Selasa, 18 Mac 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


4 kapal TLDM ke koridor Selatan

Posted:

4 kapal TLDM ke koridor Selatan

4 kapal TLDM ke koridor Selatan


ANGGOTA TLDM memberi penghormatan kepada kapal KD Pahang yang berlayar ke koridor Selatan bagi operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan semalam.


KUANTAN - Empat buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berlepas dari perairan negara semalam bagi menyertai fasa kedua misi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di koridor Selatan.

KD Selangor dan KD Kelantan bertolak dari Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 1 pagi, manakala KD Pahang dan KD Terengganu memulakan perjalanan dari Pangkalan TLDM Tanjung Gelang dekat sini pada pukul 2.45 petang.

Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Azhari Abdul Rashid berkata, KD Pahang dan KD Terengganu akan menyertai misi pencarian di Koridor Selatan yang menjangkau dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.

"Operasi kedua-dua buah kapal disokong oleh 150 orang pegawai dan kakitangan serta dibantu satu unit helikopter jenis Fennex.

"Setiap unit kapal memiliki kapasiti membawa bekalan makanan kering untuk kegunaan sehingga satu bulan dan bekalan makanan basah bagi kegunaan selama tiga minggu pelayaran.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia minta teliti semula data radar, satelit

Posted:

Malaysia minta teliti semula data radar, satelit

Malaysia minta teliti semula data radar, satelit



SEPANG - Malaysia telah meminta semua negara yang terlibat dalam pasukan mencari dan menyelamat termasuk di koridor Utara dan Selatan supaya meneliti semula data radar dan satelit milik mereka bagi mengecilkan kawasan pencarian pesawat MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keseluruhan kawasan pencarian sekarang adalah seluas 2.24 juta batu nautika persegi dengan koridor utara dan selatan masing-masing dipecahkan kepada tujuh kuandran iaitu setiap satunya meliputi lokasi seluas 160,000 batu nautika persegi.

"Dari segi usaha logistik, dalam tempoh 24 jam lalu kita berusaha keras dengan negara-negara lain untuk mengecilkan koridor pencarian.

"Fokus kita sekarang membabitkan empat tugas iaitu mengumpulkan maklumat daripada pemantauan satelit, analisis radar, meningkatkan aset di permukaan dan udara serta tenaga pakar teknikal," katanya pada sidang akhbar di Hotel Sama Sama di sini semalam.

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia bukan sarang pengganas

Posted:

Malaysia bukan sarang pengganas

Malaysia bukan sarang pengganas

SEPANG - Kerajaan menolak dakwaan yang menyatakan negara ini kini menjadi sarang pengganas berikutan kejadian kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sejak 8 Mac lepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dakwaan isu pengganas itu timbul apabila terdapat dua rakyat Iran yang menjadi penumpang pesawat berkenaan didapati menggunakan pasport curi.

Bagaimanapun, beliau berkata, setelah siasatan yang dilakukan oleh agensi perisikan antarabangsa mendapati, dakwaan tentang unsur pengganas adalah tidak berasas.

"Berkaitan dakwaan Malaysia jadi sarang pengganas, saya dahulu lima tahun jadi Menteri Dalam Negeri sudah dengar dakwaan ini tetapi memang jelas tidak ada asas langsung apatah lagi dengan apa yang kita lalui pada masa ini," katanya dalam sidang akhbar menjelaskan perkembangan usaha mencari pesawat MH370 yang masuk hari ke-11 di Hotel Sama-Sama di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved