Rabu, 16 Oktober 2013

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Artifak sejarah wang, mata wang menyeluruh

Posted:

Artifak sejarah wang, mata wang menyeluruh

Artifak sejarah wang, mata wang menyeluruh

Oleh ADLAN JAAFAR

KEDATANGAN Ahmad Zaki Rosli ke Sasana Kijang yang terletak di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur pada minggu lalu adalah untuk membuat rujukan bagi tugasannya sebagai seorang pelajar reka bentuk grafik.

Menurutnya, kadangkala idea dapat dijana bukan sahaja melalui pembacaan atau melayari internet tetapi dengan mengunjungi tempat-tempat pameran.

"Gaya pameran di sini unik dan tidak konvensional. Ia dapat dilihat dengan cara maklumat disampaikan dan kepelbagaiannya," cerita Ahmad Zaki ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lelaki yang berusia 20 tahun turut tertarik dengan karya seni di sebalik bahan pameran dan artifak yang dipertontonkan.

Antaranya, corak yang tertera pada kedua-dua muka syiling pada masa lampau serta beberapa jenis peralatan untuk membuat syiling emas dan timah.

Reka bentuk bangunan yang diilhamkan daripada siput gerus, bahagian depan bangunan merupakan penafsiran semula motif songket dan kelarai.

Unsur yang terdapat pada kedua-dua elemen tersebut diberi interpretasi baharu menghasilkan reka bentuk moden, namun masih lagi bercirikan Malaysia.

Sasana Kijang yang terletak berhadapan Memorial Tunku Abdul Rahman mempunyai tujuh aras yang menempatkan beberapa ruang pejabat serta Muzium dan Galeri Seri Bank Negara Malaysia.

Barangkali ada dalam kalangan orang ramai yang tertanya-tanya maksud perkataan sasana. Susunan aksara itu daripada bahasa Sanskrit bermaksud pusat, bangunan atau tapak. Kijang pula merupakan logo bagi Bank Negara Malaysia (BNM).


DUIT haiwan yang pernah digunakan oleh pawang untuk ditawarkan sebagai korban kepada penunggu lombong yang baharu.


Tangga berputar

Melangkah kaki ke dalam ruang legar ke galeri-galeri yang terdapat di Sasana Kijang, mata para pengunjung pasti tertancap pada satu binaan tangga berputar di tengah-tengahnya. Tangga tersebut mengambil inspirasi daripada cengkerang siput.

Dikenali sebagai tangga nautilus, ia menghubungkan ketiga-tiga aras di dalam Muzium dan Galeri Seni (MAG) BNM. Semakin tinggi aras, tangga berpusar lebih besar. Uniknya tangga tersebut, tiada sebarang tiang yang menyokong tangga-tangga itu berpusar sehingga ke atas.

Terdapat enam buah galeri di situ iaitu Galeri Seni, Galeri Numismatik, Galeri BNM, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam dan Galeri Kanak-Kanak.

Galeri Numismatik yang sering menjadi tarikan bagi peminat duit antik merupakan yang menarik kerana menempatkan banyak artifak sejarah mengenai wang dan mata wang secara menyeluruh.

Bermula dengan pameran sistem barter sehingga spesimen mata wang dunia, pameran di galeri itu adalah untuk menjana minat pada koleksi BNM.

Di ruang pameran artifak, terdapat pelbagai bentuk wang yang pernah digunakan pada masa lalu seperti wang bentuk haiwan, jongkong timah, wang awal yang digunakan di negeri-negeri Melayu, wang awal Borneo, wang Cina dan Siam terawal yang digunakan di negeri-negeri Melayu.

Bukan sahaja mempunyai bentuk yang menarik tetapi terdapat kisah di sebalik mata wang timah berbentuk haiwan.

Menurut kurator Galeri Numismatik, Rohaya Juli, mata wang itu dibangunkan sekitar abad ke-18 di Perak dan Selangor.

"Pawang membuat jongkong pelbagai bentuk haiwan untuk ditawarkan sebagai korban kepada penunggu lombong yang baharu" jelasnya.

Selain itu, di bahagian Denai Duit Syiling (River of Coin) menyaksikan satu koleksi syiling sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu sehingga penjajahan Barat.


MESIN pencetak cek keluaran tahun 1910 ini digunakan untuk melindungi amaun pada sekeping cek daripada diubah.


Pangkalan data

Berhadapan dengan peti-peti yang mempamerkan duit syiling terdapat imej yang dipancarkan dari kiri ke kanan mengikut aliran pergerakan para pengunjung.

"Pelawat boleh memilih salah satu imej syiling bagi membuka pangkalan data yang mengandungi pelbagai maklumat informasi termasuk sejarah dan penggunaannya dengan menekan butang di depan peti pameran bergelas ini," katanya lagi.

Di Galeri Kewangan Islam, sebuah glob Bumi menjadi pusat tarikan. Pelawat boleh menekan butang pada panel bagi mendapatkan maklumat yang bakal terpapar pada glob tersebut.

Galeri Ekonomi pula, gaya maklumat dipersembahkan mempunyai kepelbagaian supaya sesuai dengan beraneka peringkat usia.

Bagi golongan profesional yang mahu mendapatkan maklumat mengenai perjalanan ekonomi negara, surat khabar gergasi yang tertulis berita-berita mengenai ekonomi menjadi tarikan.

Bagi para pelajar sekolah yang mahu memahami secara ringkas mengenai rakan dagangan utama Malaysia, sebuah replika kapal kontena dibina di galeri itu.

Setiap kontena mempunyai nama negara yang menjadi rakan dagangan dan apabila dibuka, maklumat mengenai barang-barang dagangan dipaparkan dalam bentuk gambar. Ia sangat menarik dan mudah difahami tanpa mengira peringkat usia.

Jangan sangka MAG hanya sesuai untuk kelompok pelajar sehingga profesional, kanak-kanak yang datang juga boleh belajar mengenai wang dengan cara yang sangat menghiburkan.

Galeri Kanak-Kanak di aras bawah pasti mengujakan kanak-kanak mahupun orang dewasa.


BANGUNAN Sasana Kijang terletak berhadapan Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur ini mempunyai tujuh aras yang menempatkan ruang pejabat serta Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia.


Duit sebenar

Sebaik kaki melangkah, pelawat akan melalui Terowong Satu Juta yang mengandungi duit sebenar sebagai hiasan dinding terowong.

Di galeri itu, semua maklumat disampaikan secara permainan seperti mesin imbas harga barangan, mesin manual membuat duit dan mengesek duit syiling.

Sebuah kaunter bank olok-olok dibuat bagi mewujudkan rasa tanggungjawab menyimpan wang dalam diri kanak-kanak.

Setiap galeri direka dengan mempunyai keunikan tersendiri baik dari segi persembahan maklumat mahupun gaya bahan pameran dibuat.

Pamukalle, Cappadocia tarikan tersembunyi Turki

Posted:

Pamukalle, Cappadocia tarikan tersembunyi Turki

Pamukalle, Cappadocia tarikan tersembunyi Turki


PEMANDANGAN kawasan berbatu di sekitar Uchisar dari belon udara panas.


PENERBANGAN dengan pesawat Pegasus Airline dari Basel, Switzerland ke Izmir, Turki mengambil masa kira-kira lapan jam.

Tiada hotel yang indah untuk saya dan empat rakan sepanjang percutian di bumi Turki, sebaliknya kami telah menyusun jadual untuk percutian bajet di negara itu.

Destinasi pertama kami ialah Pamukalle untuk melihat kewujudan Benteng Putih. Dari Denizli, kami menaiki bas ke Pamukalle yang sejauh tiga kilometer dengan kadar bayaran 30 Lira (RM48) untuk perjalanan pergi dan balik.

Terlelap seketika sewaktu perjalanan menuju ke situ, perasaan bahagia menjengah hati apabila melihat keindahan kawasan itu pada waktu pagi.

Bayaran sebanyak RM32 dicaj untuk pelancong meneroka keunikan Pamukalle.

Nama Pamukalle merupakan gabungan dua perkataan yang unik iaitu kapas (Pamuk) dan istana (Kale) dalam bahasa Turki. Jika dilihat dari jauh, ia kelihatan seperti kawasan bersalji.

Namun, tanggapan tersebut ternyata silap kerana ia bukannya salji sebaliknya sebuah kawasan dipenuhi kapas yang berbentuk istana dan dikategorikan sebagai destinasi ajaib kelapan di dunia.

Terdapat sebuah kolam air panas semula jadi yang bersuhu 35 darjah Celsius di kawasan itu.

Di situ, ramai pelancong terutamanya dari rantau Eropah menikmati rendaman dalam air yang mempunyai kandungan garam kalsium yang tinggi.

Kawasan tamadun awal Byzantine iaitu Hierapolis menjadi tarikan pelancong di Pamukalle kerana mempunyai struktur bangunan yang besar dibina tanpa menggunakan paku mahupun simen.

Asas binaan hanya menggunakan batu-bata dan ia masih kukuh sehingga ke hari ini.


KAFE Sunset menyediakan makanan tradisi Turki kepada pelancong yang berkunjung ke Uchisar.


Lokasi lawatan

Cappadocia merupakan satu lagi kawasan yang kami kunjungi. Di situ, kami berkunjung ke Kapadokya yang mengambil masa sembilan jam perjalanan dari Stesen Bas Nevsehir di Denizli.

Setibanya kami di bandar itu, kami dijemput oleh petugas Hotel Nirvana Cave untuk berehat sebentar sebelum meneruskan penerokaan kami di bumi Turki.

Selesai menunaikan solat, kami meminta jadual perancangan perjalanan yang ditawarkan oleh pihak hotel untuk kami melawat tempat-tempat menarik di situ.

Antara lokasi yang dilawati ialah kawasan rumah batu, Lembah Cinta, Muzium Terbuka Gerome, Bandar Bawah Tanah Derinkyu untuk melihat kehidupan pada zaman batu dan menaiki belon panas pada waktu senja di Uchisar.

Keunikan kota itu terletak pada sudut rumah batu atau dikenali sebagai fiery chimneys oleh penduduk di sana.

Kawasan itu juga digelar rumah para peri kerana ia terdiri daripada batuan unik dari zaman purba.

Kawasan berbatu itu digunakan sebagai tempat Orang Batu berlindung daripada cuaca buruk atau binatang liar.

Kami meluangkan masa selama setengah hari di rumah batu dan Lembah Cinta. Pada waktu makan tengah hari, saya berkesempatan menikmati hidangan pasta dan gozleme iaitu martabak bayam bersama segelas minuman berkarbonat di Kavi Restaurant Avanos.

Hidangan itu cukup mengenyangkan dan harga yang ditawarkan amat berpatutan.

Sebelum senja, kami bersiap sedia untuk ke Uchisar bagi menikmati pemandangan waktu senja yang indah seperti yang sering diperkatakan oleh pelancong yang pernah berkunjung ke situ.

Sungguhpun Uchisar terletak berdekatan dengan hotel, kami masih perlu menaiki kereta atau van mini untuk ke sana.

Keesokan harinya, seawal pukul 4.30 pagi kami telah bertolak dari hotel untuk menyaksikan belon udara panas di Uchisar sambil menikmati pemandangan di situ.

Cuaca amat sejuk sewaktu kami tiba di sana. Kami menikmati sarapan ringkas bagi mengalas perut dan mendengar penerangan mengenai aspek keselamatan oleh pengemudi sebelum menaiki belon udara panas.

Panorama kawasan sekitar Uchisar amat indah dari ruang udara dan dari atas, kami juga dapat melihat dengan jelas kawasan-kawasan yang telah dilawati pada hari yang sebelumnya.

SALAH satu tinggalan artifak yang menjadi tumpuan pelancong di Hierapolis.


Pengalaman

Dengan bayaran RM431, pengalaman menaiki belon panas itu suatu yang tidak dapat kami lupakan.

Bagi saya, pengalaman itu mengajar untuk mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia.

Pihak Assiana, selaku penganjur aktiviti itu, telah menganugerahkan kami sijil penyertaan atas penglibatan dan keberanian kami menaiki belon udara panas berkenaan.

Usai menaiki belon panas pada pukul 8 pagi, kami bersarapan dan bersiap untuk ke Bandar Bawah Tanah di Derinky dan Istana Chavushin untuk melihat kehidupan pada zaman purba di Turki.

Bayaran sebanyak RM24 dirasakan amat berbaloi kerana kami dapat merasakan pengalaman memasuki gua dan meredah laluan rendah yang gelap tetapi luas.

Bagi saya, Turki merupakan sebuah negara yang indah dan unik selain mempunyai nilai-nilai kebudayaan di setiap bandarnya.

Saya berpendapat Pamukalle dan Cappadocia merupakan destinasi yang wajib dikunjungi oleh rakyat Malaysia di Turki selain Istanbul yang sering menjadi tumpuan pelancong.

Ini kerana perjalanan dari satu tempat ke tempat lain di Turki amat berbaloi tidak kira sama ada dari aspek masa atau wang.

Ia membolehkan anda menikmati detik-detik indah sepanjang percutian di negara penuh nilai sejarah itu.

Berlibur pada era 1930-an

Posted:

Berlibur pada era 1930-an

Berlibur pada era 1930-an

Oleh ADLAN JAAFAR


CLUB 7 dibuka khas untuk pengunjung Vivatel Kuala Lumpur yang mempunyai keahlian VIP.


MELANGKAH kaki memasuki Club 7 di Aras Lima, Hotel Vivatel, Kuala Lumpur, perasaan seperti berada di sebuah tempat eksklusif untuk ahli perniagaan yang memiliki bisnes besar terus menyerap dalam diri.

Di ruang legar turut menempatkan kerusi-kerusi mewah yang disusun rapi bagi kemudahan para pelanggan menunggu atau beristirehat seketika.

Pintu masuk ke dalam Club 7 berfungsi secara automatik yang terbuka apabila kad akses disentuh pada panel yang disediakan.

Club 7 boleh dikatakan menggunakan tema tahun 1930-an yang boleh dilihat pada penataan warna perabot termasuk kemasan lantai yang kelam seperti coklat, kelabu, merah pulasan dan hitam.

Reka bentuk perabot pula mempunyai sisi-sisi membujur atau dikenali sebagai streamline moderne manakala almari kelihatan seperti diperbuat daripada bahan aluminium dan lampu daripada logam.

Rekaan streamline moderne merupakan sejenis seni bina dan rekaan art deco yang muncul pada tahun 1930-an dengan menekankan rekaan bentuk melengkung, garisan mendatar yang panjang dan kadangkala mempunyai elemen nautika atau pelayaran.

Gaya seni itu terdapat pada seni bina bangunan dan reka bentuk industri seperti produk pembakar roti, kereta, kereta api serta radio.

Penataan cahaya

Penataan cahaya juga memainkan peranan penting bagi membolehkan para pengunjung berasa bersendiri, tenang dan tanpa ada gangguan luar.

"Semua perabot dan perhiasan di Club 7 bukan tempahan khas tetapi konsep dan idea merupakan ilham pemilik hotel.

"Proses mencari kesemua perabot memakan masa lebih tiga bulan bukan setakat di dalam negara malah menjangkau ke luar negara," cerita Pengurus Hotel Vivatel, Bengamin Bong ketika ditemui di Club 7.

Menurut Bong, pemilik hotel amat menggemari hiasan dalaman terutamanya yang unik dan bertema.

Sejak 30 tahun lalu, atas urusan kerja, pemilik hotel dan isterinya telah mengembara ke banyak negara. Kesempatan itu digunakan mereka untuk menikmati beraneka keindahan hiasan dalaman hotel-hotel seluruh dunia.

PENGUNJUNG Club 7 berpeluang merasai pengalaman beristirehat di atas sofa berciri klasik.


Tambahan pula, perniagaan keluarga pemilik hotel pada masa itu berkaitan dengan seni iaitu bidang tekstil.

Club 7 merupakan sebuah kelab eksklusif dengan suasana yang bergaya dibuat khas untuk pengunjung Vivatel Kuala Lumpur yang mempunyai keahlian VIP.

Sebagai ahli, anda boleh menggunakan kemudahan yang disediakan seperti bilik karaoke, bilik hiburan, bilik curut selain permainan pool dan konsul deejay.

Kelab tersebut boleh memuatkan kapasiti maksimum seramai 80 orang pada satu-satu masa.

Sepadan dengan statusnya sebagai sebuah lokasi eksklusif, maka dekorasi dan hiasan dalaman Club 7 sudah pasti memberikan setiap ahlinya berasa begitu istimewa apabila berada di situ.

Sememangnya Vivatel merupakan sebuah hotel yang unik, memiliki dua buah kafe iaitu Retro Cafe dan Retro Lounge menggunakan konsep vintaj melalui padanan warna terang dengan dekorasi perhiasan telefon serta lampu lama.

Penggunaan tema amat ketara pada hiasan dalaman bilik dan ruang koridor melalui dekorasi, penataan cahaya dan barang-barang perhiasan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Ayam Brand sumbang bantuan makanan

Posted:

Ayam Brand sumbang bantuan makanan

Ayam Brand sumbang bantuan makanan

SEBAHAGIAN anak-anak yatim ceria selepas Ayam Brand memberi sumbangan makanan kepada Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang di George Town baru-baru ini.


TANGGUNGJAWAB. Pengeluar makanan dalam tin terkenal, Ayam Brand menunaikan tanggungjawab sosialnya apabila menyumbangkan bantuan makanan kepada Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang di George Town baru-baru ini.

Menurut wakil Ayam Brand, Khoo Wooi Ling, sumbangan tersebut adalah sebahagian Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand dengan slogan Ikan Berkhasiat, Diet yang Sihat 2013.

"Sumbangan produk-produk Ayam Brand berbentuk sardin, tuna, kacang panggang dan lain-lain yang menawarkan pelbagai khasiat untuk penghuni-penghuni di rumah-rumah kebajikan ini.

"Menerusi kempen ini, kami memberikan produk makanan tin yang sihat selama dua bulan kepada 45 buah rumah kebajikan seluruh negara termasuk empat di Pulau Pinang," ujarnya.

20 artis ziarah Sungai Limau

Posted:

20 artis ziarah Sungai Limau

20 artis ziarah Sungai Limau


ZAEINAL ABIDIN (enam dari kiri) bersama barisan artis tanah air yang akan menjayakan Program Ziarah Syukur di Sungai Limau, Kedah yang dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KEMPEN. Seramai 20 orang artis veteran dan baharu bergabung tenaga akan berkempen untuk Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Kedah melalui Program Ziarah Syukur yang akan diadakan pada 4 November depan.

Penganjurnya yang juga bekas Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar berkata, program kali kedua diadakan bertujuan memberikan kesedaran kepada rakyat negeri Kedah tentang nikmat dan kelebihan yang diberikan sepanjang kerajaan BN memerintah negara.

"Program seumpama ini dapat memberikan peluang kepada selebriti untuk mendekati peminat mereka dan secara tidak langsung berkempen bagi pihak BN secara santai," katanya pada sidang akhbar pelancaran program ziarah itu di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara selebriti yang terlibat termasuk Datuk Aziz Satar, Datuk Mustapha Maarof, Abon, Aznah Hamid, Sheera Iskandar, Ezlynn dan Black.

Ibadah korban semarakkan semangat silaturahim

Posted:

Ibadah korban semarakkan semangat silaturahim

Ibadah korban semarakkan semangat silaturahim


SEBAHAGIAN penduduk bergotong-royong memotong daging korban di Surau Al-Hijrah, Desa Pinggiran Putra, Kajang, Selangor baru-baru ini.


BEKERJASAMA. Semangat gotong-royong jelas terserlah dalam kalangan penduduk Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 1, Kajang, Selangor menerusi majlis ibadah korban sembilan ekor lembu yang diadakan di pekarangan Surau Al-Hijrah baru-baru ini.

Ketua penyelaras program, Yahizan Che Yap berkata, setiap tahun sebuah jawatankuasa akan dibentuk bagi melantik ahli-ahli yang akan terlibat dalam urusan ibadah korban.

Katanya, mereka akan diberi tanggungjawab mengetuai beberapa bidang tugasan antaranya, melapah, memotong dan menimbang daging, mengerat tulang, agihan daging korban, makanan, minuman serta kebersihan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


'Saya sangka bunyi mercun'

Posted:

'Saya sangka bunyi mercun'

'Saya sangka bunyi mercun'

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

MOHD. Amar yang cedera terkena tembakan di leher dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak untuk menerima rawatan.


IPOH - Seorang budak lelaki yang cedera terkena tembakan di leher dekat Kampung Belanja Kiri, Parit di sini pada Sabtu lalu menyangka bunyi yang terlepas daripada pistol seorang anggota polis adalah letupan mercun.

Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, berkata, ketika kejadian pukul 4.30 petang itu, dia sedang bermain bersama beberapa rakan di atas jalan tar mini kira-kira 40 meter dari lokasi sarjan itu sedang mengosongkan peluru.

"Kami nampak percikan api dan bunyi letupan kuat. Selepas itu, saya berasa hidung saya panas dan berdarah.

"Pada mulanya, saya sangka ia bunyi mercun," cerita mangsa ketika ditemui oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

18 kereta curi dalam gudang

Posted:

18 kereta curi dalam gudang

18 kereta curi dalam gudang


MOHMAD menunjukkan sebahagian kenderaan curi yang ditemui semula pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur mematahkan cubaan satu sindiket menyeludup 18 buah kereta mewah curi bernilai RM2.07 juta di sebuah kawasan perindustrian di Klang dekat sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya melakukan serbuan di kawasan itu dan menjumpai semua kenderaan curi disimpan di dalam gudang yang dipercayai dalam rancangan untuk dihantar ke Dubai.

"Antara kenderaan yang ditemui ialah sebuah kereta jenis Mazda 3, dua van Toyota Hiace, enam Toyota Fortuner dan sembilan Toyota Hilux yang dilaporkan dicuri di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nahas pulang dari kampung

Posted:

Nahas pulang dari kampung

Nahas pulang dari kampung

Oleh KHAIRIYAH HANAFI
khairiyah.hanafi@kosmo.com.my


SEBUAH Perodua Alza remuk selepas bertembung dengan sebuah lori tangki mengakibatkan tiga beranak maut di Kilometer 49, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong semalam.


BENTONG – Kegembiraan tiga sekeluarga pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung di Jerteh, Terengganu bertukar duka apabila ketiga-tiganya maut dalam kemalangan di Kilometer 49, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini semalam.

Mereka yang terkorban dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu ialah Jiman Raup, 32; isteri, Nik Zaieyahaliza Ya, 29, dan anak pasangan itu, Nurul Damia, 2,

Ketika kejadian, tiga beranak tersebut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas empat hari menghabiskan cuti di Jerteh.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mansor Mohd. Noor berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandu Jiman terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"MPV itu kemudian memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah sebuah lori tangki tanpa muatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ratusan ribu jemaah lontar jamrah

Posted:

Ratusan ribu jemaah lontar jamrah

Ratusan ribu jemaah lontar jamrah

SEORANG jemaah haji membaling batu ke arah sebuah jamrah di Mina dekat Mekah semalam.


MINA, Arab Saudi - Ratusan ribu jemaah haji melontar jamrah yang dilakukan pada hari pertama Hari Raya Aidiladha semalam.

Para jemaah itu melontar batu ke arah struktur batu yang merupakan simbolik sebagai melontar ke arah syaitan.

Walaupun jumlah jemaah haji pada tahun hanya dua juta iaitu berkurangan berbanding 3.2 juta pada tahun lalu, kawasan Mina dipenuhi dengan lautan manusia yang berpakaian putih untuk mengerjakan haji.

Para jemaah itu melontar batu kecil ke arah struktur batu itu.

Namun, terdapat sejumlah jemaah dari Syria yang membawa bendera kumpulan penentang Presiden Bashar Al-Assad di sekitar kawasan tersebut.

Sejumlah lagi jemaah haji dari Mesir menunjukkan empat batang jari mereka sebagai tanda sokongan ke atas Mohamed Morsi yang digulingkan tentera Mesir dalam satu rampasan kuasa.

Ratusan anggota polis mengawal tempat melontar batu itu.

Namun, pergerakan jemaah tidak sepadat seperti pada tahun lalu.

"Jumlah jemaah pada tahun ini lebih kecil berbanding pada tahun lalu menyebabkan pergerakan menjadi lebih mudah," kata seorang warga Pakistan, Shiraz Khorshid.

Para jemaah itu mengikuti perbuatan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS yang membaling batu ke arah syaitan. - Agensi

Tragedi berdarah di Afghanistan, Iraq

Posted:

Tragedi berdarah di Afghanistan, Iraq

Tragedi berdarah di Afghanistan, Iraq


SEORANG budak menangis di sebelah mangsa letupan bom kereta dekat sebuah masjid di Kirkuk, Iraq semalam.


KABUL, Afghanistan - Sebutir bom yang diletakkan di dalam mikrofon di dalam sebuah masjid dekat sini telah membunuh Gabenor Logar, Arsallah Jamal di timur Afghanistan semalam.

Bom itu meletup ketika beliau sedang memberi ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada waktu pagi di dalam masjid tersebut.

Menurut jurucakap gabenor itu, Din Mohammad Darwesh, letupan di masjid di bandar Puli Alam itu turut mencederakan 15 orang.

Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Arsallah, 47, merupakan penyokong kuat Presiden Afhanistan, Hamid Karzai.

Beliau pernah menjadi pengurus kempennya semasa pilihan raya Presiden pada tahun 2009.

Dalam pada itu, di Kirkuk, Iraq, lapan orang terbunuh apabila bom kereta meletup dekat sebuah masjid untuk Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Letupan itu berlaku selepas solat sunat Aidiladha dilakukan penduduk golongan tersebut.

Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan itu yang turut menyebabkan 15 orang terbunuh. - Agensi

Israel letupkan terowong Gaza

Posted:

Israel letupkan terowong Gaza

Israel letupkan terowong Gaza


GAMBAR fail menunjukkan seorang askar Israel berada di dalam sebuah terowong yang ditemui di Genting Gaza, Palestin pada 13 Oktober lalu.


BAITULMUQADDIS - Tentera Israel menyatakan, ia menemui dan memusnahkan sebuah terowong yang digali dikawasan yang dikuasai pergerakan Hamas di Genting Gaza, Palestin.

Menurut tentera regim Zionis, terowong itu telah diletupkan semalam.

"Terowong tersebut dipenuhi dengan bahan letupan dan sejauh berpuluh-puluh meter menuju ke Israel," kata tentera Yahudi.

Tentera Israel menegaskan, terowong itu digali dari Genting Gaza.

Pada Ahad lalu, tentera Israel telah menemui sebuah lagi terowong dari Gaza ke Israel yang digunakan untuk menyerang dan menculik askar-askar Yahudi. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


FC Ryukyu sedia lamar dua lagi pemain muda

Posted:

FC Ryukyu sedia lamar dua lagi pemain muda

FC Ryukyu sedia lamar dua lagi pemain muda

16/10/2013 8:48pm

KUALA LUMPUR - Kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu telah menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat dua pemain muda negara.

Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin hari ini.

Begitupun, Hamidin enggan mendedahkan dua pemain terbabit, sebaliknya hanya memberikan bayangan bahawa mereka merupakan pemain dari skuad Harimau Muda A (bawah 23 tahun) atau Harimau Muda B (bawah 21 tahun).

"FC Ryukyu telah melihat dua lagi pemain (Harimau Muda A atau Harimau Muda B) untuk mengikat kontrak dengan kelab itu sebelum dibawa ke Jepun.

"Apa yang pasti, kita (FAM) akan umumkan perkara ini nanti apabila tiba masa yang sesuai," kata Hamidin pada sidang akhbar Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini. - KOSMO!

10,400 tiket dijual aksi ATM, Kelantan di Selayang

Posted:

10,400 tiket dijual aksi ATM, Kelantan di Selayang

10,400 tiket dijual aksi ATM, Kelantan di Selayang

16/10/2013 8:47pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10,400 tiket akan dijual bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang Jumaat malam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, daripada jumlah itu, 3,000 tiket diperuntukkan kepada penyokong ATM manakala bakinya akan dijual kepada masyarakat umum termasuk penyokong Kelantan.

"Jualan tiket bermula 9 pagi Jumaat ini (esok) di venue perlawanan manakala tiket bagi penyokong ATM akan dijual di markas-markas ATM sekitar Lembah Klang pada hari dan masa yang sama," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Zulkifeli berkata, anggota ATM tidak dibenarkan membeli tiket yang diperuntukkan kepada masyarakat umum di venue perlawanan.

"Harga tiket untuk tempat duduk biasa dan grandstand masing-masing ditetapkan pada RM20 dan RM30.

"Bagi mereka yang tidak sempat membeli tiket, kita akan sediakan dua skrin gergasi di sekitar stadium untuk membolehkan mereka mengikuti perlawanan itu," kata Zulkifeli , yang juga Panglima ATM. - KOSMO!

Pesakit lelaki menyamar doktor diselamatkan dari cubaan bunuh diri

Posted:

Pesakit lelaki menyamar doktor diselamatkan dari cubaan bunuh diri

Pesakit lelaki menyamar doktor diselamatkan dari cubaan bunuh diri

16/10/2013 7:43pm

GEORGE TOWN - Sebuah hospital swasta di sini mengalami detik-detik cemasa buat seketika hari ini bila seorang pesakit lelaki cuba membunuh diri sambil menyamar sebagai doktor.

Bagaimanapun, pihak bomba dan penyelamat berjaya memujuk lelaki

terbabit daripada cubaan membunuh.

Mereka mengambil masa hampir dua jam dalam kejadian yang bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Siow Wee Lang, 25, bertindak memecahkan cermin tingkap wad berkenaan dan duduk di atas tembok tingkat 17 hospital itu dalam keadaan sebelah kakinya di luar tingkap tersebut.

Ketua Balai Bomba Lebuh Pantai, Ismail Mohd. Zain berkata, pihaknya tiba di

tempat kejadian pada pukul 1.04 tengah hari bersama 15 anggota dan dua jentera bomba.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya pada mulanya pihaknya

berdepan kesukaran untuk menarik mangsa keluar dari tingkap itu berikutan

sikapnya yang terlalu agresif. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Saya belum kahwin - Shahir

Posted:

Saya belum kahwin - Shahir

Saya belum kahwin - Shahir

SHAHIR mengaku masih bujang dan sempat mengucapkan tahniah buat Rozita Che Wan yang bakal berkahwin dengan Zain Saidin pada Disember ini.


AHMAD SHAHIR ZAWAWI atau nama pentasnya, Shahir, 25, menghilangkan diri agak lama daripada dunia seni tempatan. Kehilangannya telah menimbulkan pelbagai spekulasi, termasuk dikatakan telah berkahwin.

Realitinya, pada saat namanya memuncak, Shahir memilih pulang ke kampung untuk berada di sisi keluarga.

Bintang Akademi Fantasia musim kelapan itu percaya pada kuasa Allah dan rezeki yang telah ditetapkan kepadanya terkini mahu pun pada masa akan datang. Itu pengorbanan Shahir.

Bukan bermakna mahu melihat kariernya merudum gara-gara memencilkan bakat seketika untuk memberi ruang kepada diri menunaikan tanggungjawab kepada keluarga tetapi, memasang keyakinan menebus kekecewaan peminat yang menantikan kemunculan semulanya lebih setahun.

"Allah yang mengizinkan peminat untuk menyokong atau membenci saya. Dia yang menentukan rezeki saya atau titik perjuangan kerjaya saya. Saya tidak pernah takut akan hilang rezeki suatu hari nanti sebab apa jua yang saya lakukan mengharapkan keredaan-Nya.

"Begitu juga keluarga serta kedua-dua ibu bapa saya. Saya mengharapkan keberkatan daripada mereka, malah selama saya dalam dalam bidang nyanyian saya tidak merasakan diri saya bagus atau cukup sempurna untuk tiba-tiba mengambil langkah drastik menghilangkan diri kerana beranggapan bahawa akan sentiasa ada peminat sedia menanti saya pada bila-bila masa kelak.

"Saya tidak boleh memberikan jaminan bahawa saya tidak akan menghilangkan diri suatu masa nanti kerana liku-liku masa atau kehidupan setiap orang berbeza-beza.

"Cuma saya menjanjikan kali ini kemunculan saya adalah lebih bersedia," kata Shahir yang ditemui usai konsert Akademi Fantasia 2013 di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya, malam Ahad lalu.

Kemunculan Shahir secara tiba-tiba dari belakang pentas berduet lagu Ada Apa Dengan Cinta bersama salah seorang peserta Akademi Fantasia 2013, Aishah benar-benar menghadiahkan satu kejutan yang luar biasa kepada penonton begitu juga peserta terbabit.

Bukan melengkapkan drama kehilangan dirinya tetapi kemunculan khas itu, kata Shahir adalah bagi membuktikan bahawa dirinya kini benar-benar bersedia untuk kembali menggalas tanggungjawab sebagai penghibur dalam industri seni.

Bukan sandiwara

Tanda tanya kehilangan Shahir terus menjadi pokok perbualan. Kenapa sehingga perlu menghilangkan diri dalam tempoh yang begitu lama.

Namun sepanjang waktu tiada khabar berita daripada Shahir juga, dua buah single yang dipetik daripada album pertamanya yang berjudul Shahir, tetap dilancarkan.

"Cuti panjang itu untuk saya melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga dan apabila semuanya sudah selesai, saya keluar. Memang niat saya untuk meninggalkan dunia seni seketika dan menumpukan sepenuhnya fokus kepada urusan keluarga.

"Tapi saya minta maaf, urusan keluarga itu tidak dapat saya kongsikan kepada orang ramai kerana terlalu peribadi," jelas anak sulung daripada lima beradik itu.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh kehilangannya, pernah sekali Shahir diundang untuk berduet bersama Adira menerusi salah sebuah konsert rancangan realiti nyanyian, Mania sekitar pertengahan tahun lalu, ia sekali gus disalah anggap oleh segelintir pihak bahawa dia sudah sedia kembali ke dunia seni.

Namun, selepas itu, dia kembali menghilang sebelum kini muncul kembali. Katanya, usai melaksanakan tanggungjawab kepada keluarganya kini dia memasang tekad baharu untuk memberikan sepenuhnya kudrat bagi mempromosikan kedua-dua buah single, Aku Yang Berdosa dan Dia Yang Kau Pilih serta albumnya yang tertangguh sekian lama.

Ditanya adakah urusan keluarga itu bermakna dia telah berkahwin senyap-senyap tanpa menghebohkan kepada media atau peminatnya semata-mata mahu memberikan ruang privasi kepada diri dan keluarga, jawab Shahir, dakwaan itu sama sekali tidak benar.

"Pelbagai spekulasi timbul setelah saya menghilangkan diri. Pernah terlintas untuk kembali menyanyi, tapi saya pentingkan keluarga lebih daripada segalanya. Sepanjang tempoh itu, saya langsung tidak membuat sebarang persembahan pentas.

"Keluarga saya faham dengan keadaan saya dan tidak mendesak untuk saya kembali bekerja walaupun mereka tahu saya masih sayangkan karier saya. Saya tidak pernah silap untuk meninggalkan semua yang berkaitan dengan karier disebabkan mereka.

"Saya masih solo dan belum berkahwin. Ada juga pihak yang mendakwa saya pulang ke kampung untuk berubat kerana terkena penyakit misteri, itu pun tidak betul. Alhamdulillah saya masih sihat sampai hari ini," jelasnya.

Merajuk

Ironi seperti judul single hit terbaharu dirinya, Dia Yang Kau Pilih, apakah mungkin atas dasar pelakon jelita yang pernah digosipkan menjalinkan hubungan dengan Shahir sebelum ini iaitu Rozita Che Wan yang telah memilih Zain Saidin sebagai bakal suaminya membuatkan hati Shahir membungkam seraya meninggalkan kota Kuala Lumpur untuk kembali ke pangkuan keluarga di Kampar, Perak?

Jelas Shahir lagi: "Itu tiada kena mengena dengan saya dan cumalah gosip liar. Kami tidak pernah mempunyai sebarang hubungan cinta sebelum ini dan sama sekali tidak merajuk atas sebab itu hingga pulang ke kampung."

Meneguhkan kata-katanya, ujar Shahir dia sama sekali tidak mengetahui akan kehadiran Rozita Che Wan ketika konsert Akademi Fantasia 2013 yang sama hujung minggu lalu. Dia disembunyikan oleh pihak produksi sementara menantikan giliran membuat persembahan terakhir bersama pelajar tersebut.

Ketika konsert sama, Rozita ditampilkan sebagai gimik persembahan lagu Pencinta Wanita nyanyian kumpulan duo Azhael pada giliran ketiga.

Begitupun, Shahir sempat melayangkan ucapan tahniah kepada Rozita yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan pelakon muda Zain Saidin pada bulan Disember depan.

"Tahniah saya ucapkan, saya mendoakan semoga bahagia hingga akhir hayat dan saya harap selepas ini tiada lagi yang mengaitkan saya dengan dia atau sesiapa saja. Mungkin impaknya tidak besar, tapi disebabkan gosip-gosip atau cerita tidak berasas ini akan membuatkan sesetengah pihak tersinggung. Cukuplah setakat ini saja," ujar Shahir.

Shahir dan cinta? Tegasnya, dia langsung tidak memikirkan soal itu buat masa sekarang, biarlah dia merencanakan kembali kariernya yang ibaratnya seperti telur di hujung tanduk, tunggu masa untuk jatuh.

Siap siaga

Selain album lengkap enam lagu yang masih belum dipromosikan, Shahir memberitahu bahawa dia bakal menyiapkan single terbaharu dalam sukatan yang lebih realistik, muzik yang beridentiti serta menyalurkan mesej kepada pendengar.

"Sebelum ini saya ada pelbagai identiti muzik yang kadangkala mengelirukan pendengar. Selepas ini saya akan mencari satu kelainan baharu supaya dalam lagu saya boleh menyampaikan mesej tertentu. Senang cakap saya mahu menghasilkan lagu yang mempunyai dwimakna.

Menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DSPM)

Posted:

Menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DSPM)

Menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DSPM)


ROSYAM berkongsi keterujaan menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) bersama pengendali bola sepak Harimau Malaya, Ong Kim Swee (kiri) dan ikon rock, Ramli Sarip.


SELEPAS lebih 20 tahun menjadi anak seni, kini pada usia 46 tahun, Rosyam Nor menerima pengiktirafan yang tidak pernah diimpikannya.

Dia, pada Ahad lalu, baru sahaja menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DSPM) Kehormat yang membawa gelaran Datuk di Dewan Negeri Melaka sempena majlis Penganugerahan Hari Kelahiran ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Mengaku gelaran tersebut tidak merubah corak hidupnya secara kasar, namun, kata Rosyam gelaran tersebut menjadi pemangkin buatnya menaikkan semangat dan stigma terhadap anak seni tempatan yang juga mampu menyumbang sesuatu terhadap ekonomi dan pembangunan negara.

Ditemui pada majlis perasmian kedai motosikal berkuasa tinggi S4M Motorsports di Jalan Pahang, Kuala Lumpur baru-baru ini, Rosyam berkongsi perasaannya terhadap pengiktirafan tersebut kepada Kosmo!.

Tahniah dengan pengiktirafan yang anda perolehi baru-baru ini. Boleh kongsi sedikit tentang maklumat awal anda mendapat berita bakal memegang gelaran Datuk?

ROSYAM: Saya menerima panggilan pada 7 Oktober 2013 lalu. Sejujurnya, saya terkejut dan tidak menyangka masih ada pihak yang mahu mengiktiraf saya, terutama dengan pengiktirafan yang agak besar seumpama ini.

Apakah perasaan anda setelah menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DSPM) ini?

Pertama sekali saya ingin meluahkan rasa syukur dan gembira kerana terpilih untuk mewakili anak seni, khususnya dalam bidang lakonan. Malah, tidak ramai anak seni yang berada dalam lingkungan umur seperti saya yang mendapat gelaran Datuk ini. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada diri saya dan setiap pengiktirafan yang diterima akan menjadi contoh dan teladan kepada semua. Malah, tidak kira pengiktirafan itu secara kecil mahupun besar. Saya berserah kepada rezeki yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Adakah anda telah bersedia dengan situasi baharu ini, kerana selepas ini orang akan memanggil anda dengan panggilan Datuk Rosyam Nor?

Sebenarnya, saya telah bersedia dari awal lagi kerana bulan Mac tahun hadapan saya bakal bergelar datuk (ketawa). Secara peribadi, saya tidak kisah apa jua panggilan yang ingin dipanggil kerana ini merupakan pengiktirafan buat diri saya. Jadi, saya akan menyahut apa sahaja nama yang dipanggil kepada saya dan sudah pasti saya tidak akan berkecil hati. Saya juga mungkin akan guna nama Rosyam sahaja di layar perak dan hanya untuk majlis-majlis rasmi menggunakan gelaran Datuk.

Setelah bergelar Datuk, bagaimana dengan bayaran dan perbezaan bekerja, adakah akan lebih tinggi?

Itu bukan prinsip saya. Gelaran yang diberikan adalah satu pengiktirafan. Kalau mahu bercakap tentang menaikkan harga perkhidmatan saya, saya kira saya juga pernah mendapat gelaran lain dan saya juga antara pelakon yang banyak kali memenangi anugerah, tetapi tidak banyak (harga) yang berubah. Saya bersyukur dengan rezeki yang datang kepada saya sekarang.

Adakah dengan pengiktirafan ini, orang akan memandang tinggi terhadap anda dan industri seni kita sendiri?

Ya, saya berharap juga begitu, kerana saya merupakan wakil industri lakonan. Secara jujur juga, saya memang mengharapkan pengiktirafan kerana jika dilihat dahulu, ramai seniman atau seniwati yang hebat, tetapi tidak diiktiraf. Bagaimanapun, hari ini pihak kerajaan nampak perjuangan anak-anak seni kerana seni juga membangunkan masyarakat, budaya dan ekonomi negara.

Apakah yang menyebabkan anda menerima anugerah ini?

Sebenarnya, saya tidak tahu dan saya tak boleh nak beri komen mengapa saya menerima penganugerahan ini. Sebelum ini, saya juga pernah menerima Anugerah Bintang Cemerlang dan Pingat Jasa Kebaktian Selangor.

– NAJIY JEFRI

Bisnes restoran Khadijah sukses

Posted:

Bisnes restoran Khadijah sukses

Bisnes restoran Khadijah sukses


KHADIJAH IBRAHIM hanya mengambil masa selama lima bulan dalam membuat perancangan membuka cawangan kedua Khadijah's Kitchen yang bertempat di PV 128, Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur ini.


PEMBABITAN penyanyi terbilang negara, Datuk Khadijah Ibrahim dalam bisnes sudah diketahui umum sejak dia menampilkan cawangan pertama restorannya, Khadijah's Kitchen yang beroperasi di Jalan Bukit, Petaling Jaya, Selangor sejak tahun 2008.

Membuktikan bahawa bisnes restoran yang menawarkan pelbagai menu makanan masakan kampung yang diusahakannya itu meraih sukses, Khadijah kini membuka cawangan kedua Khadijah's Kitchen di di PV 128, Jalan Genting Klang, Setapak baru-baru ini.

Menurut figura yang sudah berkecimpung dalam bidang seni selama 30 tahun itu, perancangan untuk membuka Khadijah's Kitchen cawangan Setapak itu hanya mengambil masa lima bulan.

"Tempat yang strategik, ruangan kedai yang besar serta tempat yang boleh mengadakan majlis seperti resepsi, majlis ulang tahun, marhaban membuatkan saya berminat untuk membuka Khadijah's Kitchen di Setapak.

"Malah, dahulu saya sering berulang-alik di jalan (Genting Klang) ini dan tidak menyangka tempat yang dulunya dipenuhi dengan pokok-pokok getah kini menjadi satu tempat yang komersial dan maju," katanya yang ditemui pada majlis pembukaan Khadijah's Kitchen cawangan Setapak itu baru-baru ini.

Tegasnya, antara sebab beliau membuka Khadijah's Kitchen di Setapak adalah kerana ingin memberikan sumbangan kepada artis-artis veteran. Beliau ternyata sedih apabila melihat sesetengah pihak yang tidak mempedulikan artis-artis veteran yang cukup berbakat.

"Khadijah's Kitchen di Setapak akan menjadi platform kepada artis veteran dan bakat-bakat baharu untuk diketengahkan. Malah, Khadijah's Kitchen akan mengadakan malam acara khusus bersama penyanyi tersohor suatu ketika dahulu, Zaiton Sameon.


BUKAN sekadar menyajikan pelbagai juadah yang lazat, Khadijah's Kitchen cawangan Setapak, Kuala Lumpur ini turut menyediakan platform persembahan artis lama dan baharu.


"Konsep yang terbuka dan pentas yang disediakan membolehkan mereka membuat persembahan.

"Malah, sumbangan yang kecil ini memberi kesempatan kepada saya untuk membantu golongan ini dalam menyediakan klip video yang terbaik untuk tujuan promosi kepada syarikat rakaman," katanya.

Ralat

Ditanya mengenai Konsert 3 Diva yang sebelum ini ditunda, Khadijah ternyata lega apabila konsert yang bakal menggandingkan dirinya dengan Datuk Sharifah Aini dan Uji Rashid akhirnya bakal berlangsung pada 26 November ini di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC), Selangor.

"Saya berasa lega apabila mengetahui konsert amal ini dijadualkan berlangsung pada 26 November ini SACC, Shah Alam yang sebenarnya merupakan lokasi asal konsert.

"Saya berasa ralat apabila konsert ini ditunda kerana niat saya tidak kesampaian untuk membantu ibu tunggal dan saya prihatin dengan pihak pengurusan yang menguruskan konsert ini kerana mereka melaburkan wang yang sangat banyak," luahnya.

Tambah Khadijah: "Ini merupakan kali pertama persembahan saya bersama Sharifah Aini dan Uji Rashid.

"Mereka merupakan sahabat baik saya. Malah, saya tidak sabar untuk membuat persembahan bersama mereka.

"Apa yang penting, niat yang murni saya ini untuk membantu golongan ibu-ibu tunggal menerusi konsert itu harus dilakukan dan disegerakan."

Kredit: www.kosmo.com.my

Selasa, 15 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Evolusi ukiran kayu merentasi zaman

Posted:

Evolusi ukiran kayu merentasi zaman

Evolusi ukiran kayu merentasi zaman


DUA pengunjung ini kelihatan teruja menyaksikan pelbagai koleksi ukiran kayu yang unik dan penuh kreativiti.


SEBAGAI anak seorang pengukir, kecintaan Mohd. Aidil Mohd. Diah, 27, terhadap seni ukiran kayu terlalu tinggi. Apatah lagi, sejak kecil dia sering melihat ketekunan dan kegigihan ayahnya, Mohd. Diah Arifin menyiapkan ukiran pada alat muzik gambus yang popular di Johor.

Setiap hari, dia pasti akan meluangkan masa di bengkel yang terletak bersebelahan rumahnya selepas pulang dari sekolah untuk membantu sekadar yang perlu.

Dari situlah berputiknya minat Mohd. Aidil mempelajari seni ukiran kayu sehingga memilih untuk melanjutkan pelajaran di Institut Kraf Negara (IKN), Rawang, Selangor.

"Saya merupakan anak tunggal lelaki daripada enam adik-beradik. Jadi, saya tidak mahu legasi kemahiran mengukir ayah lenyap begitu sahaja selepas beliau tiada nanti.

"Jujurnya saya dapat rasakan seni mengukir ini begitu serasi dengan jiwa saya. Justeru, pengajian di IKN membolehkan saya mendalami dunia ukiran secara serius selepas menimba ilmu mengukir dengan ayah secara tidak formal," ujar Mohd. Aidil yang berasal dari Batu Pahat, Johor ketika ditemui sewaktu Pameran Nuansa Ukiran Melayu di Muzium Etnografi Melayu, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Melihat keindahan seni ukiran kayu yang dipamerkan pada pameran tersebut, jelas membuktikan ketelitian dan kehalusan kerja tangan masyarakat Melayu yang tiada tandingan.

Hakikatnya, seni ukiran kayu Melayu telah melewati satu sejarah yang panjang. Ia melalui zaman daripada keperluan khidmat pandai ukir untuk membina rumah kampung orang Melayu, masjid-masjid, pengangkutan seperti perahu dan pelbagai peralatan seperti keris, cepu dan serunai sehinggalah ke pembinaan istana-istana Melayu.

Seiring peredaran zaman, seni ukir Melayu terus dilestarikan dengan wadah dan wajah yang berbeza. Ukiran Melayu telah masuk sebagai penghias di dalam bangunan-bangunan pentadbiran mahupun premis-premis perniagaan.

Malah produk-produk yang dihasilkan oleh para pengukir juga pelbagai mengikut selera orang zaman ini.


RUMAH Melayu tradisi banyak menyelitkan elemen ukiran dalam pembinaannya.


Sumber ilham

Berbicara mengenainya, mantan Naib Canselor UM, Prof. Mohd. Taib Osman pernah mengingatkan bahawa unsur budaya tradisional termasuklah ukiran kayu Melayu merupakan unsur yang terkandung dalam ciri-ciri persambungan budaya Melayu. Ia mesti menjadi tali ikatan, baik dari segi masa mahupun ruang dengan entiti yang dinamakan Malaysia.

Perkara itu diakui oleh Konsultan Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina UM, Profesor Emeritus Ezrin Arbi yang merupakan pakar dalam warisan seni bina Melayu.

Menurutnya, sebelum kedatangan Islam, nenek moyang kita telah mengamalkan cara hidup seni ukir mereka sendiri sebagai pernyataan terhadap kecintaan dan keindahan.

"Mereka menjadikan alam sekeliling yang penuh dengan pelbagai jenis haiwan serta tumbuh-tumbuhan sebagai sumber ilham yang tiada batasnya.

"Bagaimanapun, selepas Islam tersebar di Nusantara yang mengaitkan keindahan dengan sifat Tuhan telah memurnikan dan meningkatkan lagi mutu seni ukir mereka.

"Islam telah memberi kebebasan berkarya dalam ruang-ruang tertentu dan menggalakkan umatnya mencipta pelbagai karya seni selagi ciptaan itu tidak bertentangan dengan nilai-nilai dan etika agama," jelasnya.

Tambah Ezrin, dalam seni ukiran, larangan menunjukkan makhluk bernyawa telah ditanggapi dengan sangat bijaksana oleh nenek moyang kita melalui penyamaran atau pengabstrak bentuk seperti yang dilihat dalam motif itik pulang petang dan badar mudik yang banyak digunakan sebagai ukiran bingkai di Semenanjung dan pulau Sumatera.

"Malah, di seberang Selat Melaka orang Minang masih menggunakan nama-nama seperti kuda menendang, tupai tertegun, kelawar bergantung dan kucing tidur untuk karya-karya ukiran dengan motif tertentu," katanya.

MOHD. AIDIL menunjukkan karya ukiran gambus yang dihasilkan dalam tempoh dua minggu.


Larangan

Jelas Ezrin lagi, ada empat peranan hiasan ukiran kayu dalam kehidupan sehari-hari. Di samping melahirkan keindahan dalam sesebuah rumah atau bangunan, ia juga boleh dimanfaatkan untuk memudahkan pengaliran udara, peneduhan dan keselamatan.

Secara keseluruhan, terdapat lebih 100 karya dan artifak ukiran kayu Melayu aliran tradisional dan kontemporari dipamerkan pada pameran tersebut. Ini termasuklah hasil kerja tangan pengukir handalan tanah air seperti Latiff Long, Wanpo, Norhaiza Noordin, A. Muhaimin Hasbollah, Mohd. Abdah Hassan dan Zarir Abdullah.

Karya tokoh seni ukiran Allahyarham Wan Su Othman dan Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein turut menyerikan pameran berkenaan di samping hasil kerja pelajar IKN.

Seminar

Sementara itu, Pengarah Akademi Pengajian Melayu (APM), UM, Prof. Dr. Zahir Ahmad berkata, pameran tersebut diadakan sejak 2 September lalu sehingga 31 Oktober 2013.

Sempena pameran itu juga, pihaknya turut menganjurkan program Seminar Ukiran Kayu Melayu pada 18 September lalu bertempat di Dewan Semarak, APM.

Ia menyaksikan sembilan orang pembentang kertas kerja yang terdiri daripada ahli akademik dan penggiat seni berhimpun untuk membincangkan pelbagai aspek berkaitan ukiran Melayu.

"Pameran dan seminar ini bertujuan untuk melestarikan dan mendokumentasi pelbagai karya seni ukiran Melayu tradisi dan kontemporari sekali gus menghasilkan bahan rujukan tentang perkembangan terkini mengenainya," ujar Zahir.

Kayu hanyut sumber rezeki Azizul

Posted:

Kayu hanyut sumber rezeki Azizul

Kayu hanyut sumber rezeki Azizul

KAYU hanyut yang tidak bernilai berjaya diubah Azizul menjadi satu karya seni yang istimewa.


KREATIVITI dalam penghasilan kraf ukiran kayu sering menjadi identiti kepada para pengukir di Malaysia untuk tampil dengan produk unik.

Sebagai contoh, kayu hanyut yang mungkin tidak bernilai bagi sesetengah individu, tetapi ia berjaya ditukar menjadi sumber pendapatan oleh Azizul Ahmad, 40.

Anak jati Pulau Langkawi itu memberitahu, ilham untuk menghasilkan ukiran daripada kayu hanyut dan terbuang diperoleh sekitar tahun 1999. Ketika itu, dia bersiar-siar di tepi pantai dan terlihat sebatang kayu hanyut terdampar di atas pasir.

"Melihat keadaan kayu itu yang masih elok, saya terus mendapat idea untuk membawanya pulang. Dari situ, saya mula mengukirnya untuk dijadikan kraf kayu yang istimewa," ujar Azizul kepada Kosmo!.

Kayu hanyut biasanya terdiri daripada spesies pokok bakau seperti nyireh. Selain itu, terdapat pelbagai jenis kayu hanyut yang tidak dikenali spesies asalnya turut digunakan untuk mengukir.

Kebiasaannya, kayu-kayu ini dihanyutkan selepas tumbang atau patah. Ia merangkumi bahagian-bahagian tertentu seperti batang, dahan, ranting atau akarnya.

Sejak itu, dia akan mencari kayu hanyut di sekitar pantai dan hutan di Langkawi untuk diukir dengan pelbagai motif unsur alam.

Pada Pameran Nuansa Ukiran Melayu yang sedang berlangsung di Muzium Etnografi Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Azizul menghantar tiga karya ukiran.

"Ukiran tersebut menggunakan kayu angsana dan saya memilih motif unsur alam seperti air dan arus dengan sentuhan kontemporari sesuai dengan tema pameran tersebut," jelas bapa kepada dua orang cahaya mata itu.

Menurut pemilik Idea Craftworks itu, selain menggunakan kayu hanyut, dia turut menggunakan kayu-kayu tempatan seperti seraya dan batang cempaka lantaran teksturnya yang lembut dan mudah diukir.

DAUN kelapa diaplikasi menjadi ukiran yang sesuai dijadikan hiasan dinding.


Motif ukiran

Ukiran yang dihasilkan Azizul biasanya boleh digunakan sebagai perhiasan untuk pintu rumah, bingkai dinding atau cermin.

Bagi yang mengenali Idea Craftworks, mereka pasti mengenali hasil karya Azizul yang sinonim dengan ukiran bermotif awan, gelombang, arus sungai, api, akar dan ranting.

"Saya sebenarnya gemar memerhati alam sekitar dan menyerap apa yang ada di sekeliling kita. Melalui pemerhatian itulah saya mendapat idea untuk menyiapkan koleksi ukiran.

"Malah, saya juga mengukir mengikut rasa hati. Jika angin saya baik, saya boleh berada di bengkel selama berjam-jam. Jika tidak, lebih suka meluangkan masa bersama keluarga sehinggalah mood mengukir datang kembali," jelas Azizul yang sudah lali dengan kecederaan di bahagian tangan ketika mengukir.

Sehubungan itu, pelanggan yang menempah produk ukiran Azizul perlu bersabar untuk mendapatkannya. Walaupun pengeluarannya agak terhad, namun mereka pasti berpuas hati dengan kehalusan kerja tangan lelaki tersebut.

Justeru, tidak hairanlah jika kraf kayu ukiran Azizul mendapat perhatian pelanggan dari Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan United Kingdom.

"Selepas melihat produk kraf saya yang dipamerkan di Pusat Kraftangan Langkawi, mereka berminat untuk menempahnya.

"Selepas ia siap, saya akan mengirimkannya melalui pos," katanya yang berdaftar dengan Perbadanan Kraftangan Malaysia. Perbadanan itu banyak memberi bantuan kepada Azizul untuk memajukan perniagaannya. Selain itu, dia juga merupakan ahli Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia.

Sementara itu, tenaga pengajar di Institut Kraf Negara, Mohd. Firdaus Ramli berkata, seorang pengukir perlu sentiasa kreatif dalam menghasilkan karya yang berkualiti dan terbaik.

"Namun, ia bergantung kepada inisiatif pengukir itu sendiri. Jika mereka rajin mencuba sesuatu yang baharu, pasti ukiran mereka akan men jadi lebih menarik," katanya.- KHADIJAH MOHAMAD NOR

Inovasi pembiakan spirulina di Thailand

Posted:

Inovasi pembiakan spirulina di Thailand

Inovasi pembiakan spirulina di Thailand

Bumbung bangunan pencakar langit di Bangkok merupakan tempat paling sesuai mengusahakan spirulina berikutan pancaran terus cahaya matahari dan keadaan suhu yang tinggi.


SPIRILUNA segar yang terhasil di atas bumbung sebuah hotel di Bangkok.


DI atas bumbung sebuah hotel di Bangkok, Thailand, berpuluh-puluh tong berisi cecair likat berwarna hijau yang diletakkan di bawah cahaya matahari kelihatan berbuih. Susunan tong-tong tersebut merupakan inovasi terbaharu pertanian bandar.

Pendukung alga yang boleh dimakan dan dikenali sebagai spirulina mengatakan ia mampu menjadi sumber protein yang mapan dan alternatif kepada daging.

Tiga kali seminggu, Patsakorn Thaveeuchukorn menuai alga hijau di dalam tong-tong tersebut.

"Alga ini tumbuh dengan cepat dan biasanya menjadi dua kali lebih banyak dalam tempoh 24 jam. Dengan kandungan protein dan nutrien yang tinggi ia memainkan peranan penting dalam jaminan keselamatan makanan.

"Kalau anda membandingkannya dengan sekilogram haiwan yang memerlukan enam bulan untuk menghasilkan protein, cara ini pula hanya memerlukan tempoh seminggu," katanya yang merupakan pekerja EnerGaia, sebuah syarikat yang menggunakan bumbung bangunan-bangunan di Bangkok sebagai tempat pembiakan spirulina.

Spirulina disifatkan sebagai makanan super oleh pakar pemakanan kesihatan dan popularitinya semakin melonjak di seluruh dunia.

Rosa Rolle dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) berkata, spirulina adalah sumber makanan penting sejak berkurun lamanya.

"Ia tumbuh secara semula jadi di Tasik Texcoco di Mexico dan dimakan oleh puak Inca. Kebanyakan negara yang bersempadan dengan Tasik Chad di Afrika Barat turut menjadikannya sumber protein," katanya kepada AFP.


PIRING-PIRING petri menunjukkan kadar pesat pembiakan spirulina dalam tempoh 24 jam.


Masalah kesihatan

Bagaimamnapun, kata Rolle, spirulina juga berisiko menyebabkan masalah kesihatan bagi mereka yang menghidap penyakit gout kerana ia menghasilkan banyak asid urik. Orang ramai perlu dididik mengenai kesan positif dan negatif spirulina sebelum mengambilnya.

"Anda memerlukan maklumat nutrisi mengenainya, namun ia tidak menjadi masalah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan," katanya.

Bumbung bangunan pencakar langit di Bangkok merupakan tempat yang paling sesuai mengusahakan spirulina berikutan pancaran terus cahaya matahari dan suhu tinggi yang sekata.

Antara kebaikan alga ini adalah menyingkirkan gas karbon dioksida menerusi proses fotosintesis. Pakar- pakar spirulina menyifatkan cara penanaman di bandar adalah baik kerana ia dapat sampai kepada pengguna pada hari yang sama ia dituai.

Sebaik dikumpulkan, alga spirulina akan dicuci menggunakan tangan dan dikeringkan dengan mesin basuh yang diubah suai.

Ia kemudian dipadatkan ke dalam bekas-bekas, sekali lagi menggunakan tangan kerana belum ada mesin dicipta untuk memproses cecair pekat seperti jeli yang dihasilkannya.

"Kami telah membuat banyak percubaan dan menempuh banyak kegagalan.

"Namun, hasilnya adalah sangat baik untuk vegetarian kerana ia dilengkapi dengan antioksidan dan membantu detoksikasi tubuh," kata Pengarah Teknologi EnerGaia, Derek Blitz.

Dalam makmal syarikat tersebut, barisan tabung uji berlainan saiz dihubungkan antara satu sama lain sebagai tempat membiakkan alga itu, manakala tong-tong berlainan saiz di atas bangunan pula diuji untuk memastikan yang mana satu menghasilkan lebih banyak spirulina.

EnerGaia menegaskan bahawa ia adalah satu-satunya pengeluar spirulina segar dunia ketika syarikat lain hanya memasarkan produk kering dan yang telah diproses.


SPIRULINA disifatkan sebagai makanan super oleh pakar-pakar makanan kesihatan dengan manfaat antioksidan dan detoksikasi tubuh.


Bereksperimen

Bekas padat alga mampu bertahan selama kira-kira tiga minggu selepas dituai, namun Blitz merancang untuk meningkatkan tempoh tersebut dalam usaha mengeksportnya ke luar negara.

"Antara kelebihan mendapatkannya secara segar kerana ia tidak mempunyai sebarang rasa dan boleh dicampurkan ke dalam apa jua jenis makanan.

"Pengambilan spirulina umpama memakan sayur yang sudah dimasak berbanding yang mentah. Lebih banyak nutrien dalam yang segar berbanding yang kering. Selain itu, pengambilan spirulina segar tidak memerlukan banyak tenaga kerja," kata Blitz lagi.

Sebahagian chef dari Bangkok turut bereksperimen dengan alga tersebut, seperti pemilik Oyster Bar, Bill Marinelli.

"Ia benar-benar memberi kesan baik kepada anda. Kami menambahkannya ke dalam hidangan untuk meningkatkan nilai nutrisinya," katanya.

Warna alga itu sangat kuat sehingga apa juga yang dicampurkan dengannya bertukar hijau. Disebabkan ia tidak mempunyai rasa, Marinelli masih terus menggunakannya.

"Saya melihatnya sebagai alternatif kepada protein haiwan. Kita dapat mengurangkan jumlah protein dalam hidangan ikan atau daging dengan memasukkan spirulina sebagai sumber protein tambahan," katanya.

Spirulina telah digunakan sebagai makanan suplemen selama berpuluh-puluh tahun dan popular dalam kalangan ahli bina badan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved