Kosmo Online - Dunia |
- Pelan damai Libya lebur
- Raja Sweden nafi terlibat dalam skandal
- Krisdayanti serah Anang selesai isu harta
Posted: Pelan damai Libya leburGAMBAR yang disiarkan oleh pentadbiran Afrika Selatan semalam menunjukkan Presiden Jacob Zuma duduk bersama pemimpin Libya Muammar Gaddafi (kanan) semasa pertemuan mereka di Tripoli. TRIPOLI - Muammar Gaddafi menegaskan beliau tidak akan meninggalkan Libya, kata Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma selepas berunding dengan pemimpin Libya tersebut semalam, sekali gus menjadikan prospek untuk menamatkan krisis di Libya secara aman tipis. Namun, persoalan baru timbul berhubung berapa lamakah Gaddafi dapat bertahan selepas seorang pegawai bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kekurangan makanan dan ubat-ubatan di kawasan yang dikuasai Gaddafi semakin meruncing. Beberapa jam selepas Zuma meninggalkan bandar ini lewat kelmarin, televisyen Libya melaporkan bahawa jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kembali melancarkan serangan. Serangan terbaru itu mengenai beberapa lokasi awam dan tentera di Tripoli dan bandar Tajoura, di timur ibu kota Libya berkenaan. Zuma berada di Tripoli dalam usaha untuk menghidupkan semula pelan damai anjuran Kesatuan Afrika (AU) bagi menamatkan konflik di Libya. Konflik tercetus pada Februari lalu selepas rakyat Libya bangkit menentang Gaddafi yang kemudiannya merebak menjadi perang yang mengorbankan beribu-ribu orang. Rundingan antara Zuma dan Gaddafi bagaimanapun menemui jalan buntu. Pemimpin Libya itu enggan meletak jawatan dan menyukarkan proses damai. Ini kerana pemberontak dan NATO mahu beliau berundur sebelum sebarang gencatan senjata boleh dikuatkuasakan di negara Afrika Utara itu. "Gaddafi mahu pengeboman oleh pihak NATO dihentikan bagi membolehkan rundingan diadakan," kata satu kenyataan pejabat Presiden Afrika Selatan berkenaan. "Gaddafi menegaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan negaranya walaupun situasi kini semakin sukar," tambah kenyataan sama. - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Raja Sweden nafi terlibat dalam skandal Posted: Raja Sweden nafi terlibat dalam skandalSETIAUSAHA akhbar diraja Sweden, Bertil Ternert (kiri) dan Gustaf memberikan temuramah secara eksklusif kepada wartawan agensi berita TT, Tomas Bengtsson di Istana Diraja di Stockholm, Sweden. STOCKHOLM - Raja Sweden, Carl XVI Gustaf semalam memberikan satu temuramah eksklusif dalam usaha menafikan skandal yang tersebar luas, melibatkan laporan media bahawa beliau ada mengunjungi kelab-kelab bogel dan mempunyai hubungan tidak langsung dengan jenayah terancang. Dalam temuramah panjang lebar bersama agensi berita TT, ketua negara Sweden itu menafikan dakwaan bekas kumpulan mafia, Mille Markovic bahawa beliau mempunyai gambar yang menunjukkan Gustaf berada di dalam sebuah kelab seks bersama dua orang wanita berbogel. "Mustahil gambar itu wujud dan sukar untuk memberi komen terhadap sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun," tegas Gustaf. Gustaf turut mencabar stesen televisyen TV4 yang melaporkan dua minggu lalu bahawa seorang wartawannya ada melihat gambar tersebut supaya menunjukkannya sebagai bukti. Skandal terbaharu itu muncul hanya selepas enam bulan biografi Gustaf diterbitkan. Biografi tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia ada menyebut penglibatan Gustaf dalam parti-parti liar, selain mempunyai hubungan sulit dengan perempuan-perempuan muda. Berikutan dakwaan-dakwaan itu, beberapa tinjauan pendapat menunjukkan majoriti rakyat Sweden mahu Gustaf menyerahkan takhta kepada anaknya, Puteri Mahkota Victoria, 33, yang nyata lebih popular daripadanya. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Krisdayanti serah Anang selesai isu harta Posted: Krisdayanti serah Anang selesai isu hartaJAKARTA - Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti meletakkan sepenuh kepercayaan kepada bekas suaminya, Anang Hermansyah dalam menetapkan harga jualan rumah mereka, lapor laman web Vivanews semalam. Krisdayanti dan Anang yang merupakan komposer serta penyanyi popular itu menetap di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan, Jakarta semasa masih bergelar suami isteri. Dia yang sedang hamil enam bulan selepas berkahwin dengan ahli perniagaan dari Timur Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu mengaku bersikap terbuka tentang urusan harta sepencarian bersama Anang, 42. "Saya nggak (tidak) pasang harga lah. Saya ikut harga Anang saja, sudah bagus harganya. Pokoknya (Asasnya) bahagi dua, ini kan harta berdua," ujar Krisdayanti yang dikenali dengan lagu Menghitung Hari. Hasil penjualan rumah itu difahamkan juga akan diberi kepada anak sulung Krisdayanti dan Anang iaitu Aurel. Seorang lagi cahaya mata mereka, Azriel bakal menerima sebuah kedai di Plaza Margaguna yang terletak di kawasan Radio Dalam. Krisdayanti atau lebih dikenali sebagai KD dan Anang bercerai pada 19 Ogos 2009 setelah berkahwin selama 13 tahun. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan