Kosmo Online |
- Sindket jual saluran TV Internet haram dibongkar
- 776 rugi RM15 juta ditipu
- 12 negara sertai taekwondo universiti Asia
Sindket jual saluran TV Internet haram dibongkar Posted: Sindket jual saluran TV Internet haram dibongkar05/10/2012 8:25pm BUTTERWORTH - Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya membongkar sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam. Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti. "Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan Siber Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen. "Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah premis di Padang Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Mohd Rodwan berkata susulan penangkapan itu, pihaknya menyerbu tiga lokasi lain dan menahan lima orang lagi iaitu pengedar serta juruprogram bagi sindiket terbabit. - BERNAMA |
Posted: 776 rugi RM15 juta ditipu05/10/2012 6:21pm KUALA LUMPUR - Seramai 776 individu mengalami kerugian berjumlah RM15 juta apabila menjadi mangsa penipuan sindiket peminjam wang yang tidak wujud sejak tahun lepas hingga sekarang. Ketua Penolong Pengarah Siasatan I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Lim Char Boo berkata mangsa terdiri dari kalangan yang ingin memulakan perniagaan, peniaga kecil-kecilan serta individu yang mahu mendapat pinjaman wang tunai segera tanpa kerenah birokrasi bank. Beliau berkata modus operandi sindiket berkenaan ialah mengiklankan perkhidmatan mereka melalui kad perniagaan yang ditampal di lokasi tumpuan ramai, mengedar risalah atau menghebahkannya melalui sistem pesanan ringkas yang dihantar secara rawak. "Mangsa yang ingin membuat pinjaman akan menghubungi nombor yang tertera pada iklan itu dan mereka kemudiannya akan diarah oleh sindiket untuk memasukkan wang ke akaun tertentu pada kadar RM1,000 hingga RM5,000 sebagai wang proses," katanya pada sidang media di sini hari ini. Char Boo berkata bagi mengaburi mangsa, anggota sindiket berkenaan juga biasanya akan menyamar sebagai pegawai dari institusi kewangan yang kononnya boleh membantu menguruskan pinjaman dengan cepat sebelum bertindak menghilangkan diri setelah wang pemerosesan pinjaman diperolehi. - BERNAMA |
12 negara sertai taekwondo universiti Asia Posted: 12 negara sertai taekwondo universiti Asia05/10/2012 8:12pm KUALA LUMPUR - Seramai 141 atlet dan pegawai dari 12 negara termasuk Malaysia, mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Taekwondo Universiti Asia yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari 11 hingga 13 Oktober ini. Penyelaras Media Bahagian Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi Nur Ekmal Buhari berkata edisi ketiga kejohanan itu akan menyaksikan penyertaan 13 atlet lelaki dan 11 atlet wanita dari Malaysia. "Ia juga merupakan medan terakhir bagi memilih atlet taekwondo yang akan mewakili negara di Sukan Universiti Asean di Laos pada Disember," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Negara yang bertanding ialah Brunei, Filipina, Indonesia, Kazakhstan, Lebanon, Mongolia, Nepal, Singapura, Thailand, Iran, China dan Malaysia. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Salam sejahtera!
Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan
Catat Ulasan