Jumaat, 14 Oktober 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kejutan berlaku

Posted:

Kejutan berlaku

Kejutan berlaku

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

JING YI antara pemain yang turut mencipta kejutan melangkah ke perlawanan akhir pada GP Akhir Kebangsaan.


PEMAIN perseorangan negara, Goh Soon Huat melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kali mara ke final Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan 2011.

Kejayaan itu hadir selepas Soon Huat tampil dengan prestasi cukup konsisten untuk membenam cabaran Chong Wei Feng pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Meskipun tewas 13-21 pada set pertama, Soon Huat kembali bangkit apabila mencatatkan kemenangan pada dua set berikutnya 21-18, 21-14 sekali gus memastikan slot beraksi pada pentas final menjadi miliknya.

Sebagai rekod, ia merupakan kemenangan pertama Soon Huat ke atas Wei Feng setelah tewas dalam tiga pertemuan sebelum ini.

"Saya tewas sebanyak tiga kali

di tangan Wei Feng, jadi saya sudah tahu corak permainannya serba sedikit.

"Saya hanya menikmati keseronokan pada perlawanan tadi (semalam). Tahap keyakinan saya tinggi dan saya sudah bersedia daripada aspek stamina. Itu faktor utama atas kejayaan saya menewaskan Wei Feng," kata Soon Huat ketika ditemui pemberita sejurus tamat perlawanan semalam.

Bagaimanapun, Soon Huat bakal berdepan halangan sukar pada final hari ini apabila diramal berdepan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei menang 21-10, 21-14 ke atas Misbun Ramdan Misbun dalam satu lagi pertemuan separuh akhir yang berlangsung lewat malam tadi.

"Jika saya berdepan Chong Wei saya akan cuba memberikan persembahan terbaik saya," tambah Soon Huat.

Sementara itu, dalam acara perseorangan wanita, juara bertahan, Tee Jing Yi mudah mara ke pentas final selepas mencatatkan kemenangan ke atas Julia Wong 21-5, 21-14 pada aksi separuh akhir semalam.

Pada aksi final hari ini, Ji Ying bakal berdepan Lydia Cheah yang turut mara selepas membenam cabaran Sonia Cheah 21-18, 21-16.

Dalam acara beregu campuran, pilihan utama, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying akan turun menentang Tan Wee Kiong-Woon Khe Wei pada aksi final hari ini.

Peng Soon-Liu Ying mara selepas menewaskan gandingan Tan Aik Quan-Lai Pei Jing 21-12, 21-15 manakala Wee Kiong-Khe Wei mengatasi Mak Hee Chun-Lim Yin Loo 21-18, 21-17.

Turut berlangsung semalam pertemuan separuh akhir dalam kategori beregu lelaki dan wanita.

Full content generated by Get Full RSS.

Nepal kempunan uji skuad Olimpik

Posted:

Nepal kempunan uji skuad Olimpik

Nepal kempunan uji skuad Olimpik

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

NAMPAK gayanya, harapan sku- ad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) Nepal untuk membuat perhitungan dengan skuad terbaik skuad B-23 kebangsaan dilihat tidak kesampaian.

Ia ekoran pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee dikhabarkan tidak akan menurunkan pemain-pemain utamanya pada perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pukul 5.15 petang ini.

Menurut Kim Swee, perlawanan persahabatan itu dilihat sebagai medan ujian bagi menguji perse- fahaman skuadnya tanpa kehadiran beberapa pemain utama yang terlibat dengan pasukan masing- masing dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

Antara yang dijangka dikecuali- kan daripada diturunkan hari ini termasuklah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, tonggak Terengganu, Mohd. Zubir Azmi dan pemain Negeri Sembilan, Ahmad Fakri Saarani.

"Bukan tidak mahu menguji pasukan terbaik ketika menentang Nepal, namun saya enggan menggunakan pemain yang pastinya keletihan beraksi bersama pasukan masing-masing pada suku akhir kedua malam ini (semalam).

"Justeru, ini peluang saya menguji beberapa pemain lain bagi menampung ketiadaan pemain utama sebelum mengenal pasti senarai penuh pemain yang akan di- bawa ke Hanoi nanti," katanya kepada Kosmo!

Dengan keputusan itu, harapan peminat bagi menyaksikan kehebatan Ahmad Fakri mengemudi jentera tengah nampak gayanya tidak kesampaian seperti mana ketika perlawanan persahabatan menentang Selangor tempoh hari yang berkesudahan pasukan negara menang 4-2.

Jika kekal cemerlang di posisi tengah, Ahmad Fakri yang sebelum ini sering diturunkan sebagai penyerang dijangka dapat memberikan lebih banyak pilihan buat Kim Swee yang sebelum ini dilihat hanya mengharapkan sentuhan Irfan Fazail, Shukor Jusoh dan Wan Zack Haikal Wan Nor.

Aksi kedua-dua pasukan itu boleh disaksikan peminat bola sepak tempatan dengan harga tiket seba- nyak RM20 seorang.

Kim Swee memberitahu, senarai pemain yang akan mengibar caba- ran negara pada kejohanan jempu- tan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) di Hanoi selama lima hari bermula 19 Oktober ini juga hanya diketahui selepas perla- wanan menentang Nepal nanti.

"Saya juga belum membuat sebarang keputusan mengenai sena- rai pemain yang akan ke Sukan SEA kerana akan memanggil semula tiga pemain kita di Slovakia (Irfan, Wan Zack dan Mohd. Fadhli Shas) untuk ujian terakhir bagi menilai semua pemain," katanya.

Skuad bimbingan Kim Swee kini di landasan terbaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA yang dimenangi di Laos dua tahun lalu menjelang sepak mula temasya di Jakarta yang dijadualkan bermula 3 November depan.

Selain misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010, Harimau Muda juga menggalas cabaran negara untuk layak ke te- masya Olimpik London 2012 peringkat Zon Asia bersama Jepun, Bahrain dan Syria bagi Kumpulan C.

Full content generated by Get Full RSS.

ARRC: Azlan catat masa keempat terpantas

Posted:

ARRC: Azlan catat masa keempat terpantas

ARRC: Azlan catat masa keempat terpantas


AZLAN tampil hebat pada sesi kelayakan semalam.


MENUNAIKAN kata-katanya sebelum ini, Azlan Shah Kamaruzaman memulakan kempen SuperSports 600cc di landasan yang tepat apabila berjaya mempamerkan prestasi yang memberangsangkan pada sesi ujian masa pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Petronas di Litar Antarabangsa Zhuhai, China semalam.

Pelumba Honda Boon Siew Racing Malaysia itu mencatatkan masa 1:39.945 saat untuk berada di kedudukan keempat terpantas pada sesi ujian masa pertama.

Katsuaki Fujiwara dari Manual-Tech BEET Kawasaki Racing mencatatkan masa terpantas, 1:39.658s, diikuti oleh rakan sepasukannya, M. Fadli (1:39.786s), manakala Chalermpol Polamai (Yamaha Thailanda Racing) adalah pelumba yang ketiga terpantas dengan catatan 1:39.890s.

Walaupun Azlan hanya menduduki tangga keempat terpantas, dia tidak berasa panik ataupun risau tentang keputusannya kerana segala-galanya berada masih dibawah kawalannya.

"Catatan masa yang dilakukan oleh kesemua pelumba lima terpantas memang tidak jauh berbeza dan hanya terpisah dengan beberapa milisaat sahaja.

"Misalnya, perbezaan masa di antara saya dan Fujiwara hanya terpisah dengan 0.284s, manakala Fadli hanya 0.118s mendahului saya.

"Dengan itu, saya harus bersedia untuk persaingan sengit pada hari perlumbaan sebenar," katanya.

Pelumba berusia 27 tahun itu menyuarakan hasratnya untuk memperbaiki catatan masanya pada sesi ujian masa hari ini, sekali gus berharap dapat berada dalam kelompok tiga pelumba terbaik.

"Buat masa ini, saya belum berbincang dengan jurutera pasukan tentang pelarasan jentera dan apa yang boleh diperbaiki lagi.

"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan pelarasan jentera petang ini (semalam) dan mahu membuat catatan masa yang lebih pantas lagi," ujar Azlan yang kini menduduki tangga kedua keseluruhan dengan 114 mata.

Dalam pada itu, pelumba wildcard Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Syntium Moto Yamaha Raceline) turut mempamerkan aksi mantap apabila berjaya memperoleh kedudukan enam terpantas dengan catatan masa 1:40. 378s.

"Setakat ini, saya berpuas hati dengan pencapaian hari ini (semalam). Sebenarnya, sasaran saya adalah untuk berada di tempat ketujuh teratas daripada 24 pelumba dan matlamat ini telah tercapai.

"Esok (hari ini) saya mahu memperbaiki gaya tunggangan saya terutamanya di selekoh U dan juga di selekoh berkelajuan tinggi," kata Hafizh yang menduduki podium pada Perlumbaan 1 dan 2 di Jepun bulan lepas.

Bagi Fujiwara yang berjaya mencatatkan masa terpantas pula, dia sebenarnya tidak menjangkakan keputusan baik yang mana dia dan Fadli berjaya menduduki tempat pertama dan kedua terpantas.

"Pada sesi latihan pagi ini (semalam), saya tidak keluar ke trek dan hanya sasar kedudukan lapan terbaik.

"Saya terkejut untuk melihat nama berada di atas sekali dan berharap ia kekal sedemikian untuk keesokan hari (hari ini)," kata Fujiwara yang mendahului kedudukan keseluruhan dengan 146.5 mata.

Bagi kategori Underbone 115cc, Mohd. Ramdan Mohd. Rosli dari pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha AHM melaungkan amaran awal dengan mendominasi sesi ujian masa pertama.

Dia berjaya merakamkan masa terpantas dengan 2:12.416s, manakala rakan senegaranya, Mohd. Affendi Rosli dari pasukan Y-TEQ SCK Honda pula merupakan pelumba kedua terpantas dengan catatan masa 2:13.290s.

Pelumba Indonesia, Gupita Kresna (Kawasaki NHK Rextor Manual Tech) berada di tempat ketiga terpantas setelah melakukan catatan 2:13.397s.

Ramdan yang kini berada di tangga kesembilan keseluruhan dengan 49 mata berpuas hati dengan penca- paiannya setakat ini.

"Sasaran saya di sini (Zhuhai) adalah untuk menjejak kaki di podium dan pada masa ini, pasukan kami berada di landasan yang tepat.

"Kami perlu melakukan sedikit perubahan terhadap pemilihan spoket dan saya yakin dapat memperbaiki catatan masa pada sesi ujian kedua esok (hari ini)," kata pelumba berusia 15 tahun itu yang berharap dapat memulakan perlumbaan sebenar di petak pertama.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved