Selasa, 7 Januari 2014

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Warga Prihatin curi perhatian

Posted:

Warga Prihatin curi perhatian

Warga Prihatin curi perhatian

ANAK-ANAK RPWP bergambar bersama rombongan dari Brunei.


ACAPKALI kita dengar keluhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengenai kekurangan pendedahan dan sokongan daripada masyarakat umum. Keadaan ini pada kebanyakan masa menyukarkan badan-badan tersebut menjayakan sesebuah acara demi manfaat komuniti naungan mereka.

Kesukaran itu bagaimanapun tidak melemaskan niat murni sebuah badan NGO berjiwa besar, Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) untuk menganjurkan satu karnival amal sekali gus acara rumah terbuka khusus untuk penyokong mereka.

Setelah lama dirancang, tarikh 25 Disember 2013 menjadi detik bersejarah bagi badan itu apabila hampir 3,000 orang menghadiri kedua-dua acara berkenaan.

Dilaksanakan pekarangan Sekolah Agama Rahmaniah di Sungai Ramal Baru, Kajang, Selangor, karnival itu turut menghimpunkan lebih 23 buah gerai dan 40 orang peniaga.

Cuaca baik ternyata mengiringi usaha murni RPRW. Pada masa yang sama, kelihatan beberapa buah kenderaan ulang-alik membawa tetamu dari tapak karnival ke bangunan RPWP yang berjarak kira-kira 200 meter.

Lebih istimewa, penganjur acara itu turut menerima rombongan khas dari Brunei Darussalam.

Menurut ketua rombongan tersebut, Hasnan Abdul Rahman, pihaknya memang bercadang untuk melawat RPWP apabila berada di Malaysia.

"Wakil kami telah menghubungi pihak RPWP melalui laman Facebook mereka tentang hasrat kami. Alhamdulillah, mereka menyambut dan mempelawa kami dengan baik sekali," ujarnya ketika ditemui Kosmo! pada majlis berkenaan.


HASIL jualan pada karnival amal itu akan turut digunakan bagi pembinaan sebuah sekolah bagi anak-anak asnaf.


Beliau yang mengetuai rombongan keluarga yang terdiri daripada hampir 40 orang itu berada di Malaysia selama enam hari.

"Di Brunei, persatuan seperti ini masih kurang dan saya tidak terkejut jika RPWP mendapat perhatian yang cukup istimewa di Malaysia," tambah lelaki yang berusia 57 tahun itu.

Karnival amal tersebut menyediakan gerai-gerai jualan yang menawarkan pelbagai barangan yang sebahagian besar terdiri daripada hidangan lazat seperti kuih-muih dan nasi beriani.

Selain itu, barangan lain seperti kosmetik, novel, pakaian Muslimah dan pakaian terpakai turut ditawarkan kepada pengunjung.

Sokongan ramai

Selaku Pengasas merangkap Pengetua RPWP, Dr. Masjuki Mohd. Musuri menzahirkan rasa syukur dengan sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak dalam menjayakan sambutan rumah terbuka dan karnival amal tersebut.

"Saya telah diberitahu, hampir 3,000 orang hadir memeriahkan program ini dengan kebanyakan daripada mereka datang dari Semenanjung Malaysia," katanya.

Tokoh yang lebih selesa digelar 'ayahanda' atau 'ayah' itu turut memberitahu, bilangan kehadiran pengunjung itu telah terbukti melalui koleksi gambar, rakaman video dan buku daftar tetamu yang disediakan oleh sukarelawan RPWP.

"Objektif utama kami mengadakan rumah terbuka ini adalah untuk meraikan penyokong-penyokong di Facebook kami yang kini mencecah hampir 65,000 orang.

Tambahnya, penganjuran acara ini juga membuka pintu kami memperkenalkan misi dan visi RPWP kepada masyarakat umum.


SEBAHAGIAN daripada 40 orang peniaga mengambil bahagian dalam Karnival Jualan Amal RPWP pada 25 Disember tahun lalu.


"Sementara itu, karnival amal yang kami jalankan adalah hasil kerjasama dengan sukarelawan dari Universiti Malaya. Ia bertujuan untuk mengutip dana bagi kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan membina sebuah sekolah untuk anak-anak asnaf ini," terangnya penuh bersemangat.

Karnival yang bermula seawal pukul 8.30 pagi sehingga 6 petang itu turut mengadakan beberapa aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna dan bercerita bagi kanak-kanak.

RPWP, yang ditubuhkan sejak tahun 2005, menerapkan konsep keluarga besar bagi menjadikan persatuan tersebut berbeza dengan pusat jagaan anak-anak yatim dan asnaf yang lain.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai RPWP di laman web www.prihatin.net.my.

Keajaiban lukisan Kartika Affandi

Posted:

Keajaiban lukisan Kartika Affandi

Keajaiban lukisan Kartika Affandi


PERSAMAAN Kartika dan allahyarham ayahnya, Affandi ialah mereka hanya menggunakan tiub warna untuk menghasilkan sesebuah karya.


TANPA menggunakan berus, teknik wanita itu melukis ternyata berbeza berbanding pelukis profesional lain. Berbekalkan pelbagai tiub warna di tangan kirinya, dia kelihatan asyik melukis wajahnya sendiri.

Tangan kanannya pula memegang cermin yang dihalakan ke wajahnya. Sambil melukis, matanya sesekali mengerling untuk melihat cermin yang dipegangnya itu. Ketika sibuk menyiapkan potret wajahnya, dia dihujani pelbagai soalan daripada peminatnya.

Namun, wanita yang berasal dari Jalan Kaliurang, Desa Pakem, Yogyakarta, Indonesia itu tetap melayan segala soalan peminatnya dengan baik.

"Sesebuah lukisan itu harus dihasilkan kurang satu jam. Sekiranya, ia mengambil masa lebih lama, hasil lukisan itu bukan lahir dari hati. Ia merupakan satu paksaan kepada pelukis untuk menghasilkan sesebuah lukisan," kata Kartika Affandi, 79, kepada pengunjung di Galeri RA Fine Arts, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, Disember lalu.

Kunjungan pelukis terkenal dari Indonesia itu ke galeri tersebut bersempena jemputan daripada pihak Bank Negara Malaysia untuk acara seni bersama yang mempersembahkan karya-karya pelukis prolifik Malaysia dan Indonesia di Sasana Kijang, Kuala Lumpur.

Lukisan Kartika yang bertajuk Heliconia dan Gunung Merapi turut dipamerkan untuk jualan di galeri tersebut dan ternyata mendapat perhatian pengunjung.

Dalam acara itu, pengunjung berpeluang menyaksikan Kartika melukis potretnya sendiri dan sesi soal jawab bersamanya. Acara itu juga memberi peluang kepada pelukis tempatan meminta tip lukisan daripada Kartika terutama aspek pemilihan warna.

Kenangan lama

Menurut anak kepada pelukis legenda dari Jawa Barat, Affandi yang meninggal dunia pada tahun 1990, kunjungannya ke ibu negara kali ini mengimbau kenangan lama sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia.

"Pertama kali saya ke Kuala Lumpur pada tahun 1949. Ketika itu, saya berkesempatan melukis pemandangan di sekitar Kampung Baru. Pada kunjungan kali ini, saya juga ke situ untuk melukis. Tetapi keadaannya ternyata berbeza. Dari Kampung Baru, kelihatan bangunan-bangunan tinggi yang menjadi pemandangan utama.

HIJAU merupakan warna kegemaran Kartika sewaktu menghasilkan sesebuah karya.


Saya rindukan Kuala Lumpur yang dahulu," ujarnya yang gemar menghasilkan lukisan bercorak ekspresionis.

Pada usia yang lanjut, Kartika ternyata mempunyai daya ingatan yang kuat dan kelihatan amat bertenaga ketika menghasilkan sesebuah lukisan.

Menurut menantu Kartika merangkap pengurus peribadinya, Anna Kunherdiana, 51, ibu mertuanya itu ibarat sudah lupa usianya sebaik sahaja memegang tiub warna untuk melukis.

"Ibu Kartika tidak boleh berdiri lama tetapi apabila melukis, dia berupaya untuk berdiri sendiri tanpa bantuan sesiapa. Dia juga tidak gemar menceritakan mengenai kejayaannya kepada orang lain. Sebaliknya, dia sering berceritakan perihal kejayaan dan lukisan allahyarham ayahnya. Kartika juga berupaya melukis potret Affandi tanpa sebarang rujukan foto. Dia amat sayangkan ayahnya," ujarnya.

Tambahnya, Muzium Kartika Affandi yang mempamerkan karya-karya lukisan ibu mertuanya akan dibuka pada bulan November depan dan bakal menjadi destinasi pelancongan di Yogyakarta.

Peluang

Sementara itu, Pemilik dan Pengarah Galeri RA Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah berkata, pihaknya mengambil kesempatan menjemput Kartika ke galeri itu untuk memberi peluang kepada pelukis-pelukis tempatan mengenali hasil lukisan ikon itu secara lebih dekat.

"Kartika pernah mengadakan pameran solo di galeri ini pada tahun 2008. Ini merupakan kunjungan rasmi kali kedua di sini. Karya-karya yang dihasilkannya mempunyai karakter dan signatur tersendiri yang tiada pada pelukis lain.

"Karyanya juga menceritakan suka dan duka kehidupannya sendiri. Penggunaan warna turut berbeza dengan pelukis lain. Kartika juga gemar menggunakan warna hijau untuk menggambarkan eksperimentasi suasana sekelilingnya," ujarnya. - MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

Promosi ulang tahun Hawa Ghazzali

Posted:

Promosi ulang tahun Hawa Ghazzali

Promosi ulang tahun Hawa Ghazzali

KAFTAN moden dengan rekaan penuh bergaya daripada Hawa Ghazzali.


BUAT julung-julung kalinya, Hawa Ghazzali Collections, anak syarikat Hawa Ghazzali Holdings Berhad mengadakan jualan murah aksesori dan pakaian wanita iaitu sehingga 50 peratus.

Koleksi Hawa Ghazzali termasuklah gelang tangan, rantai, anting-anting perak tulen 925 dan pakaian kaftan moden.

Semua rekaan terhasil daripada idea pemilik dan Timbalan Pengerusi Hawa Ghazzali Holding Berhad, Datin Lynda Ghazzali.

Menariknya, koleksi aksesori Hawa Ghazzali dihasilkan menggunakan bahan berasaskan kaca Murano dalam bentuk manik yang ditempah khas dari kepulauan Venetion, Itali.

Ia didatangkan dalam dua saiz dan kategori seperti Excellency, Highness, Majesty dan Ambassador.

Koleksi ini antara pilihan paling hangat dalam kalangan muda-mudi dan mereka yang menggemari aksesori charm bracelet.

Koleksi kain kaftan pula diperbuat daripada fabrik yang dibawa khas dari Itali. Antara koleksi kain kaftan ialah Roberto Cavali, Etro, Kenzo dan D&G.

Selain kaftan terdapat juga dres dan blaus (kaftan pendek). Semua koleksi Hawa Ghazzali boleh dipakai oleh semua golongan dan peringkat umur.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mempelawa para pelanggan untuk bersama-sama menyambut ulang tahun koleksi Hawa Ghazzali yang pertama bermula 9 hingga 11 Januari 2014," kata Lynda.

Beliau berkata, promosi yang ditawarkan itu sebagai hadiah ulang tahun dan tahun baru kepada semua pelanggan yang memilih untuk membeli dan mengumpul koleksi aksesori Hawa Ghazzali.

Bukan itu sahaja, Lynda memberitahu, syarikatnya sedang mengorak langkah untuk membuka butik cawangannya di New York, Amerika Syarikat pada bulan ini.

Pelancarannya pula akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Saya juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi francais kami," katanya. – NIZHA PERIASWAMY

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved