Kosmo Online |
- Pegawai pemakanan di pasar raya
- KL perlu tambah kawasan hijau
- Hati-hati penipuan pembelian rumah PPR
Pegawai pemakanan di pasar raya Posted: Pegawai pemakanan di pasar raya03/10/2011 10:16pm PUTRAJAYA — Pegawai pemakanan akan ditempatkan di pasar raya Giant terpilih di seluruh negara melalui program Promosi Pemakanan Sihat di Pasar Raya, bagi membantu pengguna membuat pemilihan makanan yang lebih sihat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, menerusi program itu, pengguna akan dibawa ke lima seksyen dalam pasar raya iaitu seksyen beras, buah dan sayur, ikan, susu, serta minyak masak. "Pengunjung akan diberi penerangan mengenai keperluan pemakanan seseorang individu, saiz hidangan, khasiat dan kebaikan serta pilihan makanan yang lebih bijak di setiap seksyen yang dilawati," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. Jelas Tiong Lai, Pengunjung juga akan diajar cara membaca dan memahami label makanan serta membuat perbandingan nilai pemakanan berdasarkan label pemakanan, sekali gus membantu mereka membuat pembelian makanan yang lebih bijak. Tambahnya lagi, program itu yang diadakan menerusi kerjasama kementeriannya dan rangkaian pasar raya Giant di seluruh negara, akan dilancarkan Sabtu ini di Giant Shah Alam. Ini adalah satu daripada inovasi baru dalam menyebarkan maklumat pemakanan sihat kepada rakyat menerusi pasar raya sebagai saluran maklumat, katanya. — Bernama |
Posted: KL perlu tambah kawasan hijau03/10/2011 10:10pm PUTRAJAYA — Bandaraya Kuala Lumpur perlu meningkatkan dengan nyata kawasan hijaunya supaya dapat menjadi sebuah bandar raya berdaya huni dalam kedudukan 20 teratas di dunia, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung. Katanya, penghijauan bandar bukan sahaja menambah baik daya boleh huni melalui persekitaran kehidupan yang selesa dan penyediaan kawasan untuk aktiviti rekreasi yang sihat malah mewujudkan persekitaran yang lestari dengan suhu dalam bandar direndahkan dan pelepasan gas rumah hijau dikurangkan. "Ini bukan sahaja meningkatkan tanggapan terhadap bandar raya hijau malah secara langsung menyumbang kepada pendapatan negara kasar menerusi aktiviti komersial," katanya pada perasmian Sambutan Hari Habitat Sedunia 2011, di sini hari ini. Chee Heung berkata, bandar raya yang lebih hijau boleh dicapai menerusi tiga inisiatif utama iaitu menerima pakai dasar pembangunan berfokuskan hijau dalam pembangunan semula kerajaan dan swasta. Katanya, keperluan ruang kosong sebanyak 30 peratus akan diutamakan untuk kawasan hijau. Inisiatif kedua ialah menggunakan kaedah pelanskapan yang kreatif termasuk penanaman pokok berdaun tebal, penghijauan pada atap bangunan dengan penanaman rumput dan pokok dan pelanskapan menegak. Akhirnya, katanya, menyepadukan taman dan menggalakkan aktiviti luar. "Sistem taman bersepadu akan diwujudkan untuk meliputi semua bandar dalam segala rupa bentuk saiznya, boulevard (jalan berhias), pelanskapan laluan dan kawasan terbuka awam di mana kawasan terbuka berbeza di dalam bandar dihubungkan menerusi denai hijau," katanya. Di samping itu, katanya, usaha akan dibuat secara proaktif untuk menarik acara dianjurkan di taman itu termasuk penganjuran acara orang ramai seperti konsert, pertunjukan, pertandingan sukan dan penganjuran acara persendirian seperti majlis perkahwinan, sambutan ulang tahun kelahiran dan majlis korporat. — Bernama |
Hati-hati penipuan pembelian rumah PPR Posted: Hati-hati penipuan pembelian rumah PPR03/10/2011 9:58pm KUALA LUMPUR — Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan mengingatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan kegiatan beberapa individu yang kononnya bertindak sebagai wakil dilantik untuk urusan pembelian rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR). "Saya menerima dua laporan ada individu menggunakan surat palsu, nama saya dan beberapa pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengutip wang dengan alasan untuk membantu membeli rumah PPR di Kuala Lumpur," katanya. Beliau berkata, pihak DBKL tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai wakil (orang tengah) untuk urusan pembelian dan sebenarnya perkara tersebut dikendalikan DBKL tanpa melalui wakil. "Rumah PPR hanya dibenarkan ditawarkan penjualaannya kepada penghuni sedia ada, jika ada tawaran daripada mana-mana pihak, itu sama sekali tidak benar. "Saya telah membuat laporan polis berhubung penipuan ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat dan Penyerahan Lesen Bagi Bazar Deepavali 2011 di sini, hari ini. — Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan