Ahad, 10 November 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ribuan kumpulan Baju Merah berkumpul di Bangkok

Posted:

Ribuan kumpulan Baju Merah berkumpul di Bangkok

Ribuan kumpulan Baju Merah berkumpul di Bangkok

10/11/2013 11:23pm

BANGKOK - Selepas kumpulan pembangkang mendominasi perhimpunan bantahan di Bangkok berhubung Rang Undang-undang pengampunan, hari ini ribuan penyokong kerajaan yang juga dikenali sebagai Baju Merah berhimpun di ibu negara ini.

Beberapa ribu penyokong Baju Merah berkumpul tengah hari ini untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan dan Rang Undang-undang pengampunan yang akan membuka jalan kepada kepulangan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Kebanyakan penyokong Baju Merah yang dibawa daripada pelbagai pelusuk negara ini, tiba di sini sejak malam tadi untuk menyertai perhimpunan itu.

Mereka mendakwa untuk melindungi demokrasi, sekali gus menambah eleman baharu dalam protes di ibu negara ini sejak beberapa bulan dikuasai oleh kumpulan anti Thaksin dan kumpulan pembangkang lain.

Pemimpin teras Baju Merah, Warachai Hema ketika berucap pada perhimpunan itu meminta kumpulan Baju Merah untuk bersatu menentang dan melindungi demokrasi.

Rang Undang-Undang Pengampunan yang diluluskan Dewan Rendah, ditarik balik minggu lepas.

Seorang pemimpin Baju Merah yang turut serta dalam perhimpunan bantahan itu, Sombat Boonngamanong meminta kerajaan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan kerajaan sebelum ini di bawah Abhisit Vejjajiva memohon maaf kepada rakyat kerana kedua-dua mereka telah mewujudkan konflik kepada negara. - Bernama

Taufan Haiyan: Orang ramai bimbang keganasan meningkat akibat kelaparan

Posted:

Taufan Haiyan: Orang ramai bimbang keganasan meningkat akibat kelaparan

Taufan Haiyan: Orang ramai bimbang keganasan meningkat akibat kelaparan

10/11/2013 11:15pm

TACLOBAN - Angka kematian akibat daripada bencana taufan Haiyan yang menghancurkan hampir keseluruhan bandar di Filipina dijangka meningkat kepada lebih 10,000 mangsa. Menurut pihak berkuasa, bencana alam itu adalah yang terburuk direkodkan dalam sejarah negara itu.

Angka yang terbaru itu direkodkan selepas mendapat maklumat daripada pasukan penyelamat berhempas-pulas membantu mangsa yang taufan Haiyan yang turut membawa gelombang seperti tsunami dan angin kencang.

Ratusan pasukan askar dan polis dihantar ke Tacloban, Leyte untuk mengawal keadaan terutamanya di kawasan yang terjejas teruk, manakala Amerika Syarikat telah memberi maklum balas terhadap permohonan pemerintah Filipina yang meminta bantuan penyelamat.

"Tacloban musnah sepenuhnya. Ada antara mangsa yang menjadi kurang waras sama ada kerana kelaparan yang melampau atau kehilangan keluarga masing-masing.

"Orang awam menjadi semakin ganas. Mereka sanggup merompak premis perniagaan, pusat beli-belah untuk mencari bekalan makanan, nasi dan susu. Saya takut dalam tempoh seminggu, mereka sanggup membunuh kerana kelaparan," kata seorang guru sekolah menengah, Andrew Pomeda, 36.

Pihak berkuasa sedang berusaha untuk memahami keadaan magnitud bencana itu dan mengambil tindakan lanjut. Ketua Polis Serantau Leyte berkata, 10,000 mangsa dikhuatiri mati membabitkan daerah itu sahaja.

Menurut Ketua Superintendan Elmer Sori, 2,000 lagi mangsa gagal dikesan di Samar yang juga lokasi pertama berhadapan dengan taufan Haiyan yang mengganas daripada Kepulauan Pasifik dengan maksimum kelajuan angin 315 kilometer sejam.

Berpuluh-puluh lagi mangsa disahkan terbunuh di kawasan tanah rata dan bandar sepanjang jarak 600 kilometer (km) di tengah-tengah kepulauan Filipina itu. – AFP

Seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands

Posted:

Seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands

Seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands

10/11/2013 10:44pm

IPOH - Dua lelaki, seorang daripadanya cedera setelah terperangkap dalam sebuah bengkel kenderaan akibat tanah runtuh di Jalan Sultan Abu Bakar Brinchang dekat Cameron Highlands di sini hari ini.

Idris Munir, 43, cedera di kaki dan kini dirawat di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata, manakala rakannya Mohd Norsofwa Abdul Wahab, 42, tidak cedera. Seorang daripada mereka adalah pemilik bengkel itu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Wan Zahari Wan Busu berkata, ketika kejadian pada pukul 6.35 petang, kedua-dua lelaki berkenaan sedang berbual bersama tiga lagi rakan mereka di hadapan bengkel itu.

"Hujan lebat menyebabkan bukit berhampiran bengkel itu runtuh dan menghempap kedai. Tiga lelaki yang berada di hadapan bengkel sempat melarikan diri namun dua daripada mereka terperangkap dalam bengkel," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu juga menyebabkan beberapa kereta di dalam bengkel itu rosak.

Wan Zahari berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands dengan bantuan anggota polis mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa.

"Kerja-kerja membersihkan kawasan bengkel itu sedang dijalankan bagi membolehkan kenderaan melalui kawasan itu," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

1 ulasan:

Asa Loan on 14 Januari 2017 12:51 PG berkata...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved