Kosmo Online - Negara |
- Mahkamah bebaskan Saiful Apek
- Isteri nafi aktor Aaron Aziz maut kemalangan
- Sekotak rokok 20 batang kini cecah RM12
Posted: Mahkamah bebaskan Saiful ApekOleh WAZIHA WAHID
PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek dilepas dan dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Majistret di sini semalam daripada pertuduhan memasukkan dadah kanabis dalam badan tiga tahun lalu. Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 44, dan tiga pekerjanya sebelum ini telah dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah sama pada akhir kes pendakwaan pada 25 Jun tahun lalu. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 22 Mei lalu mengarahkan mereka berempat membela diri daripada pertuduhan tersebut selepas membenarkan rayuan pendakwaan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Isteri nafi aktor Aaron Aziz maut kemalangan Posted: Isteri nafi aktor Aaron Aziz maut kemalanganOleh KHAIRUL AMRI HASSAN
KUALA LUMPUR - Isteri pelakon terkenal, Aaron Aziz menafikan berita yang tersebar di internet bahawa suaminya mati akibat kemalangan ketika bermain luncur salji di Switzerland sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan peminatnya di laman sosial awal pagi semalam. Isteri pelakon itu, Diyana Halik melahirkan rasa kesal dengan berita palsu itu sambil memberitahu, Aaron kini berada di Cape Town, Afrika Selatan untuk penggambaran rancangan realiti Fear Factor Selebriti Malaysia. Menurut sebuah portal dalam talian, Global Associated News, kira-kira pukul 3 pagi semalam, pelakon filem Ombak Rindu itu dilaporkan meninggal dunia selepas hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok ketika bermain luncur salji di Zermatt, Switzerland. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Sekotak rokok 20 batang kini cecah RM12 Posted: Sekotak rokok 20 batang kini cecah RM12Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI KUALA LUMPUR – Pengeluar rokok, British American Tobacco Berhad (BAT Malaysia) dan JT International Berhad (JTI) mengumumkan kenaikan harga rokok keluaran syarikat masing-masing sebanyak RM1.50 hingga RM2 sekotak. Ini menjadikan harga rokok seperti Dunhill, Kent, Winston, Salem dan Camel untuk 20 batang sekotak berharga RM10.50 hingga RM12 berkuat kuasa serta-merta bermula semalam. Kedua-dua pengeluar rokok berjenama di Malaysia itu mendakwa, pihak mereka terpaksa menaikkan harga rokok keluaran masing-masing ekoran berdepan dengan peningkatan cukai tembakau sebanyak 14 peratus oleh industri selain saingan perdagangan rokok haram yang diseludup masuk ke negara ini. Kenaikan harga rokok di negara ini dilakukan dalam tempoh empat bulan selepas BAT Malaysia dan JTI mengumumkan kenaikan rokok pada ke 3 Jun lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan