Kosmo Online - Negara |
Posted: Jangan upah pekerja asingOleh SUHANA MD. YUSOP
PUTRAJAYA – Semua restoran makanan segera di negara ini tidak dibenarkan menggaji pekerja asing bagi memberi keutamaan kepada warga tempatan untuk mengisi kekosongan pekerjaan. Perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di sini semalam. Mesyuarat kali ke-11 yang berlangsung hampir tiga itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Urus setia JKKPA-PATI dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut menegaskan, kerajaan memandang serius isu tersebut kerana masih ramai warga tempatan berminat untuk bekerja di restoran makanan segera tetapi tiada peluang. "Kerajaan memandang serius perkara ini. Pengusaha restoran berkonsepkan fast food disaran mengambil dan menggaji pekerja tempatan memandangkan masih ramai lagi warga tempatan yang berminat bekerja di restoran itu," kata kenyataan itu. Antara restoran makanan segera yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ialah Kentucky Fried Chicken, McDonald's, A&W dan Pizza Hut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Tuntutan palsu diplomat Malaysia Posted: Tuntutan palsu diplomat MalaysiaOleh MOHD. TURMADZI MADUN DUA diplomat meninggalkan pejabat SPRM di Putrajaya semalam selepas keterangan mereka direkodkan. PUTRAJAYA - Dua diplomat Malaysia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu penggunaan kenderaan dan urusan logistik yang kesemuanya berjumlah AS$126,000 (RM378,000). Kedua-dua pegawai berusia dalam 40-an tersebut ditahan pada pukul 3.30 petang ketika mereka hadir memberi keterangan kepada SPRM di sini. Tuntutan melampau itu dikatakan dibuat kedua-dua pegawai kanan Kementerian Luar itu semasa mereka hadir pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2011 di Hawaii, Amerika Syarikat. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, siasatan kes tersebut dilakukan sebaik pihaknya mendapat maklumat daripada beberapa sumber mengenai tuntutan yang dibuat oleh dua pegawai tersebut yang dilihat meragukan. Bagaimanapun, menurut beliau, kedua-dua diplomat itu dibebaskan dengan jaminan selepas mereka memberi keterangan selama empat jam di pejabat SPRM. Mustafar bagaimanapun enggan mendedahkan jawatan kedua-dua pegawai kanan tersebut atas sebab-sebab tertentu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: 22 barang ditawar lebih murahOleh SUHANA MD. YUSOP ISMAIL SABRI (tengah) menunjukkan cili merah yang dijual di pasar tani selepas melancarkan Program Jimat Belanja Dapur di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Badruddin (kiri). PUTRAJAYA – Berkuat kuasa semalam, orang ramai boleh menikmati penjimatan harga antara lima hingga 20 peratus bagi 22 jenis barangan terpilih di 513 buah pasar tani seluruh negara. Langkah tersebut dilaksanakan melalui Program Jimat Belanja Dapur 2014 anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program yang akan berlangsung sepanjang tahun itu bertujuan mengurangkan beban rakyat yang berdepa n masalah kenaikan harga barang. "Kesemua barangan yang ditawarkan ialah yang popular dibeli oleh pengguna antaranya, bawang merah besar, ubi kentang, lobak merah cina, cili merah minyak, tomato dan pelbagai jenis ikan yang kita turunkan harga. "Sebagai contoh, pengguna boleh membeli ayam di pasar tani pada harga RM7.50 berbanding harga pasaran RM7.80 sekilogram, di sini pengguna dapat berjimat sebanyak 30 sen," katanya pada sidang akhbar di pasar tani Putrajaya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan