Jumaat, 28 Mac 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dunia bergelap sejam esok sempena Earth Hour

Posted:

Dunia bergelap sejam esok sempena Earth Hour

Dunia bergelap sejam esok sempena Earth Hour

ORANG ramai bersantai di tempat terbuka sempena acara promosi Earth Hour di Lima, Peru pada 26 Februari lalu.


SINGAPURA - Lampu di sekitar 7,000 bandar raya di seluruh dunia akan ditutup sempena acara Earth Hour hujung minggu ini bagi mengumpul ratusan ribu dolar untuk projek-projek pemuliharaan alam sekitar, kata pihak penganjur semalam.

Pihak penganjur, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan firma pembayaran elektronik, PayPal memberi kebebasan kepada penderma memilih dan menyumbang untuk projek tertentu di seluruh dunia seperti di Rusia, India, Kanada dan Indonesia.

Mereka yang berminat boleh menyalurkan sumbangan wang menerusi laman web pengumpulan dana, Crowdonomic.

"Kami bermula dengan 20 projek tahun ini tetapi visi kami adalah untuk berkembang selepas berlangsungnya acara ini pada Sabtu ini," kata ketua eksekutif Earth Hour, Andy Ridley.

Menurutnya, Earth Hour merancang untuk mengumpul sumbangan keseluruhan melebihi AS$650,000 (RM2.1 juta).

"Antara projek yang akan mendapat pembiayaan kami termasuk pusat pemuliharaan penyu di Itali dan perkhidmatan renjer hutan di Indonesia," katanya.

Menerusi Earth Hour, berjuta-juta orang di seluruh dunia akan menutup lampu pejabat dan kediaman mereka selama sejam bermula pukul 8.30 malam esok.

Tindakan tersebut untuk meraikan komitmen mereka berhubung usaha memulihara planet Bumi. - Agensi

Serpihan MH370 belum diperoleh

Posted:

Serpihan MH370 belum diperoleh

Serpihan MH370 belum diperoleh


SEORANG anggota tentera udara Australia, Ron Day melihat keluar tingkap pesawat peninjau AP-3C Orion ketika menyertai operasi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi.


PERTH - Lebih 100 objek yang berpotensi serpihan pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dikesan oleh beberapa satelit di selatan Lautan Hindi tetapi sehingga kini masih belum ada sebuah objek yang dapat diambil oleh pasukan pencari dan penyelamat.

Perkembangan tersebut membuatkan waris 239 penumpang dan kru pesawat hilang itu terpaksa menunggu sehari lagi dalam keadaan sedih.

"Sehingga satu objek serpihan diambil dan dianalisis bagi mengenal pasti sama ada ia berasal dari MH370, sukar untuk kami mempercayai pesawat itu terhempas," kata seorang lelaki, Steve Wang di Beijing.

Ibunya yang berusia 57 tahun berada dalam penerbangan tersebut.

"Setakat ini, apa yang dikemukakan hanya petunjuk, tanpa objek serpihan, ia tidak berguna," tambahnya.

Keluhan waris penumpang warga China itu diluahkan selepas sebuah satelit Thailand menemui sekitar 300 objek sepanjang antara dua meter (m) hingga 16m kira-kira 2,700 kilometer ke barat daya Perth.

"Imej yang dirakam oleh satelit Thaichote itu mengambil masa dua hari untuk diproses dan diberikan kepada pihak berkuasa Malaysia kelmarin," kata pengarah teknologi angkasa lepas Thailand, Anond Snidvongs.

Semua objek yang ditemui itu berada sekitar 200 kilometer ke barat daya kawasan sebuah satelit Perancis mengesan sebanyak 122 objek pada Ahad lalu.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada kedua-dua satelit tersebut mengesan objek yang sama.

Pengumuman mengenai penemuan tersebut dibuat selepas Pihak Berkuasa Maritim Australia (AMSA) menyatakan, pihaknya terpaksa memanggil pulang semua 11 pesawat yang dijadual menyertai operasi mencari MH370 semalam.

Keputusan tersebut dibuat berikutan hujan lebat, angin kencang dan awan rendah yang melanda semalam.

Namun, terdapat lima buah kapal yang meneruskan operasi untuk mengesan pesawat tersebut.

Sebelum operasi mencari ditanguhkan, sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat dan dua kapal terbang Jepun tiba di lokasi pencarian sekitar 2,500km ke barat daya Perth.

"Mereka mencari selama dua jam tetapi gagal menemui sebarang objek," kata jurucakap AMSA, Sam Cardwell.

Ketika ini sebuah kapal milik tentera laut Australia, HMAS Success berada di kawasan carian bersama empat lagi kapal tentera China iaitu, Xue Long, Kuulunshan, Haikon dan Qiandaohu.

Sehingga kini enam buah negara iaitu Australia, New Zealand, AS, Jepun, China dan Korea Selatan menyertai misi mencari tersebut. - Agensi

Buaya terkam, baham kamera

Posted:

Buaya terkam, baham kamera

Buaya terkam, baham kamera


IMEJ-IMEJ terakhir yang dirakam kamera GoPro milik Madden sebelum gajet itu digigit seekor buaya.


HOMESTEAD, Florida - Hasrat seorang aktivis pencinta alam ingin merakam aksi seekor buaya gergasi gagal apabila sebuah kamera jenis GoPro yang baru dibelinya rosak teruk akibat dibaham reptilia itu, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Chris Madden meletakkan kamera tersebut di dalam sebuah kerangka sebelum menuju ke sebuah tasik di Homestead, dalam negeri Florida yang menempatkan buaya sepanjang 4.1 meter itu baru-baru ini.

Penduduk setempat menggelarkan buaya itu 'Big Boy' kerana saiznya yang besar.

"Saya cuba mendapatkan beberapa gambar di dalam air, namun sebaik sahaja kamera ini menyentuh permukaan air, buaya tersebut terus menerkam dengan ganas," katanya.

Kamera tersebut dimasuki air selepas beberapa gali digigit oleh buaya tersebut. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved