Kosmo Online - Negara |
- Pencarian MH370 beralih ke lokasi baharu
- Malaysia tidak akan serah kalah
- Pengganti Abdul Taib di Balingian terjawab hari ini
Pencarian MH370 beralih ke lokasi baharu Posted: Pencarian MH370 beralih ke lokasi baharu
MELBOURNE - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, terdapat satu petunjuk baharu yang boleh dipercayai dalam misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak tiga minggu lepas. Laporan media Australia menyebut, Abbott telah diberi taklimat mengenai analisis data terbaharu radar yang membuatkan pihak berkuasa memindahkan kawasan carian 1,100 kilometer (km) ke timur laut berikutan makluman daripada pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia. Kawasan pencarian sebelum ini ditumpukan di kawasan sejauh 2,500km dari barat laut Perth, Australia dan dengan peralihan tersebut, operasi mencari dan menyelamat (SAR) lebih dekat dengan daratan di Perth. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Malaysia tidak akan serah kalah Posted: Malaysia tidak akan serah kalahBEIJING - Kerajaan Malaysia tidak akan menyerah kalah dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-21 semalam walaupun kotak hitam pesawat hanya mengeluarkan isyarat selama 30 hari. Pengarah Perkhidmatan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam, Ahmad Nizar Zolfakar berkata, kerajaan memberi komitmen untuk meneruskan operasi SAR sehingga kotak hitam pesawat dijumpai. Menurutnya, kerajaan akan mencontohi langkah yang diambil Perancis dalam operasi SAR bagi mengesan bangkai pesawat Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada tahun 2009. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Pengganti Abdul Taib di Balingian terjawab hari ini Posted: Pengganti Abdul Taib di Balingian terjawab hari iniMUKAH - Siapakah yang bakal mengisi 'kasut besar' dikosongkan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Balingian terjawab hari ini. Selepas 12 hari tempoh berkempen berlangsung, seramai 13,233 pengundi berdaftar di sini dijangka keluar menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan