Isnin, 3 Oktober 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Mantapkan fasiliti pendidikan MAB

Posted:

Mantapkan fasiliti pendidikan MAB

Mantapkan fasiliti pendidikan MAB

MESIN cetak Braille yang membantu menterjemah pelbagai genre buku pada tulisan Braille.


TIDAK pernah tercatat walau di manapun bahawa ilmu itu hak milik mutlak golongan yang celik. Sebenarnya, himpunan ilmu yang boleh diperoleh menerusi pelbagai medium bebas dimiliki setiap lapisan masyarakat tanpa meminggirkan golongan orang kelainan upaya (OKU).

Pokok pangkalnya adalah usaha dan kegigihan sewaktu mendalami ilmu berkenaan bagi pengisian harian dan bekalan masa depan.

Menyedari hakikat tersebut, jenama produk penjagaan badan dan wajah, L'occitane berazam membantu lebih 4,000 golongan yang kurang upaya penglihatan di negara ini untuk mencapai matlamat mereka dalam aspek pendidikan.

Berbekalkan ilmu dan pendidikan yang tinggi, seseorang OKU berpotensi menjalani kehidupan yang lebih baik tanpa mengharapkan bantuan insan di sekelilingnya.

Justeru, menerusi usaha Yayasan L'occitane yang telah diasaskan pada tahun 1997, wang tunai sejumlah RM40,000 berjaya disumbangkan pada Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), baru-baru ini.

Ia sejajar dengan misi yayasan berkenaan yang menyokong golongan kurang upaya penglihatan menikmati kualiti hidup dan peluang pembelajaran yang saksama, sebagaimana individu celik.

Menurut Pengurus Besar L'occitane, Tan Seong Teck, tahun ini genap dua tahun jenama berkenaan menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada pihak yang memerlukan terutamanya golongan yang cacat penglihatan.


MAB sentiasa meningkatkan keupayaan pemikiran ahlinya menerusi pembacaan dan permainan.


"Tiada sebab kumpulan ini harus diabaikan dan membiarkan mereka hidup tanpa pengisian ilmu. Mereka juga manusia yang mempunyai keinginan dan cita-cita yang ingin dicapai. Maka, pendidikan salah satu platform terbaik bagi merealisasikan impian tersebut.

"Atas faktor itu, sebanyak RM32,500 daripada sumbangan berkenaan akan kami gunakan untuk melengkapkan pusat sumber MAB dengan membeli dua unit mesin cetak Braille. Mesin ini bertindak menterjemah dan menukar teks cetakan variasi buku pada salinan Braille.

"Kaedah ini memudahkan mereka membaca, menimba ilmu pengetahuan dan mendapatkan maklumat dengan cepat," jelas Tan Seong Teck, yang turut menyatakan bahawa wang kutipan itu diperoleh menerusi kempen jualan amal sebuah diari L'occitane 2011, yang dijual pada harga RM15 di semua butik L'occitane.

Selain membiayai kos mesin pencetak Braille, L'occitane turut menyediakan alat pembelajaran dan kelengkapan sampingan seperti rak buku, papan mainan, mainan susun suai dan rak simpanan.

Fasiliti tersebut diharapkan dapat membantu para guru dan ibu bapa mendidik anak-anak cacat penglihatan khususnya belajar dan bermain dengan lebih berkesan.

Ringankan beban

Dalam pada itu, baki wang sumbangan sebanyak RM7,500 disalurkan pula kepada Pusat Kanak-Kanak Buta, iaitu program intervensi awal yang diusahakan oleh MAB bersama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Permata, Jabatan Kebajikan Masyarakat, bagi kanak-kanak buta dan kurang upaya penglihatan.


KANAK-KANAK MAB tidak melepaskan peluang membelek koleksi produk L'occitane.


"Pihak MAB, sentiasa berusaha menambah baik dan meluaskan perkhidmatan kami demi kebaikan ahli di sini. Antaranya seperti memperkenalkan bengkel dan seminar latihan dengan menggunakan bantuan alat pembelajaran baharu yang lebih canggih agar mereka sentiasa bersedia menangani cabaran hidup, keperluan dan tuntutan dunia hari ini yang bergerak pantas.

"MAB amat berbesar hati apabila L'occitane sudi menghulurkan bantuan peralatan pembelajaran yang bertujuan memperkasakan golongan kurang upaya penglihatan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran hidup.

"Usaha murni ini harus dicontohi kerana secara tidak langsung ia meningkatkan kualiti masyarakat OKU penglihatan," terang Pemangku Pengarah Eksekutif MAB, Godfrey Ooi.

Majlis penyampaian cek berkenaan turut dihadiri Pengurus Pemasaran L'occitane, Coey Goh; Eksekutif Aset, Perhubungan Awam dan Kutipan Derma MAB, Ramdas Nayar; para guru PDK, kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan ibu bapa mereka.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved