Jumaat, 1 November 2013

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Hokto Malaysia perkenal cendawan Maitake

Posted:

Hokto Malaysia perkenal cendawan Maitake

Hokto Malaysia perkenal cendawan Maitake


YAMAMOTO (tengah) memperkenalkan cendawan Maitake pada satu majlis pelancaran di Hotel The Gardens, Kuala Lumpur baru-baru ini.


MEMPUNYAI tekstur yang rangup, enak dimakan dan paling penting tidak perlu dibasuh sebelum dimasak. Itu antara ciri-ciri istimewa cendawan terbaharu Jepun keluaran Hokto Corporation.

Diimport dan dibekalkan oleh Hokto Malaysia Sdn. Bhd. (Hokto Malaysia), cendawan yang dinamakan Maitake itu telah berada di pasaran Malaysia baru-baru ini.

Dikenali juga sebagai Raja Cendawan di negara Matahari Terbit itu, cendawan Maitake kini dijual di semua pasar raya AEON serta BIG (Ben's Independent Grocer) di Publika, Damansara serta pasar raya terkemuka lain seperti Jaya Grocer, Grocer Village, Cold Storage, AEON BIG, Tesco dan ISETAN.

Selain dijual di pasar raya, cendawan Maitake juga dibekalkan ke hotel-hotel dan restoran-restoran Jepun di seluruh negara.

Sebelum ini, setiap bulan, Hokto Malaysia mengimport satu tan metrik cendawan Maitake dari Jepun dan selepas pelancarannya, jumlahnya mencecah 20 tan metrik sebulan.

Syarikat tersebut, sebelum ini mengedarkan dua jenis cendawan iaitu Bunashimeji dan Bunapi. Justeru, cendawan Maitake menambah kepada koleksi cendawan sedia ada.

"Kami akan memulakan pengeluaran cendawan Bunashimeji dan Bunapi di atas kawasan kemudahan pertanian sebesar 2.4 hektar di Bandar Enstek, Sepang bermula Oktober 2014. Cendawan Maitake pula akan diimport dari Jepun," kata Pengarah Urusan Hokto Malaysia, Ted Yamamoto.

Tambah beliau, pihaknya akan memantau maklum balas untuk cendawan Maitake di sini. Jika sambutan amat menggalakkan, mereka mungkin mempertimbangkan untuk mengeluarkannya di negara ini pada masa akan datang.

Maitake mempunyai rasa semula jadi, tekstur yang rangup dengan aroma yang terbaik. Ia sesuai dengan apa-apa jenis dan kaedah masakan.

Pada pelancaran yang berlangsung di Restoran Ri Yakitori, Hotel The Gardens & Residences, Kuala Lumpur, para tetamu dipersembahkan dengan demonstrasi masakan oleh Chef de Cuisine, Takao Yamashita melalui pelbagai cara penyediaan cendawan Maitake daripada pembuka selera, hidangan utama sehingga ke pencuci mulut.

Cendawan Maitake mempunyai berat kira-kira 100 gram. Kajian menunjukkan terdapat banyak ciri dan manfaat yang boleh membantu meningkatkan kesihatan seseorang melalui pengambilan cendawan Maitake.

Antaranya, antikanser, menguatkan sistem imun, antialergi, memperbaiki keadaan kulit, membantu menormalkan paras gula dan juga tekanan darah. Maitake juga sangat kaya dengan Vitamin D dan ia terkenal dalam membantu untuk menguatkan tulang dan otot. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Pil perancang bawa faedah

Posted:

Pil perancang bawa faedah

Pil perancang bawa faedah

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

SEBELUM ini, pelbagai kisah negatif didengari Rohani Ilyas tentang pengambilan pil perancang. Ada yang mengatakan, pil perancang menyebabkan kanser payudara, pertambahan berat badan dan jerawat.

Bagaimanapun, wanita berusia 28 tahun itu bertindak bijak apabila berjumpa dan meminta nasihat daripada doktor sakit puan berhubung perkara tersebut.

Sehingga kini, ibu kepada sepasang anak kembar itu telah menggunakan pil perancang selama setahun tanpa menghadapi risiko kesihatan.

"Selepas mendapat khidmat nasihat daripada doktor dan penjelasan tentang pil perancang oral gabungan (COC), saya memutuskan untuk menggunakannya.

"Doktor memberitahu saya bahawa pil perancang ini tidak mendatangkan kesan negatif," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Rohani mengambil pil perancang bagi merancang kelahiran anak, sekali gus dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada sepasang anak kembarnya.

"Saya mahu mereka membesar dulu selain pandai menguruskan diri sendiri. Pengambilan pil perancang merupakan usaha saya untuk memastikan perkara tersebut dapat dicapai.

"Selain itu, ia dapat menjamin kesejahteraan rumah tangga saya dan anak-anak tidak terabai," katanya lagi.

Situasi yang dihadapi Rohani dialami kebanyakan wanita di negara ini yang bimbang pengambilan pil COC mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Bagaimanapun, pil perancang telah disahkan tidak memberikan kesan sampingan, sebaliknya ia mengandungi kandungan semula jadi yang mampu memberi kebaikan kepada tubuh manusia.

Menurut Perunding Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. K.K. Iswaran, pil COC telah dihasilkan bersesuaian dengan kitaran hormon tubuh badan manusia.

"Pil ini mengandungi dua hormon wanita sintetik iaitu hormon progestron dan estrogen yang berperanan untuk mencegah kehamilan.


PENGGUNAAN pil perancang membolehkan wanita merancang jarak kelahiran anak mereka. - Gambar hiasan


"Selain itu, pil COC ini mempunyai faedah kesihatan yang banyak berbanding kesan sampingan yang minimum.

"Pil COC ini dapat membantu meredakan senggugut, mengurangkan gangguan emosi, kanser ovari, endometrium dan merawat masalah jerawat," katanya pada satu sidang akhbar mengenai pengambilan pil perancang di Hotel Hilton, Petaling Jaya baru-baru ini.

Jelasnya, di negara maju, pil COC digunakan untuk memperbaiki atau mencegah gangguan berkaitan haid seperti kitaran haid tidak menentu, endrometriosis dan sindrom prahaid (PMS).

Dalam pada itu, Ahli Majlis Perancang Keluarga Asia Pasifik, Prof. Dr. Jamiyah Hassan berkata, kajian mengenai pil COC sebagai punca kanser payudara sudah lama diperdebatkan, namun ia tidak mempunyai keputusan yang mantap.

"Isu tentang kesan sampingan pil COC menyebabkan kanser payudara sudah lama dibincangkan oleh pihak-pihak bertanggungjawab.

"Bagaimanapun, tiada keputusan yang mengatakan pil COC menjadi penyebab penyakit ini dan tidak ada pula yang menafikannya," katanya.

Menurut satu kajian yang jalankan oleh Women's Contraceptive and Reproductive Experience antara 1994 dan 1998, pil COC tidak menyebabkan peningkatan risiko kanser payudara.

Seseorang berisiko mengalami kanser payudara sekiranya dia pembawa genetik BRCA1 dan BRCA2.

"Selain itu, mereka yang mempunyai saudara-mara yang menghidap penyakit kanser ovari juga berisiko tinggi menghidapi kanser payudara," katanya.


SEMPENA Hari Kontraseptif Sedunia, Exeltis Pharma mengumumkan hasil kajian berkenaan sikap preskripsi pil hormon wanita dalam pasaran.


Jamiyah berkata, individu yang mempunyai masalah tersebut berkemungkinan menjadi penyumbang ralat dalam kajian pengambilan pil COC.

"Ini kerana, katanya, mereka tidak mengetahui genetik yang dibawa atau sejarah penyakit kanser payudara dalam kalangan keluarga masing-masing.

"Seseorang penghidap kanser payudara mungkin memberitahu doktor yang dia mendapat penyakit itu selepas mengambil pil COC tanpa mengetahui ahli keluarga terdekatnya mempunyai sejarah kanser payudara," jelasnya.

Sempena Hari Kontraseptif Sedunia, anak syarikat Chemo Group yang merupakan bahagian penjagaan kesihatan sepadu, Exeltis Pharma baru-baru ini mengumumkan hasil kajian berkenaan sikap preskripsi pil hormon wanita dalam pasaran.

Keputusan kajian menunjukkan penggunaan pil COC di Malaysia masih lagi rendah iaitu kurang daripada empat peratus dalam kalangan wanita lingkungan umur 15 hingga 49 tahun.

Pakar penjagaan kesihatan mendapati bahawa pil COC drospirenone mewakili standard tertinggi terapi hormon wanita kerana keberkesanannya dan selamat digunakan.

Bagaimanapun, kos pil COC drospirenone dikatakan menjadi faktor utama yang mengehadkan pilihan wanita Malaysia untuk menggunakannnya.

Dalam pada itu, walaupun Malaysia antara negara paling rendah menggunakan pil COC, kajian menunjukkan yang jumlah wanita yang memerlukan rawatan hormon meningkat kepada 12 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya.

MENURUT Dr. Jamiyah Hassan, sehingga kini tiada kajian kukuh yang mengatakan pil perancang boleh menyebabkan kanser payudara.


Menurut Pengarah Urusan Farmasi Exeltis Malaysia dan Singapura, Andy Siow, peningkatan tersebut disebabkan oleh kehidupan seks yang aktif dan kesedaran tentang pencegahan kehamilan dalam kalangan wanita Malaysia.

Berdasarkan peningkatan tersebut, seorang daripada tiga wanita diberikan pil COC untuk merawat keadaan kesihatan termasuk pencegahan kehamilan, masalah haid, jerawat dan endometriosis.

Tambahnya, selain menjalankan kajian, sempena Hari Kontraseptif Sedunia, Exeltis Pharma turut memperkenalkan risalah pendidikan kepada pesakit.

"Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang faedah kesihatan tambahan pil COC dan menggalakkan wanita Malaysia dalam meningkatkan kesejahteraan diri mereka.

"Exeltis Pharma sendiri menawarkan tiga pil COC yang mengandungi drospirenone untuk memenuhi keperluan wanita yang berbeza-beza. Pada masa tertentu, kami juga memberikannya pada kos yang berpatutan dan mampu dimiliki.

"Bagaimanapun, golongan wanita disarankan mendapatkan saranan daripada doktor terlebih dulu kerana setiap individu memerlukan jenis pil yang berbeza," katanya yang memberitahu, risalah tersebut diedarkan di klinik, hospital, farmasi dan institusi pengajian tinggi.

Meraikan kemeriahan Deepavali

Posted:

Meraikan kemeriahan Deepavali

Meraikan kemeriahan Deepavali

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA


PENGUNJUNG di Pavilion Kuala Lumpur disajikan dengan persembahan tradisonal masyarakat India yang penuh warna-warni.


PALUAN padu gendang dholak dan chimta yang dimainkan oleh sekumpulan penghibur keturunan Sikh menukarkan suasana sibuk di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur menjadi seakan-akan sebuah perkampungan yang meriah meraikan suatu berita gembira.

Rentak itu dijulang dengan laungan "Hoi! Hoi! Hoi!" yang menggambarkan kebahagiaan dalam tarian Bangra.

Penari-penari wanita dan lelaki pula tidak jemu menguntum senyuman sambil menggerakkan badan mereka mengikut rentak irama yang penuh semangat dan mengujakan.

Sebagai pelengkap, persembahan itu menampilkan pakaian dan aksesori tradisional yang menarik dan penuh warna-warni.

Rata-rata para pelancong yang datang bertandang ke negara ini ternyata terpukau dengan kekayaan budaya Malaysia apabila mereka tidak melepaskan peluang merakamkan detik tersebut menggunakan peralatan elektronik masing-masing.

Dalam pada itu, suasana menjadi semakin gamat apabila seorang demi seorang pengunjung ditarik untuk menari bersama-sama dan merasai kegembiraan sambutan itu.

Seorang pengunjung pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, Nur Akmal Hashim, 26, memberitahu, dia terkejut, namun teruja apabila ditarik untuk menyertai tarian masyarakat India.

"Saya sangat terkejut apabila ditarik untuk menari bersama-sama mereka (penari) tetapi pada masa yang sama berasa sangat teruja kerana ini adalah pengalaman pertama saya menyertai tarian masyarakat India," katanya.

ORANG ramai berpeluang menyalakan pelita dan meletakkannya di atas kolam.


Kolam kontemporari

Acara yang bertemakan Shine a Light on Style itu telah dianjurkan oleh Pavilion Kuala Lumpur bagi meraikan warna-warni perayaan Deepavali yang akan disambut esok.

Sambutan Deepavali tentunya tidak lengkap tanpa kehadiran kolam-kolam indah di pintu masuk utama suatu kediaman atau bangunan. Kolam merupakan satu bentuk seni yang menggunakan tepung beras, beras atau sagu yang dipercayai membawa kesejahteraan terhadap kediaman itu.

Di Pavilion Kuala Lumpur, pihak penganjur telah menyediakan empat rekaan kolam unik dengan rekaan kontemporari yang memaparkan gandingan gaya fesyen, wangian mewah, keenakan manisan dan haruman rempah ratus bagi menarik perhatian pengunjung kepada kepelbagaian dan kekayaan budaya masyarakat India.

Kolam Chic Bergaya dihiasi dengan butang dan manik, jelas melambangkan gaya, fesyen dan sifat elegan manakala a Kolam Haruman Membelai menampilkan lilin-lilin wangi dan mewah.

Selain itu, Kolam Rempah dan Gaya terdiri daripada pelbagai rempah-ratus yang merupakan ramuan asas dalam hidangan masyarakat India dan Kolam Manisan Lazat menampilkan kepelbagaian manisan yang menggambarkan sifat positif, terang dan warna-warni kehidupan.

Menurut Pengarah Pemasaran Pavilion Kuala Lumpur, Kung Suan Ai, acara sambutan perayaan Deepavali itu ia akan terus disambut pada 3 November ini.

"Kami akan meneruskan sambutan Deepavali ini dengan persembahan tarian kontemporari Dandirass dan Karagattam di Pintu Masuk Utama Bukit Bintang Pavilion Kuala Lumpur pada hari itu," katanya.

Selain daripada itu, sehingga 3 November ini (Ahad), pelanggan berpeluang menerima barangan eksklusif Gift to Style untuk setiap resit pembelian bernilai RM300 dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sosial Facebook PavilionKL dan Twitter Pavilion KL.

Jadilah jiran yang memuliakan tetangga

Posted:

Jadilah jiran yang memuliakan tetangga

Jadilah jiran yang memuliakan tetangga


SIKAP bantu-membantu dapat menyuburkan semangat kejiranan. - Gambar hiasan


BERADA di Madinah merupakan suatu nikmat. Namun, beramal ibadat di dalam Masjid Nabawi yang hanya terdapat di kota bercahaya ini suatu nikmat lain.

Ia tidak datang serentak. Saya sering berpesan kepada jemaah haji atau umrah perkara yang sama. Mereka boleh datang beberapa kali ke Madinah atau Mekah tetapi belum tentu lagi mereka dapat merasai nikmat berada di dalam Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.

Ia ternyata pengalaman jelas, setelah kami bermukim lebih dua tahun di sini. Jemaah haji dan umrah secara purata berada antara empat atau lima jam di dalam masjid dan selebihnya dihabiskan di hotel, berehat-rehat atau membeli-belah.

Begitulah, setiap kali kami pulang bercuti dan kembali semula ke Madinah, maka Masjid Nabawilah tempat yang kami tuju.

Jarum jam sudah tidak berfungsi. Pagi atau petang, malam atau siang, sejurus meletakkan bagasi, kami akan terus ke masjid untuk menunaikan solat sunat dua rakaat, insya-Allah.

Itulah tanda kami mengucapkan syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan peluang untuk berada di sini. Nanti, bila kami perlu pulang ke Malaysia, kami berharap tiada rasa kesal dan gelisah kerana tidak merebut peluang yang tersedia.

Ia agak normal untuk merasai kehilangan apabila apa yang ada di genggaman terlepas pergi. Ia kelihatan tidak berharga apabila ia mudah dan senang diperoleh.

Jiran tetangga

Masya-Allah, Subhanallah, Allahuakbar. Minggu ini saya ingin mencatatkan satu elemen yang memberikan kedamaian di hati. Di mana pun kita tinggal, terdapat perkara seiras yang perlu kita tempuhi. Misalnya, jiran tetangga.

Mereka merupakan kehidupan bernyawa yang mempunyai hati dan perasaan. Lalu itulah ujian berjiran yang paling besar. Tersentuh hati, mati. Tersentuh rasa, binasa kerana kebiasaannya, itulah tempat tinggal bersama, menunggu masa dipanggil pulang jika kediaman itu merupakan hak sendiri.

Allah ya Allah, dalam keadaan biasa, jiran tetangga boleh menjadi seperti sanak saudara rapat yang sentiasa dirindui. Ia juga boleh menjadi musuh paling ketat yang sangat dibenci.

Namun, Islam melihat jiran tetangga sebagai isu besar yang perlu difahami. Baginda SAW pernah bersabda melalui satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Maksudnya: "Sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah mereka memuliakan jiran tetangganya."

Itulah tahap hubungan yang perlu terjalin. Maksudnya, ia melibatkan hati dan perasaan. Mereka yang memuliakan tetamu, tentu sekali mempunyai hati yang bersih. Lalu lahirlah perasaan damai yang bukan boleh dipaksa-paksa.


JIRAN yang baik sentiasa menjaga hubungan dengan jiran yang lain. - Gambar hiasan


Asas kepada memuliakan jiran tetangga kelihatan sangat mudah. Pertama, kita mahu bertemu mereka semula di syurga Firdaus. Natijahnya, perlumbaan kehidupan di dunia tidak membawa sebarang kebaikan.

Perasaan dengki, cemburu, iri hati atau berdendam bukanlah suatu sifat yang memuliakan jiran tetangga. Apa yang mereka miliki merupakan anugerah Allah SWT. Usah berduka atas sebab tersebut. Ia tidak membawa kita ke mana-mana.

Jika kita pula mempunyai pelbagai kelebihan sama ada harta atau ilmu, maka ia juga merupakan milik Allah SWT. Bersifat merendah diri dan saling bantu-membantu tidak akan merugikan. Agak saya begitu.

Kedua, kita boleh memuliakan jiran tetangga dalam diam. Saya sering menganjurkan agar mereka yang hampir termasuk jiran tetangga dimasukkan dalam senarai doa yang dipanjatkan kepada-Nya.

Jika jiran tetangga bukan kaki masjid, maka tidak usahlah membawa cerita kepada kaum keluarga yang datang bertandang ke rumah.

Tidak perlulah berasa gembira dengan menghebohkan kekurangan mereka. Kemuliaan kita yang suka ke masjid tentunya menjadi lebih hebat dengan mendoakan mereka pada sepertiga malam tersisa agar sama-sama menunaikan solat jemaah di rumah-Nya.

Berhati mulia

Itulah konsep memuliakan jiran tetangga yang paling mudah untuk diamalkan. Kami juga mempunyai jiran tetangga. Jiran paling hampir adalah sebelah pintu berbangsa Arab. Mereka masih muda berumur sekitar 30-an dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun.

Jauh, sebelum berhijrah saya mendengar khabar betapa orang-orang Arab sangat sukar bercampur dengan orang luar. Mereka dikatakan mempunyai persepsi tertentu yang menghalang untuk menjalin hubungan.

Entah, saya sendiri tidak dapat memahaminya. Namun, dengan maklumat yang terbatas inilah saya memohon kepada-Nya agar hati kami sekeluarga tenang apabila sampai di Madinah.

Malah, kami memohon secara spesifik agar ditemukan dengan jiran tetangga yang bersifat mulia. Ia doa yang tidak henti-henti.

Alhamdulillah. Itulah yang dimakbulkan Allah SWT. Mereka sangat baik hati. Acapkali mereka menghantar makanan ke rumah apabila melihat kami terlalu kerap menerima tetamu. Mereka tahu saya meraikan jemaah haji.

Malah, setiap kali mahu pulang ke kampung halaman, seisi peti sejuk mereka diserahkan kepada kami sekeluarga. Hubungan kami ibarat keluarga yang hampir.

Benar, jiran tetangga yang mulia akan mendamaikan hati. Namun, janganlah menunggu mereka menjadi jiran yang baik. Biar ia bermula dari kita. Insya-Allah, nanti kita berkumpul semula di Firdaus.

Jumpa lagi minggu hadapan. Kami mohon keampunan-Mu ya Allah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dua juta pekerja Indonesia lancar mogok

Posted:

Dua juta pekerja Indonesia lancar mogok

Dua juta pekerja Indonesia lancar mogok

SEJUMLAH pekerja yang menyertai mogok berarak di sebatang jalan raya di Jakarta semalam.


JAKARTA - Pekerja-pekerja di Indonesia semalam memulakan mogok selama dua hari berturut-turut bagi menuntut kenaikan gaji dan membantah pengambilan pekerja kontrak.

Pengerusi Gabungan Kesatuan Sekerja Indonesia, Said Iqbal, berkata, seramai dua juta pekerja membabitkan 34 wilayah menyertai mogok tersebut.

Bagaimanapun pihak polis menyatakan, jumlah yang menyertai mogok tersebut jauh lebih rendah kerana ramai pekerja yang tidak bersetuju dengan mogok itu.

Menurut Said, permintaan utama pekerja-pekerja itu adalah untuk menaikkan gaji minimum mereka kepada AS$330 (RM1,046) setiap bulan.

Beliau berkata, pekerja-pekerja itu menuntut kerajaan menyediakan beberapa faedah lain dan menamatkan perkhidmatan para pekerja kontrak.

Menurutnya, tiga orang cedera selepas mereka ditikam dalam pertempuran dengan anggota-anggota sebuah pertubuhan belia.

Anggota-anggota pertubuhan belia itu berang kerana beberapa pekerja cuba memaksa rakan sekerja yang lain menyertai mogok tersebut.

Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto berkata, lebih 17,300 anggota keselamatan ditempatkan di sini untuk mengawal ketenteraman.

Kos hidup penduduk Indonesia meningkat dengan mendadak selepas kerajaan mengurangkan subsidi minyak selain kadar inflasi yang meningkat. - Agensi

Spesies ikan lumba-lumba baharu

Posted:

Spesies ikan lumba-lumba baharu

Spesies ikan lumba-lumba baharu


GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan beberapa ekor ikan lumba-lumba spesies baharu melompat dari laut di utara Australia.


WASHINGTON - Spesies baharu ikan lumba-lumba ditemui semasa beberapa ekor haiwan itu berenang di luar pantai utara Australia, lapor satu pasukan saintis dalam minggu ini.

Menurut seorang ketua pengkaji haiwan itu yang disiarkan dalam jurnal Molecular Ecology, spesies baharu itu masih belum diberikan nama.

Spesies baharu yang ditemui itu adalah daripada keluarga ikan lumba-lumba kelasa.

Sebelum ini terdapat tiga spesies ikan lumba-lumba kelasa yang telah diiktiraf oleh para pengkaji haiwan tersebut.

Tiga spesies itu ialah ikan lumba-lumba kelasa Atlantik, ikan lumba-lumba kelasa Indo-Pasifik dan ikan lumba-lumba Indo-Pasifik Sousa chinensis.

Ikan lumba-lumba baharu yang ditemui itu tidak mempunyai ciri-ciri yang terdapat pada tiga spesies tersebut.

Seorang ahli biologi yang menganggotai pasukan mengkaji spesies baharu itu, Guido Parra dari Universiti Flinders, Adelaide, Australia berkata, nama spesies baharu itu perlu mempunyai kaitan dengan Australia. - Agensi

Klopek cipta rekod angkat tukul besi

Posted:

Klopek cipta rekod angkat tukul besi

Klopek cipta rekod angkat tukul besi


KLOPEK mengangkat sebatang tukul besi dengan menggunakan mata kail yang terdapat pada pipinya di Vancouver, British Columbia kelmarin.


VANCOUVER, British Columbia - Seorang artis persembahan yang berani melakukan perbuatan pelik, Sweet Pepper Klopek mencipta rekod baharu apabila dia berjaya mengangkat sebatang tukul besi dengan menggunakan dua mata kail bertali pada pipinya di sini kelmarin.

Dua mata kail yang bertali itu diletakkan pada pipi kiri dan kanannya sebelum dia menarik tukul tersebut di bangunan Pameran Kebangsaan Pasifik.

Dia mengangkat batang tukul besi itu yang seberat 5.4 kilogram (kg) di depan beberapa pegawai World Guiness Records bagi tempoh lebih 10 saat.

Klopek pernah mencipta rekod dunia apabila badannya dicacah dengan tatu semasa dia menaiki sebuah roller-coaster yang sedang bergerak.

Dia juga pernah menarik sebuah trak dengan menggunakan mata kail ikan jerung yang terdapat di belakang badannya.

Klopek berkata, dia berasa gembira kerana berjaya mengangkat tukul tersebut.

Bagaimanapun, katanya, tukul tersebut seolah-olah mempunyai berat 45.3kg semasa dia melakukan perbuatan tersebut. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kerajaan Pahang bincang untuk tempatkan mangsa banjir Cameron Highlands di PPRT - ADNAN

Posted:

Kerajaan Pahang bincang untuk tempatkan mangsa banjir Cameron Highlands di PPRT - ADNAN

Kerajaan Pahang bincang untuk tempatkan mangsa banjir Cameron Highlands di PPRT - ADNAN

01/11/2013 8:34pm

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan berbincang dengan agensi berkaitan untuk menempatkan mangsa kejadian banjir lumpur di Sungai Bertam, Cameron Highlands ke kawasan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan negeri hanya bersedia menyediakan kediaman itu untuk mereka yang benar-benar memerlukan kerana unit PPRT sedia ada amat terhad.

"Hanya yang betul-betul memerlukan (rumah) akan berpindah ke kawasan PPRT sedia ada disebabkan rumah yang terhad," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama pemain bola sepak Pahang dan peminat di sini hari ini.

Minggu lepas, banjir lumpur di kawasan penempatan Lembah Bertam, Ringlet akibat pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar menyebabkan empat terbunuh, kira-kira 80 rumah dan 100 kenderaan musnah.

Dalam pada itu, Adnan tidak menolak kemungkinan banjir itu adalah akibat aktiviti penarahan bukit yang berleluasa oleh pekebun sayur dan bunga menyebabkan berlaku fenomena tanah mendap di kawasan empangan. - Bernama

Kastam rampas rokok seludup dan minuman keras bernilai RM1.142 juta

Posted:

Kastam rampas rokok seludup dan minuman keras bernilai RM1.142 juta

Kastam rampas rokok seludup dan minuman keras bernilai RM1.142 juta

01/11/2013 7:44pm

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan cubaan menyeludup 18 juta batang rokok dan 4,900 botol minuman keras pelbagai jenama bernilai RM1.142 juta dengan anggaran cukai RM10.415 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, rampasan itu dibuat dalam serbuan di Terminal Kontena Butterworth Utara, Pulau Pinang pada 11 Okt lepas.

Barangan terbabit yang dipercayai diseludup dari negara jiran, diisytihar sebagai 'Pvc Gloves' dan 'Solar Glass', katanya dalam sidang media, di Pejabat JKDM Dengkit, dekat sini hari ini.

Katanya, susulan itu juga JKDM menahan dua individu termasuk seorang pekerja di pelabuhan berkenaan.

Kedua-duanya yang berusia 40 dan 43 tahun ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan, atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan agar menghubungi JKDM di talian 1-800-8855. - Bernama

Kegiatan lanun di Selat Melaka turun mendadak sejak penubuhan APMM - Ahmad Puzi

Posted:

Kegiatan lanun di Selat Melaka turun mendadak sejak penubuhan APMM - Ahmad Puzi

Kegiatan lanun di Selat Melaka turun mendadak sejak penubuhan APMM - Ahmad Puzi

01/11/2013 7:43pm

SITIAWAN - Kegiatan lanun di perairan Selat Melaka turun secara mendadak apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditubuhkan bagi mengawal perairan negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, keberkesanan agensi itu dalam memastikan keselamatan perairan negara dapat dilihat apabila tiada kejadian rompakan melibatkan kapal-kapal dagang dilapor dalam tempoh 2009, 2010, 2012 dan 2013.

"Sebelum tahun 2004, hampir 40 kes kejadian lanun dilapor di perairan Selat Malaka. Pada 2011, dua kejadian rompakan kapal dagang dikesan. Satu kumpulan daripada kes itu kami dapat tangkap dan didakwa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bot PKFB (U2) 1575 yang dirompak rakyat Indonesia daripada wakil Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, Gentur Wicaksono.

Beliau berkata, tumpuan kegiatan lanun dari Indonesia kini menjurus kepada golongan nelayan negara ini, dan mereka bukan sahaja merompak tetapi turut menculik nelayan-nelayan tempatan.

"Bukan sahaja bot dirampas malah perompak dari Indonesia juga meminta tuntutan ratusan ribu. Sekiranya pemilik bot bayar tuntutan itu, mereka ini (perompak) akan melepaskan nelayan-nelayan di bot berkenaan," katanya.

Beliau berkata, APMM dengan kerjasama Polisi Air Indonesia berjaya menyelesaikan tiga kes rompakan terhadap nelayan tempatan yang membabitkan penjenayah dari negara jiran itu tahun ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Fathia, Miera teruja di Uzbekistan

Posted:

Fathia, Miera teruja di Uzbekistan

Fathia, Miera teruja di Uzbekistan

KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my
(Yang mewakili delegasi Malaysia ke Forum Filem Antarabangsa Tashkent dan Minggu Kesenian Style.Uz di Tashkent, Uzbekistan dibawa oleh Rafflesia The Pearl Centre)

SINAR mentari tidak pernah lekang daripada pandangan mata sepanjang tujuh hari berkampung di ibu kota yang paling padat penduduk, Tashkent, Uzbekistan.

Benar, jadual yang padat bagi meraikan Minggu Kesenian Style.Uz dan Forum Filem Antarabangsa Tashkent bermula 19 hingga 24 Oktober lalu bagai tidak terasa penatnya.

Hal yang sama diakui sendiri oleh pelakon filem Pecah, Miera Leyana yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi bertuah Uzbekistan.

"Cuaca yang menyamankan telah membuatkan kita lupa sebentar hiruk-pikuk kota Kuala Lumpur. Walaupun matahari bersinar sepanjang masa, udara sejuk yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengubat tekanan bekerja tanpa henti sepanjang tahun ini," tutur Miera sambil menghirup secangkir teh tradisional di sudut hotel yang dinamakan chaikhana.

Sambil melontarkan pandangan ke laluan Jalan Dedeman, menyaksikan pejalan kaki pulang usai bekerja lewat pukul 6 petang, tambah Miera, ketenangan sebegini yang selama ini sering dicari-cari olehnya untuk bersantai, berehat dan bermuhasabah sejenak.

"Lihat sahaja seni bina Islam di tengah-tengah pusat bandar, contohnya Kompleks Hizrati Imam, sudah membuatkan hati tersentuh dek keagungan dan kemasyhuran perkembangan Islam sekitar abad ke-15 dulu.

"Unik, gah dan menyimpan sejarah menarik untuk diterokai sebenarnya.

"Alangkah indah kalau saya diberikan lebih banyak ruang masa untuk meneroka segenap isi ruang kota ini," ujar pemilik nama sebenar Miera Leyana Kasmi, 21.

MIERA akui tertarik dengan fabrik kapas yang ditenun cukup cantik dan unik di Uzbekistan.


Penerbangan menaiki Uzbekistan Airways mengambil masa kurang lapan jam dari kota Kuala Lumpur dan sela masa waktu tempatannya cuma lewat tiga jam.

Ironi Uzbekistan digelar City Of Sun memandangkan sang mentarinya tidak pernah segan-silu menampilkan diri sepanjang tahun biarpun peralihan musim.

Kata Miera, dia dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa panorama pada musim salji sekitar yang bakal menyusul pada bulan Januari tidak lama lagi, sangat menakjubkan.

"Bayangkan, masjid serta madrasah di sini yang berwarna coklat bakal dilitupi salji putih sepanjang musim sejuk nanti. Ketika itu, kata penduduk di sini, pemandangannya sungguh luar biasa," kongsi Miera.

Meskipun sukar pada mulanya untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan penduduk tempatan terutama ketika berjual beli memandangkan kebanyakan mereka menggunakan bahasa Uzbekistan dan Rusia sebagai perantara, perkara itu menjadi 'alah bisa tegal biasa'.

"Mula-mula memang sukar untuk berkomunikasi kerana mereka tidak mahir menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantara melainkan pelajar yang menuntut di universiti di sini.

"Namun, lama-kelamaan apabila sering menggunakan isyarat badan, perkara itu bukan alasan untuk tidak membeli-belah di sini.

"Perkara yang menarik perhatian saya adalah cenderamata dan fabrik kapas yang ditenun cantik di sini.

"Coraknya seakan-akan sama dengan kain pua kumbu dari Sarawak tapi motif dan warnanya lebih meriah dan terang membezakan fabrik-fabrik di sini," katanya.

FATHIA kelihatan cukup menawan dalam pakaian tradisi Uzbekistan.


Cuaca nyaman

Tarik perhatian

Sempena acara karpet merah Forum Filem Antarabangsa Tashkent yang berlangsung pada 19 Oktober lalu, Miera dan Fathia diberikan kesempatan mewakili Malaysia dan negara di Asia Tenggara untuk melewati permaidani acara paling berprestij itu.

Menariknya, Miera dan Fathia masing-masing berjaya mencuri tumpuan beberapa produser dan selebriti terkenal Uzbekistan dan Rusia untuk disunting membintangi karya terbaharu mereka.

Miera telah ditawarkan untuk mendukung peranan utama dalam sebuah filem berjudul Jealous arahan Said Muxtozor, seorang pengarah dari Rusia yang akan memulakan penggambaran tahun depan.

Fathia pula mendapat perhatian luar biasa daripada selebriti tempatan yang menyangka dia adalah sebahagian penduduk tempatan Uzbekistan, selain ditawarkan untuk tampil dalam sebuah klip video penyanyi tersohor negara itu, Atarbek Dotsent Maxashev yang akan menjalani penggambaran di Kuala Lumpur.

"Ini kali kedua saya menjejakkan kaki ke Uzbekistan. Kali pertama ketika festival Asrlar Sadosi pada bulan Mei lalu dan situasi yang sama berlaku kepada saya. Mereka tetap anggap saya penduduk tempatan Uzbekistan.

"Sampailah saya perlu menerangkan kepada mereka bahawa saya berasal dari Malaysia dan tidak boleh bercakap bahasa Uzbekistan, kemudian barulah mereka mula bertanyakan asal-usul saya," cerita pemilik nama penuh Nur Fathia Abdul Latiff, 25, bersungguh-sungguh.

Makam bersejarah

Melihat pada faktor sosiobudaya dan ekonomi penduduk di Uzbekistan, kata penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, ia tidak jauh berbeza dengan Malaysia.

"Uzbekistan adalah sebuah negara Islam yang membangun lebih kurang Malaysia juga, mereka ada kawasan perkampungan dan bandar yang sedang pesat membangun.

"Cuma yang berbeza daripada kita adalah budaya, cara hidup, pemakaian, dan makanan mereka. Negara ini banyak menghidangkan makanan berasaskan sayuran dan buah-buahan.

"Daripada saya seorang yang bukan penggemar sayuran tiba-tiba menjadi pencinta sayur. Malah, hidangan di sini juga mempunyai rasa yang berbeza dan lebih rasa rempah-ratusnya," kata Fathia yang menggemari hidangan seakan Nasi Bukhari yang diberi jolokan Bloaf.

MIERA LIYANA (kiri) dan Nur Fathia berkongsi rasa dan emosi sepanjang berada di Uzbekistan baru-baru ini.


Delegasi juga dibawa melawat ke wilayah sebelah barat Uzbekistan iaitu Samarkand menggunakan penerbangan domestik yang mengambil masa 45 minit dari Tashkent.

"Samarkand menyimpan sejarah dan rahsia lampau yang sangat unik. Di sini terletaknya makam pahlawan paling disegani di Uzbekistan, Amir Temur serta makam perawi hadis dan sahabat Rasulullah SAW, Imam Bukhari.

"Syukur Alhamdulillah saya diberikan peluang untuk melawat ke lokasi-lokasi ini.

"Cantiknya tempat ini memang sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata, malah ketika lawatan hati tiba-tiba menjadi sayu dan sebak," ujar Fathia.

Benar kata orang, jauh berjalan luas pengalaman. Umpama sebuah hikayat suatu ketika dulu yang semakin lama disimpan semakin tinggi nilainya, begitu juga darjat sebuah pengalaman.

Manis, menyentuh hati dan merengkuh emosi. Itulah uniknya Uzbekistan!

Barbie 'hidup' di Malaysia

Posted:

Barbie 'hidup' di Malaysia

Barbie 'hidup' di Malaysia


PEMENTASAN Barbie dipersembahkan dengan aura moden yang penuh elegan.


NOSTALGIA indah. Pementasan ala teater patung Barbie dan rakan-rakannya selama hampir dua jam di Amphitheatre, Sunway Lagoon dilihat mampu mengimbau kembali zaman kanak-kanak, khususnya golongan wanita yang inginkan sedikit hiburan yang berlainan pada hujung minggu ini.

Acapkali teman lelaki membawa teman wanita serta ibu bapa membawa anak-anak mereka berjalan pada hujung minggu ke tempat yang klise seperti pusat membeli-belah, menonton wayang, taman rekreasi dan tempat yang mempunyai daya tarikan tersendiri.

Apa yang pasti, mereka mempunyai pilihan yang lebih unik pada minggu ini kerana sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-19, Galaxy Group telah menerbangkan khas dan buat pertama kalinya, Barbie Live! Musical Show ke Malaysia.

Persembahan penuh muzikal tersebut bermula dengan sorakan lebih 1,000 penonton yang memenuhi segenap ruang Amphitheatre, Sunway Lagoon yang terletak di Subang Jaya itu.

Barbie Live! Musical Show dimulakan dengan set berlatar belakang dan bertemakan pentas muzik Hollywood yang mana Barbie dan rakan baiknya, Teresa sedang rancak membuat latihan sebelum menjalani pengambaran filem baharu lakonan mereka.


MENARIK... Tarian tradisional yang ditarikan oleh Barbie dan pasangannya sambil diiringi para penari latar.


Plot dikembangkan dengan Teresa digambarkan sebagai mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah dan tidak percaya akan bakat serta keupayaan lakonannya.

Barbie lalu membantu Teresa dengan menayangkan beberapa cakera padat video (VCD) lakonannya yang terkenal seperti Swan Lake, Princess and the Popstar dan Maripos & Fairy Princess dengan harapan sahabat baiknya itu dapat mengambil pengajaran dan moral yang tersurat serta tersirat dalam cerita-cerita tersebut.

Pelbagai cabaran dan dugaan yang menarik ditempuh oleh Barbie dan Teresa sepanjang tempoh tersebut supaya Teresa dapat peroleh kepercayaan diri sambil mengukuhkan tali persahabatan yang terjalin antara mereka.

Pementasan yang berbentuk muzikal ini dimainkan dengan penuh warna-warni serta tidak mengecewakan penonton yang hadir menonton dengan niat untuk bergembira dan bersantai bersama orang tersayang

Selain itu, pelbagai jenis lagu dipersembahkan secara langsung oleh para pelakon dengan penuh keceriaan dan antara yang mendapat perhatian penonton seperti Rise Above it All, Be A Friend dan Look How High We Can Fly.

Tarian juga memainkan peranan yang penting dalam pementasan ini dan babak yang paling mengujakan adalah ketika mereka menari sambil menyanyikan lagu Get Your Sparkle On.

Pementasan ini sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama diselitkan empat babak berasingan seperti The Rehearsal, Swan Lake, Barbie's Dressing Room dan Mariposa.


TARIAN moden yang dipersembahkan oleh para pelakon sangat bertenaga.


Bahagian kedua mempunyai dua babak seperti Outside & Inside Barbie's Dressing Room.

Hampir 60 peratus yang datang menyaksikan pementasan pada malam pembukaan itu merupakan kanak-kanak bawah 12 tahun.

Sesungguhnya terdapat senyuman kepuasan pada wajah mereka ketika persembahan itu tiba ke penghujung.

Bagi penggemar watak patung comel ini dan berniat untuk melihat sendiri bagaimana kesudahan cerita yang penuh menarik itu, masih boleh mendapatkan tiket di Kaunter Tiket Galaxy di Boulevard, Mid Valley atau Sungai Wang Plaza dengan segera kerana persembahan yang julung-julung kali dianjur dan dipentaskan di Malaysia selama enam hari bermula 29 Oktober lalu itu akan berakhir pada 3 November ini (Ahad).

Selain itu, tiket yang berharga RM93 hingga RM303 itu juga boleh dibeli melalui laman sesawang, www.ticketcharge.com.my.

Untuk informasi lebih lanjut, sila hubungi Galaxy Group di talian 03-2282 2020 atau layari laman web www.galaxy.com.my.

Wajah anak angkat Almy mirip Fizz

Posted:

Wajah anak angkat Almy mirip Fizz

Wajah anak angkat Almy mirip Fizz

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


Fizz yang kelihatan mesra bersama Nur Afrina yang memanggilnya dengan gelaran papa.


RAMAI yang terkejut apabila pelakon Fizz Fairuz memberitahu bakal berkahwin dengan bekas kekasihnya, pelakon Almy Nadia.

Malah, ramai juga yang mempertikaikan tindakan Fizz, 34, berkahwin dengan Almy, 27, selepas apa yang telah dilakukan pelakon filem Nur Kasih itu terhadap Almy.

Bahkan, ada juga yang pelik kenapa Almy sanggup menerima Fizz kembali selepas lelaki itu mengambil keputusan bertunang dengan wanita lain.

Bagaimanapun, ada sumber yang memberitahu Kosmo!, keputusan Fizz mahu berkahwin dengan Almy kerana mereka sudah mempunyai cahaya mata.

Cahaya mata yang dimaksudkan sumber itu ialah anak angkat Almy iaitu Nur Afrina Darwisya, 4.

Sumber itu juga mendakwa, wajah kanak-kanak perempuan itu juga persis muka Fizz.

Terkejut dengan berita tersebut, Kosmo! segera mendapatkan kenyataan kedua-dua pelakon itu.

Kosmo!: Ada yang mendakwa bahawa anak angkat Almy iaitu Nur Afrina Darwisya merupakan anak sebenar kalian. Benarkah?

FIZZ: (Terkejut). Nur Afrina itu memang anak angkat Almy. Dia tiada kena-mengena dengan saya. Bagaimanapun, ketika hendak mengambil anak angkat dulu, Almy pernah memberitahu saya. Namun, segala proses pengambilan semuanya diuruskan oleh Almy. Budak itu juga diambil Almy sejak bayi lagi.

ALMY: Saya rasa sangat kelakar. Kalau betul apa yang didakwa, pergilah selidik semua hospital ada atau tidak nama Almy melahirkan anak. Tolong jangan ragui status anak angkat saya. Saya ambil dia (sebagai anak angkat) sejak 27 April 2010.

Ada yang mendakwa Almy pernah menghilangkan diri selama setahun lebih kerana mengandung? Sila komen.

ALMY: Sebenarnya saya tidak hilangkan diri. Ketika itu saya masih berlakon, cuma mungkin orang tidak perasan sebab saya hanya muncul untuk RTM sahaja. Ketika itu juga saya akui berat badan naik tetapi bukan disebabkan mengandung.

Adakah Almy terkejut dengan dakwaan tersebut?

ALMY: Saya tidak terkejut. Saya sudah bersedia sejak awal lagi dengan dakwaan seperti ini. Sebelum ini lagi ramai yang pernah meragui status anak tersebut. Malah, ramai juga yang beritahu muka Nur Afrina lebih kurang sama dengan Fizz apabila saya memuat naik gambarnya di laman sosial Instagram.

Bagaimanakah hubungan Fizz dan Nur Afrina?

FIZZ: Hubungan saya dengan dia (Nur Afrina) baik. Dia juga panggil saya papa dan hadir ke sambutan hari jadi saya pada 22 Oktober lalu. Kami mulai rapat sejak tiga bulan lalu.

ALMY: Mereka menyanyangi antara satu sama lain. Malah, Nur Afrina sendiri sudah menganggap Fizz bapanya dan memanggil dia papa.


FIZZ menyatakan yang dia akan merisik Almy Nadia pada minggu depan.


Apakah yang dimaksudkan oleh Fizz bahawa Nur Afrina menganggap anda sebagai bapanya?

FIZZ Sebelum ini dia tidak mempunyai bapa. Tiba-tiba dapat kasih sayang seorang bapa. Itu yang dia seronok dan anggap Fizz sebagai bapanya.

Apakah perkembangan terbaharu majlis perkahwinan kalian? Sudah ada tarikh?

FIZZ: Buat masa ini belum ada sebarang tarikh kahwin. Namun, saya akan merisik Almy pada minggu depan dengan membawa sebentuk cincin.

ALMY: Saya tetap tidak mahu memberi sebarang kenyataan selagi majlis belum berlangsung. Bila sudah selesai, Fizz sendiri akan memberitahu perkara selanjutnya. Biar dia sahaja yang bersuara.

Sudah buat sebarang persiapan perkahwinan?

FIZZ: Saya menyerahkan semuanya kepada keluarga. Mereka yang menguruskan perkahwinan kami.

Apakah perasaan Fizz apabila hubungan kalian akan berakhir di jinjang pelamin?

FIZZ: Ada orang cakap yang saya ini sudah ludah jilat balik. Bagi saya, tutup buku lama dan buka buku baharu. Kita hanya merancang dan ia juga bergantung pada jodoh.

Kenapakah hanya anda sahaja yang memberi kenyataan tetapi Almy pula menutup mulut?

FIZZ: Saya sendiri yang beritahu dia jangan buka mulut sebab takut bercanggah kenyataan pula.

Beralih pada soalan lain, apakah perkembangan anda dalam bidang seni?

FIZZ: Saya telah berhenti berlakon seketika hingga 5 Januari depan kerana ingin memberi tumpuan pada Akademi Fantasia 2013 (AF2013). Pada masa yang sama, saya juga sedang sibuk dengan program Liga Lawak Superstar. Sekarang ini juga saya sedang membina badan untuk watak saya iaitu Super Bro dalam filem Cicak Man 3 yang akan menjalani penggambaran pada awal tahun depan.

ALMY: Dalam dua bulan lagi saya akan kembali dengan perniagaan saya iaitu karipap sejuk beku. Saya juga sedang menjalani penggambaran drama untuk RTM berjudul Gadis Saza.

Kredit: www.kosmo.com.my

Khamis, 31 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Khlong nadi kota Bangkok

Posted:

Khlong nadi kota Bangkok

Khlong nadi kota Bangkok

SETIAP pagi, puluhan ribu penduduk di Bangkok bergegas menaiki bot-bot kecil digelar khlong yang berulang-alik melalui terusan menuju ke pusat bandar.

Mereka rela menaiki khlong kerana tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di ibu kota Thailand tersebut.

"Saya menaiki bot kerana ia jauh lebih cepat," kata seprang pelajar universiti berusia 18 tahun, Pam Olanthanyawat sebelum dia melompat masuk ke dalam salah sebuah bot yang sarat dengan penumpang di terusan Saen Saeb.

Ketika trafik di kota raya yang dihuni 12 juta penduduk lumpuh pada waktu puncak, orang ramai memilih terusan sepanjang 30 kilometer sebagai mod pengangkutan.

Tetapi bot-bot kecil bukan untuk orang yang penakut.

Sebahagian besar daripada pengguna khlong terdiri daripada golongan belia dengan hanya segelintir warga emas atau keluarga bersama anak-anak berani menaiki khlong.

Penumpang lelaki dan wanita lincah melompat ke dalam bot sempit walaupun ada yang memakai kasut tumit tinggi. Mereka akan berpaut pada tali yang disediakan ketika bot tersebut meluncur laju menuju ke perhentian seterusnya.


PENUMPANG lelaki dan wanita lincah melompat ke dalam bot sempit walaupun ada yang memakai kasut tumit tinggi.


Laman perkongsian video YouTube banyak memaparkan klip video menunjukkan penumpang yang tidak cukup tangkas dan ragu-ragu terjatuh ke dalam terusan berbau hanyir.

Satu klip video tersebut memaparkan insiden yang digelar tsunami khlong. Ia menunjukkan ramai penumpang basah kuyup terkena percikan air ketika bot-bot khlong melintasi mereka.

Terusan besar

Klip video tersebut telah mencatat beberapa ratus ribu tontonan.

Penumpang akan mengawal sendiri kain kanvas yang dijadikan bumbung bot dengan menggerakkannya ke atas dan ke bawah untuk memudahkan penumpang lain masuk, di samping melindungi mereka daripada terkena percikan air.

Bagaimanapun, kaedah tersebut lazimnya tidak berkesan.

"Ibu saya tidak pernah menaiki bot kerana dia begitu takut," kata Pam ketika air percikan menitis dari kanvas.

Bangkok mempunyai rangkaian terusan yang besar, walaupun pembangunan negara tersebut mengakibatkan kebanyakan sungai menjadi pendek.

Dalam pada itu, terdapat juga terusan yang tersekat dengan batang-batang paip atau pelbagai objek yang menghalang bot daripada melalui.


KESESAKAN lalu lintas di Bangkok menyebabkan penduduknya lebih rela menaiki bot berbanding menggunakan pengangkutan darat.


Profesor dan pakar pengangkutan di Universiti Thonburi, Tawatchai berkata, masalah yang dihadapi oleh penumpang khlong setimpal dengan pulangan yang diperoleh.

"Tidak ada bot yang mengalami kesesakan dan tambangnya murah," katanya.

Menurut laporan pihak berkuasa, seramai 38 juta penumpang bergerak menggunakan khlong atau 100,000 orang sehari pada tahun 2012.

Bagi mereka yang menaiki dari pinggir bandar, tambang bot sangat murah berbanding kereta api laju iaitu kurang daripada 20 baht (RM2).

Bas adalah antara pengangkutan awam yang paling murah di bandar, tetapi dengan keadaan tingkap terbuka, penghawa dingin rosak dan tersangkut dalam trafik lalu lintas menjadikannya pilihan terakhir.

Ketika ini, pengangkutan khlong diuruskan oleh syarikat persendirian, Family Transport yang menyediakan 70 bot meliputi kawasan terusan sejauh 20 kilometer.

Tawatchai berkata, cabarannya adalah infrastruktur di Bangkok yang perlu dipertingkatkan.

Pihak berkuasa perbandaran sedang menguji bot-bot awam dengan jarak perjalanan 11 kilometer dan menambah 14 pontun baharu daripada jumlah 27 yang telah digunakan sebelumnya.

Laluan khlong

Kerajaan Bangkok juga menjanjikan untuk membuat tambahan tempat rawatan sisa kumbahan dan loji air bagi menyediakan persekitaran yang lebih bersih untuk laluan khlong.

Baru-baru ini satu artikel dari akhbar bahasa Inggeris, Bangkok Post melahirkan kekecewaan terhadap pihak kerajaan kerana tidak ada terusan atau sungai besar yang dibina di pusat bandar.


ORANG ramai beriadah di sungai Cheonggyecheon yang terletak di tengah-tengah Seoul, Korea Selatan.


Akhbar tempatan itu turut membandingkan tindakan kerajaan Korea yang menggalakkan pembinaan dengan memberikan peruntukan untuk pembinaan laluan terusan di tengah bandar mereka.

"Seoul boleh melakukannya, mengapa tidak Bangkok dan kerajaan kita?" kata kenyataan itu merujuk kepada sungai Cheonggyecheon yang dibuat di tengah-tengah Seoul. Di sungai tersebut, penduduk bandar turut boleh merendamkan kaki mereka ke dalam air dan berkelah di sekitar.

Agensi pelancongan, The Rough Guide to Bangkok berkata, Khlong Saen Saeb merupakan satu pengalaman yang berbaloi kepada pengunjung yang ingin ke ibu negara Thailand yang turut digelar Venice Asia.

"Khlong adalah pengangkutan yang paling cepat dan mengujakan dalam melakukan lawatan antara bahagian barat dan timur bandar jika pengunjung boleh tahan dengan bau terusan," kata agensi itu.

Mengulas lanjut mengenai persekitaran terusan, Pam berkata, ibunya masih boleh mengingati air terusan yang pernah bersih pada masa dahulu, namun ia masih tidak setanding dengan terusan kontemporari dan akuatik sistem transit di Itali Venice.

"Ini seperti Venice?" katanya, dengan wajah terkejut kerana ternyata terusan yang sedang dilaluinya berbau hanyir dan busuk.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


UiTM, Landskap Malaysia catat rekod tanam pokok

Posted:

UiTM, Landskap Malaysia catat rekod tanam pokok

UiTM, Landskap Malaysia catat rekod tanam pokok

JEANNE (depan enam dari kiri), Abdullah (depan tujuh dari kiri) dan Sahol Hamid (depan lapan dari kiri) bergambar bersama peserta program penanaman pokok meranti bukit terbesar di UiTM, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


SEJARAH. Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Landskap Malaysia melakar sejarah apabila berjaya menganjurkan program penanaman 2,013 batang pokok meranti bukit secara serentak di semua kampus universiti itu di seluruh negara baru-baru ini.

Lebih membanggakan apabila kejayaan program yang dikenali sebagai Going Green UiTM 2013 itu direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai acara penanaman pokok terbesar yang pernah diadakan di negara ini setakat ini.

Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah berkata, program itu adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya memelihara alam sekitar khususnya dalam memastikan spesies pokok-pokok hutan dapat dikekalkan untuk generasi masa depan.

Turut hadir memeriahkan program itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar.

Perlis bantu masyarakat India sambut Deepavali

Posted:

Perlis bantu masyarakat India sambut Deepavali

Perlis bantu masyarakat India sambut Deepavali


KHAIRI (lapan dari kiri) bersama sebahagian penerima sumbangan sempena Deepavali di Dewan 2020, Kangar, Perlis baru-baru ini.


SAMBUTAN. Lebih 603 penduduk India di Perlis diraikan oleh kerajaan negeri pada Majlis Sumbangan Sempena Deepavali di Dewan 2020, Kangar baru-baru ini.

Mereka turut diberi sumbangan duit raya terutamanya orang kelainan upaya, ibu tunggal, peserta program rakyat termiskin, warga emas dan anak yatim.

Sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban mereka menjelang perayaan Deepavali.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Pembangunan Sumber Manusia negeri, Khairi Hassan. Turut hadir Exco Pembangunan Wilayah, Koridor dan Bandar Bharu negeri, Sabry Ahmad dan Exco Wanita dan Pembangunan Masyarakat negeri, Rela Ahmad.

35 staf Jabatan Pertanian sertai kursus gubahan bunga

Posted:

35 staf Jabatan Pertanian sertai kursus gubahan bunga

35 staf Jabatan Pertanian sertai kursus gubahan bunga


PEGAWAI dan kakitangan Jabatan Pertanian bergambar kenangan pada Kursus Gubahan Bunga Segar di Pusat Teknologi Florikultur dan Herba, Kompleks Jabatan Pertanian Serdang, Selangor baru-baru ini.


GUBAH. Seramai 35 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia menyertai Kursus Gubahan Bunga Segar anjuran Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Selangor di Pusat Teknologi Florikultur dan Herba, Kompleks Jabatan Pertanian Serdang, Selangor baru-baru ini.

Kursus yang bertemakan Gerbang Perkahwinan itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik dan kaedah yang betul dalam menggubah bunga segar.

Setiap peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan mereka dikehendaki menghasilkan gubahan dengan menggunakan bunga-bunga segar.

Kesemua peserta memberikan maklum balas yang positif terhadap penganjuran kursus itu, malah mereka berharap ia akan diteruskan pada masa akan datang.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved