Ahad, 19 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Minum air nira mampu menyejukkan badan

Posted:

Minum air nira mampu menyejukkan badan

Minum air nira mampu menyejukkan badan

KEHADIRAN beberapa buah kenderaan memecahkan keheningan pagi di Jalan Yan Besar, Yan, Kedah.

Di satu sudut jalan, terdapat sebuah gerai usang dan seorang wanita berbaju kurung lengkap bertudung, Salehah Cha, 60, asyik memerhati kenderaan yang lalu-lalang.

Segelintir pemandu singgah di gerainya untuk produk berasaskan nira nipah iaitu air nira, cuka dan manisan. Begitulah rutin harian Salehah yang menjalankan perniagaan itu secara kecil-kecilan sejak lebih 10 tahun lalu.

Menurut anak jati Kedah itu, dia mengambil keputusan untuk menjual air nira setelah mendapati minuman tersebut mempunyai permintaan tinggi pelanggan tempatan dan asing.

"Menjual produk nipah ini merupakan punca rezeki saya sekeluarga. Rasa nira nipah yang unik ternyata menarik hati segenap lapisan masyarakat, sama ada golongan bawahan mahupun orang kenamaan," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu bagaimanapun memaklumkan, hasil perniagaan itu tidak menentu dan bergantung kepada keadaan cuaca.

"Saya boleh menjual sehingga 50 bungkus nira sehari jika cuaca panas terik. Jika hujan, lima bungkus air nira pun susah untuk dijual," ujarnya sambil memaklumkan permintaan terhadap air nira akan meningkat sekali ganda pada hari cuti umum atau berlangsungnya acara menarik yang menjadi tumpuan umum di kawasan tersebut.

AIR nira dikumpul menggunakan plastik bagi menjamin kebersihan air tersebut.


Contohnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau tahun lalu, air nira di gerai Salehah menerima permintaan yang sangat menggalakkan terutamanya daripada masyarakat luar yang pertama kali merasai keenakan minuman tersebut.

"Saya menjual air nira pada harga RM2 sebungkus, cuka (RM2 sebotol) dan manisan (RM6 sebotol)," katanya sambil memaklumkan anggaran pendapatan bulanannya sekitar RM500.

Sementara itu, pengusaha nira nipah, Yusoff Sirat, 57, turut menjadikan nira nipah sebagai sumber pendapatan utamanya selepas bersara sebagai pekerja di Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Dia yang terbabit sejak 12 tahun lalu turut mengusahakan tanaman pokok nipah sebanyak 100 pokok di atas tanah berkeluasan 720 meter persegi yang terletak bersebelahan rumahnya di Sedaka, Yan.

Menurut Yusoff, pohon nipah hidup di atas tanah yang berpaya dan lembap sepanjang masa.

"Pohon nipah ini unik kerana ia hanya tumbuh di kawasan berpaya, sama ada di tepi sungai atau laut. Namun, bagi mendapatkan nira terbaik, ia sesuai ditanam di kawasan paya air tawar.

"Ini kerana pohon nira di tepi laut selalunya menghasilkan nira yang payau disebabkan pengaruh air laut yang masin," jelasnya.

Nira berkualiti

Tambahnya, bagi mendapatkan nira berkualiti, hanya mayang nipah matang dipilih untuk dipotong bagi mendapatkan air.

"Selepas mengenal pasti mayang yang sesuai, ia harus diketuk dengan pemukul khas. Pemukul ini diperbuat daripada kayu yang diikat getah tayar lama. Mayang yang dipilih perlu diketuk sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang selama 40 hari secara berterusan," katanya.

Ceritanya lagi, mayang tersebut diketuk bagi memastikan ia dapat mengeluarkan nira yang banyak dan berkualiti.

Ujar bapa kepada lima cahaya mata itu lagi, selain diketuk, mayang tersebut perlu disalut lumpur sepanjang tempoh tersebut sebelum dipotong bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan sejuk.

"Mayang nipah yang berkualiti akan berterusan mengeluarkan airnya selama lebih dua bulan selepas dipotong dengan menggunakan sabit kecil yang ditempah khas," katanya.

Menurut Yusoff, dia menahan air menggunakan plastik kerana bagi menjamin kebersihan air tersebut daripada dihinggapi haiwan sekali gus mencemari nira yang terkumpul.

KEENAKAN dan khasiat air nira membuatkan Bakar mengamalkan meminum air nira sejak berusia 10 tahun.


Haiwan berbisa

Katanya, kawasan nipah sering menjadi tumpuan haiwan berbisa seperti tebuan dan ular. Oleh itu, langkah berjaga-jaga harus diambil setiap kali berada di kawasan pohon nipah.

"Saya juga sudah beberapa kali disengat tebuan semasa memungut hasil nira. Bagaimanapun, kejadian itu tidak menghalang saya untuk meneruskan usaha mengambil air nira," katanya sambil menunjukkan anggota badannya yang disengat.

Dia turut memaklumkan bahawa nira harus dikutip dari pokok sebanyak dua kali sehari, iaitu pada awal pagi dan senja bagi memastikan ia tidak rosak.

Selain mengumpul air nira, Yusoff juga turut menghasilkan manisan dan cuka daripada pohon nipah untuk dijual. Dia juga turut menghasilkan jeli nira, namun hanya dibuat atas permintaan pelanggan.

"Sekiranya musim hujan, air nipah susah untuk dijual. Bagi mengelakkan kerugian, saya akan menghasilkan cuka dan manisan dengan dibantu oleh isteri saya, Salehah Hassan, 51.

"Cuka dihasilkan daripada proses pemeraman air nira selama 44 hari dalam botol, manakala manisan boleh dihasilkan selepas proses memasak air nira tersebut sehingga likat iaitu kira-kira lima jam di atas dapur kayu" katanya.

Yusoff mampu memperoleh sekitar RM1,500 sebulan hasil penjualan produk keluarannya yang turut dipasarkan kepada peniaga-peniaga sekitar daerah Yan.

Peti sejuk

Bagi seorang peminat air nira, Bakar Hamid, 70, berkata, dia mula mengamalkan minuman air nira ini sejak berusia 10 tahun memandangkan bapanya merupakan seorang pengusaha nira nipah di Alor Setar.

"Setiap kali berkunjung ke Yan, saya pasti akan membeli air nira untuk dibawa pulang ke rumah saya di Kulim. Air nira yang dibeli akan disimpan di dalam peti sejuk untuk menjamin kesegarannya.

"Syukur, walaupun saya sering minum air nira yang dianggap manis, namun saya masih dikurniakan taraf kesihatan yang baik tanpa menghidap sebarang penyakit," kata warga emas itu.


SABIT kecil yang digunakan untuk memotong mayang nipah.


Menurutnya, air nira boleh bertahan selama dua jam sekiranya diletakkan dalam suhu bilik, dan sekiranya di dalam peti sejuk, ia mampu bertahan sehingga dua bulan.

Ujar Bakar lagi, menurut kepercayaan orang dahulu, air nira dipercayai dapat membantu menyejukkan badan, membantu merawat demam dan membantu mengurangkan batuk sederhana. Selain itu, air nira juga baik untuk pembuangan air kecil dan mencuci buah pinggang.

Sementara itu, dia turut menasihatkan pembeli agar mendapatkan air nira asli dan berkualiti bagi mengelakkan mendapat sebarang penyakit atau kesan yang tidak diingini.

"Dahulu air nipah sangat wangi dan asli kerana ia ditadah menggunakan buluh yang dikenali sebagai tokey, sekarang saya hanya dapat merasai minuman nira asli apabila berkunjung ke kawasan ini," jelas Bakar.

Katanya, pada hari ini sukar untuk memperoleh nira nipah asli kerana terdapat segelintir pengusaha yang memasukkan gula ke dalamnya demi mengaut keuntungan secara berlebihan.

"Langkah itu bertujuan menambahkan kuantiti air nira yang dijual dengan mudah," katanya.

Dilema pemindahan pasar ikan terbesar dunia

Posted:

Dilema pemindahan pasar ikan terbesar dunia

Dilema pemindahan pasar ikan terbesar dunia


Penduduk Jepun gemar memakan isi ikan segar secara mentah.


TATKALA kebanyakan warga Tokyo sedang nyenyak tidur, segelintir warganya lengkap memakai but getah giat tawar-menawar harga ikan tuna di dewan Pasar Tsukiji.

Bunyi loceng sekitar pukul 5.30 pagi menandakan bermulanya lelongan di pusat dagangan ikan terbesar di dunia itu. Peniaga menunjukkan isyarat tangan dan melaungkan harga bagi urus niaga pembelian dan jualan ikan yang akan dihidangkan di restoran-restoran di sekitar ibu negara Jepun.

Sirip ikan dibuang bagi mendedahkan isi merah ikan segar yang tersusun di atas troli-troli kayu di seluruh pasar.

Secara keseluruhan, hasil laut dan sayur-sayuran yang bernilai kira-kira AS$18 juta (RM58.71 juta) atau lebih 2,900 tan bertukar tangan setiap hari di pasar tersebut.

"Anda lihat bagaimana kami menggunakan isyarat tangan? Caranya sama dengan dagangan saham yang diamalkan suatu ketika dahulu," tanya seorang pembida ikan beberapa saat selepas deringan loceng menandakan permulaan bidaan.

Pasaran saham utama telah beralih kepada perdagangan menerusi komputer, seiring dengan perkembangan Tokyo sebagai salah satu bandar raya terbesar di dunia sejak beberapa dekad lalu. Namun, terdapat sedikit perubahan terhadap cara urus niaga di Pasar Tsukiji sejak pembukaannya pada tahun 1935.

PENIAGA dan pembeli sibuk tawar-menawar harga di Pasar Tsukiji.


Kini, setelah hampir 80 tahun beroperasi, pasar tersebut dijangka dipindahkan ke satu lokasi baharu yang dilengkapi teknologi baharu. Bagaimanapun, bukan semua pihak berpuas hati dengan perpindahan dari kawasan utama yang terletak di tengah-tengah metropolis berkenaan.

Penempatan baharu dan pembinaan kemudahan moden dengan sistem penyejukan terkini yang hampir 40 peratus lebih besar daripada pasar sekarang dianggarkan menelan belanja hampir RM12.39 bilion.

Lokasi baharu yang dijadualkan pada tahun 2016 itu, baru-baru ini menerima tamparan negatif apabila berlakunya kejadian pencemaran tanah. Sebelum ini, tapak yang terletak 2.3 kilometer dari Tokyo itu merupakan kawasan loji gas.

Ekoran itu, pihak berkuasa terpaksa membelanjakan RM1.63 bilion bagi kerja-kerja pembersihan tapak seluas 40 hektar itu.

Pemindahan pasar

Pengerusi Persatuan Pemborong Makanan Laut, Hiroyasu Ito menegaskan pemindahan pasar tersebut penting bagi Pasar Tsukiji untuk memenuhi permintaan moden terhadap makanan segar.

"Landasan kereta api dahulunya digunakan untuk memunggah ikan dan barangan di sini. Keadaan kini berbeza pada hari ini dengan penggunaan trak yang dilengkapi peti sejuk," katanya sambil menunjuk ke arah sebuah gambar besar susun atur pasar tersebut di pejabatnya.

Tambahnya, perkara penting yang harus diambil kira bagi memastikan kesegaran bekalan barangan adalah dengan mengekalkannya dalam suhu yang sekata sehingga barangan tersebut bertukar tangan kepada pembeli.

"Kelengkapan ini tiada di pasar ini. Pelanggan mahukan makanan laut yang segar supaya mereka dapat menikmatinya secara mentah. Hal tersebut memberi tekanan kepada pemborong. Pembekal terpaksa mencari kaedah penyejukan berteknologi tinggi.

Seorang peniaga menunjukkan isi ikan segar yang dijual di Pasar Tsukiji.


"Kami berjaya mengekalkan kesegaran ikan dalam bekas penyejuk berkualiti tinggi, tetapi ia tidak tahan lama kerana Tsukiji kekurangan teknologi moden," katanya.

Penggunaan kemudahan baharu, mereka merancang untuk menutup pengudaraan dari luar dan menyimpan ikan dalam suhu yang stabil. Tetapi perancangan untuk berpindah jauh dari pusat bandar tidak dipersetujui oleh segelintir pembeli.

"Keadaan sesak dan sibuk di Pasar Tsukiji telah menjadikan tempat ini menarik," kata seorang pelancong tempatan, Tetsuya Kojima sambil menambah, dia besar kemungkinan tidak akan mengunjung tapak baharu itu kelak.

Pemimpin persatuan, Makoto Nakazawa, yang mewakili sebahagian peniaga yang membantah pemindahan Pasar Tsukiji mendakwa langkah tersebut dilihat sebagai medium untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Pihak berkuasa mahu memindahkan pasar tersebut demi kepentingan hartanah di sini," tegasnya. -AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Penghargaan bekas kakitangan, penaja Persatuan Veteran RTM

Posted:

Penghargaan bekas kakitangan, penaja Persatuan Veteran RTM

Penghargaan bekas kakitangan, penaja Persatuan Veteran RTM

SEBAHAGIAN daripada ahli PVRTM yang hadir pada majlis Menjunjung Budi di Restoran Khadijah's Kitchen, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


DIHARGAI. Kira-kira 40 orang bekas kakitangan dan penaja Persatuan Veteran RTM (PVRTM) menghadiri majlis Menjunjung Budi anjuran persatuan itu dengan kerjasama restoran Khadijah's Kitchen yang diadakan di restoran itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Presiden PVRTM, Latiffah Sidek berkata, majlis itu diadakan bagi menghargai usaha dan sumbangan pihak penaja yang telah banyak membantu persatuan itu.

"Pada tahun ini, PVRTM bercadang akan menambah ahli dengan bergerak aktif mengenal pasti ahli-ahli yang memerlukan bantuan," katanya.

Antara penaja yang menerima penghargaan pada majlis tersebut termasuk Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Yusni Hamid, Tourism Malaysia (Melaka), Bayu Lagoon Park Resort dan Dr. Azimuth Global Network.

Orentasi pegawai tentera di UPNM

Posted:

Orentasi pegawai tentera di UPNM

Orentasi pegawai tentera di UPNM


ZULKIFLI (barisan depan empat dari kiri) bersama pengurusan kanan UPNM bergambar dengan pelajar baharu Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan pada Majlis Orientasi Pelajar Baharu di universiti itu di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.


ORIENTASI. Seramai 165 pegawai tentera termasuk 45 orang dari pelbagai negara menghadiri Majlis Orientasi Pelajar Baharu Program Diploma Eksekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Naib Canselornya, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, UPNM sentiasa akan menambah baik kurikulum sedia ada mengikut persekitaran dan peredaran masa supaya ia kekal relevan.

"Ia merupakan langkah bijak oleh Kementerian Pertahanan mengambil alih program ini dari Universiti Malaya sejak dua tahun lepas bagi memperkasa dan memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang pertahanan negara," katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan Komandan Markas Turus Angkatan Tentera, Brig. Jeneral, Datuk Ismet Nayan Ismail, Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Prof. Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh serta pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan UPNM.

Kayuhan basikal IPG sejauh 170 kilometer

Posted:

Kayuhan basikal IPG sejauh 170 kilometer

Kayuhan basikal IPG sejauh 170 kilometer


PARA peserta program Kayuhan Transformasi Pendidikan IPG Zon Timur singgah di Masjid Kampung Fikri sebelum meneruskan perjalanan ke IPG Kampus Sultan Mizan, Besut baru-baru ini.


BERBASIKAL. Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Setiu (MBDS) menganjurkan program Kayuhan Transformasi Pendidikan IPG Zon Timur 2014 di Setiu baru-baru ini.

Pengerusi MBDS, Zokri Othman berkata, kayuhan membabitkan peserta berbasikal sejauh 170 kilometer disertai 25 pelatih guru dan 10 pensyarah dari IPG Kampus Datuk Razali Ismail mengayuh basikal bermula dari kampusnya sehingga ke IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.

"Sebelum mereka tiba di Kampus Kota Bharu,para peserta terbabit bermalam di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut dan kemudian singgah di Masjid Kampung Fikri untuk solat Zohor dan makan tengah hari," katanya.

Program itu berlangsung selama dua hari bertujuan merapatkan hubungan dalam kalangan pelatih guru dari tiga IPG berkenaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tambah stok beras ST15 di pasaran

Posted:

Tambah stok beras ST15 di pasaran

Tambah stok beras ST15 di pasaran

BERAS ST15 sering habis di pasaran kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah di ibu negara meminta kerajaan supaya menambah bekalan beras subsidi standard tempatan dengan 15 peratus beras hancur (ST15) di pasaran kerana mereka menghadapi kesukaran untuk membeli beras tersebut.

Menurut mereka, beras yang berharga RM17.50 bagi kampit 10 kilogram itu sukar untuk dibeli kerana stok baharu yang tiba di kedai-kedai runcit akan habis hanya dalam masa yang singkat.

Tinjauan Kosmo! di beberapa Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) serta kedai runcit sekitar ibu negara semalam mendapati, rak yang sepatutnya menempatkan beras ST15 di kedai tersebut kosong kerana kehabisan stok.

Seorang suri rumah, Adlina Nadia Abu Bakar, 32, memberitahu, beras ST15 sukar untuk diperoleh bukan sahaja di kedai runcit biasa, malah juga di KR1M kerana ia mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pekerja kilang mati ditikam ketika perarakan Thaipusam

Posted:

Pekerja kilang mati ditikam ketika perarakan Thaipusam

Pekerja kilang mati ditikam ketika perarakan Thaipusam

ANGGOTA paramedik memeriksa Sivakumaran yang ditikam dalam pergaduhan semasa menyertai perayaan Thaipusam di Jalan Pasar, Sungai Petani malam kelmarin. Gambar kecil, Sivakumaran.


SUNGAI PETANI - Perarakan Thaipusam dari sebuah kuil di Jalan Kuala Ketil di sini malam kelmarin dicemari tragedi berdarah apabila seorang pekerja penyelenggaraan sebuah kilang maut ditikam dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan dipercayai anggota kongsi gelap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang berkata, dalam kejadian pada pukul 12.05 pagi itu, mangsa S. Sivakumaran, 35, dari Sungai Tukang di sini dikatakan sedang melihat perarakan bersama keluarga dan rakan-rakan sebelum diserang 20 lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

3 maut, 15 cedera nahas bas ekspres

Posted:

3 maut, 15 cedera nahas bas ekspres

3 maut, 15 cedera nahas bas ekspres

ANTARA penumpang yang tercampak keluar dari bas ekspres yang terbalik di Kilometer 107, Lebuh Raya Utara-Selatan, Yong Peng, Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Tiga penumpang terbunuh, manakala 15 lagi cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 107, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng di sini semalam.

Mangsa yang maut ialah Mohd. Sofwan Nur Hakim Mohd. Zaidi, 21; sepupunya, Mohd. Amirul Asyraf Yaakob, 20-an dan seorang kanak-kanak, Mohammad Zikri Othman, 10.

Pemandu bas terbabit, Asraf Zainal Abidin, 33, pula cedera parah di bahagian kaki kanan dan leher.

Tujuh penumpang lain turut mengalami kecederaan parah dan selebihnya hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Revington mahu letak jawatan

Posted:

Revington mahu letak jawatan

Revington mahu letak jawatan

REVINGTON (tengah) berjaya membawa impak sejak membimbing skuad senior hoki negara.


PERSIAPAN skuad hoki senior negara menjelang kempen Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda pada Mei depan terencat seketika apabila ketua jurulatih, Paul Revington membuat keputusan mengejut untuk melepaskan jawatannya.

Difahamkan, jurulatih kelahiran Afrika Selatan berusia 41 tahun itu memutus- kan untuk mengundur diri atas alasan kesihatan.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad kepada Kosmo! semalam.

Beliau yang enggan menjelaskan lebih terperinci berhubung perkara tersebut berkata, satu sidang akhbar khas akan diadakan hari ini.

"Pihak MHC telah menerima surat peletakan jawatan daripada Revington pada Jumaat lalu.

"Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana esok (hari ini) kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan perkara sebenar," kata Nur Azmi ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Revington telah menghantar surat peletakan jawatannya sehari selepas sidang akhbar yang beliau turut hadir ketika mengumumkan 35 pelatih skuad senior negara yang dipengerusikan oleh Nur Azmi sendiri pada Khamis lalu.

Ini merupakan kali kedua Revington melepaskan jawatannya selepas beliau dikatakan tidak berpuas hati dengan campur tangan bekas jurulatih skuad Projek 2013, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dan Pengarah Pembangunan Hoki 1MAS, Lim Chiow Chuan pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, Reving- ton menarik kembali keputusannya dan bersetuju meneruskan tugas dengan skuad hoki senior negara selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Revington dilantik sebagai jurulatih skuad senior pada 22 Ogos 2012 apabila menandatangani kontrak selama dua tahun serta pilihan sambungan kontrak selama dua tahun lagi.

Sementara itu, bekas kapten skuad negara, Nor Saiful Zaini menganggap keputusan Revington itu bakal mengundang masalah kepada anak- anak buahnya sebelum mereka berlepas ke Belanda.

"Daripada pandangan saya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana kita ada empat bulan sahaja lagi sebelum bermulanya Piala Dunia.

"Sepatutnya, dia (Reving- ton) meletakkan jawatannya lebih awal," jelasnya.

Skuad senior negara akan berdepan jadual padat sepanjang tahun ini dengan menyertai beberapa kejohanan seperti Piala Sultan Azlan Shah (13-23 Mac); Cabaran Juara-Juara I (26 April-4 Mei); Kejohanan Dusseldorf Jemputan Empat Negara (15-18 Mei); Piala Dunia (31 Mei-15 Jun); Sukan Komanwel (23 Julai-3 Ogos) dan Sukan Asia (18 September-27 Oktober).

Sepakan penalti cetus kontroversi

Posted:

Sepakan penalti cetus kontroversi

Sepakan penalti cetus kontroversi

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


TONGGAK pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri menanduk bola ke gawang Sime Darby pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.


JURULATIH Sime Darby, Ismail Zakaria secara terbuka meluahkan kekecewaan terhadap mutu pengadilan pada aksi pembukaan Liga Super menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Ismail menegaskan bahawa kerja keras anak- anak buahnya bagaikan 'dirompak' oleh pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin yang memberikan sepakan penalti kepada The Red Warriors ketika aksi berbaki sembilan minit.

Penyerang import, Mohammad Ghaddar tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan tersebut, sekali gus menyaksikan Kelantan mencipta kemenangan 2-1.

Sebelum itu, impian The Giant Killer untuk sekurang- kurangnya meraih satu mata hampir berjaya direalisasikan.

Sime Darby terlebih dulu merobek gawang Kelantan hasil jaringan Mohd. Fadzli Shaari menerusi sepakan percuma seawal minit ketujuh.

Bagaimanapun, Ghaddar berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-60 sebelum meledak gol kedua hasil sepakan penalti yang mencetuskan kontroversi itu.

Mengulas lanjut, Ismail memberitahu, pihak pengurusan Sime Darby telah mengemukakan aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Dalam insiden itu, pengadil tidak sepatutnya memberikan sepakan penalti.

"Selepas melihat rakaman video, jelas ketika perebutan bola antara pemain saya (Mohd. Firdaus Mohd. Faudzi) dan pemain Kelantan, ia dikira sebagai ball to hand, bukannya pemain saya sengaja mahu memegang bola tersebut.

"Pengadil seperti lebih terburu-buru hendak jatuhkan hukuman, bukannya mengadili perlawanan ini dengan lebih baik," kata Ismail kepada dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan lain, Ismail kini mahu memberikan tumpuan kepada aksi pusingan pertama Piala FA menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok.

"Buat masa ini, saya mahu melupakan kekecewaan kami di Kota Bharu dan memberikan fokus kepada aksi bertemu ATM.

"ATM bukanlah satu pasukan yang asing bagi kami kerana kami telah beberapa kali bertemu mereka dalam aksi persahabatan mahupun kejuaraan Piala FA musim lalu.

"Saya berharap kami dapat memberikan prestasi baik nanti," katanya.

Tonik berharga Kelantan

Posted:

Tonik berharga Kelantan

Tonik berharga Kelantan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

JURULATIH baharu Kelantan, Steve Darby lulus ujian pertama apabila skuad bimbingannya meraih tiga mata penuh selepas menumbangkan Sime Darby 2-1 pada aksi pembukaan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.

Darby berkata, kemenangan yang dilakar di hadapan ribuan penyokong The Red Warriors itu adalah hasil kerja keras yang ditunjukkan oleh barisan pemainnya sepanjang perlawanan berlangsung.

Menurut Darby, tiga mata yang diraih menjadi tonik berharga buat pasukannya untuk terus memperagakan aksi terbaik dalam perlawanan selepas ini.

"Ini bukan kemenangan nasib kerana anda sendiri boleh lihat sendiri bagaimana pemain saya bekerja keras untuk mendapatkan jaringan selepas ketinggalan 0-1 kepada pasukan lawan pada babak pertama.

"Kami bermain sebagai pasukan profesional dan semestinya mahu tiga mata dan saya berharap pemain akan meningkatkan prestasi selepas kejayaan pertama malam ini (kelmarin)," katanya ketika ditemui pemberita sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Kelantan yang beraksi di gelanggang sendiri dikejutkan dengan jaringan awal pelawat pada minit ketujuh menerusi sepakan percuma Mohd. Fadzli Shaari dari luar kotak penalti, sekali gus mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat di gawang The Red Warriors.

Penggempur sensasi Lubnan, Mohammad Ghaddar dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila jaringannya pada minit ke-60 dan ke-81 memastikan Kelantan meraih tiga mata berharga.

Namun, gol kedua Ghaddar menimbulkan kontroversi selepas pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin menghadiahkan sepakan penalti kepada Kelantan apabila bola terkena tangan pemain pertahanan Sime Darby, Mohd. Firdaus Mohd. Faudzi.

Darby memberitahu, meskipun meraih kemenangan pada perlawanan tersebut, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi segera menjelang saingan selepas ini.

Beliau mengakui, The Red Warriors masih bergelut untuk mencari keserasian tetapi pujian harus diberikan kepada para pemain kerana tetap berusaha bermain secara berpasukan sehingga tamat perlawanan.

Kelantan juga terpaksa 'membayar' harga yang tinggi dengan kemenangan itu apabila kehilangan tonggak import tengah, Mohamed Shawky akibat kecederaan hamstring.

"Shawky mengalami kecederaan hamstring dan perlawanan malam ini (kelmarin) sedikit terjejas kerana dia terpaksa dikeluarkan.

"Saya akan lihat tahap kecederaannya dan jika teruk, dia mungkin tidak dapat beraksi dalam perlawanan kedua menentang Sarawak pada 25 Januari ini di Kuching," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Merungkai falsafah kehidupan dan agama

Posted:

Merungkai falsafah kehidupan dan agama

Merungkai falsafah kehidupan dan agama

SETAKAT ini, Noor Aishah berjaya menghasilkan dua buah novel iaitu Velvet di Durham dan Akrilik Atas Kanvas.


NOVEL-NOVEL cinta kian mendapat perhatian pembaca di negara ini, khususnya kaum wanita. Rentetan itu, ramai penulis berlumba-lumba menghasilkan novel genre romantis agar tidak ketinggalan dalam trend semasa.

Namun, berbeza dengan Noor Aishah Mat Dahan, 25, yang memilih novel fiksyen. Dia turut menerapkan ilmu berkaitan akidah dan falsafah dalam novelnya, Velvet di Durham.

Menurut anak jati Kuantan, Pahang itu, novel berkenaan dihasilkan bagi memberi lebih pilihan kepada peminat-peminat novel di negara ini.

"Saya dapati para pembaca novel ini adalah mereka yang memang sudah lama mencari bahan bacaan berbeza berbanding lambakan novel romantis di pasaran," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Dia yang bekerja sebagai tutor bahasa Inggeris mendapat idea menulis novel fiksyen itu setiap kali berasa tidak berpuas hati dengan bahan bacaannya.

"Setiap kali saya membaca novel, pasti wujud banyak persoalan yang tidak terjawab. Ini menyebabkan saya berasa tidak puas dengan buku yang sedang dibaca dan bertekad menghasilkan buku yang lebih baik," jelasnya.

Ilham

Ujar graduan Universiti London dalam bidang pengajian Sarjana Falsafah Greek dan Ideologi Moden itu, ilham tersebut tercetus sejak dia menuntut di tahun kedua peringkat Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Usuluddin dan Perbandingan Agama) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Disebabkan kesibukan sebagai pelajar, dia hanya menulis dan menyiapkan novel tersebut setelah tamat pengajian di UIAM pada tahun 2012.

"Saya menyiapkan novel ini dalam tempoh kurang 37 hari. Tiada sebarang masalah dihadapi ketika menyiapkan novel ini," katanya.

Ceritanya lagi, dia mula meminati bidang penulisan sejak di bangku sekolah. Sejak itu, minatnya semakin berkembang terutamanya ketika menuntut di universiti. Pada waktu itu, dia aktif menulis cerpen dan puisi untuk kepuasan diri sendiri.

Tambahnya, penulisan merupakan satu proses untuk berfikir secara kreatif dan kritikal untuk memahami kehidupan dengan lebih baik.

"Penulisan berkualiti bukan sahaja memberi manfaat dan kepuasan kepadanya malah pembaca juga turut puas," ujar Noor Aishah yang menggunakan nama pena Aishah Madadiy.

Ketika ini, lebih 4,000 naskhah novel Velvet di Durham yang diterbitkan oleh Jemari Seni Sdn. Bhd. (Jemari Seni) pada Mei 2012 telah dijual.

Menurutnya, novel itu mengisahkan perjuangan Fid, seorang pelajar falsafah di United Kingdom yang kehilangan seluruh ahli keluarga dalam satu kemalangan maut.

Ekoran kejadian itu, Fid berusaha untuk bangkit semula dan mencari jawapan kepada makna sebuah kehidupan, jiwa, persahabatan, cinta dan impian.

Pengukuhan akidah

Menurut Noor Aishah, walaupun novel itu mengandungi sedikit sentuhan kisah cinta, namun tema utamanya adalah berkenaan pengukuhan akidah seorang Muslim dan falsafah kehidupan.

"Dalam novel ini, saya menceritakan serba sedikit ilmu falsafah dengan menyentuh persoalan tentang ketuhanan, etika dan matlamat hidup melalui perbincangan idea falsafah Barat seperti Friedrich Nietzsche dan David Hume.

"Selain itu, saya juga mengambil pandangan ilmuan Islam seperti Imam Al-Ghazali dalam bab mencari ketenangan diri dan kebahagiaan yang hakiki," jelasnya sambil memaklumkan penghasilan novel berkenaan banyak merujuk kepada bahan-bahan bacaan seperti buku dan internet.

Selain buku Velvet di Durham, Noor Aishah juga menghasilkan buku berjudul Akrilik Atas Kanvas yang diterbitkan Jemari Seni pada Ogos 2013.

Membicarakan hasil kerja semasa, beliau memaklumkan sedang giat menyiapkan beberapa manuskrip untuk dihantar kepada penerbit.

Hadiah misteri buat pelanggan setia Tesco

Posted:

Hadiah misteri buat pelanggan setia Tesco

Hadiah misteri buat pelanggan setia Tesco


FISCHER (tiga kiri) memotong kek semasa merasmikan promosi sempena Tahun Baru Cina di Tesco Kepong Village Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.


TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Jika anda pelanggan setia rangkaian pasar raya besar terkemuka, Tesco yang dimiliki Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco Malaysia), musim perayaan ini adalah masa terbaik untuk anda mencuba nasib memenangi hadiah misteri melalui pembelian anda di sana.

Apa yang anda perlu lakukan adalah mendengar isyarat Peraduan Ong Mali di stesen Astro Radio seperti My FM, Mix FM atau Melody FM untuk mendapatkan pembayang bagi peraduan tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Georg Fischer, peraduan yang bermula pada 10 Januari lalu itu menawarkan baucar beli-belah bernilai RM188,000 kepada 16 orang pemenang setiap hari selama 21 hari.

"Isyarat peraduan dalam siaran radio tersebut akan memaklumkan lokasi rangkaian Tesco yang terlibat mengikut tarikh yang ditetapkan. Pelanggan kemudian dikehendaki mencari barangan misteri dan mendapatkan pekerja Tesco yang menyimpan kad kemenangan dengan mengungkapkan kata laluan 'Ong mali mali ong' kepadanya.

"Sekiranya pekerja berkenaan membalas dengan ungkapan kata laluan yang sama dan memberikan kad istimewa tersebut kepada peserta, maka dia layak menerima hadiah misteri berkenaan," katanya pada majlis pelancaran kempen itu di Tesco Kepong Village Mall, Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Fischer berkata, penganjuran peraduan yang bersempena dengan kempen Ong Mali menawarkan pelbagai promosi, ganjaran dan aktiviti menarik untuk para pelanggannya.

"Pelanggan yang berbelanja di Tesco turut berpeluang memenangi tiket tayangan perdana filem Ah Beng: Mission Impossible. Sebanyak 3,000 tiket filem ditawarkan, di samping memberi peluang kepada mereka yang bernasib baik untuk bertemu barisan pelakon filem berkenaan di pasar raya besar Tesco terpilih.

"Selain itu, kami juga akan mengadakan aktiviti Ong Mali on Wheels yang menawarkan baucar berjumlah RM80,000 yang ditaja oleh penyewa-penyewa kami seperti rangkaian restoran Burger King, KFC, King's Confectionery, Pak Hailam, Sushi King dan The Chicken Rice Shop," jelasnya.

Tambah beliau, Tesco juga akan mengadakan tawaran harian produk-produk Tahun Baru Cina sehingga 5 Februari ini, sekali gus memberikan penjimatan kepada pelanggan. Antara barangan tersebut ialah limau mandarin, buah ngaku, biskut dan barang hiasan rumah.

Selain tawaran hadiah peraduan lumayan dan harga barangan yang berpatutan, Tesco Malaysia tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik dengan menyumbangkan sejumlah RM260,000 melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya pada sambutan kali ini. - NADIA SHAIFUL BAHARI

Semarakkan cinta melalui deria anda

Posted:

Semarakkan cinta melalui deria anda

Semarakkan cinta melalui deria anda


DARI kiri: Sazzy, Nazril dan Jojo Struys bergambar selepas majlis pelancaran produk Enchanteur di Kuala Lumpur baru-baru ini.


BULAN Februari sering dikaitkan dengan bulan cinta. Namun, anda dan pasangan tidak perlu menunggu bulan hadapan untuk meraikan cinta kerana perasaan sayang-menyayangi tidak hanya hadir sekali setahun.

Selain menyemarakkan cinta dengan membawa insan tersayang keluar bercuti, keharuman wangian juga mampu membuat si dia tertarik untuk mendekati anda.

Jenama wangian terkenal, Enchanteur memperkenalkan tiga seleksi wangian bagi peringkat perhubungan berbeza yang diinspirasikan daripada cinta. Seleksi yang diberikan nama Enchanteur Love itu terdiri daripada Celebrate Love, Forever Love dan Passionate Love.

Ketiga-tiga varian tersebut mampu memukau anda dengan keunikan bau tersendiri. Celebrate Love mengeluarkan haruman yang bertema meraikan cinta bersama yang tersayang manakala Forever Love menjanjikan bau wangian cinta abadi si pemakai. Sementara itu, Passionate Love mengusik rasa penggoda cinta untuk wangian yang lebih intim.

Duta wangian Enchanteur Love yang juga pasangan selebriti popular, Sazzy Falak dan Nazril Idrus, sempat berkongsi perasaan kerana diberi peluang mewakili wangian tersebut.

"Wangian Enchanteur Love kegemaran saya ialah Forever Love kerana paling sepadan dengan cita rasa saya.

"Saya juga rasa bertuah kerana diberi peluang sekali lagi menjadi duta produk kerana saya pernah mengimpikan gelaran 'Gadis Enchanteur' ketika di usia remaja. Tidak sangka pula tawaran itu datang kini walaupun saya bukan lagi gadis remaja," ujar Sazzy pada majlis pelancaran di Restoran Top Hat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan pasangan itu telah memasuki tahun ketiga menjadi duta produk terkenal itu.

Enchanteur Love bersaiz 50 mililiter dijual pada harga RM31.90 sebotol dan boleh didapati di pusat beli-belah dan rangkaian farmasi utama di seluruh negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Isteri menteri India ditemui mati

Posted:

Isteri menteri India ditemui mati

Isteri menteri India ditemui mati

GAMBAR fail menunjukkan Pushkar (kiri) dan suaminya, Tharoor.


NEW DELHI - Isteri seorang menteri India ditemui mati di sebuah hotel mewah di sini kelmarin beberapa hari selepas dia menuduh suaminya itu melakukan hubungan sulit dengan wartawan wanita dari Pakistan.

Menteri India itu, Shashi Tharoor, 57, menemui mayat isterinya, Sunanda Pushkar selepas dia memasuki bilik hotelnya.

Tharoor yang merupakan Menteri Pembangunan Sumber Manusia mendapati isterinya itu telah meninggal dunia di atas katil selepas dia pulang ke Hotel Leela setelah menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kongres Seluruh India.

Setiausaha peribadi Tharoor, S. Abhinav Kumar kemudian menghubungi polis bagi memberitahu tentang kejadian tersebut.

Menurut Kumar, menteri tersebut tidak melakukan perbuatan khianat terhadap isterinya.

Namun, polis kini melakukan siasatan sama ada Pushkar meninggal dunia disebabkan membunuh diri, serangan jantung atau diracun.

Pasangan tersebut tinggal di hotel itu kerana banglo rasmi Tharoor sedang dicat.

Namun, seorang doktor yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Pushkar mendapati terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan isteri menteri tersebut meninggal dunia.

Menurut Dr. Sudhir Gupta yang merupakan seorang daripada tiga doktor yang melakukan bedah siasat di sebuah hospital, lebih banyak ujian perlu dilakukan untuk menentukan punca sebenar kematian Pushkar.

Dia berkata, punca sebenar kematian isteri menteri itu akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi.

Menurutnya, terdapat kesan-kesan kecederaan pada mayat isteri menteri itu.

Namun, setakat ini, masih tidak diketahui sama ada kecederaan tersebut mempunyai kaitan dengan kematian Pushkar.

Mayat isteri menteri itu dibakar di sebuah pusat pembakaran di sini semalam.

Tiga hari lalu, Pushkar yang berusia 52 tahun mendedahkan di laman Twitter bahawa suaminya itu menjalin hubungan sulit dengan wartawan Pakistan, Mehr Tarar.

Menurut Pushkar di laman tersebut, Tarar merupakan seorang perisik Pakistan.

Tarar, 45, turut menyatakan perasaan cintanya terhadap menteri tersebut.

Menteri itu pula menyatakan kepada Tarar bahawa isterinya telah mengetahui hubungan sulit tersebut.

Bagaimanapun, Pushkar mengaku bahawa dia yang menghantar mesej itu dan bukan suaminya.

Bagaimanapun, pada Khamis lalu, Tarar menafikan dia menjalin hubungan dengan menteri tersebut.

Menurutnya, dia pernah bertemu dengan menteri itu pada satu sesi temu ramah. - Agensi

21 orang maut serangan Taliban di restoran Kabul

Posted:

21 orang maut serangan Taliban di restoran Kabul

21 orang maut serangan Taliban di restoran Kabul

KABUL - Sebanyak 21 orang termasuk 13 warga asing terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah restoran di sini, kata polis semalam.

Antara warga asing yang terkorban itu termasuk dua warga Amerika Syarikat, dua rakyat United Kingdom, dua Kanada dan seorang dari Lebanon.

Pemilik restoran itu yang merupakan warga Lebanon turut terbunuh selepas dia cuba melepaskan tembakan ke arah para penyerang berkenaan yang merupakan anggota Taliban.

Seorang anggota polis warga Denmark dan seorang pegawai politik dari Rusia juga terbunuh dalam serangan yang berlaku pada malam kelmarin.

Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan, empat kakitangannya terkorban dalam serangan tersebut namun ia tidak mendedahkan identiti mereka.

Menurut polis Afghanistan, serangan itu dilakukan oleh tiga anggota Taliban yang turut terbunuh dalam kejadian tersebut. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiga maut, 15 cedera bas ekspres terbalik di Yong Peng

Posted:

Tiga maut, 15 cedera bas ekspres terbalik di Yong Peng

Tiga maut, 15 cedera bas ekspres terbalik di Yong Peng

19/01/2014 10:31pm

BATU PAHAT - Tiga penumpang maut, 15 cedera apabila sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 107.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng dekat sini hari ini.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu dikenal pasti sebagai Mohd Sofwan Nur Hakim Mohd Zaidi, 21; sepupunya, Mohd Amirul Asyraf Yaakob, 20-an; dan Mohammad Zikri Othman, 10.

Pemandu bas, Asraf Zainal Abidin, 33, dan tujuh penumpang cedera parah manakala penumpang selebihnya cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Bas dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan terseret sejauh 50 meter serta terbalik ke dalam parit.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam turut membantu mengeluarkan kebanyakan mangsa yang tersepit dengan bantuan orang awam. - Bernama

Chong Wei juara Kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia untuk kali ke-10

Posted:

Chong Wei juara Kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia untuk kali ke-10

Chong Wei juara Kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia untuk kali ke-10

19/01/2014 10:19pm



NAJIB dan isterinya, Rosmah bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Timbalannya, S. Saravanan bergambar dengan Chong Wei selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Badminton Terbuka Siri Super Malaysia 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini. - KOSMO!/MOHD NAIM AZIZ


KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berada dalam kelas tersendiri apabila menambah koleksi pingat peribadi kesepuluhnya selaku juara Kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia 2014 hari ini.

Chong Wei mencatat kemenangan bergaya itu dengan menewaskan pemain nombor empat dunia, Tommy Sugiarto dari Indonesia dengan straight set 21-19 dan 21-9 dalam masa 47 minit di Stadium Putra Bukit Jalil.

Selaku juara, Chong Wei membawa pulang wang tunai US$37,500 (RM123,637) manakala naib juara, Tommy membawa pulang US$19,000 (RM62,443).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Chong Wei merupakan juara Terbuka Malaysia pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. - Bernama

Operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Pantai Kerachut disambung esok

Posted:

Operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Pantai Kerachut disambung esok

Operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Pantai Kerachut disambung esok

19/01/2014 10:13pm



SALIM


GEORGE TOWN - Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang dilapor lemas ketika mandi di Pantai Kerachut, Teluk Bahang dekat sini dihentikan pukul 7.30 malam ini berikutan hari gelap.

Pengarah Operasi Wilayah Utara Maritim Malaysia, Kepten Salim Ahmad berkata, operasi hari ini meliputi jarak 10 batu nautika sekitar Pantai Kerachut dan akan diperluas sehingga 15 batu nautika, esok.

"Faktor ombak kuat mencecah ketinggian sehingga dua meter dan angin kencang menyukarkan operasi mengesan mangsa yang masih hilang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Tambahnya, Maritim Malaysia akan menambah sebuah lagi helikopter bagi membantu polis marin melakukan operasi mencari dan menyelamat esok.

Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi pekerja syarikat pengiklanan, Ku Muhammad Ilyas Ku Abdul Halim, 19, yang hilang selepas dihanyut ombak kuat, dijangka bersambung pada pukul 7.30 pagi esok. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Saya juga pelakon serius - Marsha

Posted:

Saya juga pelakon serius - Marsha

Saya juga pelakon serius - Marsha

SUDAH puas Marsha Milan Londoh bersilat melawan sensasi akibat adegan ranjangnya bersama aktor handalan, Wan Hanafi Su dalam filem Laga. Sampai saat filem itu menghampiri tarikh tayangan, Marsha masih belum selesai ditujah persoalan yang sama.

Dari sisi yang lain, wanita yang gila-gila sifatnya itu tidaklah terlalu gila untuk sengaja ingkar kepada budaya orang timur.

"Saya anggap lakonan sebagai Ayu dalam Laga ini satu tugasan berat. Selama ini orang selalu lihat saya dengan watak-watak gedik dan seksi. Jadi, dalam Laga saya buat beranikan diri buat watak sebegitu. Watak saya sebagai wanita muda yang sangat menyintai suaminya walaupun jauh lebih berusia. Memang banyak komen negatif yang saya terima. Saya akui, tapi satu benda yang dapat saya kesan, saya sendiri dapat rasakan kelainan.

"Setidak-tidaknya, saya sudah buka mata ramai orang bahawa saya bukan hanya pelakon untuk karakter gedik-gedik sahaja. Khalayak mula lihat saya sebagai pelakon yang serius," balas Marsha dari sudut pandang berbeza.

Apa jua pandangan negatif yang dilemparkan, Marsha mampu tersenyum. Dia akhirnya berasa lega selepas pratonton filem Laga baru-baru ini.

"Rupa-rupanya adegan asmara yang digembar-gemburkan itu sedikit sahaja. Ternyata kekuatan Laga bukan disebabkan adegan itu sebaliknya penceritaan yang disampaikan. Saya sendiri dapat rasa, kerja yang saya lakukan tidaklah seteruk gosip yang diperkatakan," jawab Marsha.

MARSHA tetap akan meneruskan survival nyanyiannya biarpun berdepan kesukaran.


Sempat juga penulis menanyakan wanita Kadazan-Dusun dari Tamparuli, Sabah itu soal kesanggupan menyerahkan tubuhnya untuk dieksploitasi atas nama karya seni. Dia terdiam seketika sebelum membuka sebuah lagi pengakuan.

"Kalau eksploitasi yang dimaksudkan itu dirujuk kepada adegan berkain batik dan mandi berkemban. Saya akui itu antara realiti yang berlaku kepada segelintir wanita di kampung-kampung. Saya buat ikut kesesuaian skrip. Kalau khalayak anggap itu sebagai eksploitasi, terserah tapi sehabis menonton Laga, ternyata penekanan dan kekuatannya bukan terletak pada adegan berkemban," kata Marsha yang dipuji oleh seorang pelakon hebat, Eman Manan atas impak karakter wanita muda yang menjadi isteri lelaki tua dalam filem berkenaan.

Digilai lelaki

Satu perkara yang menarik. Marsha tidak hanya menjadi isteri kepada aktor besar Wan Hanafi Su. Dalam filem berkenaan, dia juga menjadi kegilaan Nasir Bilal Khan yang sebelum ini menjadi hero kepada heroinnya Sofia Jane dalam filem Perempuan, Isteri dan ... arahan U-Wei Shaari.

"Itu kebetulan sahaja, tapi bagi saya, Sofia Jane salah seorang pelakon yang boleh menjadi rujukan terbaik dalam lakonan. Lakonannya dalam filem itu luar biasa. Saya masih terlalu jauh, jauh sangat dan jangan dibandingkan dengan Sofia Jane," ulas Marsha ketawa saat ditebak jika jodohnya dengan lelaki tua.

"Minta dijauhkan. Janganlah, kasihanlah saya nanti," tambah Marsha yang kini dikhabarkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang jejaka Melayu.

Belajar daripada pengalaman, kali ini Marsha tidak mahu kisah cintanya dibuka selebar-lebarnya untuk tatapan umum. Cukup sekadar mengakui hubungan yang berputik itu sedang berterusan seperti biasa, namun kata Marsha, mereka masih berada di fasa awal. Belum ada tanda-tanda bahawa hubungan itu akan berganjak ke fasa yang lebih serius.

"Bila masuk bab kisah cinta, saya jadi takut sikit. Sebelum ini saya pernah bercinta, tapi tidak kesampaian. Jadi, kalau bercerita lagi dan lagi, saya pula yang malu nanti. Untuk kali ini, biarlah orang tahu bahawa kami sedang berkawan seperti biasa. Sampai ke tahap yang bagaimana, belum tahu," katanya tanpa menyebut nama jejaka yang dimaksudkan itu.

PADA usia 29 tahun, Marsha masih belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang walaupun kini dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang jejaka.


Nyanyian sukar

Kembali bercerita tentang karier seninya, tujuh tahun dalam arena hiburan bermula dengan nyanyian, namun kenyataannya Marsha lebih diingati sebagai pelakon.

"Survival saya sebagai penyanyi agak sukar tetapi susah macam mana sekali pun, saya akan teruskan juga kerana nyanyian ialah cinta pertama saya. Orang nampak saya lebih sebagai pelakon kerana rezeki bidang lakonan lebih banyak diterima. Tawaran menjadi pengacara juga tidak kurang banyaknya," kata Marsha yang pernah muncul dengan single Jujur Bilang Cinta pada tahun lalu.

Paling bahagia kata Marsha, pemilihan dirinya sebagai sebagai penyanyi lagu soundtrack sebuah filem animasi terbitan Disney, Frozen yang berjudul Bebaskan merupakan satu penghormatan yang sungguh bermakna. Jika untuk versi bahasa Inggeris lagu itu dinyanyikan oleh Demi Lovato dengan tajuk Let it Go.

"Lagu Bebaskan daripada filem Frozen sebenarnya satu pengiktirafan juga buat saya. Banyak reaksi positif yang saya terima dan saya anggap itu sebagai nyawa baharu saya dalam nyanyian. Sebenarnya, nyanyian untuk muzikal macam teater dan filem sudah lama menjadi minat saya. Saya bermula dari situ tapi setakat ini, belum ada rezeki untuk terlibat dengan pementasan teater muzikal lagi," katanya yang pernah hadir ke uji bakat teater Bahayanya Wanita, P. Ramlee The Musical dan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang.

Marsha menambah: "Selepas ini saya akan muncul dengan sebuah lagi single, kali ini duet bersama vokalis hebat sekitar tahun 1990-an. Biar saya rahsiakan dulu identiti penyanyi itu tetapi lagu yang berjudul Satu Rasa itu sudah selesai dirakamkan," ujar Marsha yang turut dipinjamkan vokalnya untuk featuring dalam lagu Cinta Sesungguhnya, nyanyian Sabhi Saddi.

Percaya nyanyian masih membuka ruang buatnya, Marsha berkira-kira untuk menghasilkan sebuah album kompilasi pada tahun 2014.

"Rezeki sebagai penyanyi masih ada dan tahun 2014 ini, saya merancang untuk membuat album kompilasi daripada single-single yang pernah saya hasilkan. Saya bukan tamak untuk berlakon, mengacara dan menyanyi sekali gus, tapi inilah dunia hiburan di Malaysia, saya kena bergerak banyak cabang untuk survival," tutup Marsha.

Syamsul, Puteri Sarah nikah Februari

Posted:

Syamsul, Puteri Sarah nikah Februari

Syamsul, Puteri Sarah nikah Februari


PUTERI SARAH (kiri) dan Syamsul Yusof kini menanti hari bahagia untuk diijabkabul sebagai suami isteri.


KETIKA filem arahannya, KL Gangster 2 bocor di internet sebulan sebelum ditayangkan tahun lepas, Syamsul Yusof pernah ditebak tentang hubungannya dengan pelakon Puteri Sarah.

Syamsul pernah bertegas, dakwaan dia bercinta dengan Puteri Sarah hanyalah gosip semata-mata malah bermati-matian meyakinkan para peminat bahawa mereka hanya sekadar berkawan. Hubungan Syamsul dengan Puteri Sarah hangat diperkatakan media dan peminat sejak sekitar penghujung tahun 2012 lagi. Ketika itu, Puteri Sarah baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasihnya Ammar Alfian Aziz, yang juga seorang pelakon.

Memetik laporan akhbar pada Mei lalu, Syamsul dan Ammar yang ditemukan di Publika, Kuala Lumpur nyaris bertumbuk. Ammar dilaporkan tidak dapat menerima kenyataan bahawa Puteri Sarah ketika itu sudah semakin serius menjalin hubungan dengan Syamsul.

Masuk tahun 2014, dalam diam-diam, hubungan yang awalnya ditegaskan sebagai kawan biasa itu sudah bertukar fasa. Minggu lalu, beberapa keping gambar menunjukkan bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah Ismail berpakaian serba indah duduk di atas pelamin bersama Puteri Sarah bertebaran dalam blog-blog hiburan. Gambar-gambar itu dipercayai dirakam semasa majlis merisik Puteri Sarah.

Biarpun sudah terang lagi bersuluh, usaha mendapatkan hitam-putih daripada mulut Syamsul dan Puteri Sarah belum berhasil. Syamsul dan Puteri Sarah masing-masing mengambil pendekatan untuk mengunci mulut. Mujurlah Patimah sudi berkongsi cerita gembira.

SATU daripada beberapa keping gambar Puteri Sarah di sisi ibu bapa Syamsul, Yusof Haslam dan Patimah pada majlis merisik Ahad lalu.


Menurut Patimah, dia serta beberapa ahli keluarga yang lain memang berkunjung ke rumah keluarga Puteri Sarah membawa hasrat Syamsul.

Majlis merisik dilakukan di rumah keluarga Puteri Sarah yang terletak di Sri Damansara, Ahad lalu. Kedua-dua pihak keluarga juga sudah mendapat kata putus bahawa majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah akan diadakan menjelang Februari nanti.

"Kami hanya merisik dan bukannya mengadakan majlis pertunangan. Ini permintaan Syamsul sendiri yang tidak mahu mengadakan majlis pertunangan, dia mahu bernikah terus. Jadi majlis merisik itu hanya diadakan secara ringkas dengan acara menyarungkan cincin sahaja.

"Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari nanti namun kami kami berbincang berhubung tarikh yang sesuai," memetik penjelasan Patimah beberapa hari lalu.

Menurut isteri kepada jutawan filem Melayu itu, Syamsul meluahkan hasrat untuk menikahi Puteri Sarah selepas dia kembali daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.

"Kebahagiaan buat Syamsul menjadi kegembiraan kepada kami sekeluarga. Selain Syamsul, anak bongsu saya Syafiq juga akan berkahwin pada Jun nanti. Jadi, majlis menyambut menantu mungkin akan diadakan serentak," jelas Patimah yang menyifatkan bakal menantu itu sebagai wanita lemah lembut dan bersikap terbuka dalam banyak perkara.

Syamsul secara nyata belum bersedia untuk menghebohkan soal pernikahannya kepada umum. Syamsul bersikap 'tertutup' sejak insiden filem KL Gangster 2 yang bocor di internet tahun lalu.

Trauma itu barangkali kembali berdarah apabila majlis merisiknya yang sepatutnya hanya diketahui keluarga terdekat itu turut bocor dan pantas diketahui umum menerusi internet.

Dayang terus melangkah

Posted:

Dayang terus melangkah

Dayang terus melangkah

DAYANG NURFAIZAH tidak menetapkan sebarang tempoh untuk berkahwin namun hasrat ke arah itu harus disimpan kemas kerana sampai ke hari ini dia masih belum mempunyai teman lelaki.


DAYANG NURFAIZAH sudah berada dalam liga tersendiri. Setelah 15 tahun dilambung pancaroba bergelar bintang, dia sudah banyak berkorban namun tidak kurang juga banyaknya pencapaian yang diraih wanita berkulit hitam manis ini.

Terbaharu, pencapaian vokalnya terbukti sekali lagi apabila dipilih sebagai Vokal Wanita Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-20 pada Disember lalu.

Lebih manis lagi kata Dayang, itu merupakan anugerah pertama yang dimenanginya menerusi sebuah album rakaman secara langsung daripada sebuah konsert. Pencapaian itu pastinya tidak datang bergolek. Pasti ada sesuatu yang membawa penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu untuk terus bertahan sehingga kini.

"Saya selalu berfikir soal teknik nyanyian. Jika untuk rakaman lagu dalam studio, saya selalu tidak mahu bermain dengan terlalu banyak skil. Saya mahu simpan ruang untuk bereksperimen ketika persembahan secara langsung.

"Selalu itu pendekatan yang saya buat. Jika berlebih-lebih semasa rakaman dalam studio, risau pula tidak mampu untuk membawa skil yang sama atas pentas nanti," ujar Dayang saat ditanya rahsia persembahan vokal terbaik yang disandangnya.

Kejayaan manis pada hujung 2013 itu menjadi pemangkin untuk Dayang melangkah lebih garang pada tahun ini. Sebagai penggerak kepada kalendar 2014 yang diharapkan membawa lebih sinar kepada perjalanan nyanyiannya, Dayang kini menampilkan sebuah single baharu berjudul Di Pintu Syurga.

Bukan mengaku kalah untuk mempertaruhkan sebuah lagi album studio, kata Dayang: "Saya harus akur dengan strategi dan trend muzik semasa. Pada masa yang sama, saya harus terus mencari lagu-lagu yang terbaik demi survival saya dalam bidang ini."

ALBUM BAHARU

Dayang masih percaya bahawa setiap artis harus memiliki album sebagai bukti pernah berkecimpung dalam industri.

"Saya masih ada harapan untuk terus menerbitkan album. Kepercayaan terhadap album tetap ada cuma tak salah jika saya mencuba untuk menampilkan lagu-lagu dalam bentuk single. Setakat ini saya tak berani cakap bila saya akan muncul dengan sebuah album, tapi harapan tetap ada," katanya yang banyak bermain eksperimen dengan konsep R&B menerusi album terakhir yang diterbitkan sendiri, Sayang & Cahaya tiga tahun lalu.

Tahun lepas, Dayang muncul dengan album Live at Dewan Filharmonik Petronas bersama Anuar Zain. Itu merupakan album rakaman konsert secara langsung oleh Dayang selepas Dayang Live at Planet Hollywood (2008) yang diterbitkan pada tahun 2009.

KAHWIN

Mula menyanyi sejak berusia 18 tahun, jarang sekali Dayang dihimpit kisah cinta. Bakal menginjak angka 33 tahun pada 20 Julai nanti, soal jodoh sudah menjadi satu persoalan yang bergulir dalam hatinya.

"Siapa yang tidak mahu kahwin. Saya memang mahu ada teman hidup, tetapi bagaimana hendak ada teman hidup atau berkahwin kalau teman lelaki pun tiada. Saya jenis tidak masa untuk berkawan-kawan selain memikirkan soal kerja, tapi saya tetap mahu kahwin. Kalau boleh tak mahu sampai umur 40 tahun baru nak kahwin, cuma sekarang tiada sesiapa yang mendesak saya untuk cepat-cepat kahwin. Ibu saya pun jenis yang tidak mendesak," luah Dayang berterus-terang.

Menambah satu cerita tentang jodoh, kata Dayang: "Sekarang saya sudah tidak terkejut jika ditanya tentang kahwin walaupun rasanya saya masih muda, baru 33 tahun (ketawa). Dahulu mungkin saya terkejut jika ditanya perkara ini, bayangkan masa saya berusia 18 tahun pun sudah ada yang tanya pasal kahwin. Waktu itu memang saya terpinga-pinga. Dengar perkataan 'kahwin' pun keliru lagi."

DI PINTU SYURGA & ARIANA ROSE

Lagu Di Pintu Syurga bukanlah projek single yang pertama dihasilkan oleh Dayang. Tahun lepas, Dayang pernah melancarkan sebuah single berjudul Bisikan Rindu. Itu tidak termasuk single-single duetnya bersama Tompi, Marcell pada tahun 2011 dan 2010.

"Tahun lepas saya muncul dengan single Bisikan Rindu dan sekarang single terbaharu saya, Di Pintu Syurga dipilih sebagai pembuka kalendar 2014. Corak lagu masih lagi balada dan bonus juga buat saya apabila lagu berkenaan dipilih sebagai lagu tema drama hit, Ariana Rose. Sebelum ini lagu Bisikan Rindu jadi lagu tema drama Dahlia," ujar Dayang.

Tambah Dayang: "Jadi lagu tema drama boleh beri kesan yang baik kepada lagu, lebih senang ia hendak mesra di telinga peminat. Dari situ, potensi untuk sesebuah lagu itu menjadi permintaan di radio juga cerah, tapi kena drama dan slot siaran juga, ada yang menjadi ada yang tidak."

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved