Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Penduduk Tanah Liat terima bantuan kewangan
- SMK Asajaya 2 kini dikenali SMK Hajah Laila Taib
- Pelajar Perda-Tech jadi anak angkat di dua buah kampung
Penduduk Tanah Liat terima bantuan kewangan Posted: Penduduk Tanah Liat terima bantuan kewangan
BANTUAN. Bagi meneruskan agenda transformasi yang dirancang, UMNO Bahagian Permatang Pauh, Pulau Pinang menyampaikan bantuan kewangan kepada 24 penerima golongan kurang berkemampuan di Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini. Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, bantuan yang diberikan kepada penerima termasuklah untuk pengurusan jenazah, kelahiran, perkahwinan, pendidikan dan penyakit kronik. "Bantuan ini adalah usaha kami bagi meringankan beban penduduk yang kurang berkemampuan di kawasan Tanah Liat," katanya. Ujar Mohd. Zaidi, bantuan keseluruhan bernilai kira-kira RM6,000 itu diberikan menerusi program kebajikan UMNO Bahagian dengan setiap penerima merupakan penduduk Tanah Liat di sekitar kawasan Parlimen Permatang Pauh. | |
SMK Asajaya 2 kini dikenali SMK Hajah Laila Taib Posted: SMK Asajaya 2 kini dikenali SMK Hajah Laila TaibMUHYIDDIN bersama para pelajar selepas merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib di Kota Samarahan, Sarawak baru-baru ini. RASMI. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya 2 bernilai RM70 juta di Kota Samarahan, Sarawak yang siap sepenuhnya pembinaan pada Mac 2010. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut bersetuju meluluskan pertukaran nama SMK Asajaya 2 kepada SMK Hajah Laila Taib. "Pertukaran nama itu bagi memperingati sumbangan besar Allahyarham Laila yang banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan di Sarawak," kata beliau. SMK Hajah Laila Taib yang kini mempunyai 1,101 orang murid, 77 orang tenaga pengajar serta 10 staf sokongan telah menempa nama apabila menjadi antara sekolah terbaik di Sarawak berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah tahun lalu. | |
Pelajar Perda-Tech jadi anak angkat di dua buah kampung Posted: Pelajar Perda-Tech jadi anak angkat di dua buah kampungSHABUDIN (kanan) berbual dengan penduduk Kampung Setol dan Pokok Simpor serta pelajar semasa majlis penutup program Baktisiswa Perda-Tech di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini. DIRAI. Seramai 40 pelajar Institut Kemahiran Perda-Tech, Nibong Tebal diraikan pada majlis penyerahan anak angkat sempena program Baktisiswa Perda-Tech yang berlangsung di dua buah kampung di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang. Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Shabudin Yahaya berkata, pelajar berkenaan ditempatkan bersama keluarga angkat masing-masing di Kampung Setol dan Pokok Simpor di Sungai Dua selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Mac lalu bagi melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. "Program ini menjadi medan untuk pelajar menyelami kehidupan penduduk kampung dan mempraktikkan kemahiran bidang masing-masing menerusi program ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan