Jumaat, 14 Oktober 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Anak cemerlang sejak kecil

Posted:

Anak cemerlang sejak kecil

Anak cemerlang sejak kecil

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my

ENFAGROW A+ Smart Camp memasuki tahun kelimanya akan turut menjelajah ke Sabah dan Sarawak.


JIKA diasah dengan baik, dilatih secara konsisten dan didedahkan dengan kemahiran yang positif, kanak-kanak pasti akan menunjukkan kebolehan mereka yang membanggakan.

Demikian juga dengan lebih 50 kanak-kanak terpilih daripada pertandingan Enfagrow A+ My Amazing Child yang diadakan sempena pelancaran rasmi Enfagrow A+ Smart Camp 2011 di Aeon Bukit Tinggi, Klang, Selangor baru-baru ini.

Atiyyah Adaweeyah Hafiz Hazidi, 4, merupakan salah seorang pemenang hadiah utama dan khas bagi kategori Smart Play Enfagrow untuk pertandingan itu.

"Dia menunjukkan bakat renang yang dipelajarinya pada usia tiga tahun. Hanya dalam masa kurang enam bulan, Adaweeyah berjaya berenang sendiri," kata ibu Adaweeyah, Nurul Hayati Warsa, 29.

Tambah beliau lagi, kanak-kanak seperti Adaweeyah sememangnya perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti untuk kecerdasan otak dan kecergasan fizikal.

Pada majlis penyampaian hadiah itu, peserta kanak-kanak bersama ibu bapa mereka menerima pelbagai hadiah menarik antaranya 12 hadiah utama berupa wang tunai RM2,000 dan hamper bernilai RM200.

Selain itu turut disediakan 48 hadiah saguhati iaitu RM200 wang tunai dan hamper bernilai RM150 serta tiga hadiah khas dengan hadiah RM500 wang tunai dan hamper bernilai RM150.


ENFAGROW menghargai kanak-kanak yang menunjukkan keupayaan luar biasa melalui pengiktirafan Enfagrow A+ My Amazing Child.


Peneraju pasaran produk bagi kategori susu, Mead Johnson Nutrition (MJN), pada majlis penyampaian hadiah pemenang pertandingan Enfagrow A+ My Amazing Child menyampaikan rasa teruja dengan kecekapan dan kebolehan kanak-kanak pertandingan itu.

"Di Mead Johnson, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak memiliki potensi hebat untuk belajar. Pemenang dalam pertandingan ini telah mempamerkan potensi yang amat besar dalam bidang-bidang berbeza iaitu Smart Nutrition, Smart Language, Smart Music dan Smart Play yang merupakan faktor-faktor penting untuk pertumbuhan keseluruhan seorang kanak-kanak," kata Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Brunei, Roger Dallas.

Tambah beliau yang melabelkan kanak-kanak itu sebagai Amazing Achievers menyampaikan rasa kesediaan Mead Johnson untuk bekerjasama dengan ibu bapa bagi membantu anak-anak menyerlahkan potensi pembelajaran hebat mereka.

Mengulas lanjut mengenai Enfagrow A+ Smart Camp, Dallas berkata, pihaknya telah menganjurkan Enfagrow A+ Smart Camp selama lima tahun berturut-turut dengan jayanya dan menerima maklum balas positif daripada golongan ibu bapa.

Setiap tahun, Enfagrow A+ Smart Camp menampilkan stesen-stesen interaktif dan aktiviti-aktiviti yang dibangunkan khas buat kanak-kanak dari umur berbeza.

Siri jelajah Enfagrow A+ Smart Camp 2011 diadakan sejak bulan Ogos lalu hingga November ini. Buat pertama kalinya pada tahun ini, Enfagrow A+ Smart Camp akan menjelajah ke Sabah dan Sarawak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved