Kosmo Online - Kesihatan |
- Terapi minda untuk lebih tenang
- Guna komputer terlalu lama penyebab kemurungan
- Makanan manis, merokok sama bahaya
Terapi minda untuk lebih tenang Posted: Terapi minda untuk lebih tenangOleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
TIADA seorang manusia di dunia yang tidak mengalami tekanan dan boleh dikatakan kita berdepan dengan masalah ini pada setiap hari. Ada yang tertekan akibat pelajaran, kerjaya, perhubungan, penyakit dan kemurungan. Malah, isu tekanan ini bukan perkara biasa yang harus dipandang ringan oleh masyarakat kerana tekanan juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda selain mendorong individu melakukan tindakan di luar kawalan. Menurut pemilik Annabella House of Therapy yang juga perunding terapi minda serta jurulatih peribadi pembangunan diri, Shamshilawati Abdul Rahman, ketenangan jiwa sememangnya perkara penting untuk mendapatkan minda yang sihat antaranya melalui kaedah terapi minda. "Melalui rawatan terapi minda menggunakan kaedah hipnoterapi, seseorang individu itu akan berasa lebih tenang dan bersemangat dalam kehidupan. "Terapi minda adalah rawatan alternatif yang dapat membantu seseorang menangani masalah yang membelenggu diri menggunakan pendekatan hipnoterapi. "Apabila kita tenang, jiwa akan menjadi tenang, malah minda akan lebih berfikiran positif dan rasional dalam apa juga tindakan yang diambil," ujarnya yang sudah beroperasi sejak tahun 2007. Hipno berasal daripada perkataan Greek bermaksud 'tidur'. Apabila bercakap mengenai hipnoterapi, mungkin ramai yang menyangka ia sejenis pukau. "Terapi minda berkaitan dengan minda dan bukan unsur mistik atau sihir. Ia hanya berlaku jika seseorang itu berada dalam keadaan sangat fokus terhadap sesuatu dengan intensiti tinggi. "Malah, rawatan ini juga tidak memerlukan sebarang ubat-ubatan," kata ibu kepada lima orang anak ini. PELANGGAN turut diajar teknik pernafasan bagi membantu melancarkan proses ketenangan. Komputer Jelasnya, terapi minda amat sesuai dilakukan oleh semua golongan tidak mengira usia serta masalah atau tekanan yang dihadapi. "Selagi seseorang itu mempunyai perasaan marah dan stres tetapi gagal menanganinya dengan baik, dia boleh cuba menjalani terapi minda ini. "Bayangkan sebuah komputer yang dipenuhi virus tidak dipadam, sudah tentu peralatan itu akan menjadi perlahan. "Konsep ini hampir sama dengan minda manusia, jika perasaan dan emosi yang negatif itu tidak disingkirkan dengan segera, lama-kelamaan aura negatif akan menguasai diri," ujarnya anak didik kepada legenda hipnoterapi dari Amerika Syarikat, Dr. George Bien. Tambahnya, dia menggunakan pendekatan berbeza iaitu dengan berinteraksi secara terus bersama pelanggan yang melakukan sesi terapi tersebut. "Kebanyakan mereka yang menjalani terapi ini kurang yakin dan dibelenggu masalah seperti trauma, bunuh diri, terlibat dengan dadah, rogol, ketagihan seks dan kemurungan. "Malah, saya pernah mengendalikan kes individu yang menghidap HIV positif, gay dan lesbian yang ingin kembali ke pangkal jalan. "Saya juga pernah melakukan terapi minda kepada penagih dadah tegar dan alhamdulillah, selepas tiga bulan menjalani terapi minda ini, dia berjaya mengatasi ketagihannya," katanya sambil memberitahu, terapi minda ditawarkan pada harga serendah RM150. Proses pemadaman Shamshilawati berkata, dia turut menggunakan kaedah terapi minda melalui muzik, kerohanian, tenaga dan aromaterapi bagi membantu mempercepatkan proses terapi selain kaedah hipnoterapi. "Terdapat pelbagai jenis terapi yang dijalankan di Annabella House of Therapy ini tetapi yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah terapi minda secara holistik. "Terdapat empat sesi bagi terapi minda ini iaitu perkongsian masalah, proses penyingkiran perasaan negatif, proses pemadaman dan ujian minda dengan setiap sesi memperuntukkan masa selama satu hingga dua jam bergantung kepada masalah pelanggan. SETIAP pelanggan akan menjalani saringan minda bagi menentukan tahap masalah dan tekanan. "Sebelum sesi terapi dilakukan, saya terlebih dulu akan membuat saringan minda untuk mengetahui tahap masalah dan tekanan yang dihadapi oleh pelanggan. "Kami akan berbicara dari hati ke hati dan menerangkan masalah yang dihadapi. Melalui reaksi yang ditunjukkan, saya boleh mengesan sama ada mereka bercakap benar atau tidak," katanya yang juga merupakan graduan Body Language Institute, Amerika Syarikat. Tambahnya, selepas itu, pelanggan akan diminta berbaring sehingga separuh sedar dan dalam keadaan ini, minda mereka berada pada getaran alfa dan dia bertugas sebagai penyampai mesej seperti yang pelanggan mahukan. "Saranan yang positif akan dibawa masuk ke dalam minda bawah sedar selepas mereka benar-benar tenang. Sebaik sahaja saranan diterima, perubahan positif akan berlaku sesuai dengan keinginan yang dimahukan pelanggan. "Semua perkara negatif dalam diri dan pemikiran boleh dihilangkan atau dikurangkan kerana apabila minda dididik secara positif, diri juga akan menerima perubahan positif. "Malah, setiap pelanggan akan diuji sejauh mana kekuatan minda mereka menerusi ujian minda," ujarnya yang menerima pelanggan daripada pelbagai latar belakang. Jelasnya, kesan terapi minda ini bergantung kepada individu di mana pelanggan dapat melihat perubahan diri mereka lebih baik dari sebelumnya walau hanya melalui sesi pertama lagi. "Ada juga pasangan yang tidak jadi bercerai selepas menjalani sesi terapi minda ini, bahkan ada juga pelanggan yang mendapat jodoh mereka selepas mencuba kaedah ini," beritahu beliau. | |
Guna komputer terlalu lama penyebab kemurungan Posted: Guna komputer terlalu lama penyebab kemurunganElakkan daripada menggunakan komputer melebihi lima jam sehari. JIKA pekerjaan memerlukan anda duduk berjam-jam lamanya di depan komputer, sebaik-baiknya anda segera mencari aktiviti lain. Kajian mendapati, perbuatan menggunakan komputer terlalu lama dapat menyebabkan seseorang mengalami kemurungan. Dalam kajian ke atas 25,000 orang pekerja, ramai antara mereka mengeluh kerana berasa tertekan, cemas dan sukar bangun tidur pada keesokan paginya. Mereka juga mendapati, kualiti tidur terganggu dan sukar berkomunikasi dengan rakan sepejabat. Kajian oleh para penyelidik di Universiti Chiba, Jepun itu menyimpulkan bahawa pihak atasan perlu mengehadkan waktu untuk kakitangan mereka bekerja di depan komputer. "Hasil kajian ini menunjukkan gangguan mental dan tidur yang berpunca daripada penggunaan komputer. Waktu maksimum untuk tujuan itu disarankan tidak lebih lima jam sehari," ujar salah seorang penyelidik, Dr. Tetsuya Nakazawa. | |
Makanan manis, merokok sama bahaya Posted: Makanan manis, merokok sama bahayaPENGAMBILAN makanan manis mempunyai hubungan dengan peningkatan berat badan dan obesiti. - Gambar hiasan MAKANAN yang manis dan enak sememangnya berbahaya kepada kesihatan. Hasil kajian mendapati, pengambilan makanan manis sama bahayanya dengan merokok. Seorang pakar kesihatan, Simon Capewell dari Universiti Liverpool, England berkata, pengambilan makanan manis mempunyai hubungan dengan peningkatan berat badan dan obesiti. Walaupun gula tidak mengandungi lemak, namun ia dapat menaikkan berat badan seseorang. Dalam laporan Medis Xpress, Capewell mendapati, obesiti mempunyai hubungan dengan berjuta-juta kematian akibat penyakit jantung dan diabetes setiap tahun. Hal itu boleh dicegah dengan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan