Khamis, 13 Jun 2013

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Budaya kerja selamat elak kecelakaan

Posted:

Budaya kerja selamat elak kecelakaan

Budaya kerja selamat elak kecelakaan

MAJIKAN bertanggungjawab menerapkan budaya kerja selamat dalam kalangan pekerja. - Gambar hiasan


SETIAP kali kita menaiki kenderaan untuk ke tempat kerja, kita selalu melihat pekerja pemotong rumput di tepi jalan bekerja tanpa meletakkan sebarang papan tanda amaran.

Begitu juga ada pekerja di tapak binaan yang tidak memakai topi keselamatan atau pakaian yang sepatutnya. Malah, ada yang menolak kampit simen dengan berkaki ayam.

Apakah yang boleh kita tafsirkan daripada semua keadaan tersebut?

Itulah hakikat budaya kerja selamat di kebanyakan tempat kerja di negara ini. Kita tidak pernah berasa bahawa semua tindakan boleh mengundang risiko kepada diri dan juga orang awam lain.

Ia mungkin tidak menjadi isu sekiranya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Bagaimanapun, cara kerja selamat wajar diberi perhatian sepanjang masa.

Dalam bulan-bulan terakhir ini, beberapa tragedi wajar membuka mata semua pihak mengenai budaya kerja selamat.

Terbaharu, kejadian penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh dan meragut nyawa orang awam. Ia berlaku tidak lama setelah kita dikejutkan dengan berita sebuah bot ekspres penumpang karam di Belaga, Sarawak yang mengorbankan beberapa orang penumpang.

Kesalahan manusia

Sejak sekian lama orang percaya bahawa apabila sesuatu kemalangan berlaku, ia disebabkan oleh kesilapan teknikal atau sebab-sebab yang di luar kawalan manusia.

Hakikatnya, kajian psikologi pada akhirnya merumuskan bahawa kecuaian manusia adalah punca kepada kebanyakan tragedi besar yang berlaku.

Tragedi letupan reaktor nuklear Chernobyl di Ukraine pada tahun 1986 merupakan sejarah malang bagi umat manusia.


KEGAGALAN mematuhi peraturan menyebabkan risiko kemalangan lebih tinggi di tempat kerja. - Gambar hiasan


Ia bukan sekadar mengorbankan nyawa, malah radiasi nuklear terus mengancam nyawa penduduk sekitarnya sehingga hari ini.

Pengkaji merumuskan bahawa letupan nuklear itu diibaratkan sebagai pemandu nakal yang gagal mengendalikan kenderaannya.

Dunia juga menyaksikan bahawa pengabaian terhadap budaya selamat ini telah mengorbankan banyak nyawa.

Pada tahun 2003, kapal angkasa Columbia telah meletup ketika cuba memasuki semula atmosfera bumi. Kesemua tujuh orang angkasawan yang berada dalam kapal angkasa tersebut terkorban.

Walaupun diandaikan terdapat kerosakan teknikal, pasukan panel penyiasat kemudian mendapati banyak isu mengenai budaya kerja selamat yang diabaikan oleh pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama tragedi kapal angkasa meragut nyawa manusia. Pada tahun 1986, kapal angkasa Challenger meletup dan musnah selepas beberapa saat dilancarkan.

Kajian-kajian selepas itu mendapati mereka yang terlibat dalam projek berkenaan telah mengabaikan peraturan keselamatan. Antara lainnya disebabkan oleh kekangan kewangan dan faktor ekonomi.

Peraturan

Begitulah juga yang selalu terjadi dalam banyak kes kemalangan di tempat kerja yang lain. Sikap dan kelakuan manusia itulah yang telah mencetuskan banyak tragedi sehingga mengancam nyawa dan keselamatan orang ramai.


NEGARA dikejutkan dengan kejadian runtuhan susur keluar jalan di Jambatan Kedua Pulau Pinang pada 6 Jun lalu. - Gambar hiasan


Dalam budaya kerja kita, aspek keselamatan ini masih lagi terkebelakang. Budaya kerja selamat ini pula perlu dimulai oleh pihak pengurusan atau majikan kerana merekalah yang mampu melaksanakan peraturan dan mengawal pekerjanya.

Peraturan yang ditetapkan oleh pihak pemerintah tidak akan membantu sekiranya majikan tidak memberikan perhatian.

Peraturan yang ada juga tidak dapat mengubah apa-apa sekiranya keuntungan wang ringgit menjadi keutamaan, sekalipun mengabaikan keselamatan pekerja.

Mutakhir ini, dengan kebanjiran pekerja asing yang mungkin datang daripada pelbagai latar belakang dan budaya, perhatian terhadap budaya kerja selamat sepatutnya diperketatkan lagi.

Mereka yang datang dari negara miskin misalnya, mungkin tidak menghiraukan aspek keselamatan kerana apa yang utama bagi mereka adalah untuk mendapatkan upah bagi menyara keluarga mereka.

Mereka juga mungkin berhadapan dengan masalah bagi membaca Prosedur Operasi Standard tertentu yang mungkin ditulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

Sebab itu, hanya dengan pelaksanaan peraturan yang tegas kita mampu membina budaya kerja selamat.

Raikan bapa dengan hidangan istimewa

Posted:

Raikan bapa dengan hidangan istimewa

Raikan bapa dengan hidangan istimewa

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

CHEF Eksekutif, Jaffery Othman (kiri) bersama Chef Sos, Vishan Letchemana menunjukkan sebahagian hidangan bagi meraikan sambutan Hari Bapa di Hotel Best Western.


MASIH mencari-cari lokasi menarik untuk meraikan bapa tercinta sempena Hari Bapa tahun ini? Apa kata anda membawa insan teristimewa itu dan ahli keluarga lain ke Restoran Kembali Kitchen di Hotel Best Western yang terletak di Dua Sentral, Kuala Lumpur.

Hotel tersebut menawarkan hidangan minum petang yang lazat. Suasana santai dengan hiasan dalaman mewah di Kembali Kitchen pasti membuatkan bapa anda berasa gembira.

Tawaran istimewa pada hari Ahad ini yang bermula pukul 12 tengah hari hingga 4 petang menyediakan pilihan hidangan bercita rasa tempatan dan antarabangsa.

Antara hidangan tersebut termasuk pelbagai jenis pilihan salad segar, kambing panggang dengan sos cendawan, rendang tok, ayam lemon, ketam cili Singapura dan stik ikan salmon selain pemanis mulut.

Pengurus Komunikasi Korporatnya, M. Pugeneswary memberitahu, setiap bapa akan diberikan hadiah menarik sebagai cenderamata sebaik sahaja melangkah masuk ke Kembali Kitchen.

"Ia merupakan peluang terbaik buat anak-anak memanjakan bapa masing-masing sebagai salah satu cara menghargai jasa dan pengorbanan mereka," katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan menu istimewa Hari Bapa di hotel tersebut baru-baru ini.

Kembali Kitchen beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 6 pagi hingga 10.30 malam merangkumi sarapan, tengah hari dan makan malam.

Superman semakin hebat

Posted:

Superman semakin hebat

Superman semakin hebat

Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN


SUPERMAN kembali beraksi dalam usahanya menyelamatkan penduduk Bumi.


LAYAR PERAK minggu ini membawakan filem lakonan Henry Cavill, pemegang watak adiwira Superman dalam Man of Steel, Clark Kent.

Dalam filem itu, Clark Kent iaitu Superman yang berasal dari planet Krypton telah dihantar untuk menyelamatkan masyarakat Bumi daripada ancaman penjahat.

Kent yang tidak tahu dirinya memiliki kuasa luar biasa buntu memikirkan cara untuk menghadapi musuhnya. Tontonlah filem aksi hebat arahan Zack Snyder ini bagi mengetahui kesudahannya.

Dalam pada itu, bagi mereka yang gemarkan produksi Buku Fixi berjudul Pecah, inilah masanya untuk menonton versi filem siri tersebut.

Filem hebat lakonan Tony Eusoff dan Izreen Azminda itu berkisar mengenai rompakan bersenjata oleh Alan, Herman, Radi dan Don di sebuah bank terkemuka dan kekecohan yang berlaku selepas itu.

Pecah edaran Grand Brilliance Sdn. Bhd. dijangka menggegarkan industri perfileman tempatan yang dahagakan karya penuh aksi seperti ini.

Sementara itu, setelah sekian lama tidak berlakon, kemunculan Andy Lau sebagai seorang perisik khas dalam filem Switch bakal mengubat rindu para peminatnya.

Dia mempunyai misi untuk melindungi lukisan terkenal Fu Chun Shan Ju Tu yang menjadi sasaran samseng Jepun (Tong Dawei).

Man of Steel

Tarikh tayangan: 13 Jun 2013

Genre: Aksi

Durasi: 2 jam 22 minit

Pengarah: Zack Snyder

Pelakon: Henry Cavill, Amy Adams, Michael Shannon, Russell Crowe, Kevin Costner dan Diane Lane

Sinopsis: Aksi seorang wartawan, Clark Kent lakonan Henry Cavill kembali menemui penonton dengan jalan cerita yang mendebarkan. Dalam filem ini, tempat asal dan bagaimana adiwira itu mendapat kuasa sakti turut dibongkar.


PELBAGAI kekecohan berlaku apabila sekumpulan lelaki merompak sebuah bank.


Pecah

Tarikh tayangan: 13 Jun 2013

Genre: Aksi

Durasi: 1 jam 25 minit

Pengarah: Asrull Hisyam

Pelakon: Tony Eusoff, Izreen Azminda,

Sofi Jikan dan Fizz Fairuz

Sinopsis: Filem terbitan Lightbulb Pictures dan edaran Grand Brilliance Sdn. Bhd. ini mengisahkan cerita yang diadaptasikan daripada novel karya Khairulnizam Bakeri keluaran syarikat penerbitan novel, Buku Fixi. Ia berkisarkan mengenai sebuah rompakan bersenjata oleh Alan, Herman, Radi dan Don di sebuah bank terkemuka. Selepas itu, pelbagai kekecohan berlaku dalam kalangan mereka.

Switch

Tarikh tayangan: 13 Jun 2013

Genre: Aksi

Durasi: 1 jam 45 minit

Pengarah: Jay Sun

Pelakon: Andy Lau, Lin Chi Ling dan Zhang Jing Chu

Sinopsis: Filem Switch mengisahkan seorang perisik khas yang mahu menyatukan kembali lukisan Fu Chun Shan Ju Tu yang telah dipecahkan kepada dua bahagian pada 300 tahun yang lalu. Dilakonkan oleh Andy Lau sebagai perisik khas, filem ini bakal memperlihatkan kemampuan Andy yang memegang watak Xiao Jinhan menyelesaikan tugasannya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


FAM tawar RM1,000 kepada individu tangkap penyokong bermasalah

Posted:

FAM tawar RM1,000 kepada individu tangkap penyokong bermasalah

FAM tawar RM1,000 kepada individu tangkap penyokong bermasalah

13/06/2013 10:01pm

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menawarkan insentif sebanyak RM1,000 kepada individu yang berjaya menangkap mana-mana penyokong yang didapati tidak berdisiplin pada aksi final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil 29 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana penyokong yang didapati cuba merosakkan suasana harmoni pada perlawanan tersebut.

"FAM telah bersetuju untuk memberikan insentif kepada mana-mana penyokong yang berjaya melapor atau menangkap penonton yang disahkan membaling atau melontar barang-barang yang tidak dibenarkan seperti mercun dan flare di kawasan stadium nanti.

"Sekiranya FAM atau PDRM berjaya menangkap mereka, kami akan memberikan insentif sebanyak RM1,000 kepada penonton yang berjaya memberikan maklumat kepada FAM," kata Hamidin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat perlawanan akhir Piala FA di Wisma FAM, di sini hari ini. - KOSMO!

Guru wanita kerugian RM19.2 juta dipercayai ditipu pegawai bank

Posted:

Guru wanita kerugian RM19.2 juta dipercayai ditipu pegawai bank

Guru wanita kerugian RM19.2 juta dipercayai ditipu pegawai bank

13/06/2013 9:11pm

MELAKA - Seorang guru wanita, daripada keluarga berada, yang membuat simpanan tetap di sebuah bank di negeri ini kerugian RM19.2 juta dipercayai ditipu seorang pegawai di bank itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superintendan Soh Hock Sing berkata, wanita berusia 47 tahun itu membuat simpanan antaranya dalam bentuk cek, bank draf dan tunai sejak 2010 selepas suspek dipercayai menawarkan kadar bunga yang tinggi untuk simpanan tetap.

"Sejak itu mangsa membuat 81 transaksi dan 80 daripadanya telah dikeluarkan

slip penerimaan manakala satu belum diterima," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini. - Bernama

30,000 tiket untuk Kelantan dan Johor DT

Posted:

30,000 tiket untuk Kelantan dan Johor DT

30,000 tiket untuk Kelantan dan Johor DT

13/06/2013 8:51pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memperuntukkan 30,000 tiket masing-masing kepada Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) bagi perlawanan akhir Piala FA antara dua pasukan berkenaan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 29 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA, Datuk Hamidin

Mohd Amin berkata, baki 27,000 lagi tiket akan dijual di stadium berkenaan pada 28 Jun ini bermula 9 pagi.

"Pengagihan tiket kepada kedua-dua pasukan dilakukan pada 24 Jun ini dan

mereka boleh menjual di negeri masing-masing keesokannya," katanya kepada

pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Sejuta barang tiruan dimusnahkan di Perancis

Posted:

Sejuta barang tiruan dimusnahkan di Perancis

Sejuta barang tiruan dimusnahkan di Perancis

SEORANG anggota polis sempadan Perancis menunjukkan sebuah beg tiruan di Vertou, barat Perancis kelmarin sebelum ia dimusnahkan.- afp


PARIS - Pihak berkuasa Perancis memusnahkan lebih sejuta barangan tiruan termasuk beg palsu Hermes dan minyak wangi berjenama dalam satu operasi yang diadakan di seluruh negara itu kelmarin.

Menteri Perdagangan, Nicole Bricq menyifatkan kegiatan itu sebagai jenayah ekonomi yang melibatkan semua sektor, memusnahkan kerjaya dan mengancam pengguna.

Bricq turut menghadiri salah satu sesi pelupusan yang diadakan di Chilly-Mazarin, barat Paris.

Bricq berkata, pembuat barangan tiruan mengakibatkan kerugian besar kepada ekonomi Perancis sehingga enam bilion euro (RM25.1 billion) setiap tahun.

Barangan tiruan itu turut dimusnahkan di beberapa bandar utama seperti Marseille, Bordeaux, Lyon dan Rouen.

Antara barangan yang dimusnahkan ialah produk jenama terkenal seperti Dolce&Gabbana, Dior, Lacoste, jam tangan Rolex, kasut, telefon dan permainan.

Pegawai Perancis memberitahu, hampir 70 peratus daripada produk tiruan itu dibawa masuk dari Asia dan kira-kira satu pertiga daripadanya telah dibeli menerusi jualan di internet. - AFP

Motosikal vintaj dijual pada harga AS$5,000 seunit

Posted:

Motosikal vintaj dijual pada harga AS$5,000 seunit

Motosikal vintaj dijual pada harga AS$5,000 seunit


ORANG ramai mengerumuni sebuah motosikal vintaj buatan Rusia yang dipamerkan di Hanoi baru-baru ini.- AFP


HANOI - Pameran motosikal vintaj yang diadakan di sini nyata menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara.

Acara itu mengumpulkan banyak model motosikal yang dihasilkan pada era Soviet Union. Motosikal yang lengkap dengan tempat duduk penumpang di sebelah kanannya pernah digunakan oleh pasukan polis dan tentera Vietnam.

Antara mekanik yang bertanggungjawab membaik pulih jentera tersebut ialah Tran Chi Cong yang memiliki pengalaman selama 20 tahun. Dia yang pakar dalam aspek baik pulih motosikal vintaj itu mempunyai sebuah bengkel di pinggir bandar Hanoi.

Menurut Cong, motosikal vintaj yang sudah sempurna dijual kepada pengumpul dan peminatnya pada harga sekitar AS$5,000 (RM15,000) seunit. - AFP

Pameran barangan Ringo Starr di Muzium Grammy

Posted:

Pameran barangan Ringo Starr di Muzium Grammy

Pameran barangan Ringo Starr di Muzium Grammy


Ringo Starr


LOS ANGELES - Sejumlah barangan peribadi bekas pemain drum kumpulan legenda The Beatles, Ringo Starr dipamerkan dalam satu pameran berjudul Ringo: Peace & Love.

Pameran di Muzium Grammy di sini bermula kelmarin hingga Mac 2014.

Ia menonjolkan beberapa barangan yang mempunyai kaitan dengan kerjaya muzik Starr, 72, selepas dia mencipta populariti bersama The Beatles.

Antara barangan menjadi tumpuan ialah peralatan drum Ludwig yang digunakan Starr semasa membuat persembahan dalam program The Ed Sullivan Show bersama The Beatles.

Selain itu, pakaian yang pernah digayakan Starr semasa era album Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band di antara tahun 1966 dan 1967 turut mendapat perhatian.

Kumpulan The Beatles ditubuhkan oleh John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Starr di Liverpool, England pada tahun 1960-an.

Hanya McCartney dan Starr anggota The Beatles yang masih hidup selepas Lennon ditembak mati di New York pada tahun 1980.

Harrison pula meninggal dunia 12 tahun lalu akibat kanser paru-paru. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kematangan Remy Ishak

Posted:

Kematangan Remy Ishak

Kematangan Remy Ishak

LAPAN tahun lalu, Mohd. Zalimi Ishak bukan sesiapa. Dia hanya seorang pekerja biasa di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Ia berbeza kini. Kini, ke mana kaki melangkah dan perlakuannya diperhatikan khalayak. Dirinya menjadi buah mulut dan kegilaan wanita. Satu hal yang cukup luar biasa dan sukar diterima, sehingga membuatkan dia melalui fasa kejutan budaya yang hampir merosakkan imejnya dengan pihak media.

Itu pengakuan yang diluahkan lelaki yang lebih dikenali dengan nama komersialnya, Remy Ishak.

Bicara larut malam kami di Seoul, Korea Selatan sewaktu sama-sama mengikuti rombongan pemenang Anugerah Skrin 2011 & 2012 ke negara tersebut selama seminggu minggu lalu, berlangsung santai.

Sesekali, boleh dilihat aktor yang memenangi kategori aktor terbaik dalam anugerah tersebut itu cuba mencari zon selesa dalam beberapa persoalan berkaitan kontroversi tentang dirinya.

Namun, semua persoalan yang 'ditembak' kepadanya disambut dengan kemas. Satu persatu dia menjawab dengan penuh hemah, termasuk isu panas baran, putus cinta dengan pelakon Tiz Zaqyah dan hala tuju kariernya pada masa depan.

Mula bicara, Remy bercerita panjang tentang keterjebakan dirinya dalam dunia hiburan.

Dia mengaku, keinginan untuk menjadi pelakon telah wujud sejak di bangku sekolah.

Lantas, usai tingkatan lima, tanpa memberitahu ibunya, dia kerap turun naik bas dari Melaka ke Kuala Lumpur untuk menghadiri pelbagai uji bakat yang dilihat menerusi iklan dalam akhbar.

"Ramai orang salah sangka tentang penglibatan saya sebagai anak seni yang bermula daripada pertandingan seperti Hero Remaja dan sebagainya.

"Ironi, saya tidak pernah memasuki sebarang pertandingan. Saya menjadi pelakon melalui pelbagai uji bakat yang saya hadiri. Saya yakin diri yang kononnya saya memang berbakat sebagai seorang pelakon," katanya tersenyum mengimbas kisah perdana dia hadir sebagai pelakon.

Bagaimanapun, tidak semudah seperti yang disangka, dia kerap ditolak atas alasan tidak cukup kacak, jauh sekali mempunyai pakej komersial untuk dijual kepada khalayak.

Hampir berputus asa, lalu dia mencari pekerjaan dalam bidang perhotelan yang menjadi mata pencariannya selama lima tahun, sebelum takdir kehidupan bertemu noktah yang membahagiakan.

Pertemuan dengan sutradara yang telah dianggap sebagai abangnya, Osman Ali merubah segalanya. Pada waktu dia menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perhotelan yang dibiayai sepenuhnya oleh hotel tempat dia bekerja ke luar negara, Remy perlu memilih untuk menjadi pelakon dengan tawaran membintangi karya arahan Osman, Aquarium Cinta.

"Akhirnya, saya memilih untuk menjadi pelakon dan terlibat dalam karya Aquarium Cinta. Sayangnya, karya tersebut hanya separuh jalan.

"Saya mula berasa menyesal kerana tidak memilih untuk sambung belajar, namun saya yakin bahawa hikmah dan rezeki menjadi pelakon tetap ada dan saya benar kerana tidak lama selepas itu saya terlibat dalam filem Anak Halal. Dari situ, karier seni saya terus bermula," katanya sambil bersandar tenang di kerusi.

POSE Remy bersama Umie Aida dan Puteri Balqis di stesen televisyen KBS di Seoul, Korea Selatan.


Bermula dengan Anak Halal, namun nama Remy menjadi sebutan menerusi drama bersiri Nur Kasih. Remy Ishak tiba-tiba menjadi begitu terkenal, digilai dan memberi pengaruh yang luar biasa terhadap peminat perfileman tempatan.

Deretan karya lakonannya yang lain menyusul, termasuk drama-drama bersiri yang mencapai hit tersendiri termasuk yang sedang hangat ditayangkan, Cinta Jangan Pergi.

Pada saat populariti melingkari dirinya, Remy ironinya mengalami kejutan budaya yang begitu tinggi.

Luahnya: "Saya jadi bingung dan rimas kerana saya tidak pernah meletakkan diri sebagai artis popular atau selebriti. Saya hanya orang biasa. Sementelah pada waktu itu, saya masih baharu dalam bidang ini.

"Jadi saya berasa tertekan dan kurang selesa apabila sering diasak dengan pelbagai persoalan daripada pihak media. Ini kerana pada waktu itu juga, saya menutup diri saya, terutama tentang kehidupan peribadi saya. Saya berfikir mengapa khalayak perlu ambil tahu kisah diri saya berbanding karier saya.

"Namun kini, selepas lebih lapan tahun menjadi anak seni dan telah melalui fasa-fasa kejutan dan ketegangan sebegitu, saya sudah memahami corak dunia hiburan.

"Saya minta maaf jika ramai yang kurang senang dengan sikap saya yang kelihatan agak dingin sebelum ini. Saya kini lebih tenang dan terbuka, asal ia tidak keterlaluan."

Lanjut Remy lagi, dia kini semakin matang dengan setiap pengalaman yang telah dilaluinya. Sepak terajang yang dilaluinya sepanjang lapan tahun dianggap satu proses yang baik buat dirinya.

Melabelkan diri sebagai seorang pejuang, dia tidak akan mengalah. "Sebaliknya, saya akan terus berjuang kerana pada awal menjadi anak seni, saya sudah tanam dalam diri untuk apa jua situasi saya harus berjuang," katanya.

Panas baran

Satu pemikiran buruk yang tidak pernah terlepas daripada dirinya ialah label pemarah, panas baran dan kaki pukul.

Remy nampak kurang selesa saat persoalan tersebut dilontarkan kepadanya. Secara jujur, pinta Remy dia tidak mahu membangkitkan hal seumpama itu.

"Saya harap selepas ini, tidak lagi diajukan persoalan seperti ini. Saya bukan pemarah, panas baran atau kaki pukul.

"Mungkin, pada fasa saya menerima kejutan budaya, saya bersifat agak dingin, lantas label tersebut terus melekat. Hakikatnya saya tidak begitu," jelasnya yang turut memberitahu tidak mahu membuat ibunya susah hati dengan khabar negatif seumpama ini.

Mengaku secara peribadi dirinya seorang yang pemalu dan kekok untuk bergambar apatah lagi dipuja peminat yang sering mahu mengetahui tentang dirinya, dia menafikan dirinya perasan bagus.

Ujar anak kedua daripada empat beradik ini, dia tidak pernah menilai dirinya sebagai seorang yang bagus atau hebat. Baginya, tempoh lapan tahun yang dilaluinya sebagai anak seni ini adalah proses pembelajaran yang perlu diteruskan.

"Saya tidak pernah berasa diri saya bagus atau meletakkan diri saya lebih baik daripada pelakon lain. Sejujurnya, saya masih dalam proses belajar dan bekerja keras untuk memastikan karier saya berjalan lancar," katanya.

Justeru, dia juga tidak kisah untuk terbabit dengan produksi kecil atau baharu seperti penglibatannya dalam filem akan datang yang berjudul CEO. Filem aksi komedi yang mengandingkan dirinya dengan Beto Kushairy menurut Remy bakal diarahkan oleh pengarah baharu, Razaisyam di bawah produksi baharu, ARA Film.

Bagaimanapun, katanya apa yang penting, produk tersebut berkualiti dan memberi impak yang baik kepada masyarakat.

"Saya mengaku, saya harus selektif dan mementingkan tentang proses sesebuah karya, namun itu tidak bermakna saya tidak membuka ruang untuk orang baharu mengambil saya berlakon. Apa yang penting, semua harus profesional," katanya yang menonton semula hasil lakonannya untuk memperbaiki kelemahannya.


REMY, Umie Aida dan Eja sempat bergambar bersama para peminat mereka yang merupakan rakyat Malaysia yang kebetulan sedang bercuti di Seoul.


Wanita

Hampir menutup bicara dengan lelaki berusia 31 tahun ini, persoalan tentang cinta umpama satu bom jangka yang juga mahu dielakkannya.

Remy banyak tersenyum daripada menjawab persoalan yang dilontar kepadanya, umpama satu gambaran jelas bahawa hatinya yang pernah dirobek carik satu ketika dahulu kini sedang disulam semula dengan benang-benang asmara.

"Selepas putus cinta dahulu, kini saya boleh mengaku yang hati saya telah pulih daripada kekecewaan. Ia (kecewa) pulih dengan secara berperingkat-peringkat dan saya kini bahagia menjalani kehidupan sebagai lelaki solo.

"Ya, pada usia 31 tahun, saya memang ada perancangan untuk berkahwin, tapi bukan sekarang.

"Buat masa ini, saya mahu fokus pada karier dan menambah aset untuk kelangsungan hidup saya. Niat saya, jika saya bertemu jodoh semula, saya mahu menyediakan segala keperluan yang lengkap untuk bakal isteri saya.

"Jadi sekarang, saya perlu mencari seorang teman hidup yang ikhlas menerima saya sebagai Remy yang bukan pelakon dahulu," jelasnya yang tidak menolak untuk jatuh cinta dengan rakan pelakon atau wanita di luar lapangan seni.

Ditanya tentang hubungannya dengan aktres Maya Karin yang mengaku dirinya kini sedang mengenali hati budi seseorang, Remy pantas menjelaskan bahawa lelaki yang dimaksudkan Maya bukan dirinya.

Tegasnya: "Saya dan Maya memang tidak pernah bercinta. Kami hanya kawan dan saya sangat selesa berkawan dengannya kerana sifat dia yang terbuka. Jika dia memberitahu telah berjumpa seseorang, saya tumpang gembira."

Ditebak adakah dia menerima konsep jodoh pilihan keluarga atau wanita memulakan langkah pertama memandangkan dia kini berstatus solo, Remy ketawa mengekeh.

Dalam malu-malu dia menjawab: "Jodoh dipilih keluarga, mungkin tidak kerana saya lebih selesa memilih wanita pilihan sendiri.

"Bagaimanapun, jika ada wanita yang mengurat saya dulu, saya boleh terima konsep itu."

Amy, Misha, Fara bersedia

Posted:

Amy, Misha, Fara bersedia

Amy, Misha, Fara bersedia

Oleh IZRINDA BADROLHISHAM

DALAM karakter. Misha, Mardiana dan Amy dengan gaya masing-masing pada sesi latihan.


TIDAK dapat dinafikan tarikan utama pementasan teater Nyonya & The Gang yang bakal dipentaskan di Istana Budaya dari 14 hingga 20 Jun ini sudah tentu kemunculan tiga serangkai nama terkenal tanah air iaitu Misha Omar, Amy Mastura dan Fara Fauzana.

Bermula esok, ketiga-tiga Misha, Amy dan Fara dijangka menggegarkan pentas Istana Budaya dengan aura dan skil lakonan masing-masing.

Bagi Misha, ini bukan kali pertama dia muncul di pentas teater. Sebelum ini, dia turut bergiat aktif dalam pementasan teater seperti Muzikal Tun Mahathir 1, Muzikal Tun Mahathir 2, Monolog Gadis Yatim dan Mak Dara Nyonya.

Dia juga pernah memegang watak Dara dalam teater Uda dan Dara karya Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang.

Justeru, apakah pengalaman yang diraihnya sepanjang menjalani latihan khususnya sebelum dia muncul untuk teater Nyonya & The Gang?

Ujar Misha, tempoh untuk menghafal skrip sangat penting sebelum memulakan latihan bersama rakan-rakan yang lain. Ia menjadi faktor utama sebelum menghayati sesuatu watak.

"Saya mula berlatih sejak tiga minggu lalu secara berperingkat-peringkat. Latihan bersama rakan-rakan lain amat penting. Selain boleh menghafal skrip, kita juga dapat serasikan watak bersama pasangan.

"Saya agak berdebar-debar juga kerana kadangkala apa yang dialami ketika latihan berbeza daripada situasi sebenar semasa pementasan.

"Saya, Amy dan Fara akan muncul dalam Nyonya sebagai tiga orang keponakan yang bermaksud anak saudara perempuan kepada watak Tuan lakonan Taiyuddin Bakar.

"Persiapan saya sekarang sudah 60 peratus dan insya-Allah, saya akan buat yang terbaik.

"Amy banyak membantu saya mendalami watak memandangkan pasangan (lakonan) saya, Fara agak sibuk dengan jadual kariernya.

"Saya memahaminya, tetapi sebenarnya dia perlu ada supaya kami mendapat keserasian bersama," akui Misha ketika ditemui pada sesi latihan Nyonya & The Gang di Istana Budaya baru-baru ini.


DARI kanan, Misha, Mardiana dan Amy sedang mencuba kostum yang bakal digayakan mereka semasa pementasan Nyonya & The Gang.


Fara tidak hadir pada sesi latihan tersebut tetapi Amy dan Misha meneruskan latihan bersama seorang lagi pelakon Nyonya & The Gang iaitu Mardiana Alwi yang bakal merealisasikan karakter Nyonya.

Bagi Amy yang sudah lama berkecimpung dalam dunia teater, persediaannya sama seperti pelakon lain yang bakal merealisasikan pelbagai karakter untuk teater itu.

Amy pernah muncul dalam teater Siti Di Alam Fantasia pada tahun 2000, Muzikal Gamat 1 (2009) dan Muzikal Gamat 2 (2010).

"Saya banyak menjalani latihan. Melalui latihan tersebut saya dapat menghafal skrip dan yang paling penting, saya sentiasa mengikut kehendak pengarah. Walaupun sangat sibuk dengan beberapa penggambaran produksi lakonan lain, saya tetap datang untuk berlatih teater ini," ujar Amy.

Sementara itu, menurut pengarah teater Nyonya & The Gang, Rosminah Mohd. Tahir, bagi proses teori dan praktikal dalam lakonan, ia hampir 90 peratus lengkap.

Rosminah berpendapat bahawa Amy, Misha dan Fara tiada masalah untuk bekerjasama mewujudkan keserasian menerusi watak masing-masing.

"Ruang latihan sangat berbeza daripada ruang sebenar semasa pementasan. Jadi, apa yang saya lakukan adalah sentiasa melakukan latih tubi untuk memantapkan lakonan mereka.

"Sekarang, saya hanya guna mock up set sebelum ke set yang sebenar.

"Memang belum nampak sempurna lagi, tetapi saya akan pastikan pelakon-pelakon dapat menguasai watak apabila berada di set sebenar lima hari sebelum pementasan," jelasnya yang cukup dikenali menerusi hasil arahannya untuk pementasan teater Teater Lantai T. Pinkie.

Razali kahwini guru tari sekolah

Posted:

Razali kahwini guru tari sekolah

Razali kahwini guru tari sekolah

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


RAZALI dan isteri mula serius dengan hubungan mereka sejak enam bulan lalu.


SEMUANYA tercetus selepas gambar pernikahannya tersebar menerusi laman Facebook milik selebriti Roslan Shah. Menerusi laman sosial itu, Roslan telah melahirkan perasaan terkilannya.

Ini kerana sebagai individu yang pernah rapat dengan Razali, malah mengenali keluarganya, dia bukan sahaja tidak dijemput, malah langsung tidak mengetahui mengenai pernikahan Razali itu.

"Dia (Razali Hussein) menikah pada Jumaat, 7 Jun lalu. Saya hanya mendapat tahu mengenainya pada Ahad, 9 Jun daripada individu yang hadir pada majlis perkahwinannya itu. Mereka tanya kenapa saya tidak dijemput, sedangkan kami kenalan rapat," ujarnya kepada Kosmo!.

Sehubungan itu, Kosmo! segera menghubungi aktor berusia 37 tahun itu bagi mendapatkan pengesahan selanjutnya.

Razali akhirnya mengakui dia sudah berkahwin dengan seorang guru tari sekolah bernama Nik Nor Azlina pada Jumaat lalu di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras, Kuala Lumpur.

Dia sah bergelar suami kepada wanita berusia 29 tahun itu dengan mas kahwin berjumlah RM120 manakala wang hantaran sebanyak RM13,000.

Majlis resepsi pasangan itu pula berlangsung Sabtu, 8 Jun lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan. Ia hanya dihadiri oleh keluarga dan teman-teman terdekat pelakon dan juga penyanyi itu termasuk beberapa peserta program realiti Audition dan juga penyanyi Farhan AF.

Kosmo!: Tahniah Razali. Kenapa rahsiakan berita baik ini (kahwin)?

RAZALI: Bukan merahsiakan, cuma memang tidak jemput media kerana ia dibuat di sebelah pihak perempuan. Saya jemput adik-beradik sahaja. Insya-Allah, kenduri pihak saya nanti iaitu di Pulau Pinang saya akan jemput pihak media.

Anda diketahui umum berkawan baik dengan Roslan Shah, tetapi kenapa anda tidak menjemputnya?

Saya memang tidak menjemput mana-mana kawan sebab itu majlis di sebelah pihak perempuan.

Bagaimana pula kawan-kawan anda daripada program realiti Audition dan juga penyanyi Farhan AF boleh hadir pada majlis tersebut?

Isteri saya kenal dengan mereka dan disebabkan itu mereka dijemput.

Roslan menyuarakan rasa terkilan kerana dia tidak dijemput ke majlis perkahwinan anda. Boleh komen?

Ketika itu saya dapat tahu Roslan berada di Singapura melawat ibunya yang sakit. Sebab itulah saya tidak menjemputnya. Bagaimanapun, saya sudah menjemput Roslan untuk majlis resepsi sebelah saya yang akan berlangsung di Pulau Pinang

RAZALI bakal menjemput pihak media untuk majlis resepsi yang bakal diadakan selepas Aidilfitri nanti.


Bilakah majlis di Pulau Pinang itu akan diadakan?

Saya merancang untuk adakan majlis resepsi itu selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Boleh kongsikan detik-detik perkenalan anda dengan isteri?

Saya kenal dia (isteri) kira-kira dua tahun lalu ketika saya berlakon dalam pementasan teater Uda dan Dara di Istana Budaya. Saya mendekatinya lalu menghulurkan salam perkenalan. Dia seorang guru tari sekolah.

Bilakah anda dan isteri mula serius bercinta?

Enam bulan lalu.

Apakah ciri-ciri yang terdapat pada isteri membuatkan anda jatuh cinta kepadanya?

Dia memiliki wajah yang lembut, senang dengar cakap dan terima pandangan. Sebenarnya ketika berkenalan dia belum pakai tudung dan selepas kami serius bercinta kira-kira enam bulan lalu dia mula bertudung.

Apakah perasaan anda selepas mendirikan rumah tangga?

Sudah tuntutan sunah. Saya harap dengan usia kematangan ini saya dapat memikul tanggungjawab sebagai suami, insya-Allah.

Bagaimanakah pula dengan perancangan untuk memiliki anak?

Kami tidak merancang dan menyerahkannya kepada Tuhan. Lagi cepat lagi bagus. Kalau dua kali mengandung, dua kali kembar sepasang lagi bagus (ketawa).

Destinasi bulan madu anda berdua?

Buat masa ini belum rancang lagi. Selesaikan majlis resepsi pihak saya dahulu. Moga berjalan dengan lancar.

Beralih kepada perkara lain, apakah perkembangan terbaharu Razali dalam bidang seni?

Saya masih aktif berlakon dan dalam masa yang sama baru menjalankan perniagaan. Saya juga menyanyi sebulan sekali untuk majlis korporat.

Bagaimana dengan tawaran berlakon?

Pada 16 Jun ini saya akan terlibat dengan penggambaran drama untuk keluaran RTM. Ceritanya berkisar pada zaman komunis sekitar tahun 1940-an.

Saya juga banyak terima tawaran daripada produksi, cuma apabila nama saya dihantar ke sebuah stesen popular itu, malangnya tidak lepas. Mungkin pihak stesen itu ada pelakon kegemaran. Begitupun, saya bersyukur kerana RTM masih beri rezeki kepada saya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Rabu, 12 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Sosok badan penentu populariti

Posted:

Sosok badan penentu populariti

Sosok badan penentu populariti

BINTANG tersohor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan pernah menyuarakan pandangan mengenai penggunaan steroid dalam kalangan selebriti di India yang telah mencetuskan kontroversi beberapa ketika dulu.

"Pemilik fizikal yang semula jadi dalam industri ini (hiburan) milik aku! Inilah bentuk badan yang asli tanpa steroid, tanpa sebarang produk tiruan," tegasnya cukup lantang kedengaran.

Melihat perkembangan industri hiburan terutama bidang lakonan hari ini, obsesi artis lelaki untuk membina badan demi mendapatkan bentuk yang diidamkan sangat jelas terbukti.

Mungkin hanya melaburkan kurang 10 peratus daripada pendapatan bulanan, mereka dapat memperoleh sosok tubuh yang berotot, ideal dan menggiurkan.

Menyentuh mengenai dunia bina badan bagi golongan artis, pelakon Norman Hakim mempunyai pandangan tersendiri.

Menurutnya, selain dapat memastikan kualiti kesihatan yang seimbang, bina badan juga membentuk struktur badan yang dianggap satu aset penting.

"Saya begitu obses dengan bina badan sejak empat tahun lalu, daripada sekadar ikut mood sekarang ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup.

"Selepas Subuh lebih kurang dari pukul 6 hingga 8 pagi, bersenam di gimnasium merupakan acara wajib saya dan paling tidak pun selang sehari.

"Bina badan untuk kesihatan dan disebabkan aktiviti ini saya berhenti merokok tiga tahun lepas. Selain itu, rutin sebegini meningkatkan stamina selain menjadi satu instrumen fizikal dalam bidang lakonan.

"Mana tidaknya, kita akan nampak cantik dan kemas apabila mengenakan sebarang pakaian di badan," ujarnya yang biasa ke gimnasium secara purata empat kali seminggu.

Rutin senaman

Tidak menjadi alasan bagi Norman, 37, yang jadual kerjanya boleh mencecah jumlah 18 jam sehari untuk tiada masa ke gimnasium bagi membina badan.

Bagi suami kepada aktres jelita Memey Suhaiza itu, peruntukan durasi sejam sehari untuk aktiviti asas berpeluh sudah memadai.

"Biasanya, saya menghabiskan masa 50 minit untuk aktiviti senaman kardiovaskular dan baki lagi sejam 10 minit untuk angkat beban.

"Bahagian sasaran asasnya dada, belakang, otot bisep dan otot trisep," katanya

Norman sekadar mengambil makanan tambahan asas seperti pembakar lemak dan sumber asas protein atau karbohidrat bergantung pada corak pemakanannya.

"Saya beruntung sebenarnya kerana isteri saya, Memey bijak memasak makanan yang sesuai dengan keadaan biologi badan saya sekali gus dapat menjimatkan pelaburan saya. Tiada makanan bergoreng atau berminyak.

"Paling penting, corak pemakanan saya iaitu makan sedikit tapi kerap. Mungkin dalam tempoh dua jam sekali.

"Makanan dalam kuantiti banyak akan menyebabkan pembentukan lemak dalam badan kerana ia tidak sempat diproses menjadi tenaga," katanya yang pernah mengupah seorang jurulatih tiga tahun lalu.


HEFNY membabitkan diri dengan bina badan untuk kepuasan diri sendiri.


Pemikat

Ditanya adakah golongan aktor membina badan atas tujuan memikat, Norman menyangkal dakwaan itu. Katanya dari sudut psikologi, individu sekeliling terutama peminat akan menyukai seseorang yang positif.

"Apabila kita sihat dan cerdas, secara automatik kita akan jadi positif dan orang suka pandang. Aura positif itu sebenarnya yang memikat peminat untuk jadikan kita sebagai role model," katanya.

Sementara itu, Norman mengakui seseorang pelakon masa kini perlu mempunyai tubuh yang menarik untuk popular.

"Tubuh merupakan aset dan menjadi satu instrumen untuk digayakan dalam industri hiburan. Bagi saya, tubuh merupakan pesona bintang yang sebelum ini banyak ditekankan peranannya di Hollywood dan Bollywood.

"Sekarang memang perlu dimanfaatkan dan aktiviti bina badan perlukan inisiatif, malah ia tidak merugikan pun. Apabila sudah meletakkan komitmen, masa tidak menjadi alasan lagi.

Gimnasium 'underground'

Sementara itu, ulas penyanyi Sabhi Saddi yang telah mengamalkan aktiviti bina badan di gimnasium sejak tahun 2004 lagi, dia memilih untuk tidak berbelanja dalam jumlah yang tinggi semata-mata untuk memiliki tubuh yang diidamkan.

"Saya lebih selesa berkunjung ke gimnasium 'underground'. Gimnasium ini bukan yang terkenal atau banyak dikunjungi oleh selebriti. Cuma bayar RM6 untuk sekali masuk, bayangkan berapa banyak wang saya dapat berjimat.

"Lagipun, saya tidak suka berada di lokasi yang terlalu ramai orang. Nak bersenam pun tidak selesa.

"Saya tidak mengambil sebarang makanan tambahan seperti protein shake kerana mahu badan saya berkembang secara semula jadi. Secara tidak langsung, saya sudah menjimatkan kos," kata penyanyi kelahiran Sabah yang ke gimnasium enam kali seminggu.

Sabhi menjelaskan, dia akan memfokuskan satu demi satu sasaran anggota badan pada setiap sesi di gimnasium.

"Hari pertama, saya akan fokuskan bahagian dada dan hari-hari berikutnya anggota badan yang lain. Kekerapan itu untuk memastikan otot badan saya tidak terkejut dan stabil sepanjang masa.

"Penyanyi pun perlu ada badan yang menarik. Mungkin ia salah satu faktor pelaris tapi tidak mustahil juga ada wanita yang tidak terlalu gemarkan lelaki yang memiliki badan berotot," ujarnya yang mengaku obses dengan bina badan.


ADI PUTRA


Sosok badan tegap tidak dinafikan menjadi faktor penyumbang dan penambah nilai kepada aset penampilan. Hal itu diakui oleh pengacara dan aktor yang sedang meningkat naik, Hefny Sahad.

"Penting atau tidak memiliki badan yang tegap dilihat dari sudut trend mengikut peredaran zaman. Sekarang semua selebriti tidak kira dalam atau luar negara perlu kelihatan menarik, walaupun bukan terlalu berotot.

"Tak kira watak jahat atau hero, bentuk badan memberikan impak kepada keberkesanan lakonan.

"Ia penting untuk individu yang berada dalam industri seni. Selain itu, ia dapat menambahkan tahap kesihatan kita," ujarnya yang telah mula melakukan bina badan sebelum menyertai program On Air dua tahun lalu.

Kawal makan

Bina badan tidak semestinya untuk memiliki badan yang kekar tetapi kata Hefny, sudah memadai untuk memberikan kepuasan apabila melihat diri sendiri di hadapan cermin.

"Saya bersungguh-sungguh ke gimnasium kerana melihat badan seorang pelakon Hollywood, Cam Gigandet yang memiliki badan ideal - tidak terlalu kurus tapi maskulin.

"Rutin saya adalah tiga kali seminggu ke gimnasium untuk melakukan senaman melibatkan bahagian dada, belakang, otot bisep dan otot trisep pada hari pertama.

"Hari keduanya saya akan fokuskan bahagian bahu dan kaki, kemudiannya akan berselang-seli melakukan rutin hari sebelumnya

"Dari segi pemakanan, saya lebihkan makanan berprotein tinggi seperti daging dan ayam, manakala makanan tambahan cuma protein shake, minyak ikan dan multivitamin," ujarnya yang kini sedang giat bersenam menjelang malam kemuncak Anugerah Blokbuster hari Sabtu nanti.

Selebriti luar negara bina badan

Posted:

Selebriti luar negara bina badan

Selebriti luar negara bina badan

CHOI SIWON mengambil masa selama empat tahun untuk mendapatkan tubuh yang sasa ini.


DUNIA bina badan menjadi minat lelaki sejak dulu lagi dan tidak menjadi kesalahan jika gaya itu memberikan tempias kepada dunia hiburan.

Selebriti antarabangsa terlebih dahulu mengamalkan teknik bina badan sebagai aset untuk melariskan kerjaya di samping mengekalkan populariti.

Namun, ada antara selebriti yang disaksikan di layar perak atau layar kaca pada hari ini asalnya tidak bertubuh sasa, sebaliknya mereka mengambil inisiatif membina otot sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam industri lakonan.

Aktor Hollywood seperti Gerard Butler, Will Smith, Christian Bale, Jason Statham dan Edward Norton merupakan aktor yang berjaya mendapatkan sosok badan yang diidamkan.

Para pelakon Bollywood tersohor seperti Hrithik Roshan, John Abraham, Salman Khan, Aamir Khan dan Ajay Devgan juga mengamalkan perkara yang sama.

Tidak terkecuali ialah kebanyakan selebriti Korea Selatan seperti Choi Siwon, Tae Yang, Kim Hyung Jong, Daesung, Kim Jae Joong, Lee Gi Kwang dan Seul Long.

1. Christian Bale

Christian ialah antara pelakon Hollywood yang memanipulasi bentuk badan demi karakter lakonannya. Pernah beberapa kali berat badannya berbeza mengikut karakter yang dilakonkan menerusi filem berlainan, antaranya The Machinist, 55 kilogram (kg), Rescue Dawn (61kg), Batman Begins (86kg) dan The Dark Knight Rises (90kg). Rahsia Bale ialah makanan berprotein tinggi dan latihan di gimnasium.

2. Gerard Butler

Aktor yang popular menerusi filem 300 dengan ketinggian 187 sentimeter ini perlu mendapatkan sosok badan yang sesuai untuk menjayakan karakter Raja Leonidas yang perkasa menerusi produksi tersebut. Latihan tanpa henti seperti pull up, dead lift, push up dan clean and jerk akhirnya membentuk otot dan tubuh yang lebih kekar.

3. Will Smith

Mula membina badan demi menjayakan karakter seorang peninju menerusi filem Ali. Usaha Will membuahkan hasil apabila dia meraih pencalonan Oscar berdasarkan watak itu. Will mengamalkan latihan intensif selama enam jam sehari untuk memperoleh sosok umpama bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali.


HRITHIK ROSHAN


4. Hrithik Roshan

Siapa yang mampu menandingi aktor bertubuh sasa Bollywood, Hrithik Roshan? Dia antara aktor yang menderita masalah tulang belakang sehingga dinasihati supaya berhenti menari atau mengangkat beban berat. Bagaimanapun, dia satu-satunya pelakon Bollywood yang memiliki sosok maskulin tetapi dalam masa yang sama boleh menari dengan cemerlang.

5. Salman Khan

Hakikatnya, Salman merupakan aktor pertama Bollywood yang menayangkan tubuhnya menerusi beberapa buah filem sekitar tahun 1990-an lagi. Bintang itu sebenarnya menjadi contoh kepada pelakon-pelakon baharu seperti John Abraham, Dino Morea dan Varun Dawan. Begitupun, bentuk badan Salman kian susut barangkali sejajar dengan pertambahan usianya.

6. Choi Siwon

Choi Siwon mengambil masa selama empat tahun untuk mendapatkan badan seperti yang dilihat hari ini. Anggota kumpulan Super Junior itu pada mulanya sangat kurus sehingga menyukarkan dirinya mencari pakaian yang sesuai. Selepas bersenam, berat badannya pernah mencapai 85kg dan dinasihatkan agar mengawal pemakanannya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Mabul kembali gamit pelancong

Posted:

Mabul kembali gamit pelancong

Mabul kembali gamit pelancong

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

KIRA-KIRA empat bulan lalu, Pulau Mabul yang terletak di daerah Semporna iaitu bersebelahan Lahad Datu turut merasai bahang pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Walaupun terkenal sebagai syurga untuk penyelam skuba, pulau yang terletak berdekatan dengan Pulau Sipadan itu kurang menerima kehadiran pelancong sepanjang insiden itu.

Situasi tegang di perairan itu menimbulkan perasaan takut kepada pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk meneruskan rancangan percutian mereka di Pulau Mabul.

Kini, suasana pulau itu kembali kepada keadaan asal dengan penduduk pulau yang terdiri daripada masyarakat Bajau Suluk dan Bajau Laut bebas melakukan aktiviti harian mereka.

Selain itu, pertambahan jumlah pelancong jelas kelihatan terutamanya di kawasan perairan dan resort-resort yang menyediakan perkhidmatan aktiviti skuba.

Seorang pelancong dari Manchester, England, Melissa Smith, 25, memberitahu, kunjungannya kali pertama ke Pulau Mabul itu ternyata memberi gambaran bahawa Malaysia mempunyai destinasi skuba terbaik di dunia.

Dia yang merupakan seorang pengembara sepenuh masa dan telah menjelajah banyak negara Asia dan Amerika Selatan, berpendapat Pulau Mabul antara kawasan pelancongan yang aman.

"Sepanjang lima hari berada di sini, saya berpeluang melihat persekitaran pulau. Aktiviti penduduk pulau ini memberi gambaran bahawa mereka hidup damai dan harmoni.

"Walaupun masyarakat Bajau di sini hidup serba kekurangan, mereka gembira melakukan aktiviti harian terutamanya sewaktu pergi ke laut untuk menangkap ikan," ujarnya yang sempat melakukan selaman skuba di Eel Garden dan House Reef.


TERDAPAT kira-kira 20 buah resort dan homestay untuk kemudahan penginapan para pelancong di pulau yang terkenal sebagai destinasi selaman skuba itu.


Pakej bajet

Di pulau itu, terdapat kira-kira 20 buah resort dan homestay untuk penginapan pelancong. Antaranya, Sipadan Mabul Resort, Borneo Divers dan Escuba Jonkey.

Sphere Divers Lodge merupakan antara penginapan yang menjadi tumpuan pelancong yang mahu melakukan aktiviti skuba.

Pemiliknya yang berketurunan Kadazan, Stanley Sie, 50, memberitahu, Sphere Divers Lodge mempunyai tujuh bilik tidur yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil dan kipas.

"Ketika hari ketiga pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu, saya telah membatalkan semua tempahan pelancong yang mahu menginap dan melakukan aktiviti skuba kerana khuatir terhadap tahap keselamatan. Kini, keadaan telah pulih dan saya kembali menerima tempahan daripada pelancong.

"Pakej yang ditawarkan kepada pelancong meliputi penginapan dan makanan. Setiap pakej dicaj sebanyak RM80 semalam. Ia merupakan pakej bajet untuk pelancong sepanjang berada di pulau ini," ujarnya.

Bagi aktiviti skuba pula, homestay itu mempunyai pelbagai kemudahan untuk disewa kepada penyelam. Stanley juga akan membawa pelancong ke kawasan perairan di sekitar Pulau Mabul dan Kapalai. Setiap sesi skuba mengambil masa selama 45 minit.

Kini, Sphere Divers Lodge sedang mengadakan promosi di laman web. Kumpulan yang datang seramai empat orang ditawarkan penginapan secara percuma kepada salah seorang daripada mereka.

Melihat pemandangan malam di Pulau Mabul sememangnya pengalaman yang mesti dinikmati oleh pelancong. Melalui celahan deretan rumah masyarakat Bajau Suluk, mereka berpeluang melihat penduduk menjalankan aktiviti perniagaan seperti menjual ikan bakar dan makanan.

Paling unik, kelihatan minyak masak, sabun pencuci pakaian dan sayur-sayuran dibungkus di dalam plastik kecil untuk dijual. Harga sebungkus minyak masak pula ialah 20 sen.

Menurut seorang penduduk, peniaga menjual keperluan asas dengan cara tersebut bagi mengelakkan pembaziran. Kaedah itu merupakan cara orang Filipina berniaga di negara asal mereka.

Seorang lagi pelancong dari London, Amy Dupres, 24, berkata, keindahan Pulau Mabul terletak pada kejernihan air laut yang sukar didapati di tempat lain.

"Saya ke sini untuk melakukan aktiviti skuba tetapi saya seronok melihat nelayan keluar menangkap ikan. Mereka ramah menegur pelancong," ujarnya.


PENDUDUK tempatan menjual barangan keperluan asas seperti minyak masak, sabun pencuci pakaian dan sayur-sayuran di dalam paket dengan harga serendah 20 sen sebungkus.


Bebas sampah sarap

Sementara itu, Ketua Kampung Pulau Mabul, Mohd. Yusof Jalal, 55, memberitahu, walaupun penduduk pulau itu terdiri daripada dua suku yang berbeza iaitu Bajau Laut dan Bajau Suluk, mereka hidup tanpa sebarang perbalahan.

Menurutnya, masyarakat Bajau Suluk terdiri daripada peniaga yang menjual hasil laut, manakala Bajau Laut bekerja sebagai nelayan.

Tarikan lain bagi pelancong ke Pulau Mabul adalah untuk mendekati dan melihat perkampungan kedua-dua masyarakat itu.

Ketika ditanya mengenai tahap keselamatan pulau itu selepas kes pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu, Mohd. Yusof berharap pelancong tidak khuatir lagi tentang perkara tersebut.

"Di pulau ini, Pasukan Gerakan Am (PGA) sentiasa mengawal kawasan perairan bagi mengelakkan pencerobohan berulang.

"Dianggarkan ada kira-kira 20 anggota polis di pulau ini yang ditugaskan untuk menjaga keamanan," ujarnya.

Menjadi lumrah penduduk di pulau, mereka tidak mempunyai sistem pembuangan sampah yang teratur sehingga mengakibatkan kawasan kampung dipenuhi dengan sampah sarap.

Namun, Mohd. Yusof amat menitikberatkan aspek kebersihan di pulau yang dihuni kira-kira 3,000 penduduk itu.

Sekiranya pelancong berjalan-jalan di sekitar pulau, mereka pasti melihat kawasan gerai-gerai dan rumah-rumah di atas air bersih daripada sebarang sampah.

Hidup terapung di Tasik Tonle Sap

Posted:

Hidup terapung di Tasik Tonle Sap

Hidup terapung di Tasik Tonle Sap


PENDUDUK bebas mengubah kedudukan rumah masing-masing.


PERJALANAN setengah jam menaiki bot melalui terusan ke Tasik Tonle Sap di Kemboja merupakan pengalaman yang menyeronokkan walaupun dalam cuaca yang panas.

Di kiri dan kanan tebing terusan itu kelihatan kawasan semak yang berselang-seli dengan pemandangan tadika, bengkel bot dan gelanggang bola keranjang yang terapung di tepi sungai.

Gelagat penduduk tempatan yang mencari rezeki di atas air menarik tumpuan penumpang bot pelancong. tetapi adakalanya perbuatan mereka mengganggu keselesaan penumpang bot.

Misalnya, sebuah bot laju menghimpit bot yang dinaiki penulis dan seorang kanak-kanak perempuan secara tiba-tiba melompat masuk hanya untuk menjual minuman.

Pengemis

Tidak ketinggalan pengemis menaiki bot demi meraih simpati penumpang. Walaupun tidak dilayan, seorang kanak-kanak di bot pengemis itu sempat menunjukkan seekor ular sawa yang dibawanya untuk menarik perhatian kami.

Hakikatnya, perbuatan kanak-kanak itu menimbulkan ketakutan kepada penumpang lain. Gelagat mereka ternyata mengganggu tumpuan kami tetapi jurupandu bot penulis yang dikenali sebagai Vireak cuba menenangkan kami semua.

Menurut Vireak, bilangan penjaja dan pengemis telah berkurangan dengan ketara hasil usaha kerajaan Kemboja membersihkan tebing terusan dan membangunkan kawasan jeti.

Vireak juga menuding ke arah tiang-tiang konkrit yang ditempatkan pada jarak tertentu di tebing sungai untuk menunjukkan ketinggian paras air naik semasa musim tengkujuh. Apabila diamati, paras air itu boleh mencapai ketinggian bangunan tiga tingkat.


SEBUAH keluarga sedang menjamu selera di rumah sampan mereka.


Pasang surut air

Apabila sampai di muara terusan, jelas kelihatan kampung terapung Chong Khneas. Kehidupan di sini saling berkait dengan rentak pasang surut air Tonle Sap.

Tonle Sap bermaksud sungai air tawar yang besar dalam bahasa Khmer. Penduduk di sini sudah sebati dengan rentak tasik yang mengalir ke Sungai Mekong itu.

Keluasan tasik itu menyusut semasa musim kering bermula pada bulan November hingga Mei dan semasa musim tengkujuh pula arah aliran air bertentangan dan keluasan tasik bertambah.

Walaupun penulis melawat tempat ini pada penghujung musim kering, ia begitu mengagumkan untuk melihat betapa luas tasik yang bagaikan sebuah lautan terbuka tanpa bayangan daratan di ufuk.

Semasa musim kering, tasik ini meliputi kawasan kira-kira 3,000 kilometer persegi dengan kedalaman kira-kira satu meter. Pada musim tengkujuh keluasannya mencapai sehingga 16,000 kilometer persegi dan paras air boleh mencapai ketinggian sembilan meter.

Punca air di Tonle Sap datang dari Banjaran Himalaya di benua kecil India. Tasik itu meliputi empat wilayah di Kemboja iaitu Siem Reap, Battambang, Kampong Tom dan Pursat.

Semasa musim tengkujuh, bot-bot boleh ke Phnom Penh dari Tonle Sap kerana sungai ini bergabung dengan Sungai Mekong di pusat bandar negara Kemboja itu.

Perkampungan air

Semasa bot pelancong bergerak mengelilingi perkampungan itu, kelihatan semakin banyak bangunan terapung. Antaranya ialah gereja, pasar masyarakat, kedai runcit, kediaman dan sekolah berbumbung merah yang bersaiz besar.

Bangunan di perkampungan air ini unik kerana ia terapung dan tidak bersambung antara satu sama lain. Ia berbeza dengan perkampungan air di tempat lain yang rumahnya berkaki panjang dan dihubungkan dengan laluan kayu.

Vireak memberitahu, terdapat perkampungan terapung yang mempunyai kandang babi dan buaya.

Bangunan-bangunan itu boleh naik turun mengikut rentak pasang surut air kerana di bawahnya terdapat pelampung. Mereka juga tidak perlu bimbang dengan kejadian banjir.


SEORANG kanak-kanak mengemis dengan menaiki kawah.


Penulis menyaksikan sebuah rumah yang mempunyai kebun di belakangnya yang bergerak di atas air. Vireak menerangkan, penduduk di situ bebas mengubah lokasi kediaman mengikut cita rasa masing-masing.

Menurutnya lagi, pada musim tengkujuh, paras air yang naik akan menyebabkan keseluruhan kampung bergerak jauh.

Antara pemandangan yang dapat penulis saksikan termasuklah seorang kanak-kanak perempuan lengkap berpakaian seragam sekolah mengayuh sampan dan kucing meniti laluan tepi yang sempit di sebuah rumah.

Selain itu, terdapat seorang lelaki mengangkut barangan dapur dari sebuah kedai terapung dan kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun melompat ke dalam kawah lalu menghala ke arah pelancong untuk meminta duit.

Saling bergantung

Penduduk di situ bergerak lancar di atas air dengan menggunakan apa saja yang boleh terapung. Mereka saling bergantung antara satu sama lain.

Apa yang paling membanggakan ialah mereka amat menghargai alam sekitar. Sukar untuk melihat sampah terapung di atas air terutama di kawasan kediaman.

Ini memandangkan tasik tersebut merupakan sumber mereka mencari rezeki termasuk bekerja sebagai nelayan.

Kepesatan aktiviti pelancongan di Kemboja turut membuka peluang untuk mereka membuka perniagaan seperti membuka kedai cenderamata.

Bahkan, terdapat sebuah kapal di tasik tersebut yang dijadikan restoran. Pemandu bot juga sempat membawa penulis ke sebuah kedai cenderamata yang mempunyai dek pencerapan bagi pelancong menikmati pemandangan matahari terbenam.

Difahamkan, kira-kira satu juta penduduk tinggal di pinggir Tonle Sap dan mereka mengamalkan kehidupan terapung tersebut sejak dahulu lagi.– Bernama

Hotel mesra keluarga

Posted:

Hotel mesra keluarga

Hotel mesra keluarga

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

KUALA LUMPUR International Hotel turut dikenali sebagai hotel 'polis' dalam kalangan pelanggan setianya.


TERKENAL dengan panggilan hotel 'polis' dalam kalangan pelancong tempatan, Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) mempunyai kelompok pelanggan setianya sendiri.

Nama hotel 'polis' sebenarnya diberikan oleh pelanggan KLIH kerana ia hotel milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia.

Perjalanan yang jauh ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan mahupun bagi menikmati percutian hujung minggu bersama keluarga menjadi lebih mudah dan menjimatkan jika anda menginap di sini.

KLIH yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah ibu kota sekali gus menjadikannya pilihan nombor satu pelancong tempatan terutamanya dari negeri-negeri Pantai Timur.

Lokasinya yang berhampiran dengan pusat komersial, pusat beli-belah dan syurga makanan terkenal di Kampung Baru dan Jalan Tuanku Abdul Rahman memudahkan pelanggan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Ia juga berdekatan dengan jalan-jalan utama dan sistem pengangkutan awam seperti bas, transit aliran ringan serta monorel.

Mesra keluarga

Penolong Pengurus Jualan KLIH, Sharifah Sharina Wafa berkata, hotel tersebut merupakan hotel bertaraf tiga bintang yang berkonsep mesra keluarga dan sering menjadi lokasi persinggahan ahli perniagaan.

"Hotel ini cukup terkenal dalam kalangan pelancong dari Kelantan, Terengganu dan Pahang kerana perkhidmatan yang ditawarkan membuatkan mereka seperti berada di rumah sendiri.


RUANG hiasan bilik jenis superior yang selesa untuk memuatkan dua orang tetamu.


"KLIH menyediakan sebanyak 207 buah bilik superior (berkembar), superior double (155), keluarga (4), junior suite (2) dan executive suite (2)," katanya ketika ditemui Horizon baru-baru ini.

Jelasnya, dewan bankuet utama boleh menampung antara 250 hingga 500 orang pada satu-satu masa bergantung kepada majlis yang ingin diadakan. Ia biasa digunakan untuk majlis pelancaran produk dan majlis makan malam syarikat korporat.

Selain itu, bagi anda yang tercari-cari hidangan tengah hari dengan selera masakan Melayu tradisional ala kampung, kafe KLIH pasti tidak mengecewakan kerana pelbagai juadah autentik seperti ayam kampung padang berkentang, ketam kari nanas dan ikan cencaru sumbat sedia menanti anda. Kesemuanya dihidangkan secara bufet pada harga berpatutan iaitu RM55 seorang.

Kafe tersebut turut dihias persis sebuah kediaman dengan susun atur ruang makan yang lengkap dengan ruang tamu dan pentas persembahan untuk mereka yang mahu bersantai bersama keluarga sambil berkaraoke.

Siapa sangka KLIH turut memiliki satu sudut landskap yang tersembunyi di tingkat lima yang menghubungkan antara dua bangunan berkembar hotel tersebut. Taman yang diberi nama Rock Garden (taman batu) itu dihiasi padat dengan tumbuhan hijau dan sedikit elemen bunga.

"Pengunjung boleh merakam gambar kenangan berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas yang jelas kelihatan dari Rock Garden kami," ujar Sharifah Sharina sambil tersenyum.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved