Kosmo Online - Komuniti Kita |
- UPM anjur Bengkel Keselamatan Menunggang Motosikal
- 78 orang sertai Pertandingan Menembak Jakpaw
- Bakti Kedah sampaikan sumbangan kepada 27 PDK
UPM anjur Bengkel Keselamatan Menunggang Motosikal Posted: UPM anjur Bengkel Keselamatan Menunggang MotosikalSALLEH (tiga dari kanan) melihat cara pemakaian topi keledar yang betul pada Bengkel Keselamatan Menunggang Motosikal di UPM, Serdang baru-baru ini. AGIH. Sebanyak 400 topi keledar diagihkan kepada peserta Bengkel Keselamatan Menunggang Motosikal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang baru-baru ini. Topi keledar itu merupakan sumbangan penganjur kempen, UPM Holdings Sdn. Bhd. bersama Flour Daniel International (Malaysia) Sdn. Bhd. Timbalan Naib Canselor UPM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Dr. Salleh Jaafar berkata, sumbangan topi keledar itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keperluan memakai topi keledar di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal. Selain itu, penunggang juga perlu menitikberatkan aspek pemakaian topi keledar untuk mengelakkan kecederaan di bahagian kepala sekiranya berlaku kemalangan. Full content generated by Get Full RSS. |
78 orang sertai Pertandingan Menembak Jakpaw Posted: 78 orang sertai Pertandingan Menembak JakpawPARA peserta bergambar selepas Pertandingan Menembak Jakpaw 2011 di Pusat Latihan Tentera Darat di Ulu Tiram, Johor baru-baru ini. HEBAT. Seramai 78 orang ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw) dan beberapa petugas media menyertai Pertandingan Menembak Jakpaw 2011 yang diadakan di Lapang Sasar Pusat Latihan Tentera Darat, Ulu Tiram, Johor baru-baru ini. Pertandingan itu diadakan bagi memupuk disiplin dan kemahiran menembak ahli-ahli Jakpaw agar berada dalam keadaan siap sedia. Ia juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ahli Jakpaw dan wartawan. Full content generated by Get Full RSS. |
Bakti Kedah sampaikan sumbangan kepada 27 PDK Posted: Bakti Kedah sampaikan sumbangan kepada 27 PDKNORAINI (dua dari kiri) beramah mesra dengan pengerusi dan wakil-wakil PDK Kedah selepas penyerahan bantuan kewangan di Alor Setar baru-baru ini. SUMBANGAN. Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Kedah menyalurkan bantuan kewangan kepada 27 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Alor Setar baru-baru ini. Sumbangan itu bertujuan memudahkan setiap PDK menjalankan pelbagai aktiviti bagi manfaat masyarakat setempat. Bantuan berjumlah RM2,000 bagi setiap PDK itu disampaikan oleh Pengerusi Bakti Kedah, Datin Seri Noraini Abdullah. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan