan disalurkan kepada NCSM untuk aktiviti kesedaran kanser pada masa akan datang.

Menerusi dana tersebut, program-program kesedaran dan pencegahan kanser dapat disebarkan kepada lebih ramai wanita di seluruh negara.

Pertandingan cari jurufoto terhebat Asia

Posted:

Pertandingan cari jurufoto terhebat Asia

Pertandingan cari jurufoto terhebat Asia


PESERTA boleh menghantar penyertaan menerusi laman web www.exploretoinspire.com.


SALURAN National Geographic dan Canon melancarkan pertandingan fotografi Explore to Inspire bagi peringkat Asia bagi mencari jurufoto terhebat di rantau berkenaan.

Ia diadakan sempena sambutan ulang tahun saluran National Geographic ke-125 dan berlangsung selama dua bulan.

Pertandingan ini terbuka kepada semua jurufoto di Malaysia, Bangladesh, Brunei, Kemboja, Indonesia, Maldives, Myanmar, Nepal, Pakistan, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam. Setiap peserta mesti berumur 18 tahun ke atas.

Bagi menyertai pertandingan ini, peserta harus menghantar gambar-gambar asli berserta inspirasi yang mendorong peserta untuk meneroka gambar tersebut.

Penerangan dan penjelasan tersebut haruslah tidak melebihi 300 patah perkataan. Setiap penyertaan boleh dihantar melalui laman web www.exploretoinspire.com.

Pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah berupa Canon EOS 5D Mark III dan peluang menyertai minggu bengkel fotografi National Geographic yang berprestij di San Francisco.

Dalam bengkel tersebut pemenang dapat mengasah bakat bersama salah seorang jurufoto terkenal National Geographic dari Amerika Syarikat.

Dua hadiah disediakan bagi naib juara pertandingan tersebut iaitu Canon EOS 6D dan Canon EOS 70D selain gambar tersebut berpeluang untuk disiarkan dalam majalah National Geographic.

Juri profesional bagi pertandingan ini terdiri daripada pihak saluran National Geographic dan Canon. Gambar bagi tiga pemenang utama akan disiarkan dalam program National Geographic edisi Asia pada bulan Mac 2014.

"Pertandingan ini dapat meningkatkan minat jurufoto di sekitar Asia Selatan dan Asia Tenggara dan menjadi pentas terbaik untuk menunjukkan gambar-gambar terbaik mereka. Canon juga berharap dapat mempromosikan budaya fotografi di wilayah Asia Selatan.

"Kami berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan saluran National Geographic, sekali gus memberi peluang kepada pemenang untuk meneruskan minat mereka dalam bidang fotografi ini," kata Hideaki Nishimura, Pengarah Kanan dan Pengurus ICP bagi jualan dan pemasaran serantau, Canon Singapura Pte Ltd.

"Tema Penerokaan ini juga sinonim dengan saluran National Geographic dan kami berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan Canon dalam usaha mencari imej yang benar-benar memberi inspirasi kepada peminat fotografi," kata Simeon Dawes, Naib Presiden Pengiklanan, Jualan dan Perkong- sian Asia Pasifik dan Asia Barat di FOX One Stop Media.

Pencetus revolusi fesyen tekstil

Posted:

Pencetus revolusi fesyen tekstil

Pencetus revolusi fesyen tekstil

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH

KARYA rekaan Zandra akan dipaparkan dalam satu pameran di Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur sehingga 12 Januari 2014.


SIAPA sangka kerjaya yang bermula sebagai seorang pereka tekstil biasa, Zandra Rhodes akhirnya diangkat sebagai ikon tersohor dalam persada fesyen ketika era 70-an.

Dalam usianya yang menjangkau 73 tahun, Zandra bukan sahaja memiliki beberapa studio fesyen rekaannya tersendiri di San Diego dan London, malah turut menubuhkan sebuah Muzium Fesyen dan Tekstil terkemuka di England.

Sebagai salah seorang pereka British aliran baharu, Zandra telah merevolusikan dunia fesyen dan meletakkan kota London di barisan hadapan pada era kegemilangannya.

Malah, pengetahuan, pengalaman serta kehebatan rekaannya dalam industri tekstil dan fesyen telah menaikkan reputasinya di mata dunia sehingga dilantik sebagai Pereka Industri Diraja oleh Persatuan Seni Diraja British pada 1994.

Dek kerana kecintaannya dan sumbangannya dalam dunia tekstil serta fesyen, wanita yang terkenal dengan imej rambut merah jambu ini juga pernah dilantik menjadi Komander Empayar British oleh Ratu Elizabeth pada 1997.

Ditanya apakah falsafah yang dipraktikkan sehingga dilabel sebagai ikon dalam industri fesyen? Jawapan yang diberikan sungguh mudah - jangan mudah berasa puas hati dengan setiap rekaan yang dihasilkan.

"Sebagai seorang pereka fesyen, apa yang harus ada dalam diri anda ialah motivasi untuk menghasilkan rekaan yang lebih baik dan sempurna berbanding apa yang telah anda hasilkan.

"Setiap rekaan itu juga mestilah berdasarkan bahan yang ada pada waktu itu termasuk masa dan kos yang terhad," jelas Zandra pada Program Bicara Tekstil Zandra Rhodes anjuran Jabatan Muzium Malaysia baru-baru ini.

Dilahirkan di Kent, England pada 1940, Zandra mula mengenali dunia fesyen menerusi ibunya yang merupakan seorang pengubah suai pakaian di Rumah Rekaan fesyen Worth di Paris dan juga pensyarah fesyen di Kolej Kesenian Medway.

Setelah mempelajari rekaan tekstil di Medway dan Kolej Kesenian Diraja, beliau mula mencipta bentuk rekaan fesyennya yang tersendiri.


ZANDRA melayan peminat yang tidak melepaskan peluang bertemu dengannya pada satu program di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Teknik rekaan

Latar belakangnya dalam rekaan tekstil juga menjadi sumber utama dalam reka bentuk pakaiannya.

"Saya menggunakan corak rekaan tekstil tersebut sebagai inspirasi asas untuk mempengaruhi bentuk pakaian yang saya hasilkan.

"Ada juga rekaan yang saya hasilkan dipengaruhi oleh pelbagai hasil seni seperti lukisan daripada seniman terkenal Kandinsky, Modigliani dan Matisse sehinggalah ke pakaian era Ratu Elizabeth serta pakaian lusuh dari era punk London 70-an," ujarnya lagi.

Pada dasarnya, Zandra merupakan seorang pereka tekstil. Rekaannya adalah hasil daripada penghayatannya terhadap dunia sekeliling dan ia merupakan satu pandangan peribadi yang bermula di buku lakaran yang sentiasa didampingnya.

Teknik rekaannya pula sering kali melampaui batasan imaginasi dan menerokai serta menembusi corak standard rekaan itu sendiri.

Pendekatan eksperimentasi ini menjadikan rekaannya lebih unik dan membawa kepada rekaan ikonik yang kekal menjadi mercu tanda kerjayanya.

Beliau melengkapi rekaannya dengan gaya rambut, solekan, kasut dan barang kemas daripada konteks tersebut.

Berdasarkan kaleidoskop warna dan corak yang diperoleh daripada budaya-budaya yang merentasi sejarah, karya Zandra terbukti meraikan keindahan abadi pelbagai kaum di dunia.

Pameran

Justeru, mulai semalam hingga 12 Januari 2014, orang ramai berpeluang menghayati karya-karya Zandra di Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur.

Pameran itu memaparkan 50 helai koleksi pakaian terpilih Zandra dan beberapa helai kain pemidang yang menggunakan tekstil daripada satin, sutera sifon, sutera satin dan jersi.

Salah satu pakaian yang dipamerkan juga pernah dipakai oleh penyanyi terkenal antarabangsa Diana Ross.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail menjelaskan pameran itu mampu memberi impak yang positif dalam perkembangan industri tekstil dan fesyen negara.

"Pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan baharu kepada semua pereka dan pencinta fesyen negara ini dalam industri tekstil," kata Ibrahim.

"Sebelum ini, kami banyak mengadakan pameran fesyen daripada pereka tempatan, namun kali ini kami membuat sedikit kelainan dengan membawa Zandra ke negara ini bagi menceritakan pengalamannya sebagai antara ikon fesyen tekstil antarabangsa.

"Saya harap dengan adanya pameran ini, ia mampu membawa pembaharuan dan perkembangan positif kepada pereka fesyen dan industri tekstil negara pada masa hadapan," ujarnya lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Mangsa Taufan Haiyan serbu pesawat tentera

Posted:

Mangsa Taufan Haiyan serbu pesawat tentera

Mangsa Taufan Haiyan serbu pesawat tentera

BEBERAPA mangsa berjalan di celah runtuhan rumah di bandar Tacloban.


TACLOBAN - Lebih 3,000 mangsa Taufan Haiyan semalam menyerbu dua buah pesawat C-130 milik tentera Filipina yang mendarat di sebuah lapa- ngan terbang yang musnah di sini akibat bencana alam itu.

Pesawat itu dihantar untuk menyelamatkan mangsa-mangsa taufan tersebut selepas banyak rumah dan bangunan musnah dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.

Kesemua mangsa itu berharap mereka akan dapat keluar dari kawasan bencana tersebut secepat mungkin kerana tidak sanggup menanggung penderitaan.

Bagaimanapun, hanya ratusan orang sahaja yang dibenarkan untuk menaiki pesawat tersebut untuk dibawa ke pusat perlindungan.

Beberapa anggota tentera turut menghalang mangsa-mangsa lain daripada memasuki pesawat yang telah penuh dengan penumpang itu.

Menurut salah seorang mangsa yang terselamat, kebanyakan daripada mereka berada dalam keadaan kelaparan kerana kekurangan bekalan makanan.

"Saya merayu kepada pihak tentera untuk membawa saya keluar dari sini kerana saya turut menghidap penyakit kencing manis," kata seorang mangsa, Helen Cordial.

Seorang warga emas, Aristone Balute, 81, turut merayu kepada pihak tentera supaya dia dapat dibawa berpindah ke tempat lain.

"Adakah mereka mahu melihat kami semua mati di lapangan terbang ini? Kami tidak makan dan keadaan menjadi lebih buruk kerana ketiadaan bekalan makanan," katanya.

Bandar ini terletak dalam wilayah Leyte di Kepulauan Visayas.

Menurut seorang jurucakap Jabatan Pertahanan di Washington, bantuan daripada pihak tentera udara AS dijangka tiba esok untuk memberikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa.


SEORANG mangsa duduk sebagai tanda bersyukur kerana akan menaiki pesawat tentera C-130.


Sebuah kapal bersaiz besar dilengkapi dengan helikopter yang mampu membawa sehingga satu tan air akan dihantar kepada mangsa-mangsa Haiyan.

Bantuan juga diberikan untuk membawa mangsa-mangsa yang cedera mendapatkan rawatan sama seperti bantuan yang diberikan ketika bencana tsunami pada tahun 2004.

Kerajaan AS turut memberikan sumbangan kewangan sebanyak AS$20 juta (RM63.9 juta).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia akan memperuntukkan sebanyak AS$25 juta (RM80.3 juta) bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa taufan itu.

Bantuan PBB itu meliputi keperluan makanan, bekalan air bersih, ubat- ubatan, isi rumah dan keperluan asas lain.

Hampir 10 juta penduduk terjejas akibat taufan tersebut yang melanda kawasan tengah Filipina. - Agensi

Morsi bertemu pasukan peguam

Posted:

Morsi bertemu pasukan peguam

Morsi bertemu pasukan peguam


GAMBAR fail menunjukkan Morsi (kanan) berada di dalam lokap sebuah mahkamah di Kaherah pada 4 November lalu.


KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengadakan pertemuan buat kali pertama dengan pasukan peguam di dalam sebuah penjara.

Pendedahan tersebut dibuat oleh anak Morsi, Osama yang juga menyatakan, bapanya itu membincangkan taktik yang akan digunakan dalam perbicaraannya.

Dia sebelum ini didakwa melakukan hasutan supaya penduduk melakukan pembunuhan.

Morsi bertemu dengan peguam-peguam berkenaan selepas dia dipindahkan ke sebuah penjara rahsia di bandar Alexandria.

Bekas Presiden Mesir itu dipindahkan ke penjara tersebut setelah perbicaraan pertamanya berlangsung pada 4 November lalu.

Osama yang juga seorang peguam memberitahu agensi berita The Associa- ted Press bahawa pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan cara untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang telah melaku- kan pendakwaan terhadapnya.

Morsi sebelum ini mendakwa perbicaraannya itu tidak sah dan memberitahu mahkamah bahawa dia masih merupakan pemimpin Mesir.

Dia digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 3 Julai lalu.

- Agensi

Batman bin Suparman ditangkap

Posted:

Batman bin Suparman ditangkap

Batman bin Suparman ditangkap


KAD pengenalan yang mengandungi nama warga Singapura, Batman bin Suparman.


SINGAPURA - Seorang warga Singapura yang mempunyai nama mirip watak adi wira Superman dan Batman telah dihukum penjara selama dua tahun dan enam bulan kelmarin selepas didapati bersalah melakukan beberapa perbuatan jenayah.

Menurut beberapa laporan media, nama warga Singapura itu yang tercatat pada kad pengena- lannya ialah Batman bin Suparman.

Batman yang berusia 23 tahun dan merupakan seorang penganggur itu didapati bersalah mencuri kad mesin teler automatik milik abangnya, Nurazman Suparman dengan tujuan untuk mengeluarkan wang berjumlah S$850 (RM2,183).

Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memecah masuk bangunan SGF Billards & Marketing di Jalan Depot di sini dalam dua kejadian berasingan dan mencuri sebanyak S$500 (RM1,284).

Dia juga mengaku salah menggunakan dadah heroin antara Jun dan Ogos tahun ini.

Ketika dijatuhkan hukuman, mahkamah diberitahu, Batman masih muda dan dia telah ditangkap buat kali pertama kerana melakukan jenayah.

Gambar kad pengenalan yang mengandungi namanya telah disiarkan dalam internet.

Dalam gambar tersebut, tarikh lahir Batman itu ialah pada 13 Mei 1990.

Satu muka surat Facebook yang menggunakan nama warga Singapura tersebut, Kelab Peminat Batman bin Suparman juga telah dibuka dengan lebih 11,000 orang pengguna laman tersebut menyatakan suka dengan muka surat itu.

Salah seorang pengguna di laman itu memberikan komen bahawa Batman berada di penjara bagi menjalani latihan sama seperti permulaan kisah Batman.

Seorang pengguna, Kevin Yang memberikan komen: "Idola kita telah dipenjarakan."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penyertaan Malaysia dalam Chogm 2013 adalah relevan - Anifah

Posted:

Penyertaan Malaysia dalam Chogm 2013 adalah relevan - Anifah

Penyertaan Malaysia dalam Chogm 2013 adalah relevan - Anifah

13/11/2013 10:42pm

COLOMBO - Usaha Malaysia mengambil bahagian dalam Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (Chogm) 2013 di Sri Lanka adalah relevan kerana ia mempunyai banyak perkara untuk dikongsi dan belajar dari negara-negara Komanwel yang lain.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, dengan keanggotaan menjangkau semua lima benua di dunia, Komanwel berada dalam kedudukan yang baik untuk memainkan peranan penting bagi menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan di seluruh pelosok dunia seperti menggalakkan demokrasi dan tadbir urus yang baik, ekonomi, sosial dan budaya.

Menurut Anifah, penyertaan Malaysia dalam Chogm tahun ini, yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadual tiba di ibu negara Sri Lanka pada Khamis, adalah satu bukti kepada komitmennya untuk menjadi hos mesyuarat sidang kemuncak dwitahunan pada 2019.

"Ia menunjukkan kesediaan, bagaimana kesanggupan kita (menjadi hos pada 2019)," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Malaysia menawarkan untuk menjadi hos Chogm 2019 semasa Chogm 2011 di Australia.

Najib dilaporkan berkata tahun itu sangat signifikan kerana Malaysia menjadi hos pertama pada 1989 iaitu 30 tahun lepas. - Bernama

Pemilik kereta pengsan jumpa mayat atas bumbung keretanya

Posted:

Pemilik kereta pengsan jumpa mayat atas bumbung keretanya

Pemilik kereta pengsan jumpa mayat atas bumbung keretanya

13/11/2013 10:34pm

GEORGE TOWN - Seorang lelaki pengsan apabila mendapati satu mayat lelaki terlentang di atas bumbung keretanya yang diparkir di Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di sini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengatakan terdapat pemandu tersepit dalam kereta jenis Proton Waja itu.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati ada mayat lelaki di atas bumbung kenderaan yang remuk teruk manakala pemiliknya pengsan di hadapan kereta itu," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mangsa Liew Kam Ming, 49, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kaki kanannya hampir putus dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 24 pangsapuri berkenaan.

Kong Meng berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Kita sedang mengesan ahli keluarga Kam Ming untuk tampil membantu siasatan dan menuntut mayatnya," jelasnya. - Bernama

Bas mini rempuh pondok pengawal lintasan keretapi, 12 penumpang cedera

Posted:

Bas mini rempuh pondok pengawal lintasan keretapi, 12 penumpang cedera

Bas mini rempuh pondok pengawal lintasan keretapi, 12 penumpang cedera

13/11/2013 10:28pm

KOTA KINABALU - Dua belas penumpang cedera, dua daripadanya parah selepas sebuah bas mini merempuh sebuah pondok kawalan lintasan keretapi di Jalan Kota Kinabalu-Putatan petang tadi.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, DSP Norazizulkifli Mansor berkata, kejadian berlaku ketika hujan renyai-renyai kira-kira 6.30 petang yang menyebabkan pemandu bas mini itu turut cedera ringan.

"Ketika kejadian, bas mini (jenis van) ini dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Putatan.

"Apabila sampai di lokasi, pemandu bas mini ini hilang kawalan lalu merempuh pondok kawalan lintasan keretapi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Kata Norazizulkifli, siasatan awal mendapati pemandu bas mini itu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Kesemua mangsa yang terdiri daripada orang dewasa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Supermokh, muzikal yang mempersonakan

Posted:

Supermokh, muzikal yang mempersonakan

Supermokh, muzikal yang mempersonakan

SUPERMOKH SEBUAH MUZIKAL telah berjaya membawa gambaran sebenar situasi di padang bola ke atas pentas Istana Budaya.




DIPENTASKAN dalam bentuk muzikal, Supermokh Sebuah Muzikal, sebanyak 15 buah lagu dimuatkan dalam pementasan ini.


SEMANGAT ngauman pasukan bola sepak Harimau Malaya bergema dalam atmosfera berprestij Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur tanggal 6 November lalu.

Aura yang dibawa menerusi pementasan sulung Supermokh Sebuah Muzikal sebenarnya membawa penonton merentasi terowong masa sekitar penghujung tahun 1970-an hingga awal 1990-an.

Bagi yang sering menyaksikan pementasan teater atau muzikal melodramatik, mungkin Supermokh Sebuah Muzikal kali ini mengubah kanvas pengalaman penonton.

Supermokh Sebuah Muzikal mengisahkan riwayat hidup pemain bola sepak legenda kebangsaan, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sepanjang pembabitannya dalam arena sukan itu hingga pengakhiran hayatnya.

Tidak ubah seperti sedang menyaksikan perlawanan bola sepak di padang, begitu bahangnya yang dapat dirasakan penonton menerusi teater terbitan Tall Order Production dan Jugra Publication Sdn. Bhd. kali ini.

Contoh jelas, situasi ketika di padang perlawanan bola sepak pasukan Malaysia menentang Korea Selatan pada Pesta Bola Merdeka sekitar tahun 1970-an berjaya dibawa masuk ke pentas hidraulik Istana Budaya bagi memberikan gambaran sebenar kepada penonton.

Berbaloi

Kata Pengarah dan Penerbit Eksekutif Supermokh Sebuah Muzikal, Hans Isaac, penat lelah pasukannya selama lebih setahun untuk melunaskan karya itu akhirnya berbayar apabila pementasan mula mengambil tempat di Istana Budaya sejak 6 hingga 18 November ini.

"Lebih dua bulan berlatih secara intensif sebelum menjejakkan kaki ke Istana Budaya, boleh dikatakan pasukan produksi Supermokh Sebuah Muzikal berjaya memberikan hasil seperti yang dirancang sejak awal lagi.

"Teater muzikal ini menceritakan kehidupan peribadi dan kerjaya pemain bola sepak yang disanjung negara, Datuk Mokhtar Dahari yang ramai orang tidak tahu.

"Mungkin menerusi pementasan ini penonton mendapat sedikit sebanyak input mengenai peribadi Supermokh. Antaranya, sikap beliau yang tidak banyak bercakap dan seorang yang romantik sebenarnya," ujar Hans.

Sementara itu, tambah pengarah bersama Supermokh Sebuah Muzikal, Harith Iskander, beberapa babak serta penceritaan teater itu dilakukan secara simbolik bagi menyuntik nilai tambah teatrikal pementasan kali ini.

"Tarian dan nyanyian melengkapkan elemen teater itu sendiri, pergerakan atau lirik lagu tidak memberikan makna lain selain mengukuhkan jalan cerita," tambah Harith.

Kemas

Secara kasarnya, Supermokh Sebuah Muzikal yang menelan kos RM3 juta ini menceritakan perjalanan hidup Mokhtar Dahari bermula tahun 1979 selepas berkahwin dengan kekasihnya, Tengku Zarina Tengku Ibrahim hingga detik akhir kematian beliau akibat penyakit distrofi otot awal tahun 1990-an.

Selain kisah peribadi yang tidak didedahkan kepada umum sebelum ini, Supermokh Sebuah Muzikal memberitahu penonton faktor penyebab tiga kali persaraan Mokhtar Dahari daripada arena sukan bola sepak.

Menarik mengenai teater muzikal itu adalah permainan ruang antara ensemble dan pelakon utama di atas pentas. Sejujurnya, pergerakan item-item itu berjaya digarap kemas dan dinamik.

Pujian harus diberikan kepada tenaga kreatif terutama koreografer, Adzwa dan pereka pakaian, Dominique Devorsine kerana berhasil memberikan impak dan mood sekitar latar masa 1970 hingga 1990.

Malah, penataan cahaya dan kualiti komposisi lagu hasil pengarahan muzik Michael Veerapen wajar dipuji dan sejujurnya patut dijadikan sebuah album kompilasi.

Selain itu, mencuri tumpuan penonton adalah babak perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 1986 antara pasukan Selangor dan Johor yang dipersembahkan dalam visual pakaian LED dalam gelap yang menurut Hans telah ditempah khas dari China beberapa bulan lalu.

Awie gugup riba Maya

Posted:

Awie gugup riba Maya

Awie gugup riba Maya


AWIE selaku Supermokh, manakala Maya Karin sebagai isterinya, Tengku Zarina telah memberi komitmen yang baik dalam menterjemah hubungan sebenar pasangan suami isteri itu.


PENYANDANG watak utama Mokhtar Dahari iaitu Awie mengakui jadual latihan persiapan sebelum beraksi di pentas Istana Budaya bukan calang-calang sebaliknya dilakukan sama seperti pemain bola sepak sebenar.

"Pukul 6 petang setiap hari saya dan beberapa pelakon utama lain akan berjoging dan bermain bola sepak serta melakukan senaman kardiovaskular sebelum memulakan kembali latihan teater pada sebelah malam.

Gimik Izzue berkhatan

Posted:

Gimik Izzue berkhatan

Gimik Izzue berkhatan

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


GELAGAT lucu Izzue Islam pada upacara mandi sebelum berkhatan bersama anak-anak yatim yang menghuni Rumah Bakti, Ulu Klang, Selangor baru-baru ini.


GIMIK jemputan upacara berkhatan Izzue Islam sempena mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Hantu Tok Mudim baru-baru ini sedikit sebanyak mengundang rasa tidak selesa peminat penyanyi anggota kumpulan Forteen itu.

Ada yang menilai gimik sedemikian boleh menjejaskan reputasi baik Izzue dan boleh menjatuhkan pelakon muda itu memandangkan hal sebegitu tidak seharusnya dipermainkan.

Menjawab dakwaan itu, kata Izzue, perbincangan dengan pihak produksi dan pasukan promosi filem itu telah dilaksanakan lebih awal dan sepatutnya tidak wujud sebarang isu berhubung majlis tersebut.

"Saya dan pasukan produksi filem Hantu Tok Mudim telah berbincang sebelum mengadakan acara yang diberi judul Majlis Berkhatan Izzue Islam dan saya tidak fikir akan wujud sebarang isu berbangkit.


IZZUE diapit oleh Sofi (kanan) dan Harun yang merupakan antara pelakon penting filem Hantu Tok Mudim.


"Gimik ini secara tak langsung telah menarik minat untuk orang ramai mengetahui perkara selanjutnya dan berjaya mempromosi filem Hantu Tok Mudim pada masa sama," ujarnya yang ditemui pada Majlis Berkhatan Izzue Islam di Rumah Bakti, Ulu Klang, Selangor baru-baru ini.

Gimik majlis itu diadakan secara berkumpulan bersama anak-anak yatim di rumah perlindungan tersebut.

Malah, acara yang bermula pada pukul 4 petang itu diraikan mengikut adat berkhatan secara tradisional.

Majlis dimulakan dengan selawat dan kemudiannya diarak seperti pengantin sebelum dimandikan air bunga secara beramai-ramai.

Mereka turut dipersiapkan dengan sepersalinan baju Melayu setiap seorang sementara menantikan kehadiran Tok Mudim yang dilakonkan oleh Harun Salim Bachik dalam filem itu.

Pengalaman bersunat

Majlis membabitkan gimik tersebut yang bakal disiarkan di pawagam pada 21 November nanti turut memberi peluang kepada barisan pelakon beramah mesra sambil meraikan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik.

Filem bergenre komedi seram Hantu Tok Mudim berkisar tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan apabila hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh kampung itu.


KECOH. Aksi Harun, Izzue dan Sofi berjaya menggamatkan suasana.


Hantu Tok Mudim terbitan Showbiz Production diarahkan oleh Waan Hafiz dan dibintangi oleh Izzue Islam, Andrea Abdullah, Sofi Jikan, Harun Salim Bachik dan A.R Badul.

"Uniknya filem ini kerana kami mengangkat tradisi berkhatan masyarakat Melayu zaman dahulu yang mungkin sudah tidak banyak dipraktikkan pada masa kini.

"Sekarang upacara berkhatan biasanya hanya dilakukan di klinik saja berbanding zaman dahulu sampai diarak seluruh kampung untuk menghilangkan rasa takut," tambah Izzue.

Ditanya pengalaman berkhatan bagi Izzue sendiri, katanya dia tidak berkesempatan melalui upacara berkhatan secara tradisional sebaliknya disunatkan di klinik swasta sahaja.

"Saya bersunat ketika darjah tiga kononnya sebab dengki dengan abang yang sudah darjah lima pada waktu itu sedang membuat persiapan untuk bersunat.

"Doktor pada mulanya enggan melakukannya kerana bimbang saya masih kecil tapi saya tetap berdegil," katanya.

Izzue dalam perkembangan lain sedang sibuk mempromosikan album terbaharu kumpulan Forteen selain menantikan tiga buah filem lakonannya berjudul Ular, Cikaro dan Kami Histeria yang akan keluar pawagam tidak lama lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved