Kosmo Online - Negara |
- Hafizah ungguli Sastera Utusan 2011
- TV internet haram diserbu
- Fasa paling mencabar capai negara maju
Hafizah ungguli Sastera Utusan 2011 Posted: Hafizah ungguli Sastera Utusan 2011
KUALA LUMPUR - Karya Deru Angin di Kuala Perlis tulisan Hafizah Iszahanid diisytiharkan sebagai pemenang kategori Novel Remaja pada majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil 2011 (HSKU 2011) yang diadakan di sini malam tadi. Hafizah yang membawa pulang wang tunai RM7,000 berserta hadiah iringan menamatkan dominasi Sri Rahayu Mohd. Yusop yang merupakan pemenang kategori itu bagi tempoh enam tahun berturut-turut sebelum ini. Sri Rahayu bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih tempat ketiga melalui novel bertajuk Rimba Jiwa dan menerima wang tunai RM3,000 berserta hadiah iringan. Tempat kedua bagi kategori tersebut dimenangi oleh penulis muda kelahiran Sabah, Ruhaini Matdarin melalui novel Waris Pejuang dan membawa pulang wang tunai RM4,500 berserta hadiah iringan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan ia turut diserikan dengan kehadiran dua orang Sasterawan Negara iaitu Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala dan Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: TV internet haram diserbuOleh RIZAM ZAKARIYA MOHD. RODWAN (kiri) menunjukkan peralatan Televisyen Protokol Internet yang dirampas di Butterworth, Pulau Pinang semalam. BUTTERWORTH – Kira-kira 2,000 pelanggan televisyen menggunakan protokol internet yang dikenali sebagai MyIPTV di sini berputih mata apabila syarikat pembekal langganan siaran antarabangsa itu diserbu pihak berkuasa kelmarin. Serbuan tersebut dilakukan kerana syarikat terbabit didapati membekalkan siaran televisyen berinternet secara haram termasuk lima saluran lucah yang dikenakan bayaran tambahan. Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, berikutan itu, 12 individu berusia antara 28 hingga 40 tahun termasuk pemiliknya ditahan. Beliau berkata, serbuan tersebut dilakukan di sebuah premis di tingkat enam, Kondominium Park View Tower, Jalan Chain Ferry di sini. Menurutnya, operasi bersepadu pada pukul 11 pagi itu turut melibatkan anggota polis serta para pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pegawai-pegawai dari Cyber Security turut terlibat. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Fasa paling mencabar capai negara maju Posted: Fasa paling mencabar capai negara majuOleh ZULKIFLI MANZOR NAJIB (dua dari kiri) tertarik melihat model yang memperagakan pakaian dan senjata anggota Polis Bantuan, Special Constable dan Home Guard ketika melawat pameran Ekspo Malaysiaku di PWTC, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sedang melalui fasa paling mencabar yang merupakan pusingan terakhir dalam usaha memartabatkan negara sebagai negara maju menjelang 2020. Perdana Menteri berkata, beliau yakin negara mampu melalui fasa berkenaan dengan jaya kerana Malaysia mempunyai strategi serta hala tuju yang jelas untuk menempuhinya. Justeru, katanya, kepimpinan kerajaan hari ini memerlukan sokongan padu daripada rakyat Malaysia serta mandat pada pilihan raya akan datang bagi memastikan kejayaan itu benar-benar menjadi kenyataan. "Fasa seterusnya ini yang paling mencabar dalam perjalanan kita (menjadi negara maju). Dengan izin Tuhan, kita akan berjaya dan untuk mencapai kejayaan ini saya memerlukan sokongan serta mandat anda semua apabila tiba masanya," kata beliau. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan