Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Tunang jawab teka tekiELLY bakal muncul dengan single terbaharu berjudul, Please Forgive Me. MENYELAMI kisah hidup penyanyi bergelar pelakon, Elly Mazlein memang menarik. Sepanjang kariernya sebagai anak seni dia tidak pernah berhenti daripada dihujani persoalan membingungkan berkaitan status dirinya. Khabar mengenai wanita bernama Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi telah berkahwin dengan golongan atasan atau VVIP heboh dicanang lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu Elly mengisi ruang sebagai isteri ketiga lelaki itu. Tiada angin tiada ribut, warta itu bertiup kencang dan warga media tidak pernah penat bertanya soalan serupa walaupun Elly sering menafikan berita kurang enak itu. Namun Elly tidak sekali pun membentak mahu pun melarikan diri daripada umum malah dia memilih untuk tidak melayan soalan sedemikian dan memilih untuk merahsiakan kisah peribadinya daripada pengetahuan ramai waima pihak media sekali pun. Akhirnya setelah sekian lama bergelut dengan kisah sensasi itu, dia kini mampu menarik nafas lega apabila sah menjadi tunangan orang yang benar-benar dicintainya. Perkenalan lebih dua tahun dengan pilihan hati, Azmi Hata membawa kepada perhubungan mereka itu bercambah mekar hingga masing-masing membuat keputusan untuk ke peringkat lebih serius dan mengikatnya dengan pertunangan. Kesediaan Elly mengakhiri zaman bujangnya diumumkan seikhlas mungkin dan turut menjadikan faktor usia yang kini mencecah angka 30 sebagai pemangkin untuk serius dalam perhubungan. "Alhamdulillah, Elly berasa amat bersyukur dan sejujurnya Elly lega dengan adanya majlis pertunangan ini kerana akhirnya ia dapat menutup cerita yang heboh diperkatakan sebelum ini. "Seperti yang semua tahu sebelum ini Elly memang banyak berahsia tentang kisah peribadi Elly tetapi Elly pernah berjanji akan mengumumkannya apabila tiba masanya. "Hari ini Elly tunaikan janji Elly itu dan berharap semua cerita yang timbul sebelum ini akan berakhir dan terjawablah bahawa Elly masih bujang dan baru sahaja hendak membina rumah tangga," ujarnya. Kepuasan yang dikecap Elly itu seolah-olah memberi maksud bahawa Elly rimas dengan cerita-cerita lama itu dijaja tanpa henti hingga menggugat kerjayanya sebagai seorang selebriti yang mempunyai imej bersih. Namun dia tidak rimas malah dia menerima segala cerita-cerita itu kerana tahu sebagai seorang anak seni dia perlu menelan semua pahit manis yang datang dan perlu ditempuhi semua insan bergelar figura awam. Lelaki matang yang cerdiik SALING menyenangi antara satu sama lain, Elly dan Azmi sepakat hati dan perasaan untuk bakal bersatu di alam rumahtangga. Mengingat kembali detik hati Elly tertaut dengan pengarah filem Duhai Si Pari-Pari itu, dia tidak dapat menyembunyikan karakter lemah lembut dan sifat kebapaan yang dimiliki Azmi membuatkan dirinya mudah jatuh hati dengan Azmi. Mengungkap Azmi sebagai seorang lelaki matang yang cerdik dalam menyelesaikan masalah apabila timbul perselisihan faham dalam perhubungan mereka memberi bayangan bahawa Elly benar-benar bahagia di sisi bakal suaminya itu. "Saya gembira dengan pilihan saya, apa yang penting Azmi sangat menghormati kedua ibu bapa saya dan yang paling menarik perhatian saya ialah dia cepat mesra dengan anak-anak saudara saya. "Selain itu dia juga seorang yang suka buat kejutan lebih-lebih lagi apabila Elly pulang dari penggambaran di lokasi yang jauh-jauh, pasti akan ada kejutan daripada Azmi," luah Elly denyan senyuman. Bagi Azmi pula pemilihan Elly sebagai suri hatinya sememangnya tidak dikesali kerana dia menyifatkan Elly sebagai individu yang serasi dengan dirinya dan menyatakan keserasian dalam perhubungan amat sukar dicari. Menyunting Elly sebagai teman istimewa juga membuatkan Azmi berasa bertuah kerana memiliki wanita yang mudah mengerti kerjayanya serta mampu untuk bertolak ansur dalam serba-serbi. Bapa kepada dua anak lelaki, Azam, 10, dan Aqif, 9, hasil perkahwinan pertamanya dahulu itu juga memberitahu, kedua-dua puteranya itu tidak berdepan masalah dengan perhubungannya bersama Elly malah anak-anaknya itu memanggil Elly dengan gelaran mama. Kahwin Februari KAUM keluarga Elly dan Azmi hadir beramai-ramai menyerikan majlis. Tempoh pertunangan yang diikat itu bakal diakhiri dengan perkahwinan yang dijangka akan berlangsung Februari tahun hadapan di mana terdapat keistimewaan di sebalik tarikh yang dipilih pasangan itu. "Tarikh perkahwinan kami itu merupakan hari istimewa buat Azmi tetapi buat masa ini biarlah ini menjadi rahsia dahulu dan diumumkan apabila hari tersebut menjelang tiba," kata Elly penuh makna. Sekilas dilihat keakraban pasangan itu, tidak mustahil pengalaman dimiliki masing-masing yang bergelumang dalam industri seni tanah air menjadikan mereka cepat mesra dan mengerti jadual kerja satu sama lain. Jika sebelum perkenalan, mereka tidak pernah disatukan dalam mana-mana kerja sekali pun, namun selepas menjadi pasangan kekasih mereka bekerjasama untuk beberapa drama bersiri seperti Kasih Berbunga Lalang, Relakan Cinta dan terbaru, Hantu Gigi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Borneo persoal juriOleh NOOR ASHREEN ISMAIL BORNEO CREW berasa tidak dihargai dan kecewa yang teramat sangat dengan penyingkiran mereka daripada program Showdown 2011. SUDAH menjadi lumrah setiap pertandingan, pasti ada yang menang dan kalah. Namun salah sebuah kumpulan yang menyertai program realiti tarian di 8TV, Showdown 2011 iaitu Borneo Crew (BRC) telah meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa yang teramat terhadap penyingkiran dalam episod yang berlangsung pada minggu lepas. Luahan mereka dibuat tanpa berselindung sebaik penyingkiran diumum oleh juri yang terdiri daripada juri tetap, Maple Loo dan Joe Flizow serta juri undangan, Lady B. BRC menegaskan mereka berasa tidak dihargai dan juga mempersoalkan tentang kenapa pada setiap minggu, empat kumpulan tercorot akan diisi oleh kumpulan tarian b-boy seperti mereka dan bukan hip hop. "Grup yang memperjuangkan tarian b-boy tidak dipandang di Malaysia. Kami sebenarnya ingin mengharumkan nama Malaysia menerusi tarian b-boy namun tidak dihargai. Penyingkiran (kami) ini seperti mimpi ngeri bagi BRC sendiri. "Kami mempunyai pengalaman hingga ke luar negara dan peminat kami juga ramai. Namun, mengapa setiap minggu kumpulan tarian b-boy akan jatuh ke senarai empat tercorot? Tetapi apakan daya, kami harus menerima keputusan ini seadanya," ujar salah seorang anggota BRC, Abdul Kadir Unding. Tambahnya, bukan hanya BRC berpendapat begitu, malah ramai lagi yang tidak berpuas hati dengan keputusan dan komen para juri. "Setiap minggu juri tidak berpihak kepada kumpulan tarian b-boy terutama Maple Loo. Walaupun Maple seorang penari profesional, tetapi sebenarnya dia tidak tahu mengenai skil-skil tarian b-boy. "Dia sering berikan komen yang tidak adil dan kami tidak pasti sebenarnya mereka menilai kami dari segi apa. Apa yang pasti, kami tidak lagi bercadang mahu memasuki semula Showdown pada musim hadapan," tegas Abdul Kadir. Selain kecewa dengan pihak juri profesional, bagi BRC, pemilihan lagu juga tidak memihak kepada kumpulan tarian b-boy. Lagu-lagu yang dipilih pihak produksi setiap minggu lebih memihak kepada genre hip hop. "Kami pernah suarakan pendapat kami tentang hal itu, namun jawapan pihak produksi ialah kami perlu ambil ia sebagai cabaran. Sememangnya setiap pertandingan mempunyai cabaran, tetapi biarlah ia adil. "Ini kerana dalam Showdown, peserta yang bertanding boleh dibahagikan kepada dua kumpulan tarian iaitu hip hop dan b-boy. Jika pemilihan lagu tidak diselaraskan dengan adil, semestinya kami kumpulan b-boy tidak dapat mempersembahkan skil dan kreativiti kami," ujar seorang lagi anggota kumpulan BRC, Weiskarnain Md. Yasin. Walau bagaimanapun, penyingkiran tersebut tidak mematahkan semangat BRC untuk kekal bergelar penari b-boy. Mereka juga bercadang untuk membuka studio tarian pada masa akan datang. Dengan penyingkiran BRC itu, kini hanya tinggal lapan kumpulan yang akan berentap untuk merebut gelaran juara Showdown 2011 iaitu Panic, Elecoldxhot, Blazin Squad, HMC Phlow, Rokusteps, Force 136, Bounce Stepperz dan Stepholic. Showdown 2011 bersiaran secara langsung di 8TV pada setiap Rabu, pukul 9.30 malam. Untuk mengikuti kisah-kisah di sebalik tabir dan mengenali kumpulan-kumpulan yang bertanding, jangan lupa menonton Showdown 2011 Diaries ….. From the Streets yang disiarkan pada setiap Selasa pada pukul 11.30 malam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Silverchair bubarTRANSFORMASI wajah tiga anggota SilverChair sepanjang dua dekad kumpulan itu bergiat aktif dalam dunia muzik. KHABAR buruk bagi para peminat band asal Australia, Silverchair. Band dengan lagu hit, Anthem for the Year 2000 tersebut memutuskan untuk bubar setelah bersama hampir 20 tahun. Keputusan ini diumumkan di laman sesawang resmi mereka Chairpage.com, pada 25 Mei lalu. Dalam pernyataan tersebut, Daniel Johns, Chris Joannou, dan Ben Gillies memberitahu, keputusan tersebut tidak mudah. Sementelah mereka berusaha keras untuk tetap bersama. "Kami membentuk Silverchair hampir 20 tahun lalu ketika kami berusia 12 tahun. Hari ini kami berdiri dengan aturan yang sama seperti dahulu. Jika band sudah tidak boleh bersatu dan tidak kreatif lagi, maka kami perlu berhenti," tulis pernyataan bersama tiga anggota Silverchair itu. Pada tahun 2009, Silverchair masuk studio untuk menjalani rakaman album baharu. Pada mulanya, semua berjalan baik dan band tersebut sempat melakukan beberapa persembahan pada tahun lalu. Namun, dalam bulan-bulan berikutnya semakin jelas bahawa anggota Silverchair mula bergerak ke arah yang berbeza. Dalam pernyataan tersebut juga disebutkan, Silverchair tidak akan membuat muzik atau tampil bersama dalam waktu terdekat. Mereka sebaliknya 'bekerja' untuk perkara yang mereka suka buat masa ini. Tambah pernyataan itu: "Kami memahami kalian (peminat) kecewa dengan berita ini. Namun kami benar-benar melihatnya sebagai langkah yang positif dan bebas bagi kami saat ini." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan