Selasa, 18 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Sulaman tradisional wanita Melayu Sarawak

Posted:

Sulaman tradisional wanita Melayu Sarawak

Sulaman tradisional wanita Melayu Sarawak

SELENDANG atau selayah. lazimnya digunakan pada majlis keramaian, pertunangan, perkahwinan bahkan dalam adat pengkebumian.


SEBAIK selesai menunaikan solat Subuh, seorang wanita separuh umur keluar ke ruang tamu lalu duduk bersimpuh di hadapan sebuah pemidang kayu berukuran dua meter panjang.

Tegang terbentang di atas pemidang itu, sehelai kain berwarna merah dan diperiksanya dengan teliti dari sudut ke sudut, akhirnya dia menguntum senyuman.

Sejurus itu, dia mengambil satu bekas kecil di bawah pemidang tadi. Di dalamnya terdapat pelbagai alat seperti jarum, benang, gunting dan banyak lagi peralatan lain bagi memulakan rutin hariannya pada awal pagi iaitu menyulam keringkam.

Begitulah aktiviti lazim yang dilakukan oleh Salbiah Muhi, 61, dari Jalan Datuk Ajibah Abol, Kampung No. 5 di Kuching dalam meneruskan kesinambungan warisan sulaman keringkam yang diwarisi daripada ibunya sejak remaja.

Tanpa berlengah, Salbiah memakai cermin mata agar penglihatannya lebih tajam, lalu dia memulakan kerja-kerja sulaman, menyambung pekerjaannya.

Dengan ketelitian dan penuh tumpuan, Salbiah memegang jarum sambil mengira lembar-lembar benang sebelum disulam pada kain kasa rubia itu.

"Sulaman ini perlu dilakukan secara berhati-hati supaya benang daripada plat logam bersadur emas ini tidak patah, pada masa sama dapat memastikan coraknya tersusun kemas.

"Meskipun pekerjaan menyulam ini agak perlahan dan memakan masa, namun apa yang dititikberatkan dalam keringkam ialah kualiti sulamannya. Disebabkan pekerjaannya agak rumit, maka tidak ramai wanita di Sarawak masih melakukannya," katanya kepada Kosmo.

Keringkam merupakan sulaman tradisional wanita Melayu di Sarawak yang dijadikan selendang atau selayah. Lazimnya, ia digunakan pada majlis-majlis keramaian, pertunangan, perkahwinan bahkan dalam adat pengkebumian.

Menceritakan lanjut, Salbiah memberitahu, dia mengambil masa kira-kira dua jam untuk menyulam pada awal subuh kerana pekerjaan itu akan menyebabkan mata cepat letih.


SALBIAH meneruskan kesinambungan warisan sulaman keringkam yang diwarisi daripada ibunya sejak remaja.


Jika letih, dia akan berehat sebentar. Andai diteruskan juga, hasil sulaman akan rosak tanpa disedari kerana kesilapan pengiraan walau hanya satu lembar benang akan menyebabkan keseluruhan sulaman menjadi tidak berkualiti.

"Kerja-kerja menyulam sememangnya agak rumit kerana ia bermula di keliling tepi selendang sepanjang dua meter itu dan pastinya ia akan menyebabkan mata kita layu dan mengantuk ekoran hanya tertumpu pada kain berkenaan," katanya yang menyambung semula pekerjaan menyulam selepas makan tengah hari atau pada sebelah malam.

Menyentuh tentang motif keringkam, Salbiah memberitahu, kadangkala dia mengunakan kreativiti sendiri untuk mengolah corak bunganya selain mengaplikasikan corak-corak warisan daripada ibunya.

Bagi corak yang mudah dan tidak banyak bunga, sehelai selendang atau selayah boleh disiapkan dalam tempoh yang pendek antara dua hingga tiga bulan, namun untuk corak penuh ia mengambil masa lebih panjang sehingga enam bulan.

Motif

"Lazimnya saya menggunakan pucuk rebung untuk corak sulaman di sekeliling tepi selendang manakala bahagian lain pula boleh menggunakan motif bunga ros, bunga ros mekar, bunga ros kuncup, bunga raya, orkid, paka Jepun mahupun bunga pedada," katanya.

Menceritakan pengalamannya, Salbiah memberitahu, dia cuba membuat sulaman keringkam itu sekadar mencabar bakat diri ketika berusia 17 tahun, namun lama-kelamaan minatnya semakin tinggi terhadap sulaman tersebut.

Mengakui sulaman keringkam agak rumit, namun ia menjadi sesuatu yang menyeronokkan apatah lagi melihat hasil tangan sendiri mampu menyerlahkan penampilan seseorang lebih anggun.

Menurutnya, sulaman keringkam merupakan warisan secara turun temurun daripada nenek kepada ibu sebelum diteruskan oleh anak gadisnya.

"Pada asalnya, saya hanya minat melihat keringkam yang dihasilkan ibu, namun lama- kelamaan timbul minat untuk mencuba membuat sulaman itu sendiri sehingga ke hari ini dan kemudian adik saya Zainap turut berminat untuk mempelajarinya," jelas Salbiah.

Salbiah menambah, dia berasa bertuah dan bersyukur apabila anak perempuannya, Norhajiah Osman, 20-an menunjukkan minat dan mahu mempelajari sulaman ini.


SELENDANG atau selayah. lazimnya digunakan pada majlis keramaian, pertunangan, perkahwinan bahkan dalam adat pengkebumian.


Sementara itu, Zainap memberitahu, meskipun sibuk dengan kerja-kerja sulaman, dia tidak pernah menolak jemputan daripada mana-mana agensi kraftangan untuk menyertai pameran atau demonstrasi sulaman keringkam termasuk di Kuala Lumpur.

Sekurang-kurangnya dengan menyertai pameran atau demonstrasi seumpama itu, dia dapat mempromosikan sulaman warisan Bumi Kenyalang ke seluruh negara bahkan ke peringkat antarabangsa.

Apa yang menarik jelasnya, sulaman ini bukan sahaja mendapat sambutan warga tempatan malah turut mendapat perhatian dan dibeli oleh para pelancong asing dari Australia serta Jepun.

"Pada satu pameran yang saya sertai, ada seorang pelancong Jepun yang begitu teruja dengan sulaman ini hinggakan dia sanggup membeli jarum dan benang emas daripada saya.

"Selain itu, sulaman keringkam ini juga mendapat sambutan dan tempahan daripada pihak istana, para menteri, wakil rakyat, orang-orang kenamaan (VIP), badan kebudayaan dan orang persendirian," katanya.

Benang emas

Menurut Zainap, sesuai dengan kerumitan dan kualiti penghasilannya, harga sulaman keringkam agak tinggi. Namun bagi mereka yang faham dan tahu menilainya, harga tersebut memang setara dengan sulaman tersebut.

Misalnya kata Zainap, harga paling rendah bagi tudung yang mempunyai sulaman keringkam ialah RM500 dan ke atas manakala selendang pula mampu mencecah hingga puluhan ribu ringgit.

"Sulaman ini agak mahal disebabkan harga benangnya mencecah hingga RM90 segulung. Bagi menghasilkan sehelai selendang keringkam, sulaman itu memerlukan sekurang-kurangnya 30 gulung benang emas.


ZAINAP sentiasa memeriksa ketegangan kain di atas pemidang sebelum memulakan sulaman keringkam.


"Bayangkan harga benang emas RM90 didarab dengan 30 gulung, disebabkan itu kos bahannya memang agak tinggi," jelasnya harga tersebut bukan untuk mengaut keuntungan, sebaliknya untuk menampung kos benang emas.

Dalam pada itu, Zainap memberitahu, dia mengambil upah menyulam berdasarkan bilangan benang emas yang digunakan, maka harga benang dan upah akan menentukan harga sebenar keringkam itu.

"Kami pernah pernah menghasilkan selendang keringkam yang dijual paling mahal berharga RM7,000 sedangkan kos sebenarnya mencecah RM10,000," katanya.

Bagi seorang belia, Mohd. Nuradli Ismail @ Idris, 24, berkata, dia begitu minat terhadap sulaman keringkam kerana sulaman itu kelihatan unik berbanding sulaman lain.

Menurutnya, mungkin disebabkan ia agak rumit untuk dihasilkan menggunakan benang emas atau perak. "Selendang mahupun selayah keringkam sememangnya cantik dan anggun bila dipakai si gadis jelita," katanya.

Bagaimanapun kata Mohd. Nuradli, tidak dinafikan bahawa bilangan generasi muda yang mengetahui tentang sulaman keringkam ini boleh dibilang dengan jari.

"Saya amat menyokong sebarang usaha untuk mempertahan dan mengembangkan seni sulaman keringkam, jika boleh ia melangkaui ke peringkat antarabangsa.

"Salah satu caranya, mungkin pihak yang bertanggung jawab terhadap seni warisan seumpama ini mempergiatkan lagi usaha mempromosikan sulaman keringkam selain meng galakkan penggunaan produk tersebut dalam skala yang lebih luas," katanya ketika ditemui.

Cabaran WeChat ke pasaran global

Posted:

Cabaran WeChat ke pasaran global

Cabaran WeChat ke pasaran global


PERBELANJAAN besar dilaburkan oleh Tencent bagi memasuki pasaran antarabangsa.


APABILA pengeluar kondom, Durex mahu menghantar mesej intim kepada pelanggan di China, syarikat itu menggunakan platform mesej segera tempatan dipanggil WeChat yang telah menjadi pilihan utama pengguna telefon pintar sejak tiga tahun lalu.

WeChat atau dikenali sebagai Weixin mempunyai persamaan dengan aplikasi mesej segera seperti WhatsApp yang dibeli oleh Facebook pada harga RM62.31 bilion bulan lalu.

Peningkatan pengguna saban tahun memberikan ruang kepada aplikasi itu menembusi pasaran. Namun, wujud kebimbangan mengenai keselamatan siber di China yang boleh menjejaskan cita-cita tersebut.

Aplikasi tersebut mempunyai beberapa fungsi yang lebih menarik berbanding WhatApps. Ia membolehkan 300 juta penggunanya menghantar kiriman teks, gambar, video dan mesej bersuara. Selain itu, terdapat satu pilihan dengan hanya satu goncangan, pengguna dapat berhubung dengan pengguna lain secara rawak.

Pengguna Wechat di China tidak terhad kepada individu sahaja malah pekerja kerajaan turut menggunakan aplikasi yang dibina oleh Tencent, sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di China.

Sejak perjanjian WhatsApp itu diumumkan baru-baru, saham Tencent telah meningkat 9.4 peratus, memberikan permodalan pasaran sebanyak RM491.93 bilion menghampiri jumlah monumental Facebook sebanyak RM590.31 bilion.

"WeChat adalah platform mesra rakyat yang digunakan setiap hari," kata pengurus kanan jenama untuk Durex Fay Zhao. Kempen baharu syarikat itu telah meminta penggunanya untuk menyampaikan cerita cinta mereka menerusi WeChat.

Penganalisis teknologi di China berpendapat WeChat telah menghakis populariti satu lagi media sosial di negara itu iaitu Weibo. Ia mempunyai persamaan dengan Twitter.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Analysys International, WeChat kini berada di kedudukan kedua paling popular di China sebagai alat pesanan ringkas di peranti mudah alih.

"Ia telah mengalami peningkatan yang pesat sejak ia dikomersialkan pada tahun 2013," menurut kenyataan syarikat perundingan teknologi itu yang dikeluarkan pada bulan Februari.


KAWALAN ketat internet di China menjadi penghalang kepada perkembangan WeChat ke luar negara.


Bayaran

Aplikasi itu tidak mengenakan sebarang bayaran untuk dimuat turun tetapi terdapat beberapa caj akan dikenakan seperti pembelian secara talian emotikon dan permainan video.

Bagi mengekalkan momentum pengguna, WeChat telah memperkenalkan perkhidmatan baharu seperti permainan video dan pembayaran dalam talian untuk perkhidmatan tempahan teksi.

Tencent memperoleh pegangan 20 peratus dalam Dianping.com iaitu sebuah laman web carian restoran sekitar China pada Februari lalu dan mula menawarkan kupon makanan melalui WeChat.

Perjanjian terbaharunya, Tencent mengambil pegangan 15 peratus dalam syarikat jualan langsung dalam talian, JD.com, usaha itu untuk lebih bersaing dengan e-dagang gergasi, Alibaba.

Ditubuhkan pada tahun 1998 di bandar Shenzhen, Tencent adalah salah satu syarikat internet terbesar di China yang memberikan saingan hebat kepada Alibaba dan enjin carian domestik, Baidu.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tencent, Ma Pony meletakkan harapan tinggi untuk meluaskan WeChat ke pasaran antarabangsa dengan membelanjakan sebanyak RM655.90 juta tahun lepas. Salah satu strateginya adalah melantik pemain bola sepak terkenal Lionel Messi untuk membintangi kempen pengiklanan aplikasi itu.

Dalam satu kenyataan kepada media tempatan, Pony mengklasifikasikan Wechat sebagai produk yang mempunyai peluang besar untuk menembusi pasaran luar tetapi kebimbangannya kepada keselamatan siber di negara itu boleh menghancurkan harapan tersebut.

Kebimbangan

Pihak Amerika Syarikat (AS) menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan peralatan telekomunikasi yang dijual oleh firma-firma China seperti Huawei dan ZTE.

Pemerintah negara Tembok Besar itu mengekalkan pengawasan ketat terhadap rangkaian internet. Beberapa informasi dan maklumat di laman carian Weibo yang dianggap terlalu sensitif telah dipadamkan. Sebelum ini, firma-firma internet China dan syarikat asing yang beroperasi di negara itu perlu memberikan maklumat pengguna kepada pihak berkuasa sebagai satu langkah keselamatan negara.

Berikutan itu, penganalisis berpendapat akan wujud kebimbangan dalam kalangan pengguna Barat mengenai keselamatan internet dan perlindungan data peribadi dalam WeChat.

"Negara-negara Amerika dan Eropah amat mementingkan perkara-perkara tersebut sehingga berasa was-was untuk menggunakan produk dari China. Ia menjadi halangan besar kepada pengusaha tempatan untuk berkembang," kata penganalisis, Lu Jingyu.

Selain WeChat, beberapa aplikasi pesanan ringkas yang menguasai pasaran Asia ialah Line dari Jepun dengan jumlah pengguna 300 juta orang manakala Kakao Talk dari Korea Selatan dengan jumlah pengikut seramai 100 juta orang.

"Sudah terlalu banyak aplikasi pesanan ringkas yang telah menguasai pasaran global, ia dilihat sebagai satu cabaran besar kepada WeChat untuk diterima," ujar salah seorang penganalisis dari Analysys International, Dong Xus. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Aplikasi bantu rancang perjalanan

Posted:

Aplikasi bantu rancang perjalanan

Aplikasi bantu rancang perjalanan

Oleh HAFIZ AHMAD

APLIKASI Plus Mobile boleh dimuat turun di telefon pintar atau tablet.


KERJAYA sebagai seorang ahli perniagaan menuntutnya untuk berulang-alik dari ibu kota ke selatan tanah air sekerap mungkin. Perjalanan jauh itu kadangkala membuatkan Mohd. Azhan Hamza, 30, berasa resah mengingatkan keadaan trafik yang tidak menentu.

"Keadaan lebuh raya tidak boleh dijangka kerana ada masanya lenggang tanpa sebarang masalah tetapi jika tersilap hari, tempoh perjalanan sedikit terlewat akibat kesesakan jalan raya," ujarnya ketika ditemui Infiniti di Persada Plus, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sehubungan itu, dia akan merancang perjalanan dengan mengikuti perkembangan trafik lebuh raya melalui laman sosial Twitter atau menerusi aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps.

"Bagaimanapun, sejak dua minggu lalu, saya lebih gemar menggunakan aplikasi baharu yang dikeluarkan oleh Plus Malaysia Berhad (Plus) iaitu Plus Mobile kerana ia memberikan informasi yang lengkap untuk perjalanan saya.

"Tidak hanya memberikan maklumat mengenai keadaan trafik terkini di lebuh raya Plus, ia juga memaklumkan mengenai sebarang aktiviti kerosakan atau kemalangan yang terdapat di sepanjang lebuh raya Plus," jelas Mohd. Azhan berasal dari Kuala Lumpur itu.


INFORMASI yang diterima menerusi pusat kawalan trafik akan disalurkan terus ke Pl ustrafik.


Lebih interaktif

Dia menambah, berdasarkan informasi yang diperoleh dari aplikasi tersebut dia mampu merancang perjalanan lebih awal sebelum bergerak ke Johor Bahru.

"Boleh dikatakan, ia mampu menandingi Waze atau Google Maps kerana Plus Mobile ini lebih interaktif kerana pengguna akan mendapat informasi terkini dan pantas.

"Berbanding aplikasi navigasi sedia ada, informasi yang diterima melalui aplikasi Plus Mobile adalah sahih memandangkan ia diseliakan oleh pihak Plus sendiri," ujarnya.

Aplikasi tersebut merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Plus untuk memastikan pengguna lebuh raya mendapat maklumat perkembangan trafik dengan lebih pantas, mudah dan jelas.

Dilancarkan pada awal tahun ini, Plus Mobile boleh dimuat turun secara percuma ke telefon pintar atau tablet menerusi sistem operasi App Store bagi pengguna Apple dan Google Play untuk pengguna peranti Android.


SETIAP info yang terdapat di Plus Mobile akan dikawal selia oleh pihak Plus.


Menurut Ketua Pegawai Operasi Plus, Mohammad Fuad Khusairi, pelancaran aplikasi tersebut adalah selari dengan perkembangan masa kini yang menginginkan informasi yang cepat dan tepat.

"Memandangkan pengguna telefon pintar yang semakin meningkat saban tahun, aplikasi seperti Plus Mobile ini dapat membantu dalam perjalanan seharian mereka.

"Perancangan awal perjalanan adalah objektif utama Plus Mobile kerana ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah ia dapat mengurangkan kesesakan yang sering dihadapi oleh pengguna lebuh raya," ujarnya.

Fungsi Plus Mobile tidak terhad kepada info trafik semata-mata kerana menerusi aplikasi itu juga, pengguna turut mendapat maklumat-maklumat lain seperti kalkulator tol, kemudahan-kemudahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan peta lebuh raya interaktif.

"Selain itu, Plus Mobile juga menyediakan paparan imej terkini di laluan-laluan tertentu di lebuh raya dan R&R. Ia akan dikemas kini setiap lima minit bagi memberikan gambaran jelas kepada pengguna.

"Sebagai contoh, jika ingin memulakan perjalanan ke utara dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (NSE), mereka hanya perlu klik pada pilihan Live Feed dan simbol kamera akan muncul dalam peta perjalanan," ujar Mohammad Fuad.


JIKA berlaku sebarang kerosakan kenderaan atau kemalangan di lebuh raya, maklumat tersebut akan disalurkan melalui Plus Mobile.


Imej terkini

Menerusi Live Feed, pengguna akan dapat paparan imej terkini menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di sepanjang lebuh raya tersebut.

"Begitu juga dengan keadaan terkini di kawasan R&R kerana melalui imej tersebut, pengguna boleh melihat perhentian mana yang tidak terlalu sesak dengan ruang letak kereta yang mencukupi," kata Mohammad Fuad.

Bagi mengira jumlah tol perjalanan, Plus Mobile menyediakan kalkulator ringkas melalui pilihan My Journey. Pengguna hanya perlu memasukkan data perjalanan mereka dengan kelas kenderaan yang digunakan.

Jumlah tol tersebut juga disertakan dengan lebuh raya yang akan digunakan berserta jarak kilometer bagi setiap lokasi.

"Selain itu, jika pengguna boleh mendapatkan arah ke lokasi lebuh raya tertentu dengan menggunakan sambungan ke sistem navigasi sedia ada. Mereka boleh memilih sama ada ingin menggunakan Waze atau Google bagi mendapatkan arah ke lokasi pilihan," jelas Mohammad Fuad.

Informasi trafik melalui pilihan Live Traffic juga merangkumi keadaan terkini aktiviti di lebuh raya seperti maklumat penutupan jalan, kemalangan jalan raya dan kerja-kerja penyelenggaraan.

"Ia akan dipamerkan melalui simbol-simbol tertentu sebagai contoh, jika Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berlaku kemalangan, pengguna akan melihat satu simbol yang disertakan dengan penerangan ringkas.

"Ringkasan tersebut akan dipadamkan selepas kerja-kerja menyelamat dan penyelenggaraan telah dilakukan," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Mohd. Azhan mengharapkan aplikasi tersebut menyediakan fungsi panggilan kecemasan sekali gus membantu pengguna ketika berada dalam situasi genting. Panggilan tersebut sebaiknya disambungkan terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Ia penting jika berlaku kecemasan seperti kemalangan yang memerlukan bantuan segera. Tindakan pantas tersebut mampu menyelamatkan nyawa selain membantu melancarkan trafik dengan cepat," cadang Mohd. Azhan.

Bakau sebagai benteng pesisir pantai

Posted:

Bakau sebagai benteng pesisir pantai

Bakau sebagai benteng pesisir pantai

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my


BARISAN pengamal media, sukarelawan Intel Malaysia dan anggota Persatuan Kebajikan Nelayan-nelayan Pulai Pinang di tapak penanaman semula pokok bakau di Sungai Sembilang.


HAMPIR sedekad lalu, dunia digemparkan dengan bencana tsunami yang melanda Acheh, Indonesia. Peristiwa yang mengorbankan berpuluh-puluh ribu nyawa itu turut mendapat perhatian Malaysia sebagai negara jiran yang paling hampir dengan negara tersebut.

Igauan ngeri itu juga masih terpahat kemas dalam lipatan memori penduduk setempat di Sungai Sembilang, Juru di Pulau Pinang.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Nelayan-nelayan Pulau Pinang, Ilias Shafie, 63, berkata, peristiwa tersebut menimbulkan kesedaran penduduk terutamanya komuniti nelayan untuk melakukan sesuatu bagi membenteng kawasan perairan Pulau Pinang.

"Penduduk sedar akan kepentingan pokok kayu bakau yang berfungsi sebagai pembenteng ombak semula jadi. Nelayan di sini sudah mula memulihkan beberapa kawasan tumpuan paya bakau sejak tahun 1997 tanpa sumbangan daripada mana-mana pihak.

"Namun, selepas kejadian tsunami di Acheh pada tahun 2004, banyak syarikat korporat tampil untuk bersama-sama memulihkan kawasan paya bakau di sekitar Pulau Pinang.

"Salah satu daripadanya ialah Intel Malaysia. Kami menyambut baik sumbangan yang diberikan dan kerjasama ini bermula pada tahun 2005 hingga sekarang," ujarnya ketika ditemui di kawasan tanaman paya bakau Sungai Sembilang baru-baru ini.


SUKARELAWAN Intel Malaysia menunjukkan pokok Bakau Minyak sebelum ditanam di kawasan paya bakau Sungai Sembilang, Juru, Pulau Pinang.


Antara lokasi lain yang diberikan tumpuan bagi tujuan yang sama ialah di Sungai Acheh, Pusat Pendidikan Paya Laut Sungai Acheh dan Kuala Haji Ibrahim di Nibong Tebal serta Bagan Belat.

Selain itu, hutan paya bakau turut berfungsi sebagai kawasan pembiakan dan penghasilan stok ikan dalam mengekalkan sumber perikanan serta menjaga alam sekitar.

Setakat ini, Intel Malaysia sudah berjaya menanam sebanyak 19,000 anak pokok Bakau Minyak di beberapa kawasan. Usaha tersebut membuahkan hasil apabila pelbagai spesies pokok bakau tumbuh di kawasan tersebut menjadikan jumlah terkini mencecah 25,000 pokok bakau.

Sementara itu, sukarelawan Intel Malaysia, Zalina Abdul Rahman, 36, terlibat secara aktif dalam program penanaman pokok paya bakau yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan.


BOT usang ini tersadai di kawasan berhampiran hutan bakau Sungai Sembilang.


"Sebagai pekerja, kami digalakkan untuk menjadi contoh rujukan kepada masyarakat melalui aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

"Saya seronok menyertai aktiviti ini kerana secara tidak langsung dapat mengenali penduduk setempat dengan lebih dekat dan lebih menghargai alam sekitar. Sedikit sebanyak saya sudah boleh mengenali jenis-jenis pokok bakau yang ada di sini.

"Tambah mengujakan, pekerja dapat menyalurkan bakti kepada masyarakat menerusi program berasaskan kemahiran masing-masing," katanya yang mesra disapa Along. Dia juga terlibat dalam aktiviti kempen kesedaran bersama pihak sekolah di sekitar Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

Dianggarkan keluasan kawasan tanaman semula pokok paya bakau di bawah kerjasama Intel Malaysia adalah seluas 3,345 meter persegi.

Usaha murni Intel Malaysia itu turut mendapat pujian aktivis alam sekitar dari Jepun iaitu Inoue Reiko yang merupakan Pengarah Perwakilan di Pusat Sumber Pasifik Asia-Perbadanan Antara Manusia (Parcic).

"Kami menghormati usaha Intel Malaysia dan nelayan di sini kerana mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri.

"Kami mahu menyokong apa yang dilakukan mereka dengan mencari dana untuk disalurkan bagi program ini," katanya yang kerap berkunjung ke Malaysia untuk melakukan penyelidikan sejak tahun 2008.

Plus Mobile papar maklumat terkini trafik

Posted:

Plus Mobile papar maklumat terkini trafik

Plus Mobile papar maklumat terkini trafik


LEBIH 150,000 pengguna telah memuat turun aplikasi Plus Mobile sejak dilancarkan pada Januari 2014.


SEJAK dilancarkan tiga bulan, Mobile Apps yang dikeluarkan oleh Plus Malaysia Berhad (Plus) telah dimuat turun lebih 150,000 pengguna. Pecahan tersebut meliputi 80,000 pengguna Apple dan 70,000 untuk Android.

Ia mempunyai perbezaan ketara dengan aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps kerana ia tidak bertindak sebagai penentu arah secara total tetapi lebih kepada rangkuman maklumat terkini aliran trafik di lebuh-lebuh raya Plus.

Ketua Pegawai Operasi Plus, Mohammad Fuad Khusairi berkata, pengguna perlu memahami kedua-dua konsep tersebut memandangkan wujud salah faham antara aplikasi tersebut.

"Plus Mobile menjurus kepada aplikasi yang membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka. Maklumat yang diterima dari aplikasi tersebut perlu diambil perhatian sebelum bergerak ke destinasi perjalanan mereka," ujarnya.

Dia menambah, perancangan itu penting terutamanya ketika musim perayaan yang sering berlakunya kesesakan jalan raya. Jika pengguna mengambil langkah merancang perjalanan, mereka dapat mengelak daripada tersekat di lebuh raya.

Mengulas mengenai cadangan penambahbaikan yang diberikan oleh pengguna Plus Mobile, dia berkata, Plus mengambil berat perkara tersebut dengan menimbangkan beberapa usul yang bersesuaian.

"Kami akan melakukan penambahbaikan bagi memastikan aplikasi ini terus relevan kepada pengguna lebuh raya. Malah, kemas kini aplikasi turut dilakukan secara kerap agar ia mudah digunakan tanpa sebarang gangguan," jelas Mohammad Fuad.

Dalam pada itu, sistem kemas kini maklumat diselenggarakan oleh pusat kawalan trafik dengan kerjasama 17 pejabat seksyen di sepanjang lebuh raya Plus. Ia akan dimuat turun secara serentak ke Plus Mobile dan Twitter rasmi Plus (@plustrafik) bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


4 kapal TLDM ke koridor Selatan

Posted:

4 kapal TLDM ke koridor Selatan

4 kapal TLDM ke koridor Selatan


ANGGOTA TLDM memberi penghormatan kepada kapal KD Pahang yang berlayar ke koridor Selatan bagi operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan semalam.


KUANTAN - Empat buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berlepas dari perairan negara semalam bagi menyertai fasa kedua misi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di koridor Selatan.

KD Selangor dan KD Kelantan bertolak dari Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 1 pagi, manakala KD Pahang dan KD Terengganu memulakan perjalanan dari Pangkalan TLDM Tanjung Gelang dekat sini pada pukul 2.45 petang.

Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Azhari Abdul Rashid berkata, KD Pahang dan KD Terengganu akan menyertai misi pencarian di Koridor Selatan yang menjangkau dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.

"Operasi kedua-dua buah kapal disokong oleh 150 orang pegawai dan kakitangan serta dibantu satu unit helikopter jenis Fennex.

"Setiap unit kapal memiliki kapasiti membawa bekalan makanan kering untuk kegunaan sehingga satu bulan dan bekalan makanan basah bagi kegunaan selama tiga minggu pelayaran.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia minta teliti semula data radar, satelit

Posted:

Malaysia minta teliti semula data radar, satelit

Malaysia minta teliti semula data radar, satelit



SEPANG - Malaysia telah meminta semua negara yang terlibat dalam pasukan mencari dan menyelamat termasuk di koridor Utara dan Selatan supaya meneliti semula data radar dan satelit milik mereka bagi mengecilkan kawasan pencarian pesawat MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keseluruhan kawasan pencarian sekarang adalah seluas 2.24 juta batu nautika persegi dengan koridor utara dan selatan masing-masing dipecahkan kepada tujuh kuandran iaitu setiap satunya meliputi lokasi seluas 160,000 batu nautika persegi.

"Dari segi usaha logistik, dalam tempoh 24 jam lalu kita berusaha keras dengan negara-negara lain untuk mengecilkan koridor pencarian.

"Fokus kita sekarang membabitkan empat tugas iaitu mengumpulkan maklumat daripada pemantauan satelit, analisis radar, meningkatkan aset di permukaan dan udara serta tenaga pakar teknikal," katanya pada sidang akhbar di Hotel Sama Sama di sini semalam.

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia bukan sarang pengganas

Posted:

Malaysia bukan sarang pengganas

Malaysia bukan sarang pengganas

SEPANG - Kerajaan menolak dakwaan yang menyatakan negara ini kini menjadi sarang pengganas berikutan kejadian kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sejak 8 Mac lepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dakwaan isu pengganas itu timbul apabila terdapat dua rakyat Iran yang menjadi penumpang pesawat berkenaan didapati menggunakan pasport curi.

Bagaimanapun, beliau berkata, setelah siasatan yang dilakukan oleh agensi perisikan antarabangsa mendapati, dakwaan tentang unsur pengganas adalah tidak berasas.

"Berkaitan dakwaan Malaysia jadi sarang pengganas, saya dahulu lima tahun jadi Menteri Dalam Negeri sudah dengar dakwaan ini tetapi memang jelas tidak ada asas langsung apatah lagi dengan apa yang kita lalui pada masa ini," katanya dalam sidang akhbar menjelaskan perkembangan usaha mencari pesawat MH370 yang masuk hari ke-11 di Hotel Sama-Sama di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Bukan sekadar milik pendekar dan raja

Posted:

Bukan sekadar milik pendekar dan raja

Bukan sekadar milik pendekar dan raja

Oleh ALIF ABU BAKAR


REKAAN tanjak urban Kotak Hitam berjaya menarik minat anak-anak muda untuk kembali bertanjak.


KALAU dihimpun setiap jenis tengkolok, destar atau tanjak Melayu, pasti ramai yang terlopong hairan. Lebih-lebih lagi orang sekarang yang sangat cetek pengetahuan- nya terhadap warisan silam itu.

Nama-nama seperti Tanjak Lang Melayang (Terengganu), Tengkolok Putera Kayangan (Perlis), Tanjak Pari Mudik (Selangor), Destar Patah Kepak (Perak), Destar Raja Naik Bersiram (Pahang), Destar Dendam Berahi (Negeri Sembilan), Destar Ketam Budu (Kelantan), Destar Siga (Sabah), Tanjak Tebing Laksamana (Johor), Destar Laksamana Kedah (Kedah) dan Tanjak Bugis Tak Balik (Sarawak) barangkali asing dalam kalangan orang awam.

Perkembangan tanjak dalam peradaban orang Melayu berlaku secara berperingkat. Berteraskan catatan sejarah, tanjak mula dipakai lelaki Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia bertujuan menutup kepala dan mengemaskan rambut yang panjang.

Begitupun, kajian ilmu terhadap kegemilangan aksesori klasik itu jarang diberi perhatian. Kesannya dapat dilihat hari ini. Kanak-kanak termasuk golongan muda menyimpan tanggapan kuno apabila ditanya tentang tanjak. Kata mereka, ia ketinggalan zaman dan hanya untuk pendekar.

Konsep pemahaman yang diguna pakai itu sebenarnya mencalarkan imej tanjak dalam masyarakat kita sendiri. Pada hakikatnya, tanjak bukan sekadar untuk raja, bangsawan ataupun pahlawan seperti Hang Tuah dan Hang Jebat.


TANJAK, tengkolok atau destar klasik diperbuat daripada kain sutera asli. - Gambar hiasan


Tanjak urban

Rakyat biasa yang terdiri daripada petani, penternak dan nelayan pada zaman dulu juga tidak terkecuali menjadikan tanjak sebagai penutup kepala setiap hari.

"Kita boleh labelkan ia sebagai serban untuk orang Melayu. Serban yang fungsinya kini lebih condong untuk beribadat diperkenalkan orang Arab. Konsepnya juga sama seperti tanjak iaitu menutup kepala," pendapat ilmiah daripada pengasas Kotak Hitam Art Studio/Clothing (Kotak Hitam),

Hazriansyah Kamalsha, 29, yang mesra disapa Tok Pek ketika ditemui baru-baru ini.

Di bawah Kotak Hitam, Hazriansyah bersama rakan kongsinya, Ahmad Mustaqim Rodzuan, 26, memperbaharui tanjak Melayu. Objektif mereka adalah untuk memupuk kecintaan anak- anak muda terhadap warisan klasik dan secara tidak langsung mengembali- kan kegemilangan tanjak.

Gerakan murni itu bermula menerusi perancangan revolusi dan transformasi pada tahun 2011. Mereka menyasarkan lebih 50 peratus orang Melayu Malaysia memakai tanjak sebagai aksesori harian. Begitupun, ia masih jauh untuk direalisasikan.

Setahun kemudian iaitu pada tahun 2012, Kotak Hitam cuba mengkomersialkan rekaan tanjak urban mereka. Acara pakaian label tempatan Getup Kluang! di Kluang, Johor menjadi platform awal mereka. Berpandukan satu prototaip, mereka menerima maklum balas positif.

Tidak menunggu lama, Kotak Hitam lantas mengeluarkan tanjak daripada lima jenis material. Denim gelap, denim terang, korduroi gelap, korduroi terang dan celoreng bomba adalah pertaruhan awal mereka.

"Sebenarnya kami mahu gunakan celoreng askar tapi tidak jumpa. Namun sekarang kami telah mempunyai rangkaian tanjak dengan celoreng tersebut," jelas Hazriansyah.

Pilihan fabrik tersebut menyimpang jauh daripada penggunaan songket bagi menghasilkan tanjak klasik. Kegilaan anak muda terhadap denim banyak memberi impak kepada perkembangan tanjak keluaran Kotak Hitam. Tamba- han lagi ia ringkas dan polos tanpa sebarang motif.

Saiz tanjak juga disesuaikan dengan ciri pelekat velcro. Berukuran 30 x 30 inci, saiz tersebut berbeza daripada kiraan tradisional yang menggunakan nombor ganjil bermula daripada 31 hingga 41 inci. Saiz lama itu lebih panjang dan lebar kerana ia perlu diikat secara manual.

TANJAK sering dikaitkan dengan pendekar Melayu termasuk hulubalang Melaka iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat. - Gambar hiasan


Aksesori

Tanjak selalunya diukur mengikut kepala lutut kerana saiznya sama dengan lilitan kepala.

Ciri boleh laras tanjak Kotak Hitam juga diakui sendiri Hazriansyah sebagai salah dalam konteks tanjak tradisional. Mengikut syarat asal, satu tanjak hanya direka untuk satu kepala. Ia tidak boleh bertukar milik.

Ahmad Mustaqim menambah, usaha mempromosikan tanjak sebagai aksesori harian di negara ini bagaimanapun berdepan sedikit tentangan. Pertembungan prinsip antara orang lama dan Kotak Hitam tentang pengubahsuaian dan adaptasi fungsi tanjak menyulitkan kelancaran gerakan.

Begitupun, teguran itu bukanlah secara kasar, malah lebih kepada pesanan.

Tanggungjawab memulangkan semula keagungan tanjak Melayu dalam kalangan anak muda turut diiringi penye- baran maklumat tentang pemakaian tanjak dengan betul.

Buktinya, setiap pembeli tanjak urban Kotak Hitam wajib mendengar penjelasan khusus berkenaan bahagian-bahagian tanjak, maksud lapisan dan lambaian, cara pemakaian serta pantang larang.

"Kami tidak mengejar keuntungan semata-mata. Kami mahu setiap pelanggan memahami sepenuhnya fungsi dan cara memakai tanjak mengikut syarat yang betul," dedah Ahmad Mustaqim.

Lipatan

Menyentuh proses peng- hasilan, Ahmad Mustaqim memberitahu, secara tradisinya, setiap tanjak daripada fabrik songket memakan masa selama tujuh hari untuk disiapkan sepenuhnya termasuk upacara khas.

Lipatan tanjak mengikut urutan lama dibahagikan kepada 10 langkah. Didahulukan dengan langkah bermula, diikuti risik melangkah, risik bertemu, cincin dikembang, lambai kasih, kasih berjawab, kasih bermula, bertemu kasih, gelombang kasih dan diakhiri bersama lambaian kasih.

Bagi tanjak urban Kotak Hitam, tapaknya terdiri daripada lima lapis. Ia masih mengekalkan bilangan ganjil yang kebiasaannya ditetapkan sama ada satu, tiga, lima atau tujuh lapisan tapak.

Hanya penghujung tanjak sebelah kiri boleh dinaikkan memandangkan sebelah kanan khusus untuk raja dan kerabatnya sahaja.

Selain tanjak, Kotak Hitam juga giat mempromosikan jaket layang yang menyerupai pakaian tradisional Melayu yang sering dipadankan bersama tanjak. Sebagai suntikan kelainan, ia direka dengan material denim dan fabrik bercorak celoreng.

Baju-T Pusaka Warisan yang turut dicipta Kotak Hitam pula mengangkat kehalusan seni motif pucuk rebung.

Tanjak songsang Altimet

Posted:

Tanjak songsang Altimet

Tanjak songsang Altimet

PENAMPILAN Altimet (kanan) yang bertanjak pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-28 Januari lalu mencuri perhatian ramai penonton.


EDISI ke-28 Anugerah Juara Lagu (AJL) yang berlangsung pada bulan Januari lalu menyaksikan kejayaan lagu Kalau Aku Kaya dendangan Altimet dan Awi Rafael menyandang tempat ketiga.

Selain mencipta sejarah sebagai lagu genre hip hop pertama yang diangkat dalam kelompok tiga terbaik, penampilan Altimet di pentas akhir AJL itu turut mencuri perhatian.

Jika diteliti, Altimet ialah artis kedua yang menggayakan tanjak pada malam itu (selepas vokalis kumpulan Salam Musik Ashraaf Salam A. Azlan pada persembahan pertama). Pemakaian tanjak dalam persembahan oleh seseorang artis sejak kebelakangan ini semakin meningkat.

Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 36, yang menggayakan tanjak urban rekaan celoreng daripada Kotak Hitam Art Studio/Clothing (Kotak Hitam) pada malam akhir AJL menjelaskan, ada sebabnya mengapa dia memilih tanjak.

"Ketika persembahan, saya memakai tanjak songsang iaitu tanjak yang dipakai secara terbalik. Ia dipakai sedemikian sebagai simbolik berperang atau memberontak.

"Pada malam tersebut, saya berjuang untuk muzik hip hop. Alhamdulillah, perjuangan itu berbaloi dan kalau ada yang perasan, saya ubah tanjak kembali kepada pemakaian normal sebagai tanda keraian," terang Altimet.

Sebagai penggemar aksesori kepala, terutama- nya topi, Altimet merasakan tanjak urban dari- pada Kotak Hitam amat praktikal dari segi pela- rasan. Menurut penyanyi rap itu, dia mudah sakit kepala jika topi yang dipakai terlalu ketat dan tidak boleh dilaraskan.

Perkembangan trend lelaki kontemporari

Posted:

Perkembangan trend lelaki kontemporari

Perkembangan trend lelaki kontemporari

Golongan lelaki tidak lagi mengehadkan diri terhadap gaya tipikal yang membosankan, malah telah berani mencuba stail moden yang bersifat kontemporari.


KINI lelaki bebas memilih fesyen mengikut kehendak sendiri.


PAKAIAN lelaki moden atau kontemporari adalah salah satu ekspresi komunikasi bersifat peribadi. Perubahan gaya dan sikap pengguna lelaki telah mendorong kebanyakan pereka untuk mengelak daripada stail yang terlalu mengikut peraturan.

Mematuhi manual undang-undang stail secara menyeluruh bukanlah kaedah tepat untuk tampil bergaya. Pakaian kontemporari misalnya, menawarkan kaum Adam peluang bagi menyerlahkan individualiti.

Pada masa kini, rekaan pakaian kontemporari lelaki menjadi lebih mencabar dengan pelbagai pilihan. Dulu, imej lelaki berkemeja dan tali leher mewakili golongan profesional dan korporat. Jean dan kemeja-T pula mewakili golongan muda dan remaja. Namun kini sesiapa pun boleh memakai apa jua pakaian yang mereka inginkan tanpa perlu bimbang pelabelan tradisional.

Jika lelaki memilih untuk memakai sut, itu adalah kerana kehendak mereka sendiri. Begitu juga jika mereka yang selesa memadankan kasut sneaker dan sut, tiada siapa berhak mempersoalkannya kerana itu merupakan pilihan individu.

Kita dapat lihat di sekeliling kita, lelaki tampil dengan gaya tersendiri. Mereka juga bijak menggabungkan pilihan pakaian yang dapat menyerlahkan gaya, identiti dan keperibadian. Pilihan pakaian yang ada di pasaran sangat banyak dan tiada batasan dari segi bentuk, gaya dan warna.

Namun perlu diingat, apabila menggayakan sesuatu pakaian berserta padanannya, pastikan anda melihat ia secara keseluruhan. Sut, jaket, kemeja, tali leher, seluar dan kasut anda mungkin berkualiti dan berjenama hebat tetapi paling penting adakah ia sesuai dipadankan antara satu sama lain?

Jejaka urban

Tampil bergaya dan stailo hanya dapat dicapai jika kita bijak menata gaya secara keseluruhan.

Bagi mereka di luar sana, anda tidak perlu keliru apabila memperkatakan tentang aliran fesyen terkini. Dengan mengambil inisiatif untuk bereksperimen, antaranya dengan memadankan pilihan pakaian dan aksesori yang selesa dipakai serta mampu menarik pandangan mereka yang melihat.

Sebut sahaja majalah yang menjadi rujuka fesyen seperti GQ, Details dan Portfolio, semuanya boleh didapati dengan mudah di pasaran. Nasihat saya, bila beli janganlah setakat menyelak sahaja tetapi cuba gunakan majalah-majalah ini sebagai panduan untuk belajar mengenai trend, padanan pakaian dan aksesori.


FESYEN lelaki kini berubah mengikut perkembangan trend.


Cuba belajar tentang padanan pakaian yang betul untuk sesuatu majlis. Terdapat banyak artikel yang boleh mengayakan minda dan semua itu adalah ilmu, terutamanya untuk anda yang sentiasa berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Apa sekalipun, meniru trend fesyen tidak semestinya anda boleh bergaya secara berlebihan. Pilihlah rekaan yang sesuai dengan budaya kita, asalkan ia tidak keterlaluan.

Kita boleh mengambil inspirasi daripada gaya, rekaan atau apa sahaja yang dipaparkan di dalam majalah tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan diri kita. Potongan badan, ketinggian dan warna kulit perlu diambil kira.

Sama ada kita akui atau tidak, kini ramai jejaka urban di Malaysia yang mula keluar daripada kepompong pemakaian konservatif. Mereka mengubah aliran mengikut perkembangan trend kontemporari.

Pertambahan golongan profesional muda juga mempercepatkan lagi pengaruh trend dan fenomena ini. Pengaruh iklan dalam media cetak atau elektronik yang menampilkan pakai- an, kaca mata dan kereta selalunya menampilkan model-model lelaki yang penuh keterampilan, memujuk golongan lelaki di luar sana untuk tampil serupa dengan apa yang dipaparkan.

Sememangnya lelaki kini tidak mahu lagi menjadi kumpulan jantina yang kurang menarik. Lelaki sekarang menghias diri seperti merak jantan lengkap dengan pembentukan imej yang lebih sempurna dan berketerampilan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pakar persoal pertahanan udara Malaysia

Posted:

Pakar persoal pertahanan udara Malaysia

Pakar persoal pertahanan udara Malaysia

SEBUAH pesawat pejuang jenis MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia.


LONDON - Kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu menimbulkan persoalan berhubung kemampuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menangani ancaman dari udara.

Siaran berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, maklumat terbaru bukan sahaja menimbulkan misteri berhubung kehilangan pesawat MH370 tetapi persoalan mengapa TUDM tidak bertindak selepas menyedari kapal terbang tersebut berpatah balik.

Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan, radar tentera mengesan sebuah pesawat tidak dikenali yang kemudian disahkan pesawat MH370 berpatah balik dan melintasi semenanjung negara itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil oleh tentera udara negara itu.

"Di mana tentera udara ketika semua ini berlaku?" kata bekas juruterbang Tentera Udara Britain dan penganalisis aeroangkasa, Andrew Brookes.

"Sejak serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 semua pertahanan udara di seluruh dunia sentiasa berjaga-jaga dengan kejadian rampasan pesawat yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang sasaran tertentu.

"Di Malaysia terdapat bangunan penting seperti Menara Berkembar Petronas yang mungkin menjadi sasaran kumpulan pelampau," tambahnya.

Ujar Brookes, ketika pesawat MH370 dikesan berpatah balik semasa dalam penerbangan dan mengubah ketinggian secara mendadak ia sepatutnya mencetuskan amaran kepada pihak tentera yang mengendalikan radar.

Akhbar The Telegraph melaporkan seorang pakar berkata, kebanyakan negara yang mempunyai pertahanan udara yang canggih akan mengesan pesawat musuh pada jarak beratus-ratus kilometer dan menghantar pesawat untuk memintasnya.

TUDM mempunyai beberapa jet pejuang canggih seperti Sukhoi S30, MiG-29N dan F18 serta sering mengadakan latihan bersama tentera udara dari negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

Di negara di Amerika Utara dan Eropah terdapat kerjasama rapat antara pihak tentera udara dan menara kawalan trafik.

Sekiranya radar tentera mengesan satu objek tidak dikenali atau mencurigakan, prosedur normal adalah berhubung dengan menara kawalan untuk pengesahan pesawat.

Jika pesawat itu tidak dikenali pihak tentera akan membuat hubungan radio dan sekiranya gagal jet pejuang dengan segera akan dihantar bagi memintas kapal terbang tersebut.- Agensi

India nafi MH370 diguna untuk serang negara itu

Posted:

India nafi MH370 diguna untuk serang negara itu

India nafi MH370 diguna untuk serang negara itu


REUTERS
SEBUAH kapal Tentera Laut India, INS Kesari, yang terlibat dalam operasi mencari pesawat MH370 tiba di Pelabuhan Blair di Pulau Andaman semalam.


NEW DELHI - Kerajaan India menolak laporan kononnya pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu dihalakan ke negara itu untuk tujuan seperti serangan terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001.

Menteri Luar India, Salman Khurshid berkata, negara itu tidak menerima sebarang petunjuk tentang serangan seumpama itu.

"Saya tak fikir kita pergi sejauh itu. Namun agensi keselamatan akan mengkaji segala kemungkinan," katanya kepada saluran CNN-IBN.

Bagaimanapun, beliau menegaskan agensi-agensi keselamatan akan mengkaji segala sudut, dan memberi jaminan India akan berusaha sedaya upaya membantu operasi menyelamat.

"Kami akan beri mereka apa yang perlu termasuk sokongan dari segi sumber tenaga, kapal dan kelengkapan.

"India membekalkan bilangan terbesar kapal dan kami akan terus berbuat demikian sedaya upaya kami," ujarnya.

India merupakan satu daripada beberapa negara yang diminta oleh Malaysia untuk membantu dalam operasi mencari pesawat MAS yang hilang itu.

Negara itu terletak di koridor Utara, laluan kemungkinan dilalui pesawat MH370 tersebut selepas ia hilang daripada radar pada 8 Mac lalu. - Bernama

Pesawat MH370 mungkin dibawa ke kubu kuat Taliban

Posted:

Pesawat MH370 mungkin dibawa ke kubu kuat Taliban

Pesawat MH370 mungkin dibawa ke kubu kuat Taliban


REUTERS
BEBERAPA tentera Afghanistan berkawal di Ghaziabad yang merupakan salah satu kubu kuat pejuang Taliban di negara itu.


LONDON - Para penyiasat kini menyiasat kemungkinan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu berjaya melepasi sistem radar beberapa negara dan kini berada di sempadan Afghanistan yang merupakan kubu kuat pejuang Taliban, lapor akhbar The Independent kelmarin.

Pesawat berkenaan yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China di percayai dilencongkan oleh seseorang yang mahir mengendalikan kapal terbang jenis Boeing 777-200 tersebut.

Pihak berkuasa Malaysia difahamkan membuat permohonan diplomatik bagi menyiasat teori bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal tersebut terbang ke salah satu kubu kuat Taliban di sempadan Afghanistan berhampiran barat laut Pakistan.

Para pegawai yang terlibat dalam siasatan berkenaan memberitahu permohonan diplomatik penuh diminta kerajaan Malaysia bagi memastikan kebenaran teori pesawat itu diterbangkan ke kawasan tersebut yang tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan.

Sebahagian besar selatan Afghanistan dan barat laut Pakistan dikuasai oleh pejuang Taliban.

Seorang jurucakap MAS berkata, wilayah berkenaan melibatkan bidang kuasa tertentu di mana pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awam perlu mendapatkan kebenaran.

"Wilayah ini terletak di Pakistan dan Afghanistan dan kami tidak boleh menyiasat dakwaan tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada kedua-dua negara itu,'' katanya.

Wilayah tersebut mempunyai pertahanan udara yang ketat dan turut mempunyai beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.

Bagi sesebuah pesawat komersial melintasi kawasan itu tanpa dikesan radar memerlukan satu peralatan navigasi yang canggih selain kemahiran tinggi juruterbang. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Enam wanita Thailand didenda sejumlah RM21,000, miliki daun ketum

Posted:

Enam wanita Thailand didenda sejumlah RM21,000, miliki daun ketum

Enam wanita Thailand didenda sejumlah RM21,000, miliki daun ketum

18/03/2014 9:50pm

KANGAR - Enam wanita warga Thailand dikenakan denda berjumlah RM21,000 atau penjara lima bulan Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki sejumlah 63.89kg daun ketum, 14 Januari lepas.

Majistret Norhayati Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua tertuduh berusia 22 hingga 35 tahun itu membuat pengakuan bersalah ketika dihadapkan di mahkamah pada 17 Januari lepas.

Tiga daripada mereka iaitu Daranee Phttharut, 23, Romah Detkob, 34, dan Waidah, 35, masing-masing didenda RM4,000 atau penjara lima bulan kerana memiliki daun ketum seberat 41.66kg.

Tiga lagi tertuduh, Simaporn Tongjan, 23, Rohanee Maree, 26, dan Bulan

Phatcharaphodchana, 31, masing-masing dikenakan denda RM3,000 setiap seorang atau lima bulan penjara kerana memiliki daun ketum seberat 22.23kg.

Kesemua mereka didakwa memiliki daun tumbuhan hijau yang mengandungi mitragynine iaitu bahan-bahan yang disenaraikan dalam jadual pertama dan ketiga (bahan-bahan Psikotropik) Akta Racun 1952. - Bernama

Operasi mencari MH370 diperluas sehingga 2.24 juta batu nautika persegi

Posted:

Operasi mencari MH370 diperluas sehingga 2.24 juta batu nautika persegi

Operasi mencari MH370 diperluas sehingga 2.24 juta batu nautika persegi

18/03/2014 8:35pm

SEPANG - Operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 mencapai satu dimensi antarabangsa yang baharu meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika persegi yang dinamakan sebagai Koridor Selatan dan Utara.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kawasan itu amat luas dan ia merupakan sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan Malaysia secara bersendirian.

"Oleh itu, saya amat gembira begitu banyak negara yang tampil menawarkan bantuan dan sokongan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Menurut Hishammuddin, kawasan mencari bagi Koridor Utara dan Koridor Selatan itu dibahagikan kepada tujuh kuadran dengan setiap kawasan kuadran dianggarkan 160,000 batu nautika persegi.

"Pencarian itu masih diselaraskan Malaysia manakala rakan-rakannya mengambil peranan yang semakin penting untuk menyusun dan menjalankan operasi di wilayah mereka sendiri serta dalam sektor pencarian yang dipersetujui," katanya pada sidang akhbar mengenai kemajuan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di sini. - Bernama

Perancis tawar kepakaran pencarian dalam air

Posted:

Perancis tawar kepakaran pencarian dalam air

Perancis tawar kepakaran pencarian dalam air

18/03/2014 8:28pm

SEPANG - Pakar-pakar Perancis akan menghulurkan kepakaran dalam operasi pencarian di bawah permukaan air kepada Malaysia yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.

Penasihat khas kepada Biro Penyiasatan Kemalangan Penerbangan Perancis, Jean Paul Troadec berkata, kepakaran mereka dalam siasatan nahas udara Penerbangan 447 Air France pada 2009 mungkin boleh dimanfaatkan dalam pencarian pesawat Boeing 777-200ER itu.

"Kami mempunyai kepakaran dalam pencarian dalam air, uji kaji dan aspek teknikal dalam bidang komunikasi dan elektronik," kata beliau ketika ditemui di Hotel Sama Sama di sini hari ini.

Bagaimanapun Troadec berkata, operasi pencarian MH370 berbeza dengan operasi pencarian yang dapat mengesan pesawat 447 dalam tempoh yang singkat selepas nahas itu berlaku.

"Bezanya adalah tidak lama selepas nahas penerbangan 447 Air France itu, kami tahu batas kawasan di mana pesawat itu berada," ujarnya.

- Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Interaksi kesihatan Madesa

Posted:

Interaksi kesihatan Madesa

Interaksi kesihatan Madesa

Oleh NIZHA PERIASWAMY

KETUA UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd. Karli (depan, tengah) bergambar bersama penduduk Kampung Kelanang, Kuala Langat, Selangor selepas merasmikan program Doktor Bersama Rakyat di kampung berkenaan baru-baru ini.


KEMUDAHAN kesihatan merupakan keperluan asas yang utama dan perlu untuk dinikmati setiap rakyat. Perkhidmatan yang baik menjurus kepada visi negara untuk menyediakan kesihatan yang berkualiti.

Demi merealisasikan hasrat itu, masyarakat luar bandar didekati melalui program-program komuniti yang berteraskan elemen kesihatan agar dapat menjadi penggerak kepada kecemerlangan desa.

Inilah yang ditonjolkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Persatuan Desa Cemerlang Malaysia (Madesa) apabila menganjurkan program Doktor Bersama Rakyat di beberapa kampung terpilih di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Objektif program itu adalah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada masyarakat luar bandar termasuk pameran dan sesi penerangan khusus ala kaunseling mengenai penyakit-penyakit kronik.

Pengerusi Madesa, Dr. Rashid Abd. Mokti berkata, program turun padang itu mendapat sokongan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Kesihatan Daerah untuk mempromosikan gaya hidup sihat.

"Program 'Doktor Bersama Rakyat' ini dilihat sebagai langkah tambahan untuk penduduk kampung mendapat akses perkhidmatan kesihatan yang terbaik," katanya.

LAWATAN doktor di rumah pesakit di Kampung Kundang, Tanjung Sepat, Sepang.


Aktiviti

Pelbagai aktiviti diatur misalnya, ceramah kesihatan, pameran kerjaya, motivasi, kuiz, senamrobik dan kunjungan pemeriksaan kesihatan ke rumah pesakit.

Turut diadakan, peraduan menulis karangan kesihatan, pertandingan mewarna, sukaneka kanak-kanak, pertandingan memasak dan gubahan bagi wanita serta saringan pemeriksaan kesihatan.

Sebanyak tujuh buah kampung di Selangor dan sebuah di Negeri Sembilan terpilih menjayakan program Madesa.

Antaranya, Kampung Parit 11 Barat, Sungai Besar; Kampung Kelanang, Kuala Langat; Kampung Jugra, Banting; Kampung Desa Kasih, Parit 8 1/2 dan Kampung Batu 9, Kebun Baru Telok Panglima Garang.

Tiga lagi lokasi ialah Kampung Kundang, Tanjung Sepat, Sepang; Kampung Jugra Morib, Kuala Langat dan Kampung Sungai Dua Besar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Rashid memberitahu, program itu turut memberi pendedahan kepada para sukarelawan seperti doktor dan pegawai perubatan Jabatan Kesihatan Daerah dalam berinteraksi dengan penduduk kampung.

Katanya, kebanyakan kampung ini jauh dari hospital atau klinik kesihatan kerajaan dan keadaan ini menyukarkan penduduk mendapat perkhidmatan kesihatan yang sempurna.

"Ramai warga emas di kampung pula tinggal sendirian dan perlu dilatih semula untuk hidup berdikari dalam menjaga kesihatan.

"Golongan ini dinasihatkan mengutamakan pemakanan seimbang bagi mengelakkan menghidap pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis," katanya.

LELAKI ini tidak melepaskan peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan.


Berkesan

Sementara itu, beberapa sukarelawan pula memberitahu, program tersebut cukup berkesan selain menjadi saluran terbaik untuk menyampaikan mesej berhubung kesihatan kepada penduduk luar bandar.

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kuala Pilah, Dr. Wan Ruzaini Wan Razali berkata, program tersebut memberi inspirasi kepada dirinya untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada pesakit.

"Program ini memberi dimensi baharu kepada para doktor apabila melihat sendiri persekitaran dan latar pesakit semasa membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah," ujarnya.

Pandangan serupa diberi Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bagan Terap, Sungai Besar Kuala Selangor, Dr. Esme Khairiah Ambotang yang menyifatkan program itu mendekatkan lagi dirinya kepada masyarakat.

Ketua Kampung Sungai Dua Besar, Sahari Lasim pula memuji inisiatif Madesa dan berharap program itu diteruskan pada masa hadapan kerana memudahkan penduduk kampung berjumpa doktor tanpa perlu ke hospital.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved