Rabu, 7 Ogos 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


KTMB beri 2,000 pek raya kepada penumpang

Posted:

KTMB beri 2,000 pek raya kepada penumpang

KTMB beri 2,000 pek raya kepada penumpang

KAKITANGAN KTMB mengedarkan bungkusan cenderamata Aidilfitri kepada penumpang tren ETS ke Ipoh, baru-baru ini.


BERTUAH. Kira-kira 2,000 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerima sumbangan berupa pek cenderamata sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut wakil Pegawai Unit Koperasi Korporat KTMB, sumbangan tersebut merupakan salah satu daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat dan tanda ingatan kumpulan KTMB sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Agihan pek tersebut melibatkan 500 penumpang aliran KTM Komuter, 600 penumpang aliran Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dan 900 penumpang ETS Intercity.

Pek yang diedarkan di Stesen KL Sentral Kuala Lumpur itu mengandungi beberapa barangan seperti seperti air kotak, biskut raya, dodol dan sampul duit raya.

Nancy beri sumbangan Aidilfitri di Sadong Jaya

Posted:

Nancy beri sumbangan Aidilfitri di Sadong Jaya

Nancy beri sumbangan Aidilfitri di Sadong Jaya


PARA penerima sumbangan hari raya terdiri daripada anak yatim, OKU dan warga emas di Sadong Jaya baru-baru ini.


BANTU. Aidilfitri tahun ini memberi sinar kegembiraan buat 100 anak yatim, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal di kawasan Sadong Jaya, Sarawak apabila menerima sumbangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri baru-baru ini.

Setiap penerima mendapat sumbangan barangan keperluan asas dan duit raya yang disampaikan di Masjid Hayatul Islam, Kampung Lubok Punggor.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, memang menjadi hasratnya untuk mengadakan majlis amal bagi membantu penduduk kurang bernasib baik di kawasan tersebut.

Pada sebelah petang, Nancy meneruskan pengagihan sumbangan bantuan hari raya di Masjid Al-Khawtar, Sungai Kelang, Sadong Jaya.

Econsave bantu golongan kurang mampu di Senai

Posted:

Econsave bantu golongan kurang mampu di Senai

Econsave bantu golongan kurang mampu di Senai


ECONSAVE memeriahkan lebaran bagi 50 keluarga kurang berkemampuan dengan membawa mereka membeli-belah di pasar raya itu di Senai baru-baru ini.


BERKONGSI. Pasar raya Econsave berkongsi kegembiraan bersama 50 keluarga kurang bernasib baik dengan mengajak mereka berbelanja di premis itu sambil ditemani empat artis terkenal baru-baru ini.

Menurut Pengurus Operasi Wilayah Selatan, Mas Imran Adam, program itu pada tahun ini membawa sedikit kelainan apabila Econsave membawa artis seperti Sasha Saidin, Altimet, Awi Rafael dan IamNeeta.

"Selain untuk meringankan golongan kurang kemampuan, kita sebenarnya mahu mereka lebih bersemangat dengan kehadiran artis-artis yang datang dari jauh membantu mereka membeli barangan keperluan raya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Berkongsi Keberkatan Syawal di pasar raya Econsave Senai, Johor.

Pada majlis tersebut juga, barisan artis yang hadir turut menghiburkan semua ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), fakir miskin dan anak yatim dengan lagu popular masing-masing.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Aidilfitri tanpa kehadiran anak

Posted:

Aidilfitri tanpa kehadiran anak

Aidilfitri tanpa kehadiran anak

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

SENI AISHAH sebak ketika ditemu bual di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - "Perniagaannya tidak maju jika mak cik tinggal dengan dia (anak). Mak cik juga dianggap pembawa sial dan celaka menyebabkan mak cik dibuang ke sini."

Demikian antara luahan sedih Seni Aishah Abdullah, 73, ketika ditemui wartawan Kosmo! di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Kampung Pulau Meranti di Puchong dekat sini.

"Sejak dicampak ke sini tujuh tahun lalu, mak cik tidak pernah dipedulikan oleh keluarga dan tiga orang anak mak cik," katanya dalam nada tersekat-sekat kerana terlalu sedih mengimbau nasib diri yang malang.

Seni Aishah yang berasal dari Bandar Kinrara merupakan seorang India Muslim yang dihantar ke pusat jagaan itu oleh salah seorang anak lelakinya.

"Anak saya memiliki perniagaan kedai runcit. Kami selalu bergaduh berpunca daripada hal-hal kecil dan selepas dia (anak) tidak tahan dengan mak cik dan ditambah perniagaannya kerap rugi, anak ambil keputusan hantar mak cik di sini," kata warga emas itu.

Walaupun pada hakikatnya amat menyakitkan apabila dibuang darah daging sendiri, namun Seni Aishah memberitahu, dia tetap bersyukur kerana pusat jagaan itu lebih sempurna dan terjaga berbanding tinggal di rumah anak-anak sendiri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hargai keharmonian negara

Posted:

Hargai keharmonian negara

Hargai keharmonian negara

PERTAMANYA, bersama-samalah kita dengan penuh rasa syahdu menggemakan takbir dan kalimah-kalimah tahmid bagi menyambut detik kemenangan pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.

'Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahhil Hamd'.

Alhamdulillah, kita rafakkan rasa syukur tidak terhingga, bersempena hari lebaran penuh syahdu dan barakah ini. Pastinya, segala ini mampu dinikmati kerana keamanan, kemakmuran serta keharmonian yang wujud.

Tentunya juga, dengan izin Allah SWT, kita dalam keadaan bebas daripada peperangan, persengketaan, mahupun bencana alam melampau seperti yang melanda saudara-saudara seakidah di beberapa negara seluruh dunia.

Justeru, kita perlu menginsafi betapa bukannya mudah untuk membina tapak seterusnya memastikan kelangsungan sebuah negara yang stabil seperti Malaysia hari ini.

Pucuk pangkalnya, benarlah kata orang bijak pandai bahawa perpaduan bukannya barang boleh diganti, perpaduan bukannya barang yang boleh dijual beli.

Jelas sekali, perpaduan nasional yang mapan adalah tunjang kepada haluan Malaysia menjadi sebuah negara maju yang dijangkakan sekitar tujuh tahun lagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua pasangan kekasih dicekup

Posted:

Dua pasangan kekasih dicekup

Dua pasangan kekasih dicekup

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kegiatan dua pasangan kekasih mencuri kenderaan dengan menggunakan alat mematikan sistem penggera kereta tidak bertahan lama apabila mereka diberkas kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, empat suspek yang berusia 31 hingga 36 tahun itu ditahan secara berasingan di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama di sini pada pukul 9 pagi.

"Penahanan terhadap kumpulan suspek itu dibuat selepas polis menerima satu laporan berkaitan kes curi kenderaan di kawasan Petaling di sini.

"Polis yang melakukan intipan menemui kereta tersebut jenis Proton Waja yang dinaiki dua wanita di kawasan tempat letak kenderaan kondominium berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini semalam.

Menurut Aida, soal siasat lanjut, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di situ dan menahan dua lelaki di dalamnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Rayuan ibu gelandangan

Posted:

Rayuan ibu gelandangan

Rayuan ibu gelandangan

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

KEPULANGAN anak tersayang yang hilang sejak empat tahun lalu merupakan hadiah yang dinanti-nantikan Hamidah pada Aidilfitri tahun ini.


TATKALA takbir bergema pada pagi Syawal, perasaan sayu pasti mencengkam hati Hamidah Narai, 53. Sudah empat tahun dia tidak membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Bagi Hamidah, hari kemenangan bagi semua umat Islam itu tidak membawa apa-apa makna kerana keluarga tersayang tiada lagi di sisinya.

Aidilfitri tanpa keluarga merupakan pengalaman perit yang dilaluinya saban tahun. Dia juga menunggu kepulangan anak lelakinya yang sudah empat tahun menghilangkan diri.

"Pada bulan Ramadan lalu, saya menjalani hidup sendirian. Berbuka puasa dan bersahur bersama rakan-rakan di jalanan dengan hasil sumbangan orang ramai yang bersimpati terhadap kami," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Hamidah merupakan salah seorang gelandangan yang tinggal di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur sejak empat tahun lalu. Pada waktu siang, dia tinggal di rumah setinggan rakannya di Kampung Baru sebelum ke kawasan tersebut untuk tidur pada sebelah malam.

"Saya sudah dua dekad bercerai. Kini, anak pula hilang tanpa khabar berita. Saya harap anak saya Mohd. Hanafi Samsuri, 26, datang menjenguk saya pada hari raya ini.

"Anak saya meninggalkan saya sendirian selepas datuknya meninggal dunia empat tahun lalu. Saya juga mengetahui dia kini sedang bahagia bersama isteri dan anak-anaknya," ujarnya yang pernah ditipu sebanyak RM200 oleh seseorang untuk mencari anaknya itu di sekitar ibu kota.

Hamidah yang tidak mempunyai masalah kesihatan, tidak mengharapkan wang ringgit daripada anaknya itu tetapi cukuplah sekadar dapat menatap wajahnya pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Kebanyakan golongan gelandangan mempunyai pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka di Kuala Lumpur. Namun, pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk mereka dan keluarga di kampung. Justeru, tidur di jalanan ialah penyelesaian untuk mereka terus hidup di ibu kota.

Bagi seorang lagi gelandangan yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Jo, dia akan pulang ke kampungnya di Klang, Selangor.


SUMBANGAN yang sedikit memberi makna yang besar kepada mereka yang kurang bernasib baik.


Simpan pendapatan

Namun, pengawal keselamatan di syarikat swasta di ibu negara itu menyambut Aidilfitri secara sederhana seperti tahun-tahun terdahulu.

"Keluarga tidak tahu mengenai kehidupan saya di ibu kota lebih-lebih lagi tempat tinggal. Saya juga akan menyimpan sebahagian pendapatan kira-kira enam bulan lalu bagi membeli sedikit kelengkapan untuk isteri dan dua anak di kampung.

"Saya tidak pernah menyalahkan takdir. Walaupun saya hidup sebagai gelandangan, saya juga mempunyai perasaan untuk menyambut lebaran seperti orang lain," ujarnya.

Jo juga bersimpati dengan rakan-rakan gelandangan lain kerana ada dalam kalangan mereka tidak mampu pulang menyambut hari raya di kampung.

"Kebanyakan gelandangan merupakan perantau dari negeri lain. Memandangkan tidak cukup wang, mereka mengambil keputusan untuk menyambut lebaran di ibu kota bersama rakan-rakan lain.

"Sekiranya ada yang tampil membantu kami seperti pada bulan Ramadan lalu, dapatlah mereka merasai sedikit kemeriahan berhari raya walaupun jauh daripada keluarga," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Jangan sampai jadi 'lauk' Barca

Posted:

Jangan sampai jadi 'lauk' Barca

Jangan sampai jadi 'lauk' Barca

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

MESSI (kanan) dijangka mengetuai Barcelona ketika menentang Harimau Malaya pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.


SEMANGAT Aidilfitri bakal menjadi tonik terbaik buat Harimau Malaya ketika melayan kunjungan Barcelona dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

Hanya diberikan cuti pelepasan selama dua hari bermula kelmarin, situasi itu sewajarnya dijadikan pembakar semangat buat anak-anak buah Datuk K. Rajagobal mempamerkan taring sebenar ketika berdepan The Catalan kelak.

Meskipun ia bukan satu tugas mudah lantaran aura skuad kendalian Gerardo Martino itu yang tidak lagi perlu dipersoalkan, ada baiknya Harimau Malaya mengelak daripada teruk 'diratah' gergasi Sepanyol itu.

Rentetan kekalahan memalukan apabila bolos 12 gol tanpa balas dalam tiga aksi persahabatan di bumi Jepun baru-baru ini memberi petanda jelas betapa Harimau Malaya berdepan tugas cukup sukar.

Ditambah pula, Barcelona masih segar dengan kejayaan membelasah kelab terkemuka Brazil, Santos 8-0 pada aksi persahabatan - Trofi Joan Gamper di Nou Camp, Jumaat lalu.

Justeru, anak-anak buah Rajagobal harus bersedia lebih awal bagi mengelak daripada dibelasah dengan jumlah jaringan yang lebih besar ketika berdepan Barcelona nanti.

"Jika berjaya melakar kemenangan ataupun seri ketika berdepan Barcelona sudah dianggap satu bonus buat skuad Harimau Malaya.

"Jadi pemain harus mengelak daripada tewas dengan jumlah jaringan yang lebih besar daripada aksi di Jepun tempoh hari," kata bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan.

Wan Jamak berkata, pemain negara perlu segera melupakan episod kekecewaan di negara Matahari Terbit itu selain tidak gentar dengan reputasi Barcelona selaku gergasi Eropah.

"Ini peluang kepada skuad negara kembali memenangi hati peminat dengan menampilkan aksi lebih kemas dan tersusun.

"Segala-galanya terpulang kepada pemain dan jurulatih sama ada mahu memanfaatkan peluang ini bagi memulihkan kepercayaan peminat ataupun tidak," kata Wan Jamak yang pernah membimbing skuad kebangsaan pada 1996.

Terdahulu, Rajagobal dikecam hebat apabila anak-anak buahnya sekadar mampu melakar dua kemenangan selepas mengharungi 13 perlawanan tahun ini, selain Harimau Malaya gagal memperbaiki kedudukan lebih baik dalam ranking dunia apabila kini menghuni tangga ke-159.

Selain kekalahan memalukan di bumi Jepun baru-baru ini, skuad kendalian Rajagobal juga gagal mengekang cabaran Chelsea apabila tumpas 1-4 di Stadium Shah Alam, 21 Julai lalu.

Aksi persahabatan itu merupakan sebahagian daripada perancangan Rajagobal sebagai persediaan mengharungi baki kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Ketika ini, Harimau Malaya menghuni tangga ketiga Kumpulan D dengan tiga mata selepas tewas 0-2 kepada Qatar pada aksi pertama sebelum menang 2-1 ke atas Yemen pada aksi kedua Mac lalu.

Selepas melayan kunjungan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Oktober depan, Harimau Malaya sekali lagi berdepan lawan yang sama di Stadium Manama (15 November) sebelum menentang Qatar (19 November) dan Yemen pada 5 Mac tahun depan.

Aidilfitri tiga sekawan

Posted:

Aidilfitri tiga sekawan

Aidilfitri tiga sekawan

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


ARFY (empat dari kiri), Nur Ayuni Farhana (barisan belakang, tiga dari kanan) dan Zulfadli (barisan belakang, dua dari kanan) bergambar bersama guru-guru serta para pelajar di SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.


AIDILFITRI kali ini ternyata membawa kelainan tersendiri buat tiga atlet muda negara - pemain badminton, Zulfadli Zulkifli, penembak wanita, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan pelumba basikal trek, Mohd. Arfy Qhairant Amran.

Melupakan seketika rutin harian sebagai seorang atlet sempena sambutan Hari Raya, ketiga-tiga atlet terbabit sudah mempunyaii perancangan masing-masing bagi menyambut hari lebaran tahun ini.

Sambil menyifatkan Aidilfitri sebagai peluang terbaik untuk berjumpa ahli keluarga dan sanak saudara, berkongsi kegembiraan Syawal bersama pelajar-pelajar istimewa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor juga menambah 'perisa' dalam diari mereka.

"Ini pertama kali saya merasa pengalaman sebegini. Saya selalu sibuk dengan latihan dan menyertai kejohanan sehingga membuatkan saya kadangkala terlupa nasib mereka yang lain.

"Melihat keadaan mereka, ia membuatkan saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Pertama kali terlibat dengan kerja amal, ia benar-benar membuatkan saya sedar dengan banyak perkara," ujar Zulfadli.

Menurut Zulfadli, buat pertama kali selepas empat tahun, dia dapat meraikan Aidilfitri bersama ahli keluarganya di kampung di Johor.

"Sebelum ini, saya terpaksa beraya di perantauan seperti di Vietnam dan Taiwan kerana menghadapi kejohanan di sana. Memang susah hendak ceritakan perasaan setiap kali mendengar takbir tanpa ahli keluarga.

"Tahun ini, saya bersyukur sangat kerana tidak ada sebarang kejohanan pada Aidilfitri.

"Jadi saya mendapat peluang untuk beraya bersama ahli keluarga di Johor," katanya yang hanya bercuti selama beberapa hari sebelum kembali menyambung latihan bagi menghadapi kejohanan di Taiwan.

Bagi Nur Ayuni Farhana, pengalaman berbeza yang pelbagai ditempuhi setiap tahun menjadi sebahagian daripada cerita Aidifitrinya.

Menyingkap pengalaman sebagai atlet negara yang sering berkelana di bumi asing, insiden tiba di lapangan terbang tatkala takbir raya berkumandang menjadi titipan yang paling sukar dilupakan.

"Peristiwa itu berlaku pada 2008 ketika saya menyertai satu kejohanan di Vietnam di mana ia bermula 10 hari sebelum raya.

"Walaupun bertanding dan memberi yang terbaik, saya akui waktu itu, semangat makin hari, memang dah lama terbang sebab asyik teringat kampung halaman.

"Boleh dikatakan, semangat beraya mengatasi semangat untuk bertanding pada waktu itu.

"Bukan itu sahaja, masing-masing risau tidak dapat pulang ke Malaysia tepat pada waktunya. Apabila sampai di lapangan terbang, masa itu terdengar takbir raya. Memang semua orang menangis sebab sayu.

"Walaupun sudah selamat tiba dan berada di Malaysia, perasaan sedih itu tetap tebal. Maklumlah, umur masih muda ketika itu.

"Jadi, perasaan sayu menjadi-jadi. Sedih sangat sebab malam raya berada di lapangan terbang," ungkap Nur Ayuni Farhana yang ketika itu berusia 19 tahun.

Memilih busana dari motif dan fabrik batik, Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat Nur Ayuni Farhana apabila dapat beraya bersama keluarga suami di Pulau Pinang.

"Perasaan bercampur aduk. Berdebar ada, teruja pun ada sebab ini pertama kali beraya bersama keluarga mertua.

"Namun, saya tak kisah sebab yang paling penting, keluarga ada," jelasnya yang memilih warna biru sebagai tema Aidilfitri tahun ini.

Arfy Qhairant turut melahirkan rasa syukur kerana dapat meraikan hari lebaran bersama ahli keluarga tahun ini.

Memilih warna jingga, Arfy Qhairant menjelaskan, setiap tahun dia mengutip pengalaman berbeza ketika menyambut Ramadan dan Syawal.

"Untuk tahun ini, pengalaman paling istimewa ialah bersama pelajar kurang upaya. Pengalaman terlalu berharga bagi saya.

"Melihat situasi mereka, ia membuatkan saya kenal erti syukur dan berterima kasih dengan apa yang saya ada sekarang.

"Sudah tentu saya rasa tercabar melihat kesungguhan mereka berjaya dalam sukan dan pelajaran meskipun mereka banyak kekurangan.

"Saya akan mengambil semangat mereka dan akan mengingatinya apabila saya hampir berputus asa.

"Malu kalau saya mudah putus asa sedangkan saya mempunyai banyak kelebihan berbanding mereka," jelasnya.

Menyentuh mengenai persiapan raya, Arfy enggan berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

"Paling utama, dapat beraya dengan keluarga sambil menikmati hidangan yang lazat seperti rendang dan ketupat," katanya.

Misi Tengku Mahaleel

Posted:

Misi Tengku Mahaleel

Misi Tengku Mahaleel

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


TENGKU MAHALEEL (dua dari kanan) bersalaman dengan Mohd. Nadzmi selepas dipilih sebagai Presiden BAM yang baharu.


PRESIDEN baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dilihat mempunyai misi tersendiri dalam usaha beliau untuk membangunkan sukan badminton di negara ini.

Selepas dilantik secara rasmi pada 27 Julai lalu bagi menggantikan tempat Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh, Tengku Mahaleel mendedahkan bahawa beliau mempunyai hasrat untuk menjadikan sukan badminton sebagai sebuah industri.

Terkenal dengan latar belakang sebagai ahli korporat, ternyata bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holding Berhad itu bukan sahaja dilihat mampu menjadikan badminton sebagai satu industri sukan, malah usahanya itu juga bakal mengembangkan lagi sukan badminton dengan baik.

"Pada era sekarang, badminton adalah satu industri yang sedang meningkat, sama ada daripada segi kewangan dan juga pemain-pemain yang baharu.

"Jadi satu-satunya yang kami hendak pastikan boleh atau tidak (boleh)... badminton menjadi satu industri dan Malaysia sebagai sebuah negara pelopor," kata Tengku Mahaleel.

Ujarnya, karier dalam sukan badminton juga tidak boleh diperkecilkan kerana setiap pemain yang berjaya atau jurulatih menerima pendapatan yang tinggi.

"Seperti jurulatih, pendapatan mereka juga sudah meningkat dan lebih daripada (lulusan) siswazah, jadi ini membuktikan ada karier (yang terjamin) dalam bidang kejurulatihan.

"Kalau kita lihat pemain-pemain badminton yang handal sekarang yang berada dalam ranking 20 dunia, mereka semua jutawan. Jadi ini ialah perniagaan dan bukan hanya sukan untuk menyihatkan badan.

"Contohnya (Datuk) Lee Chong Wei, dia jutawan kerana dia ada penaja dan hadiah kemenangan yang diperoleh juga sudah meningkat," kata Mahaleel yang juga Presiden Persatuan Badminton Kelantan.

Begitupun, Tengku Mahaleel mengakui tugas utama yang perlu diutamakan beliau sekarang adalah untuk mempromosikan lagi sukan badminton di peringkat akar umbi.

Menurutnya, persepsi dalam kalangan ibu bapa harus diubah terlebih dahulu kerana mereka merupakan pengaruh utama yang menentukan karier dan masa depan anak-anak.

"Kalau kita hendak menjadikan badminton sebagai satu industri, pertama sekali kena cari ramai pemain, peminat atau penyokong.

"Dalam hal ini, ibu bapa yang mustahak sebab ibu bapalah yang memberikan galakan kepada anak-anak mereka untuk memasuki bidang ini.

"Kadang-kadang ibu bapa yang melihat anak pergi ke sekolah, mereka kalau boleh mahu anak-anak menjadi jurutera, doktor dan sebagainya.

"Begitupun, kalau kita lihat daripada segi industri sukan, anda akan lihat pemain bola sepak (antarabangsa) yang menerima gaji mencecah RM1 juta seminggu.

"Jadi BAM mesti memainkan peranan yang penting untuk memberi galakan dan mempromosikan sukan badminton," jelasnya.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Malaysia (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang menyokong hasrat tersebut mengakui Tengku Mahaleel akan menjadi peneraju jika matlamatnya itu tercapai.

"MSN memang sangat gembira jika sukan badminton dapat dijadikan industri sukan yang berjaya kerana ia bukan sahaja akan mendatangkan pendapatan untuk atlet tetapi untuk persatuan, sekali gus untuk negara kita.

"Di Malaysia, industri sukan masih di peringkat awal. Jika dalam sukan badminton, individu yang berjaya sekarang ialah Chong Wei kerana beliau berada pada ranking No. 1 dunia.

"Chong Wei bukan sahaja bagus daripada segi ranking tetapi pencapaian beliau dalam kejohanan juga baik.

"Jadi penaja menjadikan beliau sebagai sumber perniagaan. Nama dia sahaja dapat dijual menerusi iklan barangan seperti Yonex dan sebagainya," kata Zolkples.

Bagaimanapun, Zolkples juga percaya pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh BAM dalam usaha mereka untuk merealisasikan hasratnya itu.

"Badminton tidak seperti bola sepak kerana bola sepak sukan No. 1 di negara ini dan tarikan daripada peminat sukan tanah air juga tinggi.

"Jadi dengan melahirkan ramai pemain-pemain bertaraf dunia seperti Chong Wei dapat meningkatkan sukan badminton di Malaysia," tambahnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Umat Islam sambut Aidilfitri esok

Posted:

Umat Islam sambut Aidilfitri esok

Umat Islam sambut Aidilfitri esok

07/08/2013 8:29pm

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,

Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 8 Ogos 2013," katanya. - Bernama

Lori peniaga ayam yang maut dilanggar ditemui semula

Posted:

Lori peniaga ayam yang maut dilanggar ditemui semula

Lori peniaga ayam yang maut dilanggar ditemui semula

07/08/2013 7:31pm

KUALA LUMPUR - Lori milik seorang peniaga ayam yang maut ketika cuba menghalang penyamun daripada melarikan lorinya di Taman Serdang Raya dekat sini Isnin lalu ditemui semula bersama kesemua barangan niaganya.

Ketua Daerah Polis Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, lori itu ditemui kira-kira pukul 4.30 petang semalam di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Selayang.

"Lori itu berada dalam keadaan baik. Barang niaga seperti ayam dan daging tidak diusik.

Namun suami mangsa melaporkan jumlah kerugian adalah sebanyak RM15,000 termasuk hasil perniagaan.

"Motif utama penjenayah adalah untuk mencuri duit," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak

berhampiran lokasi tidak menunjukkan wajah suspek, hanya lori berkenaan. - Bernama

Manfaat sambutan perayaan untuk perkukuh semangat 1Malaysia - Lee Lam Thye

Posted:

Manfaat sambutan perayaan untuk perkukuh semangat 1Malaysia - Lee Lam Thye

Manfaat sambutan perayaan untuk perkukuh semangat 1Malaysia - Lee Lam Thye

07/08/2013 1:27pm

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama perlu memanfaatkan sambutan perayaan untuk memperkukuhkan lagi ikatan setiakawan, keharmonian antara kaum dan agama menerusi semangat sebenar 1Malaysia.

Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, Malaysia adalah unik kerana perayaan bagi sesuatu kaum turut diraikan oleh kaum etnik lain dan ini adalah ciri sebenar masyarakat majmuk di negara ini.

"Membina persefahaman dan sikap hormat menghormati antara penganut pelbagai agama sepertimana ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara adalah kunci kepada keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara yang rakyatnya terdiri pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia," katanya dalam perutusan di sini hari ini sempena sambutan Aidilfitri.

Menghormati pegangan agama seseorang telah menjadi ciri penting dalam masyarakat pelbagai kaum dan adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk mempertahankannya, katanya.

"Perpaduan negara adalah kunci kejayaan negara kita. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlu memanfaatkan setiap peluang untuk meningkatkan semangat perpaduan menerusi lebih banyak tindakan bersama dalam semua aspek aktiviti kemasyarakatan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata setiap orang perlu melakukan usaha berterusan untuk menggalakkan budaya aman, harmoni dan perpaduan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Letupan akibat gas bocor bunuh 8 mangsa

Posted:

Kuan Yew nafi beliau punca kelahiran rendah

Kuan Yew nafi beliau punca kelahiran rendah

BEKAS Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (kanan) menemui Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden di Istana Presiden, Singapura pada 26 Julai lalu. - Agensi


SINGAPURA – Pengasas negara Singapura, Lee Kuan Yew menafikan bahawa dasarnya telah menyebabkan berlaku kadar kelahiran rendah di pulau ini.

Beliau turut menyatakan, pemberian insentif kewangan kepada pasangan suami isteri tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam petikan sebuah buku baharu yang dilancarkan semalam, Kuan Yew menegaskan bahawa keengganan pasangan suami isteri di sini mendapatkan lebih ramai anak berpunca daripada perubahan gaya hidup dan cara berfikir.

Beliau berkata, faktor tersebut tidak dapat diubah semata-mata melalui pemberian insentif kewangan.

Di sebalik pemberian 'bonus bayi' sebagai galakan untuk pasangan mempunyai lebih ramai anak, kadar kelahiran di sini pada 2012 berada pada 1.20 bayi untuk setiap wanita.

Bilangan itu jauh lebih rendah daripada angka 2.1 orang bayi yang diperlukan untuk mengekalkan populasi di pulau ini.

Bekas Perdana Menteri itu yang bersara daripada politik pada 2011 turut menyifatkan 'tidak munasabah' dakwaan bahawa dasar "Berhenti Pada Dua Anak" yang dilaksanakan olehnya pada tahun 1970-an menjadi punca kejatuhan kadar kelahiran bayi di pulau ini.

Bimbang letusan populasi akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan infrastruktur pulau ini, pentadbiran Kuan Yew melaksanakan langkah ketat tersebut bagi mendesak pasangan muda supaya mempunyai cuma dua anak.

"Insentif wang yang banyak cuma mempunyai kesan sedikit dalam menangani masalah kejatuhan kadar kelahiran," kata Kuan Yew.

"Saya tidak dapat menyelesaikan masalah ini dan saya sudah berputus asa," kata Kuan Yew dalam buku baharunya yang berjudul One Man's View of the World.

Beberapa petikan daripada buku tersebut disiarkan dalam akhbar Straits Times semalam menjelang pelancaran rasminya pada hari yang sama.

"Saya menyerahkan tugas itu kepada para pemimpin generasi seterusnya. Saya berharap mereka atau pengganti mereka akhirnya akan dapat mencari jalan keluar daripada masalah ini," kata Kuan Yew.

Pemimpin tersebut menyerahkan kuasa kepada timbalannya, Goh Chok Tong pada 1990 selepas mentadbir negara selama 31 tahun.

Beliau meneruskan tugas sebagai penasihat Kabinet hingga 2011.

Anak lelaki Kuan Yew, Lee Hsien Loong memegang jawatan Perdana Menteri Singapura selepas pengunduran Chok Tong pada 2004.

Kadar kelahiran di Singapura kekal rendah sejak beberapa dekad lalu, sekali gus memaksa pemerintah membuka pintu kepada warga asing yang kini merangkumi satu pertiga penduduknya.

Kebanjiran warga asing bagaimanapun mendapat bantahan penduduk tempatan sehingga memaksa pemerintah mengetatkan kemasukan mereka sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Kuan Yew, kejatuhan kadar kelahiran kekal sebagai ancaman terbesar terhadap kelangsungan Singapura.

Beliau memberi contoh Jepun yang akan hilang daya saingnya ekoran pening- katan jumlah warga emas setelah pasa- ngan suami isteri di negara itu gagal melahirkan bayi yang mencukupi untuk keperluan negara.

Keengganan Jepun membuka pintu kepada imigran akan menyebabkan negara itu merosot dengan lebih jauh, katanya.

"Jika saya seorang belia Jepun dan saya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, saya akan memilih untuk berhijrah ke luar negara," ujar Kuan Yew. – AFP

Ford ganti Willis dalam

Posted:

Hrithik kembali berlakon selepas pembedahan

Hrithik kembali berlakon selepas pembedahan


BARISAN bintang Bollywood, Vivek Oberoi (kiri), Kangna Ranaut (dua dari kiri) dan Hrithik Roshan semasa menghadiri pelancaran filem Krrish 3 yang diterbit dan diarahkan oleh Rakesh Roshan (dua dari kanan) di Mumbai kelmarin.


MUMBAI - Bintang Bollywood, Hrithik Roshan kembali beraksi selepas menjalani pembedahan otak pada bulan lepas.

Pembedahan itu ekoran kecederaan yang dialami semasa melakukan aksi lagak ngeri untuk filem baharunya.

Roshan, 39, yang membuat penampilan kali pertama selepas pembedahan pada 7 Julai lalu berkata, dia kini berada dalam keadaan sihat.

Aktor tersebut menyatakan demikian semasa menghadiri majlis pelancaran filem baharunya, Krrish 3.

"Walaupun ada lubang pada baha- gian otak, semangat saya tetap kuat," katanya semasa sidang akhbar di Mumbai semalam.

"Kehidupan memang mencabar tetapi ia mengambil tiga saat untuk anda membuat keputusan sama ada anda adalah seorang adi wira atau tidak. Saya adi wira," tambahnya.

Roshan yang popular menerusi filem Kaho Na Pyar Hai tercedera semasa melakukan aksi untuk sekuel filem Bang Bang.

Kecederaan itu menyebabkan Roshan kerap mengalami sakit kepala ekoran pendarahan dalam otak yang bertukar menjadi darah beku. - AFP

Tujuh maut bom gegar Karachi

Posted:

Bayi baru lahir selamat kereta dipandu bapanya terbalik

Bayi baru lahir selamat kereta dipandu bapanya terbalik


Mokhles RAHEEMA (kiri) gembira dengan kehadiran anggota baharu dalam keluarganya.


STOCKHOLM - Seorang lelaki Sweden panik apabila isterinya yang sedang sarat mengandung anak ketiga mereka bersalin di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital, kata lelaki berkenaan kelmarin.

Mokhles Raheema memberitahu, situasi cemas itu menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di sebatang jalan raya.

Menurutnya, insiden itu berlaku pada Ahad lalu apabila isterinya berada di tempat duduk belakang semasa mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah hospital di bandar Gavle, timur Sweden.

Namun, sebelum tiba di hospital itu isteri Raheema bersalin di dalam kereta mereka.

"Dia berkata, bayi kita hendak keluar," kata Raheema kepada sebuah stesen televisyen tempatan.

"Saya dapat melihat anak saya keluar dan terjatuh di lantai kereta," tambahnya.

Jelas Raheema, ketika itu matanya tidak tertumpu pada pemanduan, menyebabkan keretanya yang terbabas ke dalam sebuah parit dan terbalik.

Bagaimanapun, semua ahli keluarga Raheema terselamat dengan bayi itu ditemui terselit di bawah kerusi.

Mereka kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Remy mengemas,Misha sedih, Fara bercuti

Posted:

Remy mengemas,Misha sedih, Fara bercuti

Remy mengemas,Misha sedih, Fara bercuti

Remy balik kampung
SUASANA lokasi fotografi di Hotel One World, Damansara, bertukar menjadi riuh-rendah apabila tiga bintang terkenal, aktor Remy Ishak, penyanyi, Misha Omar dan penyampai radio popular, Fara Fauzana bertemu.

Misha dan Fara yang cukup akrab tidak henti-henti mengusik Remy sehingga pelakon berkulit sawo matang itu tersipu malu.

Beritahu Remy, itu kali pertama dia digandingkan bersama dua wanita popular ini dan sejujurnya dia gugup untuk berhadapan dengan mereka.

"Memang saya tidak pernah bergambar sekali dengan mereka berdua, rasa gementar pun ada tetapi saya cukup seronok kerana mereka mempunyai perangai yang gila-gila," getus Remy.

Bercerita tentang raya, saban tahun Remy pasti pulang ke kampung halaman di Masjid Tanah, Melaka. Tahun ini cuti raya selama dua minggu akan digunakan sepenuhnya untuk beraya dan berehat.

Tutur Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 31, suasana riuh-rendah sewaktu berkumpul dan bergotong-royong bersama sanak saudara menyiapkan juadah raya antara perkara yang dirinduinya.

"Biasanya, tugas saya adalah mengemas rumah kerana saya tidak pandai memasak. Saya juga tolong mana yang patut terutama pada malam raya yang saya rasakan kaum wanita paling sibuk.

"Kalau lewat masak, maka berjagalah kami semua sampai pagi kerana keesokan harinya, tetamu harus disambut dengan hidangan terutamanya rendang hasil tangan ibu saya," kata anak kedua daripada empat adik-beradik itu.

Bercerita tentang kenangan raya, antara kenangan yang tidak boleh dilupakan adalah ketika namanya mula-mula berada di puncak populariti pada tahun 2009 selepas drama bersiri Nur Kasih mencipta fenomena luar biasa.

"Waktu itu saya sendiri terkejut kerana rumah saya di Melaka dikunjungi oleh ramai peminat. Macam mana mereka boleh tahu rumah saya yang mana satu pun, saya tidak tahu. Ada yang datang dari jauh dan sehingga lewat malam.

"Jika boleh, saya mahu hari raya pertama diraikan bersama keluarga sahaja. Namun, saya tidak boleh menolak jika peminat datang ke rumah.

"Ibu saya akan melayani semua orang yang datang, kadangkala saya kasihan ibu keletihan tetapi biasalah orang tua, ibu tetap ingin masak semua makanan sendiri.

"Kata ibu, setahun sekali sahaja, apa salahnya meraikan peminat yang menyokong kerjaya anaknya," balasnya yang tidak pernah mengadakan rumah terbuka.


MISHA, Remy dan Fara bakal meraikan lebaran dengan penuh rasa kesyukuran dan ceria.


Menyentuh tentang kerjayanya, Remy yang baru sahaja selesai penggambaran filem CEO dan drama bersiri Ku Cinta Kau Seorang mengakui kini dia enggan bekerja terlalu keras sehingga mengabaikan kesihatan diri.

Raya bujang terakhir Misha

Seri pengantin makin terserlah pada wajah penyanyi lagu Angin Syurga itu. Senyuman juga tidak lekang dari bibir tanda dirinya cukup bahagia dengan kehidupannya kini, namun ia tidak dapat menyembunyikan debaran di hatinya.

Mana tidaknya, tahun ini merupakan tahun terakhir Misha, 31, meraikan Aidilfitri sebagai wanita solo sebelum melangkah ke alam rumah tangga bersama tunangnya, seorang juruterbang, Firos Ezzwan Rossly, 31, pada bulan Februari tahun hadapan.

"Tidaklah kata saya mahu beraya sepuasnya sebab tahun depan saya akan berkahwin. Raya sama sahaja, apa yang penting dapat berkumpul bersama keluarga," katanya.

Tambahnya, sudah menjadi tradisi sejak alam percintaan sehingga ke alam pertunangannya bersama Firos, selepas pulang berhari raya di kampung halamannya, Kota Bharu, Kelantan, Misha akan menziarahi keluarga Firos di Subang, sekembalinya ke Kuala Lumpur.

"Rasanya tidak akan ada perubahan besar kerana sebelum ini pun saya sudah biasa bertemu dengan keluarga tunang. Cuma selepas berkahwin kelak, saya pasti akan mengikutnya pulang ke kampungnya di Negeri Sembilan," katanya yang sudah bersedia untuk menjadi isteri orang.

REMY tersipu malu apabila tidak henti-henti diusik oleh Misha dan Fara.


Menyentuh tentang raya di Kelantan, tidak langkap pagi raya Misha sekeluarga jika tidak ada juadah nasi dagang, nasi minyak, dalca, kuzi ayam dan rendang hasil tangan ibunya.

"Mungkin juadah keluarga kami agak berbeza tetapi bukanlah raya jika tidak ada semua masakan mama," katanya yang hanya mempunyai sepasang baju raya.

Luahnya lagi, biasanya setiap kali raya perhatian akan diberikan kepada anak angkatnya, Muhammad Adam Emir yang kini berusia tujuh tahun.

Bercakap tentang kerjayanya, selepas lagu Angin Syurga, Misha bakal muncul dengan lagu berjudul Untuk Bermimpi karya Tam Spider dan Budi Hikayat serta bakal meluncurkan album terbaharunya pada penghujung tahun ini.

"Saya ingin habiskan semua kerja terlebih dahulu pada tahun ini kerana tahun hadapan saya akan memberi fokus kepada majlis perkahwinan dan keluarga," ucapnya.

Fara beraya di hutan

Sudah menjadi kelaziman buat keluarga pengacara, pelakon dan penyampai radio popular Fara Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd. Fadzil, 33, untuk bercuti bersama keluarga pada hari raya,

Jika tahun sebelum ini mereka sekeluarga menempah bas dan bercuti ke Port Dickson, Negeri Sembilan, tahun ini Fara memilih untuk bercuti dan beraya di kawasan hutan rekreasi di Raub, Pahang.

"Kira-kira 40 orang saudara-mara dan rakan rapat akan beraya dan bercuti bersama di kawasan hutan bersama saya. Kami akan pergi menaiki bas kerana tidak mahu letih memandu.

"Saya sengaja memilih kawasan di luar Kuala Lumpur untuk memberi kelainan dan lari daripada kesibukan. Selain dapat bersantai dan berehat, secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kami semua," ucapnya.

Tutur anak kedua daripada tiga adik-beradik itu lagi, tahun ini raya mereka sekeluarga cukup meriah kerana adik bongsunya yang bekerja di Amerika Syarikat pulang meraikan Aidilfitri bersama mereka.

"Tahun lepas adik saya tidak balik beraya, jadi tahun ini lebih meriah kerana semua keluarga saya lengkap berkumpul pada pagi raya.

"Pastinya ibu bapa saya seronok kerana semua anak mereka ada di depan mata. Selepas beraya di Shah Alam, kami sekeluarga wajib melawat saudara di Melaka dan Negeri Sembilan," balasnya.

Buat peminat yang ingin menyaksikan Fara di kaca televisyen, Fara akan muncul dalam program Nona Raya, Kecohnya Pengacara Beraya, Mimpi Fara, Apa Sahaja FBI Raya dan Rescue Raya.

Uniknya Konsert KL fm Syoknya Raya

Posted:

Uniknya Konsert KL fm Syoknya Raya

Uniknya Konsert KL fm Syoknya Raya


SAKSIKAN Konsert KL FM Syoknya Raya Lagi Sakan Beraya menerusi saluran TVi Astro 180 pada hari raya ketiga pukul 9 malam.


KONSERT KL FM Syoknya Raya Lagi Sakan Beraya buat julung kali diadakan sempena meraikan lebaran tahun ini.

Rakaman konsert yang disiarkan pada hari raya pertama menerusi radio KL FM itu akan turut disiarkan menerusi saluran TVi (Astro 180) pada hari raya ketiga pukul 9 malam.

Ujar Penerbit Eksekutif konsert berkenaan, Normah Aziz, konsert itu merupakan antara pengisian menarik sempena raya dan sambutan kemerdekaan negara tidak lama lagi.

"Konsert ini bertujuan memberi penghargaan kepada pendengar KL FM di samping meraikan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik.

"Program bersifat santai ini menampilkan penyanyi popular tanah air yang akan menghiburkan penonton dan pendengar setia KL FM dengan tema Aidilfitri dan semangat bulan kemerdekaan," katanya yang ditemui pada rakaman konsert itu di Restoran Felda D'Villa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

ONE NATION EMCEES terbabit dengan Konsert KL FM Syoknya Raya Lagi Sakan Beraya yang akan ke udara di KL FM pada malam raya pertama.


Ia menampilkan barisan penyanyi terkenal antaranya Nassier Wahab, Jay Jay, Suki, Nubhan, Elveena Iris, Ali XPDC, Baby Shima dan kumpulan One Nation Emcees.

Menariknya, konsert itu bakal menampilkan penyampai-penyampai radio KL FM sebagai perantara majlis di samping membuat persembahan khas.

Jadi, jangan lepaskan peluang meraikan hari raya ini bersama persembahan hebat Konsert KL FM Syoknya Raya Lagi Sakan Beraya.

Variasi program raya TV3

Posted:

Variasi program raya TV3

Variasi program raya TV3

SCHA AL-YAHYA dan Awal Ashari muncul dalam program Sampaikan Raya.


SEPERTI kelaziman setiap tahun, TV3 tidak mahu ketinggalan dalam menyajikan program menarik sepanjang Aidilfitri ini.

Berikut antara hidangan raya yang akan mengisi waktu senggang penonton sepanjang musim perayaan kali ini.

Hari: 8 Ogos 2013

Pukul: 11 malam - 1.30 pagi

Program istimewa berbentuk hiburan interaktif menjelang hari raya ini memaparkan ucapan dan pesanan musim perayaan diselangi dengan persembahan nyanyian daripada artis popular seperti KRU, Hazama, Noh Salleh, Aizat, Asmidar, Awi Rafael, Mazlan Ahmad (Senario), Ezad, The Fabulous Cat, Black & RJ, Kumpulan Kristal, Shaheizy Sam, Along Cham, Zizan, Angah, Hafiz, Johan Nawawi, VOU, Awal Ashaari, Johan Asa'ri dan ramai lagi. Dihoskan oleh Nabil dan Scha Al Yahya.

Hari: Raya kesebelas

Pukul: 2 petang

Nona Raya bakal merungkai kisah kecantikan wanita Kelantan iaitu dua keluarga yang terkenal di sana, keluarga pengacara Nona, Neelofa dan keluarga usahawan wanita terkemuka di Kota Bharu, Bibi Ramjani Ilias Khan dalam segmen Realiti. Segmen Inspirasi pula berkongsi kisah pasangan pertama Malaysia-Palestin, Shahrina Ahmad Sharkawi, 42, yang bertemu jodoh dengan pemuda Palestin yang jauh lebih muda daripada usianya, Hasan Rezq Al Zahar, 27.

Selepas berkahwin pada Mac lalu di Gaza, Palestin, kini mereka kembali meneruskan kehidupan di Malaysia. Nona Raya juga berjaya menjejaki penyanyi terkenal tahun 70-an dengan lagu Nasi Dagang, Rosemaria Abdul Hamid, yang kini menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Hari: Raya Pertama, 8 ogos

Pukul: 4 petang

FARA FAUZANA sebagai hos Nona Raya.


Salim Maula, seorang duda mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Anas, Basyir dan Muaz. Dia membesarkan anaknya sendiri selepas isterinya meninggal dunia semasa melahirkan Muaz. Salim memiliki perniagaan sendiri iaitu membuat bata blok. Kini semua anaknya sudah dewasa dan hanya duduk menganggur di rumah kerana malas bekerja.

Walaupun sudah dewasa, Salim menjaga mereka seperti budak kecil membuatkan mereka naik lemak. Anas dipanggil 'abang', Basyir dipanggil 'adik', manakala Muaz dipanggil 'baby' oleh Salim. Ramadan yang bakal tiba Salim berharap anak-anaknya berubah.

Oleh itu, Salim telah memberikan setiap orang anaknya modal untuk memulakan perniagaan. Namun, hanya Anas dan Basyir yang menerima tawaran ayah mereka, manakala Muaz memberikan alasan ingin menghabiskan masanya dengan beribadat pada Ramadan ini. Apa yang berlaku seterusnya?

Hari: Sabtu, 24hb Ogos

Pukul: 10 malam

Pelakon: Awie, Yana Samsudin, Fazli Daniel, Fakhrusy Syakirin, Puteri Balqish dan Aziz Singah.

Ridwan dibesarkan di rumah anak yatim. Namun kini ibu saudaranya, Zai akan mengambil Ridwan untuk dijaga. Walaupun sudah beberapa tahun berkahwin, Zai dan Mus tidak dikurniakan anak. Mus kurang senang dengan kehadiran Ridwan, namun dia mengikut sahaja permintaan isterinya kerana tidak mahu bertelagah.

Walaupun Ridwan merupakan seorang anak yang baik dan patuh, Mus tetap tidak senang kerana baginya Ridwan merupakan orang luar. Zai mula berbincang dengan Ummi untuk menghantar Ridwan semula ke rumah anak yatim selepas hari raya nanti akibat desakan Mus.

Sepanjang Zai di tempat kerja, Ridwan dibiarkan sendirian di rumah sehingga dia bertemu rakan baharu iaitu Alif. Mereka berdua mendapat idea untuk mengumpul duit dengan melakukan perkhidmatan seperti membersihkan halaman rumah serta mengutip botol plastik dan surat khabar lama. Pada sebelah malam pula, mereka menjual bunga api dan mercun 'pop pop'.

Suatu hari, selepas membersihkan halaman Cik Munah, Ridwan dan Alif memberanikan diri pergi ke sebuah rumah yang tidak mereka kenali. Sejurus tiba di rumah tersebut, Ridwan memberanikan diri membuka pintu. Tiba-tiba mereka ternampak kelibat seseorang yang menakutkan. Ikuti kesudahannya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved