Rabu, 1 Jun 2011

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kelas malam atasi kesesakan

Posted:

Kelas malam atasi kesesakan

Kelas malam atasi kesesakan


SEORANG guru kelas malam, Fransisco, menjalankan tugasnya mengajar para pelajar dewasa dalam gred sembilan di Maputo.


PADA pukul 8 malam, Joana Charles menanti ketibaan guru sejarahnya di luar kelasnya di sebuah sekolah dekat ibu negara Mozambique. Ratusan kanak-kanak lain sibuk berlari-lari, memekik-mekik dan bermain dalam kegelapan malam.

Limpahan cahaya kuning daripada bangunan sekolah itu sedikit menerangkan halaman berpasir di tempat itu. Sementara di satu sudut lain, sekelompok manusia sibuk mengerumuni penjual bertih jagung.

Walaupun kebanyakan daripada 62 orang pelajar di dalam kelasnya sudah pulang kerana bosan menunggu, Joana masih berharap.

"Kesabaran pasti membawa kejayaan. Mungkin juga semasa anda tinggalkan sekolah ini, guru pun sampai. Pasti anda terlepas sesi belajar," ucap ibu 31 tahun itu dengan tenang.

Cabaran yang dihadapinya itu ibarat rutin bagi mana-mana pelajar di salah sebuah negara termiskin di dunia tersebut. Kekangan dalam usaha mendidik generasi muda Mozambique turut dihadapi golongan dewasa.

Kekangan pembelajaran

Mereka tidak berkesempatan mengecapinya lantaran negara mereka dihimpit isu peperangan sejak berdekad-dekad lamanya.

Setiap kelas belajar di negara itu secara purata menempatkan 66 orang pelajar bagi seorang guru. Sesi persekolahan pula berlangsung sebanyak tiga kali sepanjang pukul 7 pagi hingga 10 malam setiap hari semata-mata untuk mengatasi masalah bilangan pelajar yang terlampau ramai.

Selepas memulakan hidup berkeluarga, Joana kembali semula bersekolah bersama rakan-rakan sekelas yang jauh lebih muda. Semuanya demi membantunya mendapatkan peluang kerjaya yang lebih baik buatnya menyara keluarga.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berbekalkan pendidikan asas selama sekurang-kurangnya setahun sebenarnya sudah mampu memberikan kehidupan lebih selesa di selatan Afrika.

Namun, pelajar gred sembilan yang perlu melalui jalan berdebu untuk pulang ke rumah dari sekolahnya di Maputo itu memberitahu, adalah sukar baginya untuk mengetahui sama ada guru mereka akan datang atau tidak.

"Kami cuma ada dua sesi pembelajaran pada semester lalu, kemungkinan yang sama akan kami alami pada semester kesepuluh nanti," getus Joana.

Pada malam itu, kelas Matematik terpaksa dibatalkan berikutan ketiadaan tenaga pengajar, maka sekolah tersebut juga perlu ditutup lebih awal berbanding kebiasaannya pada pukul 10 malam.

Sekitar 81 peratus kanak-kanak di Mozambique mengikuti sesi persekolahan secara normal. Begitupun, jumlahnya akan berkurangan apabila mereka meningkat dewasa.

Isu ketiadaan ruang untuk menuntut ilmu atau kekangan jumlah guru juga menjadi masalah, lebih-lebih lagi apabila terdapat pelajar dewasa yang ingin kembali belajar.

Persekolahan sesi malam bermula sejak zaman kolonial Portugis namun pemerintahan Mozambique masih mengekalkan sistem tersebut demi mengatasi masalah lambakan pelajar.

Berjalan jauh

Tuntutan sesi belajar itu antara lain memaksa seorang pelajar, Aida Bila, 16, meredah kegelapan malam bersendirian sejauh lima kilometer untuk pulang ke rumah jika tiada pengangkutan awam atau keluarganya tidak mampu menanggung kos tambang.

Walaupun si gadis yang bercita-cita menjadi peguam itu risau terlepas beberapa sesi pembelajaran, para guru akan tetap membantu ketika peperiksaan.

"Mereka tidak selalunya memberikan jawapan, tapi kadangkala tetap ada," ceritanya lanjut.

Menurut seorang pendidik, Carlos Fransisco, kebanyakan pelajar juga datang ke sekolah semata-mata untuk bersosial.

"Sistem pembelajaran membuatkan mereka hilang minat belajar. Di peringkat sekolah rendah, pelajarnya diluluskan secara automatik dan kemudian mereka datang ke sekolah tanpa tahu menulis dan membaca," keluhnya.

Guru 29 tahun itu juga berdepan dengan permasalahan kekurangan alat bantu mengajar di dalam bilik darjah.

"Saya mengajar tentang reka bentuk, tapi tiada satu pun alatan untuk membantu pelajar saya memahaminya dengan lebih jelas," katanya yang bekerja selama 14 jam sehari di tiga buah sekolah demi menyara kehidupan keluarganya.

Jelasnya, kerajaan telah mencuba sedaya-upaya untuk meningkatkan tahap pembangunan negara cuma isu kemiskinan menjadi penghalang.

Bajet berkurangan

Mozambique telah memperuntukkan sejumlah AS$730 juta (RM2.19 bilion) untuk dilaburkan dalam sektor pendidikan negara tersebut. Jumlah itu adalah 18 peratus daripada belanjawan negara.

Sumbangan antarabangsa untuk tujuan pendidikan juga sudah terbatas gara-gara krisis ekonomi global.

Pihak pemerintah kemudiannya terpaksa memotong sebahagian daripada bajet pendidikan negara untuk disalurkan kepada keluarga mangsa yang maut dalam rusuhan makanan pada September tahun lalu.

Pengarah Perancangan Kementerian Pelajaran Mozambique, Manuel Rego berkata perkembangan itu mengganggu banyak fungsi kementeriannya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tetap menambah bangunan sekolah dan melatih lebih ramai guru berkaliber untuk menyokong semula ketegangan yang berlaku.

"Walaupun situasi ini sukar dilihat, sebenarnya keadaan telah banyak berubah," jelas Rego. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Iltizam guru pendidikan khas

Posted:

Iltizam guru pendidikan khas

Iltizam guru pendidikan khas

Oleh M. RIZAL NOR
rencana@kosmo.com.my


AKTIVITI belajar membuat aiskrim merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan murid pendidikan khas di SK Bandar Jerantut.


RAMAI yang beranggapan bahawa mengajar murid pendidikan khas merupakan tugas yang sangat mudah.

Tanggapan itu timbul memandangkan murid di dalam kelas itu hanya sekitar lima hingga 10 orang berbanding kelas perdana yang menempatkan lebih 20 orang murid.

Namun, tinjauan di beberapa buah sekolah di Jerantut, Pahang mendapati tanggapan tersebut ternyata meleset.

Sebenarnya, tugas untuk mengajar dan mendidik murid pendidikan khas tidak semudah yang disangka kerana mereka merupakan golongan istimewa berbanding murid-murid di kelas perdana.

Murid pendidik khas terbahagi kepada tiga kategori iaitu masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan masalah penglihatan.

Bagi guru-guru wanita, tugas mereka tidak ubah seperti seorang ibu kerana murid-murid pendidikan khas memerlukan layanan yang baik sebagaimana melayan anak-anak di rumah.

Bagi Fatimah Jantan, 38, yang kini memegang jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Jerantut, guru-guru yang mengajar pendidikan khas harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, berdisiplin, bertolak ansur dan sentiasa berfikiran positif.

"Memang kami mengajar murid dalam jumlah yang sedikit iaitu di antara lima hingga 10 orang tetapi setiap murid mempunyai kerenah yang berbeza dan memerlukan perhatian yang sewajarnya.

"Keupayaan pemikiran mereka sangat lemah, tidak memiliki kecemerlangan akal dan kadangkala tidak dapat mengawal emosi selain gagal mematuhi arahan yang diberikan," katanya yang telah menabur bakti selama sembilan tahun dalam dunia pendidikan khas.

Fatimah yang ditemui sempena sambutan Hari Guru ke-40 yang bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara baru-baru ini memberitahu, guru pendidikan khas harus mengenali murid dengan lebih rapat dan cuba menyelami perasaan mereka kerana golongan istimewa itu tidak dapat memberi perhatian yang sepenuhnya ketika pelajar.

"Guru mestilah berfikiran kreatif terutamanya dalam menyediakan alat bantu mengajar agar murid melahirkan rasa minat untuk belajar.

"Kita tidak hanya bercakap di depan ketika mengajar sebaliknya turut menggunakan kaedah nyanyian dan permainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas," ujarnya.

Menurutnya, biarpun sepenuh masa bersama murid-murid pendidikan khas, namun mereka turut melakukan tugasan lain yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Pengurusan diri


PARA pelajar pendidikan khas juga mempunyai upaya berdikari yang baik jika dibimbing dan dilatih dengan penuh dedikasi.


Selain tumpuan terhadap akademik, murid-murid pendidikan khas turut diterapkan dengan kemahiran menguruskan diri dan pengurusan tingkah laku.

"Inilah yang paling penting bagi murid-murid pendidikan khas kerana mereka tidak harus bergantung sepenuhnya kepada orang lain apabila masuk ke alam remaja dan seterusnya," kata Wan Mahizan Wan Mohamad pula yang kini bertugas sebagai guru pendidikan khas di SK Tebing Tinggi, Jerantut.

Beliau berkata, guru-guru akan mengajar mereka cara menguruskan diri termasuk memakai dan membuka pakaian, mencuci pakaian, membersihkan diri, pengurusan bilik tidur dan mencuci pinggan serta cawan.

"Kita ingin lihat mereka berdikari dengan sendiri. Sampai bila mereka hendak mengharapkan bantuan orang lain," soalnya.

Bagi pengurusan tingkah laku pula, Wan Mahizan memberitahu, guru-guru akan mendidik murid agar mengelak daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh orang lain.

Setiap kesalahan yang dilakukan pula akan ditegur dan diubah serta-merta dan guru-guru akan menilai sejauh mana teguran tersebut dapat mengubah corak kehidupan anak didik mereka.

Kemahiran hidup

Sementara itu, murid-murid pendidikan khas turut mengikuti mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dan Kemahiran Hidup yang memberi penekanan kepada penggunaan peralatan yang ada di sekitar mereka.

Mereka turut diajar cara berkebun dan penggunaan setiap alatan dengan betul agar tidak mendatangkan kecederaan kepada mereka.

Seorang guru pendidikan khas di SK Kuala Tembeling, Syahrima Abdul Hamid berkata, beliau telah membuat projek Bumi Hijau dengan menggalakkan anak didiknya bercucuk tanam.

"Kami tanam pelbagai jenis pokok seperti bayam, terung, lada, bayam, kangkung, kailan, kacang tanah, betik, serai dan daun kesum.

"Sebelum proses penanaman bermula, murid-murid akan diberi penerangan mengenai cara untuk gemburkan tanah dan menanam bijih benih serta teknik menggunakan setiap peralatan dengan betul," katanya yang telah berkhidmat selama lima tahun dalam dunia pendidikan khas.

Seterusnya, murid-murid itu diajar cara menyiram, membaja dan menjaga pokok daripada serangan serangga perosak. Akhir sekali, mereka dibimbing untuk memungut hasil tanaman itu.

Syahrima memberitahu, hasil tanaman yang telah dituai akan dijual kepada kakitangan sekolah, ibu bapa dan kedai runcit berhampiran.

Selain itu, terdapat sesetengah sekolah yang melaksanakan projek keusahawanan bagi mendidik murid-murid berdikari mencari kewangan sendiri.

Projek keusahawanan


SEBAHAGIAN daripada pelajar pendidikan khas menunjukkan kemahiran mereka menggoreng cekodok di SK Bandar Jerantut.


SK Pulau Tawar merupakan salah satu sekolah yang menjadi contoh di daerah Jerantut dengan menggerakkan projek keusahawanan pada tahun 2009.

Projek yang diketuai oleh Anisah Jaafar yang bertindak sebagai guru penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di sekolah berkenaan telah berjaya menghasilkan beberapa kraftangan seperti tudung saji, gubahan bakul, kotak serba guna diperbuat daripada kotak terpakai, tali makarami serta hiasan kulit kayu manis.

"Kami ada lima orang guru dan 13 orang murid yang bergandingan untuk menghasilkan sesuatu produk dan kebiasaannya setiap produk disiapkan dalam tempoh seminggu.

"Ada juga sesetengah kraftangan yang kami serapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti dalam subjek kemahiran manipulatif, kemahiran hidup dan pendidikan seni," ujarnya.

Anisah berkata, selain kraftangan, murid-murid turut diajar membuat kuih dan memasak makanan yang ringkas.

"Masakan yang pernah diajar kepada murid termasuk membuat donat, piza, nasi goreng, sandwic, kuih puteri ayu dan mi kari. Roti sosej bersalut telur merupakan salah satu menu yang menjadi pilihan dan pernah ditempah oleh sekolah berhampiran," kata beliau.

Beliau memberitahu, produk-produk yang dihasilkan akan dijual di sekolah dan kedai berhampiran selain menerima tempahan dari pihak luar.

Ternyata tugas guru pendidikan khas tidak semudah yang disangka biarpun mereka tidak mengejar kecemerlangan akademik seperti guru-guru di kelas perdana.

Bagi mereka, kebolehan murid untuk menguruskan diri dan tidak bergantung harap kepada orang lain sudah memadai untuk mengukir senyuman di bibir masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zuriana bisnes melalui blog

Posted:

Zuriana bisnes melalui blog

Zuriana bisnes melalui blog

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my



BAGI yang obses beg tangan berjenama dan diimport dari luar negara tetapi inginkan harga yang lebih murah, anda sebenarnya berpeluang untuk mendapatkannya.

Berbekalkan sebuah komputer dan melayari laman blog wwwbegalicious.blogspot.com, kini anda boleh membuat pelbagai pilihan mengikut cita rasa dengan hanya di hujung jari.

Jenama Coach, Kate Spade, Aiteen Aigner, Marc Jacobs, Gucci dan jenama-jenama lain yang menjadi trend masa kini ditawarkan kepada pelanggan di seluruh negara secara talian, lengkap dengan harga serta cara untuk membuat pesanan.

Selain beg tangan wanita, barangan berjenama lain seperti dompet, cermin mata dan jam tangan turut dijual menerusi laman web berkenaan.

Segala kemudahan itu adalah inisiatif seorang suri rumah yang menetap di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya, Shah Alam, yang mewujudkan perniagaan beli-belah di alam siber ini sejak setahun lalu.

Sebelum itu, dalam tempoh selama dua tahun, Zuriana Abu Kassim, 38, hanya menjadi pengikut setia blog-blog sedia ada. Namun dia mula menceburi bidang perniagaan ini setelah mendapati permintaan membeli-belah secara talian terutama dalam kalangan wanita semakin tinggi.

"Saya mengambil keputusan untuk berjinak-jinak dalam perniagaan ini walaupun pada asalnya hanya untuk mengisi masa yang banyak terluang," kata Zuriana yang ditemui baru-baru ini.

Dengan jumlah kenalan dalam kalangan bloggers dan rakan pelanggan untuk blog sedia ada yang semakin meningkat, ibu kepada empat orang cahaya mata itu mula cekalkan hati untuk membina blog sendiri.

Tanpa sebarang ilmu khusus terhadap pembinaan blog dan perkara-perkara teknikal, Zuriana terus mengutip pengalaman dari hari ke hari sehinggalah lahirnya laman blog wwwbegalicious.blogspot.com.

"Berdasarkan kepada jumlah pengikut yang mencecah 50 orang dan hits (pengunjung) yang mencapai 30,000 orang, saya bersyukur dengan pencapaian setakat ini.

"Selain itu, jaringan laman sosial, Facebook juga dijadikan platform untuk tujuan promosi di samping mengeratkan silaturahim, urusan permintaan dan penawaran harga," jelasnya.

Dari segi harga, Zuriana mengatakan ia sangat berpatutan dan jauh lebih murah berbanding harga barang yang sama yang dijual di butik-butik terkemuka di negara ini.

Persaingan kompetitif

Perbezaan harga yang ketara jelasnya disebabkan perniagaan seumpama ini hanya melibatkan kos yang minimum tetapi kualitinya terjamin.

"Kebanyakan barang diimport dari Amerika Syarikat dan Eropah.

"Rakan-rakan dan ahli keluarga yang menetap di Los Angeles, Texas, Chicago, London dan Belanda banyak membantu saya mendapatkan barangan yang dipesan oleh pelanggan," ujarnya yang berjaya menjual lebih lebih 80 beg tangan wanita setakat ini.

Menyedari persaingan yang sangat kompetitif, Zuriana bagaimanapun yakin bahawa masih ramai wanita yang celik teknologi tergolong dalam kategori mereka yang berkemampuan.

"Begalicious Frenzy akan terus berusaha memberi yang terbaik untuk setiap pelanggan, baik dari segi kualiti barangan sehingga ke pembungkusan dan penghantaran. Keuntungan tidak semestinya banyak, namun yang ditagih ialah keberkatan," katanya.

Zuriana memberitahu, insan yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantunya selama ini ialah suaminya, Dr. Abd. Rasid Abd. Rahman.

Abd. Rasid merupakan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Kualiti) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam. Suaminya banyak memberi tunjuk ajar tentang kepentingan komunikasi berkesan, bahasa yang digunakan untuk pertuturan dan penulisan selain menjaga hati serta kepuasan pelanggan.

Kepada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sila layari wwwbegalicious.blogspot.com bagi mengetahui produk-produk terkini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Terjemahan eleman Melayu moden

Posted:

Terjemahan eleman Melayu moden

Terjemahan eleman Melayu moden

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
liyana.darif@kosmo.com.my



AKMAL ARIFFIN, 23, tergamam saat diumumkan pemenang Koleksi Terbaik, pada Pertunjukan Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam yang berlangsung baru-baru ini.

Anak bongsu daripada enam orang adik-beradik itu sama sekali tidak menyangka bakal merangkul hadiah utama dalam acara fesyen tersebut memandangkan saingan daripada rakan-rakan seperjuangan cukup sengit.

"Tahun ini, rezeki berpihak kepada saya meskipun dari awal saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana koleksi busana rekaan peserta lain juga cantik dan menawan. Namun, saya gembira kerana penat lelah selama tiga tahun menuntut dalam jurusan ini dibayar dengan kemenangan bermakna.

"Bertambah manis apabila kemenangan ini secara tidak langsung memartabatkan keunikan budaya negeri kelahiran saya, Negeri Sembilan, yang terkenal dengan signatur budaya Minangkabau," jelas pemegang Ijazah Rekaan Fesyen, UiTM Shah Alam, yang menghasilkan koleksi pakaian dan aksesori kepala bertemakan, The Art of Minangkabau.

Ujar Akmal, pada awal semester lima pengajian, dia sudah mula sibuk memikirkan tema menarik untuk pakaian yang bakal dipamerkan di acara fesyen tersebut. Bersesuaian dengan tema nilai seni Melayu dan Asia Barat yang diberikan, peminat pereka antarabangsa, Elie Saab itu mengambil keputusan untuk menerapkan konsep Minangkabau.

"Rekaan saya lebih cenderung pada konsep tanduk kerbau yang diaplikasi pada topi dan bahu baju. Dari aspek permainan pula saya banyak bermain dengan warna hitam dan kuning keemasan.

"Hasil kajian saya mendapati warna hitam begitu simbolik bagi masyarakat Minangkabau kerana ia membawa maksud kegagahan dan kepimpinan manakala warna kuning keemasan pula melambangkan kemewahan.

"Aspek teknik jahitan, saya lebih selesa dengan teknik lipatan bagi menggabungkan fabrik rona hitam dan kuning keemasan tersebut," terang Akmal kepada Stailo.

Sementara itu, Nurul Nazlin Mat Amim, 23, pula mempertaruhkan koleksi pakaian yang berasaskan paduan rona merah jambu lembut dan putih. Warna-warna tersebut menjadi pilihan kerana ideal dengan warna Masjid Putra, Putrajaya yang dijadikan inspirasi pada himpunan pakaian rekaannya.

"Pensyarah menyarankan kami mereka koleksi busana yang diinspirasi daripada seni bina bangunan di Malaysia ataupun di Asia Barat. Maka, saya memilih Masjid Putra yang merupakan salah satu mercu tanda yang tersergam indah di Putrajaya.

"Justeru bagi mendapatkan hasil pakaian yang menarik, saya menggunakan fabrik raw silk untuk dijadikan skirt yang berpotongan bulat ala kubah.

"Untuk himpunan blaus pula ia diperbuat daripada sutera satin yang mempamerkan motif yang tertera pada kubah masjid berkenaan," jelas anak kekahiran Kuantan, Pahang itu yang melakar sendiri motif tersebut di atas kain satin sutera. Dia turut dibantu rakan seperjuangan daripada jurusan tekstil di universiti yang sama.

Tutur Nurul Nazlin yang pernah menuntut di Kolej Shahputra, Pahang, pertunjukan itu menjadi itulah momen yang dinantikannya kerana mahu menghasilkan rekaan pakaian moden berciri kesenian Melayu dan budaya Malaysia.

Elemen Timur


ADNI ADNAN (depan) menggabungkan elemen rekaan Melayu dan Asia Barat.


Secara ringkasnya, setiap tahun para pelajar Fakulti Seni Reka Fesyen, UiTM, Shah Alam, yang bakal menamatkan pengajian di peringkat ijazah akan mempamerkan hasil rekaan masing-masing dalam satu pertunjukan fesyen khas.

Selain memenuhi kehendak silibus pengajian, objektif utama acara fesyen itu juga merupakan platform terbaik dalam mempromosi pelajar kepada pihak industri fesyen. Secara tidak langsung, ia menjadi 'langkah pembuka' bagi graduan bergerak lebih jauh dalam industri ini.

Selain diserikan dengan penglibatan barisan model profesional tempatan, acara fesyen tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran para tetamu, pencinta fesyen dan kelompok pereka fesyen yang sudah menapak lebih lama dalam industri fesyen Malaysia.

Saban tahun, para penuntut perlu menghasilkan empat pasang busana mengikut tema yang telah ditetapkan oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti. Sehubungan itu, pada kali ini, seramai 40 pelajar fesyen digalakkan mereka pakaian yang mengambil inspirasi berkaitan elemen tradisi Melayu dan Asia Barat.

"Tema ini menjadi pilihan bagi menerapkan semangat menghargai warisan budaya bangsa dalam jiwa mereka. Dalam proses ini, pelajar perlu mengolah dan menyuntik elemen-elemen yang dipilih mengikut kreativiti sendiri dan sealiran trend fesyen masa kini serta keperluan pasaran fesyen tempatan," terang Pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Faizal Hamid.

Menurutnya, pada masa yang sama, mereka perlu menggabungkan elemen garisan, tekstur, perincian dan warna untuk menghasilkan ilusi dan drama pada koleksi rekaan mereka.

"Ini termasuklah menggunakan kombinasi teknik tindihan dan merangka pola serta teknik jahitan yang rumit sebagai ekspresi rekaan unik," ujarnya.

Faizal mengakui bahawa dia terharu dan berbangga melihat kebijaksanaan setiap pelajar yang berjaya menghasilkan rekaan bak pereka fesyen profesional.

Nampaknya, ilmu fesyen yang dituntut dalam tempoh kurang lima tahun telah diaplikasi dan dipraktikkan sebaik mungkin.

Tambah Faizal: "Para pelajar berjaya mereka koleksi pakaian moden yang menggabungkan unsur-unsur kemelayuan dan Asia Barat. Harapan saya agar pereka fesyen graduan UiTM ini terus mencipta nama dan menerapkan nilai estetika seni dan budaya Timur dalam setiap rekaan mereka kelak.

Nampaknya, pujian Faizal bukan sekadar omong kosong kerana hakikatnya, rekaan fesyen yang ditonjolkan sememang memiliki keunikan.

Buktinya, lihat saja rekaan, Adni Adnan, 23, yang terserlah dengan penampilan sut harem iaitu potongan Ali Baba yang dipadankan bersama jaket bersulam flora serta aksesori kerongsang tiga serangkai.

Hal yang sama juga dilihat, pada busana rekaan kreatif Nurmin Hana Abd. Rashid yang tampil dengan kostum ala Puteri Perak.

Bukan sekadar glamor


NURUL SU'AIDAH (kiri) bersama model Tengku Azura yang memperagakan rekaannya.


Dalam pada itu, Rizman Nordin, 27, dari label Rizman Ruzaini Creations, menyifatkan dunia fesyen bukan sekadar glamor semata-mata. Sebaliknya, ia memerlukan komitmen, kreativiti dan tanggungjawab yang tinggi agar koleksi pakaian yang dihasilkan mampu menyerlahkan penampilan ideal si pemakai.

"Sebab itu, saya selalu berpesan kepada pereka muda supaya sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal sekiranya ingin melibatkan diri secara serius dalam bidang ini.

"Sebagai pereka, kita harus peka pada trend fesyen semasa, bermula daripada pemilihan fabrik, ramalan warna, rekaan hinggalah potongan pakaian.

"Proses mengkaji dan meneliti industri fesyen di pelbagai negara wajar dilakukan sebagai panduan untuk membantu meningkatkan serta memperbaiki mutu rekaan kita. Ini termasuklah, memikirkan signatur rekaan yang unik dan istimewa," tutur Rizman yang mengusahakan label Rizman Ruzaini Creations bersama sahabat baiknya, Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil, 27.

Menyentuh mengenai kehadiran pereka-pereka baru dan muda yang mewarnai industri fesyen tempatan, graduan Ijazah Rekaan Fesyen, UiTM, Shah Alam itu melahirkan rasa bangga kerana melihat bidang berkenaan semakin mendapat perhatian ramai.

Malah, anak kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang itu memuji tindakan pereka junior yang berani bereksperimen dengan pelbagai teknik jahitan tetapi pakaian yang dihasilkan itu masih relevan digayakan.

Selain itu, Rizman turut gembira melihat pereka muda mengambil inisiatif mereka dres meleret ataupun gaun petang yang menerapkan elemen rekaan Melayu seperti penggunaan fabrik songket dan batik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Inspirasi moden resort

Posted:

Inspirasi moden resort

Inspirasi moden resort


SCARLETT dipilih sebagai wajah musim panas/bunga Mango 2011 dan ia adalah kontrak terakhir beliau untuk jenama ini.


JENAMA fesyen antarabangsa Sepanyol yang tidak asing lagi iaitu Mango tidak ketinggalan menyerikan sambutan musim bunga dan panas 2011 dengan koleksi terbaharunya yang mengangkat inspirasi modenist resort.

Ia melambangkan rekaan yang moden tetapi ringkas dan dipengaruhi siluet minimalis yang memberikan pengaruh tenaga melalui warna-warna terang dan kontras grafik dalam garisan.

Pilihan fabrik yang telus pandang dan ringan memberikan suntikan nakal dalam menghasilkan rekaan berwajah moden ini. Skirt yang lebih panjang dan kembang pula menawarkan pergerakan selesa dan sensualiti.

Dalam pada itu, pakaian lelaki pula dihiasi perincian bagi memberikan kelainan pada rekaan klasiknya yang dihasilkan menggunakan fabrik kapas yang lembut. Penampilan jejaka yang moden turut dipengaruhi palet warna seperti warna lemon terang dan hijau.

Warna-warna ini memberikan mood segar manakala warna merah jambu atau warna asas dengan kombinasi kontras ton emas menyatakan penampilan mewah pemakainya.


HIMPUNAN yang menterjemah gaya klasik dan sedikit etnik.


Musim kali ini juga, koleksi pakaian lelaki mengetengahkan elemen sukan retro. H.E. oleh Mango melancarkan koleksi yang menterjemah gaya klasik dan sedikit etnik.

Ia juga memberikan mood natural dalam penggunaan warna dan fabrik. Sentuhan warna-warna terang, seperti merah, oren dan kuning memberikan pengaruh cahaya kepada palet, manakala warna biru memberikan sentuhan retro marin.

Dalam pada itu, aktres terkenal Amerika Syarikat (AS) Scarlett Johansson sekali lagi menjadi wajah kempen musim bunga dan panas Mango 2011 dan merupakan musim terakhir aktres ini menjadi model untuk jenama ini.

Mango yang pertama kalinya dibuka pada tahun 1984 di Barcelona kini mempunyai lebih 1,900 kedai di 105 negara. Sepanyol adalah pengeksport kedua terbesar fesyen ini di dunia dengan konsep berasaskan kombinasi produk berkualiti dan trend fesyen terkini pada harga berpatutan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hapuskan selulit semasa tidur

Posted:

Hapuskan selulit semasa tidur

Hapuskan selulit semasa tidur


COLLISTAR menawarkan lima pilihan produk rawatan antiselulit untuk selulit biasa hinggalah selulit degil.


MASALAH selulit sering membelenggu wanita sama ada yang bertubuh langsing mahupun yang berisi. Selulit juga kerap menjadi halangan kepada wanita untuk bergaya dengan dres kegemaran kerana malu dengan permukaan kulit yang hodoh.

Selulit yang terdapat di bawah lengan, pinggul, paha dan perut sukar dihapuskan berbanding lemak. Bahkan, jika tidak dirawat dengan betul, ia ibarat kecacatan kekal pada kulit.

Namun, kemajuan teknologi yang membangunkan sel stem tumbuh-tumbuhan berjaya menghasilkan serum yang membantu para wanita mendapatkan bentuk tubuh yang diimpikan.

Menurut Pengurus Ekport Collistar Itali, Simona Sangalli, inovasi Collistar telah meletakkan produk tersebut pada kedudukan tertinggi dalam rangkaian produk kecantikan di Itali. Bahkan, Collistar menguasai pasaran bagi produk antiselulit sebanyak 55.4 peratus dan 47.3 peratus bagi produk exfoliator.

"Collistar menawarkan lima pilihan produk rawatan antiselulit yang terdiri daripada rawatan selulit biasa hinggalah selulit degil.

"Dengan Collistar, pengguna tidak perlu bersusah payah mengurut bahagian tubuh yang berselulit kerana ia meresap cepat dan tidak melekit pada kulit," katanya ketika ditemui di butik Sasa, Berjaya Times Square baru-baru ini.

Menurut Simona, lima pilihan produk antiselulit yang ditawarkan ialah Intensive Anticellulite Serum, Anticellulite Cryo-Gel, Anticellulite Thermal Cream, Anticellulite Thermal Gel dan Superconcentrated Anticellulite Night Treatment.

"Intensive Anticellulite Serum adalah rawatan terbaik untuk menghilangkan selulit degil. Ia dibangunkan menggunakan sel stem echinacea dan mengandungi efek ultrabunyi yang bertindak mengurangkan lebihan lemak dengan menghalang aktiviti sel lemak.

"Mekanisma yang menyerupai ultra bunyi itu mengurangkan kandungan air di dalam badan, sekali gus menghalang menyusutan kolagen dan mencipta efek korset pada bahagian yang dirawat," katanya.

Simona memberitahu, mereka yang mengalami masalah selulit kurang serius boleh memilih produk Anticellulite Cryo-Gel. Ia juga sesuai untuk semua jenis selulit. Anticellulite Cryo-Gel mempunyai kesan menyejuk yang bertindak serta-merta.

Kesan menyejuk

"Kesan menyejuk di dalam serum yang digabungkan dengan aromaterapi minyak pati merangsang peredaran mikro kapilari yang menggalakkan aktiviti serum.

"Dalam masa beberapa saat, serum meresap dengan pantas ke dalam kulit," katanya.

Anticellulite Thermal Cream pula sesuai untuk merawat selulit normal dan tisu kulit yang terjejas. Menerusi formula alga marin dan minyak pati, ia memberikan kesan rawatan yang berpanjangan.

"Di samping merawat selulit, tisu kulit juga diperbaharui dan ditegangkan.

"Produk ini juga sesuai sebagai losyen urutan," tambahnya.

Dalam pada itu, Anticellulite Thermal Gel sesuai bagi mereka yang mempunyai selulit dan menyimpan banyak air di bahagian kaki. Formula yang terdapat dalam produk ini bertindak sebagai antiair dan sesuai untuk mereka yang mengidamkan kaki yang langsing.

"Serum ini kaya dengan fito kompleks yang memberi efek pelangsingan dan mengurangkan lebihan lemak serta menghapuskan cecair berlebihan di dalam badan," katanya.

Superconcentrated Anticellulite Night Treatment pula berfungsi bagi merawat semua jenis selulit. Simona berkata, ia bertindak pantas pada waktu malam melalui formula eksklusifnya seperti tampalan mikro aktif.

"Bahan ini bertindak secara intensif ketika waktu tidur iaitu semasa kulit dalam keadaan paling reseptif. Hanya beberapa titis serum sudah cukup untuk menunjukkan hasil dalam masa satu malam.

"Ia juga didatangkan dalam serum rawatan siang untuk hasil yang lebih berkesan," katanya.

Produk antiselulit Collistar kini boleh didapati di kaunter Collistar di semua butik kecantikan Sasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Lawatan ke Eropah menanti skuad Penyu

Posted:

Lawatan ke Eropah menanti skuad Penyu

Lawatan ke Eropah menanti skuad Penyu

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my



KHABAR gembira diterima pasukan Terengganu apabila kerajaan negeri menjanjikan habuan lumayan kepada semua pemain dan pegawai skuad Penyu itu seandainya berjaya menjuarai Liga Super dan Piala FA musim ini.

Semalam, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meng- umumkan ganjaran berupa lawatan ke negara-negara Eropah seandainya skuad kendalian Irfan Bakti itu berjaya muncul juara berganda.

Namun jika hanya gelaran Piala FA yang dibawa balik ke Terengganu, skuad Penyu turut mendapat ganjaran iaitu berupa lawatan ke London.

"Seperti yang kita kata sebelum ini, jika kita muncul juara Piala FA, kita akan bawa pemain-pemain ke London.

"Tetapi jika muncul juara berganda (Piala FA dan Liga Super), kita sedia membawa mereka ke seluruh Eropah," katanya.

Ahmad Said berkata demikian sele- pas menghadiri majlis penyerahan bendera kontinjen Terengganu yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia ke-14 kepada ketua kontinjen, Datuk Wan Ahamad Wan Muda di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.


SKUAD Terengganu berada pada landasan terbaik bagi merangkul gelaran berganda iaitu Piala FA dan Liga Super musim ini.


Menurut beliau, semua pemain perlu beraksi dengan baik dan menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam misi membawa pulang kejuaraan ke negeri itu.

"Kita mahu pemain membawa pulang kejuaraan dan kerajaan sedia memberikan ganjaran jika mereka berjaya mengharumkan nama Terengganu," ujarnya.

Untuk rekod, Terengganu kini berada pada landasan terbaik untuk muncul juara Liga Super buat kali pertama selepas berkongsi 47 mata dengan pendahulu, Kelantan ketika saingan hanya berbaki tiga perlawanan.

Dalam masa sama, anak-anak buah Irfan turut berpe- luang bergelar juara Piala FA buat kali kedua apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir untuk bertemu Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM5,000 untuk emas

Posted:

RM5,000 untuk emas

RM5,000 untuk emas


Ahmad bergambar bersama para atlet pada majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sukma XIV Negeri Terengganu 2011 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu semalam.


TERENGGANU terus mengekalkan tradisi pemberian ganjaran berupa wang tunai kepada atlet- atletnya andai berjaya memenangi pingat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XIV yang membuka tirainya di Kuala Lumpur esok.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, insentif bernilai RM5,000 akan diberi kepada atlet yang berjaya memperoleh pingat emas, RM3,000 perak dan RM2,000 gangsa.

Bagaimanapun Ahmad berkata, ganjaran besar itu hanya akan diberikan andai kontinjen Terengganu muncul sebagai juara keseluruhan pada temasya yang bermula esok hingga 12 Jun ini.

"Jika sebaliknya, kita akan beri RM3,000 kepada mereka yang meraih emas, manakala masing-masing RM2,000 dan RM1,000 bagi pemenang perak dan gangsa," katanya selepas menghadiri majlis penyera- han bendera kontinjen Terengganu di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu semalam.

Pada temasya itu nanti, Terengganu yang diketuai ketua kontinjen, Datuk Wan Ahamad Wan Muda mempertaruhkan 214 atlet untuk beraksi dalam 15 acara daripada 20 acara yang dipertandingkan.

Sasaran awal yang diletakkan juara bertahan itu adalah 27 emas, 18 perak dan 12 gangsa dengan acara kenu dan berbasikal dijadi- kan 'lubuk' utama dalam pemburuan pingat.

Selain kenu dan berbasi- kal, antara acara lain yang disertai Terengganu adalah judo, lawan pedang, ragbi, softbol, bola baling, futsal dan bola tampar.

Pada temasya di Melaka tahun lalu, Terengganu berjaya muncul juara buat kali kedua berturut-turut selepas memungut 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aidil rasa kecewa

Posted:

Aidil rasa kecewa

Aidil rasa kecewa


AIDIL (kiri) mengakui kemerosotan skuad Negeri Sembilan berpunca daripada masalah kecederaan.


PEMAIN pertahanan Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil membantu siasatan dalam isu rasuah yang melanda pasukan itu.

Aidil, 23, mengakui yang dia amat kecewa seandainya perkara ini benar-benar berlaku.

"Saya tidak tahu perkembangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya tidak berani campur, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada pihak atasan.

"Tetapi seandainya perkara ini benar-benar berlaku, ia amat memalukan dan mengecewakan saya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Liga Komuniti Mizi- Sports di Shah Alam semalam.

Menurut Aidil, apa yang paling mengecewakan ialah gejala rasuah ini dipercayai berlaku dalam pasukan negeri kelahirannya, sedangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) telah banyak membantu memulihkan semula imej bola sepak negeri itu.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi. Saya bukan hendak menuduh rakan sepasukan ataupun mana-mana pemain.

"Setakat ini biarlah pihak berkuasa melakukan siasatan, jika ada yang terlibat ia perlu diselesaikan.

"Cuma apa yang mampu saya lakukan ialah memberi kerjasama sebaik mungkin jika diperlukan tetapi saya rasa gejala ini tidak wujud lagi dalam skuad Liga Super.

"Prestasi kami yang tidak konsis- ten pula memburukkan lagi keadaan tatkala isu ini timbul semula," kata Aidil.

Pemain pertahanan Malaysia itu juga menegaskan bahawa kemerosotan prestasi pasukannya adalah berpunca daripada krisis kecederaan yang dialami skuad Rusa itu.

"Prestasi Negeri Sembilan yang kurang konsisten ketika ini adalah disebabkan masalah kecederaan pemain utama, malah kami terpaksa menggunakan khidmat bebe- rapa pemain Piala Presiden dalam perlawanan.

"Namun apa pun saya yakin kami akan bangkit semula pada kempen Piala Malaysia nanti, malah bebe- rapa pemain juga semakin pulih daripada kecederaan termasuk Zaquan (Adha Abdul Radzak)," kata Aidil yang ketika ini menjalani latihan bersama kem skuad kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Jumaat ini.

Kelmarin, SPRM mengumumkan bahawa siasatan terhadap pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan atas tuduhan mengatur keputusan perlawanan, kini hampir sele- sai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Ancaman diabetis di seluruh dunia

Posted:

Ancaman diabetis di seluruh dunia

Ancaman diabetis di seluruh dunia

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my



SAMA ada anda percaya atau tidak, bilangan penghidap diabetes di Malaysia semakin meningkat. Jumlah itu dijangka mencecah 2.5 juta orang menjelang tahun 2030

Pada tahun 2010, seramai 1.8 juta rakyat Malaysia dikenal pasti menghidap diabetes dan majoritinya menghidap diabetes jenis 2. Pada tahun yang sama, penyakit ini telah mencatatkan angka kematian sebanyak 23,800 kematian.

Peningkatan ini melibatkan semua negara di dunia. Umum mengetahui bahawa terdapat dua jenis penyakit diabetes iaitu jenis 1 dan jenis 2. (Rujuk Info Diabetes di muka sebelah)

Perangkaan Persekutuan Diabetes Antarabangsa mendedahkan, 285 juta penduduk dunia kini menghidap diabetes dan jumlahnya dijangka meningkat kepada 438 juta menjelang tahun 2030.

Di Malaysia, peningkatan penghidap diabetes agak mendadak iaitu dari 1.4 juta pada tahun 2006 kepada 1.8 juta pada tahun 2010.

"Kebanyakan pesakit diabetes jenis 2 disebabkan kegagalan pankreas menghasilkan insulin yang mencukupi manakala diabetes jenis 1 pula, pankreas pesakit itu langsung tidak berfungsi," kata Perunding Kanan Endokrinologi , Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Professor Datuk Dr. Mafauzy Mohamed pada majlis pelancaran ubat baru diabetes baru-baru ini.

Tambahnya, pesakit yang menghidap diabetes jenis 2 selalunya mempunyai tahap lipid darah dan kolesterol tinggi sekali gus meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

"Inilah punca kebanyakan kematian pesakit diabetes jenis 2. Terdapat dua jenis faktor risiko penyebab diabetes jenis 2 ini iaitu faktor risiko kekal dan boleh ubah.

"Faktor risiko kekal ialah faktor genetik, umur dan etnik, manakala faktor risiko boleh ubah pula melibatkan berat badan dan aktiviti fizikal," ujarnya.


MAKANAN manis dan mengandungi karbohidrat yang tinggi perlu dielakkan oleh pesakit diabetes.


Di Malaysia etnik yang paling ramai menghidap diabetes ialah India diikuti Melayu dan Cina.

Jelasnya, faktor lain yang menyebabkan diabetes ialah berat badan dan aktiviti fizikal. Jika berat seseorang itu semakin meningkat sehingga obes, semakin tinggi risiko menghidap diabetes dan seseorang yang tidak aktif juga berdepan dengan risiko yang sama.

"Impak diabetes terhadap seseorang pesakit sangat besar dan mendatangkan banyak komplikasi. Ia merupakan penyakit keenam yang menyebabkan kematian dan pada masa yang sama menurunkan jangka hayat penghidapnya di antara lima hingga ke 10 tahun.

"Pesakit diabetes juga berisiko menghidap penyakit kardiovaskular antara dua hingga empat kali ganda selain mengalami kerosakan saraf, amputasi, buta dan kegagalan buah pinggang," jelasnya.

Satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes dan satu daripada lima dewasa berpotensi menghidapnya.

"Ia merupakan angka amaran yang sangat membimbangkan dan memerlukan perhatian. Dulu kita anggap bahawa penyakit ini hanya melibatkan orang-orang kaya sahaja, namun kini senarionya berubah kerana ia turut berlaku pada orang yang tinggal di luar bandar.

"Dalam tempoh sedekad, lebih ramai masyarakat luar bandar menghidap diabetes, jadi kita perlu mendidik mereka," katanya.

Mafauzy mengakui bahawa peningkatan bilangan pesakit diabetes ada kaitannya dengan obesiti sehingga ia dikenali sebagai diabesiti.


UBAT-UBATAN mungkin kurang berkesan jika pesakit diabetes tidak mengawal pemakanan, tidak bersenam dan tidak mematuhi nasihat doktor.– Gambar hiasan


"Kebanyakan pesakit tidak dapat mengawal tahap glukosa dalam darah ke tahap normal kerana penyakit ini menyebabkan tahap glukosa dalam darah meningkat.

"Walaupun menjalani rawatan diabetes yang sedia ada, lebih 60 peratus pesakit diabetes jenis 2 tidak mencapai kawalan glukosa darah yang baik," jelasnya.

Sesetengah rawatan diabetes menyebabkan seseorang itu mengalami pertambahan berat badan dan sering dikaitkan dengan risiko hipoglisemia. Ia merupakan satu keadaan tahap glukosa darah berada di bawah tahap normal yang boleh menyebabkan tanda-tanda serius dan koma.

Bagi mengatasi masalah tersebut, syarikat farmaseutikal dan peneraju penyakit diabetes, Novo Nordisk melancarkan liraglutide untuk merawat diabetes jenis 2 di Malaysia.

Liraglutide membantu mengembalikan tahap glukosa darah pesakit pada tahap normal dengan suntikan sekali sehari. Ia boleh diambil pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas makan.

Liraglutide bertindak balas dengan mengawal tahap glukosa darah dengan merangsang pengeluaran insulin hanya ketika terlalu tinggi. Ia merendahkan tahap glukosa darah di samping mengurangkan risiko glukosa menjadi terlalu rendah.

Sebahagian besar penghidap diabetes di Malaysia menghidap diabetes jenis 2. Ia boleh dikaitkan dengan peningkatan jumlah mereka yang obes.

"Ubat baru ini merupakan pencapaian penting dalam rawatan diabetes kerana ia turut membantu pesakit menurunkan berat badan, satu faktor penting dalam rawatan diabetes jenis 2.

"Penambahan berat badan merupakan kesan sampingan daripada kebanyakan rejimen rawatan diabetes jenis 2 selain meningkatkan risiko penyakit berkait dengan obesiti," kata perunding kanan endokrinologi, Profesor Datuk Dr. Khalid Abdul Kadir.

Tambah Khalid, dengan Liraglutide , pesakit diabetes jenis 2 boleh mengawal tahap glukosa darah di samping menurunkan berat badan.

"Suntikan sekali sehari yang tidak bergantung kepada waktu makan ini juga boleh meningkatkan disiplin pesakit dalam pengambilan harian dan mempertingkatkan hasil rawatan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jururawat tiga hospital tabur bakti

Posted:

Jururawat tiga hospital tabur bakti

Jururawat tiga hospital tabur bakti

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


SERAMAI 44 orang jururawat Hospital Gleneagles berkampung di Hospital Orang Asli Gombak baru-baru ini.


PADA pagi Sabtu 7 Mei lalu, 44 jururawat yang bertugas di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur tidak betah memakai pakaian seragam yang biasa disarung setiap kali menjalankan tugas.

Masing-masing memakai kemeja-T putih dan seluar melangkah keluar dari pekarangan Hospital Gleneagles menaiki bas khas menuju ke suatu lokasi.

Setelah 40 minit berada di dalam perut bas, rombongan jururawat tersebut tiba di Hospital Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dengan nawaitu mahu menyumbangkan 'buah tangan' kepada para pesakit di situ, selain meraikan Hari Jururawat Sedunia yang disambut pada 12 Mei setiap tahun.

Dengan mengangkat kotak-kotak sumbangan, tanpa lengah kesemua mereka mengatur langkah memasuki Hospital JHEOA atau dikenali dengan nama Hospital Orang Asli Gombak.

Aktiviti pembuka program amal tersebut bermula dengan penerangan dan demonstrasi mencuci tangan dengan cara betul yang melibatkan lebih 30 Orang Asli terdiri daripada 18 suku. Antaranya suku Semai, Temiar, Senoi, Melayu Negrito, Jakun dan sebagainya.

Difahamkan, hospital tersebut bukan sahaja memberikan dan merawat pesakit Orang Asli yang bermastautin di Gombak sahaja malah, untuk Orang Asli dari tempat-tempat lain.

Setelah selesai aktiviti demonstrasi membersihkan tangan, rombongan jururawat melawat ke wad-wad di bangunan bersebelahan yang menempatkan wad umun, wad bersalin, wad penyakit berjangkit dan wad kanak-kanak.

Uniknya hospital JHEOA

Kehadiran kami disambut oleh seorang lelaki berkerusi roda, Akam Ngah, 47, yang tidak jemu-jemu melemparkan senyuman sambil melambai-lambaikan tangannya.

Akam menghuni hospital berkenaan sejak usianya empat tahun selepas dijumpai di dalam reban ayam di Pos Kemar, Gerik, Perak kerana menghidap sawan.


KANAK-KANAK di Rumah Titian Kasih ini gembira dengan kehadiran para jururawat dari Hospital Pantai Ampang.


Selepas berbalas lambaian dengan Akam, rombongan jururawat terus melawat pesakit-pesakit di wad sambil menyerahkan beg sumbangan berupa makanan, susu, biskut, ubat gigi, berus gigi, sabun serta beberapa barangan keperluan yang lain.

Uniknya Hospital JHEOA berbanding hospital-hospital lain, jika seorang dalam sesebuah keluarga Orang Asli jatuh sakit, satu keluarga akan 'berkampung' di hospital.

Pelik apabila melihat dua katil dikembarkan yang dihuni oleh seorang wanita, Wok Hol Saoma, 70 dan lelaki, Yok Pau a/l Cheh, 65, dari Kampung Tuah, Pos Sinderot, Lipis, Pahang.

"Di sini keadaannya berlainan sedikit. Jika si isteri sakit, si suami boleh menemani isterinya dan berkongsi satu katil," kata Ketua Jururawat Hospital JHEOA, Halijah Midin yang sudah berkhidmat selama sedekad di hospital berkenaan.

Dalam pada itu, Halijah menyifatkan aktiviti turun padang seperti yang dilakukan rombongan jururawat dari Hospital Gleneagles merupakan satu pendekatan yang baik bagi merapatkan hubungan mereka dengan para pesakit dalam kalangan orang Asli.

Bagi pembantu perawatan kesihatan, Ronizah Holen Abdullah, 41, dari suku kaum Semelai berasa seronok dapat turut sama membantu suku kaum Orang Asli yang merupakan sebahagian daripada dirinya.

Salah seorang jururawat dari Hospital Gleneagles, Sheela Anamalai, 34, begitu teruja dan gembira apabila dapat turut serta membantu memberikan sumbangan kepada pesakit.

"Ia merupakan pengalaman yang jarang diperoleh lebih-lebih lagi apabila berpeluang menjejakkan kaki ke perkampungan Orang Asli dan memberikan sedikit ole-ole buat mereka," katanya.

Komitmen hospital

Selain Hospital Gleneagles, Pusat Perubatan Sentosa, di Jalan Chemur, Kuala Lumpur dan Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur turut mengadakan program sempena meraikan hari penuh bermakna buat semua jururawat.

Di Pusat Perubatan Sentosa (PPS) lain pula ceritanya. PPS telah mengadakan ujian saringan kesihatan di lobi bagi membolehkan orang awam melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.


DARI kiri: Norimah Jaafar, Faridah Hanim Solihin, Halijah Midin dan Ronizah Holen Abdullah, antara barisan jururawat dan pembantu perawatan di Hospital JHEOA.


Orang ramai berpeluang melakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi, indeks jisim tubuh (BMI), lemak badan, kadar metabolisma badan, kandungan glukos dalam darah, kolesterol dalam darah dan ujian fleksibeliti selain mendapat nasihat secara terus daripada doktor.

Selain pemeriksaan kesihatan, demonstrasi urutan bayi dan penyediaan makanan sihat turut diadakan.

Pengurus besarnya, Gunavathy Kalee menyarankan, jururawat supaya tidak berkhidmat kepada pesakit di hospital sahaja malah, meluaskan perkhidmatan mereka kepada komuniti.

"Mereka juga perlu bersabar dalam menangani kerenah pesakit dan tidak merungut dalam menjalankan tugas. Mereka perlu faham bahawa pesakit bukan sengaja berkelakuan cerewet atau marah-marah tetapi, pesakit berada di dalam keadaan tidak stabil," ujarnya.

Pada hari yang sama juga, PPS turut menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM10,500 kepada Persatuan Alzheimer Malaysia yang disampaikan kepada Timbalan pengerusi persatuan itu, Ong Eng Joo oleh Pengarah Kesihatan PPS, Dr. Mohd. Harris Lu.

Sementara itu, Hospital Pantai Ampang meraikan sambutan yang sama dengan mengadakan program khidmat masyarakat mengambil tempat di Rumah Titian Kasih, di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal dan Anak Yatim.

Seramai 14 orang kakitangan dan Ketua Pegawai Jururawat, Zuraidah Othman bersama-sama menjayakan program tersebut.

Semua kakitangan yang terlibat bekerjasama membantu mengemaskan bilik, melipat baju, memberi makanan kepada kanak-kanak sambil menceriakan suasana dengan aktiviti menyanyi dan bercerita.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuntutan nafkah untuk anak, isteri

Posted:

Tuntutan nafkah untuk anak, isteri

Tuntutan nafkah untuk anak, isteri

SAYA mempunyai seorang anak dan telah bercerai dengan suami saya lima tahun lalu dan sejak itu bekas suami langsung tidak pernah memberi nafkah anak. Bekas suami saya memberi alasan sedang menanggung hutang dengan pihak bank sedangkan dia telah berkahwin lain tiga bulan selepas kami bercerai. Apakah yang perlu saya lakukan dengan masalah ini? Bolehkan saya tuntut nafkah anak yang tertunggak sejak kami bercerai?

JAWAPAN:

Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud: "Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu anak-anakmu untukmu, berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan anak itu untuknya". – (Surah At-Talaq:6)

Ayat di atas menerangkan bahawa Allah Taala memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna, tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama malah selepas bercerai dengan isteri.

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat tuntutan ke atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah. Tuntutan-tuntutan itu adalah:

i) Tuntutan Mutaah: Sejumlah harta yang wajib diberi oleh suami kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca daripada isteri dan bukan kerana kematian suami.

Mutaah itu boleh diberi sama ada berbentuk pakaian, barang-barang atau wang, sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Islam tidak menetapkan kadar mengenai mutaah ini. Dasar penetapannya bergantung kepada keredaan dan persetujuan suami isteri.

Walau bagaimanapun, jika kadarnya menjadi pertelingkahan suami isteri, maka Mahkamah Syariah akan memutuskan kadar yang patut berdasarkan kemampuan suami dan keperluan isteri.

ii) Tuntutan nafkah Idah: Menurut Hukum Syarak, seseorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya berhak mendapat nafkah idah sekiranya seseorang isteri itu diceraikan dengan talak raj'ie atau talak bain sedangkan isteri mengandung dan tidak melakukan perkara yang dianggap nusyuz.

iii) Tuntutan hadhanah: Pemeliharaan anak yang masih kecil yang belum boleh berdikari. Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu kewajipan ibu bapa kerana si anak memerlukan asuhan dan kasih sayang ketika dalam proses pertumbuhan hidupnya.

iv) Tuntutan nafkah anak: Dalam Islam, hak mendapat kehidupan bagi anak merupakan hak anak yang tidak boleh diganggu dan disekat. Hak hidup itu juga bererti ibu bapa berkewajipan memelihara dan memberi pendidikan kepada anak sehingga anak itu boleh berdikari.

v) Tuntutan harta sepencarian: Ia lebih kepada undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Islam, maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagian daripada Undang-Undang Islam di Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pelan damai Libya lebur

Posted:

Pelan damai Libya lebur

Pelan damai Libya lebur


GAMBAR yang disiarkan oleh pentadbiran Afrika Selatan semalam menunjukkan Presiden Jacob Zuma duduk bersama pemimpin Libya Muammar Gaddafi (kanan) semasa pertemuan mereka di Tripoli.


TRIPOLI - Muammar Gaddafi menegaskan beliau tidak akan meninggalkan Libya, kata Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma selepas berunding dengan pemimpin Libya tersebut semalam, sekali gus menjadikan prospek untuk menamatkan krisis di Libya secara aman tipis.

Namun, persoalan baru timbul berhubung berapa lamakah Gaddafi dapat bertahan selepas seorang pegawai bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kekurangan makanan dan ubat-ubatan di kawasan yang dikuasai Gaddafi semakin meruncing.

Beberapa jam selepas Zuma meninggalkan bandar ini lewat kelmarin, televisyen Libya melaporkan bahawa jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kembali melancarkan serangan.

Serangan terbaru itu mengenai beberapa lokasi awam dan tentera di Tripoli dan bandar Tajoura, di timur ibu kota Libya berkenaan.

Zuma berada di Tripoli dalam usaha untuk menghidupkan semula pelan damai anjuran Kesatuan Afrika (AU) bagi menamatkan konflik di Libya.

Konflik tercetus pada Februari lalu selepas rakyat Libya bangkit menentang Gaddafi yang kemudiannya merebak menjadi perang yang mengorbankan beribu-ribu orang.

Rundingan antara Zuma dan Gaddafi bagaimanapun menemui jalan buntu.

Pemimpin Libya itu enggan meletak jawatan dan menyukarkan proses damai. Ini kerana pemberontak dan NATO mahu beliau berundur sebelum sebarang gencatan senjata boleh dikuatkuasakan di negara Afrika Utara itu.

"Gaddafi mahu pengeboman oleh pihak NATO dihentikan bagi membolehkan rundingan diadakan," kata satu kenyataan pejabat Presiden Afrika Selatan berkenaan.

"Gaddafi menegaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan negaranya walaupun situasi kini semakin sukar," tambah kenyataan sama. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Raja Sweden nafi terlibat dalam skandal

Posted:

Raja Sweden nafi terlibat dalam skandal

Raja Sweden nafi terlibat dalam skandal


SETIAUSAHA akhbar diraja Sweden, Bertil Ternert (kiri) dan Gustaf memberikan temuramah secara eksklusif kepada wartawan agensi berita TT, Tomas Bengtsson di Istana Diraja di Stockholm, Sweden.


STOCKHOLM - Raja Sweden, Carl XVI Gustaf semalam memberikan satu temuramah eksklusif dalam usaha menafikan skandal yang tersebar luas, melibatkan laporan media bahawa beliau ada mengunjungi kelab-kelab bogel dan mempunyai hubungan tidak langsung dengan jenayah terancang.

Dalam temuramah panjang lebar bersama agensi berita TT, ketua negara Sweden itu menafikan dakwaan bekas kumpulan mafia, Mille Markovic bahawa beliau mempunyai gambar yang menunjukkan Gustaf berada di dalam sebuah kelab seks bersama dua orang wanita berbogel.

"Mustahil gambar itu wujud dan sukar untuk memberi komen terhadap sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun," tegas Gustaf.

Gustaf turut mencabar stesen televisyen TV4 yang melaporkan dua minggu lalu bahawa seorang wartawannya ada melihat gambar tersebut supaya menunjukkannya sebagai bukti.

Skandal terbaharu itu muncul hanya selepas enam bulan biografi Gustaf diterbitkan. Biografi tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia ada menyebut penglibatan Gustaf dalam parti-parti liar, selain mempunyai hubungan sulit dengan perempuan-perempuan muda.

Berikutan dakwaan-dakwaan itu, beberapa tinjauan pendapat menunjukkan majoriti rakyat Sweden mahu Gustaf menyerahkan takhta kepada anaknya, Puteri Mahkota Victoria, 33, yang nyata lebih popular daripadanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Krisdayanti serah Anang selesai isu harta

Posted:

Krisdayanti serah Anang selesai isu harta

Krisdayanti serah Anang selesai isu harta

JAKARTA - Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti meletakkan sepenuh kepercayaan kepada bekas suaminya, Anang Hermansyah dalam menetapkan harga jualan rumah mereka, lapor laman web Vivanews semalam.

Krisdayanti dan Anang yang merupakan komposer serta penyanyi popular itu menetap di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan, Jakarta semasa masih bergelar suami isteri.

Dia yang sedang hamil enam bulan selepas berkahwin dengan ahli perniagaan dari Timur Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu mengaku bersikap terbuka tentang urusan harta sepencarian bersama Anang, 42.

"Saya nggak (tidak) pasang harga lah. Saya ikut harga Anang saja, sudah bagus harganya. Pokoknya (Asasnya) bahagi dua, ini kan harta berdua," ujar Krisdayanti yang dikenali dengan lagu Menghitung Hari.

Hasil penjualan rumah itu difahamkan juga akan diberi kepada anak sulung Krisdayanti dan Anang iaitu Aurel.

Seorang lagi cahaya mata mereka, Azriel bakal menerima sebuah kedai di Plaza Margaguna yang terletak di kawasan Radio Dalam.

Krisdayanti atau lebih dikenali sebagai KD dan Anang bercerai pada 19 Ogos 2009 setelah berkahwin selama 13 tahun.

- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mangsa kebakaran dapat rumah

Posted:

Mangsa kebakaran dapat rumah

Mangsa kebakaran dapat rumah

01/06/2011 8:12pm

TELUK INTAN — Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan menyediakan tempat tinggal kekal kepada 17 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Terengganu di sini.

Sebahagian mangsa kebakaran Isnin lepas kini ditempatkan sementara di Dewan Bandaran Teluk Intan manakala yang lain menumpang rumah saudara mara berdekatan.

"Kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan untuk menempatkan keluarga mangsa kebakaran di tempat kekal dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran itu hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.15 petang Isnin, 78 orang daripada 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan yang mereka diami musnah terbakar.

Dr. Zambry berkata, kerajaan negeri telah memberi bantuan segera sebanyak RM2,000 setiap keluarga daripada tabung bantuan bencana. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa perahu karam ditemu mati

Posted:

[unable to retrieve full-text content]PASIR MAS — Mayat Hassan Abdul Ghani, 25, yang dilaporkan hilang selepas perahu yang dinaiki karam di Sungai Kelantan berdekatan Kampung Galok dekat sini tengah malam semalam ditemui hari ini.

60 bangunan usang dijadikan tarikan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]IPOH - Sebanyak 60 buah bangunan usang di bandar raya Ipoh akan dipulihara menjadi aset pelancongan ikon "Jejak Warisan Ipoh".
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tunang jawab teka teki

Posted:

Tunang jawab teka teki

Tunang jawab teka teki


ELLY bakal muncul dengan single terbaharu berjudul, Please Forgive Me.


MENYELAMI kisah hidup penyanyi bergelar pelakon, Elly Mazlein memang menarik. Sepanjang kariernya sebagai anak seni dia tidak pernah berhenti daripada dihujani persoalan membingungkan berkaitan status dirinya.

Khabar mengenai wanita bernama Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi telah berkahwin dengan golongan atasan atau VVIP heboh dicanang lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu Elly mengisi ruang sebagai isteri ketiga lelaki itu.

Tiada angin tiada ribut, warta itu bertiup kencang dan warga media tidak pernah penat bertanya soalan serupa walaupun Elly sering menafikan berita kurang enak itu.

Namun Elly tidak sekali pun membentak mahu pun melarikan diri daripada umum malah dia memilih untuk tidak melayan soalan sedemikian dan memilih untuk merahsiakan kisah peribadinya daripada pengetahuan ramai waima pihak media sekali pun.

Akhirnya setelah sekian lama bergelut dengan kisah sensasi itu, dia kini mampu menarik nafas lega apabila sah menjadi tunangan orang yang benar-benar dicintainya.

Perkenalan lebih dua tahun dengan pilihan hati, Azmi Hata membawa kepada perhubungan mereka itu bercambah mekar hingga masing-masing membuat keputusan untuk ke peringkat lebih serius dan mengikatnya dengan pertunangan.

Kesediaan Elly mengakhiri zaman bujangnya diumumkan seikhlas mungkin dan turut menjadikan faktor usia yang kini mencecah angka 30 sebagai pemangkin untuk serius dalam perhubungan.

"Alhamdulillah, Elly berasa amat bersyukur dan sejujurnya Elly lega dengan adanya majlis pertunangan ini kerana akhirnya ia dapat menutup cerita yang heboh diperkatakan sebelum ini.

"Seperti yang semua tahu sebelum ini Elly memang banyak berahsia tentang kisah peribadi Elly tetapi Elly pernah berjanji akan mengumumkannya apabila tiba masanya.

"Hari ini Elly tunaikan janji Elly itu dan berharap semua cerita yang timbul sebelum ini akan berakhir dan terjawablah bahawa Elly masih bujang dan baru sahaja hendak membina rumah tangga," ujarnya.

Kepuasan yang dikecap Elly itu seolah-olah memberi maksud bahawa Elly rimas dengan cerita-cerita lama itu dijaja tanpa henti hingga menggugat kerjayanya sebagai seorang selebriti yang mempunyai imej bersih.

Namun dia tidak rimas malah dia menerima segala cerita-cerita itu kerana tahu sebagai seorang anak seni dia perlu menelan semua pahit manis yang datang dan perlu ditempuhi semua insan bergelar figura awam.

Lelaki matang yang cerdiik


SALING menyenangi antara satu sama lain, Elly dan Azmi sepakat hati dan perasaan untuk bakal bersatu di alam rumahtangga.


Mengingat kembali detik hati Elly tertaut dengan pengarah filem Duhai Si Pari-Pari itu, dia tidak dapat menyembunyikan karakter lemah lembut dan sifat kebapaan yang dimiliki Azmi membuatkan dirinya mudah jatuh hati dengan Azmi.

Mengungkap Azmi sebagai seorang lelaki matang yang cerdik dalam menyelesaikan masalah apabila timbul perselisihan faham dalam perhubungan mereka memberi bayangan bahawa Elly benar-benar bahagia di sisi bakal suaminya itu.

"Saya gembira dengan pilihan saya, apa yang penting Azmi sangat menghormati kedua ibu bapa saya dan yang paling menarik perhatian saya ialah dia cepat mesra dengan anak-anak saudara saya.

"Selain itu dia juga seorang yang suka buat kejutan lebih-lebih lagi apabila Elly pulang dari penggambaran di lokasi yang jauh-jauh, pasti akan ada kejutan daripada Azmi," luah Elly denyan senyuman.

Bagi Azmi pula pemilihan Elly sebagai suri hatinya sememangnya tidak dikesali kerana dia menyifatkan Elly sebagai individu yang serasi dengan dirinya dan menyatakan keserasian dalam perhubungan amat sukar dicari.

Menyunting Elly sebagai teman istimewa juga membuatkan Azmi berasa bertuah kerana memiliki wanita yang mudah mengerti kerjayanya serta mampu untuk bertolak ansur dalam serba-serbi.

Bapa kepada dua anak lelaki, Azam, 10, dan Aqif, 9, hasil perkahwinan pertamanya dahulu itu juga memberitahu, kedua-dua puteranya itu tidak berdepan masalah dengan perhubungannya bersama Elly malah anak-anaknya itu memanggil Elly dengan gelaran mama.

Kahwin Februari


KAUM keluarga Elly dan Azmi hadir beramai-ramai menyerikan majlis.


Tempoh pertunangan yang diikat itu bakal diakhiri dengan perkahwinan yang dijangka akan berlangsung Februari tahun hadapan di mana terdapat keistimewaan di sebalik tarikh yang dipilih pasangan itu.

"Tarikh perkahwinan kami itu merupakan hari istimewa buat Azmi tetapi buat masa ini biarlah ini menjadi rahsia dahulu dan diumumkan apabila hari tersebut menjelang tiba," kata Elly penuh makna.

Sekilas dilihat keakraban pasangan itu, tidak mustahil pengalaman dimiliki masing-masing yang bergelumang dalam industri seni tanah air menjadikan mereka cepat mesra dan mengerti jadual kerja satu sama lain.

Jika sebelum perkenalan, mereka tidak pernah disatukan dalam mana-mana kerja sekali pun, namun selepas menjadi pasangan kekasih mereka bekerjasama untuk beberapa drama bersiri seperti Kasih Berbunga Lalang, Relakan Cinta dan terbaru, Hantu Gigi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Borneo persoal juri

Posted:

Borneo persoal juri

Borneo persoal juri

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


BORNEO CREW berasa tidak dihargai dan kecewa yang teramat sangat dengan penyingkiran mereka daripada program Showdown 2011.


SUDAH menjadi lumrah setiap pertandingan, pasti ada yang menang dan kalah. Namun salah sebuah kumpulan yang menyertai program realiti tarian di 8TV, Showdown 2011 iaitu Borneo Crew (BRC) telah meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa yang teramat terhadap penyingkiran dalam episod yang berlangsung pada minggu lepas.

Luahan mereka dibuat tanpa berselindung sebaik penyingkiran diumum oleh juri yang terdiri daripada juri tetap, Maple Loo dan Joe Flizow serta juri undangan, Lady B.

BRC menegaskan mereka berasa tidak dihargai dan juga mempersoalkan tentang kenapa pada setiap minggu, empat kumpulan tercorot akan diisi oleh kumpulan tarian b-boy seperti mereka dan bukan hip hop.

"Grup yang memperjuangkan tarian b-boy tidak dipandang di Malaysia. Kami sebenarnya ingin mengharumkan nama Malaysia menerusi tarian b-boy namun tidak dihargai. Penyingkiran (kami) ini seperti mimpi ngeri bagi BRC sendiri.

"Kami mempunyai pengalaman hingga ke luar negara dan peminat kami juga ramai. Namun, mengapa setiap minggu kumpulan tarian b-boy akan jatuh ke senarai empat tercorot? Tetapi apakan daya, kami harus menerima keputusan ini seadanya," ujar salah seorang anggota BRC, Abdul Kadir Unding.

Tambahnya, bukan hanya BRC berpendapat begitu, malah ramai lagi yang tidak berpuas hati dengan keputusan dan komen para juri.

"Setiap minggu juri tidak berpihak kepada kumpulan tarian b-boy terutama Maple Loo. Walaupun Maple seorang penari profesional, tetapi sebenarnya dia tidak tahu mengenai skil-skil tarian b-boy.

"Dia sering berikan komen yang tidak adil dan kami tidak pasti sebenarnya mereka menilai kami dari segi apa. Apa yang pasti, kami tidak lagi bercadang mahu memasuki semula Showdown pada musim hadapan," tegas Abdul Kadir.

Selain kecewa dengan pihak juri profesional, bagi BRC, pemilihan lagu juga tidak memihak kepada kumpulan tarian b-boy. Lagu-lagu yang dipilih pihak produksi setiap minggu lebih memihak kepada genre hip hop.

"Kami pernah suarakan pendapat kami tentang hal itu, namun jawapan pihak produksi ialah kami perlu ambil ia sebagai cabaran. Sememangnya setiap pertandingan mempunyai cabaran, tetapi biarlah ia adil.

"Ini kerana dalam Showdown, peserta yang bertanding boleh dibahagikan kepada dua kumpulan tarian iaitu hip hop dan b-boy. Jika pemilihan lagu tidak diselaraskan dengan adil, semestinya kami kumpulan b-boy tidak dapat mempersembahkan skil dan kreativiti kami," ujar seorang lagi anggota kumpulan BRC, Weiskarnain Md. Yasin.

Walau bagaimanapun, penyingkiran tersebut tidak mematahkan semangat BRC untuk kekal bergelar penari b-boy. Mereka juga bercadang untuk membuka studio tarian pada masa akan datang.

Dengan penyingkiran BRC itu, kini hanya tinggal lapan kumpulan yang akan berentap untuk merebut gelaran juara Showdown 2011 iaitu Panic, Elecoldxhot, Blazin Squad, HMC Phlow, Rokusteps, Force 136, Bounce Stepperz dan Stepholic.

Showdown 2011 bersiaran secara langsung di 8TV pada setiap Rabu, pukul 9.30 malam. Untuk mengikuti kisah-kisah di sebalik tabir dan mengenali kumpulan-kumpulan yang bertanding, jangan lupa menonton Showdown 2011 Diaries ….. From the Streets yang disiarkan pada setiap Selasa pada pukul 11.30 malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Silverchair bubar

Posted:

Silverchair bubar

Silverchair bubar


TRANSFORMASI wajah tiga anggota SilverChair sepanjang dua dekad kumpulan itu bergiat aktif dalam dunia muzik.


KHABAR buruk bagi para peminat band asal Australia, Silverchair. Band dengan lagu hit, Anthem for the Year 2000 tersebut memutuskan untuk bubar setelah bersama hampir 20 tahun. Keputusan ini diumumkan di laman sesawang resmi mereka Chairpage.com, pada 25 Mei lalu. Dalam pernyataan tersebut, Daniel Johns, Chris Joannou, dan Ben Gillies memberitahu, keputusan tersebut tidak mudah. Sementelah mereka berusaha keras untuk tetap bersama.

"Kami membentuk Silverchair hampir 20 tahun lalu ketika kami berusia 12 tahun. Hari ini kami berdiri dengan aturan yang sama seperti dahulu. Jika band sudah tidak boleh bersatu dan tidak kreatif lagi, maka kami perlu berhenti," tulis pernyataan bersama tiga anggota Silverchair itu.

Pada tahun 2009, Silverchair masuk studio untuk menjalani rakaman album baharu. Pada mulanya, semua berjalan baik dan band tersebut sempat melakukan beberapa persembahan pada tahun lalu. Namun, dalam bulan-bulan berikutnya semakin jelas bahawa anggota Silverchair mula bergerak ke arah yang berbeza.

Dalam pernyataan tersebut juga disebutkan, Silverchair tidak akan membuat muzik atau tampil bersama dalam waktu terdekat. Mereka sebaliknya 'bekerja' untuk perkara yang mereka suka buat masa ini.

Tambah pernyataan itu: "Kami memahami kalian (peminat) kecewa dengan berita ini. Namun kami benar-benar melihatnya sebagai langkah yang positif dan bebas bagi kami saat ini."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved