Jumaat, 28 Jun 2013

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Che Ta yakin dengan Zain

Posted:

Che Ta yakin dengan Zain

Che Ta yakin dengan Zain

SIAPA tidak kenal ibu tunggal jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta yang dilanda kontroversi bersiri sepanjang 10 tahun bergelar artis.

Namun bagi Che Ta, status dirinya itu tidak menghalangnya daripada meneruskan hidup seperti wanita normal lain.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Che Ta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezzra, 15, yang kini bersekolah di Yayasan Saad, Ayer Keroh, Melaka.

Bagi dirinya, anak-anak merupakan kekuatan untuk dia terus berdiri sejak ketiadaan seorang lelaki yang bergelar suami sepanjang 10 tahun lalu.

Tanpa diduga, selepas lapan tahun menceburi bidang lakonan, Che Ta akhirnya bertemu dengan seorang jejaka yang berjaya menambat hatinya.

Wanita ini tidak pernah terfikir untuk bercinta dan berkahwin sekali lagi kerana baginya, cuma anak-anak yang menjadi keutamaannya sekarang.

Bekas pramugari MAS itu berkata, umur bukan faktor dia memilih untuk berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda daripada dirinya.

"Jodoh kita semuanya telah diatur. Siapa sangka saya akan berkahwin lagi tetapi saya terima dan reda," ujarnya.

Che Ta, 42, yang anggun menggayakan busana raya ketika ditemui pada rakaman program Primadona Raya di Studio 1 Astro di Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini mengulas tentang keserasian dirinya dengan kekasih hati, pelakon Zain Saidin, 29.

Katanya, ia memerlukan kerjasama kedua-dua belah pihak untuk menjadi lebih matang.

"Ada sesetengah lelaki suka wanita yang lebih matang dan berpengalaman, jadi dia (Zain) terima saya seadanya. Malah saya juga selesa bersama dengannya.

"Kadang-kadang berlaku juga perselisihan pendapat tetapi kami sedia berbincang.

"Kami sentiasa menjadi seimbang, maksudnya kalau saya rasa kedudukan saya lebih tinggi daripada dia, saya akan turun dan menjadi sama tahap dengannya," jelas Che Ta yang memberitahu, keserasian mereka berdua turut terbina atas faktor berkongsi minat yang sama iaitu bermain badminton dan futsal.


UTAMAKAN ANAK. Che Ta diapit dua anak kesayangannya, Ammar (kiri) dan Aniq.


Tarikh perkahwinan

Pelakon cantik kelahiran Alor Setar, Kedah ini ternyata cukup terbuka berkongsi cerita tentang rancangan perkahwinannya bersama adik bongsu bekas anggota kumpulan Elite, Shasha Saidin itu.

Katanya, tarikh perkahwinan belum ditetapkan kerana dia masih sibuk manakala anak-anaknya bakal menghadapi peperiksaan penting tahun ini.

"Saya tidak tetapkan apa-apa tarikh (kahwin) memandangkan kedua-dua anak saya bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.

"Mungkin selepas selesai peperiksaan itu barulah saya senang hati untuk fikirkan mengenai perkahwinan saya dan Zain pula. Saya jangka kami akan berkahwin hujung tahun ini," ujarnya.

Sejak Mei lepas, akui Che Ta, banyak pihak menawarkan untuk menjadi penaja perkahwinannya, namun dia dan Zain belum memberi kata putus.

"Alhamdulillah murah rezeki. Banyak pihak ingin taja perkawinan kami. Cuma kami belum buat keputusan untuk terima mana-mana pihak," katanya.

Penerimaan anak-anak

Jurang umur antara Zain dan anak-anak Che Ta tidak jauh berbeza. Jika dihitung, perbezaan umur Zain dan anak sulung Che Ta, Ammar Effendy cuma 12 tahun.

Namun, segala aspek perlu dititikberatkan sebelum mereka menempuh ke alam baharu bersama individu yang bukan bapa kandung mereka.

Penerimaan positif Ammar dan Aniq terhadap Zain yang baru hadir dalam hidup mereka membuatkan Rozita lebih yakin untuk bersama jejaka itu.

"Keadaan tetap sama bagi saya. Perbezaannya ialah mereka akan ada bapa baharu.

"Saya pernah bertanya kepada Ammar mengenai rancangan saya untuk berkahwin dengan Zain dan dia hanya cakap, 'Ammar tak kisah asalkan dia (Zain) selalu ada dengan Ammar'," ujarnya.

Tambah Che Ta: "Saya pernah beritahu Zain bahawa dia tak perlu menjadi ayah kepada anak-anak saya kerana mereka sudah mempunyai seorang ayah, tetapi jadilah sahabat, kawan baik.

"Apa yang paling penting, jadi pendengar setia buat mereka. Pada tahap usia mereka, Ammar dan Aniq perlukan seorang pendengar setia untuk berkongsi masalah. Jadi, saya yakin Zain boleh menjadi apa yang saya inginkan.


CHE TA bakal bergelar isteri kepada Zain menjelang hujung tahun ini.


"Sekarang Zain dan anak-anak saya sangat rapat. Kadang-kadang apabila saya terlalu sibuk, Zain yang akan ke sekolah mereka di Melaka untuk bawa mereka keluar jalan-jalan.

"Malah, kalau cuti sekolah ketiga-tiga mereka akan bermain permainan video sampai ke pagi. Saya rasa senang hati sebenarnya," katanya.

Ujar Che Ta lagi, dia akan mengurangkan aktiviti seninya selepas Hari Raya Aidilfitri nanti kerana perlu fokus kepada peperiksaan anak-anaknya.

"Saya hanya akan fokus pada aktiviti sedia ada seperti Primadona, telemovie Ratu Rania dan butik tudung saya di Taipan, Subang Jaya, Selangor," tuturnya.

Harapan

Apabila melangkah ke gerbang perkahwinan, sudah pasti setiap pasangan inginkan yang terbaik untuk rumah tangga yang akan dibina.

Bakal isteri kepada jejaka berdarah campuran Melayu-Inggeris ini menyatakan harapannya terhadap perkawinan keduanya itu tidak menggunung, cukup apa yang terbaik untuk hubungan mereka.

"Tanyalah kepada mana-mana pasangan, sudah tentu mereka berharap yang terbaik untuk rumah tangga mereka. Bagi saya, mungkin ada benda-benda yang akan berlaku tapi saya lebih banyak berbincang dan kata sepakat," ujarnya yang tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan anak bersama Zain.

Fauziah tak selesa foto anak tersebar

Posted:

Fauziah tak selesa foto anak tersebar

Fauziah tak selesa foto anak tersebar


MENGAKUI jarang berlakon, Fauziah menegaskan dia cuma berlakon untuk satu produksi dalam setahun.


PADA usia yang sudah mencecah 43 tahun, penyanyi popular Fauziah Latiff masih anggun dan bergaya. Ibu kepada dua cahaya mata iaitu Jeffri Joaquim Indot, 14, dan Jeremy Jay Indot, 12, itu juga tidak dimamah usia dan masih mampu mengekalkan kejelitaannya.

Baru-baru ini, penyanyi berkenaan membuat kemunculan istimewa dalam satu majlis pengumuman tentang pelantikan dirinya sebagai duta produk pati ikan haruan Polleney di Hotel Royal Bintang, Damansara, Selangor.

Memandangkan agak sukar untuk bertemu dengan penyanyi lagu Teratai Layu Di Tasik Madu itu, Kosmo! cuba mencungkil tentang perkembangan dirinya kini.

Kosmo!: Bagaimana dengan kehidupan anda sekarang?

FAUZIAH: Saya menjalani kehidupan seperti biasa sebagai seorang artis dan masih aktif menyanyi, cuma saya lebih kerap membuat persembahan untuk acara-acara korporat.

Selain itu, saya kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri terbitan Skop Production iaitu Roda-Roda KL dengan saya memegang watak sebagai Inspektor Fauziah.

Setakat ini anda juga jarang menerima tawaran berlakon. Jadi, apakah kriteria yang anda tentukan apabila memilih sesuatu tawaran itu?

Saya akui memang jarang berlakon drama dan biasanya dalam setahun saya berlakon dalam sebuah drama sahaja. Selalunya saya akan menilai dahulu watak yang diberikan sebelum menerima tawaran berlakon berkenaan.

Untuk drama bersiri Roda-Roda KL ini, saya melihat watak yang diberikan agak menarik dan mencabar. Ia memberi pengalaman yang berguna, terutamanya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tugas-tugas seorang anggota polis.

Kali terakhir anda menghasilkan album ialah pada tahun 2006 iaitu Pesona. Adakah ada perancangan untuk menghasilkan album baharu?

Untuk album baharu belum ada perancangan lagi, tetapi saya ada menerima tawaran untuk menghasilkan single baharu. Saya masih mempertimbangkan tawaran tersebut.

Setelah dua kali mendirikan rumah tangga, tidakkah anda terfikir untuk berkahwin lagi?

Sebenarnya saya lebih selesa dengan kehidupan sekarang. Biarpun bergelar ibu tunggal, ia langsung tidak menghalang saya untuk membesarkan kedua-dua orang anak yang kini meningkat remaja.

Berkenaan dengan soal jodoh dan perkahwinan pula, ia tidak menjadi keutamaan saya buat masa ini. Saya bersyukur kalau ditakdirkan bertemu jodoh dengan mana-mana lelaki dan pada masa yang sama tidak kisah memegang status solo sampai bila-bila.

Baru-baru ini tersebar gambar kedua-dua anak anda di internet. Boleh komen sedikit mengenai perkara tersebut?

Secara peribadi saya kurang selesa apabila gambar mereka tersebar di internet memandangkan mereka masih bersekolah. Saya mahu anak-anak saya membesar sebagai remaja normal dan tidak mahu mereka terlalu menjadi tumpuan.

Bagaimanakah anda boleh terbabit sebagai duta produk Polleney?

Saya pernah terbabit sebagai duta produk ini buat kali pertama semasa saya berusia 18 tahun. Kini, saya gembira kerana dipilih sekali lagi. Saya dan anak-anak merupakan pengguna setia produk ini.

Achey juara Bintang Mencari Bintang

Posted:

Achey juara Bintang Mencari Bintang

Achey juara Bintang Mencari Bintang

Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN
hiburan@kosmo.com.my


BANGGA. Achey (kiri) merupakan anak didik pelakon komedi berwibawa, Harun Salim Bachik.


MENEPATI jangkaan, satu-satunya peserta solo yang layak ke peringkat akhir program Bintang Mencari Bintang musim pertama iaitu Achey berjaya merangkul gelaran juara pada malam Ahad lalu.

Dia sekali gus menewaskan tiga pesaing lain yang tidak kurang hebatnya.

Kemenangan itu melayakkan Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamza membawa pulang hadiah wang berjumlah RM200,000 berserta trofi.

Achey yang berasal dari Labis, Segamat, Johor merupakan anak didik kepada pelawak, pelakon dan pengacara terkenal, Harun Salim Bachik.

Pada acara final itu, setiap peserta dikehendaki membuat dua persembahan bagi menilai kemampuan mereka selepas hampir tiga bulan menjadi protoge kepada mentor masing-masing.

Pada persembahan pertama, Achey membawakan watak 'YB Achey' yang memerlukan dia berucap di depan penduduk.

Apa yang menggelikan hati ialah Achey beralih ke kiri dan kanan pentas sambil membawa podium tempat dia berucap dan secara spontan penduduk yang sedang mendengar ucapannya turut mengikut sama sambil membawa kerusi masing-masing.

Melihat kepada persembahannya, Achey ternyata telah menggunakan kesemua tunjuk ajar daripada sifunya dengan berkesan sekali.

Maka, tidak menghairankan apabila Achey berjaya memperoleh markah keseluruhan sebanyak 79.3 peratus, meninggalkan jauh pesaingnya iaitu Bocik, Tapaw dan Titan.

Peningkatan yang amat memberansangkan itu mendapat pujian daripada ketiga-tiga juri yang mengadili Bintang Mencari Bintang iaitu A.R. Badul, Ogy Ahmad Daud dan Ajai.

Menurut Ajai, Achey mempunyai kawalan suara yang bagus walaupun suaranya tidak merdu.

"Kawalan suara Achey boleh dikira bagus dan penghayatannya pula seiring dengan nyanyiannya.

"Tariannya pun elok sahaja. Saya pun terkejut yang dia mampu melakukan persembahan sebaik ini," jelas Ajai ketika memberi komen sejurus persembahan pertama Achey selesai.

Sementara itu, Ogy berkata, Achey sangat hebat sehingga mampu membuat penonton tergelak besar dengan persembahan bersahajanya.

"Achey sebenarnya sangat berbakat cuma dia terlalu segan untuk membuat persembahan all out. Tetapi malam ini Achey berjaya mengeluarkan kekuatannya," ujarnya.

Pada persembahan kedua pula, setiap peserta perlu bergandingan bersama sifu masing-masing.

Achey yang membuat persembahan bersama Harun Salim Bachik berjaya mencuti hati penonton dengan membawakan sketsa tentang wajah masyarakat yang pelbagai pada hari ini.

"Saya tidak menjangkakan kemenangan ini. Tidak ada apa paling menggembirakan, setelah saya memberikan segala usaha dalam program ini, akhirnya ia berbaloi.

"Terima kasih kepada Abang Harun yang tidak pernah jemu membantu saya sehingga ke tahap ini," jelasnya teruja.

Sementara itu, Bocik yang merupakan anak didik kepada Afdlin Shauki muncul sebagai naib juara dengan memperoleh markah 61.7 peratus manakala Titan di bawah pengurusan Sabri Yunus mendapat 52.1 peratus. Anak didik Faizal Ismail, Tapaw memperoleh 50.5 peratus.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM100,000, RM60,000 dan RM30,000 berserta trofi.

Program Bintang Mencari Bintang terbitan TV3 itu berkonsepkan pertandingan nyanyian dan sketsa komedi seperti rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1994.

Tujuan program itu diwujudkan adalah untuk melahirkan penghibur pelapis serba boleh se

Kredit: www.kosmo.com.my

Khamis, 27 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kesan sekatan penjualan tembakau

Posted:

Kesan sekatan penjualan tembakau

Kesan sekatan penjualan tembakau

SEKUMPULAN petani tekun menyemai biji-biji benih tembakau di kawasan berbatu yang terletak di utara Tebing Barat, Palestin.

Daripada riak wajah masing-masing, terpancar harapan agar tanaman yang diusahakan mampu membuahkan hasil, sekali gus menjamin kelangsungan hidup di wilayah yang diperjuangkan selama ini.

Bermula daripada proses menanam, mengering dan menggulung, industri tembakau dilihat berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Palestin.

Bagaimanapun, tekanan terhadap industri itu semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Ia berpunca daripada undang-undang rasmi Pihak Berkuasa Palestin (PA) terhadap industri tembakau dan sebahagian besar kegiatan ekonomi luar bandar bertujuan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung.

Tidak hairanlah, sejak beberapa bulan lalu PA mula bertindak tegas terhadap golongan petani. Sesiapa yang menghasil dan menjual rokok gulung akan dihukum termasuk berdepan dengan tuduhan menyeludup atau ditangkap.

PA sebelum ini berpendapat, pelaksanaan ekonomi moden memerlukan penguatkuasaan undang-undang yang menyeluruh.

Bagaimanapun, tindakan itu dikritik kerana langkah menghapuskan perdagangan pasaran gelap merupakan antara contoh kegagalan PA dalam melaksanakan polisi yang mampu menjamin peluang pekerjaan dan menarik keluar penduduk Palestin daripada belenggu kemiskinan.

"Semua penduduk di sini mempunyai pekerjaan," kata seorang petani, Mohammed Amarnih, 65, sambil memberitahu, penanaman tembakau telah menurunkan kadar pengangguran di kampung-kampung ke paras sifar.

"Pihak pemerintah tidak memberi kami alternatif lain, sebab itu perdagangan tembakau melalui pasaran gelap merupakan satu-satunya cara kami meneruskan kehidupan seperti biasa," ujarnya.


DAUN tembakau yang dikeringkan akan diproses untuk menghasilkan rokok.


Bekas Perdana Menteri, Salam Fayyad yang meletak jawatan bulan ini turut berdepan tugas getir untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan pengangguran yang mencecah kira-kira 25 peratus di negara yang diiktiraf sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau bagaimanapun terpaksa meletakkan jawatan selepas gagal melaksanakan manifestonya untuk meningkatkan tahap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

Bantuan kewangan

Kini, wilayah itu diperintah kerajaan baharu. Ketika pertemuan dengan media baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Mohamad Mustafa yang bertanggungjawab terhadap hubungan kewangan di Palestin memberitahu bahawa cabaran 'getir' sedang menantinya.

"Kami sedang mengkaji polisi ekonomi kerajaan sebelum ini bagi meningkatkan kehidupan dan mengurangkan beban rakyat," katanya.

Tambah Mustafa, PA yang menjalankan pemerintahan sendiri yang terhad di Tebing Barat di bawah perjanjian damai sementara dengan Israel, mempunyai pendapatan tambahan melalui bantuan wang daripada negara-negara penyumbang di samping pungutan cukai.

Bagaimanapun, beliau menyedari bahawa lebih 70 peratus pendapatan wilayah itu datang dari sumber yang tidak dikawal sama ada dari negara-negara luar atau di pintu sempadannya melalui hasil-hasil cukai yang dikutip oleh rejim Zionis bagi pihaknya.

Pentadbiran beliau juga turut berhadapan dengan tindakan pihak rejim yang sengaja menghentikan pembayaran setiap kali berlakunya pertikaian dengan kerajaan Palestin.

Selama bertahun-tahun PA berusaha membina institusi politik dan ekonomi sebagai persediaan menjadi sebuah negara Palestin yang merdeka.

Bagaimanapun, ia terhalang disebabkan pelbagai sekatan yang dikenakan rejim Zionis sama ada di udara, darat dan laut termasuk menyekat pergerakan penduduk dan perdagangan antarabangsa.

Selain itu, ia juga berdepan dengan bil-bil utiliti di kem-kem pelarian, di samping duti kastam yang tidak dituntut di sempadan yang dikuasai, sekali gus menyebabkan pemerintah terpaksa menanggung hutang sehingga AS$4.2 bilion (RM13.4 bilion).

Jumlah itu menyamai kira-kira 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan bajet tahunan yang mencecah AS$3.8 bilion (RM12 bilion).


WALAUPUN diserang bertubi-tubi oleh Zionis yang mengakibatkan mereka kehilangan tempat tinggal, namun rakyat Palestin tidak pernah mengalah.


Tidak jauh dari perkampungan Ya'abad, Nouredeen Atatra, 22, dan beberapa petani tembakau lain berdiri di belakang traktor buatan sendiri yang digunakan untuk menggali tanah bagi mengairi kawasan pertanian di situ.

Sesekali mereka menunduk, sambil menggembur baja asli di tapak semaian anak benih.

Rampasan tanah

"Saya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang sains politik tetapi terpaksa menanam tembakau kerana tiada pekerjaan," kata Atatra.

Jelas Atatra, keluarganya telah mengusahakan tanah pertanian di situ selama beberapa generasi.

"Kami tidak malu menjadi petani di sini. Bagaimanapun, jika kerajaan tidak membenarkan kami menanam tembakau, kami bimbang tanah-tanah kami akan dirampas untuk membina penempatan pendatang Yahudi," ujarnya.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh PA baru-baru ini tembakau mesti dijual mengikut saluran yang sah.

Para petani mendakwa, PA cuba menyekat penjualan tembakau yang mereka usahakan biarpun kepada syarikat yang sah kerana mahu syarikat-syarikat itu mengimport tembakau, sekali gus meningkatkan perolehan cukai import.

Bagaimanapun, situasi ekonomi semasa menyebabkan kebanyakan syarikat terpaksa membeli tembakau tempatan yang jauh lebih murah.

Menurut statistik yang dikeluarkan kira-kira satu pertiga golongan dewasa di Palestin merokok dan ramai berpendapat, harga AS$7 (RM22) untuk sekotak rokok berjenama antarabangsa seperti Marlboro terlalu mahal.

Ketika ini, mereka boleh membeli rokok pada harga AS$1.10 (RM3.50) sekotak yang dikeluarkan di Ya'abad dan perkampungan sekitarnya.

Penganalisis berkata, pemerintah perlu berusaha lebih bagi mengurangkan tekanan kewangan yang dialami penduduk Palestin.

"Ya, mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawal perdagangan dan polisi kewangan. Bagaimanapun, mereka mempunyai kuasa dalam polisi fiskal, seperti pihak-pihak yang dikenakan cukai.

"Polisi sedia ada gagal melindungi kepentingan penduduk sehingga menyebabkan ketidaksamaan pendapatan meningkat," kata penganalisis ekonomi, Nasser Abdul Kareem.

Sambil duduk bersantai dan menggulung rokok di tangan, seorang petani cuba melahirkan ketidakpuasan yang terbuku di hatinya.

"Mereka terlalu bergantung kepada bantuan asing sampai terlupa kemampuan diri sendiri," kata Abu Ayman sambil menyedut dalam asap rokoknya.


PENANAM tembakau di Palestin kini tertekan dengan pelbagai sekatan yang dikenakan PA.


"Apa yang kamu boleh harapkan daripada perjanjian Oslo?" tanya seorang petani lain yang merujuk kepada perjanjian keamanan yang ditandatangani dengan Israel sekitar 1990-an.

Rata-rata penduduk Palestin menyalahkan kelemahan perjanjian itu yang merencatkan pertumbuhan ekonomi mereka selama ini.

Jerusalem Cigarette Co. (JCC), sebuah firma perdagangan awam yang beroperasi di luar zon perindustrian di timur Baitulmuqaddis dan merupakan peneraju utama sektor tembakau di Palestin turut berdepan tekanan disebabkan cukai tinggi dikenakan terhadap penjualan rokok sehingga AS$2.60 (RM8.30) bagi setiap kotak, hampir menyamai dua pertiga kos operasinya.

Bagaimanapun, penduduk-penduduk kampung yang membekalkan ratusan tan tembakau kepada JCC setiap tahun mendakwa, syarikat tersebut kini kurang membeli daripada separuh jumlah tembakau tempatan yang dituai disebabkan kerajaan menggalakkan mereka untuk mengimport tembakau.

Keadaan itu menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali menjualnya melalui pasaran gelap.

"Tiada Ahli Parlimen yang mahu mewakili suara kami dan Perdana Menteri juga telah memuktamadkan polisi yang ada," kata Saleh Jamel, ketua majlis Kampung Zabdeh yang bertanggungjawab mengkoordinasi polisi pertanian tempatan dengan pemerintah.

Tambah Jamal, penduduk tidak akan mampu bersabar lagi sekiranya terus menerima tekanan.

"Sekiranya pemerintah tidak menyelesaikannya, golongan muda akan hilang sabar dan adalah tidak menghairankan fenomena Arab Spring akan berlaku di sini hanya disebabkan rokok," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jambatan Pulau Pinang sesak angkara lori terbalik

Posted:

Jambatan Pulau Pinang sesak angkara lori terbalik

Jambatan Pulau Pinang sesak angkara lori terbalik

27/06/2013 9:42pm

PERAI - Beribu-ribu pengguna jalan raya yang melalui Jambatan Pulau Pinang dari kedua-dua arah masuk dan keluar dari bahagian pulau terperangkap dalam kezesakan jalanraya selepas berlaku kemalangan dan kerosakan kenderaan kedua-dua laluan berkenaan.

Kemalangan pertama dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang di Kilometer 1 arah pulau ke Perai apabila sebuah lori terbalik selepas melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan itu menyebabkan hanya satu lorong boleh dilalui kenderaan lain dan seterusnya menyebabkan berlaku kesesakan jalanraya sejauh lebih 10 kilometer (km) sehingga ke Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas di Batu Maung dan sepanjang Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu hingga ke Pengkalan Weld di George Town.

Manakala kemalangan kedua pula dipercayai berlaku selang beberapa minit selepas itu di KM 1.6 arah pulau apabila sebuah lori lain mengalami kerosakan enjin.

Kejadian itu juga menyebabkab berlaku kesesakan melebihi 10km sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua di Butterworth dan hingga ke Plaza Tol Juru di Bukit Mertajam.

Jurucakap Penang Bridge Sdn. Bhd. ketika dihubungi memberitahu sehingga pukul 8.45 malam tadi kedua-dua kenderaan tersebut masih belum dialihkan.

Namun katanya usaha untuk mengalihkan kenderaan terbabit sedang giat dijalankan bagi membolehkan lalulintas kembali bergedak seperti biasa. - KOSMO

Jabatan Kesihatan Selangor rampas Produk kecantikan bernilai RM55,750

Posted:

Jabatan Kesihatan Selangor rampas Produk kecantikan bernilai RM55,750

Jabatan Kesihatan Selangor rampas Produk kecantikan bernilai RM55,750

27/06/2013 9:35pm

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Selangor menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dan merampas produk kecantikan bernilai RM55,750 dalam

serbuan di sebuah pangsapuri di Cheras hari ini.

Ketua Seksyen Pencegahan dan Kesedaran Pengguna Cawangan Penguatkuasa Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Halimi Mat Piah berkata, premis itu diserbu pukul 10 pagi tadi susulan aduan ada penjualan produk suntikan Vitamin C yang dipercayai tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

"Pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan dijumpai termasuk suntikan Vitamin C dan suntikan-suntikan lain bagi tujuan kecantikan yang dijual pada harga RM200 hingga RM350 sekotak," katanya pada sidang media, di sini.

Menurutnya produk terbabit hanya dijual dalam talian menerusi laman sosial seperti Facebook dan blog bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Beliau berkata, pengambilan suntikan Vitamin C kini menjadi satu budaya dalam kalangan mereka yang ingin mencerahkan kulit kerana kesannya lebih cepat berbanding pengambilan tablet.

Bagaimanapun menurutnya, pengambilan produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan kepada pengguna seperti cirit-birit, gastrik, batu karang dan kegagalan fungsi buah pinggang jika diambil untuk jangka masa panjang.

Kes hari ini disiasat mengikut Peraturan 7(1)(A) Peraturan-peraturan

Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM25,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi individu, manakala syarikat pula boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000. - Bernama

Dua pemain terbaik Johor DT bakal terima Audi Q7 jika menang Piala FA

Posted:

Dua pemain terbaik Johor DT bakal terima Audi Q7 jika menang Piala FA

Dua pemain terbaik Johor DT bakal terima Audi Q7 jika menang Piala FA

27/06/2013 9:28pm

JOHOR BAHRU - Dua pemain terbaik pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim ini akan menerima ganjaran berbentuk kereta utiliti sukan (SUV) Audi Q7, kata presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ganjaran tersebut adalah tambahan kepada bonus lumayan yang akan diberikan kepada kedua-dua pasukan Johor sekiranya Johor DT memenangi Piala FA menentang Kelantan pada final, Sabtu ini.

"Semua inisiatif ini dilakukan sebagai menunjukkan penghargaan terhadap

segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan pasukan dan para pemain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Tunku Ismail menyeru penyokong

pasukan itu agar sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku mereka ketika di stadium itu.

"Elakkan daripada mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi, serta

sentiasa patuh kepada arahan pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas.

"Saya berharap penyokong dari kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan," katanya.

Justeru, menurut beliau satu perjumpaan ramah mesra di antara penyokongJohor DT dan Kelantan akan diadakan di kawasan rehat Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Bukit Jalil pada hari perlawanan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Hujan padam kebakaran hutan di Riau

Posted:

Hujan padam kebakaran hutan di Riau

Hujan padam kebakaran hutan di Riau

BEBERAPA anggota tentera cuba memadamkan kebakaran tanah gambut di sebuah ladang kelapa sawit di Bengkalis, dalam wilayah Riau kelmarin.- AFP


DUMAI - Kebakaran hutan di Indonesia yang menyebabkan jerebu di Singapura dan Malaysia berkurangan selepas hujan lebat semalam, sekali gus meningkatkan harapan krisis pencemaran udara di Asia Tenggara itu akan berakhir.

Jerebu kali ini adalah yang terburuk pernah melanda Singapura dan Malaysia.

Asap tebal akibat pembakaran hutan dan tanah pertanian di Pulau Sumatera menyebabkan jerebu mencatat paras tertinggi di Singapura pada minggu lalu.

Perubahan arah angin pula membersihkan udara di pulau itu tetapi jirannya, Malaysia masih dilanda masalah tersebut.

Kelmarin, mengerahkan beribu-ribu petugas bagi memadamkan kebakaran yang berpusat di wilayah Riau, Sumatera.

Mereka disokong beberapa helikopter yang menjatuhkan bom air di samping sebuah pesawat turut digunakan untuk mendorong hujan turun menerusi proses pembenihan awan.

Beberapa pegawai berkata, usaha tersebut mula membuahkan hasil apabila hujan lebat turun kelmarin dan awal semalam di beberapa kawasan di Riau.

Pegawai Agensi Bencana Kebangsaan, Agus Wibowo memberitahu agensi berita AFP bahawa setakat pagi semalam, bilangan titik panas kebakaran berkurangan kepada 54 berbanding 265 pada hari sebelumnya.

"Hujan banyak membantu usaha kami. Dengan cuaca memihak kepada kami, kami akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk memadamkan kebakaran," katanya.

Jerebu merupakan masalah tahunan di rantau Asia Tenggara berikutan tindakan pemilik ladang dan kebun menggunakan kaedah pembakaran sebagai cara murah untuk membersihkan tanah pertanian mereka. Pada tahun 1997 hingga 1998 jerebu teruk menyebabkan rantau Asia Tenggara kerugian sekitar AS$9 bilion (RM28.8 bilion) akibat perjalanan udara dan aktiviti perniagaan terganggu. - AFP

Korea Selatan lancar perkhidmatan LTE-A paling laju

Posted:

Korea Selatan lancar perkhidmatan LTE-A paling laju

Korea Selatan lancar perkhidmatan LTE-A paling laju


SEORANG model memegang telefon pintar Samsung Galaxy S4 yang menggunakan data rangkaian mudah alih LTE-Advanced di Seoul, Korea Selatan semalam.- AFP


SEOUL - Syarikat pembekal perkhidmatan telefon bimbit utama di Korea Selatan, SK Telecom semalam memperkenalkan rangkaian mudah alih generasi baharu, LTE-Advanced (LTE-A) yang pertama di dunia.

Rangkaian terbaharu itu menawarkan kelajuan dua kali ganda berbanding rangkaian LTE sebelum ini. Ia juga sepuluh kali lebih pantas berbanding perkhidmatan telekomunikasi Generasi Ketiga (3G).

Perkhidmatan LTE-Advanced yang boleh didapati di Seoul dan 40 bandar lain tidak lama lagi itu akan membolehkan para pengguna untuk memuat turun sebuah filem hanya sekitar 40 saat.

Ia dilancarkan bersama versi LTE-A baharu telefon pintar Samsung Galaxy S4. SK Telecom menyatakan sebanyak enam model telefon pintar yang bersesuaian dijangka ditawarkan pada separuh masa kedua tahun ini.

"LTE-A akan menawarkan perkhidmatan tambah nilai mudah alih baharu yang boleh membawa perubahan inovatif kepada kehidupan pelanggan kami," kata Presiden Network Business Operations di SK Telecom, Park In-Sik.

SK Telecom merancang menggunakan rangkaian baharu itu untuk melancarkan perkhidmatan panggilan video secara berkumpulan sehingga empat orang pengguna.

Ia didakwa akan mempunyai kualiti video 12 kali lebih baik. Selain kualiti audio dua kali ganda lebih jelas daripada perkhidmatan sedia ada.

Korea Selatan kini mempunyai sekitar 20 juta pengguna perkhidmatan 4G. - AFP

Dadah bernilai RM246.6 juta musnah dibakar

Posted:

Dadah bernilai RM246.6 juta musnah dibakar

Dadah bernilai RM246.6 juta musnah dibakar


BEBERAPA anggota polis wanita mengawal dadah yang akan dimusnahkan sempena Hari Memerangi Penyalahgunaan dan Penyeludupan Dadah di luar Yangon, Myanmar semalam.- AFP


YANGON - Pemerintah Myanmar memusnahkan pelbagai jenis dadah sempena sambutan Hari Memerangi Penyalahgunaan dan Penyeludupan Dadah Antarabangsa di pinggir bandar raya ini semalam.

Sambutan tersebut dikelola Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Semua dadah yang dimusnahkan itu termasuk pil methamphetamine dirampas di seluruh Myanmar.

Rampasan dadah tersebut dianggarkan bernilai AS$77 juta (RM246.6 juta).

Barang terlarang itu dibakar di sebuah bangsal dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa diplomat asing.

Myanmar terkenal sebagai hab untuk pengeluaran, transit dan aktiviti penyalahgunaan dadah. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kisah hidup menerusi lagu

Posted:

Kisah hidup menerusi lagu

Kisah hidup menerusi lagu

BERHASIL merangkul sehingga 14 anugerah dalam tempoh empat tahun bergelar penyanyi, menjadi kebanggaan buat Mohd. Hafiz Mohd. Suip. Bukan mudah untuk meraih kejayaan sedemikian memandangkan persaingan yang semakin sengit dengan kemunculan ramai penyanyi baharu, namun Hafiz terus konsisten.

Terbaharu, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia 7 (AF7) itu muncul dengan album yang diberi judul Hafiz Suip - Luahan Hati Anak Seni.

Berkesempatan bertemu dengannya semasa majlis pelancaran album tersebut baru-baru ini, Hafiz berkata, album keduanya itu begitu istimewa buat dirinya.

"Pertama, saya sangat berbesar hati kerana ramai komposer hebat terlibat dalam penerbitan album ini. Ia satu penghormatan yang besar.

"Kedua, album ini istimewa kerana kebanyakan lagunya menceritakan kisah hidup saya sepanjang berkecimpung dalam dunia seni," ujar anak kelahiran Kuching, Sarawak itu.

Menggunakan konsep 'majalah mini' untuk album tersebut, Hafiz menjelaskan, sebanyak sembilan buah lagu dimuatkan dalam album itu antaranya Bahagiamu Deritaku, Mungkinkah, Hanya Ingin Kau Cinta, Deklamasiku, Kesimpulan, Patah Hati, Satu Cerita, Muara Hati dan Matahari.

Ujarnya, dia cukup gembira kerana salah satu single iaitu Bahagiamu Deritaku kini semakin mendapat tempat di hati peminat serta mengungguli carta stesen radio popular di negara ini.

"Saya bertuah kerana lagu ini dicipta oleh komposer hebat seperti LY dan Baiduri sehingga ia menjadi siulan ramai.

"Saya juga bangga kerana komposer seperti Mega Pandawa, Idzam, Ajai, Kunci Demak, Mohd. Atlas, Manusia Putih dan Aiman telah menghasilkan lagu yang menarik dan sedap didengar," ujarnya.

Menurut Hafiz, dia kini sudah melangkah setapak lagi dalam karier seninya apabila berpeluang menghasilkan lirik bagi dua buah lagu iaitu Mungkinkah dan Deklamasiku.

"Bidang penulisan lirik ini merupakan sesuatu yang baharu bagi saya, namun ia percubaan yang berbaloi. Rasanya tidak sia-sia saya berguru dengan komposer Kunci Demak bagi mendalami ilmu penulisan lagu," jelasnya.

Ketika ditanya sama ada lagu-lagu dalam album itu turut membabitkan kisah cintanya, Hafiz tersenyum dan mengambil masa yang agak lama untuk menjawabnya.

"Apa yang saya boleh katakan ada beberapa buah lagu yang menceritakan mengenai diri saya, tetapi tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenainya.

"Seboleh-bolehnya saya mahu peminat mendengar dan menghayati kesemua lagu sekiranya mahu mendalami kisah hidup saya," ujarnya.

Bercerita mengenai kekasih hati setelah dikaitkan dengan penyanyi Adira sebelum ini, Hafiz mengakui dia sedang bercinta dengan seorang gadis.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan ingin merahsiakan identiti gadis berkenaan memandangkan si dia masih seorang pelajar.

"Buat masa ini, biarlah saya tidak mendedahkan kekasih saya itu kepada umum kerana tidak mahu pelajarannya terjejas," tegasnya.


PELANTUN lagu Awan Nano ini berdepan masalah saluran telinga yang dikatakan boleh memberi kesan terhadap vokalnya.


Nama sebenar

Jika sebelum ini dia dikenali sebagai Hafiz AF, penyanyi berkenaan menyatakan bahawa dia sekarang lebih selesa menggunakan nama sebenarnya iaitu Hafiz Suip.

Bukan mahu melupakan segala kenangan sepanjang bergelar peserta AF7, tetapi penggunaan nama sekarang lebih sesuai dan membuatkan dirinya berasa begitu dekat dengan keluarganya.

"Antara tunjang kejayaan saya sudah tentu sekali sokongan daripada ahli keluarga terutamanya ibu bapa saya.

"Jadi, penggunaan nama sebenar ini lebih sesuai kerana saya mahu semua ahli keluarga berkongsi kejayaan dan kegembiraan yang saya kecapi sekarang," jelasnya.

Menurutnya, kini dia tidak lagi berasa terlalu sunyi kerana berjauhan dengan keluarga memandangkan kedua-dua ibu bapanya sudah menetap di Kuala Lumpur.

Sakit

Di sebalik riak wajahnya yang sentiasa gembira serta sikapnya yang ceria, ramai yang tidak tahu bahawa Hafiz berhadapan dengan masalah kesihatan.

Menurutnya, beberapa bulan lalu dia terpaksa berehat seketika daripada aktiviti nyanyian setelah disyaki menghidap tonsil.

"Ketika mendapat rawatan di klinik kerana berasa kurang sihat, doktor memberitahu saya mengalami masalah tonsil. Setelah makan ubat yang diberikan sakit tekak saya masih tidak sembuh.

"Kemudian saya berjumpa dengan doktor pakar telinga, hidung dan tekak.

"Akhirnya, barulah saya dapat tahu yang saya sebenarnya mengalami masalah di bahagian saluran telinga yang boleh memberi kesan kepada suara saya," ujarnya.

Menurut Hafiz, doktor berkenaan menyatakan dia bernasib baik kerana masalah itu dikesan lebih awal. Sekarang dia masih menjalani rawatan susulan.

"Mujurlah masalah yang saya hadapi itu tidak menjejaskan aktiviti seni saya malah saya boleh terus menyanyi.

"Cuma pada peringkat awal dahulu adakalanya saya berasa sakit semasa membuat persembahan," jelasnya.

Aksi 1 Lawan Satu

Posted:

Aksi 1 Lawan Satu

Aksi 1 Lawan Satu


PIERRE (berdiri tiga dari kanan) dan Mikael (berdiri dua dari kiri) bersama barisan karyawan filem 1 Lawan Satu.


FILEM aksi sulung arahan pengarah Pierre Andre, 1 Lawan Satu mendapat reaksi kurang senang daripada kalangan penggemar filem lantaran babak pertarungan yang terlampau banyak.

Daripada keseluruhan filem yang berdurasi sejam 30 minit itu, cuma 20 peratus menampilkan dialog barisan pelakon dan selebihnya adalah aksi pergaduhan yang memaparkan pelbagai seni bela diri popular antaranya silat, taekwondo, capoeira dan street fight.

Mengulas tentang hal tersebut, ujar Pierre, dia melihat dari satu sudut berbeza dalam usaha menghasilkan sebuah filem yang padat aksi dan tidak meleret-leret.

"Setiap pengarah ada pandangan sendiri mengenai filem arahannya begitu juga saya. Saya tidak melihat 1 Lawan Satu yang terlalu padat aksi sebagai masalah.

"Ada penonton yang gemarkan sebuah filem yang mencabar adrenalin mereka, ibaratnya aksi yang ditampilkan itu tidak memberi ruang penonton bernafas.

"Secara jujurnya saya puas dengan hasil filem aksi ini," katanya yang ditemui ketika majlis tayangan perdana filem 1 Lawan Satu di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

1 Lawan Satu menceritakan kehidupan dua individu berbeza latar belakang iaitu Radhi dan Saleh. Radhi terpaksa bertarung di jalanan demi mendapatkan wang untuk menampung pembiayaan perubatan adiknya, Sara yang sedang sakit.

Sementara itu, Saleh yang handal bersilat sedang menyelesaikan misi keluarganya untuk membawa adiknya, Saleha pulang setelah diculik oleh Oman.

Radhi yang terdesak kerana memikirkan keadaan Sara menerima tawaran Oman untuk berlawan untuknya manakala Saleh perlu berlawan dalam satu pertarungan demi menyelamatkan Saleha.

Tambah Pierre, dia mahu membiarkan penonton membuat kesimpulan sendiri apabila menyaksikan filem itu. Atas faktor itu juga dia memilih dua watak protagonis sebagai tonggak filem itu.

"Judul filem ini sendiri sudah cukup kuat untuk menggambarkan keseluruhan filem. Saya pilih dua watak utama yang protagonis supaya penonton boleh membuat kesimpulan pada penghujung filem itu nanti.

"Susah untuk cari filem Asia yang memberikan penonton kebebasan membuat pilihan," ujarnya yang tidak menolak kebarangkalian akan ada sekuel untuk filem itu.

Memilih pelakon baharu iaitu adiknya sendiri, Mikael Andre sebagai pelakon utama, Pierre ada alasan yang tersendiri.

"Saya suka bekerja dengan pelakon baharu kerana tidak perlu memikirkan masalah disiplin. Kalau pelakon bertaraf bintang nanti, saya perlu mengambil kira jadual selain perilaku yang mungkin merumitkan.

"Lagipun, Mikael sebagai contoh berjaya memberikan komitmen tinggi dalam kerjanya. Pemilihan pelakon bukan kerana faktor hubungan persaudaraan saya dan dia sebaliknya minatnya yang mendalam dalam bidang lakonan," tegasnya.

Sementara itu, Mikael berkata, dia berdepan detik cemas apabila dia secara tidak sengaja menumbuk hidung salah seorang pelakon sehingga patah.

"Mujur dia seorang bekas komando. Apabila saya tertumbuk hidungnya hingga patah dia dengan senangnya membetulkan masalah itu dengan menggunakan sebatang pen dan kembali meneruskan lakonan," katanya yang sedikit trauma akibat kejadian itu.

Selain Mikael, filem yang bakal ditayangkan bermula 27 Jun ini turut dibintangi Azlan Komeng, Along Eyzendy, Fyza Kader dan Mimie Ernida.- KHAIRUL AMRI HASSAN

Kredit: www.kosmo.com.my

Rabu, 26 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Vokal manipulasi teknologi

Posted:

Vokal manipulasi teknologi

Vokal manipulasi teknologi

JIKA dilihat dari sudut positif, kehadiran ramai penyanyi baharu memberi gambaran pertambahan penyanyi pelapis dan ia juga menjadi pencetus kepada perkembangan industri hiburan tempatan.

Bagaimanapun, apa yang menjadi persoalan adakah kemunculan barisan penyanyi baharu itu memenuhi kualiti yang dimahukan industri muzik negara?

Ada yang beranggapan kemunculan penyanyi baharu, terutamanya penyanyi berkumpulan dilihat kurang bersedia dari segi mental dan fizikal. Lebih malang, ada yang memiliki vokal yang teruk.

Begitupun, penyanyi kumpulan itu tetap diterima, malah menjadi kegilaan remaja khususnya wanita.

Adakah perkara itu disebabkan wajah cantik atau kacak yang dimiliki? Mungkinkah kerana lagu-lagu mereka catchy atau mudah diingat, di samping lirik yang kebanyakannya bertemakan percintaan, persahabatan dan seksual yang bersesuaian dengan jiwa anak-anak muda zaman sekarang?

Perkara itu seterusnya menjadi pelaris kepada penjualan single atau album mereka, biarpun pada hakikatnya, kualiti vokal yang dimiliki tidak bagus.

Mengulas mengenai perkara tersebut, penyanyi hebat yang sering dijemput sebagai pengkritik program-program realiti nyanyian televisyen, Ziana Zain melontarkan pandangan beliau.

Penyanyi baharu tiada jiwa

"Memang kalau dilihat pada masa ini, penyanyi yang tiada rupa tetapi memiliki vokal yang hebat tidak berjaya dalam industri. Sebaliknya, bagi mereka yang tidak memiliki vokal yang hebat tetapi ada rupa berjaya pula dalam industri," ulas pelantun lagu Madah Berhelah itu kepada Kosmo!.

Pada hakikatnya, kata Ziana, nyanyian penyanyi-penyanyi baharu tidak mempunyai jiwa dan sebutan lirik juga tidak begitu jelas.

Berbanding penyanyi-penyanyi lama, ujar Ziana, mereka bekerja keras untuk menghayati melodi dan lirik sesebuah lagu.

"Lagu-lagu sekarang banyak dipengaruhi oleh muzik luar seperti K-Pop. Mereka sebenarnya tidak boleh menyanyi dengan bagus sebaliknya sekadar miming.

"Namun, itulah selera generasi sekarang. Mereka mahukan lagu yang sebegitu, tambahan dengan rupa penyanyi yang kacak," jelas Ziana.

Mengulas mengenai hala tuju penyanyi baharu dan perkembangan industri muzik pada masa akan datang, kata Ziana lagi, industri seni tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia juga adalah kemahuan generasi semasa.


ONE (kanan) bersama tiga anggota Forteen yang lain (dari kiri), Aris, Izzue dan Ameerais. Forteen pernah dikritik kerana memanipulasi wajah dan penampilan anggotanya untuk meraih populariti.


Ulasnya, dulu syarikat rakaman akan memastikan artis-artis di bawah naungan mereka berkualiti. Sebaliknya sekarang, siapa sahaja boleh menjadi penyanyi popular hanya menerusi laman internet seperti YouTube.

Begitupun, ujar Ziana, penyanyi-penyanyi baharu ini dilihat tidak akan bertahan lama. Ziana juga tidak menolak hakikat ada penyanyi baharu yang bagus.

"Tidak semua penyanyi baharu tidak bagus. Ada segelintirnya sangat bagus tetapi tidak begitu menyerlah - Najwa Mahiaddin contohnya," katanya.

Jelas Ziana lagi, penyanyi baharu juga dimanjakan dengan teknologi yang mampu menjadikan vokal mereka kedengaran hebat ketika merakamkan lagu.

"Penyanyi lama tidak mempunyai teknologi untuk membantu dalam rakaman album seperti sekarang. Kadang-kadang sampai berjam-jam merakam lagu untuk jadikan nyanyian sempurna dari segi penghayatan dan juga kawalan nafas," ujarnya.

Komposer tersohor, Mohd. Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai pula turut menyuarakan pandangannya mengenai album tidak bermutu yang dihasilkan oleh penyanyi baharu.

Katanya, penyanyi yang belum layak merakamkan album itu akan memberi kesan negatif kepada industri muzik tempatan.

"Dalam industri muzik sekarang, ada pihak khususnya syarikat rakaman menjadikan wajah sebagai pertaruhan sekali pun tanpa berbekalkan bakat nyanyian yang sewajarnya," ujarnya.

Tambahnya, keghairahan syarikat rakaman menerbitkan album penyanyi berdasarkan wajah juga membuatkan kehadiran penyanyi kurang persiapan mental dan fizikal itu tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Dalam pada itu, Kosmo! turut mendapatkan pandangan beberapa kumpulan muzik baharu seperti Forteen, Klangit dan Roman mengenai isu berbangkit.

Klangit tidak malu dikritik

Lagu Sesal Mendua alunan kumpulan Klangit sememangnya meraih perhatian peminat muzik.

Namun, ketika membuat persembahan secara langsung di pentas Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19), lontaran vokal penyanyinya iaitu Ary atau nama sebenarnya Muhamad Nur Hadre Ayub gagal dipersembahkan dengan baik.

Akibatnya, Klangit yang terdiri daripada Ary (vokalis), Mohd. Izwan Ahmad Mahayuddin atau Ewan (gitar utama) dan Mohd. Haris Muhamad atau Haris (gitar bass), dikritik hebat peminat yang mengatakan kualiti vokal mereka tidak setara dengan populariti lagu tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, ujar Ary, dia tidak berasa malu dikritik peminat kerana dia sedar mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, dia berharap dapat belajar dan mendapat tunjuk ajar daripada karyawan yang sudah lama dan terbukti hebat dalam bidang nyanyian.

"Saya akui tidak pernah masuk kelas vokal. Cuma, saya ada timba sedikit pengalaman menyanyi dengan Adi Sixth Sense dan juga kumpulan Sofarz. Saya tidak malu dikritik mengenai vokal saya kerana sememangnya saya perlu banyak belajar. Saya anggap kritikan itu sebagai cabaran untuk buat lebih baik pada masa akan datang.

"Saya juga berharap mendapat tunjuk ajar vokal daripada penyanyi Jamal Abdillah yang saya rasakan memiliki vokal yang hebat," ujarnya kepada Kosmo!.

Klangit mula menyertai industri muzik sejak tahun 2008 menerusi lagu Gelisah dan Mungkin, tetapi hanya mula meniti populariti selepas kemunculan single Sesal Mendua.

Mengulas mengenai perkara itu, Ary mendedahkan, amat penting memiliki lagu yang menarik untuk dihayati biarpun vokal penyanyinya tidak bagus.

"Memang penting bagi seseorang yang tidak memiliki vokal hebat mendapat lagu yang sedap didengar. Apa-apa pun ia juga bergantung kepada rezeki seseorang penyanyi itu," jelasnya lagi.

ARY (tengah) pernah dikritik memiliki vokal yang teruk ketika membuat persembahan secara langsung di pentas Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19).


One nasihat rakan Forteen

Menurut vokalis kumpulan Forteen, Muhammad Ridzuan Sharifuddin atau dikenali sebagai One pula, kumpulan Forteen pernah dikatakan tidak mempunyai vokal yang bagus tetapi popular berlandaskan rupa ketika awal pembabitan mereka dahulu.

"Memang pada awalnya Forteen ada menerima kritikan tetapi lama-kelamaan, peminat tahu bahawa kami bukan sebuah kumpulan yang bergantung pada rupa paras sebaliknya mereka nampak kekuatan vokal kami," jelasnya.

One memberitahu, sebagai penyanyi baharu, sememangnya dia perlu melengkapkan diri dari segi vokal.

Ujarnya yang pernah dinobatkan sebagai Artis Harapan Terbaik AIM ke-13 ketika menyanyi secara solo, dia banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat dari segi penghayatan lagu kepada rakan-rakan Forteen lain iaitu Saifu Ridzuan Abd Hamid (Ariz), Mohd. Arif Ameerais Azhar (Ameerais) dan Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue).

"Selepas menyertai Forteen, saya ada memberi sedikit tunjuk ajar kepada rakan-rakan dalam kumpulan itu dan berkongsi pengalaman saya sebagai penyanyi solo sebelum bersama Forteen.

"Selain saya, Ariz, Ameerais dan Izzue sebenarnya masing-masing ada latar belakang muzik.

"Kami juga sudah membuktikan mampu menyanyi secara langsung dan berjaya memenangi anugerah Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik pada AIM19," ujarnya.

Penyanyi runut bunyi

Vokalis kumpulan Roman iaitu Mohd. Farouk Abdul Razak atau Farouk pula mendedahkan, Roman ditubuhkan semata-mata untuk projek runut bunyi drama.

Antara lagu Roman yang popular termasuklah Roman (menampilkan Kilafairy, untuk drama Tihany di TV9), Major Problema (menampilkan Marsha Milan Londoh bagi drama Paan Hafiz, TV3), Wujud (menampilkan Miera Tilu untuk drama Tujuh Ramadan) dan Hanya Di Aidilfitri (menampilkan Kilafairy).

Bagaimanapun, kumpulan yang dianggotai Farouk, Nasnoor Zulfadhli Mohd. Nasiruddin atau Edd dan Ahmad Rostam Abdul Rashid atau Otam itu turut mendapat jemputan membuat persembahan secara langsung pada Anugerah Blokbuster kedua yang berlangsung pada 15 Jun lalu.

Malangnya, Roman dikatakan gagal membuat persembahan dengan baik pada acara tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, kata Farouk, dia mengakui berasa gementar kerana buat kali pertama mengadakan persembahan.

Tidak malu dengan kritikan itu, ujar Farouk, dia akan bekerja keras untuk memperbaiki mutu suaranya pada masa akan datang.

Mengulas mengenai faktor penyanyi baharu diterima peminat, ulas Farouk, semuanya bergantung kepada rezeki setiap penyanyi itu selain memperoleh lagu yang hebat yang mampu memikat hati pendengar.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


TBNSA bukan taman botani biasa

Posted:

TBNSA bukan taman botani biasa

TBNSA bukan taman botani biasa

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

HUTAN dalam bandar. Itu ayat yang tepat bagi menggambarkan keistimewaan Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) yang dulu dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke destinasi riadah hujung minggu yang lengkap dengan aktiviti lasak dan santai yang sesuai untuk semua peringkat umur, TBNSA adalah pilihan terbaik.

Kedudukannya yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur menjadikan TBNSA lokasi riadah tumpuan warga kota yang mahu menghabiskan cuti hujung minggu bersama insan tersayang.

Sebanyak 600 tempat letak kereta awam yang disediakan di TBNSA mula dipenuhi kenderaan pengunjung seawal pukul 8 pagi khususnya pada hari hujung minggu. Mereka yang bercadang untuk berbasikal di taman botani tersebut perlu tiba awal pagi supaya tidak pulang hampa kerana basikal yang ada habis disewakan kepada pengunjung.

Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa TBNSA adalah lokasi paling ideal untuk menganjurkan aktiviti hari keluarga bersama rakan-rakan, teman sepejabat ataupun keluarga yang berskala besar.

PENGUNJUNG yang gemarkan aktiviti lasak boleh mencuba aktiviti yang ditawarkan di Taman Cabaran Skytrex, TBNSA.


Lokasi aktiviti famili

Pekerja swasta, Amirul Azman, 26, berkata, dia kerap mengunjungi TBNSA kerana taman rekreasi tersebut berada dalam persekitaran hutan yang lengkap dengan elemen flora dan fauna walaupun terletak di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam.

Katanya, taman tersebut amat sesuai dijadikan lokasi penganjuran aktiviti hari keluarga kerana ia menitikberatkan aspek keselamatan serta menyediakan banyak lokasi sesuai untuk aktiviti berskala besar seperti explorace dan trek merentas hutan.

"Kenderaan luar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran ke kawasan taman sebagai langkah keselamatan kepada pengunjung yang melakukan aktiviti rekreasi.

"Saya juga gemar dengan landskap taman padi yang ada di sini kerana dapat merasakan pengalaman hidup di kampung. Lebih-lebih lagi bagi orang yang tiada kampung seperti saya," katanya yang berasal dari ibu negara.

Melarikan diri daripada kesibukan bekerja selama lima hari seminggu dengan mengunjungi TBNSA sedikit sebanyak mampu meningkatkan tahap kesihatan pengunjung dan meringankan fikiran mereka.

Mengimbau sejarah awal pembangunan taman botani tersebut, ia dimasyhurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991.

Nama TBNSA sekarang adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2007 untuk membangunkan TBNSA menggantikan nama lamanya iaitu Taman Pertanian Malaysia.

Dalam pada itu, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Azraful Azman, 23, berkata, dia dan rakan-rakan memilih untuk mengadakan hari keluarga bersama-sama bagi mengeratkan persahabatan dan mengurangkan tekanan menghadapi peperiksaan akhir semester.

"Selain bergelar pelajar, kami menggalas jawatan sebagai anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam yang terikat dengan pelbagai aktiviti universiti sehingga jarang meluangkan masa bersama-sama.

"Kemudahan yang ada di sini membolehkan kami bertemu dalam situasi berbeza untuk kenal-mengenal dengan lebih rapat," ujarnya yang memegang jawatan Yang Dipertua MPP UiTM Shah Alam.


KEBANYAKAN pengunjung meluangkan masa berbasikal bersama keluarga pada hujung minggu.


Kem pelajar

Keindahan alam semula jadi TBNSA turut menjadi faktor utama yang menarik pengusaha syarikat perunding berteraskan pendidikan, P. Shaan, 44, untuk mengendalikan kem pendidikan selama tiga hari dua malam di taman tersebut.

"Perkembangan minda kanak-kanak serta remaja akan lebih terbuka jika mereka berpeluang menyertai aktiviti riadah di kawasan persekitaran yang hijau dan dekat dengan alam semula jadi.

"Taman ini selesa untuk dikunjungi dan menyediakan banyak kawasan terbuka dan berbumbung untuk menjalankan aktiviti riadah yang lasak dan ringan," katanya ketika ditemui di TBNSA baru-baru ini.

Antara tarikan lain di TBNSA ialah Taman Haiwan, Taman Hiasan, Taman Iklim Sederhana Empat Musim, Taman Rempah-ratus, Taman Kaktus serta Taman Buah-buahan Tropika.

Selain itu, pengunjung juga boleh melihat keunikan reka bentuk rumah tradisional negeri-negeri di Malaysia yang terletak di Kampung Idaman taman botani tersebut.

Bagi mereka yang menggemari sukan lasak pula boleh mencuba aktiviti yang disediakan di Taman Cabaran Skytrex dengan membuat tempahan awal dengan pengendali aktiviti itu.

Santorini seindah gambar poskad

Posted:

Santorini seindah gambar poskad

Santorini seindah gambar poskad


LANDSKAP dan seni bina bangunan klasik menghiasi pemandangan bandar Oia.


PERJALANAN menaiki pesawat tambang murah, EasyJet ke Santorini, Greece dari Lapangan Terbang Gatwick, London, United Kingdom mengambil masa selama tiga jam 40 minit.

Santorini terletak dalam kepulauan Cyclades iaitu kira-kira 200 kilometer di tenggara Athens, ibu negara Greece. Pulau itu mempunyai gunung berapi di tengah Laut Aegan yang menjanjikan pemandangan yang sangat mengagumkan.

Kedudukannya ialah di tebing gunung berapi yang dikelilingi cenuram pada ketinggian kira-kira 300 meter dari paras laut.

Pelancong ke Pulau Santorini boleh memilih tiga kaedah pengangkutan untuk ke bahagian tertinggi pulau itu iaitu menaiki bot, kereta kabel atau kapal terbang yang mendarat di Lapangan Terbang Thira.

Percutian saya dan rakan-rakan di pulau itu bermula di bandar Fira. Di situ, saya menginap di Angel Studios iaitu sebuah hotel kecil yang diusahakan oleh tiga generasi wanita berketurunan Greek.

Tiga hari menginap di situ, bayarannya hanya 75 euro (RM312) termasuk sarapan pagi yang enak. Mereka melayan kami seperti keluarga.

Fira merupakan sebuah bandar utama di Santorini yang terletak di cerun bukit yang berlatarbelakangkan permandangan Laut Aegan. Bandar itu juga terkenal dengan konsep bangunannya yang serba putih dan berlapis-lapis di sepanjang cenuram.

Kedudukan Fira yang terletak di kawasan tinggi memerlukan kami menaiki kira-kira 700 anak tangga. Walaupun penat, habuannya amat berbaloi kerana pemandangan di puncak sangat cantik.

Sekitar bandar Fira terdapat banyak restoran yang menghidangkan pelbagai makanan tradisi Greek yang kebanyakannya berunsur Mediterranean. Kebanyakan makanan yang dihidangkan diperbuat daripada sayur-sayuran seperti terung dan tomato.

Di tebing bukit bandar itu, kelihatan deretan kafe kecil yang dihias indah serta serba moden untuk pelancong berehat atau menikmati secawan kopi dan sepotong kek sambil melihat pemandangan indah.


PELABUHAN Fira merupakan platform membawa pelancong ke kawasan gunung berapi di Santorini.


Di situ juga merupakan tempat yang paling sesuai untuk pelancong membeli cenderamata atau barangan yang diusahakan oleh penduduk tempatan seperti manisan dan baju yang dibuat daripada kapas Greek.

Pada hari kedua, saya dan rakan-rakan mengambil khidmat pemandu pelancong yang disediakan oleh agensi pelancongan di Fira. Kami mengambil pakej berharga RM79 yang menawarkan lawatan ke gunung berapi dan kolam air panas.

Pemandangan Laut Aegan amat indah pada waktu pagi. Panorama laut yang tenang dipenuhi kapal, feri besar dan bot laju yang membawa pelancong menggamit perhatian saya.

Untuk ke pelabuhan, pelancong perlu ke puncak bandar Fira. Pelancong juga mempunyai dua pilihan untuk ke pelabuhan iaitu menaiki kereta kabel atau keldai dengan bayaran RM17 dan RM20 seorang. Keldai merupakan antara pengangkutan utama rakyat di kepulauan Santorini ini untuk mengangkut barang dari pelabuhan yang terletak di pulau ke bandar.

Setibanya di pulau, saya dan rakan-rakan menaiki kapal pelantar terbuka yang mempunyai hiasan dalaman kayu eksklusif. Ia sangat sesuai bagi mereka yang gemar berjemur di bawah cahaya matahari.

Gunung berapi

Perjalanan pertama kami ke kawasan gunung berapi mengambil masa kurang 20 minit. Untuk memasuki kawasan gunung berapi dikenakan bayaran sebanyak RM16 seorang. Pemandu pelancong membawa kami melawat kawasan gunung berapi dan kawah air panas di puncak gunung. Disebabkan tidak memakai kasut yang sesuai, saya tidak menyertai lawatan itu.

Walaupun tidak berpeluang ke gunung berapi, saya sempat merendamkan kaki ke dalam kolam kecil yang mempunyai mineral yang baik untuk kulit.

Selepas itu, rombongan kami dibawa ke kolam air panas yang terletak kira-kira 10 minit dari gunung berapi. Kawasan cetek di sekitar kolam air panas membuatkan bot berhenti agak jauh dan pelancong perlu terjun ke dalam kolam itu.

Menurut pemandu pelancong, kawasan kolam itu dipercayai menjadi panas akibat wap panas yang dihasilkan dari gunung berapi. Kini, gunung berapi itu tidak aktif dan merupakan salah satu tarikan pelancong untuk melihat air kolam yang berwarna jingga.


LORONG-LORONG kecil di sekitar bandar Fira menjadi destinasi beli-belah untuk pelancong.


Kemudian, kami dibawa ke Thirassia iaitu sebuah pulau berasingan dan terdiri daripada perkampungan kecil di tepi laut. Lokasi itu mempunyai beberapa restoran dan gerai-gerai kecil menjual barangan tempatan.

Gerai yang menjual batu karang yang boleh dijadikan sepan merupakan produk yang menarik perhatian saya. Ia amat lembut dan dijual dalam pelbagai saiz dengan harga RM8.

Kemudian, kami dibawa ke Oia atau cara sebutannya e-ya. Oia merupakan bandar kedua terkenal di Santorini. Landskap serta seni bina bangunan di Oia kelihatan sama seperti di Fira, tetapi Oia lebih tenang dan kurang menjadi tumpuan.

Keindahan Pantai Kamari

Pada hari terakhir percutian di Santorini, kami ke Pantai Kamari. Pesisiran pantainya dipenuhi pasir dan batu-batu kecil berwarna hitam sehingga ia digelar Black Beach.

Di tepi pantai, terdapat deretan kerusi beratap nipah milik restoran untuk disewakan kepada pelancong. Bagi saya, Pantai Kamari amat sesuai untuk mereka yang inginkan kedamaian dan mahu beristirehat.

Urutan dalam gazebo merupakan antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong selain aktiviti seperti jet ski dan kapal layar. Kebanyakan pelancong memilih untuk melakukan riadah itu pada waktu petang sambil menikmati pemandangan tepi pantai.

Kami juga berpeluang menikmati hidangan makan tengah hari di sebuah restoran yang menyediakan ikan bakar seperti di Malaysia.

Antara destinasi lain yang sempat saya kunjungi di Santorini ialah Pantai Kokkini, Pantai Aspri dan Pantai Privolos. Pantai itu hanya mengambil masa 20 minit perjalanan dari bandar Fira. Kebanyakan pelancong di Santorini gemar menyewa ATV untuk menjelajah kawasan itu.

Santorini merupakan sebuah pulau yang mempunyai pemandangan cantik. Seni bina dan budayanya juga berbeza dengan kebanyakan negara Eropah. Saya amat berpuas hati dapat melihat keindahan Santorini dengan mata sendiri dan ternyata gambarannya sama seperti apa yang saya lihat dalam poskad.

Percutian ala kolonial

Posted:

Percutian ala kolonial

Percutian ala kolonial

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


CASA del Rio menyediakan balkoni peribadi di keseluruhan 66 buah bilik yang terdapat di hotel tersebut.


BANDARAYA Melaka sememangnya terkenal dengan imej bandar bersejarah yang menyimpan pelbagai lipatan kenangan dan menjadi 'rumah' kepada bangunan-bangunan lama sejak zaman penaklukan Portugis pada tahun 1511.

Keindahan panorama di bandar tersebut dilengkapi lagi dengan sebuah hotel butik mewah yang menawarkan pengalaman penginapan persis zaman kolonial iaitu Hotel Casa del Rio. Ia seolah-olah meraikan kemeriahan dan nilai sejarah yang tinggi di kota Melaka.

Hotel tersebut terletak di tebing Sungai Melaka berhampiran dengan Jalan Kota Laksamana yang hanya memerlukan anda berjalan kira-kira dua minit dari destinasi popular, Jonker Walk. Hotel berkenaan direka khas untuk merakamkan pemandangan menakjubkan ke arah beberapa mercu tanda yang terdapat di Melaka.

Gabungan elemen

Rona magenta, kuning dan terra cotta (coklat tanah) yang diadun dengan pagar besi tempa lama serta lampu hiasan yang indah memberikan sentuhan suasana Mediterranean di segenap ruang Casa del Rio.

Reka bentuk bangunannya pula diinspirasikan daripada sejarah kedatangan Portugis ke Melaka dan keunikan elemen pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka suatu masa dulu.


RUANG hiasan dalaman serba mewah dengan sentuhan suasana Mediterranean di bilik jenis Deluxe.


Pegawai Pentadbiran dan Komunikasi Pemasarannya, Fam Yen Fong memberitahu, terdapat sebanyak 66 bilik yang berkonsepkan elemen-elemen Mediterranean dan Peranakan Baba Nyonya ditawarkan kepada pengunjung.

"Semua bilik di sini mempunyai balkoninya sendiri yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan indah Sungai Melaka terutamanya pada waktu malam.

"Bagi tetamu yang membawa anak-anak bersama, Casa del Rio ada menyediakan kemudahan perhubungan dan hiburan seperti akses internet berkelajuan tinggi, set televisyen lengkap dengan pemain cakera padat, stesen doking iPod dan telefon talian antarabangsa," jelasnya.

Bukan itu sahaja, definisi keselesaan dalam kemewahan pasti dapat dirasakan sewaktu anda menghabiskan masa percutian di hotel tersebut kerana Casa del Rio menyediakan katil mewah yang empuk, bilik mandi yang luas dan ruang yang besar untuk berehat.

Kemudahan lain termasuklah perkhidmatan pelancongan menggunakan kereta atau beca di sekitar bandar raya Melaka, menaiki bot untuk menyelusuri sungai, cucian pakaian, kolam renang dan gimnasium.

Tambah Yen Fong, hotel itu turut menyediakan bilik pelbagai guna dengan beberapa pilihan keluasan untuk penganjuran seminar, dewan bankuet untuk majlis perkahwinan, parti hari jadi dan pelbagai sambutan lain.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved