Isnin, 17 Oktober 2011

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Benteng banjir penuhi Bangkok

Posted:

Benteng banjir penuhi Bangkok

Benteng banjir penuhi Bangkok

KANAN: Tiga orang meredah banjir di wilayah Panthum Thani, pinggir Bangkok semalam.


BANGKOK - Kerajaan Thailand semalam menyuarakan keyakinan bahawa Bangkok tidak akan dilanda banjir besar.

Menteri Pertanian dan Koperasi, Jeneral Pongsapat Pongchareon berkata, antara 500 dan 500 juta meter padu air mengalir ke laut setiap hari.

"Walaupun paras air laut masih tinggi, kita berupaya memesongkan aliran air dengan berkesan. Sebahagian besar air bah kini sudah mengalir ke laut," katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Bandar raya ini dilindungi oleh satu sistem dinding pencegah banjir, terusan, parit dan terowong bawah tanah.

Namun, jika sistem pertahanan itu gagal, air banjir akan mula memasuki bandar raya ini yang dihuni oleh sembilan juta orang.

Paras air yang melanda kawasan utara Bangkok semakin surut seperti di wilayah Singburi, Angthong dan Ayutthaya.

Seorang jurucakap sebuah pusat bantuan banjir, Wim Rungwattanajinda berkata, banjir juga surut di wilayah Nakhon Sawan.

Hujan lebat yang bermula lewat Julai lalu telah menjejaskan dua pertiga negara ini dengan menenggelamkan kawasan pertanian, ratusan kilang dan kampung.

Hampir 300 orang telah terbunuh setakat ini manakala lebih 200 lebuh raya utama dan jalan raya ditutup termasuk landasan kereta api ke bahagian utara.

Kerajaan menyatakan nilai kerosakan mungkin mencecah AS$3 bilion (RM9.37 bilion).


SEBAHAGIAN bot kecil berenjin digunakan untuk memesongkan air banjir ke Teluk Siam di wilayah Nonthaburi, Thailand semalam.


Kawasan yang paling terjejas teruk ialah utara Bangkok termasuk Ayutthaya yang merupakan bekas ibu kota Thailand.

Paras air di sesetengah kawasan adalah setinggi dua meter.

Hujan lebat melanda Bangkok semalam tetapi kehidupan harian adalah normal dengan pusat beli-belah dibuka seperti biasa.

Semalam, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menyatakan: "Saya percaya Bangkok akan selamat."

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan satu majlis melibatkan lebih 1,000 buat bot kecil yang terlibat dalam usaha untuk mengalihkan arus sungai supaya menuju ke Teluk Siam. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Rom nilai kerosakan tunjuk perasaan

Posted:

Rom nilai kerosakan tunjuk perasaan

Rom nilai kerosakan tunjuk perasaan


SEORANG penunjuk perasaan membaling kanister ke arah polis di Rom kelmarin.


ROM - Pihak pengurusan bandar raya ini sedang menilai jumlah kerosakan selepas sejumlah penunjuk perasaan merosakkan bank dan kedai selain membakar kenderaan.

Datuk Bandar Rom, Gianni Alemanno memberitahu pemberita semalam bahawa kos membaiki bas awam, jalan raya dan pejalan kaki akibat kerosakan yang dilakukan penunjuk perasaan mungkin mencecah AS$1.4 juta (RM4.37 juta).

Para penunjuk perasaan itu bertindak ganas kelmarin dalam tunjuk perasaan yang disertai oleh puluhan ribu orang.

Mereka menunjuk perasaan bagi menyuarakan kebimbangan mengenai penderitaan akibat krisis ekonomi global.

Para penunjuk perasaan itu yang sebahagiannya memakai topeng gas pemedih mata merosakkan laluan pejalan kaki untuk mengambil batu untuk dibaling ke arah polis.

Mereka turut memecahkan tingkap dengan penukul.

Polis menangani para penunjuk perasaan itu dengan menggunakan gas pemedih mata dan pancutan air.

Para penunjuk perasaan turut menyerbu gereja. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Ratusan peserta berenang 1.8km

Posted:

Ratusan peserta berenang 1.8km

Ratusan peserta berenang 1.8km


RATUSAN perenang berenang sejauh 1.8 kilometer di Pelabuhan Victoria, Hong Kong semalam.


HONG KONG - Ratusan perenang semalam mengambil bahagian dalam pertandingan berenang sejauh 1.8 kilometer (km) selepas ia dihentikan selama 33 tahun kerana bimbang tahap pencemaran air di salah sebuah pelabuhan yang tercantik di dunia di disini.

Laut tenang dan langit yang mendung, para perenang memulakan renangan dari Lei Yue Mun, Kowlooon sehingga Quarry Bay.

Beratus-ratus penonton bersorak apabila perenang tiba di garisan penamat.

"Saya telah mendengar segala-galanya mengenai perlumbaan merentasi pelabuhan. Ia sangat indah kerana memberi peluang terakhir kepada peserta untuk menikmatinya," kata seorang perenang, David Wong, 22, selepas menamatkan pertandingan.

Pertandingan merentasi pelabuhan pertama kali diadakan pada tahun 1906 apabila Hong Kong masih di bawah jajahan Britain.

Ia kemudian dihentikan selepas satu pertandingan pada tahun 1978 kerana bimbang dengan tahap pencemaran air laut. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


KAYM, University of Adelaide bekerjasama

Posted:

KAYM, University of Adelaide bekerjasama

KAYM, University of Adelaide bekerjasama

17/10/2011 7:19pm

MELAKA – Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dan University of Adelaide, Australia menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang akademik.

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata, University of Adelaide sedia bekerjasama dengan KAYM bagi menjalin hubungan dua hala dalam bidang pendidikan tinggi dan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa.

"MOA ini merangkumi kerjasama bagi program perpindahan ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di mana para pelajar akan belajar selama dua tahun di KAYM dan seterusnya dua tahun di universiti tersebut.

"Bagi bidang pengajian Sains Komputer, Perniagaan dan Perakaunan, para pelajar akan memulakan pengajian selama satu setengah tahun di KAYM sementara dua tahun seterusnya di universiti itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saroni berkata melalui kerjasama itu kerajaan dapat mengurangkan kos perbelanjaan menghantar pelajar ke luar negara apabila program itu dilaksanakan.

Pada majlis MoA itu, Saroni menandatangani bagi pihak KAYM sementara University of Adelaide diwakili Timbalan Dekan Antarabangsa, Fakulti Kejuruteraan, Komputer dan Sains Matematik universiti tersebut, Dr Yung Ngothai.

Katanya, majlis pertukaran MoA itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sempena perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang berlangsung baru-baru ini. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

KPKK, UMK, Aswara kaji seni budaya

Posted:

KPKK, UMK, Aswara kaji seni budaya

KPKK, UMK, Aswara kaji seni budaya

17/10/2011 7:17pm

KOTA BAHARU – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk melaksanakan program khas mengkaji warisan seni budaya negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata program khas itu yang akan bermula Januari depan antara lain melibatkan pertukaran pensyarah dalam pengkajian warisan seni budaya.

Selain itu, ia mewujudkan festival tradisi lisan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Temasya Dikir Barat Kelantan, di sini hari ini.

Festival berkenaan merupakan program ke-16 daripada 20 program yang dirancang KPKK bersama Kementerian Pelancongan sepanjang tahun ini.

Seramai 1,039 pendikir dan lapan kumpulan pergendangan seluruh Kelantan berhimpun menjayakan festival berkenaan.

Menyentuh mengenai temasya itu yang julung kali diadakan di Kelantan, Rais berkata ianya membutirkan satu hasrat besar rakyat di negeri ini dan seluruh Malaysia amnya dalam usaha mewujudkan suasana seni budaya ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Rais mahu temui jurutera jam Mekah

Posted:

Rais mahu temui jurutera jam Mekah

Rais mahu temui jurutera jam Mekah

17/10/2011 5:32pm

KOTA BHARU – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, beliau berhasrat mengadakan pertemuan dengan anak Malaysia yang bertanggungjawab mereka bentuk pembinaan menara jam gergasi menghadap Masjidil Haram di Mekah.

Menyifatkan sentuhan indah Wan Nazri Wan Aria, 31, jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch itu satu kebanggaan, beliau berkata, pertemuan itu sebagai satu penghormatan kepada pemuda berkenaan yang memiliki bakat luar biasa.

"Kita berasa bangga bahawa ada anak Malaysia yang berkeupayaan tinggi sehingga mendapat pengiktirafan pihak berkuasa Arab Saudi melalui bakatnya yang diselitkan dalam Menara Hotel Jam Diraja Mekah.

"Saya juga ingin bertemu dengan beliau, bergantung kepada kelapangan beliau, ini satu penghormatan besar dan kita ingin ucapkan tahniah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Temasya Dikir Barat Kelantan, di sini hari ini.

Festival berkenaan merupakan program ke-16 daripada 20 program yang dirancang Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama Kementerian Pelancongan sepanjang tahun ini.

Seramai 1,039 pendikir dan lapan kumpulan pergendangan seluruh Kelantan berhimpun menjayakan festival berkenaan. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Atas nama Piyu

Posted:

Atas nama Piyu

Atas nama Piyu

INI sebuah kisah cinta. Cinta seorang lelaki terhadap dunia seni yang memang sudah mengalir dalam pembuluh darah dan binaan impiannya daripada cilik lagi. Satriyo Yudi Wahono, mungkin khalayak tidak terbiasa nama itu.

Atas nama sebuah tuah dan senang diingati, lelaki kelahiran Surabaya ini menggunakan nama mesra, Piyu. Satu nama yang membawa dia bertemu dan disenangi khalayak atas karya dan usahanya bergelar pengkarya dan penggerak seni. Dia pemain instrumen berdawai jenama Gibson Les Paul, juga tulang belakang sebuah grup terkenal bernama Padi. Otak sekali gus pencetak banyak lagu-lagu hit Padi. Tetapi kini, dia memilih hidup solo - tanpa Padi.

Pilih karier solo

Padi mengumumkan berehat seketika setelah album kelima, Tak Hanya Diam dilancarkan pada 2007, sebelum muncul dua buah tangan menebus rindu peminat iaitu single Terbakar Cemburu (2010) dan Tempat Terakhir (2011). Waktu rehat yang diumumkan ini menjadi keresahan para Sobatpadi (penggemar Padi), bimbang vakum itu membawa kepada pusara sebuah grup yang dianggap genius dan punya tempat tersendiri.

Belum pupus kebimbangan itu, Piyu pula mengumumkan kini muncul tunggal sebagai pemuzik, penyanyi dan pengkarya. Juga salah seorang produser, pengarah klip video dan penggiat E-Motion Entertainment, sebuah label muzik. Itu antara jalan yang dirintisnya atas nama solo.

Muncul menyanyikan single solo perdananya yang berjudul Sakit Hati, dia yang ditemui di Studio Upbeat, Sudirman, Jakarta baru-baru ini bercerita tentang jalan hidupnya yang terkini.

"Saya mahu pindah daripada jalur yang sedia ada dan merintis karier solo. Tidak mahu hanya dilihat tergantung dengan grup Padi. Ini bukan sebuah perancangan yang direncanakan. Daripada dahulu saya ingin menjadi seperti Santana," ujarnya yang meletakkan status dirinya masih sebagai anggota grup, penghibur dan artis.

"Idealisme saya ingin menjadi inspirasi buat anak-anak muda. Yang masih terus berkarya walau apa pun masalah di luar sana. Mencari oportuniti lain di celah-celah yang boleh saya masuk," senyumnya yang mempunyak koleksi 600 material dalam simpanannya.

"Ini bukan sebuah eskapisme. Tujuan saya adalah mahu dilihat dan didengar sebagai Piyu. Saya adalah Piyu, hanya Piyu. Tidak pakai nama Padi. Saya adalah pekerja keras dan tidak hanya diam meratapi nasib," terangnya yang turut muncul dengan sebuah buku autobiografi yang dinamakan Piyu From The Inside.

Lalu lagu Sakit Hati diperdengarkan umum. Sebuah single perdananya biarpun sebelum ini dia pernah berdendang lagu Harmony menerusi album Padi, Tak Hanya Diam. Lalu apa sebenarnya sakit yang dilalui hati seorang Piyu?


PENDENDANG gitar dan peminat tegar jenama Gibson Les Paul ini mahu sentiasa memberi inspirasi buat anak-anak muda.


"Awalnya lagu ini sepatutnya dinyanyikan oleh dua orang penyanyi lain, Anji atau Once. Tetapi mereka memberitahu bahawa saya adalah orang yang paling sesuai menyanyikan lagu ini. Mungkin kerana peribadi saya. Kalau diberikan kepada Fadly (vokalis Padi) jadi tidak sesuai. Fadly orangnya jernih dan tidak pernah membuat orang sakit hati.

"Sentuh tentang sakit hati, mungkin sahaja apa-apa. Daripada pasangan atau pekerjaan. Saya memang suka membiarkan khalayak terkecoh dengan tanggapan mereka," ketawanya meledak mengingatkan tebakan sakit hati khalayak terhadap dirinya.

Lagu Sakit Hati ini dimasukkan ke dalam album bertajuk Piyu yang mengandungi 10 buah lagu dan sebuah instrumental. Sembilan buah lagu baharu lain dinyanyikan oleh beberapa penyanyi seperti Tantri (Kotak), Anji (mantan vokalis Drive), Inna Kamarie, Dandy (Mike's), Wafdah serta Erwin. Dalam menunggu waktu untuk dilancarkan, Piyu baru-baru ini sempat mengarah dan membikin klip Sakit Hati.

Bercakap tentang lirik, boleh dikatakan majoriti penulisan lirik lagu dalam Padi dimonopoli Piyu. Malah bait-bait perkataannya dirasakan mengena kepada jiwa yang mendengar. Berisi dan menyentuh, Piyu bercerita proses kreatif kata-kata yang dilakukannya.

"Selalunya bermula dengan melodi dan kemudian masuk ke dalam lirik. Seperti lagu Kasih Tak Sampai saya membayangkan diri saya ditinggalkan kekasih. Mungkin ada terselit pengalaman peribadi tetapi kemudian saya kembangkan. Saya mahu menjadi orang yang menyentuh dengan lagu. Lirik boleh dikatakan sebagai media imaginasi yang saya tumpahkan," ujarnya yang mahu khalayak tidak terlalu serius memikirkan soal lirik yang cuba disampaikan.

'Mendak' Padi

Tidak sah bertemu Piyu kalau tidak bercerita tentang Padi, grup yang membikin rekod penjualan album mencecah 1.6 juta unit melalui album kedua yang berjudul Sesuatu Yang Tertunda (2001). Baru-baru ini Piyu sempat memberi pernyataan untuk tidak dikaitkan dengan Padi.

"Daripada saya berstatus solo hingga sudah ada anak dua, setiap kali bangun pagi saya akan terfikirkan Padi. Padi adalah sebahagian daripada hidup saya. Malah Padi adalah rahim, tempat saya berkembang," ujarnya memula bicara tunduk membumi.


GAYA Piyu ketika hadir pada majlis pelancaran album penyanyi Nikki baru-baru ini.


"Setiap kali bertemu umum atau Sobatpadi, mereka pasti bertanya tentang album terbaharu Padi. Jangan timpakan semua masalah dan beban kepada saya. Saya hanya manusia biasa yang berusaha untuk tidak ada masalah," ceritanya tentang 'beban' yang ditanggungnya dengan soalan yang dinantikan dengan sebuah jawapan.

"Saat Yoyo ditangkap kerana polemik dadah, saya sedih malah kecewa kerana waktu itu dia paling rapat dengan saya. Saya selalu menyokong dia daripada belakang. Dan nanti waktu Yoyo sudah dilepaskan, kita (Padi) juga perlu mengambil masa untuk membangunkan keyakinan diri Yoyo, bukan terus boleh membikin album," ujarnya yang tahu selok-belok masalah Yoyo sang pemain dram yang ditangkap polis tahun lalu kerana masalah dadah.

"Saya sangat rindu dengan Padi tetapi adilkah saya sering dibebankan dengan soalan album baharu? Pada saya, saya harus terus berkarya walau apa pun masalah yang melanda. Mahu terus segar dengan karya saya. Kalau ditanyakan hubungan saya dan Padi, kami seperti adik-beradik, pasti ada pergaduhan dan berbaik semula," ujarnya menjawab dengan jujur tetapi ada nilai tersirat.

Meninggalkan teluk emosi Piyu terhadap pertanyaan khalayak terhadap Padi, penulis kemudian menanyakan soalan terakhir buat seorang pengkarya Indonesia ini. Apa yang diingini dalam hidupnya dan bagaimana kelak dia mahu diingati.

"Saya mahu lebih lagi daripada apa yang saya lakukan sekarang. Mungkin karya saya bukan yang terbesar tetapi cukup kalau jadi masterpiece dalam perjalanan muzik Indonesia. Untuk waktu kini, saya mahu dikenang sebagai Piyu. Sumber inspirasi buat anak muda. Itu yang saya mahu," ujarnya mengakhiri perbualan yang saya kirakan penuh berisi dan menjawab persoalan.

Full content generated by Get Full RSS.

Kristen Stewart disabotaj guru

Posted:

Kristen Stewart disabotaj guru

Kristen Stewart disabotaj guru

KRISTEN STEWART mendakwa dia gagal cemerlang di sekolah angkara sikap gurunya. Bintang siri Twilight menceritakan pengalamannya sebagai seorang pelajar kepada sebuah majalah baru-baru ini.

Walaupun dia merupakan pelakon yang diminati ramai tetapi para peminatnya pasti terkejut dengan pendedahannya itu mengenai sikap rakan dan guru sekolah terhadap dirinya.

Disebabkan kesibukannya sebagai pelakon, projek yang melibatkan dirinya dengan rakan-rakan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Malah, dia juga tidak mendapat simpati daripada guru-gurunya.

"Mereka tidak mahu melakukan kerja-kerja tambahan bersama-sama saya dan menyiapkan tugasan ketika saya sibuk dengan penggambaran. Disebabkan itu guru menggagalkan projek sekolah saya bukan satu tetapi kesemuanya. Saya berasa malu dengan apa yang saya lakukan. Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan mempunyai alasan untuk tidak pergi ke sekolah. Tetapi, ini yang berlaku," katanya.

Kristen dan akhirnya mengikuti pelajaran di rumah kerana dia berasa tidak selesa lagi untuk ke sekolah.

Mujurlah kehidupannya kini bertukar baik selepas dirinya menjadi salah seorang aktres popular Hollywood.

Full content generated by Get Full RSS.

Kelainan Raja Lawak 6

Posted:

Kelainan Raja Lawak 6

Kelainan Raja Lawak 6

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


JOHAN dan Zizan diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos Raja Lawak 6.


SEMENJAK diperkenalkan kira-kira empat tahun yang lalu, program Raja Lawak Astro ternyata telah melahirkan begitu ramai pelawak-pelawak yang mewarnai dunia seni tanah air.

Nama-nama seperti Yusry Edoo, Ahmad Nabil Ahmad, Kumpulan Sepah, Kumpulan Kecik dan Abd. Rahman Kassim atau Man adalah antara peserta yang pernah muncul juara sepanjang lima musim rancangan berkenaan disiarkan di saluran Astro Prima.

Bagi meneruskan kesinambungan kejayaan rancangan yang mencungkil bakat-bakat pelawak pelapis tempatan, maka pihak Astro telah mengumumkan untuk menghasilkan program Raja Lawak untuk musim yang ke-6.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, untuk musim yang terkini ini terdapat beberapa perubahan yang dilakukan oleh pihak Astro.

"Jika sebelum ini rancangan Raja Lawak disiarkan di saluran Astro Prima, tetapi bermula pada musim yang ke-6 rancangan ini akan disiarkan pula di saluran Astro Warna.

"Tujuan peralihan saluran tayangan dibuat adalah berdasarkan kepada saluran Astro Warna sebagai sebuah saluran komedi dan objektif kami untuk membekalkan kandungan komedi yang berkualiti kepada pelanggan," ujarnya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Menurut Khairul, selain pertukaran saluran tayangan, pihak Astro turut membuat beberapa perubahan dari segi konsep dan format rancangan tersebut yang dilihat berbeza dengan musim-musim yang lalu.

Ujarnya, bagi musim yang terbaharu ini antara pendekatan yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan Cif Kecik dan Cif Besar bagi membimbing para peserta yang akan bersaing nanti.

"Kesemua peserta yang terpilih nanti akan dibahagikan kepada tiga buah kumpulan. Selepas itu setiap kumpulan akan memiliki seorang Cif Kecik yang terdiri daripada pelawak tanah air.

"Tanggungjawab Cif Kecik ini pula adalah sebagai penasihat untuk peserta di bawah bimbingan mereka sebelum mereka membuat persembahan mingguan. Pada masa yang sama, ketiga-tiga Cif Kecik dan para peserta akan dipantau pula oleh seorang Cif Besar," jelasnya.

Menurutnya lagi, antara matlamat utama kepada pengenalan Cif Kecik dan Cif Besar ini supaya rancangan berkenaan dapat melahirkan pelawak yang memiliki bakat, lontaran idea serta pemikiran terbuka agar lawak yang dipersembahkan nanti memberi impak kepada penonton.

"Menerusi pembaharuan yang dilakukan kami percaya melalui panduan serta bimbingan yang diberikan, potensi diri setiap peserta akan dapat dibentuk supaya persembahan yang ditampilkan nanti akan lebih berkualiti," ujarnya.


DARI KIRI, Zizan, Khairul Anwar, Bob Azrai dan Johan pada sidang akhbar Raja Lawak 6 baru-baru ini.


Raja Lawak Astro 6 akan bersiaran secara langsung setiap hari Jumaat bermula 13 Januari 2012 pada pukul 10 malam dan ketika ini sebanyak enam buah lokasi telah dipilih untuk sesi uji bakat.

Antara lokasi uji bakat untuk rancangan tersebut adalah di Godown Ampitheater, Kuching Waterfront, Sarawak (8 & 9 Oktober), 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah (15 & 16 Oktober), Prangin Mall, Pulau Pinang (22 & 23 Oktober), Mega Mall, Kuantan, Pahang (29 & 30 Oktober), SACC Mall, Shah Alam, Selangor (12 & 13 November) dan Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor (19 & 20 November).

Kekal

Di sebalik beberapa perubahan yang telah dilakukan bagi memantapkan lagi rancangan tersebut, pihak Astro mengambil keputusan untuk terus mengekalkan Johan dan Zizan sebagai pengacara.

Sudah empat musim mengacarakan rancangan Raja Lawak, Zizan yang turut hadir pada sidang akhbar berkenaan meluahkan rasa gembiranya apabila sekali lagi diberi kepercayaan untuk muncul sebagai pengacara bersama Johan.

"Sememangnya saya sangat teruja untuk terus bersama dengan rancangan ini dan saya akan memastikan akan ada kelainan yang akan dibuat oleh saya dan Johan agar penonton akan rasa lebih terhibur.

"Lagipun peranan pengacara dalam rancangan sebegini juga sangat penting kerana peserta yang bertanding pastinya tidak memiliki pengalaman dan tugas kami untuk membantu sekiranya mereka gugup ketika membuat persembahan nanti," ujarnya.

Sementara itu, Johan pula menyifatkan beberapa pembaharuan yang dilakukan untuk musim yang terbaharu itu adalah sesuatu yang positif kepada para peserta yang akan bersaing.

"Sudah tentu dengan adanya peranan Cif Kecik dan Cif Besar yang akan memberikan tunjuk ajar, berkongsi nasihat dan galakan motivasi akan dapat membantu para peserta membuat persembahan yang lebih mantap.

"Sebagai seorang bekas peserta rancangan ini, saya berpendapat bimbingan daripada orang yang lebih berpengalaman sebenarnya adalah sangat penting dan para peserta harus menggunakan peluang ini untuk memperoleh seberapa banyak ilmu dan pengalaman yang dicurahkan nanti," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Ahad, 16 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Rendah lemak dan bebas kolesterol

Posted:

Rendah lemak dan bebas kolesterol

Rendah lemak dan bebas kolesterol

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

LAZIMNYA air bandung yang menjadi penghilang dahaga ketika terik mentari dibancuh dengan susu cair, susu pekat mahupun susu segar. Namun, pernahkah anda mendengar atau menikmati sendiri air berwarna merah jambu itu yang dibancuh dengan menggunakan santan sawit?

Ya, santan sawit. Mendengar nama santan sawit sahaja sudah kedengaran pelik apatah lagi, membayangkan minuman tersebut dibancuh dengan santan yang lazimnya dijadikan ramuan untuk menyediakan lauk-pauk seperti gulai masak lemak cili api, rendang, kari dan sebagainya.

Itu yang bermain di benak fikiran penulis saat mahu meneguk minuman tersebut ketika berkunjung ke Karnival Usahawan Desa 2011 anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Laman 1Malaysia, Presint 2 Putrajaya yang berlangsung pada 21 hingga 25 September baru-baru ini.

Dengan perasaan penuh skeptikal bercampur dengan naluri ingin tahu, penulis teragak-agak membuat sedutan pertama dan akhirnya berjaya menghabiskan minuman tersebut. Rasanya boleh tahan!

Tidak berhenti di situ, penulis kemudian mencuba cendol santan sawit. Ternyata, rasa enak kedua-dua minuman tersebut membuang jauh rasa ragu yang singgah di kotak fikiran pada mulanya. Tak kenal, maka tak cinta!

Rasa keterujaan tersebut membuatkan penulis mahu mengupas lebih lanjut mengenai inovasi santan sawit hasil penemuan sekumpulan pengkaji yang berjaya menemukan pengganti hampir kepada santan kelapa.

Teknik penyemburan kering

Umum mengetahui bahawa buah kelapa sawit yang diperah dapat menghasilkan minyak masak, namun Ketua Penyelidik Bahagian Pemakanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Zaida Zainal berjaya tampil dengan formula yang membolehkan santan dihasilkan melalui bahan mentah yang sama.

Inovasi itu bermula apabila Zaida dan pasukannya berjaya menghasilkan santan sawit serbuk dengan teknik penyemburan kering pada tahun 1998. Kemudian kajian yang sama diteruskan sehingga terhasillah santan sawit dalam bentuk cecair.

Santan sawit itu kemudian dikomersialkan oleh Premium Food Corporation Sdn. Bhd. (PFC) pada bulan September 2010 bermula di Lembah Klang kemudian menyebarluas pasarannya ke selatan, utara dan timur Semenanjung,

Pengarah Urusan PFC, Jasri Mohd. Rashid memberitahu, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan bagi meluaskan pasaran produk santan sawit dengan label Khalis keluaran PFC.


JASRI menunjukkan santan sawit yang kini dikomersialkan melalui jenama Khalis.


"Secara asasnya kita melakukan sesuatu yang baik kepada golongan masyarakat dengan memberikan alternatif terhadap mereka yang tidak makan santan kelapa tetapi, mahu menikmati makanan yang sedap dan sihat.

"Kita bukan sahaja memberikan alternatif ini buat pengguna yang menitikberatkan soal kesihatan malah, kepada mereka yang berniaga kerana produk ini bukan sahaja menyihatkan malah, ia menjimatkan," katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Tambahnya, penggunaan santan sawit sangat menjimatkan kos berbanding santan kelapa kerana penggunaannya adalah separuh daripada biasa.

"Makanan yang dimasak menggunakan santan sawit juga tidak mudah rosak atau basi jika ia tidak dimasukkan ke dalam peti sejuk atau dipanaskan pada keesokan harinya.

"Peniaga pula tidak perlu membeli santan setiap hari bagi mengurangkan kos kerana jangka hayat santan sawit ini boleh tahan sehingga tiga bulan tanpa pengawet apabila disimpan pada suhu di bawah 5 darjah Celsius," ujarnya.

Lelaki yang pernah menimba pengalaman dengan syarikat gergasi, Nestle Malaysia lebih 10 tahun itu mendapat formula tersebut daripada MPOB yakin dengan potensi santan sawit yang menjadi alternatif kepada santan kelapa.

Banyak usaha yang dicurahkan bagi membuka minda dan mengubah persepsi salah masyarakat mengenai kebaikan produk santan sawit Khalis sehingga pihaknya melakukan pelbagai ujian rasa kepada orang ramai.

"Bukan mudah untuk mengubah pemikiran masyarakat yang mengaitkan sawit dengan minyak masak sahaja. Pada awalnya ramai yang sukar menerima bahawa sawit juga mampu menghasilkan santan dan digunakan dalam masakan serta minuman.

"Pertama kali mereka mendengar mengenai produk ini, mereka akan skeptikal. 'Eh, betul ke? boleh ke? sedap ke?' Jadi, bagi meyakinkan mereka, kami membuat sampel seperti air bandung, cendol, kari, masak lemak dan sebagainya untuk mereka merasainya sendiri. Ternyata mereka boleh menerimanya malah, ada yang mengatakan rasa masakan lebih enak berbanding santan biasa," katanya.

Jasri memberitahu, minyak sawit daripada gred yang terpilih melalui proses penapisan, pengemulsi dan penstabilan bagi menghasilkan santan sawit berkualiti.

Malah, PFC telah memperoleh sijil Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta pengiktirafan halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


SANTAN sawit sebagai alternatif santan kelapa masih lagi asing bagi kebanyakan suri rumah.


Santan sawit tersebut dihasilkan daripada sawit terpilih mempunyai kandungan asid lemak yang amat rendah dan tanpa kolesterol.

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kandungan nutrien yang tinggi, kaya dengan vitamin A dan E semula jadi baik untuk penglihatan, melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko sakit jantung serta baik untuk kulit.

"Biasanya ada sesetengah orang sejurus lepas makan cendol akan rasa mual atau mengantuk selepas menikmati nasi lemak tetapi apabila santan sawit digunakan dalam kedua-dua hidangan ini, rasa mual dan mengantuk itu tiada.

"Malah ujian rasa yang dilakukan kepada orang ramai mendapati mereka tidak dapat mengesan perbezaan rasa antara santan sawit dan santan kelapa," jelasnya sambil memberitahu PFC memasarkan 30 tan metrik santan sawit sebulan.

Sungguhpun giat menjalankan promosi, masih ramai yang tidak menyedari mengenai kewujudan santan sawit yang mempunyai potensi sebagai alternatif kepada santan kelapa.

"Penggunaan santan sawit belum cukup meluas lagi. Ramai pengguna tidak tahu mengenainya. Oleh sebab itu, kami amat memerlukan ejen untuk menggerakkan produk ini di pasaran kerana ruangnya cukup luas.

"Produk ini masih perlu dikembangkan secara agresif. Buat masa ini produk ini boleh didapati di Pasar raya Besar Giant dan Mydin. Kami juga merancang untuk memasuki pasaran operator makanan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi," katanya.

Buat masa ini katanya, pengeluaran produk santan sawit Khalis berdasarkan permintaan walaupun mampu mengeluarkan 18 tan metrik sehari.

Kolesterol terkawal

Dalam pada itu, seorang wanita berusia 63 tahun dari Tapah, Perak, Junaidah Abdul Latif sangat menggemari masakan berasaskan santan.

Namun sejajar dengan peningkatan usianya, doktor tidak menggalakkan mengambil masakan bersantan bagi mengelakkan masalah kesihatan.

"Sebelum ini mak cik memang ada masalah kolesterol tinggi namun, sejak menggantikan penggunaan santan kelapa kepada santan sawit dalam masakan, paras kolesterol dalam darah mak cik normal.

"Sejak menggunakan santan sawit ini, tidak lagi perlu berpantang makan masakan berlemak. Santan ini bukan sahaja rendah lemak malah, tiada kolesterol dan masakan juga enak," katanya yang kemudian mengambil inisiatif menjadi ejen pengedar setelah empat bulan menjadi pengguna santan sawit.

Junaidah menambah, masakan yang menggunakan santan sawit lebih enak dan dari segi rasa tiada perbezaan cuma ia lebih sihat dan menjimatkan.

"Kalau santan kelapa kita gunakan sekilo dalam sesuatu masakan apabila kita gantikan dengan santan sawit separuh daripada penggunaan sahaja yang diperlukan.

"Cara memasaknya juga mudah namun berbeza sedikit. Jika masa lemak dan kari, semua ramuan perlu dimasak dengan air terlebih dahulu dan kemudian dimasukkan santan hingga mendidih. Tidak perlu mengacau dan tunggu kerana ia tidak akan pecah minyak seperti masak menggunakan santan kelapa," jelasnya.

Keghairahannya memperkenalkan santan sawit kepada warga Tapah membuatkan Junaidah mendapat jolokan Junaidah SS (santan sawit).

"Mak cik mengedarkan produk santan sawit Khalis ini di kedai-kedai runcit, pasar mini dan pasar raya di sekitar Tapah. Ia dijual pada harga RM7.50 bagi pek 1 liter dan RM4.50 untuk pek 400 mililiter.

"Santan ini juga turut digunakan oleh anak saudara mak cik yang kini mengusahakan restoran di Tapah dan ia ternyata jimat selain dapat menjamu pelanggan dengan hidangan yang sihat dan sedap," katanya sambil memberitahu santan sawit tidak boleh dibekukan.

Full content generated by Get Full RSS.

11 tahun keliling dunia

Posted:

11 tahun keliling dunia

11 tahun keliling dunia


BELIVEAU bersama kereta sorong roda tiga yang menemaninya sepanjang perjalanan selama 11 tahun itu.


SEORANG lelaki Montreal berusia 56 tahun yang mencari penyelesaian kepada tekanan pertengahan umur dengan mengelilingi dunia selama 11 tahun, kini kembali dengan wajah ceria selepas menemui impiannya.

Kelihatan sedikit kurus dan kepala yang mula ditumbuhi uban, Jean Beliveau berjalan menolak kereta sorong tiga rodanya yang membawa beg tidur, pakaian dan ubat-ubatan ketika ditemui AFP kira-kira 290 kilometer di barat Montreal, Kanada.

Berjalan dengan pantas, dia kembali dengan keadaan sihat dan sampai di Montreal pada 16 Oktober selepas menyusuri pantai utara Lake Ontorio dan melepasi ibu negara iaitu Ottawa.

Dia berhenti hanya untuk makan. Beliveau menggambarkan pengembaraannya sebagai manusia asing yang penuh keterujaan serta menemui kegembiraan dan ketenangan daripada kebebasan itu.

Kecewa dengan bisnes

Dia juga tidak tahu di mana dia harus tidur setiap malam, tidak bergantung kepada sesiapa dan hanya sedikit wang di dalam poket.

Tetapi, dia tidak bimbang dengan kekurangan itu kerana dia sudah terbiasa selepas memilih jalan itu 11 tahun lalu dan dapat melaluinya dengan baik.

Di Montreal, dia akan kembali kepangkuan teman wanitanya, Luce Archambault yang menyokong pengembaraan luar biasanya malah, membuat sebuah laman web mengenai maklumat lengkap perjalanannya di wwwalk.org.

Beliveau meninggalkan Montreal pada hari lahirnya yang ke-45 iaitu pada 18 Ogos tahun 2000 selepas perniagaan kecilnya mengalami kegagalan. Dia membuat keputusan untuk mengelilingi dunia dan cuba untuk melarikan diri daripada episod sedih kehidupannya.

Archambault dan dua anak daripada perkahwinan terdahulunya tidak pernah memaksanya pulang.

"Ia pengalaman yang hebat," kata anak lelakinya, Thomas Eric yang berusia 20 tahun pada masa itu.


PENGEMBARAAN yang bermula sebagai cubaan melarikan diri kemudian berakhir dengan tujuan murni mempromosikan keamanan.


Beliveau merentasi Atlanta dan Georgia sebelum memperlahankan langkah untuk perjalanan yang menjadi pengembaraan mengelilingi dunia tanpa gangguan dengan 75,000 kilometer merentasi 64 negara.

Pada satu tahap, Archambault menggalakkannya untuk menggunakan pengembaraan itu untuk mempromosikan keamanan dan menolak keganasan untuk kebaikan kanak-kanak sebagai sokongan kepada proklamasi UNESCO.

Tiba-tiba, sesuatu yang bermula sebagai cubaan melarikan diri daripada kehidupan yang mengecewakan mempunyai tujuannya.

Tidur bawah jambatan

Selama 11 tahun, dia berjalan merentasi padang pasir dan pergunungan. Dia jatuh cinta selama sembilan hari di Mexico, memakai serban dan menyimpan janggut di Sudan, makan serangga di Afrika, anjing di Korea Selatan dan ular di China serta diiringi pasukan askar di Filipina.

Beliveau pernah jatuh sakit di Algeria, dirompak sekali oleh dua lelaki mabuk di Afrika Selatan dan ditahan sekali di Ethiopia tanpa sebab kukuh. Namun, dia dibebaskan keesokan harinya.

Di Ethiopia jugalah dia pernah hampir berputus asa dan ingin kembali ke rumah. Dia berasa sungguh sunyi tetapi, Archambault yang berada di Montreal meyakinkannya untuk meneruskan perjalanan.

"Selain makan dan mempunyai tempat berlindung, lelaki perlu berasa dimiliki," kata Beliveau.

Akhirnya, dia terpesona dengan simpati orang ramai yang ditemuinya sepanjang pengembaraan itu.

Beliveau hanya tidur di bawah jambatan dan rumah-rumah perlindungan untuk gelandangan, tetapi sering juga dia diajak makan dan tidur di rumah orang yang terpesona dengan kisahnya.


BELIVEAU turut berjalan di negara-negara Afrika seperti Algeria, Tanzania dan Afrika Selatan.


Dia meninggalkan Montreal dengan hanya CAN$4,000 (RM12,114) di dalam poketnya dan mendapat bantuan kewangan setiap tahun daripada Archambault yang sentiasa berhubung dengannya menggunakan perkhidmatan telefon online Skype.

Beliveau juga bergantung kepada kemurahan hari orang asing yang ditemuinya.

Hari ini, dia sememangnya tidak berduit, tetapi berasakan bahawa dia kaya dengan pengalaman.

"Saya pergi tanpa ada apa-apa, tetapi saya kembali dengan kekayaan ilmu dan pemahaman," katanya.

Beliveau berkata, dia mahu menulis sebuah buku dan memberi syarahan mengenai pengalamannya serta menghargai keharmonian sesama manusia.

Bagi Archambault, apa yang dilalui mereka adalah kisah cinta yang berakhir bahagia.

"Saya adalah Penelope dan dia adalah Ulysses," kata Archambault yang terbang untuk menyertai Beliveau di mana sahaja dia berada untuk menyambut Krismas bersama setiap tahun, tetapi lega apabila dia akhirnya sudah kembali.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


UPM anjur Bengkel Keselamatan Menunggang Motosikal

Posted:

UPM anjur Bengkel Keselamatan Menunggang Motosikal

UPM anjur Bengkel Keselamatan Menunggang Motosikal


SALLEH (tiga dari kanan) melihat cara pemakaian topi keledar yang betul pada Bengkel Keselamatan Menunggang Motosikal di UPM, Serdang baru-baru ini.


AGIH. Sebanyak 400 topi keledar diagihkan kepada peserta Bengkel Keselamatan Menunggang Motosikal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang baru-baru ini.

Topi keledar itu merupakan sumbangan penganjur kempen, UPM Holdings Sdn. Bhd. bersama Flour Daniel International (Malaysia) Sdn. Bhd.

Timbalan Naib Canselor UPM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Dr. Salleh Jaafar berkata, sumbangan topi keledar itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keperluan memakai topi keledar di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.

Selain itu, penunggang juga perlu menitikberatkan aspek pemakaian topi keledar untuk mengelakkan kecederaan di bahagian kepala sekiranya berlaku kemalangan.

Full content generated by Get Full RSS.

78 orang sertai Pertandingan Menembak Jakpaw

Posted:

78 orang sertai Pertandingan Menembak Jakpaw

78 orang sertai Pertandingan Menembak Jakpaw


PARA peserta bergambar selepas Pertandingan Menembak Jakpaw 2011 di Pusat Latihan Tentera Darat di Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.


HEBAT. Seramai 78 orang ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw) dan beberapa petugas media menyertai Pertandingan Menembak Jakpaw 2011 yang diadakan di Lapang Sasar Pusat Latihan Tentera Darat, Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.

Pertandingan itu diadakan bagi memupuk disiplin dan kemahiran menembak ahli-ahli Jakpaw agar berada dalam keadaan siap sedia.

Ia juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ahli Jakpaw dan wartawan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bakti Kedah sampaikan sumbangan kepada 27 PDK

Posted:

Bakti Kedah sampaikan sumbangan kepada 27 PDK

Bakti Kedah sampaikan sumbangan kepada 27 PDK


NORAINI (dua dari kiri) beramah mesra dengan pengerusi dan wakil-wakil PDK Kedah selepas penyerahan bantuan kewangan di Alor Setar baru-baru ini.


SUMBANGAN. Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Kedah menyalurkan bantuan kewangan kepada 27 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Alor Setar baru-baru ini.

Sumbangan itu bertujuan memudahkan setiap PDK menjalankan pelbagai aktiviti bagi manfaat masyarakat setempat.

Bantuan berjumlah RM2,000 bagi setiap PDK itu disampaikan oleh Pengerusi Bakti Kedah, Datin Seri Noraini Abdullah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Jangan bedah di luar negara

Posted:

Jangan bedah di luar negara

Jangan bedah di luar negara

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my

TIONG LAI (tiga dari kiri) merasmikan sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2011 di Stadium UKM, Bangi semalam.


BANGI – Para pesakit yang menjalani pembedahan transplan organ di luar negara tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan tidak lagi akan dibekalkan ubat anti-penolakan atau immunosuppressant yang diberikan secara percuma seperti sebelum ini mulai Januari 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, hanya pesakit yang menjalani pembedahan di dalam negara akan dibekalkan dengan ubat anti penolakan itu oleh hospital kerajaan seumur hidup.

Katanya, langkah itu berikutan ramai pesakit yang berbuat demikian terutama di hospital yang tidak diiktiraf, mengalami pelbagai komplikasi.

Ekoran itu, kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang tinggi bagi ubat anti penolakan itu iaitu antara RM800 hingga RM1,000 sebulan bagi seorang pesakit untuk meneruskan hidup.

"Kita tahu ada yang pergi ke luar negara secara senyap-senyap dan membuat pembedahan transplan organ dan kemudian pulang dan kita bagi ubat untuk mereka meneruskan hidup.

"Memandangkan banyak berlaku pemerdagangan organ di luar negara dan kita tidak mahu sesiapa terlibat, kerajaan memutuskan tidak menyokong penerimaan organ di luar negara tanpa kelulusan," katanya di sini semalam.

Beliau sebelum itu merasmikan Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2011 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye; Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Untuk rekod, jumlah mereka yang membuat pembedahan transplan organ di luar negara adalah sebanyak 834 orang di China, 57 orang di India dan Singapura manakala 23 orang di Australia dan Rusia sejak 10 tahun lalu.

Tambah Tiong Lai, kerajaan menggalakkan pesakit membuat pembedahan transplan organ di dalam negara kerana kita mempunyai pakar yang mahir dan peralatan hospital canggih.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Wajib minta kebenaran mahkamah

Posted:

Wajib minta kebenaran mahkamah

Wajib minta kebenaran mahkamah

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


khairul anam Che Ibrahim (depan) bersama abang sulungnya, Khalilullah (kanan) ketika hadir di Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memerintahkan jutawan syarikat bas Ekspres Mutiara supaya mendapatkan kebenaran bertulis daripada mahkamah terlebih dahulu jika beliau mahu melakukan transaksi terhadap harta sepencarian bersama arwah isterinya bernilai jutaan ringgit yang kini dituntut oleh kesemua 11 orang anaknya.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Abu Bakar Abdullah Kutty selepas Che Ibrahim Che Ismail, 56, selaku responden memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjual, melupus atau memindah milik hartanya dan hal itu diterima baik anak-anaknya.

Abu Bakar dalam penghakimannya berpendapat anak-anak jutawan tersebut yang hadir di mahkamah semalam mempunyai hak dan berkepentingan dalam kes itu.

"Dengan itu, saya arahkan supaya responden kena dapatkan perintah bertulis daripada mahkamah sekiranya mahu menjual, memindah milik atau melupus harta yang dipertikaikan itu," kata Abu Bakar.

Anak kelima Che Ibrahim iaitu Khairul Anam, 26, yang tampil pada prosiding di mahkamah bersama abang sulung, Khalilullah, 31 bagi mewakili sembilan adik-beradik lain akur dengan keputusan mahkamah itu.

"Kalau bapa saya tidak mempunyai hasrat sebegitu, tidak apalah.

"Tapi saya harap kenyataannya itu direkodkan dan sekiranya bapa saya memungkirinya, tindakan menghina mahkamah boleh dikenakan ke atasnya," ujar Khairul Anam yang kini merupakan peniaga kecil-kecilan.

Ketika ditanya Abu Bakar apakah pembangunan yang mahu dilakukan akan menjadikan nilai hartanah itu terus bertambah, Che Ibrahim berkata: "Ya diyakini nanti akan terus bertambah."

Abu Bakar membuat keputusan itu dalam prosiding permohonan anak-anak jutawan berkenaan untuk mendapatkan perintah interim inter parte bagi menghalang responden daripada melakukan sebarang transaksi terhadap harta berkenaan.

Kes induk iaitu saman tuntutan harta sepencarian tersebut akan didengar pada 22 November ini.

Che Ibrahim hadir di mahkamah semalam dan diwakili peguam Alawi Mohd. Rashid.

Sejurus kes tersebut selesai diputuskan, Alawi menyuarakan permohonan anak guamnya di depan hakim supaya mahkamah melarang media daripada membuat liputan terhadap kes itu kerana ia boleh menjejaskan reputasi perniagaan responden.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan sabotaj calon pilihan BN

Posted:

Jangan sabotaj calon pilihan BN

Jangan sabotaj calon pilihan BN

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my


NAJIB (tengah) bersalaman dengan orang ramai pada majlis penutup Konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan di Seremban semalam.


SEREMBAN – Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang, para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) di semua peringkat diingatkan agar tidak mensabotaj calon pilihan BN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau mahu semua ahli dan pemimpin BN memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada calon yang terpilih bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya itu.

"Saya ingatkan sekali lagi, jangan sabotaj calon kita. Beri mereka (calon) sokongan yang padu.

"Kerja bersungguh-sungguh, buat aku janji di dalam hati masing-masing bagi memastikan parti kita menang pada PRU-13 akan datang," katanya ketika berucap pada majlis penutup Konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel.

Ujar beliau, bekas wakil rakyat atau mereka yang disebut-sebut menjadi calon tetapi tidak dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya tersebut turut diingatkan agar tidak berbuat demikian.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Psikologi jadi penentu

Posted:

Psikologi jadi penentu

Psikologi jadi penentu

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my

PEMAIN-PEMAIN Terengganu meraikan kejayaan mereka melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 2011 selepas meranapkan impian Kelantan di Kota Bharu malam kelmarin.


TEKA-TEKI mengenai siapa lebih layak memegang status sebagai gergasi Pantai Timur 2011 akhirnya terjawab.

Kelmarin, Terengganu membuktikan mereka lebih layak memegang status itu selepas mengesahkan kemaraan ke pusingan separuh akhir setelah menewaskan musuh tradisi yang juga juara bertahan, Kelantan pada pertembungan klasik suku akhir Piala Malaysia 2011.

Kejayaan itu hadir selepas anak-anak buah Irfan Bakti berjaya mengikat tuan rumah dengan keputusan 2-2 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bahru sekali gus mara dengan kemenangan agregat 5-3.

Apa yang pasti, kemenangan itu jelas membuktikan betapa anak-anak buah Irfan Bakti memiliki pakej lengkap dari segi fizikal dan mental.

Tanpa berselindung, Irfan mendedahkan bahawa kejayaan mereka mengikat Kelantan dengan keputusan 2-2 di Kota Bharu banyak didorong oleh faktor psikologi yang diterapkan dalam diri sebelas pemain utamanya.

"Saya orang Kelantan dan saya pernah bermain untuk Kelantan, jadi saya tahu di mana kekuatan dan kelemahan pasukan Kelantan.

"Semua akui bahawa Kelantan mempunyai kekuatan luar biasa yang tidak ada pada pasukan lain iaitu faktor penyokong. Mana-mana pemain atau pasukan yang gagal menyerap tekanan daripada ribuan penyokong Kelantan pasti akan tumbang," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Pada perlawanan suku akhir kedua kelmarin, kesebelasan utama Terengganu diketuai Marzuki Yusof terpaksa berdepan ribuan penyokong Kelantan yang membentuk gelombang merah di Stadium Sultan Muhammed IV.

Bagaimanapun, perancang berbisa, Ashaari Shamsuddin berjaya menutup mulut para penyokong Kelantan menerusi dua gol jaringannya pada babak pertama permainan.

"Dua hari sebelum perlawanan di Kota Bharu ini, saya telah mengingatkan para pemain agar kuatkan mental dan psikologi. Jangan tunduk kepada sorakan penyokong lawan dan jangan sesekali fikirkan mengenai kehadiran mereka.

"Alhamdullilah, pemain telah lakukan apa yang sepatutnya dan berjaya menyerap setiap sorakan penyokong lawan sehingga berakhir 90 minit permainan. Kekuatan inilah yang sangat-sangat saya hargai daripada para pemain," tambah Irfan.

Dalam pada itu, Irfan turut memuji sikap profesional Abdul Manaf Mamat yang sedia diturunkan pada perlawanan kelmarin sekalipun masih diselubungi kesedihan ekoran kematian bapa tersayang 24 jam sebelum aksi di Kota Bharu.

"Saya tidak memaksanya untuk bermain, tetapi dia (Manaf) tetap mahu diturunkan dan sedia memberi fokus kepada perlawanan.

"Kehadirannya jelas menyuntik semangat para pemain dan ia sesuatu yang luar biasa apabila melihat pasukan kami bermain dengan baik," jelasnya.

Mengulas pertemuan menentang Selangor pada aksi separuh akhir 18 Oktober ini, Irfan menganggapnya sebagai satu lagi pertembungan genting berdasarkan reputasi dan kebangkitan yang dipamerkan pasukan lawan.

"Kami akan mendapat kembali khidmat Ismail Faruqi dan Zubir Azmi pada perlawanan itu dan ia memberi lebih banyak pilihan kepada saya untuk menurunkan barisan terbaik," ujarnya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

T-Team bukan lagi 'penumpang'

Posted:

T-Team bukan lagi 'penumpang'

T-Team bukan lagi 'penumpang'

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


PASUKAN T-Team (jersi putih) kini tidak boleh lagi dilabel sebagai pasukan 'penumpang' dalam liga bola sepak tanah air.


SIAPA sangka pasukan yang pernah dilabel sebagai 'penumpang' selain penuh dengan kontroversi dalaman kini sudah selangkah untuk mencipta kemasyhuran dalam bola sepak Malaysia.

Kelmarin, T-Team yang berpangkalan di Kuala Terengganu muncul satu-satunya pasukan berstatus kelab yang masih bersaing di pentas Piala Malaysia apabila mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir.

Kejayaan bersejarah itu dilakar hasil kemenangan agregat 4-2 ke atas finalis tiga kali, Sabah sekali gus meletakkan T-Team dalam lipatan sejarah apabila buat pertama kali berada dalam slot empat pasukan terbaik.

Dengan penuh tenang, jurulatih- nya, Yunus Alif menyifatkan keja- yaan itu adalah hasil kerja keras pihak pengurusan, jurulatih dan pemain yang sama-sama mempunyai nekad untuk menjulang nama T-Team.

"Siapa sangka kami boleh pergi sejauh ini dan saya rasa semua pihak pasti terkejut. Sejak dari awal saingan lagi saya telah meng- ingatkan para pemain bahawa kami hanya ada satu peluang untuk mencipta kejayaan dan peluang itu ada pada Piala Malaysia.

"Kami gagal dalam saingan Liga Super dan terkandas awal dalam persaingan Piala FA.

"Jadi, pemain perlu berubah dan bekerja keras untuk memasti- kan misi meraih satu piala pada musim ini menjadi kenyataan," kata Yunus kepada Kosmo! Ahad semalam.

Beliau secara jujur turut menga- kui, pasukan kendaliannya kini telah mencapai prestasi terbaik dalam bola sepak seperti mana diinginkan oleh mana-mana jurulatih.

Bagaimanapun katanya, beliau terpaksa menunggu untuk satu tempoh yang lama sebelum melihat kebangkitan T-Team dalam bola sepak Malaysia.

"T-Team merupakan sebuah pasukan yang mengamalkan sistem menyerang dan jika dilihat kepada statistik jaringan dalam Piala Malaysia, kami merupakan pasukan paling banyak menjaringkan gol.

"Seharusnya kredit diberikan kepada para pemain yang begitu cekal dan bersungguh-sungguh walaupun pasukan ini kerap dilabel sebagai pasukan underdog," jelasnya.

Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin, T-Team berjaya menewaskan Sabah 2-1 hasil jaringan Fitri Omar dan Zairo Anuar sekali gus mara ke separuh akhir dengan agregat 4-2.

Kemenangan itu membolehkan T-Team menghitung pertemuan dengan bekas juara, Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir pertama 18 Oktober ini.

"Kami tidak kisah siapa lawan kami di separuh akhir kerana misi kami adalah untuk memenangi setiap perlawanan. Kami telah pergi sejauh ini dan sudah pasti kami tidak mahu berhenti di sini.

"Pemain juga telah berikrar untuk berjuang habis-habisan dan saya harap semangat ini dapat di- teruskan sehingga kami menjejaki pentas final," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kelantan terpaksa akur

Posted:

Kelantan terpaksa akur

Kelantan terpaksa akur

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

KEKALAHAN pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2011 kepada Terengganu malam kelmarin terus melenyapkan impian Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan yang diraih mereka musim lalu.

Kejayaan mengikat kedudukan 2-2 di gelanggang sendiri tidak membawa erti apa-apa buat skuad The Red Warriors itu apabila terpaksa tunduk dengan agregrat 3-5.

Kelantan gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu sele- pas tunduk dengan agregat 3-5 kepada Terengganu biarpun berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada perlawanan suku akhir kedua di Kota Bharu malam kelmarin.

Perlawanan malam kelmarin menyaksikan Kelantan dikejutkan dengan dua gol oleh pasukan Terengganu hasil jaringan Ashaari Samsuddin pada minit ke 18 dan 39

sebelum Kelantan menyamakan kedudukan melalui Azamuddin Akil pada minit ke 54 dan sepakan penalti ketua pasukan, Badri Radzi pada minit ke 70.

Di sebalik kekecewaan tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, masih optimis dengan masa depan pasukannya dan menjanjikan kebangkitan pada musim depan.

Menurutnya, Terengganu layak untuk menang selepas mempamerkan aksi yang cukup konsisten biarpun beraksi di hadapan ' 'lautan tentera merah' yang membanjiri Stadium Sultan Muhammed IV.

"Terengganu layak untuk menang. Kita ucapkan selamat maju jaya dan Kelantan kena mula merancang untuk tahun depan. Mereka (Terengganu) layak untuk untuk menang dan kita kena menghormatinya.

"Kita gagal, dalam sukan kalah adalah gagal. Kita kena terima hakikat kalah kepada pasukan yang lebih baik. Terengganu bermain dengan lebih baik," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, kelebihan nyata berpihak kepada Kelantan kerana beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri namun, terpaksa akur dengan melepaskan dua gol untuk Terengganu mendahului dengan lebih selesa.

Jelasnya, kesilapan barisan pertahanan jelas membuatkan kedudukan Kelantan lebih tertekan ketika mereka perlu mencari dua gol untuk mengimbangi perlawanan selepas tewas di Kuala Terengganu dengan 3-1, Isnin lalu.

"Kita main tempat sendiri dengan penyokong yang penuh dan segala-galanya, tapi kita masih melepaskan dua gol kerana pertahanan kita membuat kesilapan berbanding barisan pertahanan Terengganu.

"Kelantan kena pandang ke depan, setakat ini kita belum putuskan siapa yang akan menyarung jersi Kelantan musim depan. Kita juga sedang mencari pemain import yang bagus," jelasnya.

Katanya, sesi pemilihan pemain akan terus berjalan terutama untuk mencari pemain import yang sesuai dan beberapa perlawanan persahabatan akan dijalankan untuk menguji pemain-pemain yang akan dipilih.

"Kita terlalu sibuk dengan Piala Malaysia sebelum ini dan selepas semuanya berakhir, kita akan fo

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved