Selasa, 7 Januari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kalimah Allah: Polis Selangor rakam kenyataan Andrew

Posted:

Kalimah Allah: Polis Selangor rakam kenyataan Andrew

Kalimah Allah: Polis Selangor rakam kenyataan Andrew

07/01/2014 10:56pm

SHAH ALAM - Polis Selangor sudah merakamkan kenyataan daripada Pengarang The Herald -The Cathlolic Weekly, Lawrence Andrew, petang tadi berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang menjadi kontroversi berikutan beliau didakwa mempertahankan kenyataan untuk menggunakan kalimah itu pada perhimpunan mingguan gereja Katolik berbahasa Melayu.

Peguam kepada Andrew, Francis Pereira ketika dihubungi berkata, anak guamnya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira pukul 3.30 petang dan selesai merakamkan keterangannya kira-kira pukul 5 petang.

"Kami dimaklumkan polis menyiasat perkara ini mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan, berhubung kenyataannya kepada wartawan portal berita, Eileen Ng, minggu lalu.

"Pada sesi itu juga, Andrew turut menyerahkan salinan sebahagian daripada buku doa (prayer book) berbahasa Melayu, yang dicetak pada 1905 yang menggunakan kalimah Allah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pereira memberitahu, polis turut memaklumkan mungkin akan memanggil Andrew semula bagi siasatan lanjut. - KOSMO!

Dua pegawai kanan Wisma Putra ditahan bantu siasatan tuntutan palsu

Posted:

Dua pegawai kanan Wisma Putra ditahan bantu siasatan tuntutan palsu

Dua pegawai kanan Wisma Putra ditahan bantu siasatan tuntutan palsu

07/01/2014 10:48pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)menahan dua pegawai kanan Kementerian Luar bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah AS$126,000 (RM378,000) ketika mereka bertugas di Kedutaan Malaysia di Washington pada 2011.

SPRM dalam satu kenyataan medianya berkata, dua pegawai berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada pukul 3.30 petang dan disiasat di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Menurut kenyataan itu, mereka didapati terbabit dalam membuat tuntutan palsu penggunaan kenderaan dan urusan logistik semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2011 di Hawaii, Amerika Syarikat.

Pengarah Siasatan SPRM, Pesuruhjaya, Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan mereka. - Bernama

Khairul Fahmi, Nik Shahrul Azim ikat kontrak lima tahun bersama TRW

Posted:

Khairul Fahmi, Nik Shahrul Azim ikat kontrak lima tahun bersama TRW

Khairul Fahmi, Nik Shahrul Azim ikat kontrak lima tahun bersama TRW

07/01/2014 10:11pm

KOTA BHARU - Pasukan Liga Malaysia terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat

dan pemain pertahanan 'The Red Warriors' (TRW), Nik Shahrul Azim Ab Halim untuk tempoh lima tahun akan datang.

Ini berikutan kedua-dua pemain tersebut telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mulai musim Liga Malaysia tahun ini.

Selain itu, kapten TRW, Mohd. Badri Mohd. Radzi turut menandatangani kontrak selama dua tahun dan pemain sayap, Zairul Fitree Ishak selama tiga tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif TRW Sdn. Bhd., Kevin Ramalingam berkata, tempoh kontrak tersebut adalah penting bagi persatuan itu terus memberi komitmen kepada pemain-pemain TRW.

"Setiap pasukan mempunyai strategi yang tersendiri dan banyak di antara

pasukan, kurang memberikan komitmen kepada pemain- pemain mereka sehingga menyebabkan pemain memberi persembahan kurang memberangsangkan," katanya pada sidang akhbar di sini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved