Kosmo Online - Komuniti Kita |
Posted: Kempen cegah jenayahSHARIFUDDIN (tengah) dan Lam Thye (tiga dari kiri) bergambar bersama pelatih Program Latihan Khidmat Negara pada Bulan Pencegahan Jenayah di Temerloh baru-baru ini. KEMPEN. Bulan Pencegahan Jenayah telah diadakan di Temerloh baru-baru ini bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya kerjasama dalam membanteras jenayah. Program itu bertujuan mempromosi kempen Polis Diraja Malaysia untuk mengurangkan jenayah hingga ke peringkat akar umbi dengan penyertaan orang ramai, pihak swasta dan badan kerajaan. Majlis itu telah dihadiri Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye dan Naib Pengerusi 1 Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Pahang, Datuk Seri Erwan Mohd. Tahir. Full content generated by Get Full RSS. |
LTS FC juara Best Bola-Bola Mak Mandin Posted: LTS FC juara Best Bola-Bola Mak MandinPEMAIN LTS FC dan KBFA bergambar sebelum perlawanan akhir Kejohanan Best Bola-Bola Mak Mandin, Butterworth baru-baru ini. HEBAT. Pasukan LTS FC muncul juara pertandingan Futsal Red Bull Malaysia Penang Challenge 2011 setelah menewaskan KBFA 1-0 pada perlawanan akhir Kejohanan Best Bola-Bola Mak Mandin di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini. Berikutan kemenangan itu, mereka meraih wang tunai RM600, piala dan sijil penghargaan manakala naib johan membawa pulang wang tunai RM500. Tempat ketiga dimenangi Pasukan Sembilan Brabo setelah mengalahkan pasukan Bar FC dengan keputusan 4-3. Pengurus pasukan LTS FC, Saiful Nizam Ismail berkata, kemenangan pasukan bimbingan jurulatih, Abdul Gaffar Ismail itu meniup semangat mereka untuk memberi cabaran pada saingan peringkat kebangsaan tidak lama lagi. Full content generated by Get Full RSS. |
Guru pelatih IPG jadi sukarelawan Posted: Guru pelatih IPG jadi sukarelawanSHAHRIZAT (berdiri tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada guru pelatih IPG selepas program Sukarelawan Muda-Mudi Jiwa Malaysia di Durian Daun, Melaka baru-baru ini. KEBAJIKAN. Seramai 600 guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia Kampus Perempuan Melayu telah menghadiri pelancaran program Sukarelawan Muda-Mudi Jiwa Malaysia di institut itu di Durian Daun, Melaka baru-baru ini. Menerusi program berkenaan, guru pelatih dilantik menjadi sukarelawan bagi membantu golongan ibu tunggal, orang kelainan upaya dan anak yatim. Untuk peringkat awal, mereka digalakkan merancang program sukarela di institusi kebajikan seperti Rumah Budak Laki-Laki Durian Daun, Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Rumah Seri Kenangan Cheng, Kompleks Penyayang Alor Gajah dan Pusat Pemulihan Komuniti. Perasmian program itu disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Norpipah Abdol dan timbalannya, Roslan Ahmad. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan