Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Pasangan pengantin diarak naik pembajak sawah
- Mercy kumpul RM45,042 bantu mangsa banjir, taufan
- Balu polis terima bantuan Sabati
Pasangan pengantin diarak naik pembajak sawah Posted: Pasangan pengantin diarak naik pembajak sawah
UNIK. Mencari kelainan dalam perkahwinan, pasangan Mohd. Fahmi Fazim, 22, dan Norshafariza Abdul Rani, 22, memilih untuk diarak dengan jentera pembajak sawah di Kampung Rantau Panjang, Kota Aur, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. Menurut Norshafariza, idea berarak menaiki pembajak sawah itu yang turut dihiasi tempat bersanding itu timbul kerana mahukan kelainan sempena majlis bersejarah dia dan suaminya Pasangan terbabit menaiki pembajak sawah berkenaan sejauh kira-kira 200 meter dari rumah Norshafariza sebelum diarak oleh waris dan ahli keluarga pasangannya yang turut membawa bekas berisi hantaran. Menurut Norshafariza, dia memilih menggunakan pembajak sawah pada majlis perkahwinan itu memandangkan kampung tersebut merupakan kawasan tanaman padi. | |
Mercy kumpul RM45,042 bantu mangsa banjir, taufan Posted: Mercy kumpul RM45,042 bantu mangsa banjir, taufanAHMAD FAEZAL (kanan) menerima sumbangan derma daripada Penerbit Eksekutif, Pan Productions Sdn. Bhd., Tunku Alizakri Aliasi (dua dari kiri) di Kuala Lumpur baru-baru ini. BANTUAN. Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) berjaya mengumpul sumbangan bernilai RM45,042 untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur dan Taufan Haiyan di Filipina, baru-baru ini. Pengarah Eksekutifnya, Ahmad Faezal Mohamed berkata, sumbangan tersebut hasil daripada kutipan tiket dan derma melalui sebuah persembahan komedi dengan kerjasama Pan. Productions. Sdn. Bhd. sebelum ini. Menurutnya, bantuan itu penting bagi Mercy Malaysia untuk memastikan kerja-kerja sukarelawan dan bantuan dapat dilakukan dengan secara konsisten. Ini merupakan kali pertama Mercy Malaysia bekerjasama dengan pihak produksi bagi membuat kutipan derma. | |
Balu polis terima bantuan Sabati Posted: Balu polis terima bantuan SabatiJAMILAH (empat dari kiri) menyampaikan bantuan sempena Hari Krismas kepada Jabah (empat dari kanan) di Kuching, Sarawak baru-baru ini. SUMBANGAN. Badan Amal Tenaga Isteri-isteri Sarawak (Sabati) baru-baru ini menghulurkan sumbangan kepada balu anggota polis, Asisten Superintendan Michael Padel yang terkorban semasa Operasi Daulat bagi menghapus pengganas Sulu di Sabah Mac tahun lalu. Sumbangan tersebut dihulurkan sempena sambutan Hari Krismas di Kuching. Balu tersebut, Jabah Mingku dan anaknya Macluei Michael menerima bantuan kewangan dan hamper daripada Pengerusi Kebajikan Sabati, Puan Sri Jamilah Anu. Jamilah berkata, sumbangan berkenaan adalah bagi meringankan beban yang ditanggung Jabah dan anaknya di samping penghargaan terhadap mendiang yang berkorban nyawa memelihara keamanan negara. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan