Rabu, 8 Mei 2013

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Cabaran pelawak wanita

Posted:

Cabaran pelawak wanita

Cabaran pelawak wanita

KALI pertama bertemu dengan pelawak Jihan Muse menerusi satu sesi fotografi yang diatur bersama Kosmo! pada minggu lalu, tidak terlalu kelihatan unsur-unsur humor yang ada pada dirinya.

Sedangkan ketika melihat aksinya di kaca televisyen atau membuat persembahan di pentas, pasti para penonton tidak kering gusi melihat telatahnya itu.

Menurut Jihan, dia sendiri mengakui tidak menjangka mampu bertapak kukuh dalam dunia komedi tempatan sehingga kini, meskipun pembabitannya dalam bidang seni sudah agak lama.

"Sebelum menyertai program Raja Lawak 3 pada tahun 2009, saya memang cukup aktif dalam pementasan teater dan langsung tidak terlintas di fikiran untuk menjadi seorang pelawak.

"Biasanya, kalau lepak bersama rakan-rakan saya suka membuat lawak dengan mereka. Kemudian saya telah didorong oleh rakan-rakan supaya menyertai ujibakat untuk rancangan tersebut," ceritanya tentang pembabitan awalnya dalam bidang komedi.

Bercerita lebih lanjut tentang pembabitannya sebagai seorang pelawak selama empat tahun, Jihan menyatakan ia memberi cabaran yang cukup besar buat dirinya.

Sebagai seorang pelawak wanita, ujar Jihan, aksi yang ditampilkan sebenarnya begitu terbatas berbanding lelaki.

Sebagai wanita dia tidak boleh terikut-ikut dengan cara persembahan seperti golongan lelaki yang lebih terbuka dan diterima ramai.

"Sebenarnya bukan mudah buat pelawak wanita untuk menghiburkan orang ramai kerana sebagai seorang gadis Melayu tentunya saya perlu menjaga tatasusila dan tidak boleh terlalu bebas.

"Bagi saya, itu merupakan salah satu faktor utama yang menjadi punca tidak ramai pelawak wanita yang mampu dilahirkan.

"Kebanyakan pelawak wanita yang ada sekarang pun semuanya bermula daripada seorang pelakon biasa sebelum terjun ke dunia komedi," ujarnya.

Biarpun ia dilihat sebagai satu kelebihan buat dirinya apabila lebih banyak tawaran yang diperoleh, namun dia turut berharap agar lebih ramai pelawak wanita yang muncul.

JIHAN mengakui perlu menjaga penampilan untuk masa depan kariernya.


"Ketika ini sudah ada beberapa rancangan yang diterbitkan untuk mencungkil bakat pelawak dan seharusnya golongan wanita tidak perlu takut mempersembahkan bakat komedi yang dimiliki.

"Sekiranya lebih ramai pelawak wanita yang muncul sudah tentu ia akan memeriahkan lagi dunia komedi tempatan. Jadi, tidaklah penonton akan bosan melihat muka yang sama setiap masa," ujarnya.

Ditanya sama ada dia mahu terus dikenali sebagai seorang pelawak sahaja, Jihan meluahkan bahawa jauh di suduh hati dia memang begitu teringin membawakan watak yang lebih serius.

Bagaimanapun, dia terpaksa akur apabila tidak ramai pengarah yang mahu memberi kepercayaan buat dirinya kerana label pelakon komedi yang sudah sebati dalam dirinya.

"Sebelum ini, saya pernah berlakon dalam drama-drama yang lebih serius, tetapi tetap diberikan karakter komedi. Kalau boleh saya berharap agar dapat mempelbagaikan watak lakonan supaya kerjaya saya dalam bidang seni lebih berkembang.

"Lagipun, saya begitu yakin dapat membawakan lain-lain watak berdasarkan pengalaman saya dalam teater dan masih aktif sehingga sekarang. Saya memang sangat menantikan kalau ada pengarah yang dapat memberikan satu watak yang berbeza," luahnya.

Jaga penampilan

Jika melihat kepada penampilan Jihan sewaktu mula-mula muncul dalam industri hiburan dan sekarang tidak dinafikan terdapat begitu banyak perubahan pada dirinya.

Menurut pelawak berusia 30 tahun itu, sebelum ini dia agak kurang menitikberatkan tentang penampilan diri kerana beranggapan seorang pelawak tidak perlu terlalu kelihatan cantik dan bergaya.

"Dahulu, saya tidak begitu mementingkan sangat tentang penampilan dan kecantikan, tetapi sekarang saya rasa perlu membuat perubahan supaya mendapat keyakinan diri yang lebih tinggi ketika membuat persembahan.

"Antaranya, saya kini memakai pendakap gigi dan sekiranya mempunyai masa terluang saya akan menghabiskan masa untuk pergi ke spa atau salun kecantikan," ujarnya.

Menurut Jihan, memandangkan rezekinya dalam bidang seni sekarang yang semakin murah, dia juga tidak lokek untuk berbelanja membeli pakaian yang sesuai untuk kelihatan bergaya.

"Saya tidak mahu penonton beranggapan seseorang pelawak itu mesti nampak selekeh bagi membuat orang ketawa. Sesuatu persembahan komedi itu tidak dinilai berdasarkan penampilan, tetapi ia lebih kepada isi kandungan persembahan," jelasnya.

Berhenti kerja

Sebelum bergiat aktif dalam dunia lakonan, ramai yang sudah mengetahui bahawa Jihan pernah menjawat jawatan Penguat Kuasa Bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama empat tahun.

Memandangkan kerjaya seninya yang semakin berkembang dengan pelbagai tawaran yang diperoleh, akhirnya dia meletakkan jawatan tersebut pada tahun 2011.

FIGURA ini mengakui aksi lawaknya agak terbatas kerana dirinya seorang wanita.


"Selepas bertanding dalam Raja Lawak 3, saya masih meneruskan kerjaya saya di MBSA. Ketika itu banyak juga tawaran yang terpaksa saya tolak kerana perlu memberi komitmen terhadap kerjaya.

"Selepas dua tahun akhirnya saya mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja kerana mahu lebih serius dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bidang seni," ujarnya.

Menurut Jihan, dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk meletakkan jawatan kerana tidak begitu yakin karier seninya itu mampu pergi dengan lebih jauh.

"Secara jujurnya, saya tidak berani kerana risau sekiranya tersilap langkah. Bagaimanapun, selepas berhenti kerja, tiba-tiba saya rasa menyesal pula kerana tidak membuat keputusan terlalu awal," ujarnya.

Mengenai perkembangan kerjayanya pula, Jihan meluahkan rasa gembira kerana kehadirannya dalam industri semakin diterima ramai dengan pelbagai tawaran yang diraihnya.

Tambahnya, namanya juga kini menjadi sebutan apabila aksi parodi yang dilakukannya menerusi rancangan MeleTOP mendapat sambutan baik dan begitu diminati penonton.

"Setakat ini saya mendapat tahu memang ramai yang suka aksi parodi (lakonan semula secara sinis) saya itu. Begitu juga dengan artis-artis yang saya tiru itu, mereka turut memberi maklum balas yang sangat positif," jelasnya.

Berkenaan jadual lakonannya pula, Jihan menyatakan dia baru sahaja selesai penggambaran drama berjudul Diandra dan kini dia berlakon dalam drama Fira Ayuni untuk slot Samarinda di TV3.

Amirul tak sangka

Posted:

Amirul tak sangka

Amirul tak sangka

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


TOP 3. Mohd. Amirul Husni diapit Irsa (kanan) dan Jamiah.


APABILA menyebut nama Datuk Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang, kedua-duanya cukup sinonim sebagai ikon sekitar era 60-an dan 70-an.

Biarpun kedua-dua penyanyi itu sudah meninggal dunia, tetapi lagu-lagu nyanyian mereka masih lagi terus berkumandang sehingga ke hari ini.

Bagi mengenang kembali nostalgia terhadap kedua-dua penyanyi itu, stesen radio Klasik Nasional dengan kerjasama TZ Emas Ventures Sdn. Bhd. telah menganjurkan sebuah pertandingan nyanyian iaitu Irama Kenangan Ahmad Jais dan Rafeah Buang.

Menerusi pertandingan akhir yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri pada 28 April lalu, seramai 10 peserta telah terpilih untuk menyanyikan lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Ahmad Jais dan Rafeah Buang.

Berlangsung dalam suasana yang cukup sengit, ternyata kemenangan berpihak kepada peserta dari Ampang, Selangor, Mohd. Amirul Husni Mustafa yang baru berusia 20 tahun. Amirul mengalunkan lagu nyanyian Ahmad Jais iaitu Lima Tahun Ku Cari.

Menurut Mohd. Amirul Husni, dia sendiri tidak menyangka mampu untuk bergelar juara memandangkan para peserta yang turut bertanding dilihat menampilkan persembahan yang cukup menarik.

"Sebelum ini sudah banyak pertandingan nyanyian yang saya sertai, tetapi pada malam ini saya rasa cukup bertuah kerana telah berjaya menewaskan sembilan lagi peserta yang cukup hebat.

"Dengan kejayaan ini sudah pasti ia akan menjadi semangat buat diri saya untuk menyertai lebih banyak pertandingan nyanyian pada masa akan datang," ujarnya yang meluahkan rasa gembiranya atas kemenangan tersebut.

Ketika ditanya apakah yang membuatkan dia tertarik untuk menyertai pertandingan tersebut, Amirul menyatakan dia dan ahli keluarganya begitu minat dengan lagu-lagu nyanyian Ahmad Jais.

Menurut penuntut jurusan perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, usia langsung tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk meminati lagu-lagu penyanyi tersohor tersebut.

"Antara lagu-lagu Ahmad Jais yang cukup saya minati seperti Lima Tahun Ku Cari dan Gelisah, malah saya begitu kagum dengan suaranya yang mampu menarik ramai pendengar," ujarnya.

Sementara itu, Irsa Sahabuddin yang muncul sebagai naib juara dengan membawakan lagu nyanyian Rafeah Buang iaitu Mustika Hatiku tetap berpuas hati dengan kejayaan yang diraihnya itu.

Ujarnya, dia memang meminati lagu-lagu lama dan pernah muncul sebagai juara Idola P. Ramlee & Saloma 2007 peringkat kebangsaan dan naib juara Bintang Klasik 2012.

"Tidak dinafikan kekuatan saya terletak kepada nyanyian lagu-lagu lama dan itu yang menyebabkan saya tertarik untuk menyertai pertandingan ini," ujarnya peserta yang begitu meminati Ella itu.

Sebagai juara, Mohd. Amirul Husni berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala pusingan dan sijil, manakala Irsa pula telah memenangi wang tunai RM1,500, piala dan sijil.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Perak, Jamiah Lambed dengan hadiah berupa wang tunai RM1,000, piala dan sijil.

Tujuh peserta lain pula, sekadar membawa pulang hadiah saguhati iaitu wang tunai RM200, baucar membeli-belah sebanyak RM300 dan sijil.

Hadiah-hadiah kepada peserta telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhayati Ismail yang turut meluangkan masa hadir pada pertandingan tersebut.

AKSI Amirul ketika mengalunkan lagu Lima Tahun Ku Cari.


Sambutan hangat

Pengerusi Eksekutif TZ Emas Ventures Sdn. Bhd., Tengku Zaini Raja Baharudin berkata, selaku penganjur bersama, pihaknya agak terkejut dengan sambutan hangat yang diterima.

Ujarnya, sesuatu yang cukup menarik tentang penganjuran pertandingan tersebut apabila pihaknya menerima banyak penyertaan daripada peserta yang masih muda dan berusia 20-an.

"Matlamat utama kami menganjurkan pertandingan sebegini adalah mahu mengembalikan nostalgia lagu-lagu nyanyian Ahmad Jais dan Rafeah Buang agar ia terus malar segar.

"Bagaimanapun, penyertaan yang cukup ramai daripada golongan muda sudah cukup membuktikan lagu nyanyian kedua-dua penyanyi ini terus mendapat tempat tanpa mengira usia," jelasnya.

Bercerita lebih lanjut tentang pertandingan tersebut, Tengku Zaini memberitahu, pada peringkat awal pihaknya telah menerima sebanyak 424 penyertaan.

Kemudian para peserta perlu menjalani peringkat saringan terlebih dulu yang diadakan di Auditorium P. Ramlee Angkasapuri pada 20 April lalu untuk memilih 35 peserta yang layak ke peringkat seterusnya.

"Untuk saingan akhir hanya 10 peserta yang terpilih untuk bersaing. Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati kerana semua peserta telah tampil dengan persembahan yang menarik dan bersemangat," ujarnya.

Knightley kahwin di Perancis

Posted:

Knightley kahwin di Perancis

Knightley kahwin di Perancis


KEIRA dan James dirakam selepas selesai upacara perkahwinan tertutup mereka.


AKTRES terkenal Britain, Keira Knightley kini bergelar isteri kepada penyanyi rock, James Righton selepas berkahwin di Perancis pada Sabtu, 4 Mei lepas.

Pelakon siri filem pecah panggung, The Pirates of the Caribbean itu mengahwini anggota band rock, The Klaxons itu pada upacara tertutup yang hanya dihadiri kaum keluarga dan rakan-rakan rapat.

Pasangan pengantin masing-masing memakai busana dan sut daripada jenama Chanel. Menerusi foto yang dirakam paparazi, kedua-duanya dilihat saling berpegangan tangan penuh intim meninggalkan bangunan tempat majlis perkahwinan berlangsung menuju untuk masuk ke dalam kenderaan yang sedang menunggu mereka.

Kredit: www.kosmo.com.my

Selasa, 7 Mei 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Lampu malap alat Hafiz untuk panggil kelip-kelip

Posted:

Lampu malap alat Hafiz untuk panggil kelip-kelip

Lampu malap alat Hafiz untuk panggil kelip-kelip

SUASANA malam di Sungai Cherating, Pahang bergemerlapan dengan cahaya bintang yang memenuhi segenap ruang langit. Peluang seperti itu jarang sekali dapat dilihat di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.

Biarpun namanya jarang didengar, sungai tersebut lebih popular dalam kalangan pelancong asing terutamanya dari Eropah.

Terdapat tarikan istimewa di sungai yang terletak kira-kira 50 kilometer (km) di utara bandar Kuantan dan 16 km dari bandar berdekatan, Chukai, Terengganu.

Sungai Cherating ialah sebatang sungai paya bakau yang masih terpelihara struktur semula jadinya daripada pembangunan komersial. Keadaan sungai yang juga bersih tanpa pencemaran menjadi habitat pelbagai spesies flora dan fauna. Setenang suasana yang dirasakan pada siang hari di Sungai Cherating, begitu juga pemandangan indah yang dapat dinikmati pada sebelah malam. Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya dengan menyertai lawatan melihat kelip-kelip di sungai tersebut.

Sangkaan awal merasakan lawatan tersebut pasti tidak banyak bezanya dengan pengalaman menyaksikan kelip-kelip di beberapa lokasi lain yang pernah dikunjungi sebelum ini.

Namun, segalanya berubah tatkala melihat sekawan kelip-kelip berterbangan ke arah bot yang kami naiki sebaik pemandu pelancong menghantar isyarat cahaya kepada kelip-kelip itu.

Terpegun

Tiada kata-kata dapat menggambarkan pengalaman menakjubkan yang disaksikan bersama tiga buah bot pelancong lain. Ia ibarat melihat bintang di langit terbang menghampiri pengunjung di situ.

Begitulah kebolehan yang dimiliki oleh seorang pemandu pelancong, Mohd. Hafiz Abdul Majid, 43. Mohd. Hafiz yang lebih mesra dengan panggilan Hafiz berasal dari Myanmar. Lelaki yang mendapat pendidikan daripada Universiti Yangon, Myanmar berhijrah ke Malaysia sejak 21 tahun lalu.

Bapa kepada tiga anak itu mempunyai kepakaran berkomunikasi dengan kelip-kelip menggunakan empat jenis lampu bercahaya malap yang berbeza-beza. Dengan lapan corak gerakan berlainan, dia menghantar frekuensi cahaya kepada kelip-kelip supaya datang ke arahnya.

Komunikasi magis antara Hafiz dengan serangga tersebut membuatkan para pengunjung terpegun dan begitu teruja.

PELANCONG diwajibkan menyarung jaket keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.


"Saya pernah mencuba teknik yang sama terhadap kelip-kelip di tempat lain namun tidak berjaya kerana setiap spesies mempunyai 'bahasa' berbeza. Macam manusia juga," katanya sambil tersenyum.

Kebolehan graduan sarjana muda Sejarah itu pernah disiarkan dalam majalah pelancongan luar negara seperti Lonely Planet.

"Pada tahun 2008, secara tidak sengaja saya berjaya menarik kelip-kelip menuju ke arah bot ketika membawa pelancong melihat kelip-kelip pada waktu malam.

"Sejak itu, minat untuk mengkaji kelip-kelip kian membara dan saya tidak melepaskan peluang untuk mengikuti Simposium Kelip-kelip Antarabangsa 2010 yang diadakan di Kuala Lumpur," jelas ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) cawangan Pahang itu sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, kelip-kelip yang terdapat di sungai Cherating adalah spesies Pteroptyx bearni non-sychronous.

Bagaimanapun, kaedah komunikasi tersebut tidak boleh digunakan kepada spesies kelip-kelip lain.

Menurut Hafiz, Kebangkitan 8888 di negara kelahirannya pada 8 Ogos 1988 telah membawa Hafiz berkelana ke Malaysia.

Kebangkitan 8888 atau lebih dikenali sebagai Pemberontakan 8888 merupakan peristiwa kebangkitan rakyat Myanmar menuntut demokrasi. Kerajaan Myanmar pimpinan Jeneral Ne Win pada ketika itu telah digulingkan oleh pihak tentera. Bagi meleraikan demonstrasi pihak tentera telah membunuh ribuan orang awam termasuk pelajar dan sami Buddha.

Ekoran daripada peristiwa berkenaan ribuan mahasiswa meninggalkan Myanmar kerana bimbang terhadap tindak balas pihak pemerintah kepada mereka. Bagaimanapun, kebanyakan mereka pulang ke tanah air selepas keadaan tenang.

Selepas menamatkan pengajiannya, Hafiz berhijrah ke negara ini sekali lagi dan bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran di Cherating.

Lima tahun berkhidmat di restoran itu, beliau meneruskan pengajian jarak jauh di Sekolah Persuratan Antarabangsa Singapura (ICSS). Namun, pengajiannya terbantut di tengah jalan ekoran ketiadaan dokumen perjalanan yang sah.

Sementara itu, isteri Hafiz, Zawiyah Ghazali, 29, menyangka Hafiz bergurau ketika mula-mula memberitahu tentang kelebihannya itu.

Dia tidak percaya kerana tidak pernah melihat orang lain berinteraksi dengan kelip-kelip sebelum ini.

Zawiyah yang turut membantu Hafiz menguruskan perkhidmatan pemandu pelancong itu menceritakan pengalaman manis ketika dikunjungi oleh beberapa orang pelancong dari Perancis.

Menurutnya, pelancong tersebut beriya-iya menyatakan tentang kebolehan suaminya dan ada diterbitkan di beberapa buah majalah pelancongan di Perancis sehingga berjaya menarik mereka ke Cherating.

"Mereka menunjukkan majalah yang dimaksudkan tetapi kami tidak memahami artikel tersebut kerana ia tidak ditulis dalam bahasa Inggeris.

"Ada juga pelancong tempatan yang berseloroh mengatakan Hafiz menggunakan jampi kerana melihat dia menggerak-gerakkan isyarat tangan sewaktu berinteraksi dengan kelip-kelip," katanya sambil tersenyum ketika ditemui di kediamannya di Kampung Cherating Lama baru-baru ini.


PENGUNJUNG diberikan taklimat selama 15 minit berkaitan kelip-kelip dan habitatnya sebelum dibawa melawat di Sungai Cherating.


Sejak mengendalikan perkhidmatan Aktiviti Cherating Hafiz pada tahun 2006, mereka berdua telah mengupah tiga orang boatman untuk membantu Hafiz membawa pelancong asing dan tempatan.

Seorang lagi pemandu pelancong berlesen dari Terengganu, Ariffin Hassan, 54, mengenali Hafiz kira-kira enam tahun lalu.

Ariffin yang mesra disapa Pak Su memberitahu, Hafiz merupakan seorang pemandu pelancong yang ikhlas menjalankan tugasnya dan mahir mengenai selok-belok kelip-kelip.

"Pengunjung dan pelancong yang datang ke sini bukan sekadar melihat kelip-kelip tetapi mengetahui apa itu kelip-kelip.

"Apa yang Hafiz buat berbeza dengan pemandu pelancong lain kerana dia mampu menjawab setiap soalan pengunjung tentang kelip-kelip," ujarnya yang turut bekerjasama dengan Hafiz membawa pelancong melihat penyu bertelur di Teluk Mak Nik di Kemaman, Terengganu.

Pak Su juga mengakui sikap ramah Hafiz mampu menambat hati pelancong tempatan dan luar berkunjung semula ke Kampung Cherating Lama untuk menyaksikan kelip-kelip.

Seorang pelancong tempatan, Jasmine Lau, 43, berkata, pengalaman melihat kelip-kelip di Cherating seperti melihat magis, apatah lagi pemandangan malam yang dipenuhi bintang di langit.

"Pada mulanya saya agak takut kerana tidak biasa dengan keadaan gelap, namun pemandangan tersebut benar-benar menakjubkan," ujarnya.

Nasib malang kuda Sepanyol

Posted:

Nasib malang kuda Sepanyol

Nasib malang kuda Sepanyol

BEBERAPA ekor kuda yang masih terdapat di selatan Sepanyol.


DI penghujung daerah selatan Andalusia di Sepanyol, seorang pengusaha ladang kuda, Virginia Solera, membantu menyediakan kandang bagi kuda buangan yang 'bertuah' ketika era kejatuhan ekonomi melanda Sepanyol.

"Beberapa tahun sebelum ini, kami menyelamatkan kuda-kuda yang tidak dijaga dengan baik atau ditinggalkan oleh tuannya. Di Sepanyol, memiliki kuda melambangkan status kekayaan seseorang individu.

"Sebelum krisis ekonomi melanda negara ini, ramai orang menyangka saya akan membeli kereta mewah atau rumah besar namun saya membeli seekor kuda," kata Solera ketika ditemui di ladangnya yang dinamakan Alhaurin el Grande.

Kebanyakan masyarakat Sepanyol meninggalkan kerja di ladang untuk terlibat dengan industri pembinaan tetapi kehidupan mereka sekali lagi 'terpukul' apabila sektor hartanah jatuh merudum pada 2008.

"Akibatnya, kebanyakan mereka yang bergelut dengan masalah kewangan mengabaikan kuda masing-masing termasuk menghantar haiwan tersebut ke rumah sembelihan," ujar Solera.

Kuda disembelih meningkat

Kerajaan Sepanyol memaklumkan jumlah kuda yang disembelih pada tahun 2012 ialah 60,000 ekor iaitu meningkat dua kali ganda berbanding pada tahun 2008.

Seekor kuda yang dinamakan Alegria yang bermaksud gembira tiba di rumah sembelihan milik Solera dalam keadaan giginya rosak teruk akibat meragut tanah untuk mencari makanan.

Sementara seekor lagi, Estrella cedera di kaki kiri bahagian depan kerana diheret oleh tuannya yang cuba menjinakkan kuda itu dan kemudiannya berputus asa lalu meninggalkan kuda malang berkenaan begitu sahaja.

Kata Solera, pemilik kuda terpaksa meninggalkan kuda yang mereka tidak mahu di kawasan berair dengan harapan haiwan itu mati kebuluran atau lemas.

Tidak berapa jauh dari ladang milik Solera, hujan mencurah-curah ke atas kandang kuda milik Manuel Gonzalez Melendi, 68.

Gonzalez menunjuk ke arah seekor anak kuda yang baru berusia lapan hari tetapi sudah mula berjalan di padang rumput. Anak kuda tersebut merupakan salah seekor kuda yang masih ada di ladangnya.

"Dahulu memang banyak kuda di sini, hampir 100 ekor. Saya selalu jual dan beli kuda. Itulah punca pendapatan saya," kata Gonzalez.

Namun segalanya berubah apabila jumlah kuda peliharaan Gonzalez semakin berkurangan. Ia berikutan kekurangan minat orang ramai untuk memiliki kuda.

SEORANG pekerja wanita memeriksa seekor kuda di Santamaria.


"Pada hari ini, tiada siapa lagi berminat untuk membeli kuda kerana bekalan makanannya mahal. Jadi, saya terpaksa berhenti.

"Saya jual kuda yang ada pada harga rendah dan selebihnya dihantar ke rumah sembelihan," tambah Gonzalez.

Gonzalez yang merupakan seorang setiausaha agung Persatuan Aprosa Rumah Sembelihan dan Pemprosesan Daging Sepanyol memberitahu, ketika ekonomi maju di Sepanyol, kebanyakan keluarga memiliki kuda dan menunggangnya pada setiap hujung minggu.

"Aktiviti menunggang kuda pada setiap hujung minggu sangat popular kira-kira lapan tahun lalu.

"Kuda pada masa itu dianggap perniagaan yang menguntungkan kerana masyarakat pergi ke sekolah kuda untuk berekreasi," kata Gonzalez.

Kos tinggi

Menurut Gonzalez, pada hari ini, perniagaan melibatkan kuda sudah tidak berkembang kerana pemiliknya memerlukan kos yang tinggi untuk memelihara seekor kuda.

"Kos memelihara kuda sahaja sudah mencecah 400 euro (RM1,633) sebulan dan ramai pemilik kuda memilih untuk menjualnya ke rumah sembelihan pada harga RM612 seekor," katanya.

Disebabkan daging kuda tidak popular di Sepanyol, 90 peratus daripada hasil sembelihan dieksport ke Perancis dan Itali.

"Ekoran krisis ekonomi, semua orang terpaksa membuang barangan yang kurang penting bagi mengurangkan kos perbelanjaan. Mereka cuba menyelamatkan kereta dan rumah tetapi bukan kuda," kata Solera. - AFP.

India kecewa, gusti gugur di Olimpik

Posted:

India kecewa, gusti gugur di Olimpik

India kecewa, gusti gugur di Olimpik

MENJADI ahli gusti dan orang yang terkenal antara cita-cita anak-anak muda di India, namun segalanya bakal terkubur andai sukan tersebut digugurkan daripada Olimpik.


AHLI gusti, Raj Singh mengunci lawannya. Ketika itu, kedua-duanya yang beradu di atas sebuah gelanggang terbuka yang diperbuat daripada kain-kain buruk dibasahi peluh. Namun, ketika beradu tenaga itu, dia masih sempat memikirkan impiannya untuk beraksi di Olimpik yang telah musnah.

"Tak dapat saya fikirkan, bagaimana sukan gusti tidak menjadi sebahagian daripada Olimpik.

"Saya tidak nampak apa masalahnya kerana gusti menarik ramai penonton tidak kira di mana ia diadakan. Sukan ini tidak boleh dibiarkan mati begitu saja," katanya yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Gusti India.

Masa depan sukan itu tampak semakin kelam selepas lembaga eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Februari lalu memutuskan untuk menggugurkannya pada temasya edisi tahun 2020.

Moral jatuh

Sejak itu, ramai tokoh besar sukan itu menyertai kempen untuk menentang keputusan tersebut.

Rekod Olimpik India bukan sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi ahli gusti negara itu membawa pulang empat daripada 13 medal individu sejak ia mencapai kemerdekaan dari Britain pada 1947, termasuk pingat gangsa oleh Khashaba Jadhav di Helsinki, Finland pada 1952.

Ramai ahli gusti melihat sukan tersebut bukan sahaja sebagai peluang kejayaan Olimpik, tetapi cara mengeluarkan diri daripada kancah kemiskinan.

Sushil Kumar yang mendapat pingat perak di London tahun lalu selepas memungut gangsa di Beijing pada 2008, menjadi wira di negara yang obses dengan kriket itu. Sejak itu, gambarnya digunakan secara meluas oleh pengiklan bagi menjual pelbagai produk daripada minuman ringan ke jentera berat.


PENGLIBATAN seseorang dalam arena gusti di India dapat mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.


"Kita telah memulakan kemenangan medal Olimpik dalam sukan gusti. jika mereka menggugurkannya ia akan menjadi masalah besar buat kita.

"Sebaik mendengar berita buruk tersebut, moral semua orang jatuh," kata jurulatih kebangsaan India, Vinod Kumar.

Rakan sepasukan Sushil, Yogeshwar Dutt yang mendapat pingat gangsa di London memberitahu AFP bahawa dia akan memulangkan medalnya jika gusti tidak disenaraikan semula.

"Gusti adalah hidup saya dan ribuan yang lain. Apabila kami menang pingat, ramai anak muda yang merasakan mereka juga berpeluang memenanginya di Olimpik.

"Mereka memasang angan-angan untuk berjaya tetapi ia kini hancur berderai," kata Yogeshwar, anak kepda seorang guru sekolah di kampung itu.

Dia kini bekerja dalam pasukan polis berikutan kejayaan Olimpik yang diperolehnya.

Permulaan karier

Kebanyakan ahli gusti terkemuka India memulakan karier mereka dengan bergelut di atas gelanggang lumpur purba dipanggil Guru Hanuman 'Akhara' di kota lama Delhi.

Sekurang-kurangnya 125 pelatih berusia antara 10 hingga 30 tahun menetap di situ, malah memasak makanan sendiri dan mempelajari inti pati gusti daripada jurulatih yang dilantik kerajaan.

Rejim kecergasan mereka termasuk memanjat tali dan berlari mendaki bukit dengan mendukung pelatih lain serta membina otot di sebuah gimnasium terbuka buatan sendiri.


ANAK-ANAK muda di India berlatih bersungguh-sungguh bagi mempersiapkan diri mereka untuk mewakili negara dalam sukan gusti.


Maha Singh Rao yang menjadi jurulatih di 'Akhara' sejak 1984 berkata, pelatih diajar prinsip asas kehidupan ringkas dengan minda yang bersih dan badan yang kuat.

"Disiplin adalah perkara terpenting bagi mereka yang mahu mencipta nama. Gusti seperti kehidupan, semua orang mahu menjadi lebih kuat berbanding yang lain," katanya lagi.

Antara pelatih yang ada di 'Akhara' ialah Chandan Singh, 16, yang meninggalkan ibu bapanya di Hyderabad empat tahun lalu untuk mengabdikan diri mempelajari seni gusti.

"Saya sukakan kehidupan di sini, mereka menjaga saya dan memberikan makanan yang bagus, malah saya dapat pergi ke sekolah.

"Bagaimanapun, apa yang saya mahukan ialah bergusti dan menjadi seorang yang terkenal," katanya.

Gusti kekal dalam senarai acara Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, namun kebarangkalian untuk ia digugurkan pada temasya sukan antarabangsa itu pada tahun 2020 sangat tinggi. Ini kerana tujuh disiplin sukan lain termasuk skuasy, besbol, wakeboarding dan wusyu saling bersaing untuk menggantikannya.

IOC tidak menyatakan punca lembaga eksekutifnya mahu menggugurkan gusti, tetapi rating televisyen yang rendah dan tidak ramai yang menyaksikannya dilaporkan menjadi faktor utama.

Keputusan muktamad mengenainya akan dibuat apabila kesemua anggota IOC bersidang pada September ini.

Madrid, Tokyo dan Istanbul masing-masing membida untuk menjadi tuan rumah kepada Olimpik 2020. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Jumaat, 3 Mei 2013

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Selasa, 30 April 2013

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Esscom kenap pasti individu terbabit dalam penceroohan Lahad Datu

Posted:

Esscom kenap pasti individu terbabit dalam penceroohan Lahad Datu

Esscom kenap pasti individu terbabit dalam penceroohan Lahad Datu

30/04/2013 2:28pm

KOTA KINABALU - Bahagian Risikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom) telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam insiden pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu pada Februari lepas.

Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek berkata mereka termasuk orang yang telah lama berada di Sabah.

"Mereka ini akan dipantau," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan penjawat awam persekutuan yang turut dihadiri Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Abu Bakar Hassan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, hari ini.

Menurut Mohammad, setakat ini Esscom yang bekerjasama dengan pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia tidak menerima laporan mengenai ancaman pencerobohan dan serangan pihak luar ke atas Sabah.

Pada masa yang sama, beliau mengalu-alukan kerjasama daripada agensi dan jabatan kerajaan bagi menyokong usaha Esscom dalam menjamin keselamatan di pesisir pantai timur Sabah sepanjang 1,400 kilometer itu. - Bernama

Masyarakat Cina Sabah tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan

Posted:

Masyarakat Cina Sabah tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan

Masyarakat Cina Sabah tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan

30/04/2013 1:51pm

SANDAKAN - Masyarakat Cina tidak pernah dipinggirkan dalam agenda pembangunan yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata, kerajaan memberi perhatian kepada keperluan semua kaum termasuk masyarakat Cina dalam bidang pendidikan, ekonomi dan keagamaan.

"Penyaluran peruntukan kepada sekolah aliran Cina contohnya tanda BN sentiasa sedar dan memberi perhatian kepada keperluan masyarakat Cina dalam bidang pendidikan," katanya pada perjumpaan bersama masyarakat Cina di Taman Khong Pak Tak dekat sini malam tadi.

Menurut Musa yang juga Pengerusi BN Sabah, keprihatinan tersebut bagi memastikan tidak ada mana-mana kaum di negeri ini tercicir daripada menikmati arus pembangunan.

Sehubungan itu, beliau berkata, sokongan daripada masyarakat Cina diperlukan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini dalam usaha meneruskan agenda pembangunan negara menuju ke arah negara maju.

"Sokongan berterusan daripada rakyat amat perlu bagi membolehkan BN dapat meneruskan usaha membangunkan negara dan membela nasib rakyat dengan sewajarnya," kata Musa. - Bernama

Kerajaan negeri cadang bina sebuah lagi hospital di Melaka

Posted:

Kerajaan negeri cadang bina sebuah lagi hospital di Melaka

Kerajaan negeri cadang bina sebuah lagi hospital di Melaka

30/04/2013 12:12pm

ALOR GAJAH - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Melaka bercadang menambah sebuah lagi hospital di negeri itu bagi menampung keperluan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan itu yang akan dilaksana jika BN kekal mentadbir Melaka selepas pilihan raya umum kali ini mengambil kira beban hospital sedia ada iaitu Hospital Melaka dan Jasin.

"Sebagai contoh di Hospital Melaka, kita hanya ada 1,040 katil pesakit dan ia tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah kerana permintaan rakyat terhadap perkhidmatan kesihatan meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hospital Alor Gajah di Paya Datuk di sini.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Farida Mohd Ali yang turut hadir, berkata Hospital Alor Gajah yang dibina dengan kos RM109.5 juta mula beroperasi pada 18 Feb lepas dengan kemudahan 78 katil, menggantikan hospital lama yang hanya mempunyai 39 katil.

Beliau berkata, hospital yang dibina di atas tanah berkeluasan 14.32 hektar itu dilengkapi peralatan canggih serta pendingin hawa di setiap wad, lif, 48 unit kuarters dan asrama jururawat.

"Kemudahan perkhidmatan seperti unit forensik, perkhidmatan bahan steril serta dewan bedah turut dibina bagi memberi manfaat kepada penduduk setempat,"katanya.

Katanya, hospital itu mempunyai 401 petugas termasuk 22 pegawai perubatan.

Farida berkata, hospital lama di bandar Alor Gajah di sini akan dijadikan klinik kesihatan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Isnin, 29 April 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Amanah dengan tugas Pengerusi SPR

Posted:

Amanah dengan tugas Pengerusi SPR

Amanah dengan tugas Pengerusi SPR

WALAUPUN menghadapi banyak cabaran dan tohmahan daripada pelbagai pihak, Abdul Aziz tetap komited mengemudi bahtera SPR dengan cara tersendiri.


MEMEGANG jawatan yang boleh dianggap sebagai antara kerusi panas tanah air, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, 63, mengakui, banyak cabaran yang dihadapi sejak menggalas tanggungjawab tersebut bermula 31 Disember 2008.

Apatah lagi ketika itu, negara berdepan dengan tsunami politik yang hebat rentetan daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang menyaksikan gelombang baharu politik negara.

Ekoran PRU-12 yang sengit lima buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selain Kelantan yang sememangnya sudah berada di bawah pentadbiran Parti Islam Se Malaysia (Pas).

Bagaimanapun Abdul Aziz memberitahu, sudah menjadi amalannya apabila ditugaskan memegang apa-apa jawatan, ia akan dilaksanakan dengan amanah, penuh kesungguhan dan komitmen.

"Jujurnya saya tidak pernah terfikir langsung untuk menjawat jawatan ini. Tetapi, apabila dilantik berdasarkan perlembagaan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis Raja-Raja, saya menganggap ia satu cabaran besar untuk dilunaskan.

"Tambahan pula, saya difahamkan kebanyakan Pengerusi SPR sebelum ini tidak berdepan masalah yang begitu mencabar kerana senario politik negara ketika itu amat terkawal. Sebaliknya, apabila saya mengambil alih tugas daripada Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, suasana politik Malaysia amat berbeza," ujar Abdul Aziz ketika ditemui Kosmo! di Putrajaya baru-baru ini.

Menurut beliau, perbezaan yang dimaksudkan adalah adanya pertembungan dua kumpulan besar politik antara pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut Barisan Nasional (BN) selaku parti pemerintah dengan satu kumpulan lain iaitu Pakatan Rakyat (Pas, PKR dan DAP) yang bergabung secara pakatan.

"Dari segi undang-undang, tidak ada gabungan itu kerana pakatan tersebut tidak mempunyai satu simbol parti untuk melambangkan ketiga-tiganya. Justeru, SPR menganggap mereka sebagai tiga parti berbeza.

"Namun, tetap nampak persaingan hebat kerana rakyat jelata khasnya pengundi-pengundi telah mempunyai pendidikan tinggi, pengetahuan yang luas serta mempunyai perkongsian pengalaman dari negara-negara luar yang banyak kerana adanya media-media elektronik, media sosial dan blog-blog untuk mendapatkan pelbagai maklumat," jelas beliau lagi.

Sepanjang hampir lima tahun bergelar Pengerusi SPR, Abdul Aziz berkata, beliau membahagikan parti politik di negara ini kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama adalah parti politik yang tidak ambil kisah dan peduli kerana keadaannya yang tidak aktif. Jadi, apa sahaja yang dicadangkan dan diputuskan tidak mendapat respons daripada mereka.


BERSAMA timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kanan) sebelum mempengerusikan mesyuarat bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian daftar pemilih bagi PRU-13.


Kumpulan kedua pula terdiri daripada parti-parti politik yang peramah dan mesra dengan SPR. Mereka suka berbincang, bertukar-tukar fikiran dan memberi pandangan serta kritikan membina kepada SPR dengan cara yang baik tanpa menghebah-hebahkan pada media.

"Mereka ini selalu datang berjumpa saya memberi cadangan serta teguran secara jujur.

"Kumpulan ketiga pula terdiri daripada parti politik yang selalu berada dalam keadaan tidak berpuas hati. Apa sahaja yang dilakukan SPR, akan dipandang negatif. Kalau kita buat A, mereka akan kata sepatutnya buat B, kemudian apabila kita buat B, mereka kata buat A bagus pula sekali gus menyebabkan SPR serba-salah.

"Kumpulan ini juga suka mengkritik, memperlekeh dan mencemarkan integriti SPR supaya kami dipandang sebagai satu badan yang prokerajaan, tidak berdikari dan tidak cekap meskipun berbagai-bagai perubahan telah dibuat berlandaskan undang-undang," tegas Abdul Aziz.

Persediaan SPR

Menjelang tarikh pengundian sempena PRU-13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri itu menjelaskan, SPR sudah mula membuat perancangan bagi menghadapi pilihan raya umum sejak tiga tahun lalu.

"Kami telah bekerja kuat dalam tempoh itu. Lebih-lebih lagi dengan tertubuhnya satu Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya oleh kerajaan bagi membincangkan, mengesyorkan cadangan-cadangan untuk memperbaiki proses dan sistem pilihan raya.

"Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil pelbagai parti politik. Rentetan itu, banyak kertas kerja telah dihantar selain ramai kumpulan dan individu tertentu datang berjumpa mereka untuk memberi cadangan.

"Akhirnya, mereka telah mengemukakan 32 syor kepada SPR dalam aspek jangka pendek, pertengahan dan jangka panjang. Hasil kerjasama semua pihak, banyak syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini diterima oleh SPR dan akan dilaksanakan," kata beliau.

Secara keseluruhan terdapat 19 pembaharuan yang dilakukan SPR pada PRU-13 kali ini. Antaranya, penggunaan dakwat kekal, memperkenalkan undi awal kepada anggota tentera dan polis, memperluaskan undi pos kepada semua rakyat Malaysia di luar negara serta menjemput pemerhati antarabangsa dan dalam negeri.

Semua pembaharuan yang pertama kali diperkenalkan itu turut mengundang kerisauan pada Abdul Aziz sama ada ia boleh dilaksanakan dengan berkesan sebagaimana yang dirancang.


MENJELANG PRU-13, Abdul Aziz banyak ditemu bual pelbagai agensi termasuk rancangan Momentum oleh Radio IKIMfm.


Zaman kanak-kanak

Dilahirkan pada 21 Januari 1950, Abdul Aziz merupakan anak jati Kampung Teluk Baru, Sabak Bernam, Selangor. Beliau merupakan anak keenam daripada tujuh beradik yang terdiri daripada tiga lelaki dan empat perempuan.

Ayahnya, Mohd. Yusof Awaluddin meninggal dunia sewaktu beliau baru berusia dua tahun manakala ibunya, Puteh Jaali ketika itu mengandungkan adik bongsunya.

Sejak itu, Abdul Aziz adik-beradik dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh ibunya sambil dibantu oleh bapa saudara, Yaakub Awaluddin. Mereka sekeluarga hidup cara kampung hasil daripada kebun kelapa.

"Menurut arwah mak, arwah bapa saya seorang yang serba boleh. Arwah pandai menggunting rambut, bermain muzik, bertukang, membina rumah, membuat sampan, melukis serta pandai menangkap ikan dan udang.

"Dahulu mak pernah cerita, kalau nak makan udang, ayah akan pergi ke Sungai Bernam. Satu jam kemudian dia akan balik bawa udang untuk dinikmati sekeluarga. Begitulah mudahnya hidup di kampung zaman dahulu," ungkapnya sambil tersenyum.

Walaupun tidak mendapat kasih sayang ayah namun, Abdul Aziz bertuah kerana dipelihara dengan baik oleh ibu dan bapa saudaranya.

Malah, terdapat satu peristiwa yang sehingga kini masih diingati Abdul Aziz dan menjadi titik tolak kepada semangatnya untuk berjaya.

"Pada hari pertama untuk masuk darjah satu, saya dihantar oleh bapa saudara ke sekolah. Dalam perjalanan dari rumah, kami perlu melalui ladang getah dan ladang kelapa. Ketika itu, burung-burung berbunyi dan berkicau riang.

"Kemudian, bapa saudara saya berkata, 'Aziz, dengar tak burung tu cakap? Semua burung-burung tu suruh Aziz belajar sungguh-sungguh supaya jadi orang pandai.'

"Bapa saudara saya bukan orang terpelajar tetapi, dia pandai psikologi. Waktu itu, memang saya dengar burung itu bercakap betul-betul seperti yang dikatakan bapa saudara. Alhamdulillah, dalam keadaan serba kekurangan saya berjaya memperoleh keputusan pelajaran yang baik," tutur beliau.

Apa yang pasti, kedua-dua individu tersebut merupakan insan penting dalam mencorak kehidupan Abdul Aziz hingga mencapai ke tahap seperti sekarang.

"Mak saya orangnya sederhana. Dia selalu nasihatkan anak-anak agar tidak lupa sembahyang, jangan sombong, selalu menghormati orang lebih tua dan sentiasa menolong orang. Jika dengar ada orang susah, dia akan mula keluar dompet dan bersedekah. Mak saya sangat pemurah walaupun dia bukan orang senang.

"Bapa saudara saya pula sangat rajin bekerja. Bila ada masa tertentu, dia akan masuk hutan mencari rotan. Hasil jualan rotan kemudian dibuat modal beli kebun. Akhirnya dia jadi seorang yang kaya di kampung kami dan mempunyai banyak kebun kelapa.

"Sifatnya yang rajin bekerja, berjimat-cermat, hidup dengan sederhana dan ingat masa depan membuatkan saya mengagumi keperibadiannya," jelas Abdul Aziz.

Rangka orang purba ditemui

Posted:

Rangka orang purba ditemui

Rangka orang purba ditemui


CECILE menunjukkan rangka mayat yang dipercayai pahlawan Celtic.


DI sebuah padang berlumpur di Seine iaitu terletak di tenggara Paris, Perancis, ahli-ahli arkeologi telah menemui tanah perkuburan manusia Zaman Besi. Mereka percaya penemuan itu bakal membawa sinar dalam merungkai pemerintahan tamadun Gaul.

Sebelum ini, tapak berkenaan yang terletak di pinggir Troyes dibangunkan untuk projek perindustrian dan ketika itu pelbagai bahan bersejarah yang menakjubkan telah dijumpai.

Ia termasuk kubur lima pahlawan Celtic yang lengkap bersenjata dan perhiasan sekali gus membuktikan wujudnya anggota tentera elit pada zaman itu.

Ahli arkeologi, Emilie Millet mencangkung di atas kubur yang merupakan salah satu daripada 14 perkuburan yang ditemui di kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu. Ia ditemui selepas proses penggalian bermula sembilan tahun lalu di kawasan lapang berkeluasan 260 hektar.

Rangka pahlawan

Di bawah tapak kakinya terdapat rangka seorang pahlawan berjawatan tinggi lengkap dengan pedang besi sepanjang 70 sentimeter.

"Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini," ujarnya sambil menatap perisai logam yang mempunyai rangka kayu dan kulit yang telah reput.

Di sebelah rangka pahlawan itu ditemui beberapa rangka wanita yang memakai barang perhiasan seperti rantai leher berpintal logam dan kerongsang besar perak yang direka dengan batu karang berharga.

Dalam sebuah kubur lain ditemui rangka lelaki dan wanita yang hanya dipisahkan oleh lapisan tanah. Berdasarkan kedudukan rangka-rangka itu, dipercayai ia mempunyai hubungan rapat ketika hidup.

"Kawasan ini merupakan tanah perkuburan yang besar dan ia satu penemuan yang luar biasa," kata wakil Institut Penyelidikan Penyenggaraan Arkeologi Kebangsaan (Inrap), yang melakukan kerja-kerja menggali tapak sebelum jentolak dibenarkan masuk.

Berdasarkan barang-barang kemas yang ditemui, rangka-rangka itu dipercayai dikebumikan antara tahun 325 Sebelum Masihi (SM) dan 260 SM iaitu tempoh masa yang dikenali sebagai La Tene. Satu lagi petunjuk daripada analisis yang dikeluarkan oleh Scabbards ialah perubahan hiasan fesyen tentera. Reka bentuk pakaian tentera dalam tempoh masa itu biasanya mempunyai simbol dua ekor naga menghadap satu sama lain dengan badan bergulung.


SALAH satu kubur ditemui ialah kubur rangka lelaki dan wanita dalam kedudukan bertentangan.


Tamadun berkembang

La Tene mendapat nama melalui tapak arkeologi di Switzerland yang wujud antara abad ke-5 SM hingga abad pertama Selepas Masihi, menandakan tahun kegemilangan orang Celtic.

Pada zaman itu, tamadun orang Celtic berkembang daripada kawasan pusat mereka di tengah Eropah hingga sejauh utara Scotland dan pantai Atlantik Sepanyol.

Zaman kegemilangan kaum tersebut seiring dengan kebangkitan empayar Rom yang ketika itu sedang berperang meluaskan kawasan jajahan mereka.

Orang Celtic digambarkan sebagai orang berkulit pucat, memakai seluar dan berambut perang. Ketika berperang, mereka dikatakan memenggal kepala musuh manakala jasad ketua musuh mereka disimpan dalam minyak sedar.

Begitupun, imej kasar itu telah disangkal oleh kajian sejarah dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kaum tersebut dikatakan mempunyai tamadun yang kompleks selain memiliki kepakaran dalam bidang logam dan sistem perdagangan. Kekuasaan mereka menjangkaui seluruh Eropah dan menjana kekayaan yang besar.

Penemuan terbaharu di Bucheres itu menimbulkan beberapa persoalan kerana di kawasan berkenaan tidak dijumpai sebarang bukti yang menunjukkan ia pernah menjadi kawasan penempatan orang Celtic.

"Kubur-kubur itu ditemui pada kedalaman kira-kira dua meter di kawasan lapang yang tidak ditemui sebarang tanda menunjukkan ia kawasan tanah perkuburan. Jika dibandingkan dengan tamadun awal iaitu Zaman Gangsa boleh ditemui tanda-tanda peninggalan seperti barisan bonggol-bonggol di sekitar kawasan pengebumian. Ia boleh jelas kelihatan sejauh beberapa kilometer," kata Cecile Paresys yang merupakan ahli arkeologi dari Inrap.

Penggalian yang dilakukan oleh Inrap masih belum menemui sebarang bukti seperti tembikar atau makanan yang sering dimasukkan ke dalam kubur Era Besi untuk bekalan si mati di dunia roh.

Tiada mayat kanak-kanak ditemui seperti kebiasaan dalam kubur orang Celts. Perkara tersebut jelas mengelirukan dan sukar dijelaskan oleh ahli antropologi.

Bagaimanapun, kerja-kerja forensik yang dilakukan dijangka bakal merungkai petunjuk tentang cara kehidupan tamadun berkenaan. Dalam pada itu, rangka-rangka yang dijumpai sedang direkod sebelum dikeluarkan dari kubur untuk proses pemuliharaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


MAYC, belia Kuala Langat berkonvoi sokong BN

Posted:

MAYC, belia Kuala Langat berkonvoi sokong BN

MAYC, belia Kuala Langat berkonvoi sokong BN

CALON BN Parlimen Kuala Langat, Sharuddin (tengah) bersama para peserta Program Ramah Mesra dan Konvoi Jelajah Motosikal di Kuala Langat, Banting, Selangor baru-baru ini.


ORANG MUDA. Lebih 200 belia telah menyertai aktiviti penjelajahan menaiki motosikal sempena Program Ramah Mesra dan Konvoi Jelajah Motosikal di Kuala Langat, Selangor baru-baru ini.

Naib Pengerusi 2, Malaysian Association of Youth Clubs (MAYC) Selangor, Ajmal Ismail berkata, golongan belia khususnya di Kuala Langat, Banting merupakan kelompok yang ramai dan aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan.

"Sepanjang konvoi, kami membawa bendera Barisan Nasional (BN) sebagai tanda menyokong calon BN di Selangor," katanya.

Ajmal berkata, MAYC juga membantu berkempen untuk calon BN Parlimen Kuala Langat, Sharuddin Omar pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Pegawai PTD anjur program kebajikan di Sepang

Posted:

Pegawai PTD anjur program kebajikan di Sepang

Pegawai PTD anjur program kebajikan di Sepang


AHLI Kumpulan Orange X pada program kebajikan bersama penghuni Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Sepang, Selangor baru-baru ini.


PRIHATIN. Sebanyak 25 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sesi dua, tahun 2003 yang menggelarkan diri mereka Kumpulan Orange X telah menganjurkan program kebajikan di Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa di Taman Putra Perdana, Sepang, Selangor baru-baru ini.

Program itu dianjurkan sempena 10 tahun penglibatan mereka sebagai kumpulan profesional perkhidmatan kerajaan selain tanggungjawab sosial membantu golongan kurang bernasib baik.

Pengarah projek berkenaan, Zemilla Abdullah berkata, selain memberi bantuan wang, program itu juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kondusif kepada penghuni rumah kebajikan tersebut.

"Kita telah menjalankan aktiviti seperti gotong-royong membersihkan kawasan dan mengecat bangunan supaya anak-anak yatim di sini mampu menjalani kehidupan selesa," katanya.

Pelajar PTPL cari pengalaman baharu melawat Indonesia

Posted:

Pelajar PTPL cari pengalaman baharu melawat Indonesia

Pelajar PTPL cari pengalaman baharu melawat Indonesia


PARA pelajar Kolej PTPL Shah Alam, Selangor pada program lawatan antarabangsa PTPL Charity Expedition A Journey To Jakarta-Bandung di Bandung, Indonesia baru-baru ini.


PELUANG. Pendedahan terhadap sesuatu bidang memberikan pengalaman baharu di samping memperkasakan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar.

Menyedari hakikat itu, Kolej Pusat Teknologi Pengajian Lanjutan (PTPL) Shah Alam melalui Unit Pembangunan Pelajar telah menganjurkan program lawatan antarabangsa dipanggil PTPL Charity Expedition A Journey To Jakarta-Bandung, Indonesia baru-baru ini.

Program itu melibatkan sebanyak 13 pelajar dan seorang pegawai dengan objektif utama memberi peluang kepada pelajar mendapat pengalaman antarabangsa.

Selain itu, mereka juga boleh mendapat pengalaman baharu di negara asing terutama daripada aspek budaya dan gaya hidup berbeza.

Antara tempat yang dilawati mereka adalah Kawasan Perindustrian Bandung yang terkenal dengan kilang-kilang pengeluar barangan seperti baju, Gunung Berapi Tangkuban Parahu, Muzium Negara, Bandar Kota Belanda dan Tugu Monas di pusat bandar Jakarta.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dibebaskan selepas disoal

Posted:

Dibebaskan selepas disoal

Dibebaskan selepas disoal

Oleh NUR AISHAH AMIN dan ZULHILMI JALIL
jjenayah@kosmo.com.my

TIGA daripada 35 ahli Al-Arqam menolak bagasi masing-masing sebaik mendarat di KLIA dari Jeddah semalam selepas diusir kerajaan Arab Saudi kelmarin.


SEPANG – Sekumpulan 13 pengikut Al-Arqam yang diusir kerajaan Arab Saudi kelmarin diberkas sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini petang semalam.

Sembilan lelaki dan empat wanita itu ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebaik mendarat pada pukul 1 petang dari Lapangan Terbang Jeddah bersama 22 lagi pengikut Al-Arqam. Bagaimanapun mereka yang turut diusir itu tidak ditahan.

Kesemua 13 pengikut Al-Arqam dibebaskan selepas diambil keterangan dengan syarat setiap orang mempunyai seorang penjamin.

Difahamkan, kesemua mereka terpaksa membeli tiket sendiri untuk pulang ke Malaysia selepas mendapat pengampunan dari kerajaan Arab Saudi atas kesalahan visa dan dokumen perjalanan. Mereka tidak diiring pihak berkuasa ketika penerbangan.

Menurut sumber, pengikut ajaran yang difatwakan sesat berusia antara 20 hingga 60 tahun itu ditahan selepas didapati memiliki bahan-bahan yang boleh mengaitkan diri mereka dengan ajaran tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Budak tiga tahun maut nahas, ahli keluarga cedera

Posted:

Budak tiga tahun maut nahas, ahli keluarga cedera

Budak tiga tahun maut nahas, ahli keluarga cedera


ORANG ramai melihat keadaan kereta Perodua Myvi yang terbalik hingga mengorbankan Nik Muqri Danish di Kuantan kelmarin.


KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki terbunuh apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu bapanya terbabas lalu merempuh sebatang tiang elektrik di Kilometer 26, Jalan Kuantan-Sungai Lembing di sini kelmarin.

Kemalangan pukul 4 petang itu mengakibatkan Nik Muqri Danish Nik Faiza, 3, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala bapanya, Nik Faiza Nik Mat, 32, bersama lima lagi penumpang lain hanya cedera ringan.

Difahamkan, sebelum kejadian mereka sekeluarga baru pulang dari berkelah di Sungai Mas dekat Sungai Lembing dan dalam perjalanan pulang ke sini.

Menurut Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, sebelum kejadian mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Sungai Lembing ke Kuantan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Buruh berdepan hukuman penjara seumur hidup

Posted:

Buruh berdepan hukuman penjara seumur hidup

Buruh berdepan hukuman penjara seumur hidup

KOTA BHARU - Seorang buruh mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memiliki heroin dan syabu dua minggu lalu.

Mohd. Rozlam Salleh, 42, dari Tanjung Stan, Kubang Kerian, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Rozlam didakwa memiliki lima botol berisi heroin seberat 7 gram di sebuah rumah di Kubang Kerian pada pukul 6.30 pagi 19 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) dengan penjara seumur hidup atau lima tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved