Kosmo Online |
- KAYM, University of Adelaide bekerjasama
- KPKK, UMK, Aswara kaji seni budaya
- Rais mahu temui jurutera jam Mekah
KAYM, University of Adelaide bekerjasama Posted: KAYM, University of Adelaide bekerjasama17/10/2011 7:19pm MELAKA – Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dan University of Adelaide, Australia menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang akademik. Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata, University of Adelaide sedia bekerjasama dengan KAYM bagi menjalin hubungan dua hala dalam bidang pendidikan tinggi dan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa. "MOA ini merangkumi kerjasama bagi program perpindahan ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di mana para pelajar akan belajar selama dua tahun di KAYM dan seterusnya dua tahun di universiti tersebut. "Bagi bidang pengajian Sains Komputer, Perniagaan dan Perakaunan, para pelajar akan memulakan pengajian selama satu setengah tahun di KAYM sementara dua tahun seterusnya di universiti itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Saroni berkata melalui kerjasama itu kerajaan dapat mengurangkan kos perbelanjaan menghantar pelajar ke luar negara apabila program itu dilaksanakan. Pada majlis MoA itu, Saroni menandatangani bagi pihak KAYM sementara University of Adelaide diwakili Timbalan Dekan Antarabangsa, Fakulti Kejuruteraan, Komputer dan Sains Matematik universiti tersebut, Dr Yung Ngothai. Katanya, majlis pertukaran MoA itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sempena perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang berlangsung baru-baru ini. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
KPKK, UMK, Aswara kaji seni budaya Posted: KPKK, UMK, Aswara kaji seni budaya17/10/2011 7:17pm KOTA BAHARU – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk melaksanakan program khas mengkaji warisan seni budaya negara ini. Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata program khas itu yang akan bermula Januari depan antara lain melibatkan pertukaran pensyarah dalam pengkajian warisan seni budaya. Selain itu, ia mewujudkan festival tradisi lisan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Temasya Dikir Barat Kelantan, di sini hari ini. Festival berkenaan merupakan program ke-16 daripada 20 program yang dirancang KPKK bersama Kementerian Pelancongan sepanjang tahun ini. Seramai 1,039 pendikir dan lapan kumpulan pergendangan seluruh Kelantan berhimpun menjayakan festival berkenaan. Menyentuh mengenai temasya itu yang julung kali diadakan di Kelantan, Rais berkata ianya membutirkan satu hasrat besar rakyat di negeri ini dan seluruh Malaysia amnya dalam usaha mewujudkan suasana seni budaya ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
Rais mahu temui jurutera jam Mekah Posted: Rais mahu temui jurutera jam Mekah17/10/2011 5:32pm KOTA BHARU – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, beliau berhasrat mengadakan pertemuan dengan anak Malaysia yang bertanggungjawab mereka bentuk pembinaan menara jam gergasi menghadap Masjidil Haram di Mekah. Menyifatkan sentuhan indah Wan Nazri Wan Aria, 31, jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch itu satu kebanggaan, beliau berkata, pertemuan itu sebagai satu penghormatan kepada pemuda berkenaan yang memiliki bakat luar biasa. "Kita berasa bangga bahawa ada anak Malaysia yang berkeupayaan tinggi sehingga mendapat pengiktirafan pihak berkuasa Arab Saudi melalui bakatnya yang diselitkan dalam Menara Hotel Jam Diraja Mekah. "Saya juga ingin bertemu dengan beliau, bergantung kepada kelapangan beliau, ini satu penghormatan besar dan kita ingin ucapkan tahniah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Temasya Dikir Barat Kelantan, di sini hari ini. Festival berkenaan merupakan program ke-16 daripada 20 program yang dirancang Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama Kementerian Pelancongan sepanjang tahun ini. Seramai 1,039 pendikir dan lapan kumpulan pergendangan seluruh Kelantan berhimpun menjayakan festival berkenaan. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan