Rabu, 27 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bubar untuk bersatu

Posted:

Bubar untuk bersatu

Bubar untuk bersatu

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN



KETIKA ini, terdapat lima buah persatuan artis di Malaysia yang memainkan peranan dalam usaha membela nasib dan memperjuangkan golongan tersebut merangkumi pelakon, penyanyi, pelawak, pemuzik, penulis lirik, komposer, penari dan sebagainya.

Ini termasuklah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang telah ditubuhkan pada tahun 1975 dengan ahli yang terdiri daripada para pelakon. Pada masa ini persatuan tersebut dipimpin oleh Harun Salim Bachik sejak tahun 2009.

Bagi penyanyi, pemuzik, pencipta lagu dan penulis lirik pula bernaung dengan Persatuan Penyanyi Pemuzik Pencipta dan Penulis Lirik (Papita) yang sudah tertubuh sejak tahun 1977 dan kini diketuai oleh Datuk M. Daud Wahid.

Begitu juga dengan artis-artis Cina dan India di negara ini yang turut mempunyai persatuan masing-masing iaitu Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA) yang mula wujud sejak 1998 dan Persatuan Industri Rakaman India (IRIM) yang ditubuhkan pada tahun 2003.

Kemudian pada tahun 2000 sebuah lagi persatuan artis telah ditubuhkan iaitu Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang mewakili semua golongan penggiat seni iaitu penyanyi, pelakon, pemuzik, komposer, penulis lirik, pelawak, penari dan sebagainya.

Walaupun matlamat penubuhan persatuan-persatuan ini adalah untuk membela nasib para artis di negara ini, namun ia dilihat seperti kurang mendapat sambutan dan tidak ramai artis yang menyertainya.

Biarpun ada yang sudah mendaftar menjadi ahli biasa, namun penglibatan mereka ternyata kurang aktif terutamanya segelintir artis popular yang merasakan sesebuah persatuan itu kurang penting buat mereka.

Bukan itu sahaja, apa yang menyebabkan tidak ramai yang mahu bergiat aktif dalam persatuan apabila suasana di dalam sesebuah persatuan itu sendiri yang sering mempunyai masalah dalaman.

Semasa acara simposium Hari Himpunan Bintang Kosmo!-MyIPO 2011 yang telah berlangsung pada 5 Julai lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyarankan semua artis di negara ini supaya bersatu di bawah hanya persatuan.

Menurut Ismail Sabri, sekiranya semua artis dapat bersatu ia akan memudahkan lagi pihak kerajaan untuk menilai kesemua masalah berbangkit yang membabitkan golongan artis dengan cara yang lebih efektif.


ARTIS dan karyawan seni tanah perlu bersatu di bawah satu bumbung yang sama supaya suara dan pandangan mereka lebih kuat dan efektif untuk didengari. - Gambar hiasan


Ternyata saranan tersebut mendapat reaksi yang positif segelintir pihak yang merasakan adalah lebih wajar sekiranya kebajikan serta hak artis-artis tempatan ini dijaga dan dipertahankan oleh satu pihak sahaja.

Antara yang menyokong tentang hasrat tersebut adalah persatuan Karyawan yang dengan tegas menyatakan bahawa kini sudah tiba masanya diwujudkan sebuah persatuan tunggal demi kebaikan semua artis di negara ini.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya sudah mencapai kata sepakat dan bersedia untuk membubarkan Karyawan dan menyeru supaya persatuan lain turut mengambil langkah sama agar penubuhan sebuah persatuan tunggal artis dapat direalisasikan.

"Kami merasakan lebih mudah sekiranya hak dan kebajikan para artis di negara ini diberi tanggungjawab kepada satu pihak sahaja serta mewajibkan semua artis termasuk gred A untuk menyertai dan aktif dalam persatuan.

"Lagipun dengan adanya satu persatuan sahaja, segala perjalanan pengurusan dan aktiviti akan lebih mudah untuk dipantau. Malah, pihak kerajaan juga akan lebih mudah untuk menyalurkan sebarang dana atau bantuan," jelasnya.

Menurut Freddie, pihaknya turut menyatakan dengan tegas bahawa tiada sebarang kepentingan kepada mereka dan dia sendiri menegaskan tidak akan memegang sebarang jawatan tertinggi termasuk presiden apabila persatuan berkenaan ditubuhkan nanti.

Jelasnya, matlamat utama kewujudan sebuah persatuan itu sebenarnya adalah untuk memperjuangkan kepentingan para ahli dan bukan menjadi saluran mengaut keuntungan peribadi.

"Untuk melihat sesebuah persatuan itu bergerak secara lebih aktif bukanlah sekadar menganjurkan karnival atau bengkel semata-mata. Fokus utama sudah tentu membela nasib ahli-ahli terutama yang berada di dalam kesusahan," ujarnya.

Sebagai langkah permulaan, pihaknya berhasrat untuk berjumpa dengan pemimpin beberapa persatuan yang sedia ada bagi membincangkan perkara tersebut dalam tempoh terdekat ini.


KARYAWAN seni dari persatuan artis yang berlainan perlu bersependapat dan bersatu bagi kebajikan masa depan artis. Dari kiri, Datuk Sarimah, Freddie, Jamal Abdillah dan Harun sewaktu hadir pada simposium Hari Himpunan Bintang Kosmo!-MyIPO 2011 pada 5 Julai lalu.


Walaupun mereka berharap persatuan lain dapat bekerjasama tentang perancangan berkenaan, ujar Freddie penubuhan sebuah persatuan baharu masih akan diteruskan sekiranya tidak mendapat kerjasama yang diharapkan.

"Kami telah merancang untuk membuat satu himpunan artis secara besar-besaran yang membabitkan pelakon, penyanyi, pelawak, pemuzik, komposer, penulis lirik dan penari dari seluruh Malaysia termasuk artis Melayu, Cina dan India.

"Ketika itu, pelancaran penubuhan persatuan akan turut dilakukan dan pada masa yang sama semua artis akan diberi peluang untuk memilih sendiri pemimpin yang mereka rasakan sesuai dan mampu untuk mempertahankan hak dan kebajikan mereka," jelasnya.

Ujarnya lagi, pada masa yang sama mereka turut bercadang untuk berjumpa dengan pihak kerajaan iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai hasrat penubuhan persatuan tersebut.

"Kami sangat yakin kedua-dua menteri akan menyokong usaha yang dilakukan ini kerana ia sememangnya mampu mendatangkan kebaikan kepada semua pihak termasuk kerajaan yang pastinya lebih mudah untuk mereka membuat pemantauan," ujarnya.

Lebih kuat


IFA RAZIAH ketika meluahkan pandangannya pada simposium Hari Himpunan Bintang Kosmo!-MyIPO 2011.


Cadangan supaya semua persatuan artis di negara ini dibubarkan dan digantikan dengan penubuhan sebuah persatuan sahaja ternyata mendapat reaksi yang baik daripada beberapa orang artis tempatan.

Salah seorang pelakon yang boleh dikategorikan sebagai aktor kelas A, Shaheizy Sam ketika dihubungi menyatakan langkah tersebut harus dilihat dari sudut yang positif serta memberi kebaikan kepada artis itu sendiri.

"Saya merasakan cadangan untuk menubuhkan satu persatuan artis ini tentunya boleh memberikan impak yang baik terutama dalam usaha untuk membela nasib sebilangan artis yang tertindas atau kurang bernasib baik.

"Lagipun kalau semua artis bersatu dan bernaung di bawah persatuan yang sama, sudah tentu ia akan menjadikan persatuan tersebut lebih kuat apabila dianggotai oleh jumlah ahli yang ramai," jelasnya yang merupakan salah seorang ahli Seniman.

Sementara itu, penyanyi Jaclyn Victor turut menyambut baik rancangan untuk menubuhkan sebuah persatuan artis menerusi gabungan persatuan-persatuan yang sedia ada.

Bagaimanapun, penyanyi yang menganggotai persatuan Karyawan itu menegaskan supaya golongan artis diberikan penerangan yang lebih jelas dan mendalam tentang matlamat dan hala tuju persatuan yang ingin ditubuhkan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Tarikan pantai digilap semula

Posted:

Tarikan pantai digilap semula

Tarikan pantai digilap semula

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA



CAHAYA matahari yang mula meninggi dirasakan seperti mencucuk-cucuk ke kulit, namun seorang lelaki dilihat sedang tekun melakukan tugasnya.

Tangannya pantas mengutip pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan, ketam, udang dan kerang yang tersangkut pada pukat rentang miliknya itu.

Dia tersenyum puas. Ternyata penat-lelahnya berbaloi, ketiga-tiga pukat rentang yang dipasangnya sejak malam sebelumnya di pesisiran Pantai Morib itu mengena.

Baldi yang sarat dengan hasil tangkapannya itu kemudian dibawa ke khemahnya yang terletak tidak jauh dari situ.

Bagi Johan Subhi, 42, dia tidak pernah jemu ke Pantai Morib. Sejak berjinak-jinak dalam aktiviti memukat itu awal tahun lalu, boleh dikatakan sebulan sekali atau dua minggu sekali dia akan berkunjung ke destinasi perkhelahan yang popular di selatan Selangor itu.

Lagipun, dia tidak bersendirian lantaran isteri dan tiga orang anaknya turut menjadi peneman setia. Jika dulu kehadiran mereka sekadar untuk bersiar-siar atau berkelah di tepi pantai, kini dia mempunyai hobi baharu untuk mengisi masa lapangnya pada hujung minggu.

"Lazimnya, kunjungan saya ke sini tidak pernah menghampakan. Adakalanya saya mampu membawa pulang hasil tangkapan pukat seberat 20 kilogram.

"Selain menjadi hidangan kami sekeluarga atau disedekahkan kepada jiran tetangga, ada juga permintaan dalam kalangan pengunjung yang mahu membelinya," katanya yang berasal dari Batu 4, Kapar, Klang.

Johan memberitahu, kawasan pantai itu amat sesuai untuk aktiviti memukat kerana mempunyai pantai yang landai iaitu mempunyai jarak di antara tebing dengan anak air yang jauh ke laut ketika air surut.

"Tidak hairanlah kawasan sekitarnya popular dengan mereka yang datang memukat, menjala, memancing atau sekadar mencari kepah atau siput di tepi pantai.


AKTIVITI berkhemah di tepi pantai menjadi acara wajib bagi ramai pengunjung pada hujung minggu.


"Suasana di sini cukup menenangkan. Menikmati deruan ombak segar atau sekadar melihat kerlipan bintang pada waktu malam sudah cukup mendamaikan jiwa. Hilang segala tekanan di tempat kerja," katanya.

Panorama Selat Melaka

Terletak di daerah Kuala Langat kira-kira 10 kilometer dari pekan Banting, Morib bukanlah nama yang asing dalam kalendar pelancongan negeri.

Berlatarbelakangkan panorama Selat Melaka, keindahan pantainya sentiasa menggamit pengunjung khususnya warga kota.

Jika daerah Kuala Langat terkenal kerana tinggalan sejarah Kesultanan Selangor, Morib juga tidak kurang hebatnya.

Kawasan pantainya pernah menjadi kawasan pendaratan pasukan tentera India dari Batalion ke-46 tentera marin British dalam usaha mempertahankan Malaya daripada serangan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua dahulu.

Sepanjang ia dibuka sebagai lokasi riadah pantai, pelbagai isu dibangkitkan orang ramai termasuk soal kebersihan dan juga persaingan dengan destinasi pelancongan berdekatan seperti Sepang yang terkenal dengan pantai Bagan Lalang dan Golden Palm Tree Sepang Gold Coast. Kesemua faktor itu menyebabkan kegemilangan Morib pernah melalui fasa malap.

Namun, usaha Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM6 juta bagi menaik taraf kemudahan pelancongannya sejak setahun lalu telah berjaya mengembalikan keceriaan Morib.

Seorang peniaga layang-layang, Mohd. Azman Dali, 30, berkata, kawasan sekitar Pantai Morib itu kini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tandas, gerai, surau, pondok, tempat meletak kenderaan dan taman permainan kanak-kanak.

Pada masa yang sama katanya, kawasan sekitarnya juga turut diceriakan dengan landskap indah termasuk pembinaan pelbagai arca dan monumen yang menarik.


KETENANGAN suasana di Pantai Kelanang yang terletak berdekatan dengan Pantai Morib.


"Dahulu memang tidak dapat dinafikan keadaannya pantai ini agak tidak terurus, kotor dan dipenuhi sampah-sarap serta gerai-gerai usang

"Sekarang lihatlah, semuanya telah berubah. Kawasan gerai baru yang dibina bukan sahaja luas malah selesa bagi peniaga dan pengunjung yang berkunjung ke sini," katanya yang sudah berniaga di situ sejak berusia belasan tahun.

Anak jati Banting itu menjelaskan, pengunjung ke Pantai Morib boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bermandi-manda, menangkap ikan, bermain-layang atau sekadar bersantai di kerusi rehat yang disediakan.

Tambahnya, kehadiran semula pengunjung ke kawasan pantai itu memberi isyarat jelas ia bakal mengulangi kegemilangan seperti yang pernah dikecapi sekitar tahun 70-an, 80-an dan 90-an dahulu.

"Selain Pantai Morib, pengunjung juga boleh mengunjungi Pantai Kelanang yang juga tidak kurang menariknya dan menjanjikan kepuasan seperti juga pantai-pantai lain di negara ini," ujarnya.

Pantai Kelanang yang terletak berdekatan Pantai Morib bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantainya, malah tinggalan sejarah seperti sejarah Kesultanan Selangor.

Pantai-pantai yang di bawah perhatian Majlis Daerah Kuala Langat itu turut mengajak pengunjungnya melawat beberapa tarikan lain seperti Bukit Jugra, Bukit Melawati, makam Sultan Abdul Samad, Masjid Alauddin dan Istana Bandar.

Ikan bakar

Jika perut berasa lapar, terdapat pelbagai gerai dan restoran yang menyediakan pelbagai hidangan yang menepati selera pengunjung.

Salah satu gerai yang boleh dicuba jika berkunjung ke Pantai Morib ialah gerai King Ikan Bakar yang diusahakan Raja Sulaiman Raja Shah, 51, yang menawarkan pelbagai hidangan menyelerakan seperti ikan bakar, sate, otak-otak, kepak ayam panggang dan sata.


MEDAN selera baharu yang lebih selesa, teratur dan menarik menjadi tumpuan pengunjung ke Pantai Morib.


Raja Sulaiman berkata, keistimewaan ikan bakar tiga rasa yang diadun dengan rempah ratus menjadi pilihan ramai pelanggannya.

"Terdapat beberapa pilihan ikan yang ditawarkan iaitu dari jenis kerapu, kelah dan jenahak," katanya yang turut menghidangkan kerang bakar bersama nasi dan air asam.

Walaupun lokasi gerai terbukanya itu masih baharu, Raja Sulaiman gembira dengan sambutan yang diterimanya.

"Selain menjamu selera, pengunjung berpeluang menikmati panorama indah di sekelilingnya sekali gus memberi nilai tambah kepada peniaga-peniaga di kawasan ini," ujarnya.

Penginapan

Rencana bermalam di Morib juga suatu yang digemari golongan tertentu. Bagi mereka yang gemarkan adventur, terdapat tapak-tapak perkhemahan yang boleh disewa berhampiran pantai untuk aktiviti berkumpulan dan keluarga.

Sementara itu, bagi yang inginkan keselesaan dan suasana privasi boleh memilih untuk menginap di Hotel Impian Morib yang terletak berhampiran.

Menawarkan penginapan bertaraf tiga bintang, resort yang beroperasi sekitar 2005 itu menawarkan sejumlah 90 unit bilik dari jenis superior, deluxe dan calet pada harga bermula dari RM160 hingga RM250 semalam.

Pengurus Residennya, Dzulquarnine Ahmad berkata, setiap bilik mempunyai kemudahan pendingin hawa, televisyen satelit, pembancuh kopi, alat pemanas dan peti ais.

Katanya, resort itu juga turut dilengkapi kolam renang, bilik mesyuarat dan seminar, restoran, padang golf (Sri Morib Golf Club) dan gimnasium.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kembali ke zaman primitif

Posted:

Kembali ke zaman primitif

Kembali ke zaman primitif


PENULIS (kanan sekali) bersama rakan sempat merakamkan gambar kenang-kenangan di pekarangan perkampungan Orang Asli di Kampung Kuala Koh.


BULAN Julai barangkali tidak membawa sebarang signifikan buat segelintir individu. Namun bukan untuk pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain. Ini kerana pada bulan inilah status solo wanita berusia 27 tahun itu bertukar kepada status isteri orang.

Pada 16 Julai lalu, si cantik manis dan bijaksana ini telah bernikah dengan Raja Amir Syah Raja Azwa, 29. Sementara pada tanggal 23 Julai pula, dia yang menerima mas kahwin sebanyak RM777 dan wang hantaran sebanyak RM20,111 meraikan cintanya bersama Amir dalam sebuah resepsi yang cukup meriah.

Resepsi yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, Petaling Jaya, Selangor itu berkonsep moden tradisional. Dihadiri oleh lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat dan rakan sekerja, pasangan mempelai kelihatan cukup anggun dalam busana perkahwinan berwarna putih rekaan Datuk Radzuan Raziwill.

Berkongsi rasa mengenai cinta yang dipupuk bersama Amir, ujar Nurul, ia berputik sekitar tahun 2009 yang lalu. Perkenalan secara tidak sengaja di sebuah majlis pertunangan sahabat mereka rupa-rupanya telah membuka pintu hati masing-masing untuk menjadi pasangan kekasih.

Tempoh dua tahun mengenali hati budi masing-masing kemudian mahu diakhiri dengan ikatan sah. Bagi Nurul, tiada apa yang perlu ditunggu lagi saat hatinya telah yakin bahawa Amir akan menjadi pelindung dan payung terbaik untuknya berteduh sebagai seorang isteri.


SAM mengisi waktu menghasilkan damak untuk kerja perburuan.


Perbezaan persekitaran dan kerjaya antara mereka, Amir, seorang eksekutif di sebuah bank, manakala Nurul sentiasa sibuk mencari berita menarik untuk disajikan di dalam program Majalah Tiga yang sudah menjadi nadi buatnya bukan penghalang cinta mereka. Perbezaan seperti itulah yang menjadi kekuatan untuk mereka saling tertarik antara satu sama lain.

Lebih daripada itu, hati Nurul terpaut kepada Amir kerana sikap merendah diri dan baik.

"Kami begitu serasi bersama. Dia menyokong kerjaya saya, begitu juga sebaliknya. Alhamdulillah kerana akhirnya kami selamat bersatu," ujar Nurul.

Menurut Amir pula, hatinya begitu tertarik dengan Nurul bukan kerana kejelitaannya atau populariti yang dimiliki wanita tersebut. Sebaliknya yang penting bagi jejaka kacukan Melayu-Australia itu adalah sikap Nurul yang sangat memahami dan bijak.

"Dia mempunyai terlalu banyak keistimewaan di mata saya. Cantik dan bijak, malah dia juga merendah diri dan kami sangat serasi bersama," ujar Amir yang menghantar rombongan merisik dan meminang pujaan hatinya itu pada Januari lalu.

Bercakap tentang perancangan mereka selepas menjadi suami isteri, Nurul memberitahu, mereka akan berbulan madu ke Paris sekitar bulan Oktober nanti.


SUASANA aman perkampungan Orang Asli Bateq tanpa pencemaran alam sekitar.


Katanya yang tidak mengambil cuti panjang dan sudah kembali bekerja, sengaja mereka melambatkan agenda berbulan madu kerana mahu menggunakan bulan Ramadan dan Aidilfitri nanti sebagai bulan mereka berkenalan dengan keluarga masing-masing.

"Kami mahu menggunakan bulan Ramadan dan Aidilfitri nanti sebagai bulan terbaik mengenali kaum keluarga baharu kami selain menumpukan ibadat puasa sebagai suami isteri buat pertama kali. Kemudian pada bulan Oktober nanti baru kami akan pergi berbulan madu ke Paris," ujar Nurul lagi.

Malah dia juga merancang untuk mengadakan sebuah lagi majlis di kampungnya, Rembau, Negeri Sembilan buat sanak-saudara yang tidak dapat hadir meraikan perkahwinan mereka baru-baru ini.

Ditanya tentang perancangan keluarga, Nurul pantas memberitahu: "Kami memang tidak merancang untuk menimang cahaya mata. Kami menerima jika Tuhan memberi rezeki, tidak kira ia bayi lelaki atau perempuan."

– MALIAH SURIP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Bimbing pemandu jadi berhemah

Posted:

Bimbing pemandu jadi berhemah

Bimbing pemandu jadi berhemah

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM



PEMBELAJARAN pemanduan kenderaan lazimnya menjadi berkesan apabila pelajar-pelajar dapat merasai suasana sebenar memandu di atas jalan raya.

Bagaimanapun, faktor masa dan keselamatan boleh menjadi penghalang jika sesi pembelajaran itu perlu dilakukan berulang kali di jalan raya.

Menyedari kepentingan ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama S&V Innovations Sdn Bhd. (SVI) telah membangunkan Simulator Automotif Untuk Analisa Kelakuan dan Kecekapan Pemandu (ASIS) untuk memastikan bakal pemilik lesen kereta dapat merasai pengalaman memandu tanpa perlu berada di atas jalan raya.

Pengarah Urusan SVI, Jini Wat, berkata, inovasi ASIS dapat digunakan untuk memperkenalkan asas-asas memandu kereta kepada mereka yang berhasrat mendapatkan lesen memandu dengan mudah dan selamat.

"Ia merupakan sebuah simulator yang boleh digunakan untuk melatih dan menganalisis kecekapan serta kelakuan pemanduan para pemandu.

"Simulator ini juga dapat digunakan sebagai medium untuk latihan permulaan dan penyesuaian memandu sebelum pelajar merasai pengalaman praktikal memandu di jalan raya," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Selain daripada itu, Jini menambah, inovasi tersebut dapat memainkan peranan sebagai alat bantuan bagi melaksanakan kajian mengenai interaksi dan reaksi pemandu di dalam sesebuah simulator.


MODEL ASIS-HM menawarkan pengalaman dan suasana seperti dalam sesi pemanduan sebenar.


Katanya, antara kajian yang boleh dilaksanakan apabila menggunakan simulator itu adalah pemerhatian pola pemanduan antara jantina, cara pemanduan berbahaya dan reaksi pemandu terhadap stimulus atau rangsangan yang perlu dihadapi ketika memandu seperti berhadapan dengan pembuli jalan raya.

"Simulator ASIS bukan sahaja dibangunkan dengan kerjasama kepakaran dari UKM malah telah mendapat geran dari pihak Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) di bawah skim CRDF3.

"Dengan dana tersebut, SVI telah berjaya menghasilkan dua versi simulator iaitu ASIS-LM dan ASIS-HM," jelasnya.

Jini menambah, dalam penghasilan perisian modul pembelajaran ASIS, beberapa pihak turut memberi input positif agar ia dapat disesuaikan dalam pasaran tempatan.

Katanya, Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) banyak memberi input kepada mereka untuk memastikan ASIS dapat beroperasi dengan lebih berkesan.

"Kita juga sentiasa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar inovasi ini dapat digunakan di semua sekolah-sekolah memandu," ujarnya.

Kelebihan ASIS

Sementara itu, Pengarah Jualannya, Bahtiar Affendi Ishak, memberitahu, ASIS merupakan produk tempatan yang dibangunkan sepenuhnya oleh tenaga tempatan.

"Selain penyelidikan dan pembangunan, bahan yang digunakan juga adalah daripada bahan tempatan sekali gus membantu menjana ekonomi negara.


BERBANGGA dengan keupayaan ASIS. (Berdiri dari kiri) Jini, Mohamad Hanif, Bahtiar dan Mohd. Rezdwan Rosli (duduk).


"Kita juga mendapati ASIS merupakan inovasi yang setanding produk simulator yang telah berada dalam pasaran. Ini berdasarkan kemampuan ASIS yang memiliki bahagian-bahagian asas seperti yang dimiliki model saingannya," ujar Bahtiar.

Komponen yang dimaksudkan itu adalah seperti penghasilan suasana memandu dalam simulator tiga dimensi (3D), kokpit menyerupai kenderaan sebenar dan peranti dalaman seperti gear, klac, brek, stereng dan sebagainya yang menyamai fizikal dalaman sesebuah kereta.

Katanya, dua model yang dibangunkan mempunyai kelebihan tersendiri kerana ASIS-LM didatangkan bersama kerangka logam dan ciri-ciri menarik.

"Disebabkan model ASIS-LM menggunakan kerangka logam, ia lebih mudah dipindahkan malah dapat digunakan dalam kelas memandu kerana bakal pemilik lesen kereta akan dapat melihat kesemua komponen kereta dengan lebih jelas.

"Bagi model ASIS-HM pula, ia dibangunkan dengan gentian kaca dan mempunyai ciri-ciri lebih lengkap seumpama memandu dalam kereta sebenar," katanya.

Pengurus Projek ASIS, Mohamad Hanif Md. Saad berkata, kelebihan inovasi itu adalah ia dilengkapi dengan beberapa modul tambahan yang tidak dimiliki simulator lain di pasaran.

"Antara kelebihan-kelebihan itu adalah modul pendidikan interaktif untuk pengecaman bahaya dan modul Qualifying Test at the Institute (Q.T.I) atau ujian prakelayakan untuk pemerolehan Lesen Kelas B seperti memandu menaiki bukit, parkir tepi dan three side point.


PAPARAN 3D yang digunakan dalam ASIS memberi pengalaman baharu kepada bakal pemandu.


"Ia juga dilengkapi modul asas pengenalan komponen memandu kenderaan iaitu penggunaan gear, brek tangan, klac, brek kaki, stereng dan tali pinggang keledar," jelasnya.

Modul penjagaan

Mohamad Hanif menambah, mereka yang menggunakan inovasi berkenaan turut dapat menimba pengalaman berfaedah kerana terdapat modul penjagaan kenderaan dan kecekapan jalan raya.

Bagi memudahkan lagi pemilik simulator tersebut, ia boleh dihubungkan kepada pusat rangkaian dan ditadbir seperti sebuah kafe siber. Konsep tersebut dinamakan sebagai kelas memandu alam maya (virtual driving school).

"Kami telah membangunkan inovasi ini sejak dua tahun lalu tetapi asas penyelidikannya telah dilakukan sejak tahun 2003.

"Dengan adanya inovasi terbaharu ini, kita berharap ia dapat membantu mengurangkan kemalangan jalan raya dan memberi kesedaran kepada bakal pemilik lesen kereta mengenai kepentingan pemanduan berhemah," katanya.

Jini menambah, pihaknya juga bercadang untuk memasarkan produk berkenaan sehingga ke peringkat antarabangsa satu hari nanti.

Menurutnya, ia merupakan produk yang dapat menguntungkan semua pihak apatah lagi apabila pembangunannya menggunakan teknologi, sumber tenaga dan bahan tempatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dua inovasi ASIS boleh melayari laman web www.svi.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Beruang kutub hilang dataran ais

Posted:

Beruang kutub hilang dataran ais

Beruang kutub hilang dataran ais


NASIB keluarga beruang kutub ini masih samar dengan isu pemanasan iklim yang tidak berkesudahan.


AHLI biologi baru-baru ini memberi peringatan terkini mengenai masalah perubahan iklim yang menyebabkan suhu meningkat di bahagian kutub.

Di kutub utara misalnya, peningkatan suhu telah memaksa beruang kutub berenang lebih jauh untuk mencari ais laut yang lebih stabil.

Ternyata, senario terbaharu ini membahayakan kebanyakan anak-anak beruang kutub yang berdepan dengan ancaman maut akibat kepenatan dan juga pemangsaan.

Para penyelidik yang mengikuti kumpulan beruang kutub dewasa mendapati kadar kematian anak-anak haiwan tersebut adalah pada kadar 45 peratus apabila berenang sejauh 48 kilometer (km) berbanding hanya 18 peratus bagi beruang kutub lain yang tidak perlu 'berpindah' lokasi dengan kerap.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila ais laut menyusut dengan pantas hingga memaksa beruang kutub itu berenang lebih jauh dan lama.

"Penyelidikan ini merupakan analisis pertama dalam mengenal pasti perubahan penting aliran bertahun-tahun mengenai peningkatan pola renang jarak jauh oleh beruang kutub.

"Sebelum ini, kajian hanya merekodkan kejadian tunggal mengenai pola renang beruang kutub," kata Penyelidik Kajian Geoff York yang merupakan pakar beruang kutub Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).


LAPANGAN ais yang ideal semakin berkurangan lantas mengancam survival beruang kutub.


Bagi mengenal pasti jarak renang mamalia tersebut, para penyelidik telah mengumpul data daripada kolar sistem kedudukan global (GPS) yang dipasang pada 68 ekor beruang kutub dewasa di Lautan Artik Selatan Beaufort dan Chukchi antara tahun 2004 hingga 2009.

Kesemua beruang kutub yang direkodkanitu adalah betina. Kolar GPS tidak dipasang pada beruang kutub jantan kerana bentuk kepalanya tidak sebesar otot lehernya hinggakan alat tersebut mudah tergelincir.

Dalam pada itu, penyelidik turut melihat imejan satelit ais laut bagi mengenal pasti insiden beruang-beuang kutub tersebut berenang melebihi 48km pada satu-satu masa.

Sebanyak 20 ekor daripada beruang kutub yang memakai kolar berkenaan telah berenang pada jarak begitu jauh malah saintis mengenal pasti renangan haiwan berkenaan adalah sejauh 50 larian maraton.

Pada masa yang sama, terdapat 11 ekor beruang kutub itu turut berenang bersama anak-anaknya dan lima daripada beruang kutub tersebut kehilangan anak ketika berenang terlalu jauh.


ADAKAH tidak lama lagi, beruang kutub hanya akan menjadi penghuni di banyak zoo di seluruh dunia gara-gara kemusnahan habitatnya?


Renangan paling jauh dicatatkan dalam kajian tersebut adalah sejauh 686km manakala 12.7 hari merupakan catatan hari paling lama direkodkan oleh mereka.

Menurut penyelidik, renangan yang jauh menambah penggunaan tenaga sekali gus melemahkan beruang kutub itu akibat kepenatan merentasi laut bergelora.

Kata penyelidik lagi, kehilangan ais laut secara mendadak telah memaksa beruang-beruang kutub dan anaknya berenang dalam jarak yang jauh untuk mencari daratan. Haiwan itu juga sukar mencari dataran ais yang kuat untuk menampung beban berat badannya.

"Perubahan iklim yang melanda dunia telah membuatkan ais laut tidak dapat menampung beruang-beruang kutub lagi.

"Ia sekali gus telah memaksa beruang-beruang kutub ini mencari makanan dan tempat tinggal di kawasan lain," kata York.

Menurut Pusat Sains Kutub, Universiti Washington, tahap ais laut Artik telah menurun pada kadar terendah pada Julai 2011 dengan 47 peratus lebih rendah berbanding tahun 1979.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pengalaman menonton filem di TV

Posted:

Pengalaman menonton filem di TV

Pengalaman menonton filem di TV

Siri PB10 dan PS10 mempunyai beberapa ciri seperti Meta Brain Pro, Intelligent Backlight Control, Autoview dan lain-lain bagi memastikan kualiti video audio terjamin.


ATAS: Siri PS10 didatangkan dalam saiz 24, 32 dan 40 inci.


BERMULA dengan teknologi hitam putih dengan saiz besar yang kelihatan seperti sebuah peti. Teknologi televisyen semakin berkembang sehingga bentuknya kini sangat nipis.

Syarikat pengeluar barangan elektrik, Toshiba tidak ketinggalan dalam perlumbaan itu dengan memperkenalkan siri televisyen LCD terbaru, siri PS10 dan PB10.

Siri jimat kuasa (PS10) direka supaya dapat meningkatkan kualiti video dan audio dengan ciri-ciri fungsi yang disediakan.

Menggunakan paparan berasaskan teknologi diod pemancar cahaya (LED) dan Meta Brain Pro yang mempunyai pemprosesan 10 bit video menghasilkan imej yang seakan-akan hidup.

Kawalan cahaya latar (Intelligent Backlight Control) pula memberikan imej yang sangat kontras dengan peningkatan yang halus dan licin serta kedalaman paparan gelap antara objek.

Aplikasi Autoview pula memberikan kawalan berterusan bagi menghasilkan kualiti gambar terbaik manakala panel berdefinisi tinggi (HD) memastikan keseronokan menonton terjamin.

Jika terdapat saat penerimaan isyarat yang lemah, siri televisyen itu yang dilengkapi Auto RF Signal Booster akan memastikan kualiti gambar tetap sama walaupun berdepan dengan masalah tersebut.

Siri Penggalak kuasa (PB10) pula memastikan setiap model dalam siri itu dapat memberikan fungsi yang sama dengan siri PS10.

Perbezaannya cuma paparan skrin televisyennya tidak menggunakan teknologi LED.

Ciri-ciri lain adalah sama dan kini terpulang kepada pelanggan untuk memilih televisyen kegemaran mereka.

Antara kelebihan lain yang dimiliki kedua-dua siri itu adalah sambungan USB bagi membolehkan 27 format video dimainkan.

Mesra digunakan dengan komputer peribadi, televisyen dalam siri itu boleh dijadikan monitor selain port HDMI untuk penghantaran video berdefinisi tinggi.

Siri PS10 didatangkan dengan tiga saiz iaitu 24, 32 dan 40 inci manakala siri PB10 pula hanya terdapat dua saiz sahaja iaitu 32 dan 40 inci.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pengakuan bekas pengikut JI

Posted:

Pengakuan bekas pengikut JI

Pengakuan bekas pengikut JI


MUSTAWAN yang merupakan anggota kanan JI Indonesia kini ditahan di bawah ISA di Kem Kamunting, Taiping.


KUALA LUMPUR - Pihak keselamatan memberitahu, seorang lelaki yang ditahan selepas terlibat dengan kegiatan militan mendakwa, kumpulan pengganas itu meminta jemaah supaya mencari pengikut untuk menggulingkan kerajaan.

Sumber keselamatan memberitahu, ia berikutan Jemaah Islamiah (JI) mendakwa pemerintah di sini mengamalkan bidaah dan 'toghut' (kerajaan yang tidak laksanakan hukum Islam). Ekoran itu, harta mereka boleh dirampas dan darah mereka halal.

Katanya, lelaki yang ditahan itu mendakwa antara bidaah yang wajib diperangi apabila seseorang itu mengamalkan doa Qunut, tahlil arwah dan menyambut Maulidur Rasul.

Menurut sumber itu lagi, ideologi yang tidak selari dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ijma' Ulama itu diperoleh selepas lelaki itu terjerat dengan dakyah tersebut ketika melayari Internet.

"Kontraktor dari Pantai Timur yang dikenali sebagai Shamsudin, 34, kini ditahan di bawah perintah sekatan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 4 Ogos tahun lalu," kata sumber itu yang memberitahu maklumat itu diperoleh melalui soal siasat yang dijalankan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lapor CMCF jika ada blog militan di Internet

Posted:

Lapor CMCF jika ada blog militan di Internet

Lapor CMCF jika ada blog militan di Internet

KUALA LUMPUR - Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) meminta orang ramai membuat laporan sekiranya menemui laman blog yang bersifat mengancam ketenteraman awam.

Pengarah Eksekutif CMCF, Mohd. Mustaffa Fazil Mohd. Abdan berkata, pihaknya mengalu-alukan bantuan tersebut bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Katanya, biarpun kuasa yang diberikan terbatas namun CMCF mampu menyekat mana-mana peralatan elektronik yang melanggar kod kandungan.

"Kita akan siasat dan sekiranya peruntukan yang dimiliki terbatas, kita akan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kes selesai luar mahkamah

Posted:

Kes selesai luar mahkamah

Kes selesai luar mahkamah

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Saman terhadap kerajaan oleh seorang suri rumah yang gambarnya dipaparkan dalam rakaman video semasa melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel di sebuah balai polis pada 2006 diselesaikan di luar mahkamah semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan merekodkan penyelesaian kes itu di Mahkamah Tinggi di sini dengan kehadiran peguam daripada kedua-dua pihak.

Pada 29 Ogos 2006, Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, 28, memfailkan saman itu dengan menamakan Mohd. Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat Konstabel) dan kerajaan selaku responden.

Mohd. Dzulfatah didakwa membuat rakaman itu ketika Hemy Hamisa sedang melakukan ketuk ketampi tanpa berpakaian.

Dia menuntut ganti rugi am berjumlah lebih RM250,000, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Terdahulu, peguam Datuk Baljit Singh Sidhu yang mewakili Hemy Hamisa memberitahu pemberita bahawa anak guamnya bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah berikutan cadangan oleh responden iaitu kerajaan.

Beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengumumkan jumlahnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Singapura anggap tiada masalah

Posted:

Singapura anggap tiada masalah

Singapura anggap tiada masalah


SKUAD Singapura menjalani latihan di Pusat Latihan Maybank, Bangi kelmarin.


JURULATIH Singapura, Radojko Avramovic tidak menganggap beraksi di atas rumput sebenar di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok sebagai satu masalah besar buat anak-anak buahnya.

Bagi pengendali dari Serbia yang lebih mesra dipanggil Raddy itu, para pemainnya tidak hanya mampu beraksi baik di atas rumput tiruan sintetik seperti di Stadium Jalan Besar yang menjadi kelebihan mereka ketika menundukkan Malaysia 5-3 pada Sabtu lalu.

"Tak semestinya beraksi di padang rumput, kelebihan akan menjadi milik pasukan Malaysia pula. Kebanyakan pemain kami juga sebenarnya sudah biasa dengan rumput sebenar dan ia bukanlah masalah besar.

"Berkelebihan dua jaringan, kami tetap akan turun dengan me- nganggap ini satu perlawanan baru. Setiap perlawanan pasti kami akan cuba mendapatkan sebanyak mana gol," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Padang Pusat Latihan Maybank, Bangi malam tadi.

Sesi latihan tersebut hanya dibenarkan untuk ditonton pihak media Malaysia sebelum ia bermula dan sejurus ia berakhir.

Namun menerusi 'intipan' dari tepi padang, kelihatan Raddy mengutamakan latihan sepakan percuma yang menghasilkan dua gol pertama mereka pada aksi Sabtu lalu selain latihan sepakan penalti pada penghujung sesi.

Ditanya adakah padang latihan itu terletak pada lokasi yang jauh daripada hotel penginapan mereka, Hotel Hilton di Petaling Jaya, Raddy sekali lagi dengan bersahaja berkata: "Takkan ada semua yang ideal untuk kita dalam hidup ini."

Raddy turut tidak begitu risau dengan corak permainan yang ditampilkan skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal yang disifatkannya tiada banyak berbeza pun.

"Tak banyak beza pun apa yang saya jangkakan pada perlawanan pertama lalu. Lagipun kedua-dua pasukan sudah mengetahui corak permainan masing-masing.

"Jadi saya menjangkakan satu lagi perlawanan yang menarik (esok), terutamanya apabila ia berlangsung di hadapan 80,000 penonton. Ia baik untuk perkembangan bola sepak di rantau ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kapten skuad Singa curi tumpuan

Posted:

Kapten skuad Singa curi tumpuan

Kapten skuad Singa curi tumpuan


SHAHRIL


KAPTEN Singapura, Shahril Ishak tidak gentar dengan provokasi dari- pada penyokong Malaysia yang bakal dihadapinya pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Shahril, 27, sudah pasti akan menjadi sasaran utama ejekan kerana reaksi spontannya membuat isyarat tangan 'L' bermaksud looser kepada penyokong Harimau Malaya pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

Insiden itu berlaku selepas gol keempat Singapura pada penghujung separuh masa pertama yang disusuli balingan bekas minuman ke atas padang oleh segelintir penyo- kong Malaysia.

"Pada ketika itu saya berasa cukup kecewa melihat penyokong Malaysia bertindak berani membaling objek ke dalam padang di gelanggang kami sendiri.

"Jadi saya membuat tindak balas spontan (dengan membuat isyarat tangan itu). Saya mohon maaf di atas kejadian itu," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Padang Pusat Latihan Maybank, Bangi malam tadi.

Shahril yang beraksi sebagai penyerang kedua di belakang Aleksandar Duric turut melaungkan keyakinan bahawa dia ber- sedia sepenuhnya untuk turun beraksi di hadapan lebih 80,000 penyokong Malaysia malam esok.

"Ini bukan perkara baharu bagi saya. Tiada masalah kerana di Indonesia saya sudah biasa beraksi di hadapan 100,000 penon- ton," katanya.

Ditanya tentang peluang Singapura untuk layak ke pusingan ketiga setelah membawa bekalan kemenangan 5-3 di tempat sendiri, Shahril berkata, dia yakin rakan-rakan sepasukannya mampu meneruskan aksi cemerlang biarpun beraksi di tempat lawan malam esok.

"Memang tekanan bagi pemain-pemain muda untuk beraksi di hadapan lebih 80,000 penyokong lawan tetapi saya nasihatkan mereka supaya fokus 110 peratus," kata Shahril.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Misi berjuang habis-habisan

Posted:

Misi berjuang habis-habisan

Misi berjuang habis-habisan

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

SKUAD bola sepak kebangsaan sudah dianggap terlalu sinonim mengharungi perjalanan sukar untuk meraih sesuatu kejayaan.

Pertamanya, pada Sukan SEA 2009 di Laos, kekala- han 1-3 kepada Vietnam pada aksi peringkat kumpu- lan menyebabkan peluang untuk ke separuh akhir hampir tertutup kecuali perlu menewaskan Thailand.

Ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Arthit Sunthorn- pit, Malaysia nyaris tersingkir sebelum mendapat dua gol lewat menerusi Mohd. Nasriq Baharom pada minit ke-81 dan Ahmad Fakri Saarani pada masa kecederaan.

Malaysia akhirnya muncul juara selepas menewaskan Vietnam 1-0 di final setelah terlebih dahulu menyingkirkan Laos 3-1 pada peringkat separuh akhir.

Keduanya, pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Malaysia berjaya menamatkan kemarau 32 tahun gagal ke pusingan kedua biarpun pada aksi terakhir peringkat kumpulan tewas 0-3 kepada China.

Aksi itu penuh kontroversi apabila pengadil dari Australia, Ben Williams melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Hasrat mencipta satu lagi sejarah mara ke suku akhir bagaimanapun tidak kesampaian apabila Malaysia tewas 1-3 kepada Iran akibat kepincangan tiga tonggak utama yang digantung itu.

Ketiganya, pada Piala Suzuki AFF 2010, Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia pada aksi sulung peringkat kumpulan. Ini menyebabkan skuad Harimau Malaya terpaksa bergantung harap kepada Indonesia pada aksi terakhir.

Mujur Indonesia menewaskan Thailand 2-1. mana- kala Malaysia membelasah Laos 5-1, sekali gus berjaya mara ke separuh akhir dan akhirnya muncul juara setelah menumbangkan Indonesia dengan agregat 4-2 di final.

Kini situasi dan skrip sama berulang lagi apabila peluang Malaysia untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 belum terjamin setelah tewas 3-5 kepada Singapura pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

"Kami akan turun ke padang (esok) dengan menta- liti untuk menang bagi melayakkan diri ke pusingan ketiga.

"Para pemain telah membuktikan dalam situasi seperti ini sebelum ini yang mana mereka akhirnya berjaya juga bangkit dengan baik dan seterusnya mencipta kejayaan.

"Cuma saya harap mereka jangan hilang fokus meskipun berjaya mendahului.

"Saya tuntut fokus mereka melebihi daripada 90 minit permainan," kata jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya pagi semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Misra paling cemerlang di MSU

Posted:

Misra paling cemerlang di MSU

Misra paling cemerlang di MSU

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


MISRA menunjukkan pingat yang diterima sebagai pelajar terbaik MSU kepada ibu bapanya, Firdaus Sajab dan Asmawati M. Yunus.


WALAUPUN menolak tawaran melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Indonesia mungkin dilihat satu kerugian, Misra Helma Firdaus, 28, membuktikan keputusannya itu tepat apabila memilih institusi pengajian swasta tempatan.

Minggu lalu, anak kepada seorang pemandu lori itu membahagiakan kedua-dua orang tuanya apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Canselor pada majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di Shah Alam, Selangor.

"Bergelar anak pemandu lori bukan masalah ataupun beban dalam mengejar cita-cita kerana ibu bapa saya sentiasa berdiri teguh memberi galakan dalam pembelajaran malah, akan memberikan yang terbaik agar anak-anak dapat berjaya dalam kehidupan mereka.

"Walaupun pernah menolak tawaran melanjutkan pengajian ke universiti di Indonesia akibat masalah kewangan saya tetap optimis mampu menggapai cita-cita sehingga ke menara gading dengan mencari peluang di MSU," kata anak sulung yang bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan.

Dia yang berasal dari Kuala Lumpur bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi, menunjukkan bakat dan aktif dalam kokurikulum dengan menyertai Persatuan Silat Seni Gayung Patani Malaysia.

Komitmen Misra dalam Persatuan Silat Seni Gayung Patani banyak membuka peluang dalam menyertai pelbagai pertandingan termasuk di Perancis malah, pernah bergelar juara pertandingan Silat Melayu Kebangsaan 2008.

Dalam majlis konvokesyen itu, seramai 537 graduan diraikan selepas menamatkan pengajian pada peringkat diploma dan ijazah dalam 33 bidang pengajian.

Seramai 26 pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum telah dipilih menerima anugerah khas berdasarkan pencapaian dalam bidang pengajian masing-masing.

Sementara itu, penerima Anugerah Akademik, Karamwant Kaur Gill Harbhajan Singh Gill, 25, berkata, dia sentiasa mendisiplinkan diri dengan memberi perhatian dalam kuliah dan bertanya kepada pensyarah apabila tidak memahami sesuatu perkara.


MOHD. SHUKRI (tengah) dikelilingi graduan MSU yang menamatkan pengajian di universiti itu.


Graduan Sarjana Muda Sains Bio Perubatan itu, yang kehilangan bapanya akibat strok beberapa hari sebelum peperiksaan akhir turut terpaksa menguatkan semangat untuk memastikan dapat menumpukan perhatian agar dapat mencapai kejayaan.

Dalam pada itu, Presiden MSU, Prof. Datuk Wira Mohd. Shukri Ab. Yajid berkata, pembangunan modal insan berkualiti menjadi intipati penting dalam memastikan universiti itu menjadi pilihan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka.

"Kita sentiasa menekankan kecemerlangan akademik dan kokurikulum untuk memastikan graduan yang dilahirkan berkualiti serta mampu memenuhi permintaan pasaran.

"Tiga perkara yang menjadi keutamaan adalah akademik, personaliti dan serba boleh agar mudah diambil bekerja selepas menamatkan pengajian," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen itu.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Sultanah Kedah selaku Canselor MSU, Tuanku Hamimah Hamidun. Turut hadir ialah Pro Canselor MSU, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin.

Semenjak konvokesyen pertama, lebih 95 peratus graduan MSU telah mendapat pekerjaan dalam pelbagai organisasi dalam tempoh enam bulan selepas tamat majlis konvokesyen.

Antara faktor utama yang menyumbang dalam perkembangan itu adalah penawaran kursus MSU dan input berkenaan industri merentasi semua disiplin pengajian.

MSU menawarkan program pengajian pada peringkat pra-universiti, diploma, ijazah dan pasca siswazah melalui Fakulti Kesihatan dan Sains Kehidupan, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional serta Fakulti Sains Informasi dan Kejuruteraan.

Tidak ketinggalan juga Sekolah Perubatan Antarabangsa, Sekolah Farmasi, Pusat Pengajian Asasi, Sekolah Pengajian Graduan dan Pusat Pengurusan Graduan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bengkel bantu ibu tunggal

Posted:

Bengkel bantu ibu tunggal

Bengkel bantu ibu tunggal


CHEF ZAM (empat dari kiri) dan Wan Rusli (lima dari kanan) bergambar bersama para peserta sebaik sahaja tamat sesi memasak.


SUASANA pagi hujung minggu di Silverspoon International College, Puchong, Selangor sangat berlainan pada awal bulan Julai lalu. Tempat menuntut ilmu anak-anak muda sebelum menerima segulung diploma dan ijazah itu menerima kehadiran 10 orang pelajar yang sedikit berusia tetapi mempunyai minat yang tinggi dalam bidang masakan.

Mereka adalah sekumpulan ibu tunggal yang mengikuti Bengkel Kulinari Ibu Tunggal anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dengan kerjasama chef selebriti, Chef Zam.

Bengkel dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai bagaimana berniaga makanan mampu menjana pendapatan serta pengkongsian tip oleh Chef Zam atau nama penuhnya Zamzani Abdul Wahab.

Antara tip yang diberikan adalah cara penyimpanan produk acar buah supaya mampu bertahan lama sehingga berbulan-bulan.

Para peserta yang rata-rata berumur antara 40 hingga 50 tahun itu dibahagi kepada tiga kumpulan terdiri daripada tiga hingga empat orang.

Sebanyak lima jenis lauk yang dipilih untuk demonstrasi masakan iaitu acar buah, nasi minyak hujan panas, daging kerutuk, ayam goreng berempah dan wajik durian.

Tukar kerjaya

Salah seorang peserta, Zurita Ghazali, 47, berkata, tujuan dia mengikuti bengkel itu adalah untuk mencari suatu bidang yang boleh bergantung harap.

"Saya bercita-cita untuk membuka sebuah kafe bagi menampung hidup bersama-sama empat anak saya," ujar Zurita yang sudah tiga tahun hidup sebagai ibu tunggal.

Lain pula kisahnya dengan Rahimah Teh. Menurut wanita berusia 46 tahun itu, dia mengikuti bengkel itu untuk menukar profesion.

"Sudah enam tahun saya hidup sendirian dan sepanjang tempoh masa tersebut saya melakukan pelbagai kerja-kerja yang berat.

"Saya sekarang bekerja sebagai pemandu teksi. Dulu jangan kata bas sekolah malah, lori pun saya pernah pandu," cerita wanita yang menetap di Rawang itu.


IBU tunggal terpilih boleh mendalami kemahiran memasak melalui Bengkel Kulinari Bersama Chef Zam.


Hajat di hati, dengan mengikuti bengkel tersebut, dia mampu membuka sebuah syarikat katering kecil-kecilan dan dapat meninggalkan pekerjaannya sekarang.

Secara keseluruhan, komen Chef Zam terhadap pelajar seharinya adalah memuaskan cuma perlu menambahkan kemahiran mereka.

"Daripada pemerhatian saya, mereka sudah pun memiliki pengetahuan dalam bidang masakan tetapi, bagi menjadi seorang usahawan dalam bidang ini mereka perlu memenuhi beberapa kriteria.

"Mereka hanya perlu didedahkan bagaimana cara-cara untuk menjaga tahap kualiti dan rasa supaya sentiasa seragam," terang Chef Zam yang mendapat pendidikan dari Universiti West London.

Harapan

Penglibatan Chef Zam dalam kerja amal itu bukan untuk mencari untung tetapi, sudah menjadi impiannya membantu golongan ibu tunggal.

"Saya sendiri dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dan telah melihat sendiri betapa susahnya membesarkan anak-anak dalam suasana itu," katanya.

Harapannya kepada ibu-ibu tunggal yang mengikuti bengkel tersebut, mereka dapat membuka jalan baharu untuk meneruskan hidup nanti.

Peserta program itu tidak dibiarkan begitu sahaja, pihak yayasan akan memantau mereka dari semasa ke semasa sehingga mampu membuka dan menguruskan perniagaan sendiri.

Selepas ini, akan ada perancangan untuk membuat sebuah bengkel perniagaan selain program-program lain berunsur kemahiran seperti kelas menjahit.

"Namun, semua itu bergantung kepada keperluan dan situasi kewangan kami. Jadi, kami amat mengalu-alukan pihak swasta dapat memberi tajaan," ujar Pengurus Pembangunan Program Muslim Aid, Muhammad Kamarulazizi.

Bengkel diakhiri dengan pemberian sijil penyertaan dan buah tangan kepada para peserta oleh Pengarah Muslim Aid, Wan Rusli Wan Muda dan Chef Zam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Sokongan ke atas PM Israel merosot

Posted:

Sokongan ke atas PM Israel merosot

Sokongan ke atas PM Israel merosot


SEJUMLAH penduduk menyertai tunjuk perasaan bagi membantah kenaikan harga barang dan hartanah di Tel Aviv kelmarin.


BAITULMUQADDIS - Sokongan ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menurun susulan bantahan rakyat terhadap kos sara hidup di negara berkenaan yang melambung tinggi, menurut satu kaji selidik yang disiarkan semalam.

Akhbar tempatan, Haaretz melaporkan bahawa kaji selidik terbaharu itu mendapati 32 peratus rakyat Israel berpuas hati dengan prestasi Netanyahu manakala 54 peratus lagi sebaliknya.

Netanyahu yang mengetuai pentadbiran campuran yang diterajui parti pimpinannya, Parti Likud, menyatakan, beliau akan mengumumkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup tersebut.

Harga barangan makanan di Israel melonjak lebih 40 peratus sejak beberapa bulan lalu termasuk harga keju kotej yang merupakan makanan ruji di negara itu.

Selain produk makanan, harga petrol turut melambung kepada lebih AS$8 (RM23.65) untuk 3.7 liter manakala harga rumah pula jauh lebih mahal berbanding beberapa tahun sebelumnya.

Sebuah flat dua bilik di sini atau bandar Tel Aviv kini berharga sekitar AS$500,000 (RM1.4 juta).

Parti Likud kini menduduki 27 kerusi daripada 66 kerusi pentadbiran campuran Israel.

Pilihan raya umum Israel dijadual diadakan pada tahun 2013. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembunuh gila Norway mungkin dipenjara 30 tahun

Posted:

Pembunuh gila Norway mungkin dipenjara 30 tahun

Pembunuh gila Norway mungkin dipenjara 30 tahun


ANDERS BEHRING BREIVIK (kiri) menaiki sebuah kenderaan polis yang meninggalkan sebuah mahkamah di Oslo, Norway kelmarin.


OSLO - Polis Norway boleh mendakwa seorang pembunuh 'gila,' Anders Behring Breivik atas dakwaan jenayah menentang kemanusiaan sekali gus menyebabkan dia dihukum penjara selama 30 tahun.

Dia ditangkap selepas membunuh 76 orang pada minggu lalu.

Breivik kini berdepan hukuman penjara 21 tahun kerana beberapa tuduhan melakukan keganasan selepas serangan bom dan tembakan pada Jumaat.

Namun, ramai rakyat Norway menganggap hukuman penjara selama 21 tahun itu tidak cukup panjang.

Pendakwa raya, Christian Hatlo kelmarin memberitahu sebuah akhbar tempatan, Aftenposten bahawa pendakwaan baharu itu merupakan satu kemungkinan.

Undang-undang jenayah kemanusiaan dikuatkuasakan di Norway pada 2008.

"Polis setakat ini menyatakan akan mendakwa lelaki itu kerana jenayah menentang keganasan tetapi beberapa dakwaan lain akan turut dipertimbangkan," kata jurucakap polis, Sturla Henreiksboe.

Breivik mengaku melakukan serangan itu.

Sebelum ini terdapat dakwaan dia melakukan serangan itu kerana terlalu bencikan kebangkitan penduduk Islam di Eropah. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Britain tukar pendirian kedudukan Gaddafi

Posted:

Britain tukar pendirian kedudukan Gaddafi

Britain tukar pendirian kedudukan Gaddafi

LONDON - Para pemimpin Britain didakwa menukar pendirian berhubung konflik Libya apabila Setiausaha Luar, William Hague kelmarin mengesahkan Britain telah membatalkan tuntutannya supaya pemimpin Libya, Muammar Gaddafi meninggalkan negara berkenaan.

Hague memberitahu, walaupun Britain masih komited supaya Gaddafi diadili di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), masa depan pemimpin tersebut kini terletak di tangan rakyat Libya.

Bercakap pada satu sidang media di sini bersama Menteri Luar Perancis, Alain Juppe, beliau berkata, Britain dan Perancis bersepakat sepenuhnya bagi menyokong campur tangan ketenteraan di Libya.

Pada sidang media berkenaan, Hague memberi amaran bahawa Gaddafi mesti meletak jawatan, tidak berusaha untuk membunuh penduduk awam atau menghuru-harakan Libya selepas beliau berundur.

Beliau bagaimanapun tidak mengulangi tuntutan sebelum ini bahawa pemimpin berusia 69 tahun itu perlu meninggalkan Libya.

"Apa pun jalan penyelesaian berhubung konflik ini (Libya), jalan penyelesaiannya boleh diterima oleh rakyat Libya," katanya.

"Rakyat Libya sendiri perlu menentukan masa depan mereka dan bukan kami (Barat)," tambah Hague. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved