Jumaat, 14 Oktober 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Juara Muzik tawar hadiah RM10,000

Posted:

Juara Muzik tawar hadiah RM10,000

Juara Muzik tawar hadiah RM10,000

14/10/2011 7:21pm

KUANTAN - Program Juara Muzik Radio Malaysia PahangFM yang menawarkan hadiah keseluruhan RM10,000 bakal mencungkil bakat-bakat muda di Pahang dalam industri muzik tanah air.

Program peringkat saringan yang akan berlangsung pada 16 dan 22 Oktober ini bakal menjadi platform kepada anak-anak muda untuk menunjukkan bakat mereka dalam pelbagai bidang muzik.

Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Pahang, Mustafa Kamal Abdul Razak berkata, para peserta bagi pertandingan berkumpulan itu bebas memilih sebarang konsep kecuali "heavy metal".

"Setiap kumpulan perlu dianggotai antara tiga dan lapan anggota, mereka bebas membuat sebarang persembahan termasuk lagu ciptaan sendiri.

"Menerusi program ini, bakat mereka kelak akan dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi sama ada ke kebangsaan ataupun antarabangsa," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

5 tahun memandu tanpa lesen

Posted:

5 tahun memandu tanpa lesen

5 tahun memandu tanpa lesen

14/10/2011 6:52pm

KUALA TERENGGANU - Seorang pengusaha kedai komputer yang memandu tanpa lesen sah sejak lima tahun lepas adalah antara beratus pengguna jalan raya yang disaman dalam "Ops Khas Penunggang dan Pembonceng" di sini malam tadi hingga pagi ini.

Lelaki berusia 28 tahun itu dan berasal dari Kampung Panji Alam juga didapati memandu kereta dengan cukai jalan yang telah tamat tempoh sejak lima bulan lepas.

Pemeriksaan seterusnya mendapati dia turut mempunyai waran tangkap berkaitan kesalahan lalu lintas. Dia ditahan dan kereta jenis Perodua Kancil turut disita.

Sementara itu, seorang lagi pemilik kenderaan dikenakan lima saman berkaitan kesalahan teknikal mengubahsuai kenderaannya termasuk enjin, ekzos, plat nombor pendaftaran serta cermin gelap melebihi spesifikasi ditetapkan.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Supritendan Khazahari Che Amat berkata, dalam operasi itu dari pukul 11 malam hingga 4 pagi, sebanyak 252 saman dan notis arah periksa dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.

Walaupun operasi itu lebih ditumpukan kepada penunggang motosikal, tetapi lebih banyak kereta yang ditahan.

Operasi itu disertai 130 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Ganja: Penarik kereta digantung

Posted:

Ganja: Penarik kereta digantung

Ganja: Penarik kereta digantung

14/10/2011 7:20pm

SHAH ALAM - Seorang penarik kereta dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar 1.614 kilogram ganja berhampiran kompleks beli belah di Bandar Utama, Damansara Utama, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Andi Idham Mohamed, 32, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Andi Idham didakwa mengedar dadah berbahaya itu di dalam kereta Honda Civic bernombor BEH 6063 di tepi jalan besar Lebuh Bandar Utama, Damansara Utama, Petaling Jaya, kira-kira pukul 10.30 malam, pada 10 Mac 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima maklumat bahawa seorang ahli sindiket pengedaran dadah yang memandu kereta dengan nombor BEH6063 akan mengedar dadah di kompleks beli belah One Utama.

Dalam serbuan di tempat kejadian, tertuduh ditahan bersama-sama dengan satu beg Metrojaya Sale mengandungi dua ketulan mampat ganja yang dibalut plastik lutsinar.

Sepanjang perbicaraan, seramai enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Nazri Yahya dan Farah Atikah Hasnan. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved