Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 300 pelajar sertai seminar Didik Rakyat-SPM
- Pelajar lepasan UPSR sertai Perkhemahan Pengakap
- Anggota tentera cedera semasa operasi dirai
300 pelajar sertai seminar Didik Rakyat-SPM Posted: 300 pelajar sertai seminar Didik Rakyat-SPMPARA pelajar ceria selepas menyertai seminar Didik-SPM di SMK Usukan, Kota Belud, Sabah baru-baru ini. SEMINAR. Seramai 300 pelajar menyertai seminar Didik Rakyat-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dianjurkan oleh Bank Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Usukan, Kota Belud, Sabah baru-baru ini. Ia melibatkan pelajar dari sembilan buah sekolah termasuk SMK Tambulion; SMK Narinang; SMK Taun Gusi; SMK Usukan; SMK Pekan Satu; SMK Pekan Dua; SMK Agama Arshad dan Sekolah Menengah Arshad. Seminar tersebut dirasmikan oleh Pengurus Operasi Yayasan Bank Rakyat, Mohd. Muhsin Ismail. Menurutnya, program itu bertujuan menyuntik motivasi dan memantapkan persiapan peserta menghadapi SPM, selain meningkatkan motivasi mereka untuk mencapai kejayaan pada masa depan. |
Pelajar lepasan UPSR sertai Perkhemahan Pengakap Posted: Pelajar lepasan UPSR sertai Perkhemahan PengakapMOHD. AZMI (dua dari kiri) memeriksa perbarisan pada program Perkhemahan Pengakap pelajar lepasan UPSR di Pusat Ko-Kurikulum, Kem Merbau Menyusut, Setiu baru-baru ini. BERSATU. Seramai 200 pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 23 buah sekolah rendah di daerah Setiu menyertai program Perkhemahan Pengakap di Pusat Ko-Kurikulum, Kem Merbau Menyusut, Setiu baru-baru ini. Program selama tiga hari itu dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Setiu, Mohd. Azmi Nazir. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memenuhi masa terluang yang boleh memberi manfaat kepada mereka. Penolong Pesuruhjaya Pengakap daerah, Ahmad Atiq Asnawi memberitahu, program santai berkenaan turut menguji ketekunan dan kesabaran peserta dalam menyelesaikan masalah rumit dengan sempurna dan berkesan. |
Anggota tentera cedera semasa operasi dirai Posted: Anggota tentera cedera semasa operasi diraiZULKAPRI (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang anggota tentera pada majlis ramah mesra Hari ATM peringkat Zon Utara di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani baru-baru ini. PRIHATIN. Seramai 83 orang anggota tentera yang cedera semasa menyertai operasi dan latihan diraikan pada Majlis Ramah Mesra Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Peringkat Zon Utara di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani baru-baru ini. Pegawai Staf 2 Kebajikan Markas ATM, Mejar Sazali Zainal Abidin berkata, setiap seorang daripada mereka menerima RM500 yang disampaikan oleh Panglima 6 Briged Infantri, Brig. Jen. Datuk Zulkapri Rahamat. Menurut Zulkapri, aktiviti sedemikian boleh mengeratkan hubungan sesama anggota tentera di kawasan masing-masing. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan