Isnin, 29 April 2013

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Agihan permit teksi individu dijangka selesai Mei ini - Syed Hamid

Posted:

Agihan permit teksi individu dijangka selesai Mei ini - Syed Hamid

Agihan permit teksi individu dijangka selesai Mei ini - Syed Hamid

29/04/2013 9:09pm

KUALA LUMPUR - Pengagihan permit teksi individu kepada pemohon yang layak dijangka selesai Mei ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata lebih 12,000 permohonan diterima bagi 1,000 permit yang ditawarkan, menyebabkan setiap permohonan diproses dengan teliti untuk memastikan hanya individu yang layak sahaja mendapat permit ini.

Antara kriteria yang dinilai SPAD ialah sama ada pemohon mempunyai rekod jenayah atau kesalahan trafik serius selain disiplin.

Penerima permit diminta tidak menyalahgunakannya atau berdepan risiko permit ditarik balik, kata Syed Hamid ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran kelulusan permit individu kepada 300 pemandu teksi di sini, hari ini.

"Yang terima permit ini ada keistimewaan. Saya tak nak sesiapa pergi kepada syarikat-syarikat teksi dan jual (permit) teksi kepada mereka. Saya nak lihat Teks1M (Teksi 1Malaysia) jadi penanda aras kepada perkhidmatan teksi di seluruh dunia, malah lebih baik daripada teksi London Black Cab," katanya.

Syed Hamid turut kecewa kerana kurangnya pemohon wanita kerana SPAD memperuntukkan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan permit untuk pemandu teksi wanita.

Seorang penerima, Rasidin Kamari, 49, yang berpengalaman memandu teksi selama 15 tahun, menyifatkan pemberian permit ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap nasib pemandu teksi.

"Kalau bawa teksi syarikat, kena bayar lebih kurang RM1,000 kepada mereka setiap bulan berbanding teksi sendiri, tak sampai banyak tu," katanya.

Lim Chan Seng, 51, pula berterima kasih kerana kerajaan menunaikan janjinya memandangkan dengan pemberian permit itu, beliau tidak lagi risau tentang membayar sewa bulanan kepada syarikat.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian permit individu sebagai satu langkah memartabatkan industri teksi negara yang dilaksanakan SPAD melalui program Transformasi Industri Teksi.

Semua penerima permit akan menggunakan teksi baharu Proton Exora serta geran RM5,000 dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta bantuan pinjaman kewangan dari Bank Simpanan Nasional (BSN). - Bernama

35,000 orang sambut PM Najib Razak di Skudai, Johor

Posted:

35,000 orang sambut PM Najib Razak di Skudai, Johor

35,000 orang sambut PM Najib Razak di Skudai, Johor

29/04/2013 9:57pm

SKUDAI - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang mengadakan lawatan mesra di Kolej Universiti Selatan sebentar tadi disambut dengan penuh gilang-gemilang oleh kira-kira 35,000 orang ramai daripada pelbagai masyarakat di sekitar negeri ini.

Selain paluan gendang Cina dan kompang yang menyemarakkan suasana, hadirin turut mendendangkan beberapa buah lagi dan melaungkan kata-kata 'Semangat BN'.

Pada majlis tersebut, beliau terlebih dulu melancarkan bangunan pendidikan antarabangsa yang baharu di kolej berkenaan.

Hadir sama ialah isterinya, Datuk Seri Rosmah Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman, calon calon Dewan Undangan Negeri (DUN Nusajaya, Dr. Zaini Abu Bakar; calon DUN Skudai, Lim Ah Chy dan calon DUN Permas, Datuk Seri Khaled Nordin. - KOSMO!

Kakak Mamat Sepah cedera parah dalam kemalangan

Posted:

Kakak Mamat Sepah cedera parah dalam kemalangan

Kakak Mamat Sepah cedera parah dalam kemalangan

29/04/2013 6:24pm

KOTA TINGGI - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tenggara, Anita Murad, 36, yang juga kakak kepada pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Mamat Sepah cedera dalam satu kemalangan jalan raya di kilometer 33.6 Jalan Kulaijaya-Kota Tinggi di sini.

Dalam nahas kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa bersama dua rakannya iaitu Setiausaha Pergerakan puteri UMNO Bahagian Tenggara, Nor Alohan Abd Ghani, 36, dan ahli jentera parti Barisan Nasional (BN), Zaliza Mohd. Dahan, 35, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kulaijaya sebaik saja selesai membantu kempen pilihan raya bagi Parlimen Tenggara di sini.

Akibat daripada kemalangan itu, Nor Alahan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sementara Anita dan Zaliza hanya cedera ringan di beberapa anggota tubuh badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Mohd. Nor Rasid, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Gen2 yang datang dari arah Kulaijaya cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal sebelum bergesel dengan sebuah motokar jenis Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat pergeseran itu, kereta Gen 2 itu berpusing dan terhenti di tengah jalan sebelum dirempuh oleh mangsa yang gagal mengelak dan melanggar penghadang jalan.

"Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Mamat Sepah ketika ditemui berkata, dia yang terkejut dengan insiden itu namun bersyukur semua mangsa termasuk kakaknya terselamat.

Sementara itu, calon BN Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique turut meluangkan masa kira-kira satu jam melawat kesemua mangsa yang juga anak buahnya.

"Harapan saya semua pihak akan mendoakan kesejahteraan mangsa dan tidak mematahkan semangat juang kita pada pilihan raya ini," katanya. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Rolling Stone buat persembahan di kelab kecil

Posted:

Rolling Stone buat persembahan di kelab kecil

Rolling Stone buat persembahan di kelab kecil

GAMBAR yang dirakamkan pada 12 Julai tahun lalu menunjukkan Watts (kiri) dari kumpulan Rolling Stones berdiri di sebelah Richards, Wood dan Jagger.- afp


LOS ANGELES – Kumpulan rock legenda, Rolling Stones membuat persembahan di sebuah kelab kecil di sini kelmarin.

Persembahan itu dibuat beberapa hari sebelum mereka memulakan konsert jelajah di Pusat Staples, Los Angeles dalam minggu ini.

Band dari Britain itu membuat persembahan di kelab Echoplex yang mampu memuatkan 650 pengunjung.

Harga tiket hanya sekitar AS$20 (RM61) dan ia habis dijual dalam tempoh sejam.

Menurut laporan, Rolling

Stones menyanyikan lagu-lagu terkenal kumpulan itu termasuk You Got me Rockin', Street

Fighting Man, Start Me Up, Brown Sugar dan Jumpin Jack Flash.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1962 itu dianggotai penyanyi utamanya, Mick Jagger, 69, Keith Richards, 69, Charlie Watts, 71, dan Ronnie Wood, 65.

Pada Oktober tahun lalu, Rolling Stones pernah membuat persembahan dengan harga tiket pada harga yang sama di hadapan 350 penonton di kelab kecil Trabendo di Paris, Perancis. – Agensi

Vergnaud berusaha tambah bilangan cheetah

Posted:

Vergnaud berusaha tambah bilangan cheetah

Vergnaud berusaha tambah bilangan cheetah


VERGNAUD bergambar bersama seekor cheetah di kawasan persendirian miliknya di Inverdoom, Afrika Selatan pada 22 Mac lalu.


JOHANNESBURG, Afrika Selatan – Seorang pemilik sebuah hutan simpan persendirian di Inverdoom 200 kilometer dari timur Cape Town memelihara beberapa ekor cheetah untuk menambahkan bilangan haiwan itu.

Pemilik hutan itu, Damien Vergnaud memelihara sejumlah haiwan tersebut di kawasan seluas 100 hektar.

"Kami berharap akan dapat membebaskan tiga ekor cheetah ke kawasan habitat liar," katanya.

Bilangan haiwan itu yang boleh berlari sehingga 120 kilometer sejam kini berjumlah 10,000 ekor yang hidup liar.

Terdapat sejumlah kecil haiwan itu hidup di Iran.

Pada awal abad ke-20, terdapat kira-kira 100,000 ekor cheetah di Afrika, Asia Barat dan di beberapa buah negara di Asia.

Menurut pakar-pakar, haiwan itu mungkin akan pupus menjelang tahun 2030 jika tiada usaha dibuat untuk menambahkan bilangan cheetah.

Cheetah gagal menandingi kekuatan singa dan harimau bintang semasa memburu haiwan untuk dijadikan makanan di dalam hutan.

Haiwan-haiwan yang telah mati diburu cheetah akan dicuri oleh singa dan binatang lain.

Terdapat kes cheetah akan terbunuh semasa perebutan makanan itu berlaku.– AFP

Israel lancar tiga serangan di Gaza

Posted:

Israel lancar tiga serangan di Gaza

Israel lancar tiga serangan di Gaza


SEORANG lelaki merakamkan gambar kemusnahan akibat serangan udara tentera Israel di sebuah kem latihan ketenteraan di Rafah semalam.


BAITULMUQADDIS – Tentera Israel melancarkan tiga serangan udara di Genting Gaza semalam dengan menyasarkan kumpulan Jihad Islam, kata beberapa saksi.

Bagaimanapun, saksi-saksi itu menyatakan, serangan tersebut tidak menyebabkan sebarang kematian dan kecederaan.

Dua daripada tiga serangan udara itu berlaku di bandar Khan Yunis dengan menyasarkan sayap kumpulan Jihad Islam, Briged Al-Quds.

Menurut saksi-saki tersebut, serangan ketiga berlaku di bandar Rafah yang terletak di sempadan Mesir.

Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan serangan itu di Gaza.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan maklumat lanjut berhubung serangan itu.

Kementerian Pertahanan Israel menyatakan, sebuah pusat kemasukan barang-barang di Kerem Shalom turut ditutup sehingga notis yang selanjutnya dikeluarkan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu mesyuarat Kabinet, Israel akan melancarkan tindak balas terhadap sebarang serangan roket dan peluru berpandu yang dilancarkan para pejuang Palestin.

"Saya mahu menjelaskan bahawa kami akan bertindak balas dengan cara yang amat melampau terhadap sebarang serangan roket atau peluru berpandu.

"Kami akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan penduduk Israel," kata pejabat Netanyahu.

Pada 19 April lalu, dua buah roket yang dilancarkan para pejuang Palestin mendarat di selatan Israel.

Namun, serangan itu tidak mendatangkan kemusnahan, kematian atau kecederaan. – AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hilang kerana berehat

Posted:

Hilang kerana berehat

Hilang kerana berehat

PERNAH beberapa kali pemilik nama Wan Sharmila Wan Muhamed atau mesra disapa Lala tersilap percaturan merangka langkah dalam industri hiburan.

Cerita berpakaian seksi dalam dua acara besar industri hiburan sebelum ini sesekali mengingatkan semula akan kewujudan Lala sebagai seorang pelakon yang cuba mencari sensasi.

Bagaimanapun, kisah itu berlalu sekadar satu percikan yang menjadi rencah dalam kehidupan seorang artis. Kemudian, nama Wan Sharmila kembali perlahan namun tidak terus hilang.

Melihat akan kecenderungan dan perubahan fasa yang dialami pelakon berusia 32 tahun itu, dia akur dan sedar akan proses dunia lakonan yang kini bukan lagi berpihak kepadanya.

"Mungkin sekarang trend nama-nama baharu dalam industri sedang meningkat naik, kelompok pelakon seperti saya sekadar mengintai peluang kalau-kalau ada yang berkehendak," getus Lala menghela nafas berat.

Bukan merajuk atau mempertikaikan atmosfera dunia hiburan tapi Lala ujarnya akur akan permainan politik dan turun naik bidang yang digalasnya.

Lala dibedah

Kehilangannya dalam dunia hiburan beberapa bulan lalu mengundang pertanyaan banyak pihak. Ada yang mendakwa janda kepada pemilik Radius One, Fazli Baharom itu telah berkahwin senyap-senyap.

Lala bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan katanya dia baru pulih selepas menjalani pembedahan pada bahagian pinggangnya sekitar bulan Ogos tahun lalu.

"Tapi saya tidak mahu berkongsi jenis penyakit saya kerana bimbang orang lain fikir penyakit itu serius. Alhamdulillah saya sudah kembali sihat untuk menjalankan tugasan seperti biasa," maklum Lala.

Berdepan dengan suasana menjelang detik pembedahan sepanjang dirawat selama sebulan di hospital, kata Lala dia hanya teringat ajal dan air matanya tidak henti-henti mengalir.

"Perasaan itu hanya Allah saja yang tahu, gemuruh saya tidak dapat diluahkan dengan perkataan. Sekarang saya tahu bagaimana perasaan apabila dikelilingi doktor sebelum dibedah.

"Apatah lagi sebelum masuk ke bilik pembedahan saya dinasihatkan oleh beberapa rakan artis agar mengambil wuduk dan banyakkan selawat. Perasaan takut itu semakin bertambah," cerita Lala bersungguh-sungguh.

Kini, Lala memberitahu dia terpaksa mengurangkan makanan pedas dan pengambilan minuman kopi secara berlebihan kerana bimbang akan kadar kesihatan dan impak pembedahan itu.


WAN SHARMILA memilih untuk menjalani karier yang tidak terlalu pantas naik, sebaliknya dia senang melalui perjalanan kariernya perlahan-lahan.


Eropah

Kehilangan seketika Lala disokong dengan percutian ke beberapa buah negara Eropah sekitar awal bulan Mac lalu. Cerita Lala, perjalanan yang dirancang saat-saat akhir itu mencabar adrenalinnya.

"Percutian ke Eropah ini ibarat percutian kawan-kawan saat akhir, kebetulan saya sedikit lapang dan tengah mencari ruang untuk berehat sekejap.

"Selama 10 hari berada di sana rasa seperti tidak mahu pulang ke Malaysia. Walaupun kami ke sana cuma bertiga, tapi pengalaman bawa diri sendiri di tempat orang sangat menyeronokkan!

"Bukan berbelanja sakan pun di sana, tapi saya lebih suka melawat tempat-tempat orang dan melihat perbezaan budaya masyarakat di sana dengan kita," kata Lala.

Singkap Lala lagi, dia ibarat terpukau dengan keajaiban Barcelona dan menyifatkan lokasi percutian itu telah membuatkannya 'jatuh cinta pandang pertama'.

Selain Barcelona, Lala sempat berkunjung ke Madrid sepanjang berada di Sepanyol serta meluangkan sedikit waktu menjenguk lokasi percutian menarik di kepulauan Grenada, Amsterdam dan Portugal.

Filem tanda aras

Bakal muncul dengan beberapa projek terbaharu antaranya sebuah telefilem Wira bersama pelakon Syed Aiman yang akan ditayangkan di RTM tidak lama lagi, Lala mengakui minatnya kini lebih tertumpu dalam dunia pengacaraan.

"Kalau ditanya mengenai telefilem, ia ibarat kita makan nasi. Sampaikan saya sendiri terlupa jumlah telefilem lakonan saya.

"Mungkin juga saya jenis seorang yang suka bercakap maka apabila ditawarkan untuk menjadi pengacara, saya dipermudahkan jalannya dan sekarang bidang itu menjadi minat saya," kata Lala.

Kongsi Lala lagi, keseronokannya mengacara berganda apabila diberikan kesempatan untuk berkolaborasi dengan Fizz Fairuz dalam program gameshow terbitan RTM, Seiring Sejalan yang akan bersiaran tidak lama lagi.

Sementara itu, Lala mengakui teruja menantikan sambutan filem seram pertamanya, Bisikan Syaitan yang akan menemui penonton pada 2 Mei ini.

"Sudah masuk dua tahun filem ini menunggu untuk masuk pawagam dan saya mencurahkan segala keringat yang saya mampu untuk melakonkan watak Kamilia.

"Kamilia merupakan mangsa kepada abangnya, Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian dengan ilmu hitam," ujarnya mengenai filem arahan Faizul A. Rashid itu.

Filem Bisikan Syaitan turut dibintangi oleh Fizz Fairuz, Nabila Huda dan Azam Pitt.

Apabila kisah cinta beralih menjadi pokok bicara, Lala tersipu-sipu malu. Ditanya adakah hatinya kini sudah dimiliki mana-mana jejaka, Lala menjawab dengan lontaran senyum.

"Perancangan untuk kahwin ada, tapi orangnya masih belum ada. Mungkin orang sekeliling nampak saya jenis tidak kisah tapi sebenarnya hati wanita mana tidak terdetik untuk berumah tangga, bahagia dan memiliki cahaya mata sendiri.

"Barangkali faktor usia membuatkan saya malas untuk mencari pasangan dan saya pun bukan seorang yang suka merapati seseorang kalau saya menyukainya," terang Lala.

Berhenti sekolah, Chacha akan duduki SPM

Posted:

Berhenti sekolah, Chacha akan duduki SPM

Berhenti sekolah, Chacha akan duduki SPM

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

SELAMA ini peminat lebih mengenali Emma Maembong sebagai seorang pelakon muda yang semakin meningkat naik, namun dia juga mempunyai seorang adik iaitu Chacha Maembong yang turut berlakon.

Sebenarnya, Chacha atau nama sebenarnya terlebih dahulu berkecimpung dalam lakonan sejak empat tahun lalu, berbanding kakaknya yang hanya mula berlakon sejak tahun lepas.

Menariknya, nama Emma pula kini lebih dikenali ramai sehingga ada yang menganggap bahawa dirinya seakan-akan tenggelam dengan populariti yang diraih oleh kakaknya itu.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Chacha yang ditemui semasa majlis pelancaran drama Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara menyatakan dia tidak kisah apabila ada pihak yang cuba membandingkan mereka berdua.

Malah, Chacha turut memberitahu, walaupun tidak menamatkan persekolahannya, dia telah mendaftar sebagai calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Kosmo!: Ceritakan tentang watak Chacha dalam drama Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara ini?

CHACHA: Saya telah diberikan watak sebagai gadis bernama Aisha, seorang blogger yang cukup aktif dan pada masa yang sama menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat perhubungan awam.

Selain tertarik dengan jalan cerita yang dipaparkan, saya teruja untuk membintangi drama ini kerana ia menggandingkan beberapa pelakon popular dan baharu serta memberikan pengalaman yang cukup menarik buat diri saya.

Bercerita tentang popular, Emma kini dilihat lebih popular berbanding anda sekarang ini. Apakah pandangan anda mengenai perkara tersebut?

Sebagai adik saya sudah tentu berasa cukup bangga dengan pencapaian yang diraih oleh Emma sekarang. Walaupun saya lebih awal berlakon, tetapi rezeki nampaknya lebih berpihak kepada kakak saya.

Adakah anda tidak cemburu apabila Emma lebih menyerlah?

Rasanya saya tidak perlu rasa cemburu apabila Emma lebih menyerlah dan popular. Sebagai adik-beradik sudah tentu kami saling menyokong kerjaya masing-masing dan tidak kisah siapa antara kami yang lebih popular.

Pembabitan kami berdua dalam dunia lakonan ini bukanlah semata-mata mahu mengejar populariti, sebaliknya ia lebih kepada minat yang mendalam. Jadi, sepatutnya kami tidak boleh menanamkan perasaan cemburu dalam diri.

Adakah anda dan Emma pernah ditawarkan berlakon dalam sebuah drama yang sama?

Tawaran berlakon bersama-sama memang pernah kami peroleh, cuma jadual yang bertentangan menyebabkan kami terpaksa menolaknya. Lagipun saya tidak kisah sekiranya ditawarkan berlakon berdua.

Sebelum ini Emma ada membuat kenyataan bahawa dia mengambil keputusan berhenti sekolah dan belajar sendiri di rumah. Adakah anda turut mengambil langkah yang sama?

Tidak dinafikan saya turut mengikut jejak langkah Emma dan ia lebih memudahkan saya mengembangkan karier lakonan. Bagaimanapun, saya tetap memberi tumpuan kepada pelajaran dan sudah mendaftar sebagai calon persendirian untuk mengambil peperiksaan SPM tahun ini.

Wings Rockestra menyengat

Posted:

Wings Rockestra menyengat

Wings Rockestra menyengat

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


KUMPULAN Wings harus menerima pujian yang hebat kerana mampu merealisasikan Wings Rockestra dengan piawaian yang cukup baik.


TIGA bulan persiapan menjelang Konsert Wings Rockestra yang telah membuka tirai persembahan bermula malam Jumaat lalu hingga Selasa ini (30 April), Wings bagaimanapun belum cukup puas dengan pencapaian yang diraih hari ini.

Tempoh 28 tahun menggalas peranan sebagai sebuah band yang memperjuangkan muzik-muzik rock, Wings menyasarkan untuk beraksi di konsert solo berskala besar di stadium pula.

"Sudah pasti impian setiap penyanyi untuk mengadakan konsert sendiri dan Wings mengimpikan untuk membuat konsert di dalam stadium selepas ini.

"Diberikan kepercayaan untuk membuat persembahan di pentas berprestij umpama Istana Budaya menerusi Wings Rockestra sebenarnya sudah cukup membuatkan kami teruja dan berbangga," ujar vokalis Wings, Awie yang ditemui sejurus selepas tamat persembahan pada malam previu khas bersama media, 25 April lalu di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Tambah Awie, dia juga mengimpikan untuk membuat persembahan bersama band dari Amerika Syarikat selepas ini sekiranya diberi peluang.

"Kami sebelum ini pernah mengadakan persembahan bersama band dari United Kingdom, Brunei dan Singapura. Sekarang menjadi cita-cita kami pula untuk beraksi bersama band dari Amerika Syarikat," katanya yang memasang hajat untuk berkongsi pentas bersama Metallica dan Motley Crew.

Wings Rockestra yang turut diiringi oleh 43 orang pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan yang dipimpin oleh Mustafa Fuzer berlangsung selama dua setengah jam dan menampilkan untaian lagu yang sebelum ini jarang dipersembah atau diperdengarkan di radio.

Ujar gitaris Wings yang merupakan penggerak utama Wings Rockestra, Joe, pemilihan lagu dibuat berdasarkan kesesuaian rentak lagu untuk digabungkan dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan.

"Lagu orkestra lebih kepada rentak klasikal dan kami memilih lagu-lagu yang sesuai untuk memberikan mood tersebut sepanjang persembahan berlangsung.

"Cabaran kali ini adalah melaksanakan muzik tanpa ada pertukaran saat akhir dan harus 'bermain' sama seperti latihan tanpa berlanggar dengan pemuzik orkestra," tambah Joe.

Wings Rockestra membuka persembahan dengan lagu Amok disusuli 19 buah lagu berikutnya seperti Bujang Senang, Suara Kita, Anugerah, Alam Barzakh, Julang Timur Tengah, Ranjang Mawar dan lagu yang paling digemari Awie iaitu Harapan dan Dari Tuhan.

Masih menyelitkan lagu-lagu malar segar Wings antaranya Misteri Mimpi Syakila, Taman Rashidah Utama dan Opera Hidup, konsert penuh nostalgik itu ditutup dengan lagu Sejati yang membuatkan audiens meremang bulu roma dengan gubahan muzik lagu tersebut.

Mencuri tumpuan segmen Ilusi Intonasi yang menampilkan tiga pemain gitar legenda iaitu gitaris kumpulan Search, Hillary Ang, gitaris band terkemuka Indonesia, God Bless, Ian Antono dan Joe Wings sendiri.

Kata Awie secara tidak langsung dia telah mengimbau kembali langkah sulung Wings sekitar tahun 1987 apabila berjaya menyampaikan lagu-lagu yang jarang diperdengarkan kepada peminat.

"Peminat selalu minta lagu yang selalu mereka dengar dan ini peluang untuk kami mempersembahkan lagu-lagu yang jarang dan tidak sempat dimainkan sebelum ini. Alhamdulillah semua berjalan lancar," simpul Awie.

Apapun, syabas diucapkan kepada Wings atas kejayaan konsert solo kedua mereka Wings Rockestra selepas melakar kejayaan sama pada Konsert Wings Opera Hidup dua tahun lalu!

Kredit: www.kosmo.com.my

Ahad, 28 April 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


PRU pertama guna dakwat kekal

Posted:

PRU pertama guna dakwat kekal

PRU pertama guna dakwat kekal

PERTAMA kali Mohamed Hamidi Mohamed menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengundi adalah semasa Pilihan Raya Umum Ketujuh (PRU-7) pada tahun 1986. Ketika itu, dia berumur 23 tahun dan baru beberapa tahun mencari rezeki di ibu kota. Pada hari pilihan raya tahun itu, dia ternyata bersemangat untuk keluar mengundi di kawasan tempat dia bermastautin iaitu Parlimen Batu.

Menurut Mohamed Hamidi, sebelum pilihan raya itu, kebanyakan parti politik bergerak secara berkumpulan dan mereka akan pergi dari rumah ke rumah untuk berkempen.

Tidak hanya tertumpu kepada manifesto yang dibawa oleh parti politik, mereka juga memberi sepotong kertas yang menunjukkan cara dan di mana lokasi pengundi boleh mengundi pada hari pilihan raya nanti.

"Selain meraih undi penduduk, mereka juga memberi informasi yang jelas mengenai proses pengundian yang dijalankan semasa pilihan raya. Ia ternyata membantu saya yang pertama kali mengundi terutama untuk memahami tatacara yang betul," ujar bapa kepada lima cahaya mata itu.

Baginya, suasana ketika menjelang pilihan raya tidak ubah seperti sebuah pesta. Kibaran bendera yang berwarna-warni menghiasi tepian jalan serta teriakan calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen ketika menyampaikan ceramah merupakan perkara yang ditunggu-tunggu olehnya setiap kali pilihan raya.

Pada tahun ini, umur Mohamed Hamidi mencecah 50 tahun dan dia sekali lagi teruja untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemilih untuk kali ketujuh pada PRU-13 nanti. Baginya, setiap undi amat penting untuk menentukan siapa pemerintah yang bakal menerajui negara bagi lima tahun akan datang.

Selain itu, dia juga ingin merasai pengalaman kali pertama mengundi dengan menggunakan sistem dakwat kekal yang diperkenal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Februari tahun lalu pada PRU-13 nanti.

Tidak bercanggah hukum syarak

Walaupun ada suara-suara rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan sistem itu, Mohamed Hamidi ternyata positif dan menyambut baik saranan SPR itu. Jika sebelum ini orang menuduh wujudnya pengundi hantu dan sebagainya, SPR akhirnya menutup dakwaan berniat jahat itu dengan memperkenalkan dakwat kekal.

"Bagi saya, penggunaan dakwat kekal ini merupakan satu perubahan besar dalam sistem pilihan raya negara. Banyak negara menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya dan ia jelas menunjukkan bahawa sistem itu efektif.

"Apa yang merumitkan semasa hari pilihan raya nanti adalah pasti ada segelintir orang ramai masih ragu-ragu dengan penggunaan dakwat kekal. Selain itu, mungkin ada yang masih tidak mengetahui bahawa dakwat kekal akan digunakan semasa PRU-13 ini," ujar pesara swasta itu yang kini menetap di Presint 15, Putrajaya.


WAKIL parti politik perlu memainkan peranan menyebarkan informasi mengenai penggunaan dakwat kekal pada PRU-13.


Menurutnya lagi, sekiranya pemilih memahami proses pengundian dengan jelas, pasti tidak timbul isu kelambatan proses pengundian semasa pilihan raya nanti.

"Saya dapat jangkakan, sekiranya ada dalam kalangan pemilih yang tidak tahu mengenai penggunaan dakwat kekal, pasti pelbagai persoalan akan timbul terutamanya hal ehwal agama.

"Saya berharap pihak kerajaan dan SPR memperluaskan lagi iklan mengenai penggunaan dakwat kekal dalam media elektronik, media cetak dan media baharu agar tidak berlaku kekeliruan dalam kalangan pemilih pada PRU-13 nanti," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Januari tahun lalu telah memutuskan bahawa penggunaan dakwat kekal oleh SPR sebagai harus dan kandungan sampel dakwat yang dikemukakan agensi itu tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Parti politik dan pengundi terutamanya yang beragama Islam tidak perlu khuatir mengenai kandungan dan penggunaan dakwat kekal.

Hakikatnya Malaysia bukanlah negara pertama yang menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya, tetapi sistem itu telah diguna pakai oleh 28 buah negara ketiga dunia antaranya, India dengan 750 juta pengundi, Pakistan (120 juta), Indonesia (130 juta) dan Mexico (60 juta).

Pengalaman pengundi Indonesia

Berkongsi pengalaman mengenai penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya, seorang rakyat Indonesia yang kini menetap di Malaysia, Andhy Putra, 29, memberitahu, penggunaan dakwat kekal di negaranya ternyata tidak menjejaskan proses pilihan raya.

Ceritanya, pada kali pertama mengundi, dia juga terkejut apabila pegawai pilihan raya menandakan dakwat hitam pada kuku jarinya setelah proses pengesahan kad pengenalan.

"Dakwat itu sebagai tanda daripada pihak Komisi Pemilihan Umum kepada setiap pengundi bahawa mereka tidak menipu setelah meminta cuti untuk mengundi.

"Selepas pilihan raya, dakwat itu tidak segera tertanggal. Ia mengambil masa hampir tiga minggu untuk hilang sepenuhnya daripada jari telunjuk saya," ujarnya yang kini bertugas dalam industri perbankan di Malaysia.

Menurut Andhy, ada juga warga emas yang enggan mengundi jika dakwat itu dicalit pada jari mereka kerana khuatir dakwat itu menyebabkan solat tidak sah.

"Pihak jawatan kuasa di pusat undi telah memberi penjelasan kepada mereka mengenai penggunaan dakwat itu dalam solat dan rasionalnya. Segalanya terserah kepada mereka sama ada mahu mengundi atau tidak," ujarnya

Akhbar Kosmo! bertarikh 13 April lalu melaporkan, SPR menegaskan dakwat kekal boleh bertahan selama tujuh hari dan bukan tiga hari seperti yang didakwa beberapa pemimpin parti pembangkang.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, pihaknya sudah melakukan ujian terhadap dakwat itu dan terbukti ia mampu bertahan dalam tempoh tujuh hari.

Tegas Wan Ahmad, SPR sangat serius dalam pemilihan dakwat yang akan digunakan bagi memastikan ia menepati matlamat ke arah menjamin pilihan raya yang bersih dan lancar.

Kemungkinan sabotaj


INDONESIA antara negara yang menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya mereka.


Walau bagaimanapun Timbalan Naib Canselor Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam, Prof. Datuk Mohd. Zainul Fithri Othman, mengakui kurang bersetuju dengan tindakan SPR memperkenalkan dakwat kekal hanya semata-mata melayan kehendak dan dakwaan PRU tidak bersih oleh pihak tertentu.

Menurutnya, Malaysia sudah mempunyai sistem teknologi maklumat yang berteknologi tinggi setaraf dengan negara maju lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura.

"Penggunaan dakwat kekal di 28 buah negara lain itu kerana mereka tidak mempunyai sistem teknologi maklumat yang baik seperti sistem kad pengenalan yang tidak berpiawai. Kenapa kita harus mengikut cara mereka, sedangkan kita dikategorikan sebagai negara membangun.

"Pada pemerhatian saya, penggunaan dakwat kekal ini bukan dituntut oleh semua rakyat Malaysia. Hanya segelintir rakyat Malaysia yang tidak mempercayai ketelusan SPR sahaja yang mahukan penggunaan dakwat kekal ini," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Gombak Setia, Selangor baru-baru ini.

Malah, apa yang membimbang Mohd. Zainul Fitri, tidak mustahil pihak yang mendakwa kononnya SPR tidak telus itu mensabotaj keikhlasan organisasi berkenaan.

"Tidak mustahil ada pihak yang tidak bertanggungjawab akan mencalitkan dakwat terlebih dulu kepada masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman. Ia merupakan satu usaha untuk mensabotaj penyokong calon yang mempunyai kebarangkalian untuk menang di kawasan tersebut," luah Mohd. Zainul Fithri.

Pelancongan tinju muay Thai

Posted:

Pelancongan tinju muay Thai

Pelancongan tinju muay Thai

SUASANA panas dalam sebuah kem latihan tinju muay Thai langsung tidak dihiraukan pelatih di situ. Sebaliknya, sekumpulan pelancong asing kelihatan tekun berlatih. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Ada yang melakukan larian mengelilingi gelanggang, mempelajari teknik-teknik pukulan serta mengangkat beban untuk meregang dan membina otot. Namun, ada juga yang mengambil kesempatan merehatkan badan.

Masing-masing kelihatan bersemangat mengikuti sesi yang dikendalikan oleh pelatih tinju muay Thai di Phuket, sebuah pulau tropika yang terkenal di Thailand.

Aktiviti kecergasan ekstrem melalui tinju muay Thai itu semakin diminati pelancong asing yang berkunjung ke sana tanpa mengira jantina.

Dengan kebimbangan terhadap masalah berat badan yang meningkat di seluruh dunia, ramai warga asing lebih tertarik untuk bercuti ke Thailand.

Mereka bukan sahaja menghabiskan masa berjemur di tepi pantai, bahkan menjalani rejim latihan muay Thai dan seni pertahanan diri yang lain.

Ada antara mereka yang memilih latihan ekstrem dalam tempoh lama hingga sanggup berhenti kerja. Semua itu dilakukan semata-mata untuk mengatasi masalah obesiti yang dihadapi selain mengasah kemahiran mereka untuk menjadi petinju profesional.

Salah seorang daripadanya ialah Jordan Henderson, 26, yang meninggalkan gaya hidup tidak sihat di kota London seperti bekerja sepanjang hari, berparti pada sebelah malam dan bebas menikmati pelbagai makanan tanpa sebarang kawalan.

Keputusan berhijrah sementara ke Thailand diambil selepas doktor memberi amaran bahawa dia mungkin berhadapan masalah jantung yang teruk berikutan berat badannya mencecah hampir 184 kilogram.

Dalam tempoh sebulan menjalani latihan di kem muay Thai Phuket yang terletak di selatan Thailand dan di pesisir Laut Andaman, Jordan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20kg.

"Anda berada dalam suasana yang panas setiap masa dan dikelilingi orang yang melakukan aktiviti kecergasan.

"Perkara ini adalah mengenai mengeluarkan diri anda daripada kotak yang anda tinggal sebelum ini dan hanya fokus kepada satu perkara iaitu untuk berlatih serta menurunkan berat badan," ujar Jordan selepas menjalani latihan awal pagi.

Bagaimanapun, menurut anak muda itu lagi, hari-hari terawal berada di kem tersebut bukan mudah untuk dilalui.

"Ia sangat teruk. Cuaca panas, latihan berat, kesakitan yang dialami dan perubahan diet yang dramatik membuatkan anda sukar menerima keadaan tersebut.

"Daripada bebas menikmati apa sahaja yang saya mahukan seperti ayam panggang, kini saya perlu belajar memakan sayur kukus dan nasi beras perang. Akibatnya saya rasa seperti kebuluran selama seminggu," terangnya lagi.

Namun, meskipun berdepan rejim latihan yang melelahkan, Jordan tidak pernah mengaku kalah atau berkemas untuk meninggalkan tempat itu.

Kem latihan Tiger Muay Thai

Thailand yang merupakan rumah kepada perkembangan industri latihan muay Thai mengalu-alukan ribuan pelancong setiap tahun. Populariti sukan tersebut disebabkan oleh campuran seni mempertahankan diri (MMA-mixed martial art) yang menggabungkan teknik-teknik bergelut dan pukulan.

"MMA ialah satu sukan yang berkembang pantas di dunia dan muay Thai sebahagian daripadanya," kata Will Elliot, Pengarah Tiger Muay Thai, salah satu daripada puluhan kem latihan sukan tersebut di Phuket.

"Sudah tentu ia satu tindakan yang ekstrem untuk mengembara jauh merentasi dunia demi mempelajari seni ini. Apatah lagi anda perlu berpanas dan melakukan ratusan tumbukan dan tendangan sehari."

Kem Tiger Muay Thai yang menerima kunjungan ratusan tetamu setiap bulan mengenakan bayaran kira-kira AS$100 (RM350) seminggu bagi latihan berkumpulan.

Termasuk dalam acara sukan kebangsaan Thailand, muay Thai turut dikenali sebagai Seni Lapan Anggota kerana ia menggabungkan tumbukan, tendangan serta serangan siku dan lutut.

Sesiapa yang terfikir untuk mempelajarinya perlu bersedia mental dan fizikal.

"Ia satu latihan intensif fizikal. Pada akhir latihan, anda akan keletihan. Jadi, jika anda boleh mengekalkan rejim latihan itu dua kali sehari dengan kombinasi diet, kecergasan anda akan pantas meningkat," terang Will. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved