Kosmo Online - Dunia |
Posted: Benteng banjir penuhi Bangkok
BANGKOK - Kerajaan Thailand semalam menyuarakan keyakinan bahawa Bangkok tidak akan dilanda banjir besar. Menteri Pertanian dan Koperasi, Jeneral Pongsapat Pongchareon berkata, antara 500 dan 500 juta meter padu air mengalir ke laut setiap hari. "Walaupun paras air laut masih tinggi, kita berupaya memesongkan aliran air dengan berkesan. Sebahagian besar air bah kini sudah mengalir ke laut," katanya seperti dilaporkan oleh Bernama. Bandar raya ini dilindungi oleh satu sistem dinding pencegah banjir, terusan, parit dan terowong bawah tanah. Namun, jika sistem pertahanan itu gagal, air banjir akan mula memasuki bandar raya ini yang dihuni oleh sembilan juta orang. Paras air yang melanda kawasan utara Bangkok semakin surut seperti di wilayah Singburi, Angthong dan Ayutthaya. Seorang jurucakap sebuah pusat bantuan banjir, Wim Rungwattanajinda berkata, banjir juga surut di wilayah Nakhon Sawan. Hujan lebat yang bermula lewat Julai lalu telah menjejaskan dua pertiga negara ini dengan menenggelamkan kawasan pertanian, ratusan kilang dan kampung. Hampir 300 orang telah terbunuh setakat ini manakala lebih 200 lebuh raya utama dan jalan raya ditutup termasuk landasan kereta api ke bahagian utara. Kerajaan menyatakan nilai kerosakan mungkin mencecah AS$3 bilion (RM9.37 bilion). SEBAHAGIAN bot kecil berenjin digunakan untuk memesongkan air banjir ke Teluk Siam di wilayah Nonthaburi, Thailand semalam. Kawasan yang paling terjejas teruk ialah utara Bangkok termasuk Ayutthaya yang merupakan bekas ibu kota Thailand. Paras air di sesetengah kawasan adalah setinggi dua meter. Hujan lebat melanda Bangkok semalam tetapi kehidupan harian adalah normal dengan pusat beli-belah dibuka seperti biasa. Semalam, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menyatakan: "Saya percaya Bangkok akan selamat." Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan satu majlis melibatkan lebih 1,000 buat bot kecil yang terlibat dalam usaha untuk mengalihkan arus sungai supaya menuju ke Teluk Siam. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | |
Rom nilai kerosakan tunjuk perasaan Posted: Rom nilai kerosakan tunjuk perasaanSEORANG penunjuk perasaan membaling kanister ke arah polis di Rom kelmarin. ROM - Pihak pengurusan bandar raya ini sedang menilai jumlah kerosakan selepas sejumlah penunjuk perasaan merosakkan bank dan kedai selain membakar kenderaan. Datuk Bandar Rom, Gianni Alemanno memberitahu pemberita semalam bahawa kos membaiki bas awam, jalan raya dan pejalan kaki akibat kerosakan yang dilakukan penunjuk perasaan mungkin mencecah AS$1.4 juta (RM4.37 juta). Para penunjuk perasaan itu bertindak ganas kelmarin dalam tunjuk perasaan yang disertai oleh puluhan ribu orang. Mereka menunjuk perasaan bagi menyuarakan kebimbangan mengenai penderitaan akibat krisis ekonomi global. Para penunjuk perasaan itu yang sebahagiannya memakai topeng gas pemedih mata merosakkan laluan pejalan kaki untuk mengambil batu untuk dibaling ke arah polis. Mereka turut memecahkan tingkap dengan penukul. Polis menangani para penunjuk perasaan itu dengan menggunakan gas pemedih mata dan pancutan air. Para penunjuk perasaan turut menyerbu gereja. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | |
Ratusan peserta berenang 1.8km Posted: Ratusan peserta berenang 1.8kmRATUSAN perenang berenang sejauh 1.8 kilometer di Pelabuhan Victoria, Hong Kong semalam. HONG KONG - Ratusan perenang semalam mengambil bahagian dalam pertandingan berenang sejauh 1.8 kilometer (km) selepas ia dihentikan selama 33 tahun kerana bimbang tahap pencemaran air di salah sebuah pelabuhan yang tercantik di dunia di disini. Laut tenang dan langit yang mendung, para perenang memulakan renangan dari Lei Yue Mun, Kowlooon sehingga Quarry Bay. Beratus-ratus penonton bersorak apabila perenang tiba di garisan penamat. "Saya telah mendengar segala-galanya mengenai perlumbaan merentasi pelabuhan. Ia sangat indah kerana memberi peluang terakhir kepada peserta untuk menikmatinya," kata seorang perenang, David Wong, 22, selepas menamatkan pertandingan. Pertandingan merentasi pelabuhan pertama kali diadakan pada tahun 1906 apabila Hong Kong masih di bawah jajahan Britain. Ia kemudian dihentikan selepas satu pertandingan pada tahun 1978 kerana bimbang dengan tahap pencemaran air laut. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan