Rabu, 03 September, 2025

Rabu, 14 September 2011

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Kemewahan di banjaran Himalaya

Posted:

Kemewahan di banjaran Himalaya

Kemewahan di banjaran Himalaya

Biarpun dianggap terpinggir dari peta pelancongan dunia, Bhutan tetap mempunyai tarikan tersendiri yang sukar diperoleh di mana-mana negara lain di dunia.

BHUTAN yang terletak di barat dan hujung Himalaya merupakan salah satu destinasi percutian termahal di dunia. Tidak hairanlah ia dianggap syurga dalam kalangan golongan berada dan selebriti terkenal. Atas tarikan dan status tetamunya itu, kosnya juga dijangka bertambah mahal pada tahun hadapan.

Pelancong asing yang berkunjung ke sini perlu membuat tempahan awal melalui operator pelancongan yang berdaftar. Lazimnya, mereka mengenakan kadar minimum pada waktu puncak sekitar AS$200 (RM600) sehari merangkumi pakej seperti penginapan, makanan dan pengangkutan.

Keaslian banjaran Himalaya yang dilitupi gunung salji dan sungai-sungai dari gunung yang sentiasa mengalir meneruskan polisi 'pelancongan mewah, berimpak rendah' yang sengaja diperkenalkan bagi memelihara persekitarannya yang masih belum terusik daripada gangguan pelancongan komersial.

Bermula tahun hadapan, kadar caj pada waktu puncak akan meningkat kepada AS$250 (RM750) sehari per musim. Ini bermakna, pasangan pelancong yang menginap di hotel-hotel yang menawarkan pakej tersebut terpaksa membayar harga AS$500 (RM1,500) semalam.


VILA mewah ini disukai ramai pelancong yang sanggup membayar harga tinggi kerana mahu merasai keindahan dan ciri privasinya.


"Percutian mewah ini mungkin nampak seperti tidak berbaloi dari sudut ekonomi, namun ia bertujuan memastikan keaslian alam semula jadi Bhutan terus kekal untuk tatapan para pelancong dan generasi akan datang," kata Pengarah Urusan Lembaga Pelancongan, Kesang Wang.

"Jika kami membuka negara ini seluas-luasnya, pendapatan kami mungkin meningkat mendadak, tetapi apakah harga yang perlu dibayar?

"Kami menahan diri daripada merosakkannya dalam mengejar pembangunan ekonomi tanpa mengambil kira impak sosial dana alam sekitar," ujarnya.

Walaubagaimanapun, pada tahun hadapan, lembaga itu berharap dapat meningkatkan jumlah pelancong kepada lebih 50 peratus iaitu sejumlah 100,000 orang dengan menawarkan pakej percutian.

Laluan penerbangan juga mahu ditambah di beberapa bandar utama seperti Hong Kong dan Singapura.

Selama ini, Bhutan dikenali melalui doktrin pembangunan ekonomi yang dikenali sebagai 'Kebahagiaan Kebangsaan Kasar' yang mengambil kira kesejahteraan mental hampir 700,000 rakyatnya berbanding mengukur keuntungan kewangan semata-mata.

Negara yang terasing dan tidak pernah dijajah biarpun kedudukannya terletak di antara India dan China itu menjadikan hal perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai salah satu polisi yang mendasari budaya uniknya.

Pakaian tradisional


RUANG restoran di Hotel Uma, Paro memberi ketenangan buat para penginapnya.


Rakyat Bhutan diwajibkan memakai pakaian tradisional ketika melawat pejabat-pejabat kerajaan dan memakai pakaian elegan yang ditenun setiap hari sebagai mezahirkan kebanggaan mereka pada negara.

Keputusan Bhutan untuk mengelakkan kebanjiran pelancong luar terutamanya golongan pengembara backpackers yang mencari percutian murah di Himalaya dan jirannya Nepal, sekali gus menjadikannya sebagai destinasi yang menarik kepada sesiapa yang mahu menikmati percutian mengagumkan.

Beberapa bintang Hollywood seperti Leonardo di Caprio dan Kiera Knightley sebelum ini pernah menginap di resort di Uma Paro, salah satu daripada rangkaian hotel mewah dan eksklusif yang ditawarkan kepada para pelancong di negara itu.


BINAAN unik ini begitu menyerlah di atas landskap semula jadi.


Menginap di hotel-hotel sedemikian memerlukan pelancong membayar kos tambahan berbanding pakej lawatan asas yang berharga AS$200 (RM600) untuk lawatan sehari. Ini bermakna, bermalam di suite Uma Paro memerlukan mereka membayar sehingga AS1,000 (RM3,000) semalam.

Ravi Nischal dari Kumpulan Taj, pemilik berbangsa India yang memiliki rangkaian hotel-hotel mewah seperti di Thimpu, berkata, Bhutan mempunyai kelas tersendiri kerana ia kurang dikunjungi dan kebanyakan pelancong hanya mampu mengimpikan untuk melawatnya.

"Setiap destinasi yang ditawarkan di sini disertai konotasi mewah," ujarnya.

"Terdapat juga banyak misteri yang mendasari Bhutan. Ia dikenali sebagai Shangri-La Terakhir," katanya, merujuk kepada syurga Himalaya yang dinyatakan dalam novel terbitan 1933, Lost Horizon karya James Hilton.


SUASANA hebat di pinggir gunung dekat Paro ini dapat disaksikan pelancong yang mahu melawat biara Taktsang yang digelar Tiger's Nest.


Ia juga pernah digelar Tanah Naga Kilat sebelum ini kerana ketiadaan jalan raya dan mata wang sehinggalah tahun 1960-an. Rangkaian televisyen pula hanya dinikmati pada 1999 sebagai salah satu cara menarik perhatian pelancong asing.

Percutian mahal

Seorang ahli terapi, Nicole Feerbrucker, 56, yang berasal dari Belanda memberitahu bahawa dia mahu melawat ke negara itu sejak melihat gambar-gambar yang menunjukkan bekas raja negara itu melalui majalah National Geographic pada tahun 1974.


LELAKI tempatan ini berjalan melewati ruang siar kaki Memorial Choeden yang dibina bagi mengingati Raja Jigme Dorji Wangchuk.


Wanita itu berkata, tarif harian dan caj penerbangan tinggi yang dikenakan oleh satu-satunya syarikat penerbangan milik negara itu, Druk Air, bagi menghubungkan Bhutan ke dunia luar, menjadikan percutian kali itu agak mahal untuk dia dan keluarganya.

"Namun, berkunjung ke Bhutan dengan membayar jumlah yang agak besar untuk bercuti dapat memastikan kelangsungan negara ini seperti sebelumnya. Secara tidak langsung, ia dapat menghindari pengaruh luar," kata Feerbrucker.

Sasaran 100,000 pelancong tahun hadapan menimbulkan perasaan kurang senang segolongan rakyatnya yang bimbang kesan kemasukan pelancong secara tiba-tiba itu.

Menurut Karma Tshiteem, ketua yang berpengaruh dalam Suruhanjaya Kebahagiaan Kebangsaan Kasar iaitu sebuah agensi penggubal polisi kerajaan, peningkatan pelancong mampu diserap dengan risiko kerosakan yang minimum.


PATUNG Buddha Dordemnma sedang dibina di salah sebuah puncak panorama di Thimphu.


"Kunci dalam strategi kami ialah mencapai jumlah 100,000 pelancong tanpa sebarang kesan negatif dan angka itu kini semakin meningkat sepanjang tahun di seluruh negara," katanya.

Ketika ini, sebahagian besar pelancong tiba pada musim bunga dan musim luruh untuk menikmati percutian sepanjang minggu di tiga lembah yang mudah dikunjungi dari bandar Paro, yang menempatkan lapangan terbang antarabangsa di negara itu.

Lembaga Pelancongan Bhutan mahu menarik kehadiran para pelancong yang mahu menikmati pakej percutian mewah, menghadiri persidangan dan pelancongan kembara. Begitupun, Bhutan tidak menawarkan aktiviti penjelajahan di kawasan pergunungan kerana ia dianggap tempat suci bagi penduduk negara itu.

Melalui pelan pemasaran berterusan di luar negara dan peningkatan jumlah penerbangan, pihak pelancongan berharap dapat meningkatkan kehadiran pelancong tanpa menjejaskan alam sekitar dan keaslian di negara yang paling terpencil di dunia itu. - AFP

Ikon kemegahan Washington

Posted:

Ikon kemegahan Washington

Ikon kemegahan Washington

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA


DIHUNI buat kali pertama pada tahun 1800, nama rasmi White House diberikan oleh Presiden Theodore Roosevelt pada 1901.


BANGUNAN berwarna putih yang terletak di tengah-tengah Washington, Amerika Syarikat (AS) itu bukan sekadar bangunan biasa. Selama lebih 200 tahun, White House atau Rumah Putih telah berdiri sebagai simbol Presiden, pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dan kemegahan rakyatnya.

Sejarah pembinaannya bermula apabila Presiden AS yang pertama, George Washington menandatangani Akta Kongres pada bulan Disember 1790 yang mengisytiharkan pusat pentadbiran baru kerajaan persekutuan yang 'tidak melebihi sepuluh batu persegi dari sungai Patomac'.

Presiden Washington, bersama-sama dengan perancang bandar Pierre L'Enfant telah memilih lokasi itu yang kini dikenali sebagai 1600 Pennsylvania Avenue, sebagai tapak kediaman rasmi Presiden.

Satu pertandingan telah diadakan bagi mereka bentuk kediaman Presiden. Daripada sembilan cadangan yang dikemukakan, rekaan arkitek kelahiran Ireland, James Hoban telah dipilih secara rasminya.

Batu pasir


SALAH sebuah bilik utama yang dihias dengan gaya sarat dan mewah.


Pada Oktober 1792, pembinaan White House dimulakan. Secara keseluruhan, struktur bangunan itu menggunakan batu pasir Aquia yang dicat putih mengikut gaya seni bina neoklasik.

Walaupun, Presiden Washington menyelia pembinaannya daripada mula sehingga akhir, namun beliau tidak pernah berkesempatan menetap di dalamnya.

Sebaliknya, Presiden AS kedua, John Adams menjadi individu pertama menghuninya secara rasmi pada tahun 1800 sebaik sahaja ia siap dibina.

Sejak era pentadbiran Adams sehinggalah Presiden AS ke-44, Barack Hussien Obama Jr., White House telah menjadi lambang kemegahan negara kuasa besar itu. Selain menjadi kediaman eksklusif Presiden, ia juga dikunjungi jutaan pengunjung dan tetamu kenamaan dari seluruh dunia.

Setiap Presiden yang dilantik bebas mengubah suai kediaman itu dan mengubah cita rasa luaran dan dalamannya.

Semasa pemerintahan Presiden Harry S. Truman, beliau telah mengarahkan kerja-kerja pengubahsuian ruang dalaman White House secara besar-besaran.

Lebih eksklusif


RIAS dalaman Rumah Putih diberi sentuhan peribadi oleh beberapa Presiden dan isteri Presiden sepanjang kewujudannya.


Sementara itu, Jaqueline, isteri Presiden John F. Kennedy turut mengarahkan kerja-kerja pengindahannya. Pelbagai artifak, koleksi antik dan lukisan yang bernilai tinggi telah mengubah imej White House menjadi lebih eksklusif berbanding sebelumnya.

Pada tahun 1990-an pula, Presiden Clinton telah memperbaharui beberapa buah bilik di White House dengan bantuan penghias Arkansas, Kaki Hockersmith termasuk di Oval Office, East Room, Blue Room, State Dining Room dan Lincoln Bedroom.

Secara umumnya, White House yang dibina setinggi enam tingkat secara keseluruhan mempunyai beberapa bahagian utama. Antaranya ialah Executive Residence, West Wing, Cabinet Room, Roosevelt Room, East Wing dan The Eisenhower Executive Office Building yang juga menempatkan pejabat Presiden dan Naib Presiden.

Namun bahagian paling popular ialah West Wing yang menempatkan Oval Office iaitu pejabat Presiden serta beberapa staf senior, selain mempunyai bilik untuk 50 orang pekerja.

Di sini juga terdapat Cabinet Room iaitu tempat Presiden mengadakan mesyuarat penting melibatkan angota Kabinet, selain White House Situation Room, James S. Brady Press Briefing Room dan Roosevelt Room.

Sepanjang kewujudannya, White House tidak pernah sunyi daripada pelbagai malapetaka.

Antaranya, serangan tentera British dalam peperangan tahun 1941 yang telah memusnahkan sebahagian struktur luaran dan dalamannya.

Pada 1929 pula, bahagian West Wing pernah musnah akibat kebakaran, tetapi ia dibina semula sewaktu pentadbiran Herbert Hoover.

Mengocak keli di sungai

Posted:

Mengocak keli di sungai

Mengocak keli di sungai

Oleh ADZRIEFAIZ ADZLAN


PENULIS memasak sendiri dua sajian asli Negeri Sembilan pindang dan lembap.


SETELAH puas menjelajah ke Borneo, kini Makan Angin musim kedua menyusur pula ke Negeri Sembilan Darul Khusus. Masak lemak cili padi, itulah makanan terkenal di Negeri Sembilan. Untuk menyahut cabaran kali ini, saya akan memasak sendiri dua jenis lauk istimewa iaitu masak pindang dan lempap.

Makanan mereka sangat sedap walaupun kurang menggunakan bawang. Perjalanan saya bermula dari Bandar Seremban dan seterusnya terus ke penginapan kami iaitu di Homestay Kampung Lonek, Batu Kikir di daerah Jempol.


LEMPAP adalah sajian yang mudah dan cepat disediakan.


Sebelum itu, kami sempat singgah ke Jelita Ostrich Farm dan mencuba sate ostrich atau burung unta. Inilah pertama kali saya makan sate burung unta dan paling seronok bila berpeluang menunggangnya.

Terasa macam dalam filem Prince of Persia pula! Kini barulah saya tahu yang burung unta ni tak banyak gigi. Ada juga yang tak ada gigi langsung.

Sebab itulah mereka makan batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menghancurkan makanan mereka di dalam perut. Wah! Pelik tapi benar.

Memancing di sawah


PINDANG yang dimasak dengan daun gelugur.


Akhirnya kami tiba di destinasi yang dituju dan terus mencari seorang wanita bernama Badariah berdasarkan alamat yang diberi. Resipi pertama iaitu masak pindang memerlukan ikan sebagai bahan utama.

Apa lagi, saya diminta untuk mencari ikan puyu di dalam sawah. Ia pelik bagi saya tetapi, tidak bagi penduduk kampung kerana memancing di sawah adalah aktiviti mereka pada waktu lapang. Saya berasa amat kecewa kerana sehingga ke akhirnya saya tidak dapat menangkap ikan tersebut.

Memandangkan tidak berjaya untuk mendapatkan ikan, saya kena masuk dalam sungai kecil di tepi sawah dan mengocak.

Ini pengalaman paling menarik kerana saya perlu mengeruhkan air di anak sungai tersebut. Cara ini akan menjadikan ikan mula mabuk dan timbul di permukaan. Usaha saya berhasil apabila berjaya mendapat beberapa ekor ikan keli hasil mengocak. Walaupun terkena sengatan ikan keli, namun hasil yang diperoleh memang berbaloi.

Seterusnya, Badariah memberi senarai bahan-bahan lain yang diperlukan. Setiap bahan tersebut ditanam di sekitar rumah sahaja. Jadi, saya harus mengenal sendiri rupa daun gelugur yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.


BAGI menghasilkan lempap yang lebih sedap kuahnya boleh dipekatkan.


Cabaran paling menguji adalah mematikan ikan keli dengan menabur garam kemudian menyiang ikan tersebut. Ikan keli dikenali sebagai ikan yang memiliki nyawa panjang. Menu pindang tidak menggunakan minyak di dalam masakannya.

Bagi menu kedua pula ialah lempap dan bahan utama ialah daging segar. Masakan lempap daging merupakan versi Negeri Sembilan dan setiap negeri memiliki versi lempap yang tersendiri. Nama lempap diperoleh kerana cara masakan yang cepat iaitu bahan dimasukkan secara 'pap.. pap.. pap…' lalu tercetuslah nama lempap. Pelik, bukan?

Masakannya sama macam masak daging lemak cili api. Selepas kuah santan kering dan meresap ke dalam daging, maka lempap boleh dihidangkan.

Lempap merupakan makanan popular di Negeri Sembilan. Di akhir sesi memasak, Badariah memberi markah kepada saya. Walaupun berjaya masak dan mendapat markah tinggi, namun saya tetap mendapat teguran atas kesalahan meletakkan minyak di dalam menu pindang dan menu lempap saya itu pula agak cair kuahnya. Tapi saya tetap berpuas hati.

Setelah penat kami dihiburkan pula dengan persembahan bongai iaitu majlis berbalas pantun secara melagukannya dengan kadangkala diiringi alat muzik.

Sebelum pulang, saya sempat singgah di Restoran D'Pantai untuk mencuba menu air akar kayu yang terkenal dengan rasa yang asli.

Air kesihatan yang menggunakan akar kayu asli dan direbus tanpa bahan campuran itu memang sangat pahit. Walaupun pahit, saya dapat mengembalikan tenaga yang hilang dan bertenaga untuk misi episod akan datang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Penumpang wajib beli insurans

Posted:

Penumpang wajib beli insurans

Penumpang wajib beli insurans

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

PPBSM mahu semua penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu yang dibeli dengan harga RM1 daripada setiap tiket yang dibeli. - Gambar hiasan


YAN - Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) mencadangkan supaya setiap penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu bagi memastikan mereka mendapat pampasan sewajarnya jika berlaku kemalangan jalan raya.

Pengerusi PPBSM, Sa'adan Man (gambar kecil) berkata, cadangan itu bagi memastikan setiap penumpang mendapat perlindungan sewajarnya selain mereka tidak lagi menyalahkan atau menuntut ganti rugi daripada syarikat bas di kemudian hari.

Katanya, melalui cadangan itu, setiap penumpang akan diminta membeli insurans dengan membayar tambahan RM1 daripada harga tiket.

"Melalui cara ini, para penumpang akan dilindungi dengan insurans termasuk daripada aspek perubatan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada Che Rasnah Saad, isteri pemandu bas dua tingkat Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid di Taman Setia Jaya di sini semalam.

Pada 7 September lalu, Mohd. Kamil dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang dalam nahas ngeri, dua tahun lalu.

Sehubungan itu, Sa'adan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut dengan mewajibkan semua syarikat bas ekspres menyediakan insurans untuk dibeli penumpang dalam masa terdekat.

Menurutnya, dengan adanya insurans itu, syarikat bas tidak lagi dibebani dengan tindakan saman atau tuntutan ganti rugi yang dilakukan mangsa kemalangan atau pihak keluarga.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mahkamah Tentera bertindak

Posted:

Mahkamah Tentera bertindak

Mahkamah Tentera bertindak

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA, ROSLI HASSAN dan NUZULSHAM SHAMSUDDIN
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Hukuman ke atas anggota tentera yang didapati bersalah kerana terlibat dalam penagihan najis dadah akan ditentukan oleh Mahkamah Tentera.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad menegaskan, kerajaan tidak berkompromi dalam kes seperti itu kerana mereka merupakan anggota pasukan beruniform.

"Tiada kompromi terhadap tentera yang menagih dadah. Apabila sudah terbukti melalui ujian air kencing positif dadah kesemua mereka akan didakwa di Mahkamah Tentera.

"Mahkamah akan menentukan sama ada mereka digantung tugas atau dibuang daripada perkhidmatan tentera," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kes empat anggota tentera yang berpakaian seragam ditahan di sebuah ladang kelapa sawit disyaki menagih dadah kelmarin.

Jelas Abd. Latiff, anggota tentera yang melakukan kesalahan seperti menagih dadah mesti melalui prosedur undang-undang yang ditetapkan dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Tentera.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai empat anggota tentera berpakaian seragam ditahan bersama 41 penagih dadah di belakang Penjara Sungai Udang, Melaka disyaki sedang menagih dadah.

Empat yang ditahan itu, tiga daripada mereka adalah anggota komando dari Kem Sungai Udang yang berusia antara 23 hingga 29 tahun.

Antara yang turut ditahan dalam operasi dinamakan Ops Tapir itu ialah penganggur, pengawal keselamatan, buruh dan penduduk tempatan yang berusia antara 18 hingga 57 tahun.

Sementara itu, 46 orang yang ditahan di Sungai Udang kelmarin direman selama 14 hari sehingga 26 September ini mengikut Seksyen 49(1)(b) Akta Penagih Dadah 1983 dan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kosmo! yang melakukan tinjauan di 'sarang ladang' semalam mendapati kawasan berkenaan lengang dan tiada sebarang kelibat penagih dadah melepaskan gian di situ.

Malah tiada sebarang motosikal dilihat memasuki kawasan itu berbanding hari-hari sebelum ini apabila puluhan buah motosikal dilihat memasuki kawasan itu setiap hari.

Proton serah lapan kereta elektrik untuk pandu uji

Posted:

Proton serah lapan kereta elektrik untuk pandu uji

Proton serah lapan kereta elektrik untuk pandu uji


NAJIB bersama Dr. Mahathir menunjukkan isyarat bagus pada kereta Proton Saga EV pada majlis penyerahan kereta elektrik di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Mohd. Nadzmi (kanan).


PUTRAJAYA - Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) semalam menyerahkan tiga unit model Saga 'Electric Vehicle' (EV) dan lima unit 'Range Extender Electric Vehicle' (REEV) bagi membantu kerajaan menilai potensi teknologi hijau dalam pembangunan sistem dan infrastruktur kenderaan elektrik dan hibrid di Malaysia.

Penyerahan kenderaan itu ialah kepada pejabat Perdana Menteri serta empat lagi kementerian iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh menyerahkan kenderaan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menteri yang mewakili kementerian masing-masing pada majlis di sini semalam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Penasihat Proton.

Proton Saga EV merupakan sebuah kenderaan elektrik manakala Proton Exora REEV pula adalah sebuah kenderaan elektrik penambah jarak.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kuda tua taruhan United

Posted:

Kuda tua taruhan United

Kuda tua taruhan United

MANCHESTER, England - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menegaskan yang beliau bakal menurunkan ramai pemain berpengalaman pada aksi Liga Juara-Juara di Benfica awal pagi esok.

Ferguson tetap menaruh kepercayaan kepada pemain berpengalaman meskipun barisan pemain muda skuad itu beraksi cemerlang pada awal kempen musim ini.

Sebelum ini, penggendali dari Scotland itu memberi peluang kepada Chris Smalling, Tom Cleverley dan Phil Jones yang merekodkan empat kemenangan dalam kempen Liga Perdana England.

Bagaimanapun Ferguson berkata, kejohanan kelab elit di Eropah ini adalah sesuatu yang berlainan.

"Pasukan saya di Lisbon mungkin berbeza dalam isu pengalaman," kata Ferguson.

"Kami turut mendapat semula khidmat Darren Fletcher yang kembali cergas. Dia keli- hatan baik dan bermain dengan baik bersama Scotland minggu lalu.

"Saya fikir, kami perlukan ramai pemain berpengalaman dalam perlawanan ini.

"Perkara yang paling penting adalah kualiti. Menentang Ben- fica di gelanggang lawan adalah satu perlawanan yang perlu dihormati."

Pemain tengah, Cleverley tidak dapat bermain pada aksi pembukaan Kumpulan C ini selepas mengalami kecederaan ligamen ketika United membela- sah Bolton Wanderers 5-0 pada Sabtu lalu.

Tempat Cleverley bakal diganti Michael Carrick iaitu pemain berpengalaman yang dikatakan oleh Ferguson, manakala Flet- cher juga tidak asing lagi dalam kempen Liga Juara-Juara.

"Saya fikir, perkara paling sukar yang kami hadapi adalah untuk memilih pemain tengah dalam setiap perlawanan," kata Ferguson.

"Posisi itu akan menjadi caba- ran paling besar. Tiga pemain memainkan peranan yang besar di posisi ini. Mereka menjadi sandaran jentera serangan.

"Mereka adalah tiga pemain tengah yang baik dan kami perlu melihat kepada masalah itu.

Sementara itu, pemain perta- hanan England, Rio Ferdinand bakal terlepas perlawanan tersebut selepas tidak dimasukkan dalam senarai 19 pemain yang berlepas ke Benfica semalam. - Reuters

Safee teruja jejak Cardiff

Posted:

Safee teruja jejak Cardiff

Safee teruja jejak Cardiff

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SAFEE sudah bersedia mengikuti sesi pemilihan serta latihan bersama Cardiff City.


EPISOD perjuangan penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali dalam misi menyarung jersi Cardiff City telah bermula setelah selamat tiba di bumi England kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, Safee kemudiannya dijemput oleh seorang pegawai dari Cardiff menuju ke bandar tersebut yang memakan masa selama lebih dua jam sebelum sampai di hotel penginapannya pada pukul 10 malam.

Malah Safee juga sempat memberi- tahu perkembangan terkini menerusi laman rasmi Facebook miliknya bahawa segalanya berjalan lancar meskipun dia masih belum menerima sebarang jadual latihan daripada pihak pengurusan Cardiff.

"Saya akan buat yang terbaik di sini (Cardiff), tetapi saya belum dapat jadual latihan. Cuaca bagus, tidak terlalu sejuk, nanti wakil Cardiff akan datang jemput saya dalam pukul 9 pagi.

"Saya bangun awal, bersarapan pagi di bilik hotel dan sedang bersiap sedia untuk dibawa ke tempat latihan, pera- saan sungguh teruja untuk bertemu dengan jurulatih dan pemain-pemain lain Cardiff City," kata Safee dalam la- man Facebook tersebut.

Isnin lalu, Safee berlepas ke bumi Car- diff bagi menjalani ujian pemilihan selama kira-kira dua minggu sehingga 27 September ini selepas mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya, Pelita Jaya.

Selain Safee, turut dipanggil menjal- ani ujian pemilihan tersebut ialah bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safiq Rahim yang bagaimanapun hanya akan berbuat demikian bagi menumpukan perhatian kepada saingan Piala Malay- sia terlebih dahulu.

Sementara itu, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim semasa dihubu- ngi berkata, ketika ini Safee sendiri masih belum mengetahui tempoh dan bentuk latihan yang akan dijalaninya se- panjang ujian pemilihan tersebut.

"Saya difahamkan Safee telah berjumpa dengan pihak pengurusan Cardiff, namun pada masa sama, saya tidak pasti sama ada pertemuan pertama itu membabitkan latihan ataupun sekadar perkenalan ringkas bersama pemain- pemain lain kerana masih belum dimak- lumkan Safee," katanya yang masih berada di tanah air dan hanya berlepas ke Cardiff minggu depan.

Zakaria berkata, di Pelita Jaya sebe- lum ini, Safee akan berlatih kira-kira dua jam bagi satu sesi, yang mana dua sesi latihan pada pagi dan petang diada- kan ketika bukan musim liga dan hanya satu sesi di waktu pagi jika saingan liga sedang berlangsung.

"Bermula hari ini (semalam), Safee secara rasmi terikat dalam apa jua ak- tiviti berkaitan Cardiff dan masanya juga terhad.

"Justeru desas-desus negatif bahawa beliau hanya 'makan angin' di sana seme- mangnya tidak berasas," tegasnya.

MAS wajar tumpu pembangunan bola sepak tempatan

Posted:

MAS wajar tumpu pembangunan bola sepak tempatan

MAS wajar tumpu pembangunan bola sepak tempatan

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my


PENGARAH Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Mohd. Yusof (tiga dari kanan) pengurus QPR, Neil Warnock (empat dari kanan) pada majlis penajaan MAS dan AirAsia sebagai penaja jersi QPR di London semalam.


PENGLIBATAN Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia bagi menaja jersi kelab Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana England (EPL) dalam tempoh dua musim disambut baik oleh pelbagai pihak.

Ini kerana ia mampu melonjak- kan jenama kedua-dua syarikat penerbangan negara itu di peringkat global.

Namun bagi bekas Naib Presi- den Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (gambar kecil), beliau secara peribadi berharap MAS yang juga salah se- buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), perlu mula memainkan peranan dengan lebih aktif dalam pembangunan bola sepak tempatan.

Katanya, langkah yang diambil MAS itu mengejutkan sesetengah pihak memandangkan penglibatan syarikat tersebut selaku penaja jersi pasukan yang bertanding dalam EPL memerlukan perbelanjaan yang besar.

"Kita menyokong kesediaan MAS bersama AirAsia membuat tajaan yang tentunya menguntungkan jenama dan mengukuhkan kedudukan perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

"Tetapi kita juga boleh memper- soalkan kewajaran pelaburan sedemikian sedangkan MAS sebelum ini kurang memberi perhatian kepada tajaan terhadap pembangunan bola sepak tempatan," katanya selepas menghadiri majlis Aidilfitri Pertubuhan Peladang Batu Kurau, Selama, Perak semalam.

Raja Ahmad berkata, sepanjang pembabitan bersama FAM sejak lebih sedekad lalu, beliau mengakui MAS pernah membuat tajaan, namun dalam skala kecil.

"Dengan penglibatan MAS dalam EPL, apakah yang dapat dilakukan GLC itu terhadap (pemba- ngunan) bola sepak negara?

"Kita seboleh mungkin mahu MAS memberi peluang yang sama, mungkin menaja pasukan bola sepak tempatan tertentu atau sekurang-kurangnya menubuhkan akademi bola sepaknya sendiri," katanya.

Apa yang lebih penting, Raja Ah- mad Zainuddin yang kini masih aktif dalam FAM berkata, MAS harus memberi justifikasi sewajar- nya penglibatannya dalam penajaan pasukan bola sepak.

"Kita tidak mahu kelak ramai mempertikaikan penajaan MAS, bahkan kita juga tidak mahu pemi- nat tempatan mempersoalkan mengapa mereka melabur di EPL, sedangkan di sini (Malaysia), GLC itu tidak berbuat apa-apa," kata- nya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


SMK Merchang ungguli teknologi roket

Posted:

SMK Merchang ungguli teknologi roket

SMK Merchang ungguli teknologi roket


WAKIL peserta dari SMK Merchang iaitu (dari kanan) guru pengiring, Othman Ariffin, bersama pelajarnya, Khairul Afiq Ahmad Muhid dan Muhammad Faiz Azmi Sharan menerima piala kemenangan daripada Mustafa.


PERTANDINGAN Teknologi Pelancaran Roket 2011 Peringkat Kebangsaan (PTPR2011) anjuran Agensi Angkasa Negara yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang dari Terengganu dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Program tersebut diadakan dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Universiti Malaya (UM).

Berlangsung di Padang Varsiti, UM, Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket merupakan suatu kaedah terjemahan penggunaan dan penerapan minat dalam bidang sains angkasa kepada para pelajar dan masyarakat secara amnya.

Dalam pertandingan selama tiga hari itu, para peserta dikehendaki mereka dan mencipta model roket air menggunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter. Model roket itu digunakan untuk melakukan beberapa misi pelancaran ke udara.

Bagi melancarkan roket, para peserta hanya dibenarkan untuk menggunakan alatan pelancar serta kombinasi tekanan air dan udara. Pemahaman mengenai konsep dan aplikasi sains adalah penting untuk diadaptasi ketika menghasilkan roket air tersebut.

Pertandingan itu terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh negara. Seramai 32 peserta daripada 16 buah pasukan mewakili 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan telah menyertai pertandingan pada tahun ini.


PARA peserta dikehendaki mereka model roket air menggunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter.


Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, Dr. Mustafa Din Subari berkata setelah sembilan tahun program tersebut dilaksanakan, ia telah menjadi semakin matang.

"Ini dapat dilihat dengan daya kreativiti para peserta. Malah, saya juga difahamkan bahawa format pertandingan PTPR2011 kali ini meliputi aspek-aspek teknikal seperti pembentangan projek, ketepatan sasaran, payung terjun dan juga aspek lain yang berkaitan.

"Saya melihat bahawa pendekatan ini adalah amat penting. Selaras dengan Program Penggalakan Sains Dan Matematik 2011 dan Tahun Sains Malaysia 2012 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kami berharap pertandingan ini dapat membantu para pelajar kepada pemikiran lebih kreatif dan inovatif," kata beliau yang menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Ternyata, kejayaan yang diperoleh SMK Merchang tidak sia-sia. Setelah lima tahun mencuba nasib tanpa jemu, akhirnya kemenangan berpihak pada mereka.

Sebagai juara, pasukan sekolah itu menerima Piala Pusingan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, piala dan pingat emas, sijil kecemerlangan, sebuah Teleskop Astroview 100mm EC Refractor dan Kit DIY Galileoscope.

Mereka juga akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Peringkat Asia Pasifik APRSAF-18 Water Rocket Event pada bulan Disember ini di Singapura.

Tempat kedua telah dimenangi oleh SMK Sungai Besar, Selangor. Pasukan ini membawa pulang piala perak dan pingat perak, sijil kecemerlangan, sebuah Teleskop SpaceProbe 130 EQ Refractor dan Kit DIY Galileoscope.

Sementara itu, pasukan SMK Abi dari Perlis menduduki tempat ketiga dan menerima piala dan pingat gangsa, sijil kecemerlangan, sebuah Teleskop Starblast 4.5 EQ Reflector dan Kit DIY Galileoscope.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM, Roslina Mohd. Roslin dan Dekan Fakulti Kejuruteraan, UM, Prof. Dr. Mohd. Hamdi Abd. Shukor.

Pusat sehenti Nikon KLCC

Posted:

Pusat sehenti Nikon KLCC

Pusat sehenti Nikon KLCC


ORANG RAMAI boleh mencuba rangkaian produk Nikon di pusat sehenti baharu di KLCC.


BAGI memberi perkidmatan yang terbaik, Nikon Malaysia Sdn. Bhd. telah membuka cawangan ketiga Nikon Shop di sayap baharu KLCC baru-baru ini. Seperti cawangan-cawangan lain yang terletak di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya dan Berjaya Times Square, kedai yang terletak di tingkat tiga, Lot C itu masih mengekalkan konsep yang sama.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Produk Pengguna Nikon, David Ng Choon Yiak, konsep pusat sehenti memberikan kebebasan kepada pengunjung untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman menggunakan produk kami.

"Ternyata konsep seperti ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pengguna dan ia akan diterapkan di semua pusat jualan Nikon baharu yang bakal dibuka," ujarnya.

Di kedai Nikon, peminat seni fotografi dan gajet kamera dapat mencuba dan merasai pengalaman menggunakan semua jenis kamera terdiri daripada siri model Coolpix sehingga kepada model DSLR.

Jika memerlukan bantuan, pakar-pakar terlatih oleh Nikon akan sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar dan nasihat.

Selain itu, pihak kedai Nikon turut berjanji bahawa setiap pengunjung yang datang pasti akan dapat meningkatkan pengalaman dalam bidang fotografi dengan seminar, klinik dan bengkel yang diadakan dari semasa ke semasa selain pameran foto.

Antara kemudahan lain di cawangan KLCC itu adalah sebuah bilik pembelajaran bagi memenuhi kehendak dan minat pengguna kamera.

Semua usaha tersebut bertujuan untuk mendekatkan para penggemar kamera dengan pihak Nikon melalui cara menghayati setiap keperluan yang dikehendaki oleh peminat fotografi.

Tatkala melangkah kaki ke dalam kedai Nikon, anda akan mendapat semua keperluan yang dikehendaki bagi menghasilkan sekeping foto yang berkualiti seperti semua model jenama Nikon, binokular, speedlight dan aksesori.

Majlis pembukaan cawangan terbaru itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Malaysia dan Singapura, Masanobu Tsunoda dan Pengarah Urusan Fotokem Sdn. Bhd., Pual Ngui.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Budak temui fosil berusia 160 juta tahun

Posted:

Budak temui fosil berusia 160 juta tahun

Budak temui fosil berusia 160 juta tahun

TAMAN AIR COTSWOLD, Britain - Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakan untuk membina istana pasir, lapor sebuah akhbar semalam.

Emily menemui fosil seberat 57 kilogram itu yang jarang didapati itu di kawasan Taman Air Cotswold di sini dengan bantuan bapanya Jon, 40, pada Mac tahun lalu.

Fosil lengkap berdiameter hampir 40.6 sentimeter itu berasal daripada haiwan moluska yang mempunyai cangkerang yang hidup di lautan.


EMILY BALDRY menemui cangkerang berusia lebih 160 juta tahun di Taman Air Cotswold, Britain pada Mac tahun lalu.


Ia kini disimpan di kediaman keluarga berkenaan di sini setelah ia dipamerkan kepada umum.

Cangkerang itu diberi nama Spike oleh Emily.

Selepas cangkerang itu ditemui, dia menyerahkannya kepada seorang ahli geologi, Neville Hollingworth untuk dibersihkan.

Emily yang kini berusia enam tahun berasa gembira apabila melihat cangkerang itu yang kelihatan berkilat semasa ia dipamerkan di Pusat Penerangan Gateway dekat Cirencester pada Ahad lalu.

Menurut bapa Emily, cangkerang itu akan dibawa pulang ke rumah selepas tempoh ia dipamerkan berakhir. - Agensi

4 pelajar bakal saingi Zuckerberg

Posted:

4 pelajar bakal saingi Zuckerberg

4 pelajar bakal saingi Zuckerberg


dari kiri ZUCKERBERG, Dan Thompson, Feross Aboukhadijeh dan Ashkay Kothari


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Empat pelajar AS yang merupakan usahawan muda kini menjadi rebutan syarikat gergasi Internet, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Mereka dianggap sebagai genius Internet selepas mencipta beberapa aplikasi komputer yang berpotensi besar untuk dimajukan.

Kejayaan empat bakat baharu itu menyebabkan mereka turut menjadi buruan syarikat-syarikat gergasi Internet temasuk, Facebook, Google dan YouTube yang tidak mahu terlepas peluang untuk mengambil mereka bekerja.

Mereka muncul selepas kejayaan Mark Zuckerberg menghasilkan laman sosial Facebook bersama beberapa rakannya yang lain semasa belajar di Universiti Harvard.

Seorang usahawan muda itu, Feross Aboukhadijeh, 20, yang pernah bekerja di Facebook dan menjadi rakan Zuckerberg, mencipta nama kerana menghasilkan laman web YouTube Instant yang dapat menyiarkan klip video carian pengguna dengan cepat.

Laman web tersebut kini dilawati lebih sejuta kali manakala pelajar Universiti Stanford di AS itu turut mendapat tawaran kerja daripada firma enjin carian Internet, Google.

Dia pernah bertaruh dengan seorang rakan bahawa dia dapat menghasilkan laman web YouTube Instant dalam masa sejam.

"Saya kalah pertaruhan itu," katanya dalam temu bual bersama majalah tempatan, New York.

"Saya mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan laman web tersebut," tambahnya lagi.

Seorang lagi pelajar, Joseph Huang turut menarik perhatian nama-nama besar Internet kerana mencipta sistem pengesanan global (GPS) yang dinamakan WiFiSlam untuk kegunaan dalam bangunan.

Aplikasi Android ciptaannya boleh memandu arah di dalam bangunan dengan teknologi tersebut berpotensi untuk dijual sebagai sistem navigasi untuk digunakan di dalam muzium dan pusat beli-belah.

Seorang lagi pelajar, Ashkay Kothari pula mengasaskan aplikasi berita, The App yang dibeli sebuah firma Internet pada harga AS$4 juta (RM12.2 juta), lima minggu selepas ia dihasilkan.

Turut tidak ketinggalan menjadi tumpuan penggiat industri Internet ialah pelajar dari negeri New Hampshire, Dan Thompson yang pakar menghasilkan pengaturcaraan Internet yang sukar. - Agensi

Islam sederhana di Libya

Posted:

Islam sederhana di Libya

Islam sederhana di Libya


MUSTAFA ABDEL JALIL melambaikan tangan ke arah para penyokongnya di Dataran Syahid di Tripoli, Libya kelmarin.


TRIPOLI - Barisan kepimpinan baharu Libya berikrar untuk melaksanakan pemerintahan Islam sederhana di sebalik pejuang-pejuang mereka didakwa melakukan jenayah perang.

Kenyataan tersebut dibuat ketika bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang kini bersembunyi, bersumpah untuk terus berjuang sehingga memperoleh kemenangan.

Pemimpin sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil disambut sebagai wira negara apabila beliau membuat ucapan umum di dataran utama di sini lewat kelmarin.

Beribu-ribu orang meraikan kekalahan Gaddafi menjelang Hari Raya Aidilfitri lepas di Dataran Syahid.

Menurut Mustafa, Islam sederhana akan menjadi sumber perundangan utama dalam era selepas Gaddafi.

"Kita tidak akan menerima sebarang ideologi pelampau baik yang berhaluan kiri atau kanan. Kita ialah orang Islam yang mengambil jalan Islam yang sederhana," katanya.

Sementara itu, dalam satu laporan terbaru yang disiarkan semalam, pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International menuduh rejim Gaddafi melakukan jenayah kemanusiaan namun ia turut mendakwa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mungkin terbabit melakukan jenayah sama.

NTC merupakan badan yang mewakili pemberontak yang berjuang menentang kepimpinan Gaddafi.

Dalam pada itu, Gaddafi dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen Syria, Arrai Oruba, berikrar untuk mengalahkan mereka yang mendalangi rampasan kuasa sehingga menyebabkannya tersingkir.

"Libya tidak boleh dikembalikan kepada golongan kolonial sekali lagi," kata Gaddafi.

"Kami akan terus berjuang sehingga rampasan kuasa ini dikalahkan," tambahnya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Musnah kebun: Hampir cetus pergaduhan

Posted:

Musnah kebun: Hampir cetus pergaduhan

Musnah kebun: Hampir cetus pergaduhan

14/09/2011 6:28pm

PASIR PUTEH - Tindakan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh untuk memusnahkan tanaman getah yang didakwa diteroka secara haram di Kampung Chelah Chat di sini hampir mencetuskan pergaduhan dengan penduduk di kawasan kampung berkenaan, hari ini.

Kejadian itu berlaku apabila lebih 20 penduduk di sekitar kampung berkenaan yang berhimpun sejak pagi cuba menghalang sebuah jentolak daripada memusnahkan tanaman getah seluas setengah hektar yang terletak berhampiran jalan raya antara Gaal-Jeli itu.

"Keadaan menjadi reda apabila pihak kami bersetuju untuk berunding dengan pihak pejabat berkenaan tengah hari ini," kata seorang penduduk terbabit Mohd. Noor Deraman, 53, ketika ditemui di tempat kejadian. - Bernama

SPRM kena siasat ahli majlis MBSA

Posted:


Ruang

Kondominium mewah tepi tasik

DI seberang Tasik Rockhaven, bakal tersergam tiga blok bangunan kondominium The Haven Lakeside Residence yang menjadi saksi keindahan alam semula jadi di Tambun, sebuah bandar utama dalam daerah Kinta, Perak. Lagi...

Infiniti

Mendengar muzik sambil bergaya

MUZIK bukan sekadar bunyi tetapi ia adalah susunan irama dan lagu yang hadir daripada lantunan suara penyanyi dan alat perkusi. Tanpa instrumen yang betul dan berteknologi tinggi, keaslian sesuatu muzik itu tidak mungkin dapat disampaikan kepada para pendengar. Lagi...

Kesihatan

33 GRO warga asing ditahan

Posted:

33 GRO warga asing ditahan

33 GRO warga asing ditahan

14/09/2011 6:19pm

GEORGETOWN - Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Tanjung Tokong dan menahan 33 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelangan (GRO) dalam satu operasi yang bermula pukul 11 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata, sepasukan polis Bahagian Pencegahan Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Timur Laut menyerbu pusat hiburan berkenaan hasil maklumat awam dan risikan.

"Ketika serbuan ada GRO yang cuba melarikan diri, bagaimanapun gagal kerana pusat hiburan itu sudah dikepung oleh anggota polis," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Yusry, Lisa belum rancang perkahwinan

Posted:

Yusry, Lisa belum rancang perkahwinan

Yusry, Lisa belum rancang perkahwinan

YUSRY dan Lisa sibuk dengan jadual karier masing-masing.


YUSRY ABDUL HALIM sejak akhir-akhir ini sering menjadi bahan berita sensasi hasil hubungannya dengan aktres jelita Lisa Surihani. Ada media yang melaporkan Yusry, 38, dan Lisa, 26, bakal berkahwin pada tahun 2012 dan ada juga melaporkan pasangan sama cantik sama padan ini akan bergelar suami isteri menjelang 2013.

Sama ada ia bakal dilangsungkan pada tahun 2012 atau 2013, laporan yang dikeluarkan beberapa media tersebut membuatkan pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa itu tidak betah lagi untuk berdiam diri.

Sebelum ini, ada laporan media yang mengatakan Yusry mahu mengahwini Lisa pada tahun hadapan, namun Yusry telah menafikan perkara tersebut. Kemudian timbul pula, laporan baharu mengatakan Yusry ingin berkahwin dengan Lisa pada tahun 2013.

Lantas, pertemuan Kosmo! bersama Yusry dan Lisa di rumah terbuka raya abang Yusry, Norman Abdul Halim di Cyberjaya, Selangor baru-baru ini, menjadi tempat jejaka pendiam itu meluahkan segala-galanya secara telus.

"Saya tidak pernah beritahu akan kahwin dengan Lisa sama ada pada tahun 2012 atau 2013. Memang saya akui kami mempunyai hubungan tetapi kami belum lagi membuat sebarang perancangan untuk berkahwin," katanya perlahan tetapi dengan nada serius.

Suasana tegang seketika itu kembali tenang tatkala Lisa yang berada di sebelah Yusry cuba menenangkan buah hatinya itu.

Ujar Lisa yang tidak putus-putus menguntum senyum sepanjang sesi temu bual itu: "Sekarang kami berdua memang sibuk. Lisa akan sibuk menjalani penggambaran filem baharu berjudul Istanbul Aku Datang manakala Yusry pula sedang merangka untuk filem terbarunya Vikingdom. Jadi, untuk merancang berkahwin dalam masa terdekat ini memang tiada."

Walaupun keluarga kedua-dua belah pihak sudah bertemu tetapi perancangan ke arah melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat masih tidak ada. Malah, pada majlis rumah terbuka Norman itu, kelibat ahli keluarga Lisa juga turut kelihatan.

Yusry dalam pada itu mengakui akan memaklumkan perkhabaran gembira mengenai hubungannya dengan Lisa kepada peminat termasuk pihak media untuk mengelak sebarang spekulasi.

Dia juga menolak dan tidak suka dengan gelaran bahawa mereka sedang bercinta.

"Perkataan bercinta itu seolah-olah macam hubungan kami ini main-main. Saya lebih suka kalau hubungan kami ini disebut hubungan matang," katanya.

Lisa enggan berlakon dengan Yusry

Tamat bercerita tentang kahwin, Yusry tanpa berselindung berkongsi perasaan gembiranya menerima hadiah daripada Lisa.

Malah, hadiah pemberian Lisa itu dianggap terlalu istimewa kerana ia menepati apa yang Yusry mahukan.

"Saya beritahu Lisa, kalau boleh saya nak pakai kain samping yang readymake, siap boleh dipakai terus. Jadi mudah dipakai. Tak sangka dia betul-betul buat samping tersebut malah menghadiahkan tiga set kain samping siap kepada saya," ujarnya.


HUBUNGAN Yusry dan Lisa sering menjadi bahan sensasi media sejak akhir-akhir ini.


Malu dengan pengakuan Yusry itu, Lisa kemudiannya memberitahu, "Dia (Yusry) cakap mahu kain samping yang ada zip dan poket di belakang tetapi saya rasa macam kelakar pula kalau poket tu berada di belakang.

"Jadi, saya beritahu pereka Nazir Idris untuk buat samping yang ada poket di tepi sebelah kanan manakala zip pula berada di kedudukan tepi sebelah kiri".

Tatkala itu juga Yusry bangun menunjukkan samping tersebut sambil Lisa menunjukkan kedudukan zip serta poket yang terdapat pada samping tersebut.

Jelas terbukti, pasangan romantis itu kelihatan benar-benar bahagia dalam alam percintaan mereka itu.

Dalam pada itu apabila diaju persoalan kepada Lisa adakah dia mahu berlakon di samping Yusry suatu hari nanti, kata Lisa dia menolak berlakon dengan Yusry kerana malu.

Luahnya: "Saya tak mungkin berlakon dengan Yusry kerana saya malu. Mungkin lakonan saya tidak akan menjadi sebab asyik nak tergelak."

Projek baharu

Beralih pula soal kerjaya lakonan, Lisa bakal menjalani penggambaran ke Istanbul selama 20 hari untuk filem Istanbul, Aku Datang.

"Filem Istanbul, Aku Datang akan menjalani 100 peratus penggambaran di Istanbul dan saya membawakan watak utama iaitu Dian," kata anak keempat daripada lima beradik itu.

Filem terbaru terbitan Red Films itu bakal diarahkan oleh Burnard Chauly dan turut dibintangi pelakon hebat Beto Kusyairy dan penyanyi terkenal, Tomok.

Sebelum ini Red Films pernah menerbitkan filem-filem terbaik antaranya Pisau Cukur, Gol & Gincu dan Kami The Movie. Sebuah lagi filem terbitan syarikat ini yang sedang menanti tayangan ialah filem Songlap yang dijadual ditayangkan pada 15 Disember depan.

Istanbul, Aku Datang dijadual ditayangkan pada tahun depan. Selain filem itu, Lisa kini sedang menanti tayangan filem Ombak Rindu dan Papa I Love You.

Beralih pada projek KRU akan datang pula, selepas kejayaan filem Hikayat Merong Mahawangsa, KRU Studio bakal menghasilkan filem terbaru antarabangsanya, Vikingdom.

KRU yakin untuk menghasilkan satu lagi filem bergenre epik selepas filem Hikayat Merong Mahawangsa meraih sambutan positif daripada penonton.

"Filem Vikingdom itu akan menampilkan pelakon-pelakon antarabangsa dan ia menggunakan bahasa Inggeris 100 peratus. Filem ini juga menampilkan penulis skrip Inggeris bernama James Coine," kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Filem arahan Yusry itu juga menggunakan teknologi 3D stereoscopic seperti filem aksi [ecah panggung Hollywood, 300 dan Avatar.

Vikingdom bakal ditampilkan dengan penuh aksi pantas termasuk penceritaan membabitkan sejarah masyarakat Rom, China dan Malaysia sekitar dua dekad lalu. Ibarat kisah dongeng yang menyatukan Barat dan Timur.

Cinta Shahz, Meira

Posted:

Cinta Shahz, Meira

Cinta Shahz, Meira

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

MUNGKIN dahulu pemuda kacak bernama Shahz Jaszle pernah mengaku sedang menjalinkan hubungan cintanya bersama janda cantik, Maria Farida. Namun, belum pun reda cerita panas tersebut, dia pula dikatakan beralih cinta kepada aktres gandingannya dalam filem Azura 2011, iaitu Neelofa.

Namun, apa yang pasti kisah cintanya bersama aktres jelita tersebut hanyalah khabar angin semata-mata kerana masing-masing mengaku mereka hanya berkawan dan tidak lebih dari itu.

Setelah beberapa bulan bergelar lelaki solo, kini pemuda yang lebih mesra disapa sebagai Shahz, mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon muda baharu yang merupakan gandingannya di dalam filem terbaharu terbitan Grand Brilliance berjudul Rentaz.

Shahz dan Miera mengakui bahawa Rentaz merapatkan semula hubungan rakan biasa mereka yang dijalinkan sejak lapan tahun lalu.

"Sebelum ini, memang sudah lama saya kenal Miera memandangkan kami belajar di sekolah yang sama di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail dan Miera merupakan junior saya. Kami juga merupakan jiran memandangkan rumah Miera hanya di belakang rumah saya.

"Semasa itu, saya pernah minat pada Miera namun tidak berpeluang untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Pernah satu ketika saya sepatutnya berjumpa dengannya namun disebabkan rakan baik saya suka padanya, saya hanya memendam perasaan tersebut," cerita Shahz mengenai detik perkenalan mereka semasa ditemui di lokasi penggambaran di Pulau Pinang baru-baru ini.

Tambahnya, walaupun pernah kenal sejak lapan tahun yang lalu, tapi mereka tidak pernah berpeluang untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum ini. Justeru, gandingan di dalam filem arahan Mamat Khalid ini membuatkan peluang yang selama ini dilihat kecil, dibuka seluas-luasnya untuk memberi ruang mengenali hati budi masing-masing.

Menurut Shahz, 23, dia dan Miera hanya mula rapat semula sejak digandingkan bersama untuk Rentaz yang mana mereka berlakon sebagai kekasih dalam filem itu.

Begitu juga Miera. Dia mengakui hubungannya dan Shahz mula rapat dan serius sejak berlakon bersama dalam filem arahan Mamat Khalid itu.

"Apa yang membuatkan saya terpikat dengan Shahz ialah kerana setelah mengenali dirinya dengan lebih dekat, dia sebenarnya seorang yang terbuka dan saya sangat selesa apabila bersamanya.

"Dia banyak mengajar saya dan kami banyak berkongsi pelbagai perkara dan sejak itulah kami menjadi lebih mesra dan rapat," ungkap Miera sambil mengukir senyuman saat menceritakan kisah cintanya itu.

Saat menceritakan kisah dahulu, tambah Miera, minatnya terhadap Shahz telah wujud dari sekolah lagi namun, dia menganggap mana mungkin gadis becok sepertinya mampu mencapai hubungan cinta bersama seorang lelaki setampan Shahz dan hanya kekalkan hubungan tersebut kepada rakan biasa.

Apa yang pasti, kedua-dua pihak keluarga Shahz mahupun Miera telah pun mengetahui status hubungan cinta kedua-duanya dan merestui kedua-dua anak muda ini untuk meneruskan hubungan yang dijalin.

Ketika ini, memandangkan kedua-duanya masih baharu dan banyak yang ingin dicapai dalam kerjaya seni, justeru mereka belum mempunyai rancangan untuk meneruskan hubungan cinta ke tahap yang lebih serius.

Apabila diajukan persoalan mengapa menjadi terbuka untuk akui hubungan serius mereka berdua, jelas kedua-dua Shahz dan Miera, mereka sudah bersedia untuk memberi kenyataan mengenai kisah hati masing-masing.

"Walaupun kelak ada orang yang akan berbicara mengenai hubungan kami, namun saya tidak kisah dengan apa yang mahu dikata orang," akhiri Shahz.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved