Rabu, 03 September, 2025

Jumaat, 10 Jun 2011

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Arca belon hiasi Kota Keriangan

Posted:

Arca belon hiasi Kota Keriangan

Arca belon hiasi Kota Keriangan

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


ANTARA hasil kerja Alberto Falcone yang disukai ramai dalam siri pamerannya sebelum ini.


BANJARAN Titiwangsa menyimpan seribu satu khazanah alam tidak ternilai untuk diterokai. Selain keindahan flora dan fauna yang tersergam indah untuk diterokai, tanah tinggi itu juga menyemat keseronokan yang luar biasa.

Tidak lain tidak bukan sudah tentu Genting Highlands yang amat sinonim dengan jolokan Kota Keriangan.

Lokasi yang utuh bertapak di ketinggian 1,800 meter dari aras laut itu mula menggamit kehadiran pelancong dalam dan domestik sejak mula dibuka pada tahun 1971.

Kini, pelbagai tarikan tersedia untuk diterokai pengunjung termasuk taman tema dalam dan luar, gedung beli-belah kelas tinggi, variasi hentian gastronomi hinggalah kepada sensasi istirehat dan belaian diri.

Pendek kata, impian untuk melakar kenangan percutian indah dalam hidup boleh dikecapi di Genting Highlands.

Sempena musim cuti persekolahan kali ini, pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati masa berkualiti bersama keluarga tersayang.


ANTARA hasil kerja Alberto Falcone yang disukai ramai dalam siri pamerannya sebelum ini.


Molek kiranya Genting Highlands dicatatkan sebagai destinasi tumpuan tambahan pula dengan adanya Festival Belon Antarabangsa terbesar Asia Tenggara bermula hari Sabtu ini (11 Jun) hingga 26 Jun nanti.

Arca unik

Belon biasanya menjadi penyeri dekorasi majlis atau lokasi yang sering menjadi tumpuan si cilik.

Namun, sedikit kelainan bakal menemui peminat seni gubahan belon sempena festival tersebut.

Penganjuran hebat sulung itu mengambil tempat di tiga lokasi utama iaitu di Universal Walk First World Plaza, Snow World dan Taman Tema Luar Genting.

Menurut Penasihat Projek Balloon Matrix, Chelsea Tan, inisiatif untuk menjemput para seniman belon terkemuka dari Itali, Jepun dan Taiwan turut bertujuan memeriahkan atur cara cuti sekolah kali ini selain membuka perspektif baru kepada orang ramai.

"Kita biasa melihat formasi belon dipamerkan di tempat-tempat tertentu seperti pasar raya termasuk kehadiran badut yang memintal belon menjadi arca-arca kecil.


TOM BIBO bakal memukau tetamu Genting Highlands dengan aksi humor dan mengejutkan bersama belon-belonnya.


"Namun, kita jarang melihat belon digunakan untuk menghasilkan rekaan bersaiz besar dan bentuk-bentuk yang unik. Itulah tujuan utama festival belon ini diadakan," katanya yang telah berkecimpung selama 20 tahun dalam bidang pembuatan belon kreatif.

Arca mega berkonsepkan makhluk asing akan dipamerkan di ketiga-tiga tempat tersebut hasil daripada penjanaan idea kreatif oleh para seniman seperti Alberto Falcone dan Federico Onida dari Itali, Stone Chang dari Taiwan serta pasangan Azusa Leizumi, Akane Shibata dan Charry dari Jepun.

Azusa yang sebelum ini pernah berkunjung ke Malaysia menyatakan keterujaannya untuk berada lebih lama di Genting Highlands kali ini.


HASIL kreativiti Akane dan Azusa.


"Saya akan menghasilkan sebuah arca makhluk asing yang besar di Genting Highlands. Ini adalah cabaran pertama saya untuk menghasilkan binaan dalam suasana sejuk kurang daripada 8 darjah Celsius," ujarnya ketika ditemu bual dalam sesi persidangan jarak jauh di Wisma Genting baru-baru ini.

Selain pameran arca belon terbesar dengan tema Alien Revolution, pentas peragaan pakaian yang diperbuat daripada belon bakal menemui pengunjung pada majlis pelancaran pada 11 Jun nanti.

Tumpuan juga harus diberikan kepada belon gas terbesar Asia Tenggara yang dikhaskan untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah yang memiliki berat badan kurang daripada 30 kilogram.

Untuk merasai pengalaman luar biasa menaiki belon udara panas di tempat tertutup itu, bayaran serendah RM30 dikenakan untuk setiap sesi.

Transformers


AKANE (kiri) dan Azusa juga menjadi seniman jemputan Genting Highlands.


Bagi peminat tegar siri Transformers, replika Bumble Bee dan Optimus Prime setinggi lapan kaki akan turut dibina bersebelahan pentas utama Times Square di samping penjualan barangan ekslusif.

Selain kehadiran enam seniman belon antarabangsa yang sering mendapat pengiktirafan dunia, demonstrasi persembahan belon daripada pereka Belgium, Tom Bibo akan juga diselitkan pada sesi sebelah malam.

Bibo yang diiktiraf sebagai penghibur belon antarabangsa terbaik tahun 2001, 2002 dan 2005 juga akan mengendalikan bengkel seni belon khas buat kanak-kanak yang terhad kepada 15 orang setiap sesi.

Gemarkan acara malam? Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keriangan di Taman Tema Luar bermula dari pukul 7 petang hingga 10 malam setiap hari sepanjang cuti sekolah nanti.

Merancakkan atur cara festival penuh warna-warni itu kelak, tempoh operasi semua gedung beli-belah di First World Plaza juga akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi bermula 28 Mei lalu hingga ke tarikh 25 Jun.

Bukan itu sahaja, potongan harga sehingga 70 peratus juga ditawarkan demi meraikan pengunjung yang bertandang sempena cuti persekolahan kali ini.

Jadi, usah ditunggu lagi. Inilah masanya untuk membawa keluarga menyertai pesta riang-ria di Genting Highlands yang pastinya menjanjikan pengalaman luar biasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Etnologi Negara Seribu Pagoda

Posted:

Etnologi Negara Seribu Pagoda

Etnologi Negara Seribu Pagoda


ANGKOR WAT memenuhi cita rasa penggemar panorama matahari terbenam.


KEMBOJA? Apabila disebut sahaja nama negara itu, serta-merta gambaran imej Angkor Wat terpacul di benak penulis. Peluang yang diberikan oleh pihak Universiti Sains Malaysia ini perlu digunakan sebaik-baiknya untuk menimba ilmu dan pengalaman di negara orang.

Penulis bersama 14 rakan lain daripada jurusan komunikasi, pengurusan, sains kemasyarakatan dan ilmu kemanusiaan terpilih untuk mengikuti program yang dikenali sebagai Industrial Internship Attachment (IAA) selama dua minggu di Negara Seribu Pagoda itu.

Dua hari pertama kami diiringi oleh pensyarah, Dr. Sivamurugan Pandian, sebelum disambung pula oleh salah seorang bekas pelajar, Mr. Sokvibol Theam atau lebih mesra dipanggil Mr. Vibol.

Usai penerbangan yang mengambil masa lebih lima jam, irama 'keroncong' yang didendangkan perut masing-masing memaksa mata kami melilau mencari juadah untuk disantap sekitar bandar Phnom Penh.

Mujurlah berdekatan dengan tempat penginapan kami terdapat sebuah restoran makanan halal D'Wau yang diusahakan oleh rakyat Malaysia.

Harga yang berpatutan dan menu menyelerakan sudah memadai buat kami yang ingin merasai kelazatan masakan Malaysia di bumi Kemboja.

Universiti tertua


PERKARANGAN Angkor Wat menyediakan pengalaman menaiki gajah dengan bayaran berpatutan.


Kebanyakan aktiviti kami selama dua minggu itu bertempat di Royal University of Phnom Penh (RUPP), sebuah universiti terbesar dan tertua di Kemboja.

Universiti tersebut terdiri daripada tiga buah kampus yang terletak bersebelahan antara satu sama lain dan mempunyai lebih kurang 12,000 orang pelajar keseluruhannya.

Kami dibawa melawat ke sekeliling kawasan universiti bersejarah itu dengan lebih dekat. Kami juga menyertai program-program berbentuk ilmiah yang diadakan untuk bertukar-tukar pendapat mengenai negara masing-masing.

Selain itu, kami diberi peluang untuk mengikuti sesi pembelajaran bersama-sama pelajar di sana. Satu perkara yang mengejutkan penulis adalah konsep pembelajaran mereka di universiti masih seperti sesi persekolahan menengah di Malaysia.

Namun, mereka mampu menggunakan bahasa Inggeris dengan baik memandangkan sesi pembelajaran mereka sepenuhnya dilaksanakan dalam bahasa Inggeris.

Sejarah gelap

Setiap pelancong yang datang ke Kemboja pasti tidak mahu melepaskan peluang berkunjung ke lokasi bersejarah yang unik iaitu Muzium Tuol Seng atau dikenali sebagai S-21.

Muzium itu dahulunya merupakan bekas sekolah tinggi yang bertukar 'fungsi' sepenuhnya menjadi tempat penyeksaan tahanan oleh ketua rejim Khmer Rouge, Pol Pot ketika dia berkuasa daripada tahun 1975 hingga 1979 .


JALIRAN banir akar pepohon jutaan tahun melengkapkan keunikan Angkor Wat.


Rejim Khmer Rouge yang mengamalkan fahaman Komunisme dan telah membawa sejarah hitam kepada rakyat Kemboja hingga mengorbankan nyawa hampir dua juta penduduknya.

Perasaan sedih, seram dan gementar menyelubungi diri penulis ketika masuk ke pekarangan muzium itu yang memaparkan gambar-gambar mangsa pembunuhan, tempat kurungan banduan dan bilik seksaan yang ditinggalkan.

Di muzium itu juga terdapat 14 kubur yang dikatakan milik mangsa terakhir daripada kira-kira 17,000 banduan. Kaedah pembunuhan yang digunakan pada zaman itu juga amat mengerikan dan sukar dibayangkan oleh penulis sendiri.

Menurut ceritanya, banduan yang dikenal pasti untuk dihukum bunuh dibawa ke Killing Field dan diberi dua pilihan menamatkan hayat. Mereka sama ada dikelar leher dengan pelepah kelapa sawit yang ditajamkan atau buah zakar dihentak dengan kuat sehingga mati.

Mistikal Angkor Wat

Kami meninggalkan tempat yang penuh dengan kesedihan dan kesengsaraan untuk menikmati panorama alam penuh mempesonakan di Angkor Wat.

Terkenal sebagai salah sebuah lokasi ajaib dunia, Angkor Wat terbukti memukau setiap tetamu yang singgah di situ.

Lebih enam jam perjalanan dihabiskan dari Phnom Penh untuk ke Seam Reap iaitu bandar yang penuh elemen estetik dan eksentrik.

Tanah merah masih menjadi nadi penghubung di sana dan kebanyakan premis penduduk termasuk kedai-kedai mengekalkan ciri binaan lama dan kelihatan agak kusam.

Meskipun begitu, keindahan bentangan sawah padi menghijau menggamit dan memukau pengunjung untuk setia berada di situ untuk suatu tempoh waktu yang lebih lama.

Sebaik sahaja tiba di Angkor Wat, kami diserbu kanak-kanak miskin yang datang secara berkumpulan memaksa kami membeli barang-barang yang dijual antaranya poskad, aksesori wanita dan buku-buku pelancongan berkaitan Kemboja.


RUMAH ibadat yang masih mengekalkan seni bina Kemboja.


"Sir, please sir buy from me. If you don't give me money, I can't go to school. Please sir!" ujar salah seorang kanak-kanak serba daif yang memujuk penulis.

Benar atau tidak bukan menjadi halnya, tetapi memikirkan keadaan mereka yang kurang bernasib baik, beberapa cenderamata dibeli daripadanya untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Sebanyak AS$20 (RM60) perlu dibayar untuk mendapatkan pas masuk ke pekarangan Angkor Wat. Bagi penulis, kos bukan isu buat mereka yang gemar menghayati monumen penuh bersejarah itu.

Menurut pemandu pelancong yang bersama kami, Angkor Wat ialah bekas kuil yang dibina oleh seorang raja zaman dahulu kala iaitu Suryavarman II sebagai tempat untuk beribadat.

Semua monumen itu telah dibina pada abad ke-12 dan menjadi antara monumen terbesar di dunia.

Satu perkara yang mengagumkan mengenai Angkor Wat adalah perincian binaannya dan disertai ukiran yang menyimpan penceritaan tersendiri di sebaliknya motifnya.

Kami menunggu sehingga saat matahari berlabuh untuk menikmati pemandangan yang cukup indah di monumen tersebut. Namun, kami perlu terlebih dahulu mendaki ke puncak Angkor Wat sejauh dua kilometer untuk ke destinasi tinjau. Di puncak itulah panorama keindahan alam dapat disaksikan dalam remang warna senja.

Sesungguhnya, indah nian pemandangan dari puncak itu dan pastinya pengalaman ini tidak mungkin dapat dilupakan!

Syurga beli-belah


AKSI seorang kanak-kanak beragama Islam di pinggir jalan Kemboja.


Sebelum pulang ke Malaysia, tidak sah jika tidak membawa pulang cenderamata buat rakan-rakan dan keluarga. Jadi, di Phnom Penh, kami dibawa ke Russian Market dan Central Market.

Di sini, anda boleh mendapati aneka pakaian, cenderamata, aksesori wanita dan lelaki serta bermacam-macam barangan lagi.

Boleh dikatakan semuanya ada di sini! Cuma, anda perlu bijak untuk tawar-menawar kerana biasanya para peniaga akan meletakkan harga yang tinggi kepada pelancong luar.

Penulis sendiri perlu menggunakan pelbagai helah untuk mengurangkan harga yang ditawarkan oleh penjual-penjual di situ.

Namun begitu, imej yang menarik minat penulis adalah baju-T yang tertera tulisan, same-same but different. Penulis tertanya-tanya juga akan maksudnya.

"Kita semua adalah sama dan kita semua adalah dari rumpun yang sama. Namun, yang membezakan kita hanyalah warna kulit," jawab salah seorang peniaga di sebuah kedai.

Sebagai tanda kenangan, pastinya penulis sempat 'menyambar' sehelai baju daripada banyak seleksi di situ.

Bagi penulis, pengalaman di Kemboja memberi erti yang sangat besar buat diri sendiri. Walaupun Kemboja sebuah negara yang kian membangun, namun boleh dikatakan tahap pembangunannya adalah seperti negara Malaysia pada 30 tahun lalu.

Tentu sekali semangat rakyat Kemboja untuk terus berjuang dalam meneruskan kehidupan akan terus diingati penulis. Nihai, Kemboja!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usikan jiwa Kota Cahaya

Posted:

Usikan jiwa Kota Cahaya

Usikan jiwa Kota Cahaya

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


SITI FADHILATUN bergambar di hadapan Eye On Perth.


BAGI yang tidak pernah menjejakkan kaki ke bahagian barat benua Australia, Perth sebenarnya menjanjikan pelbagai lokasi menarik dan juga pengisian aktivitinya. Pakar astronomi Amerika Syarikat, John Glenn pernah melabelkan kota Perth sebagai Bandar Bercahaya atau City of Light selepas beberapa kali berkunjung ke sana.

Memang benar! Jika diamati sendiri ternyata jarang sekali gemerlapan lampu yang menyiram bumi Perth dipadamkan terutamanya di pinggiran Tasik Swan.

Rata-rata pengunjung yang melihat bandar utama Perth dari seberang Tasik Swan yang memisahkan wilayah urban Perth di bahagian utara dan elemen nostalgianya di selatan, menyifatkan kota itu umpama tidak pernah tidur.

Salah seorang pengunjung dari Malaysia, Siti Fadhilatun Aisyah Abdul Nifa, 22, mengagumi ekspresi cahaya bandar terbesar di Australia itu.


PEMANDANGAN kota Perth yang gemerlapan pada waktu malam.


"Ketika melihat Perth dari tebing Tasik Swan dari Taman Sir James Mitchell pada waktu malam umpama melihat satu pesta yang tidak akan berakhir," ujarnya yang turut berpeluang melawat Zoo Perth di bahagian selatan Perth.

Tambahnya, seri cahaya bandar itu turut disuntik mainan warna yang memancar ke mercu tanda Perth iaitu Menara Loceng Perth atau Perth Bell Tower.

Bentuk unik

Menara berbentuk unik setinggi 82 meter itu tersergam megah di lembah Tasik Swan dan sememangnya menjadi tumpuan pelancong di Perth.

Selain diiktiraf sebagai menara loceng keempat terbesar dan tertinggi dunia, Perth Bell Tower juga menyimpan sejarah silam tersendiri.

Ia mempunyai 18 buah loceng yang digantung secara sistematik untuk menghasilkan bunyi yang mampu berkumandang dalam radius besar. Dalam banyak-banyak loceng itu, terdapat sebuah loceng bersejarah iaitu yang berusia 461 tahun. Khazanah tahun 1550 itu mencatatkan berat 459 kilogram.

Menara itu juga menyimpan beberapa buah loceng St. Martin-in-the-Fields iaitu baki loceng daripada menara loceng di Trafalgar Square di London sebagai memperingati era pemerintahan Bicentennial di bahagian barat Australia itu.

Sejak menara yang direka oleh arkitek Hames Sharley itu dibuka pada 10 Disember 2000, lebih sejuta pelawat telah mengunjunginya.

Uniknya, pengunjung juga berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman membunyikan loceng di Bell Tower sambil menikmati panorama indah tasik Swan dan sebahagian kota Perth dari puncaknya.


SELAIN beruang koala dan kanggaru, wombat juga mempunyai daya penarik sebagai haiwan kebanggaan Australia.


Bersebelahan dengan monumen ikonik tersebut, tersedia sebuah lagi tarikan menarik iaitu Eye On Perth.

Hampir sama seperti struktur dan material Eye On Malaysia yang pernah dibina pada tahun 2008, pengalaman menaiki pusingan roda di Perth itu sedikit mengundang perasaan gayat namun pada masa yang sama amat mengujakan.

Haiwan ikon

Negara Australia pastinya tidak lari daripada ikon utamanya iaitu kanggaru. Selain Zoo Perth, Taman Hidupan Liar Caversham yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Perth adalah lokasi strategik buat pencinta haiwan.

Pengunjung boleh bermesra dengan haiwan-haiwan seperti kanggaru, koala, wombat, llama, emu dan Kookaburra dengan bayaran masuk serendah AU$22 (RM70) bagi dewasa dan AU$9 (RM30) bagi kanak-kanak.

Pengunjung yang menggemari aktiviti santai boleh juga bertandang ke pantai Cottesloe yang sedikit terpisah dari pusat bandar Perth.

Jangan khuatir kerana sistem pengangkutan di ibu kota itu sememangnya tidak akan mengecewakan. Pengunjung boleh memilih sama ada untuk menaiki bas awam, kereta api, teksi, feri atau kereta sewa khas yang disediakan oleh syarikat konsesi Transperth.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Kolaborasi sulung Chevrolet, UIP dan Hasbro

Posted:

Kolaborasi sulung Chevrolet, UIP dan Hasbro

Kolaborasi sulung Chevrolet, UIP dan Hasbro

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my


BUMBLEBEE yang berada dalam keadaan asalnya iaitu sebuah Chevrolet Camaro SS.


TIDAK kira sama ada anda peminat tegar filem Transformers, barangan watak filem tersebut atau kenderaan Chevrolet, pusat beli-belah One Utama mungkin menjadi lokasi paling tepat untuk dikunjungi sekarang.

Walaupun ruang pamerannya tidak sebesar mana, namun di sana anda boleh melihat secara dekat model Chevrolet yang menjadi watak Bumblebee dalam filem Transformers, Chevrolet Camaro SS.

Francais filem Transformers yang sudah memasuki edisi ketiga nyata melonjakkan lagi populariti jentera berwarna kuning itu ke seluruh dunia. Pernah dipamerkan di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) pada tahun lalu, Camaro SS itu menjadi tarikan utama untuk pengunjung meluangkan masa di sana selama beberapa ketika.

Dikenali sebagai siri jelajah Chevrolet Transformers 3, pameran yang berlangsung selama enam hari (7 hingga 12 Jun 2011) itu dianjurkan oleh pengedar jenama Chevrolet di Malaysia, Naza Quest Sdn. Bhd. (Naza Quest).

Menjadi pilihan

Ia bekerjasama dengan pihak pengedar filem United International Pictures (UIP) dan Hasbro Malaysia yang bertanggungjawab ke atas produk-produk barangan Transformers.

Pengarah Pemasaran UIP, Kara Lee menyatakan Transformers 3 - Dark of the Moon akan menjadi filem terbesar pada tahun ini. Buat masa sekarang, Transformers 2 - Revenge of the Fallen masih berada di tempat pertama di Malaysia berdasarkan kepada kutipannya. "Kami yakin filem terbaru Transformers ini mampu menyaingi rekod tersebut," katanya.

Mengangkat tema "Transform the Future - Get Intimate with Chevrolet", ia jelas mengambil kesempatan keterujaan orang ramai terhadap filem Transformers 3 - Dark of the Moon yang bakal ditayangkan pada 29 Jun nanti.

Kenderaan Chevrolet sering menjadi pilihan untuk dipaparkan dalam filem terbitan Hollywood. Misalnya, filem Meet the Little Fockers dan Mechanic. Tidak terkecuali siri televisyen terbitan FOX Channel seperti Hawaii-Five O serta Blue Blood.


DARI kiri: Pengarah Negara General Motors, Kittichai Jarus/Rojpoka, Kara Lee, Maruan dan Pengurus Negara Hasbro, Ng Chai Lee bersama trak pikap Chevrolet Colorado yang bakal memasuki pasaran pada Disember depan.


Sebagai satu kempen promosi yang kena pada tempat dan masanya, Ketua Pegawai Operasi Naza Quest, Datuk Maruan Mohd. Said mengakui pameran ini bukan sekadar menayangkan beberapa model yang diedarkannya seperti SUV Captiva dan edisi terhad sedan popularnya, Cruze. Malah produk yang bakal diperkenalkan menjelang akhir tahun ini.

"Ini merupakan Cruze edisi terhad yang lebih sporty. Walaupun didatangkan dengan nilai tambah, harganya dikekalkan ketika ia mula dilancarkan pada Jun tahun lalu iaitu RM97,888 seunit. Kami hanya menghasilkan sebanyak 300 unit dan kebanyakannya sudah pun dijual," jelas Maruan.

Namun, model yang paling mendapat perhatian pastinya trak pikap Chevrolet Colorado. Memulakan debut antarabangsanya di Bangkok Motor Show ke-32 pada awal tahun lalu, model yang dipamerkan itu hanyalah sebuah trak pertunjukan.

Warisan pengalaman 100 tahun

Maksudnya, Colorado itu dihasilkan sepenuhnya menggunakan tangan dan hanya ada dua buah seumpamanya di dunia. Sehinggakan pengacara majlis pada hari itu meminta kami semua supaya tidak terlalu ghairah memegang trak tersebut bagi memastikan tidak ada apa yang akan tertanggal nanti.

Harus tahu bahawa Chevrolet Colorado memiliki warisan pengalaman pembuatan trak Chevrolet selama hampir 100 tahun. Dibangunkan di atas Platform Global Chevrolet, Colorado menyerlah menerusi rekabentuknya yang maskulin dan ekspresif.

Trak dengan kapasiti dua tempat duduk itu mempunyai bukaan pintu yang unik, sama seperti model Nissan Navara King Cab dan Mazda BT-50 Freestyle Cab.

Trak itu turut menggunakan rim bersaiz 20 inci dan tayar untuk kegunaan off-road. Chevrolet dijangka menawarkan Colorado dengan varian enjin turbo diesel bersesaran 2.5 dan 2.8 liter. Didakwa mampu menghasilkan kuasa dan tork yang mengagumkan, enjin itu juga tidak hauskan bahan api.

Dengan pelbagai ciri penambahbaikan, sistem keselamatan dan kemampuan mendahului kelasnya, Colorado dilihat menjadi model yang sesuai untuk pasaran global. Ditanya mengenai harganya, Maruan menyatakan Colorado akan ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif.

Rancangan untuk membawa masuk Colorado ke pasaran tempatan dibuat kerana wujud permintaan terhadapnya. Apatah lagi, Naza Quest turut memiliki rangkaian pengedarnya di Sabah dan Sarawak yang merupakan pasaran penting untuk trak pikap.


BEBERAPA orang pengunjung asyik memilih baju yang dicetak dengan grafik watak filem Transformers.


Kini, terdapat 16,000 pemilik Chevrolet di seluruh negara. Sejak mengambil alih jenama tersebut daripada DRB Hicom, Naza Quest komited dalam memperkenalkan model-model terbaik Chevrolet kepada pengguna tempatan.

Kembangkan portfolio pengedar

Buktinya, model-model seperti Captiva dan Cruze mendapat sambutan hangat daripada khalayak. Di samping trak pikap Colorado yang dijangka menjengah pasaran pada Disember tahun ini, Naza Quest juga merancang memperkenalkan model MPV, Orlando.

Bagi mengukuhkan lagi jenama Chevrolet, anak syarikat Kumpulan Naza itu juga merancang mengembangkan portfolio pengedarnya ke seluruh negara. Sebanyak sepuluh pengedar baru akan dilantik menjelang akhir tahun ini, tambahan kepada 18 pengedar sedia ada. Buat masa sekarang model paling laris ialah Cruze.

Naza Quest cukup komited untuk membangunkan jenamanya. Ia dilihat aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti dan penajaan. Sebagai contoh, orang ramai berpeluang melihat kelibat kenderaan Chevrolet terutama Captiva dalam program Jelajah 1Malaysia, Formula 1 dan terbaru Sukan Malaysia (Sukma), selain Pertandingan Band Dunia yang bakal diadakan pada Julai depan.

Cabaran paling besar yang harus didepani oleh Naza Quest adalah untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap jenama Chevrolet.

"Kami perlu memberi perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan. Antara langkah yang diambil adalah dengan meningkatkan sistem pembekalan alat ganti dan rangkaian pengedar yang seimbang. Kami mahu pengguna di luar bandar boleh mendapatkan produk Chevrolet dan mudah untuk membuat penyelenggaraan," tambahnya.

Berdasarkan maklum balas yang diterima, Maruan mengakui keyakinan pengguna sudah kembali. Beliau juga yakin jenama Chevrolet akan lebih kukuh dari aspek jumlah jualan dan rangkaian pengedarnya pada tahun-tahun mendatang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

EcoBoost Ford

Posted:

EcoBoost Ford

EcoBoost Ford


ECOBOOST menawarkan lebih kuasa tanpa berkompromi dengan aspek penjimatan bahan api.


FORD Motor Company (Ford) bakal menawarkan enjin EcoBoost dalam pasaran tempatan menerusi dua model kenderaannya menjelang pertengahan tahun ini. Dua model tersebut ialah kereta sedan/salon Ford Mondeo Titanium dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Ford S-Max.

Enjin EcoBoost Ford berupaya menghasilkan kuasa dan prestasi terbaik dalam kelasnya secara efisien. Ia juga mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan bakar sehingga 20 peratus dan merendahkan kadar emisi kepada 15 peratus.

Enjin 2.0L I-4 EcoBoost dilengkapi pengecas turbo tunggal dengan sistem pancitan terus bahan bakar. Ciri itu sama seperti enjin asal binaan Ford iaitu 3.5-Liter EcoBoost V-6. Enjin itu menawarkan kuasa tambahan, pecutan pantas dan kelajuan tinggi selain hadir bersama teknologi Ti-VCT (Twin Independent Variable Camshaft).

Secara amnya, pengecas turbo menyalurkan lebih banyak aliran udara ke dalam enjin untuk meningkatkan kuasa. Sumber udara yang disalurkan pengecas turbo diperoleh daripada ekzos. Untuk menyejukkan semula sumber udara ekzos yang semestinya panas, sistem pendingin digunakan. Pancitan terus pula membolehkan pembakaran bahan api yang lebih efisien.

Sistem pembakaran telah direka semula untuk disesuaikan dengan peningkatan prestasi enjin. Pam bahan api bertekanan tinggi beroperasi sehingga 2,200psi, iaitu lebih 50 kali ganda norma enjin konvensional I-4. Pam bahan api itu dipacu secara mekanikal menerusi sebuah omboh tunggal. Sementara injap elektronik pula mengawal berapa banyak petrol disalurkan kepada penyuntik bahan api.

Operasi pengecas turbo dengan padanan sistem pancitan terus membantu menghapuskan turbo lag. Pengecas turbo berputar sehingga 200,000rpm dan memiliki jangka hayat sehingga 10 tahun atau jarak melebihi 150,000 kilometer.

Pengurus Serantau Asia Pasifik Operasi Eksport Ford, David Westerman berkata, pihaknya gembira mengenai kemasukan enjin EcoBoost dalam model baru Ford Mondeo Titanium dan S-Max untuk pasaran tempatan.

"Enjin EcoBoost akan menawarkan penggunaan bahan bakar lebih ekonomikal dan mengurangkan kadar pelepasan karbon. Ia juga memberikan prestasi seperti sebuah enjin yang besar," katanya dalam satu kenyataan.

Berperanan sebagai kunci utama dalam rangka tindakan Ford, syarikat itu rancang untuk menawarkan penggunaan enjin tersebut sehingga 80 peratus kenderaannya. Jumlah itu menyokong jualan global kenderaan EcoBoost sebanyak 1.5 juta setahun.

"Komitmen Ford adalah untuk mengaplikasikan teknologi ini ke dalam pelbagai jenis kenderaan agar lebih ramai pelanggan dapat merasai sendiri keunikan enjin EcoBoost," katanya.

Sebagai sokongan terhadap enjin EcoBoost di negara ini, satu laman web disediakan di alamat: www.ecoboost.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

V untuk Versatiliti

Posted:

V untuk Versatiliti

V untuk Versatiliti

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN
geartinggimedia@gmail.com


PRIUS V pasti mendapat sambutan hangat daripada pengguna yang mementingkan penjimatan bahan api dan mahu membantu menjaga alam sekitar.


KENDERAAN segmen wagon seperti Toyota Wish, Perodua Alza dan Nissan Grand Livina memang popular dalam pasaran domestik. Walaupun kenderaan jenis itu lebih glamor dikenali sebagai kenderaan pelbagai guna (MPV), hakikatnya ia tetap sebuah wagon iaitu kereta yang terbukti praktikal.

Lazimnya, wagon lebih ideal untuk keluarga kecil kerana format kerusinya adalah 5+2 dan bukan tujuh tempat duduk penuh. Namun di pasaran Jepun misalnya, Honda Stream RSZ hanya mempunyai lima tempat duduk. Barisan ketiga dibiarkan kosong untuk ruang kargo.

Saya sebenarnya keliru kenapa wagon begitu masyhur. Sedangkan kerusi barisan ketiganya sempit dan harganya pula tidak murah. Mungkin faktor gaya, saiz yang kompak dan ekonomikal berjaya mengimbangi kekurangan dari aspek saiznya.

Bercakap mengenai ekonomikal, Toyota tampil dengan model dengan idea bijak. Toyota Prius memang popular sebagai kereta yang menjimatkan bahan api, tetapi apa akan jadi jika enjin hibrid Prius disumbatkan ke dalam wagon seperti Toyota Wish?

Hasilnya ialah Toyota Prius v, sebuah kenderaan yang saiznya tidak jauh beza dengan Toyota Wish, bersama enjin hibrid yang terkenal menjimatkan. Huruf v pada pangkal nama model itu merujuk kepada versatiliti atau serba boleh.

"Prius v membawa teknologi hibrid kepada pelanggan yang mahukan ruang dan kargo lebih besar. Oleh kerana ia sebuah Prius, emisinya lebih rendah berbanding kenderaan lain. Penggunaan bahan api juga lebih jimat berbanding SUV atau crossover yang dijual di Amerika. Kami yakin ia situasi menang-menang untuk semua," jelas Pengurus Besar Toyota Amerika Syarikat (AS), Bob Carter.

Hybrid Synergy Drive

Prius v menggunakan sistem Hybrid Synergy Drive, sama seperti Prius generasi ketiga bersama beberapa kelebihan seperti penjimatan bahan api, kurang emisi dan tidak perlu pengecasan semula.

Sistem hibrid itu menggunakan dua motor dengan output tinggi. Unit motor utama berkuasa 60 kw (80 hp) yang menggerakkan transgandar yang kompak dan ringan. Sementara sebuah lagi motor yang lebih kecil berfungsi sebagai sumber tenaga elektrik.

Pek bateri nickel-metal hydride yang ada padanya sama seperti Prius generasi ketiga, kecuali salur penyejukan diletakkan di bawah kerusi belakang. Hybrid Synergy Drive adalah sistem yang mampu menggerakkan kenderaan sama ada melalui enjin, motor atau kedua-duanya sekali.

Komputer kawalan hibrid menguruskan sistem supaya kuasa optimum dapat dijana mengikut pilihan pemandu. Ia menggunakan sistem start/stop dan brek jana semula (regenerative) yang dapat menjimatkan bahan api.

Standard, Eco, Ev dan Power

Sistem itu juga bertanggungjawab mengecaj semula bateri semasa nyah pecutan. Hybrid Synergy Drive berpaksi kepada enjin 1.8 liter berkuasa 98 hp kitaran Atkinson dengan kuasa total 134hp.

Komponen utamanya terdiri daripada pam air elektrik tanpa pemasa (belt) dan sistem exhaust gas recirculation (EGR) yang membantu memanaskan enjin dengan pantas dan mengurangkan penggunaan bahan api semasa enjin sejuk. Kompak dan ringan, enjin itu turut mengeluarkan bunyi dan getaran yang minimum.

Standard untuk kereta hibrid, Prius v mempunyai beberapa mode pilihan pemanduan iaitu Standard, Eco, EV dan Power. Dalam mode Power, kuasa digunakan untuk membantu kenderaan dalam keadaan jalan yang curam dan tinggi.


REKAAN ruang kabin Prius v yang canggih dan mengutamakan aspek ergonomik.


Mode EV pula membolehkan Prius v bergerak menggunakan kuasa bateri untuk perjalanan singkat dengan kelajuan perlahan dalam jarak kira-kira 1.6 kilometer.

Dalam mode Eco, sistem pengurusan enjin mengutamakan penjimatan bahan api, menguruskan respon pendikit dan menghadkan penggunaan kuasa daripada penyaman udara.

Selain enjin yang ekonomikal, Prius v turut mengutamakan aspek keluasan dan keanjalan untuk keluarga yang aktif. Ruang dalamannya selesa dan penglihatan yang bagus. Ia terhasil daripada kedudukan kerusi yang tinggi, kelegaan ruang kepala dan ruang kaki penumpang.

Kerusi baris kedua pula boleh dilaras untuk memudahkan urusan keluar dan masuk kereta, selain keupayaan untuk dibaringkan sehingga 45 darjah untuk lebih keselesaan. Kerusi baris ketiga pula adalah jenis boleh lipat 60/40. Ia juga boleh disimpan ke lantai untuk lebih ruang barangan.

Rebat cukai

Toyota menggunakan bahan baru untuk kerusi Prius v iaitu SofTex yang direka supaya senang dicuci, kalis tumpahan dan susah rosak yang sangat sesuai untuk sebuah kereta keluarga.

Dengan keseimbangan antara keluasan, gaya dan aerodinamik, Prius v mempunyai pekali seret yang rendah iaitu 0.29, faktor yang penting untuk kereta hibrid. Harus tahu bahawa Prius v bukan versi Prius yang dipanjangkan. Tetapi kenderaan baru yang direka daripada lakaran asal dengan bentuknya dievolusikan daripada Prius.

Prius sudah sinonim sebagai simbol kenderaan Toyota yang menjimatkan, jadi kenapa ia tidak dieksploitasi. Tambahan pula Prius sudah terjual sebanyak tiga juta unit sejak diperkenalkan 14 tahun lalu.

Toyota Prius v bakal dipasarkan di AS pada pertengahan tahun ini. Saya optimis ia bakal dipasarkan ke serata dunia bagi mengukuhkan lagi pengaruh teknologi hibrid Toyota. Harganya pasti premium. Usah risau kerana banyak negara memberi rebat bagi membolehkan kenderaan mesra alam dapat dimiliki segenap lapisan masyarakat.

Jika ditanya tentang pasaran domestik, tiada jawapan pasti boleh diberikan. Sebabnya, rebat cukai untuk kereta hibrid bakal luput pada penghujung tahun ini.

Kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, statistik jualan kereta hibrid seperti Honda Insight yang kukuh serta harga bahan api yang tidak menentu adalah bukti jelas kenapa kerajaan perlu melanjutkan rebat cukai hingga ke tahun-tahun seterusnya.

Jika Toyota Wish bersepah-sepah di atas jalan raya, saya dapat bayangkan senario yang sama untuk Prius v.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sindiket penipu antarabangsa lumpuh

Posted:

Sindiket penipu antarabangsa lumpuh

Sindiket penipu antarabangsa lumpuh


SEBAHAGIAN daripada 177 warga Taiwan dan China yang terbabit dalam penipuan siber ditahan oleh Imigresen Indonesia di Jakarta kelmarin.


PHNOM PENH - Beratus-ratus warga China dan Taiwan ditangkap di seluruh Asia termasuk Malaysia dalam satu operasi antarabangsa untuk menumpaskan komplot penipuan melalui telefon merentasi sempadan, kata pegawai-pegawai di beberapa negara semalam.

Kebanyakan tangkapan dibuat di Indonesia dan Kemboja dengan masing-masing 177 orang dan 166 orang ditahan dalam satu serbuan merentasi sempadan.

Serbuan dilakukan untuk mematahkan modus operandi penjenayah yang menggunakan perkhidmatan telefon Internet untuk menipu wang ribuan mangsa di rantau berkenaan.

Di Malaysia, polis menangkap 27 rakyat China dan 10 warga Taiwan di Sabah kerana menipu orang ramai supaya membayar saman trafik palsu.

Seramai 14 daripada yang ditahan di Sabah itu adalah wanita.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

96 pesilat terbaik sedia untuk bertempur

Posted:

96 pesilat terbaik sedia untuk bertempur

96 pesilat terbaik sedia untuk bertempur

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


PERTARUNGAN melibatkan 96 pesilat berpengalaman akan merancakkan Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak hari ini.


SERI ISKANDAR – Seramai 96 pesilat terbaik tempatan dan antarabangsa menunggu masa untuk bertarung dalam Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru di Dewan Besar Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.

Pengarah kejohanan, Jak Othman berkata, mereka mewakili 14 pertubuhan silat seluruh negara dan antarabangsa untuk merebut gelaran pendekar.

"Gelanggang sudah tersedia dan kini hanya menunggu pesilat memasuki gelanggang untuk memulakan aksi pertarungan," katanya ketika ditemui semasa meninjau persiapan terakhir kejohanan itu di sini semalam.

Menurut Jak, berdasarkan persiapan rapi setiap pasukan, beliau menjangka saingan sengit bagi keempat-empat kategori yang dipertandingkan iaitu bunga silat, serikandi, tempur tanpa senjata dan tempur dengan bersenjata.

"Orang ramai terutamanya penduduk setempat disaran tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan kejohanan yang menampilkan seni silat Melayu tulen.

"Saya jamin mereka akan mendapat pengalaman baru tentang seni silat yang sudah jarang ditampilkan," katanya.

PSSPGM idam kuasai semua kategori


AKSI menarik pesilat PSSPGM yang akan menyertai Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru bermula hari ini.


IPOH – Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) mahu mengungguli dalam Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru yang bermula hari ini.

Jurulatih Kanan PSSPGM, Mohd. Khoharullah Raja Abdul Majid berkata, pihaknya telah mengatur strategi rahsia bagi mengatasi peserta lain.

"PSSPGM yakin dengan kemampuan pesilat yang bakal mewakili kami dalam kategori bunga silat, tempur tanpa senjata, tempur bersenjata dan serikandi.

"Kejuaraan dalam kejohanan itu ditagih kerana ia mampu menaikkan lagi nama pertubuhan silat ini bagi menarik lebih ramai golongan muda menyertai kami pada masa depan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Bagaimanapun, Mohd. Khoharullah berkata, PSSPGM sedar saingan daripada para pesilat lain amat sengit kerana kebanyakan mereka mewakili pertubuhan silat terkenal dan mempunyai reputasi tinggi.

Menurutnya, Pertubuhan Seni Silat Cekak Harimau dari Pahang akan menjadi pencabar utama dan memberi saingan kepada pesilat mereka dalam pertandingan berkenaan.

Kejohanan jadi platform perkenal Persatuan Silat Anggerik Jingga


PERSATUAN Silat Anggerik Jingga bakal mempamerkan aksi seni silat yang tertua di Melaka.


MELAKA – Persatuan Silat Anggerik Jingga menganggap peluang mempamerkan aksi tangkas pesilatnya pada Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru 2011 mampu menarik minat lebih ramai individu untuk menyertai persatuan itu.

Anggerik Jingga dianggap istimewa dalam dunia persilatan kerana ia merupakan silat tertua di negeri ini malah susur galur silat itu adalah daripada lima hulubalang Melaka termasuk Hang Tuah.

Yang Dipertuanya, Nora Aman berkata, perkara tersebut menjadi antara faktor pengaruh silat tersebut dapat dikembangkan ke seluruh negara dan peringkat antarabangsa.

Menurutnya, antara kepakaran ahli silat Anggerik Jingga adalah dalam aspek bunga silat, tempur tanpa senjata dan tempur dengan senjata.

Tambah Nora, persatuan yang diasaskan empat tahun lalu oleh Allahyarham suaminya, Zailan Zainuddin kini bersedia menghadapi kejohanan yang diadakan buat julung kali itu.

"Kesemua lapan pesilat handalan kami telah bersedia menghadapi kejohanan itu hasil latihan yang diadakan sebanyak dua kali seminggu," katanya.

Pesilat yang akan mewakili persatuan itu ialah Herman Ismail, Azlan Hashim, Muhammad Haziq Zailan, Muhammad Nazri Ghapar, Mohd. Izwan Mohd. Saleh, Nadim Abdul Aziz, Nurul Fahmi Abdul Ghafar dan Nor Syariha Nor Azaha.

15 guru silat berpengalaman jadi pengadil

SERI ISKANDAR – Bukan calang-calang juri yang akan mengadili Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru 2011 di Dewan Besar, Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini.

Pengarah kejohanan, Jak Othman berkata, barisan juri terpilih daripada 15 guru silat yang berpengalaman selama puluhan tahun dan diiktiraf Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).



"Aspek penjurian amat ketat kerana kita mahu hanya pesilat yang benar-benar mampu menonjolkan seni bela diri Melayu tulen dinobatkan sebagai juara.

"Dalam erti kata lain, setiap peserta perlu mempamerkan persembahan mantap yang menepati ciri-ciri pendekar Melayu," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ujarnya, aspek yang ditekankan adalah keaslian, kesenian, ketangkasan, adab masuk gelanggang, inovatif persembahan dan busana.

"Contohnya, jika pesilat itu mewakili persatuan silat yang berakar umbi daripada budaya Bugis, lebih baik jika berbusana seperti pendekar Bugis dahulu kala.

"Kita juga tidak mahu elemen seni bela diri luar seperti karate-do dan judo diselitkan dalam setiap persembahan peserta. Jika tidak penyertaan akan dibatalkan serta-merta," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pencarian resipi paling istimewa

Posted:

Pencarian resipi paling istimewa

Pencarian resipi paling istimewa

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


CABARAN Daisy Sehebat Chef 2011 memberi peluang kepada orang ramai untuk berkongsi rahsia kesedapan kek dan biskut.


KUALA TERENGGANU – Pertandingan mencipta resipi kek dan biskut Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang bakal membuka tirai pada 18 Jun ini memberi peluang kepada peserta mempamerkan bakat dan kemahiran terpendam mereka,

Pengarang Rencana Kosmo!, Najibah Hassan percaya ramai individu mempunyai kebolehan menghasilkan kek dan biskut lazat namun ia tidak diketengahkan.

"Melalui pertandingan ini, mereka boleh berkongsi kebolehan dan rahsia dalam penghasilan kek serta biskut dengan orang ramai menggunakan minyak jagung Daisy," katanya ketika dihubungi semalam.

Justeru, Najibah berharap penduduk di negeri-negeri Pantai Timur tidak melepaskan peluang menyertai cabaran tersebut yang akan berlangsung di pusat beli-belah Giant dekat sini.

"Kuala Terengganu akan menjadi lokasi pertama daripada empat zon yang telah dipilih bagi Cabaran Daisy Sehebat Chef tahun ini sebelum pusingan akhir dijadualkan berlangsung di Shah Alam.

"Kita menjemput semua pihak termasuklah persatuan-persatuan, para pelajar ataupun individu untuk sama-sama mempamerkan bakat dalam pertandingan tersebut," katanya.

Beliau menjelaskan, mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan itu hanya perlu menghantar borang penyertaan yang boleh didapati di dalam akhbar Kosmo!.

Ujarnya, di setiap zon, penganjur akan memilih 15 peserta yang berjaya menghasilkan resipi terbaik bagi kedua-dua kategori.

Juara akan meraih RM5,000 dan barangan Tupperware bernilai RM5,000 manakala tempat kedua menerima wang dan barangan Tupperware bernilai RM3,000. Pemenang tempat ketiga pula memenangi barangan Tupperware bernilai RM2,000 dan wang tunai RM2,000.

Ubi vitato ramuan rahsia kek ciptaan Johana


JOHANA menunjukkan beberapa kek yang dihasilkan di kedainya di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Ubi vitato menjadi pertaruhan Johana Ibrahim, 36, dalam membuat kek unik untuk dipertandingkan pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Timur di sini pada 18 Jun ini.

Johana yang mempunyai pengalaman membuat kek selama 17 tahun berkata, melalui penggunaan ubi segar yang dikisar menjadi tepung, dia mahu menghasilkan kek yang mempunyai rasa kuih tradisional tetapi masih mengekalkan keenakan kek sebenar.

"Selain kek yang enak, saya juga mahu menghasilkan produk yang sihat kerana ubi vitato kaya dengan vitamin A," katanya ketika ditemui di kedainya di Seberang Takir dekat sini semalam.

Menurut pemilik Galeri Kek Manjaerana ini, tepung kek ubi vitato tidak terdapat di pasaran namun ia tidak menjadi penghalang kerana ubi tersebut banyak dijual di negeri ini.

"Saya terpaksa memproses ubi tersebut menjadi tepung, namun saya yakin hasilnya pasti menyelerakan," katanya.

Johana sudah mula berlatih membuat kek berkenaan dan hasilnya sangat memuaskan dan dia akan memperbaiki rasanya dalam tempoh seminggu sebelum pertandingan.

Ujarnya, dia pasti pertandingan itu berlangsung sengit dan akan membuat persiapan rapi bagi menghasilkan kek terbaik.

Pembaca Kosmo! berpeluang dapat minyak jagung Daisy

kamilah.mustapha@kosmo.com.my">



KUALA LUMPUR – Para pembaca setia akhbar Kosmo! berpeluang memenangi minyak jagung percuma Daisy di empat lokasi pertandingan peringkat zon Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011.

Eksekutif Iklan Kosmo!, Nizam Baharudin berkata, hadiah minyak jagung 500 mililiter (ml) itu akan diberikan kepada 200 pembaca di setiap lokasi.

Katanya, para pembaca Kosmo! hanya perlu menukarkan dua kepala akhbar (masthead) akhbar itu di kaunter lokasi pertandingan untuk mendapatkan minyak tersebut.

"Ia hanya terhad kepada 200 pembaca Kosmo! yang paling awal berbuat demikian di kaunter yang akan dibuka mulai pukul 10.30 hingga 11.30 pagi," katanya di sini semalam.

Pertandingan peringkat Zon Timur akan diadakan di Giant, Kuala Terengganu pada 18 Jun dan Zon Tengah di AEON AU2 Shopping Centre, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 26 Jun.

Zon Utara pula berlangsung di Star Parade, Alor Setar pada 2 Julai dan diikuti Zon Selatan di Giant, Tampoi, Johor Bahru pada 10 Julai.

Nizam menjelaskan, Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 tidak mengenakan sebarang bayaran kepada para peserta yang berminat menyertainya.



"Sebaliknya ia memberi peluang kepada mereka yang terpilih sama ada menang atau kalah untuk menerima ganjaran wang sebanyak RM100 bersama hadiah Daisy dan barangan Tupperware bernilai RM100," jelasnya.

Beliau mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk menyahut cabaran itu kerana tarikh tutup pertandingan berbeza di setiap zon.

"Tarikh tutup bagi peringkat zon di Terengganu ialah pada 16 Jun, di Kuala Lumpur pada 23 Jun, di Kedah pada 30 Jun dan 7 Julai bagi yang berada di Johor," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sentuhan kasih sayang tisu Kleenex

Posted:

Sentuhan kasih sayang tisu Kleenex

Sentuhan kasih sayang tisu Kleenex


DARI kanan: Selina, Charis dan Sheila Majid merasmikan majlis Sentuhan Keselesaan Bersama Kleenex di Vila Bayu, Sunway Resort Hotel & Spa baru-baru ini.


SAMA seperti tisu Kleenex yang lembut dan memberikan keselesaan, anak-anak kecil juga mendambakan sentuhan kasih sayang daripada ibu bapa mereka dengan kelembutan yang sama.

Kebanyakan ibu bapa kini sangat sibuk sehingga lupa berkomunikasi dan memberi sentuhan kasih sayang terhadap anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak lebih rapat dengan pembantu rumah dan rakan-rakan sebaya.

Bagi membantu merapatkan lagi hubungan ibu bapa dan anak, Kleenex tampil membawakan sesi bengkel Sentuhan Keselesaan Bersama Kleenex untuk Ibu di Vila Bayu, Sunway Resort Hotel & Spa, Selangor baru-baru ini.

Bengkel sehari itu menampilkan selebriti Sheila Majid, pendidik kekeluargaan, Charis Patrick dan pakar psikologi klinikal dan pendidikan, Selina Ding yang menyampaikan ceramah mengenai sentuhan kasih sayang terhadap si kecil.

"Kanak-kanak perlu merasai kasih sayang dan keselamatan untuk membesar sebagai individu yang berfikiran positif dan matang. Kasih sayang akan membuatkan anak-anak terasa mereka lebih dihargai," kata Selina.

Tambahnya, ibu bapa tidak seharusnya terlalu menekankan soal hukuman dalam mendidik anak-anak tetapi menggunakan pendekatan positif untuk mengelak anak-anak daripada memberontak.

"Jika anak membuat salah, anda tidak semestinya menengking atau memukul kerana adakalanya gerak tubuh anda cukup untuk menyatakan tidak bersetuju dengan perbuatannya.

"Anda harus ingat bahawa anak-anak belajar melalui apa yang dilihat di sekelilingnya. Jadi, awasi tingkah laku anda," ujarnya.

Dalam pada itu, Charis memberitahu, ibu bapa adalah penentu dalam menyediakan persekitaran yang selesa untuk anak mereka belajar dan membesar.

"Perasaan selamat yang datang dalam persekitaran positif dari segi fizikal dan emosi memperkuatkan lagi perhubungan keluarga.

Sheila, ibu kepada empat cahaya mata turut berkongsi pengalaman peribadi dan falsafahnya tentang kepentingan keselesaan diri.

Ini kerana apabila ibu selesa dengan diri sendiri termasuk ketika waktu haid, ia memberi lebih keyakinan kepada si ibu untuk mendekatkan diri dengan anak.

Apabila ibu dapat bersama-sama mengikuti aktiviti anak-anak, si kecil akan merasa mereka dihargai dan ia merangsang pertumbuhan diri yang positif dalam diri mereka.

"Amat penting bagi saya, anak-anak saya membesar menjadi individu yang matang, berupaya menyayangi insan lain dan berbakti kepada masyarakat.

"Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi saya sentiasa mencuba yang terbaik untuk menggabungkan rasa keselesaan dan keselamatan dalam kehidupan mereka. Saya juga berusaha menjadi contoh yang baik bagi memupuk sifat penyayang dan bertimbang rasa," katanya. – NURUL IZZA ROSLY

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penternak Felda ternak puyuh

Posted:

Penternak Felda ternak puyuh

Penternak Felda ternak puyuh

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


TERNAKAN burung puyuh di Felda mampu menambahkan lagi pendapatan peneroka terutama ketika proses penanaman kelapa sawit dilakukan.


BEKALAN daging puyuh untuk dijadikan pelbagai hidangan sering mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna dan pengusaha restoran.

Bagaimanapun, pengeluaran daging puyuh secara besar-besaran di negara ini didapati masih terhad berbanding ternakan lain meskipun sambutannya begitu menggalakkan.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, pihak OZ Biofarm Sdn. Bhd. bersama para peneroka Felda Lepar Hilir di Kuantan, Pahang baru-baru ini mengambil inisiatif memulakan program perintis ternakan puyuh daging secara komersial.

OZ Biofarm yang merupakan sebuah syarikat milik penuh Bumiputera di bawah subsidiari OZ Seventy Five Holdings Berhad merupakan pencetus idea kepada projek tersebut.

Melalui pengalaman selama enam tahun menjadi penternak tunggal di Kuantan, Norhan Mohd. Nor, 36, turut terlibat bekerjasama dengan OZ Biofarm untuk meneraju usaha membangunkan industri ternakan puyuh.

Menerusi skim SFVP (Smart Farming Venture Program), projek itu dilihat menampakkan hasil lebih baik dari segi disiplin perniagaan dan pengkhususan penternak sebagai usahawan berdaya maju dan berdaya saing.

"Projek ternakan puyuh daging ini dilihat sebagai salah satu program perintis yang diusahakan bersama peneroka-peneroka Gugusan Felda dalam merintis salah satu Program Sumber Makanan Negara.

"Para peneroka yang terlibat dalam projek ini menggunakan inisiatif modal sendiri sebagai peringkat permulaan dalam pembinaan reban puyuh, makanan, ubat-ubatan dan anak-anak puyuh," kata Norhan ketika ditemui baru-baru ini.

Sebagai permulaan kepada projek perintis yang tertumpu di Felda, kata Norhan, sebanyak 100,000 ekor puyuh dibekalkan kepada 10 peneroka di Felda Lepar Hilir 1 dan 4 di sini untuk diternak.

"Kita akan menambah bilangan puyuh daging itu secara berperingkat bagi memenuhi permintaan pasaran.

"Di samping itu, penyertaan peserta dalam kalangan peneroka juga akan ditambah dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengeluaran daging puyuh," katanya.

Tambah Norhan, dari segi teknikal dan penjagaan, peneroka tidak akan menghadapi masalah kerana OZ Biofarm menyediakan khidmat nasihat secara percuma kepada peserta bermula sejak hari pertama ternakan dibela, sehingga tempoh matang 30 hari.

Puyuh dieksport

Seterusnya, beliau berkata, daging-daging puyuh proses ini akan diedar di pasaran tempatan atau eksport ke Singapura, China dan negara Timur Tengah kerana permintaan yang menggalakkan.

"Bekalan puyuh di negara ini amat terhad kerana hanya segelintir pengusaha yang menjalankan ternakan ini.

"Untuk pasaran luar negara seperti Singapura pula, negara jiran itu sebenarnya memerlukan bekalan daging puyuh sehingga tujuh tan seminggu walaupun buat masa ini kita hanya berupaya mengeksport dua tan," katanya.

Beliau menyatakan sekiranya projek perintis di Felda Lepar Hilir itu berjaya, pihaknya menyasarkan untuk meluaskan program tersebut ke Felda lain di seluruh negara bagi memenuhi permintaan besar itu.

Sementara itu, seorang peserta program, Hawari Bachik, 59, yang juga peneroka Felda Lepar Hilir 1 mengakui projek berkenaan amat berbaloi untuk diusahakan kerana ia tidak begitu sukar.

"Saya memberi lebih tumpuan pada dua minggu pertama sahaja terhadap 5,500 burung puyuh yang diternak ini terutama dari aspek suhu badannya kerana haiwan ini masih tidak memiliki bulu.

"Selepas itu, penjagaannya agak ringkas iaitu saya hanya perlu menjaga pemakanan dan minumannya sebagaimana kaedah yang ditunjukkan oleh wakil syarikat OZ Biofarm," ujarnya.

Seorang lagi penternak, Sarijan Ali, 59, yang mengusahakan ternakan itu bersama keluarganya berkata, ternakan puyuh didapati berjaya meningkatkan pendapatan mereka dalam tempoh singkat.

"Sebanyak 5,500 ekor anak puyuh dibekalkan kepada saya untuk diternak pada 29 April lalu dan kini sebahagian daripadanya sudah boleh diproses untuk dijual.

"Saya berpuas hati dapat menternak puyuh ini kerana pusingan jualannya cepat dan saya menjangkakan mampu mendapat keuntungan kira-kira RM5,000 daripada jumlah ternakan itu," katanya.

Sebelum mengecapi hasil lumayan itu, Sarijan memberitahu, beliau terlebih dahulu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM20,000 bagi penyediaan rumah puyuh, ternakan dan makanan.

Dalam pada itu, Wakil Pengurusan Felda Lepar Hilir 1, Tirmizi Ruslan berkata, pihaknya menyambut baik program seperti ini berikutan ia menjana pendapatan peneroka terutama ketika proses penanaman semula kelapa sawit dijalankan.

"Program ternakan puyuh adalah salah satu program Gudang Makanan Negara. Selain menghasilkan makanan kepada negara, ia bertujuan untuk menambah pendapatan para peneroka.

"Sehingga kini program berkenaan membuahkan sesuatu yang positif dan difahamkan ia akan diperluas ke felda-felda lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bayar bil U Mobile di Pos Malaysia

Posted:

Bayar bil U Mobile di Pos Malaysia

Bayar bil U Mobile di Pos Malaysia

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


KAIZAD (kiri) dan Syed Faisal mengumumkan kerjasama strategik antara U Mobile dan Pos Malaysia.


PELBAGAI pilihan medium pembayaran bil telefon dan Internet mudah alih pasca bayar tentu sekali dapat memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran dengan lebih pantas.

Menyedari keperluan itu, U Mobile Sdn. Bhd. (U Mobile) dan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menjalin kerjasama bagi membolehkan pelanggan perkhidmatan telekomunikasi tersebut membuat pembayaran bil menerusi pelbagai rangkaian Pos Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Dr. Kaizad Heerjee berkata, melalui kerjasama tersebut, pelanggan-pelanggan U Mobile dapat membuat pembayaran bil talian dan Internet mudah alih pasca bayar mereka dengan lebih mudah dan berkesan.

"U Mobile amat komited dalam memastikan setiap pelanggan dapat menerima produk dan servis terbaik serta keutamaan dalam hubungan pelanggan.

"Kerjasama dengan Pos Malaysia ini akan merealisasikan lagi kemudahan dan capaian kepada saluran pembayaran yang lebih meluas," katanya pada majlis pengumuman kerjasama antara Pos Malaysia dan U Mobile di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Kaizad dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar mengenakan cop PAID secara simbolik di latar belakang replika bil U Mobile sebagai menandakan termeterainya kerjasama strategik itu.

Kaizad menambah, Pos Malaysia yang mempunyai rangkaian meluas sangat ideal dalam melengkapkan kerjasama dengan U Mobile.

Katanya, cawangan Pos Malaysia yang boleh didapati di setiap ceruk bandar dan desa di negara ini membolehkan pelanggan membayar bil tanpa sebarang masalah.

Syed Faisal memberitahu, pelanggan-pelanggan U Mobile boleh melunaskan pembayaran bil melalui kaunter di 700 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara. Pembayaran juga boleh dibuat di kios pembayaran automatik atau melalui laman web Pos Malaysia.

"Kami mempunyai 702 cawangan di seluruh negara dengan 182 terletak di kawasan utara, 162 di kawasan tengah, 109 di Sabah dan Sarawak serta lain-lainnya di kawasan selatan dan pantai timur.

"Pos Malaysia dilihat sebagai pusat sehenti pilihan rakyat Malaysia kerana menyediakan perkhidmatan bersama 180 agensi melalui rangkaiannya di seluruh negara," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiada pakar punca tren B. Bendera tergendala

Posted:

Tiada pakar punca tren B. Bendera tergendala

Tiada pakar punca tren B. Bendera tergendala

10/06/2011 8:53pm

GEORGE TOWN — Punca perkhidmatan Kereta Api Bukit Bendera tergendala sebanyak tiga kali selepas dilancarkan adalah kerana ketiadaan tenaga pakar berpengalaman dalam mengendalikannya.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, tidak dapat dinafikan bahawa pembuatan kereta api ini menggunakan teknologi moden dan serba canggih.

Katanya, kumpulan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali kereta api itu harus berkemahiran dan berpengalaman tetapi kakitangan Perbadanan Bukit Bendera (PHC) yang dipertanggungjawabkan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan didapati tidak berpengalaman dalam mengendalikan sistem perkhidmatan kereta api elektrik buatan Switzerland itu.

"Hasil perbincangan dengan pihak PHC, kami mendapati hanya syarikat kontraktor Garaventa AG Switzerland, yang membina kesemua sistem berkenaan mempunyai kepakaran dan syarikat berkenaan juga telah menawarkan bantuan untuk mengatasi masalah kerosakan yang timbul beberapa kali sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata PHC akan bekerjasama dengan pihak kontraktor yang akan menawarkan kepakaran teknologi yang ada pada mereka, bagi mengatasi masalah yang timbul sebelum ini untuk memastikan imej kereta api Bukit Bendera sebagai ikon Pulau Pinang tidak terjejas. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guna pistol palsu rompak RM80,000

Posted:

Guna pistol palsu rompak RM80,000

Guna pistol palsu rompak RM80,000

10/06/2011 8:50pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki bersenjatakan sepucuk pistol palsu melarikan wang tunai RM80,000 dari sebuah bank di Taman Taming Jaya, Seri Kembangan, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.50 petang itu, lelaki itu mengambil masa lima minit untuk melakukan rompakan nekad tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, lelaki berusia lewat 20an itu yang memakai cermin mata hitam dan rambut palsu paras pinggang masuk ke dalam bank lalu melompat ke dalam kaunter.

Katanya, lelaki itu kemudian mengacukan pistol ke arah kerani wanita di kaunter itu serta mengarahkannya supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam beg yang dibawanya.

"Suspek kemudiannya memaksa wanita itu mengikutnya sehingga ke pintu keluar sambil pistolnya diacu ke arah mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, setelah mengambil wang tersebut suspek bertindak melarikan diri dan mencampak pistol itu ke dalam longkang di hadapan bank terbabit sebelum menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang diletakkan berhampiran bank berkenaan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada sekatan jual hutang pelanggan

Posted:

Tiada sekatan jual hutang pelanggan

Tiada sekatan jual hutang pelanggan

10/06/2011 8:29pm

BACHOK — Kementerian Kewangan tidak bercadang mengenakan sekatan terhadap bank bagi menghalang mereka menjual fail hutang pelanggan yang gagal membayar balik pinjaman kepada pengutip hutang.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ini kerana kerajaan tidak mahu menjejaskan suasana perniagaan yang kondusif, selain si peminjam terikat dalam perjanjian dengan bank.

Beliau yang ditemui pemberita di sini hari ini diminta mengulas pendedahan penulis blog, Datuk Yazid Othman menerusi yazidothman.com berkenaan perkara itu.

Yazid dalam entrinya antara lain menggesa kementerian berkenaan campur tangan berikutan tindakan bank terbabit membebankan si peminjam khususnya pinjaman perumahan.

Ini kerana dakwanya, pembeli fail hutang berkenaan bertindak melelong premis si peminjam pada harga yang jauh lebih rendah berbanding nilai semasa serta jumlah pinjaman, menyebabkan baki hutang terpaksa dibayar oleh si peminjam. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


China jamin kapalnyabukan ancaman

Posted:

[unable to retrieve full-text content]BEIJING - China semalam memberi jaminan bahawa jiran-jiranya termasuk India dan Jepun tidak perlu bimbang dengan sebuah kapal pengangkut pesawat yang akan digunakan tentera negara itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Lagi skandal adik ipar Giggs

Posted:

[unable to retrieve full-text content]LONDON - Adik ipar bintang kelab bola sepak Manchester United (MU), Ryan Giggs, Natasha Giggs pernah melakukan hubungan seks dengan tiga bekas bintang MU, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita paling banyak subang di dunia akhirnya berkahwin

Posted:

[unable to retrieve full-text content]EDINBURGH, Scotland - Seorang wanita yang mukanya dipenuhi dengan subang, Elaine Davidson melangsungkan perkahwinan di sini semalam.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Fahami selok-belok pemanduan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]WANITA sering dilabel sebagai insan yang naif mengenai hal-hal berkaitan kereta. Bahkan ada yang menganggap golongan wanita hanya tahu memandu kereta tanpa mengetahui selok belok teknikal jentera yang mereka pandu.

Ketaatan isteri mengikut syariat

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KETIKA dimaklumkan mengenai Kelab Isteri Taat yang bakal dilancarkan, saya tertanya-tanya mengenai objektif penubuhan kelab tersebut.

Inisiatif melestari bandar industri

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SELAKU ibu negeri Selangor yang pesat membangun, Shah Alam tidak pernah sepi daripada pelbagai projek pembangunan dan perumahan yang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved