Isnin, 3 Oktober 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lengan murid lebam dicubit ustazah Kelantan

Posted:

Lengan murid lebam dicubit ustazah Kelantan

Lengan murid lebam dicubit ustazah Kelantan

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

ROSMAWATI (kiri) melihat kesan lebam pada lengan Sarifah Amirah akibat dicubit seorang ustazah di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Gara-gara membelek kamus bergambar dalam kelas mata pelajaran agama, seorang murid tahun dua sebuah sekolah dekat sini dikatakan dicubit sehingga lebam pada lengan kanan oleh seorang ustazah kelmarin.

Mangsa, Sarifah Amirah Muhammad Khairuddin, 8, memberitahu, kejadian berlaku ketika kelas Agama Islam kira-kira pukul 10.15 pagi.

Menurutnya, ustazah berkenaan telah memberi dua latihan kepada murid-murid untuk disiapkan di dalam kelas.

"Selepas menyudahkan satu latihan, saya membelek kamus bergambar tetapi ustazah telah memarahi saya kerana tidak membuat latihan yang diberikan. Dia merampas kamus tersebut.

"Dia mencubit lengan kanan saya dan kepala saya ditonyoh sebelum hidung ditarik menyebabkan saya menangis kerana sakit dan malu dengan rakan-rakan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jaafar di sini semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Rosmawati Shaari, 32, berkata, dia menyedari kejadian tersebut selepas anaknya pulang dari sekolah kira-kira pukul 1.30 petang.

Jelasnya, abang iparnya, Muhammad Faisal Abdullah, 37, yang mengambil Sarifah Amirah memberitahu anaknya menangis kerana dicubit oleh ustazah..

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kembar Siam dipindah ke HKL

Posted:

Kembar Siam dipindah ke HKL

Kembar Siam dipindah ke HKL

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


KEMBAR Siam Nur Shazwanie (kanan) dan adiknya, Nur Shazrinie dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.


KUALA TERENGGANU – Pasangan kembar Siam, Nur Shazwanie dan Nur Shahzrinie, yang ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan susulan.

Bapa bayi itu, Zulkifli Ngah, 41, berkata, keputusan untuk memindahkan anak ketiga dan keempatnya itu dibuat bagi membolehkan mereka menjalani imbasan dan rawatan lebih rapi.

Beliau sendiri menyertai kedua-dua anaknya itu ke Kuala Lumpur untuk mengikuti perkembangan lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat termasuk operasi pembedahan.

"Kami akan bertolak pukul 11 malam ini (malam tadi) dan saya hanya berharap agar anak saya selamat menjalani imbasan di HKL nanti," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai keadaan pasangan Nur Shazwanie dan Nur Shahzrinie yang dilahirkan bercantum pada bahagian pusat hingga dada ketika dilahirkan pada 22 September lalu.

Ketika dilahirkan, anak kepada pasangan Zulkifli dan Noraini Mohammad, 32, itu mempunyai berat empat kilogram, namun pihak hospital masih belum mengesahkan sama ada percantuman itu melibatkan organ penting.

"Ketika imbasan pertama dibuat, doktor memaklumkan yang kedua-dua anak saya berkongsi hati dan jantung, namun selepas imbasan kedua, nampak macam mereka tidak berkongsi jantung," jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Akta ganti ISA jamin hak rakyat

Posted:

Akta ganti ISA jamin hak rakyat

Akta ganti ISA jamin hak rakyat

KUALA LUMPUR – Dua akta baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal memberi perimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, langkah itu membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih baik dan dihormati oleh negara lain.

"Jentera kerajaan memang berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk membatalkan ISA dan diganti dengan dua akta baharu.

"Akta baharu itu akan mengambil langkah untuk mencari perimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan keamanan awam," katanya pada sesi soal jawab semasa Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen di sini semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai instrumen atau undang-undang bagi membendung masalah yang sebelum ini diletakkan di bawah peruntukan ISA.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved