Kosmo Online - Sukan |
Lawatan ke Eropah menanti skuad Penyu Posted: Lawatan ke Eropah menanti skuad PenyuOleh MUSTAPA LAKAWA KHABAR gembira diterima pasukan Terengganu apabila kerajaan negeri menjanjikan habuan lumayan kepada semua pemain dan pegawai skuad Penyu itu seandainya berjaya menjuarai Liga Super dan Piala FA musim ini. Semalam, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meng- umumkan ganjaran berupa lawatan ke negara-negara Eropah seandainya skuad kendalian Irfan Bakti itu berjaya muncul juara berganda. Namun jika hanya gelaran Piala FA yang dibawa balik ke Terengganu, skuad Penyu turut mendapat ganjaran iaitu berupa lawatan ke London. "Seperti yang kita kata sebelum ini, jika kita muncul juara Piala FA, kita akan bawa pemain-pemain ke London. "Tetapi jika muncul juara berganda (Piala FA dan Liga Super), kita sedia membawa mereka ke seluruh Eropah," katanya. Ahmad Said berkata demikian sele- pas menghadiri majlis penyerahan bendera kontinjen Terengganu yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia ke-14 kepada ketua kontinjen, Datuk Wan Ahamad Wan Muda di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. SKUAD Terengganu berada pada landasan terbaik bagi merangkul gelaran berganda iaitu Piala FA dan Liga Super musim ini. Menurut beliau, semua pemain perlu beraksi dengan baik dan menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam misi membawa pulang kejuaraan ke negeri itu. "Kita mahu pemain membawa pulang kejuaraan dan kerajaan sedia memberikan ganjaran jika mereka berjaya mengharumkan nama Terengganu," ujarnya. Untuk rekod, Terengganu kini berada pada landasan terbaik untuk muncul juara Liga Super buat kali pertama selepas berkongsi 47 mata dengan pendahulu, Kelantan ketika saingan hanya berbaki tiga perlawanan. Dalam masa sama, anak-anak buah Irfan turut berpe- luang bergelar juara Piala FA buat kali kedua apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir untuk bertemu Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: RM5,000 untuk emasAhmad bergambar bersama para atlet pada majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sukma XIV Negeri Terengganu 2011 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu semalam. TERENGGANU terus mengekalkan tradisi pemberian ganjaran berupa wang tunai kepada atlet- atletnya andai berjaya memenangi pingat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XIV yang membuka tirainya di Kuala Lumpur esok. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, insentif bernilai RM5,000 akan diberi kepada atlet yang berjaya memperoleh pingat emas, RM3,000 perak dan RM2,000 gangsa. Bagaimanapun Ahmad berkata, ganjaran besar itu hanya akan diberikan andai kontinjen Terengganu muncul sebagai juara keseluruhan pada temasya yang bermula esok hingga 12 Jun ini. "Jika sebaliknya, kita akan beri RM3,000 kepada mereka yang meraih emas, manakala masing-masing RM2,000 dan RM1,000 bagi pemenang perak dan gangsa," katanya selepas menghadiri majlis penyera- han bendera kontinjen Terengganu di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu semalam. Pada temasya itu nanti, Terengganu yang diketuai ketua kontinjen, Datuk Wan Ahamad Wan Muda mempertaruhkan 214 atlet untuk beraksi dalam 15 acara daripada 20 acara yang dipertandingkan. Sasaran awal yang diletakkan juara bertahan itu adalah 27 emas, 18 perak dan 12 gangsa dengan acara kenu dan berbasikal dijadi- kan 'lubuk' utama dalam pemburuan pingat. Selain kenu dan berbasi- kal, antara acara lain yang disertai Terengganu adalah judo, lawan pedang, ragbi, softbol, bola baling, futsal dan bola tampar. Pada temasya di Melaka tahun lalu, Terengganu berjaya muncul juara buat kali kedua berturut-turut selepas memungut 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Aidil rasa kecewa
PEMAIN pertahanan Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil membantu siasatan dalam isu rasuah yang melanda pasukan itu. Aidil, 23, mengakui yang dia amat kecewa seandainya perkara ini benar-benar berlaku. "Saya tidak tahu perkembangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya tidak berani campur, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada pihak atasan. "Tetapi seandainya perkara ini benar-benar berlaku, ia amat memalukan dan mengecewakan saya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Liga Komuniti Mizi- Sports di Shah Alam semalam. Menurut Aidil, apa yang paling mengecewakan ialah gejala rasuah ini dipercayai berlaku dalam pasukan negeri kelahirannya, sedangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) telah banyak membantu memulihkan semula imej bola sepak negeri itu. "Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi. Saya bukan hendak menuduh rakan sepasukan ataupun mana-mana pemain. "Setakat ini biarlah pihak berkuasa melakukan siasatan, jika ada yang terlibat ia perlu diselesaikan. "Cuma apa yang mampu saya lakukan ialah memberi kerjasama sebaik mungkin jika diperlukan tetapi saya rasa gejala ini tidak wujud lagi dalam skuad Liga Super. "Prestasi kami yang tidak konsis- ten pula memburukkan lagi keadaan tatkala isu ini timbul semula," kata Aidil. Pemain pertahanan Malaysia itu juga menegaskan bahawa kemerosotan prestasi pasukannya adalah berpunca daripada krisis kecederaan yang dialami skuad Rusa itu. "Prestasi Negeri Sembilan yang kurang konsisten ketika ini adalah disebabkan masalah kecederaan pemain utama, malah kami terpaksa menggunakan khidmat bebe- rapa pemain Piala Presiden dalam perlawanan. "Namun apa pun saya yakin kami akan bangkit semula pada kempen Piala Malaysia nanti, malah bebe- rapa pemain juga semakin pulih daripada kecederaan termasuk Zaquan (Adha Abdul Radzak)," kata Aidil yang ketika ini menjalani latihan bersama kem skuad kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Jumaat ini. Kelmarin, SPRM mengumumkan bahawa siasatan terhadap pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan atas tuduhan mengatur keputusan perlawanan, kini hampir sele- sai. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan